Friday, December 27, 2013

KETULAHAN PUN KETULAHAN,LAH

“Kami akan buat sampai kerajaan tumbang. Kami akan lawan walau hanya menggunakan ranting kayu”

Hah macam itulah bencinya mereka dengan kerajaan yang ada pada hari ini.

Kita tak boleh nak salahkan mereka juga kalau dah jadi macam itu sekali bencinya. Memang banyaklah benda yang buat orang/rakyat bengang. Sebut bengang ni saya orang kampong memang sedikit-sebanyak kita ada juga menyimpan perasaan meluat kepada kerajaan, ahli politik dan macam-macamlah lagi.

Tapi sebagai orang kampong kita tidak berapa ambil port sangat pasal itu semua. Kita benci, kita melawan pun bukan boleh menyampaikan nasi ke mulut kita. Bukan boleh mengenyangkan kita. So, kita buat dunno, buat apa kerja yang patut untuk meneruskan kehidupan, agar kita tidak mati kelaparan atau hidup meminta-minta.

Hari ini kita dibisingkan pula dengan “dimana janjimu?’’ Kita memang tak ambil port langsung sebab kita sudah diajar, diberitahu, nanti Negara akan jadi Negara maju, semua benda akan naik. Kecil-kecil lagi kita sudah dibilang ayah ibu yang kita kena ada pendapatan lebih dari mereka agar kita tidak kesusahan, hidup merempat di tanah air sendiri.

Saya bukanlah orang yang bernasib baik seperti kawan-kawan lain. Tapi saya syukur, walau tidak bersuami, saya tidak menyusahkan ibu saya, walau saya tidaklah dapat tanggung 100% keperluan ibu saya. Ibu saya berkerja mengasuh anak jiran. Dan saya perlu berusaha keras belajar bersungguh-sungguh, agar tidak lama lagi ibu saya tidak perlu lagi berkerja.

Bagi orang macam saya berbencian, melawan kerajaan tidak akan bawa saya ke mana-mana. Bukanlah saya pasrah, tak berupaya, bacul atau pentingkan diri sendiri, ntahlah rasanya tuhan tidak akan marah, pun kalau tidak bersama mereka yang “benar”. Kita ada kerja kita, kita ada cara kita dalam menangani kemasalah hidup kita.

Memang baru-baru ini saya diprovok, dituduh saya telah mengalami ketulahan kerana perbuatan buat donno dan tak ambil cakna pasal isu-isu politik, urustadbir tanah air. Memang sikit saya rasa marah, geram, rasa ada rasa macam eish, ntahlah eh. Rasa macam nak balas balik tapi saya fikir itu semua buang masa ajelah. Saya berdoa pada tuhan agar dia yang telah memprovok saya itu bersetuju untuk tidak bersetuju akan hal ini. Agar lidahnya, jua lidah saya tertahan dari saling menyakiti antara satu-sama lain.

Cara kamu, cara jihad dan syahid. Cara saya berusaha untuk mendapatkan gaji yang lebih besar dan memikir cara untuk meminimakan kos hidup sebaik mungkin, bagi yang dah berkahwin tu, mungkin dengan cara mengurangkan jumlah bilangan anak dengan cara kawalan kehamilan yang banyak terdapat di pasaran. Bagi yang macam saya yang belum berumah tangga, saya akan terus berdoa dilamar lelaki yang betul-betul mampu menyekolahkan anak sehingga ke Menara Gading tanpa bantuan kerajaan.


Mungkin cara saya mengudang murka Nabi tapi sekurang-kurangnya moga dengan ketulahan yang saya alami ini akan sedikit sebanyak tidaklah saya sampai membikin nabi yang sentiasa mau lihat umatnya berkembang-biak memalingkan terus muka baginda dari saya. 

Thursday, December 26, 2013

Melakar Puteri 2

Enteri ini berkaitan dengan enteri yang lalu.


Dan berikut adalah hasilnya:-

Lakaran idea awalan




96% Finished 

Monday, December 23, 2013

CD Che Bedah Tembun

“Che Bedah, oh Che Bedah” Che bedah tembun seorang pembantu guaman tercari-cari akan siapakah yang memanggil-manggil dia. Dia agak kaget, matanya bulat memandang CD berwarna putih yang tertampal di dinding. Ya dia amat pasti CD itulah yang memanggil-manggil dia.

“Che Bedah, iya saya yang panggil kamu. Bawalah saya ke tempat ofis lama kamu dan tayanglah isi kandungan ini pada kawan-kawan lama kamu. Mesti mereka suka”

Che Bedah agak terkejut. CD tu merayu-rayu dia, menggoda-goda. CD itu mengandungi bahan bukti kes pembikinan bahan pornografi oleh individu yang agak terkenal di ofis lama Che Bedah. Pelakunya telah pun dihukum salah. Ntah macam mana CD itu boleh berada di opis Che Bedah, Che Bedah pun tak tau. Masuk Ofis sahaja CD tersebut telah dilekatkan di papan kenyataan ofisnya berserta keratan Akhbar cerita tersebut yang berlaku pada minggu lepas.

Ramai jugalah wartawan TV yang membuat liputan dan mengambil gambar usai hakim membaca keputusan kes tersebut. Memang macam itulah Mahkamah ni, cerita-cerita jenayah begini memang ramai yang mau buat liputan. Che Bedah pun tak faham. Bulan lepas ada pesalah mati semasa menunggu hakim membaca kes, tidak pula ada wartawan mau datang, sebelum itu Che Bedah dan rakan-rakan kegusaran kerana ada aduan kunun Mahkamah mau diletupkan, pun tak ada juga wartawan datang. Tapi cerita porno begini begitu mendapat liputan sehingga masuk berita utama di kaca TV. Bangga jugalah rasa hati Che Bedah bila melihat kawasan ofisnya, terutamanya vending machine tempat dia selalu beli air 100 plus masuk TV. Alahai…

Che Bedah memandang CD itu lagi dan CD terus merayu-rayu Che Bedah untuk mempertontonkan ia pada khalayak yang lebih luas. Che Bedah tau membawa bahan bukti keluar itu salah. Mengedar bahan lucah pun salah. Ini kerja gila, bisik hati Che Bedah.

“alah, Bedah bukan ada orang tau pun. Memang orang tu lekatkan saya di sini nak suruh ko bersiaran. Ko,kan CNN tak rasmi pejabat. Bawalah sekali kerepek pisang kamu, tentu sekali akan laris. Kawan-kawan kamu mesti seronok mengunyah kerepek pisang sambil menonton isi kandungan saya. Ko juga yang untung”

Eh CD tu macam tahu-tahu sahaja apa yang ada dalam kotak fikiran Che Bedah. Lalu Che Bedah teringat pesan-pesan dalam FB yang berpesan agar menyimpan aib orang lain rapat-rapat. Cepat-cepat Che Bedah beristigfar. Tak baik buka aib orang fikirnya. Pasti kita tak suka diaibkan, Cukup-cukuplah dia bersiaran akan kebaikan pakai korset bamboo, dan bersukan, sungguh pun bentuk badannya langsung tak membayangkan dia seorang yang menjaga penampilan diri secara tuntas.


Friday, December 20, 2013

Melukis Puteri

Marisa, anak yang akan berusia 2 tahun tanggal 23 Disember yang mak saya asuh mau Princess, kata ibunya. Sebenarnya saya sudah membayangkan imej hello Kitty, siap dengan hiasan marshmellow untuk dia. Tapi ibu kata, mau Princess sebab nama Marisa ialah Puteri Alia Marisa.


Apa-apalah ajekan. Ya Kek Princess memang banyak, tapi untuk Marisa susah. Adik sepupu saya ada juga minta kek Princess untuk anaknya pada tahun hadapan, dan saya langung tidak punyai kesukaran untuk membayangkan kek Princess Nurdania Qalisya..



Tapi Marisa…hah susah saya. Dengan esok saya ada kertas Finance lagi, otak saya merewang-rewang kepada Puteri. Saya mau puteri Melayu, saya google, semua puteri kita kainnya tak kembang-kembang. Saya tengok Che Siti Wan Kembang, ya bolehlah saya kembangkan kainnya menyerupai ala-ala princess Barbie…ntahlah malaslah nak fikir, nak makan dan nak buat finance dulu…nantilah tengoklah nanti ntah apa rupanya kek princess yang akan jadi untuk Marisa pada minggu hadapan,ya.

Monday, December 16, 2013

TESTEMONI




Entri ini berkaitan dengan entri yang terdahulu dan yang terdahulu dari yang ini. Sebenarnya dalam ofis saya tidak ada pembuli, pun. Saya yang paranoia atau kengkawan saya yang paranoia, pun tak juga. Cuma kisahnya ialah cuma begini. Pada tahun-tahun yang lalu kira-kira 7ka, 8 tahun lalu, terlalu ramai budak pandai, baik, berlapang dada dan tidak terlalu memilih kerja.

Mereka ini walau pernah menjejakkan kaki ke Menara Gading dan berjaya membawa pulang segulung sijil, agaknyalahkan, agaknyalah dek kerana kerajaan Negara ni tak pandai bagi kerja yang setanding dengan kelulusan mereka, meraka pun berlapang dadalah kerja sebagai kerani aje.

Makanya, dengan adanya budak-budak baik ini,lah kita, kami, iaitu saya dan kawan-kawan saya yang belajar setakat SPM ni aje rasa macam terbeban bila bos mengharapkan saya dan kawan-kawan saya jadi sebaik budak-budak baik, tapi tak bernasib baik itu. Bos banding kerja kita dengan kerja dia, bos marah, bos nak kita jadi baik dan bagus macam mereka, tapi itu sangat membebankan. Kita rasa terinaya.

Malanglah lagi bagi kawan-kawan saya yang sudah berkeluarga dan tak mampu untuk menyambung semula pengajian agar setaraf dengan budak-budak baik tapi tak bernasib baik tersebut. Sungguh saya kesiankan kawan-kawan saya, tapi saya tak boleh buat apa-apa. Selalunya saya kata macam ini sahaja untuk menenangkan mereka, bukan untuk menghina mereka. Harap mereka tak berkecil hati.

Kata-kata saya untuk kawan-kawan saya dan juga saya sendiri yang selalu kena marah dan dibanding-bandingkan dengan si dia yang baik tapi tak berapa bernasib baik tu sebagai begini:-

“ kita orang kerajaan, separuh dari gaji kita dibayar untuk kena marah”

Memang macam itulah,kan. So kalau kena marah, kena hina, bersabar, istigfarlah banyak-banyak, anggap itu satu kifarah untuk Allah sucikan kita dari dosa-dosa kita sendiri. Atau contohilah saya. Saya ambil ubat penenang dengan tertib dan tekun sekali. Saya juga berjumpa dengan doctor sakit jiwa setiap 6 bulan sekali. Hasilnya saya sudah berjaya menghabiskan pengajian di peringkat Diploma dan sekarang ini sedang mengikuti pengajian di Peringkat Ijazah secara separuh masa.

Dulu, saya memang selalu kena marah, kena hina dan herdik, kalau bos dah penat menghina, budak-budak baik tapi tak bernasib baik itu pula yang jadi lebih sudu dari kuahnya, hah, cucuk-sana-cucuk sini, baling batu sembunyi tangan. Pun begitu saya rasakan kesakitan itu, macam angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa yang sudah lama berlalu meninggalkan saya. Itulah dia kesan pil penenang, tau.


 Dalam kerajaan ini sebenarnya ada ramai lagi, bos baik, boleh terima, aha ini orang SPM, ini orang diploma aku tak boleh samakan mereka. Cuma nasib kami setakat ini  idaklah baik dapat yang baik macam itu. 

Tuesday, December 10, 2013

Sayangilah Wanita Pilihan Dia

Minggu lepas yang lalu saya rasa macam nak tonton Troy di TV2, tapi memandangkan Isnin kerja, saya tak  sangguplah mau berjaga hingga jam 3 pagi semata-mata nak menengok dada bidang pujaan hati saya yang telanjang itu. Dadanya sahaja yang tak bertutup ok. Jangan kamu membayangkan keseluruhannya tak bertutup sama. Wow seksinya dia. Sapa lagi kalau bukan Brad Pitt.

Keesokkan harinya saya menggoogle tentang Helen. Seronok betul saya baca pasal dia. Pasal Wiki memberi tahu saya, pasal Helenlah berakhirnya era pahlawan-pahlawan di zaman itu. Pasal Helenlah mereka bergaduh dan kerajaan mereka hancur.

Asal Helen dari ibunya yang keliru tak dapat mengesahkan siapa bapa Helen. Zues ka atau suaminya. Helen memang hebat. Pujaan ramai jejaka. Hebatnya Helen, pedang yang tajam boleh dia tumpulkan. Pun begitu kerana dia, satu peradaban dunia jadi hancur.

Suka tidak suka pada akhir zaman ini ramai yang berwaspada-pada akan kehadiran seorang Helen.

‘****
Saya sangat gembira melihat Ibu Zain Saidin yang menerima Che Ta dengan tangan terbuka.

Pada masa yang sama sepanjang minggu lepas saya macam rasa Ibu Johan Asyari tak boleh terima Lana Nordin, tapi mungkin juga tidak begitu. Mungkin hanya peminat Johan sahaja yang paranoia kan kununnya Lana Nordin sudah mengunakan ilmu hitam terhadap Johan.

Harapnya ia hanyalah sebuah Paranoia Peminat-peminat Johan yang terlalu inginkan Johan bersanding dengan Shiela Amzah. Harapnya jua tak lama lagi saya akan dapat tengok Johan dan Lana dalam program macam Zain dan Che Ta di kaca TV.

“*****
Tika Paris membawa pulang Helen
Sepertinya inilah dia, inilah dia
Kehancuran yang diramal
Tukang tilik

Takdir TROJAN, takdir kehancuran
  adakah sudah di tilik  Melayu rebah di tangan WANITA?

sedangkan nabi mengajar kita berlemah-lembut dengan wanita

Air Mata sang Pembuli

Tahun ini saya tak tahulah tahun celaka, atau apa. Mujur saya hanya orang kerdil, saya tidak punya rasa bimbang yang besar dan ntah macam mana saya semacam rasa overconfident pun ada yang kita akan berjaya. Angka keramat 99.99% bakal kami capai pada penghujungnya. Saya berempati dengan keterkilanan kamu yang berharapkan kegagalan membawa sendu justeru pengundurnya seorang pembuli, dan kita semua hidup bebas dari dibuli. Sesungguhnya saya memang mau lihat kamu gembira, tapi gembira di atas air mata pembuli, gembiranya hanya fantasi. Kerana seorang pembuli itu kolam air matanya kontang.

Gembira melihatkan pembuli yang terlentang jatuh itu gembira sementara, kerana bila jatuhnya seorang pembuli, pembuli yang lain akan muncul, waima yang diangkat itu kamu sendiri yang penuh karamah lagi ramah.

Eh apa yang saya bebelkan ini. Inilah dia corat-coret tentang kejengkelan saya terhadap  terhadap diri sendiri,  maupun siapa-siapalah yang kerja makan gaji tapi tidak pernah gembira  dengan bos sendiri.

Sunday, November 24, 2013

Kakak Shinta

(a)
Kakak love mathematics but kakak is too tired to practice Maths, as she have to help her father to take care of her  younger sibling. Cikgu Meera told kakak, if kakak wants to be good in maths, kakak have to do Maths over and over again. Kakak just don’t have the time to do maths over and over again.

(b)
Shinta love doodling she like power puff girls so much. Her favorite puff girl is Bubble. Shinta can draw a portrait as well. She draw her lovely mother doing some needle work, she draw her tabby cat, and also her neighbour’s rooster, lot’s of tabby and rooster, lot of Bubble. One day Shinta’s grandmother pay them a visit. She was shock to see Shinta’s work and scream hysterically, “dear, lord this is the work of syetan” And that was the last since, Shinta doodle Bubble, draw tabby, rooster and mommy.

'******

Tulisan di atas di tulis khas buat cilik-cilik yang dekat di hati saya. Ya cilik-cilik...bukan cilik. Bukan seorang, sampai ada yang saya tak ingat nama mereka dan saya bubuh Kakak Shinta sahaja.

Friday, November 22, 2013

Malas nak gaduh....

"Apalah yang dongengnya akan perihal korban dan pengorbanan, dalam cerita pengesaan Tuhan Kristus, maupun Dewi Unduk Nagadau (kalau ada yang maukan something yang bercitrakan tempatan), sedangkan Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya sendiri. Cumanya kira, agaknyalah cerita korban yang sebegini tak berapa meriah jika mau dibanding dengan  terkorbannya pria hensem dalam jihad, yang tak sempat mandi hadas besar dan kemudiannya disambut mesra oleh ribuan bidadari syurgawi."

Mulanya saya fikir mau upload perenggan di atas dalam status di Facebook, tapi karang jadi gaduhlah pula. Tapi tu syok-sendiri, rasa best pula ayat tu, jadi saya pun upload di sini.

'*****

Baru-baru ini saya membatalkan cuti bersama keluarga atas lebih kepada rasa kemanusiaan dan tanggungjawab, rasa takut tak naik pangkat, ada juga. Almaklumlah kejadian itu berlaku masa orang sedang sibuk-sibuk pasal appraisal KUP berprestasi. Kira bodek bos lah tu he he he. Off course, family saya marah sangat. Dan saya pun dengan senang hati mengorbankan bos saya sendiri dengan me"monster"kan dia. Kununnya nanti dia tak rekemen saya naik pangkat.

Saya kesiankan bos saya, walau semua tau bos saya tu kaki buli. Sapalah yang tak pernah kena buli dengannya. Kini orang kata giliran bos pula kena buli dengan bigger bos. Kalau saya nak buat donno aje memang boleh, tapi saya tak sampai hati.She need our support and I guess we semua patut kena bersatu dan support her back.

Tentu yang tidak berapa mengenali tapi berminat mensaiko-analisa saya, akan mengata yang saya terpengaruh dengan cerita-cerita korban dari Negeri di bawah bayu. Saya tak marah atau rasa terhina jika you alls nak tuduh macam tu. Sebab saya rasa tak ada apalah bendanya yang berhantu, atau menyihirkan sangat dengan cerita-cerita Janda Aki-Nabalu, mau pun lagenda Dara Unduk Nagadau tersebut, sebab dalam Islam pun ada cerita korban. Bezanya korban dalam Islam kerana cintakan Tuhan, sedangkan korban dalam cerita rakyat ini korban kerana cinta sesama manusia.

Cerita saya berkorban kerana cinta sesama manusia tak sepatutnya diperlekehkan dan dijatuh-hukumkan sebagai konflik yang boleh membawa kepada kecarikkan akidah islamiyah kerana Islam agama yang menuntut kita bukan sahaja berhablum-minallah, tapi juga berhablumminanas.

Cerita ala-ala perasan heroin korban saya ni, bukanlah besar sangat, pun. Duit ringgit aje.Rugi tambang murah air-Asia ke Kuching. Orang kata kita bersedekah. Tak besar mana, pun, bukannya saya berkorban, sampai langsung tak boleh nak sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya. Insyaallah akan adalah balasannya balik itu nanti.

Jadi apa sangatlah kalau kita ni saling sayang-menyayang sesama kita walau tak sama agama, pun, kan. Tinggal di Malaysia ni macam manalah kita nak kawal benda-benda macam ini kerana kepelbagaian kepercayaan penduduknya. 





Sunday, November 17, 2013

Rephrase your words

Saya tertarik dengan link yang kawan FB saya share untuk anaknya. Kenapa tidak senang jadi orang bijak ni. Apa yang ditulis memang benar. Sukar. Kesukaran jadikan kita tak berjaya, dan kita rasa depress sangat-sangat sehingga merasakan yang kita sudah kehilangan our “brain power”dan kita terpaksa pula berhempas pulas berusaha keras untuk membina semula keyakinan yang yep, once a genius always a genius.

Dalam kes saya, saya tak pernah rasa saya genius, pun. Bila sewaktu kecilnya kamu, kamu dikelilingi oleh sepupu, bapa saudara sepupu yang merupa “jaguh IQ kampung” lepas tu kamu bersekolah elit, kawan-kawan kamu sama bijak dengan kamu, kamu tak akan sedikit pun rasa yang kamu itu genius. Pada kamu genius itu Einstain, Nuramalina, Sufiyah. Alah, kalau setakat Sekolah Sains, sekolah berasrama penuh gred B, apalah sangat yang geniusnya.

Tafsir saya, genius itu seseorang yang punya fotografik memory. Saya apa ada? Saya biasa-biasa aje. Tapi ada sorang bos saya yang mengidentify saya sebagai genius. Dan perkara itu berlaku hanya ketika saya sudah berumur agak lewat. Hanya bila saya bertukar kerja di kampung. Masa kat KL orang tak perasan, pun. Orang kampung expect saya tahu semua benda. Bila saya jawab saya tak tahu mereka jadi sangat sakit hati dan marah.

The truth is tak semua benda yang akan kita tahu. Bila ada orang kata “anda perlu tahu semua benda” pada mulanya saya rasa “that fellow talk nonsense” but after a while I rephrase it into “that fellow  believe that he/she knows everything” and I turn to him/her telling myself, not him or her “hey, buddy I’m not as genius/confident  as you are. I need second opinion, third, even more, to make it work” having that in mind, definitely you’ll be having different  facial expression then if you have the first phrase in your mind.


Well that only the two sentences that I remember, for now. But rephrasing our ‘line’ will certainly make our life more cheerful from the inside. And after sometimes, you start to believe that, “I’m not a genius like Einstein, but indeed I do have high IQ, and heaving high IQ is indeed a privilege from heaven.”

Saturday, November 2, 2013

KENAL & KAWAN

KAMU

Berkenalan denganmu
Aku jumpa musuh
Sekali musuh
Musuh selamanya

Berkenalan dengan mu
aku perlu kawan
sekali kawan
kawan selamanya

Berkawan denganmulah
Aku yakini
Musuh bukan untuk diperangai

Tapi disantuni

Saturday, October 26, 2013

Post-Budget Speech 2014

Sejak Tun M perkenal ada bonus untuk kakitangan awam, bajet speech of Menteri Kewangan adalah sesuatu yang ditunggu oleh sekelian penjawat awam. Bagi saya yang bolehlah dikatakan ada jugalah tak dapat apa yang saya expect (due to my mistakelah yang letak expectation yang pabila direview oleh mereka yang bijaksana ia boleh dikategorikan sebagai ekspektasi  perempuan psiko kuat berangan) jangkakan, saya dah tak kisah dah apa pun outcome bajet tersebut. Saya berpegang kepada benda sebegini, bajet hal kerajaan yang diluar bidang kuasa kita.

Kuasa kita dengan kuderat yang semakin susut, selaras dengan peningkatan usia, ditambah pula dengan cakap-cakap kunun kerajaan yang memerintah ini sudah tahap menindas golongan marhaen, perempuan somemore, memanglah kita hanya boleh menurut sahaja. Umpama lembu yang dicucuk hidungnya.

Jadi apa yang boleh saya buat ialah melihat dunia, yang menurut cakap-cakap orang yang mengaku bijak-dan –kalau diberi pilihan jadi Menteri Kewagan mereka akan lebih bawa sesuatu yang lebih baik, lebih efficient ialah berjimat-berjimat-berjimat dan tumpukan kepada perkara yang mengembirakan.

And so far saya fikir semua ok. Gaji saya taklah sebesar mana, tapi saya gembira dan senang-senang sahaja dan tidaklah rasa yang perkara-perkara yang mereka yang bijak-bijak soalkan dalam FB, di pejabat boleh begitu menekan saya.  Deme sebut pasal gula, saya memang dah lama minum air kosong aje. Gula yang saya beli selalunya lebih untuk dibuat kek dan manisan. Orang kata saya ni kalau sebut gulalah, setakat “pow” gula kat KFC, McD pun cukup untuk kegunaan saya.

Lagi apa ya? GST? Ahaa GST. Saya percaya kepada konsep, the more you consume, the more you pay tax. I’m a bit lost about GST, but I guess if the imposition of GST follows by reduction in the income tax, our policy maker is in the right track. No need to bising-bising. About perompakkan harta kekayaan Negara, ntahlah, so far aku tak pernah kena rompak, pun. Biarlah jika benar ada perompak, takkanlah tuhan begitu zalim untuk membiarkan kita terus dizalimi, satu hari nanti perompak itu akan terhukum juga.

Saya ni dah kena psiko, dah buta tak nampak perompak dan penindas ka…ntahlah. Saya rasa saya ok-ok aje. Mungkin maintenance saya tidak sebesar orang yang bising-bising dalam FB, maupun di Pejabat kut.

Sebut pasal maintenance, dah ramai gak yang cuba “meminang” kereta kelisa saya. Orang dah lama kerja dan tak lama lagi bakal KUP(W22) (10 Oktober yang lalu  Pekeliling dah keluar, effective from 1 Julai saya sudah menikmati skim gaji yang lebih tinggi, insyaallah dengan sokongan ketua Jabatan) macam saya dah patut survey-survey kereta baru …to the point ada yang memprovokasi sebab terlalu mengidamkan kelisa comot tu pun ada. Apa yang mereka geramkan dengan kereta comot yang kompang-kemet, calar-calar dek kerana pemandunya tak berapa pandai memakir kereta, tak taulah saya.


Pun begitu, setelah dipujuk, diprovoke, saya masih akan menggunakan kereta tersebut, untuk satu masa tempoh yang lebih lama lagi. Kalau nak ikutkan, tak payah tunggu KUP(22) pun saya sudah mampu tukar kereta baru  tapi saya fikir biarlah dulu. Sekurang-kurangnya, duit penjimatan  petrol dan kos penyelenggaraan dari kereta yang berc.c. rendah ini boleh saya buat pergi bersauna, berurut, buat detox, facial, membeli supplement untuk personal well-being saya.  Kereta tak cantik taka pa, yang penting tuan kereta sihat dan cergas.

Sunday, October 6, 2013

BENCI

Ada orang perlu orang lain untuk dibenci bagi meneruskan kehidupan. Dia akan “mati” kalau tak ada orang yang boleh dia benci. Sudah tentulah dia akan buat orang yang dipilih untuk dibencinya itu hidup seperti dalam neraka. Pun begitu saya percaya dalam satu kata-kata yang saya kutip dalam FB, jika kita pilih untuk  bergaduh  berperang, melawan dan membenci balik orang yang serupa itu, kita sebenarnya sudah tempah neraka dalam dunia ini lagi.


Sunday, September 29, 2013

Grafik

Ntah macam mana tah saya terjumpa satu blog yang sangat menarik perhatian. Saya sangat-sangat tertarik melihatkan grafik-grafik yang menarik dihasilkan dengan menggunakan perisian Microsoft Excel. Bayangkan selama ini kita gunakan ia hanya untuk mengira dan membuat carta atau graf. Bila di tangan orang yang kreatif, ia menghasilkan sesuatu (yang pada saya yang asyik bermain dengan nombor ini) kelainan yang mengujakan.

Bila saya google-google lagi rupanya bukan Nurdani sahaja yang berkebolehan melukis dengan pelbagai perisian komputer, ramai yang telah melukis, mendoodle dengan mouse dan keyboard.


Thursday, September 26, 2013

RINDU

Ini juga tulisan-tulisan yang saya baca di FB dan saya ringkaskan sikit lebih kurang jadi susunan kata seperti di atas.



Tuesday, September 24, 2013

Frinjan

Saya tertarik nak membeli satu pantun di wall FB rakan, tapi bila belek-belek balik...alamak macam ada unsur frinjanlah pula, kecoh nanti jadinya, kan, so saya berjual beli di sini:-

Beringin mati bersemi turi
Di paya lama lalang serata
Ingin ku cari pengganti diri
Dirinya jua terbang di mata

Di paya lama lalang serata
Di situ belacak pernah melata
Dirinya jua terbang di mata
Rela terlajak sampai ketua...


Monday, September 23, 2013

Diari Pecah Lemak I

Kecoh pasal abu mayat seorang pemimpin berhaluan kiri masih belum reda rupanya. exIGP Rahim Noor yang merupa hero yang menumpaskan hero kiri yang kini dah jadi abu itu pun dah berbunyi. Kita dapat melihat ketakutan yang teramat yang sangat mengelihatikan, sedangkan sebelum itu ada bijak-pandai yang menyenaraikan bahawa musuh utama Negara buat masa ini adalah obesity. Iya Obesiti.

Saya yang gemuk ini memang sudah lama merasa bahangnya jadi orang gemuk dan sedang berhempas pulas berusaha menurunkan berat badan saya. Iyalah kalau di Amerika kebencian, stigma terhadap orang gemuk sudah bukan lagi jadi satu perkara yang perlu dimalukan, anda tak perlu malu jika anda membenci dan membuli orang gemuk, bahkan sikap anda berbuat demikian adalah merupakan satu kewajaran, Malaysia sebuah Negara yang rakyatnya mula menggemuk pun satu hari pun akan jadi begitu juga.

Satu perkara yang amat merisaukan ialah bila SPA menetapkan Program Assessment Centre yang memerlukan kita cergas. Menurut rakan, kita perlu berlari dalam satu jangka masa yang ditetapkan.  Memang saya rasa agak sikit tertekan dan sedikit terkilan. Bayangkan saya sudah habis banyak wang dan masa, tiba-tiba saya gagal hanya kerana saya tidak boleh berlari, tidak fit.

Maka awal tahun lalu bermula perjalanan saya untuk mengurangkan berat badan. Banyak yang saya baca dan banyak juga yang saya pelajari. Kadang-kadang saya berjaya, kadang-kadang saya gagal. Berat yang dah elok-elok turun, naik semula hanya sebab saya sukar mengawal nafsu makan.  

Dalam berjaya-gagal-berjaya itu, saya pelajari satu benda, saya boleh turun berat badan tanpa berlapar. Tapi kadang-kadang saya malas memasak dan bila saya kekantin, mata saya jadi naik juling melihat juadah yang sedap-sedap itulah yang bikin kadang-kadang saya terbabas.

Dan, masa bulan raya memang berat saya naik mencanak gila babi dek kerana penangan rendang, ketupat, lemang yang sangat sedap itu. Bayangkan dalam masa hanya dua minggu, walau saya tidaklah makan sampai nak pecah perut, berat saya naik sehingga 4kg. Masa itu saya rasa macam, tak tau apa nak cakaplah. Nak turun bukan main susah, nak naik sekejap sahaja.


Ni dah habis raya Alhamdulillah saya dapat balik berat terendah sebelum raya dan ianya stabil.  Mulai minggu ini saya akan mula memasak tak moh tergoda lagi dengan ayam goreng yang sedap itu dan akan mengamal pengambilan makanan kurang lemak, lebihkan sayur-sayuran , juga bersenam…

Ok kita berhenti setakat ni dulu…jumpa next week, tengok ada turun tak berat he he he…


Wednesday, August 28, 2013

Kan saya dah kata, dah

Dari dulu lagi saya dah cakap, orang perempuan ni baik duduk rumah diam-diam. Tapi ada orang kata…oh tapi kita perlu dengar sisi pendapat dari kaum perempuan untuk kita lebih faham dan membolehkan kita bikin/capai satu jalan penyelesaian yang lebih holistic.

Dan bila kita dah mula bercakap, ada pula yang kata kita ni cuba memaksa dia untuk terima idea kita. Kita tak ada niat nak paksa-paksa orang, pun. Kita cuma skeptikal aje dengan bertanya-tanya, buleka dengan hanya mengangkang, meraung, mengelinjang kesukaan sambil bikin the other woman makan hati berulam jantung  boleh jadi dia duduk sama taraf dengan isteri nabi, wali-wali, kekasih Allah? Adakah jalan menuju saint-hood, semudah itu?  
Saya pernah baca cerita satu sendikit, ustaz-ustaz pergi keluar Negara, semata-mata nak nikah dengan budak-budak kita yang belajar di sana. Kalau ustaz tu single tak apa juga, tapi sudah berpunya. Saya tak taulah benda ni betul atau tidak, tapi saya pernah serumah dengan ada satu budak perempuan anak orang kaya yang terus jadi macam ntahlah, sanggup nak berpoligami, sebab dah tak nampak jalan lain ke syurga. Itu masa saya di Damansara.

Ada lagi satu cerita, pasal mahasiswi di Nilam Puri Kelantan. Ceritanya, tetiba ibunya diberitahu yang mahasiswi tadi kerap ponteng kuliah. Bila disiasat, anaknya suka ke satu tempat perkampungan orang-orang asyik, kununnya mau mendalami ilmu asyik dan sudah juga sanggup mau berpoligami dengan satu jejaka penjaga kedai buku agama.

Kita orang Melaka ni, bila kita dengar cerita anak perempuan kita nak memondok, mengasing diri, nak nikah dengan ustaz, memang kita pergi “berubatlah”. Kita skeptical. Bukanlah skeptical pasal macam mana ko nak bahagia, kalu suami ko kerja jual buku agama, tak ada life, tak layak berbini dua, bukan begitu, tapi kita fikir lebih jauh lagi, macam mana ko nak masuk syurga, kalau ko bikin perempuan lain menangis. Hari ni ko bikin dia menangis, tak mustahil esok lusa dengan keadaan ko yang daif**, ko pula menangis disebabkan perempuan lain.

Lagi satu ko belajar pakai duit kerajaan, duit pembayar cukai. Cuba tanya pembayar cukai mana yang suka, kalau belajar-belajar sekerat jalan, nih? Jadi memang kita skepticallah, macam mana dia itu nanti nak dapat apa yang kita cita-citakan, jika awal mukadimah hidupnya, lagi dia dah buat ada orang tak suka, ada orang disappointed, kalau bakal madu dia tak kisah, kalau pembayar cukai tak kisah, pun, mak-ayah dia dah disappointed.

Itulah cerita saya…Cerita kita orang biasa-biasa, cerita orang Melaka yang kalau boleh elak berpoligami, baiklah elak. Bukan cerita orang bangsawan  dari keturunan nabi Ibrahim yang dimulia orang dinanti keturunan mereka. Jadi, saya tak maulah lepas cakap. Bagi mereka, takdir mereka adalah takdir kemulian dan kejayaan, sedangkan kita, takdir kita, takdir orang-orang kecil yang hanya ada cita-cita dan keinginan mengecap bahagia di abadi sana.


***[Daif di sini, ialah bila dah berasyik, nak pakai luaran-luaran seperti lipstick, nak pakai baju peplum, baju kebaya, pun haram, ini pula nak berusaha menjaga yang dalaman-dalaman, agar proses penuaan tu jadilah lambat sikit. By the time kita, tua, dia pun dah 10 kali lebih tua dari kita]

Tuesday, August 27, 2013

Azam saya

“awak sibuk uruskan orang kawen, awak sendiri tak kawen” kata dia semacam ntahlah. Apa perasaan dia terhadap orang-orang macam kami, tidak beranilah untuk saya menekanya.

“awak memilih, nih”….kata dia lagi seolah perbuatan memilih itu merupakan perbuatan yang salah yang haruslah dihentikan segera. Bersegeralah berhenti memilih, bersegeralah bikin anak ramai-ramai, sekarang.

Iya saya memang benci dengan mereka-mereka yang tak boleh terima orang yang pilih untuk hidup bersendirian dari hidup bersama dengan orang yang tidak memiliki predetermine krateria sebagai pasangan hidup . Seolah untuk jadi baik, untuk diterima masuk syurga, kita mesti  berkahwin dan punya anak, tak kisahlah jika pasangan itu tidak memiliki ciri-ciri khusus yang telah kita tetapkan.

Saya bertanya lagi pada diri…jahat kah aku, baik sangat ka dia tu? Nehhh…mana ada, rasa sikit lebih kurang aje macam aku. Saya akan pastikan yang saya akan lebih baik dari dia...

Itu azam saya untuk hari ini.


Azam hari seterusnya, saya akan menyelami perasaan dia terhadap orang seperti kami. I'm going to asked her...apa salahnya kalau saya mau terus simpan senarai ciri-ciri yang mesti ada pada calon pasangan hidup saya? Akan saya tuliskan apa respond dia…seek to understand, apa nak buang list itu? NO WAY! :)

Monday, August 19, 2013

Mesir oh Mesir

Update:- Saya belum bagi tau Busu saya fakta sebenar presiden Mesir masih belum mati. Masa saya bercerita itu memang saya pun sendiri percaya, presiden tersebut telah mati dibunuh rakyat Mesir. 

Saya gunakan perbandingan seperti di bawah bila menerangkan situasi yang berlaku di Mesir kepada Busu, ibu saudara saya sebelah mak yang bongsu:-

“kita ambil Morsi-Ikhwan itu PAS, Presiden yang terguling dulu tu Najib-UMNO, orang kaya elit. Orang miskin macam kita dah meluat tengok Najib dan family, lepas tu ada satu insiden orang matilah ntah apa cita tah..ok contoh Teo Beng Hock mati pasal pegawai Rahsuah Najib tolak dari bangunan SPRM, pastu orang ramai pun simpati, lepas tu demo-demo-demo, masuk pilihan raya, Najib-UMNO kalah, PAS menang. Lepas PAS menang, Najib kena bunuh, anak Najib kena bunuh dan pekerja Najib kena rogol. Jeneral Askar ATM, ada gak kata, Singapore bagi duit kat ATM buat rangcangan guling balik PAS. Lepas setahun PAS pun tergulinglah…dan sebelum tu lagi Jeneral dah arah sebilangan askar masuk PAS ramai-ramai. Lepas aje PAS terguling,  apalagi, askar yang masuk PAS ni pun bunuhlah-sana-bunuh sini. Lepas tu Singapore pun declare PAS pertubuhan pengganas yang HARAM dan patut diperangai”

“yang Singapore tu negara mana pulak? Arab Saudi?”

“Iyalah Arab SaudilahI”

“hmmm …Arab memang jahat!,”

“Iyeee Arab memang Jahat, itu pasal orang alim-alim kat Malaysia sudah ada yang berkempen, bersabarlah dengan UMNO, bersabarlah dengan UMNO. Jangan DEMO-JANGAN-DEMO. DEMO punca fitna-lelaki-perempuan campur-aduk tak ada yang mengawas”

“iya budak muda-muda bukan boleh percaya sambil demo, skodeng pakwe-makwe. Mak ayah antar blajar university suruh belajar, dia berdemo”

“Ko jangan busu dengar budak USRAH xxxxU, mati kita..he he he… duduk dalam mesjid, tangan pegang Quran, mulut tak habis-habis cerita “ya ahkhi, ya akhi….” Merenyam gedik betul budak-budak sekarang ni, yang tak bertudung, yang bertudung litup, sama naik aje miangnya, bila buka bicara pasal lelaki"

“Tu budak perempuan sebelah ko  tu pun boleh tahan gedik juga tu…” Menjuih bibir ke her one and only daughter yang sedari tadi langsung tak ambil port akan bual bicara kami, sebab asyik dengan facebook dan k-POP.

End of the story-mory….

Saturday, August 17, 2013

Obsessi Perempuan Gila

Tadi baru lepas exam, pergh legalah. Happy pun ada. Lulus memanglah saya yakin lulus, tapi lulus bagi saya bukan lagi perkara pokok. Dalam zaman yang serba kompetitif ini, kita masuk U bukan nak lulus tapi mau kumpul seberapa banyak A yang boleh. Teruk, kiasu. Apa-apalah yang korang nak kata, tapi dalam keadaan menimba ilmu yang serba canggih, ada internet, ada online, ada face-to-face,  ada kelonggaran, ada rasa macam tak boleh dapat A, kau boleh repeat, drop, macam-macamlah ada, kalau belajar kat university ni, kan. Bukan macam waktu belajar kat sekolah dulu. Sekali ambil habis, ambil semua hah ko 10 subjek gitu, tak boleh ambil sikit-sikit, kumpul-kumpul.  Memang kita patut obsess dan tergila-gilakan A, A, A,A.

Pun kalau tak dapat A, pun idaklah sampai mau terjun laut. Berbalik pasal my chances untuk mendapat A, sipi-sipi aje, sebab I didn’t do well in my written assignment. Tapi saya rasa berpuas hati juga, sebab the assignment is done with no guide all from my face-to-face tutor, hanya bergantung pada on-line tutor.Saya rasa peluang nak dapat A masih ada, kalau pemeriksa kesian… plzz plzz, plz oh my pemeriksa tolonglah kesiankan saya. Tuhan bukalah hati orang yang menanda kertas saya boleh bagi markah bagus-bagus. Penat saya mengira dan menulis pada siang tadi. Pun begitu, kalau tak dapat gak kira oklah, dengan keadaan saya yang tak berapa sihat, oklah…ada kusyen sikit kalau nanti betul2 tak dapat A.

On saperate note:-

Kelmarin, di ofis saya bising-bising dan tanya “eh kat Mesir ni sapa penjahat sebenarnya?”

Sebab apa? Saya naik risau membaca cucukan FB yang jahat tu MORSI pun sama. hah! Si Ikhawanul Muslimin, tu??? Ish-ish-ish..unsangkarable. Takutnya saya. Saya takut sebab apa kita punyalah selama ni percaya Ikhwan tu, Ikhwan yang Ikhwanlah. Kita nak percaya Ikhwan tu baik, tapi bila ada bukti sebaliknya kita sedih, kita kecewa, samalah terkecewanya saya DSAI yang saya percaya baik masa saya sekolah-sekolah dulu, lama-lama jadi tak baik. Mula-mula memang kita susah nak terima, dan berdoa ia tak betul, lama-lama kita terpaksa terima, samalah agaknya kita terpaksa terima Ikhwan tu tak macam Ikhwan zaman Syed Qutb dulu.

Apa yang baik? Kitalah yang baik. Harapan dan kepercayaan yang kita akan kembali berkumpul bersama-sama orang baik-baik di abadi sana sahajalah yang tinggal. Saya baik, saya baik, saya cerdik, saya pandai, saya bijak, saya akan berjaya di sini dan di sana. Takdir saya ada seorang penjaya, bukan penggagal.


Tuhan jadikan saya insan yang memudahkan bukan menyempitkan jalan sendiri maupun jalan orang lain. Jangan jadikan saya orang yang mengecewakan dan membunuh harapan sendiri, atau harapan insan lain. Namun hindarilah saya dari situasi, tanggungjawab, amanah yang tidak mampu untuk saya pikul.

Thursday, August 15, 2013

RINDU




Kata orang bijak-pandai "manusia tidak akan meninggalkan sesuatu yang dicintainya, melainkan setelah memperolehi kekasih lain yang lebih di cintai, atau kerana adanya sesuatu yang ditakuti"

Ini bukan pasal takut masa PAC nanti pancit....sebab gemuk sangat, tapi pasal batuk teruk. Mula Isnin yang lalu tekak saya mula terasa perit, pergi klinik, biasalah dapat antibiotik, dapat ubat batuk, dapat ubat selsema. Anti-biotik habis, semua habis, batuk masih tak susut.


Kawan menyarankan saya ke tempat yang bagus dan berpatutan harganya. Kenapa tak pergi klinik 1Malaysia? Saja nak buang duit, kut. Tapi memang tempat tu bagus, walau doktor LOCUM, doktornya 18 Ogos baru ada, doktor yang melayan tu memang saya suka.

Suka-suka....popp bila ambil ubat, mak oiii sebeban. Dari gaya doktor cakap macam ringan aje. Doktor wanita tu kata sikit lebih kuranglah "ini masalah alahan. Once we supress the allergies, the cough will go away" sedap hati saya. Masa itulah.

Bila ambil ubat...toinggg ubat alahan tu aje berharga RM40 ringgit, kata Akhdiat Akasya, pun aku telan liur. Inilah kali pertama saya terpaksa bayar bil klinik pakai kad. Mula nak guna debit, (malulah pasal kesihatan, pun kita nak berhutang,kan, kalau mak I tau, mampus saya dileterinya) tapi adik tu kata debit susah...nah amiklah ko aka beli ubat hutang dulu he he he...

Ok berbalik pasal ayam goreng...saya makan krepek pun, saya rasa teruk sangat, alahai apatah lagi ayam goreng. Moga saya cepat sembuh.


Sunday, August 11, 2013

Istidraj...2

Cerita akhir zaman memang macam-macam. Ada orang nak ubah dunia, ada orang marah-marah, ada orang kecewa...ada juga orang yang tak kisah dan gembira mengisi masa dengan aktiviti yang ntah apa-apa tah. Antara hasil dari aktiviti-aktiviti yang ntah apa-apa tah itu adalah seperti dalam gambar di bawah ini hik hik hik :-







Saturday, August 3, 2013

Istidraj??

I know, I know,  patut masa ni saya patut revise my FA, exam dah nak dekat, 17 Ogos, ni, tapi nak kira share, dividend, masih terkangkang-kangkang lagi….aduh-aduh, tapi sempat buka facebook. Dah baca facebook dah gatal nak menceceh pula…

Ochehan kali ni, pasal cerita dah lama dah, cerita masa saya belum bikin diploma lagi. Saya menyinggah duduk di tempat kawan untuk “sort” dokumen. Bos saya, Pegawai Pelajaran yang memang saya tak berapa kenal ‘mulut’ dia, bercakap yang saya rasa dia, sebagai bos tak patut cakap. Atau dia fikir ntahlah. Tapi benda yang dia cakap tu pada saya sangat eish tak patut, dan agak kekampungan, tak sesuai benar dibawa bual dalam pejabat. Tapi itulah saya kerja kat kampung memang orang kampung memang itulah kut bual-bicara yang akan mengeratkan dan mengakrabkan hubungan mereka.

Dia cakap macam ni “sayang cik xxxx masih tak berteman. Negara rugi bila orang macam tu tak ada zuriat” Dan dia mula bercerita pasal anak kepada adiknya yang menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan tapi beristerikan seorang  minah kilang yang tentulah dah jadi ex-minah kilang the soonest mereka bernikah. Tak usahlah saya menceritakan satu-persatu, sebab saya fikir anda semua boleh teka apa ceritanya.

Masa itu saya rasa nak membidas  tapi sebab bos,kan, semua layan, saya pun layanlah juga, saya senyum, saya kata “hmm, mmm, dan mmm dengan angguk-angguk, sekali macam setuju bebeno. Macam setiap butir cakap bos tu umpama wahyu dari langit,  walau dalam hati saya marah dan cakap, eish bos ni, aku taulah bini ko tu ada phd, ko pula ada master, tapi tak patutlah ko umpat keji darah-daging ko sendiri. Jodohkan tangan tuhan. Dah jodoh adik ko serupa itu, bukannya boleh nak direverse-reverse lagi. Anak sedara pun dan besar-panjang, dah layak ambil lessen bawa motor, pun.

Bila saya sudah makin matang saya fikir, bos saya tu dia bimbang dan sayangkan anak sedaranya. Dia berfikir panjang, berfikir masa depan mereka bukan sahaja di dunia, masa depan Negara tapi lebih kepada masa depan di akhirat nanti. Pening agaknya dia memikir macam mana, kita dari kalangan orang baik-baik, cerdas akal dan minda, tiba-tiba Allah boleh bagi jodoh dengan perempuan IQ rendah yang taunya hanya nak melaram dan bermewah-mewahan sahaja.

Nauzubillah…

Oh ya pasal kawan saya tadi…hmmm dia masih macam saya, infact saya ada 2, 3 orang lagi kawan macam dia. Kenapa Allah tak sampaikan jodoh pada kami. Kalau saya ni, memang orang tak pertikai sangat, memang padan pun tak laku-laku---uish saya ni kalau nak kawen, kalau tak dapat Einstein,  James Dean, cukuplah, kurang dari 2 yang saya sebut tu, memang saya rejek. Tapi kawan-kawan saya semuanya slim, cantik, molek tutur-kata, manis mulut dan berjawatan tinggi, taste mereka idaklah segila saya, tapi masih  tak ada lelaki yang mau .

Kalau kita fikir eh macam dunia ni tak adil, perempuan tak reti jaga anak, cepat jodoh dan beranak, perempuan baik, rasanya orang perempuan ni, kalau dah masuk 40an, tak usah berangan pasal anaklah, kembang tekak. Malaikat pun mengekek ketawa bila Allah mau  bagi anak pada Siti Sarah yang dah tua itu.

Negara rugi? Memang rugi pun, bila Allah tetapkan perempuan tak reti jaga anak, dapat anak. Nak jaga anak bukannya senang, kadang tu jaga selok-elok mungkin, tak menjadi juga, kalau tak masakan anak nabi pun ada yang masuk neraka.  Mungkin juga istidraj akhir zaman, mungkin juga  kifarah. Adalah tu dosa-dosa kita umat Islam yang Allah nak bersihkan dengan jalan kifarah. Allah mau kita pulang kepadaNya sebersih mungkin.  Jadi kita hanya boleh bersabar dengan kegampangan anak-anak orang yang hanya pandai buat anak, tapi ambil semberono akan soal tanggungjawab mendidik anak.  


Sesungguhnya hanya Allah yang tahu. Kita cuma ada mungkin, mungkin, mungkin, dan saya kira dari saya berfikir-fikir pasal kemungkinan-kemungkinan yang ada, ada baiknya juga saya berdoa agar semua anak-anak kecil, yang comel-comel membesar sempurna, berguna kepada agama, bangsa dengan Negara, tak kisahlah mak ayahnya sesuweh macam mana pun.

Sunday, July 28, 2013

Sayap dan dunia yang dipinjam - part 3

Saya sekolah sains, tapi saya jadi kerani aje, kan seolahnya saya berada (sedang terbang) dalam dunia orang lain? Dan yang kelakarnya pernah ada orang menuduh saya SB buat kerja mengintip kerani-kerani. OMG OMG, orang itu memang gila, mana ada SB GEMUK he he he.  Jadinya  saya kena merendahkan tahap pemikiran saya ke tahap mereka. Bercakap cara mereka dan masuk ke dalam kerisauan, impian dan harapan mereka.  Ini sangat bermakna dan berguna dalam perkembangan peribadi saya.

Memang pada mulanya agak susah mau menyesuiakan diri dengan mereka. Tapi jadi lebih mudah melalui pengusaan dua bahasa. Bahasa Melayu, dialek nogori atau lately Kedah…(bos baru is Kedahan, and one of my favourite pastime yang disukai kawan, tapi dibenci bos ialah memparodikan /mengejek /melakunkan semula  gaya bos banyak sengal, perasan baguih sangat, no?) untuk berfikir seperti kerani SPM. Manakala saya menggunakan, Bahasa Inggeris dan Melayu tinggi siap dengan puisi dan pantun bila mau mengekspresi  perasaan marah, bimbang, risau dan impian saya.  Dan bila saya mula berbahasa Inggeris, none of them akan amik port benda yang saya cakap…. “leave her alone, dia sedang dalam mode meracau/merapik-meraban, berangan sedang terbang ke dunia Einstein /Socrates dieh.”

Selain dari itu kita kena sangat berhati-hati tika bercakap, benda kita cakap biasa, tapi bisa bikin mereka kecil hati…but once they know, yang you ni naturally born sarcastic, atau orang Melaka kata “bako darah, lahanatz, mulut tak ada insurans”,  mereka ok. Meraka juga lebih mudah untuk memaafkan kita. Pun begitu saya memang sangat jaga mulut, walau payah….dan sangat rasa gembira bila mereka menobatkan gelaran “control laser” kepada saya.

Persahabatan adalah persahabatan tulen, ikhlas abadi sebab IQ mereka tidak terlalu tinggi untuk memikir agenda itu dan ini. Mereka juga, saya kira, tidaklah begitu taksub untuk mengubah dunia.  Selalu ada rasa, eh itu kerja orang-orang pandailah, aku ini kerani aje. Pendek kata saya dan mereka kurang rasa terbeban untuk berammar-maaruf, bernahi-mungkar.  Eh ustaz, ustazah, kan ada. Karang kerani kalau bersyarah lebih-lebih karang apa pula orang kata….dah gilo ka ekau??? He he he…

Dunia mereka dan saya adalah lebih kepada hablumminanas yang terkadang kemampakan seperti mereka dan saya ni eh macam talam bermuka-muka aje. Blakang bos, benci bos, tapi bila depan bos, kemain mengekek-ngekek lagi ketawa-ketawa bergurau dengan bos. If you don’t like your bos, don’t show it in front of her or him. Balik blakang bule. Why not ah? Ntah tak taulah dan gitu rule dia, ko ikut ajelah. Sebab bila bos jengkel dan bencikan seseorang, satu office boleh rasa tak seronok. We love our friend and off course we don’t want to put/send our friends in such discomfort zone.

Kesimpulannya, it’s wonderful and beautiful life. Kurang beban, all you have to do, jaga disiplin kerja. Tak susah, tapi tak juga mudah. Hmmm cuba bayangkan ya kalau saya ini Ketua Unit, Ketua Jabatan….tentu susah,kan.  Hmmmm bayangkan pula saya eehhh tak mau bayangkanlah. Ngeriiiii.


Namun bila sampai waktunya nanti saya harus juga pergi meninggalkan dunia yang serba senang dan santai ini. Bersedia untuk memikul beban tanggung-jawab yang lebih berat. Cuba bayangkan tetiba saya dipinang orang dan jadi Isteri kepada seorang ahli korprat (kan saya nak kawen dengan orang kaya aje, tak kaya tak mau!) arghhhhhh tidaaaakkkkkkkkk!!! Ha ha ha.

Friday, July 26, 2013

Sayap dan dunia yang dipinjam --part 2

Saya masih memikir-mikir apa ka bentuk orang yang meminjam sayap dan dunia orang lain nih...sedang saya menyiang-nyiang ikan untuk dibikin laksa Penang. Lalu saya teringatkan seorang kenalan, rakan sekerja yang kita semua....alamak faham-faham ajelahkan.  Kenapa dia alamak, ntahlah. Dia kerja memang tip-top, semua orang tak boleh lawan, tapi dia garang dan ada kawan lain kata, dia kalau dia masuk bilik bos, habislah kita...bukan dia bukan kaki kipas, dia sendiri jenis hard working dan sangat dipercayai dan disayangi oleh bos.

Bos sayang dia, kita tak sayang dia, to the extend not only me, tapi seorang kawan lain pun ada pernah rasa mau pecah-pecahkan muka dia. Begitulah betapa gabannya tahap alamak dia. Bukan itu sahaja, bos sendiri tau kami ada simpan rasa mau pecah-pecahkan muka anak buah kesayangan dia. Sampai bos kancheong, bos bagi amaran dan marahkan kami.

Apa kami nak buat? kami terpaksalah bermanis-manis mulut, berbaik-baik dengan "iblis" seekor tuh. Bila kami rasa iblis dia terlalu banyak, ada yang pasang lagu-lagu nasyid di komputer. Saya? saya ni nampak muka dia aje terus saya istigfar banyak-banyak. Actually ada dua muka perempuan dalam pejabat tu yang saya kan cepat-cepat berzikir, selawat dan istifar, jika saya terserempak dengan mereka.....

Itulah agaknya orang yang meminjam sayap bos untuk terbang dalam dunianya yang kecil dan tak setinggi mana pun. Kalau tak ada kata ancaman dari bos, jangan harap aku mau berbahasa-basi dengan dia.

Sayap dan dunia yang dipinjam

hmmm.. ada orang kata ada orang meminjam sayap untuk terbang meneroka ke dunia orang lain. Absurd bukan? Mana ada manusia yang macam itu, imaginasi dia aje yang sangat cemerlang, kut? . Eish tak baik cakap orang macam tu, Mungkin, mungkin wujud manusia sebegitu. Cuma Allah tak pernah/belum lagi mau menemukan saya dengan orang yang macam itu. Life saya kecil, life saya simple, jadi saya tidak menghuni dunia ini bersama-sama manusia-manusia complex.

II)
Kawan saya bertanya kenapa-kenapa-kenapa…kenapa dia sangat mean macam itu? Saya malas nak jawablah. Hey I guess almost 100% respondent yang saya jumpa, akan kata dia mean. The answer is “she a mean type of people, and that what a mean people do and she been doing it right now!, Why it is hard for you to comprehend simple rule like this, huh!”

Tapi demi menjaga hati kawan, saya jawab begini,

“kalau ditakdirkan saya tak sakit, saya lulus cemerlang, saya jadi bos, mungkin saya juga macam itu kut. Dulu masa saya nak ke UK dulu, kita ada group. Waktu lapang kita bertadarus, lepas tu kita mengumpat orang macam kamu”

“Kenapa?”

“eh, macamla kamu yang vogue lagi-lagi bergaya ni tak pernah mengumpat kami yang slebet gaya Albert Einstein yang tak sikat rambut tuhhhh”


Sebenarnya perbualan kami terhenti takat “kenapa”. Iya saya tak sempat nak jawab sebab kerana ada seseorang memanggil saya.

Tuesday, July 9, 2013

In between power of DIAm

Tau tau tau sudah mau Ramadhan, dah Ramadhan pun tak bule mengumpat. Tapi jahat nak mengumpat juga, atau bahasa glemernya bergossip. Ini pasal perempuan dan pilihan mereka. Pasal perempuan yang memilih. Memilih harta, dan akhirnya sunyi dan terus lagi terperangkap bercinta (digossip sebagai bercinta) dengan lelaki berkedudukan.

Orang alim, orang cerdik kata perempuan ini kalahnya dengan wang ringgit, pangkat dan kedudukan. Ada juga kawan perempuan kata “kau tak akan bahagia jika kau pilih wang ringgit” Saya tak setuju. Saya dapatkan second opinion dengan orang yang lebih sekepala dengan saya. Dia cakap pula, perempuan itu bijak. Dia berani meletakkan harga dirinya dengan hanya melayan lelaki berkedudukan setaraf dengan apa yang dia miliki.

Yang tak betulnya ialah, adalah tak betulnyalahkan. Tapi orang kata wanita sunyi ada yang kalah dengan kebaikan lelaki. Sukar bagi mereka menolak keperihatinan sang lelaki. Perempuan cantik, biasalahkan, kalau murung berduka, pasti ramai hati yang jatuh cair untuk datang memujuk. Di situlah letaknya ujian tuhan terhadap orang cantik rupawan agaknya. Maka terjebaklah dalam cinta tiga-segi. Ntah iya, ntahkan tidak, tak taulah kita ek.

Yang saya nak cakap bukanlah pasal cinta tiga-segi, tapi pilihan kita orang perempuan. Jika kita pilih lelaki yang berkedudukan tinggi, ketegori HEROlah,kan, sunyi itu adalah harga yang kita perlu bayar. Apatah lagi kita berkongsi HERO. He he heee…. HEROkan busy nak menyelamatkan dunia. Ko tengok ajelah cerita spiderman, superman tu hah….memanglah cerita tu cerita kartun, tapi memang dalam kehidupan seharian memang macam itu,lah,kan.  Kalau dah pasangannya Pengerusi itu ini, memang gitulah dia. Pulak like I said berkongsi pula tu. Memang macam itu. Tapi tengok pula yang ko dapat,kan. Kalau asyik tengok yang ko tak dapat, sampai lupa nak kenang apa yang ko dapat, masuk gaunglah alamatnya.


Kesimpulan saya, kalau kita rasa yang kita ni ada pakej harga yang tinggi di mata orang lelaki, maka pilihlah lelaki yang berkedudukan tinggi, sesuai dengan ketinggian kita, dan setiasa kenang apa yang kita ada. Memang ada orang alim sekarang kata lelaki yang punya kedudukan tinggi ini semua rahsuah, korup dan menjalankan aktiviti yang jahat. Kalau tak jahat tak kaya, namun, zaman sekarang ini kalau kita mau agama kita, bangsa kita dipandang tinggi, kita harus berharta dan berkedudukan tinggi. Kalau nak yang rendah-rendah, duduklah rendah-rendah, pilihlah yang rendah. Kalau kena herdik, kena maki, engkau kerja bagai nak rak, cari duit, dia duduk menangkang,  redha ajelahkan.

Saturday, July 6, 2013

The Power of DIAM

Kebiasaannya bila di tempat saya berkerja, bila kita nak bercuti, bos akan minta tulis nama kawan yang nak back-up kita masa kita bercuti. Lepas tu bos pun approve cuti kita. Kita pun dengan senang hati pergi bercuti.

Tengah-tengah sedap cuti, kita dapat massage kawan yang bukan namanya telah kita tulis sebagai pengganti kita semasa cuti, marah-marahkan kita dan tuduh yang bukan-bukan. Kita diam tak jawab. Tapi tuduhan dia sangat berat dan kita rasa alamak sedikit kancheong.

Kanheong la beb sebab kita ni sekarang dalam pertimbangan nak naik gaji. Kita risau-risau-risau, bila kita tanya pada orang yang meluluskan cuti kita, dia pesan begini “cuti aje dan duduk diam-diam” kita pun sikit senang hati. Lepas tu dia masih tak puas hati dan massage-massage lagi dengan kata-kata yang lebih mengancam dan tuduha-tuduhan yang lebih pedih.

Kita risau dan bercakap dengan kawan yang lain dan nasihat dia ialah, pedulikan sahaja, buat bodo. Perempuan tu memang sudah sakit hati dan sengaja nak sakitkan hati awak balik.

Itulah yang berlaku pada cuti saya yang tak seberapa ini. Saya ambil cuti untuk menghadapi peperiksaan memasuki skim perkhidmatan penolong akauntan, lepas tu saya ke KL menguruskan pinjaman PTPTN saya. ntahlah.

Kadang saya terfikir bahawa betapa gilanya penghantar massage tersebut. Kalau dia tak mau ganti tugas saya, kenapa dia tak bagi tau bos aje yang dia tak mau. Ini pergi kacau-kacau saya. Saya pun tak faham. Dia nak nampak dia baik depan boslah tu.

Biarlah eh orang macam tu. Nak gaduh boleh, tapi dalam hal macam tu, saya lebih suka berdiam diri. Memang rasa nak komplen balik kat bos, tapi nantinya akan menyulitkan lagi keadaan. Kita nak kerja cari makan, hari-hari nak ngadap muka tu balik, so the best thing is buat macam penyelia yang meluluskan cuti saya sarankan “matikan air” Diam aje.


Tapi itulah, kadang diam itu juga boleh bikin sakit hati ini he he…Tapi saya diam kerana nak test power DIAM. Yang menyarankan diam tu orang dah lagi setahun nak pencen. Orang kata, kata-kata dan saranan orang berpengalaman ni memang baik untuk diikut.

Friday, June 21, 2013

Pembunuh

Minggu ini saya tengok ehwal-islam khas sempena keputeraan baginda YDPA kita. Ada ustaz Don Daniel. Tapi ustaz tu mungkin gabera ka teruja ka, dapat bercakap depan YDPA, jadi macam buat kata ada sasterawan muda Negara “pretencious lagi mengada-ngada” jadinya. Forget about him. Saya bukan mau menulis tentang  ustaz pujaan Malaya itu, walau sudah beristeri, tapi masih bujang 3 dan harap kawan-kawan sana tak ada yang terlalu ambitious menyimpan cita-cita untuk mengisi kuota 2, 3, dan 4. Cukup-cukuplah ustaz Azhar Idrus McD yang begitu.

Apa yang menginspirasikan saya untuk menulis buat kali ini ialah apa yang disentuh oleh Ustaz Kazim, pasal membunuh. Katanya kita bukan membunuh dengan pisau, parang, pistol, senapang, bom atau C4, tapi kita membunuh dengan lisan kita, dan menyeru agar kita berhati-hati dengan anggota badan kita yang satu itu.

Saya mengisafi dan memuhasabah diri. Eh memang banyak perkataan saya yang membunuh rasanya. I was born “mulut lasser” dan yang paling saya suka bunuh ialah orang yang membawa perkhabaran “so an so single, aku nak kenalkan dengan ko” sort oflah. Nak salahkan diri ini 100% tak mungkinlah,kan. Saya memang dah lama geram dengan dia yang sorang ini. Dia selalu cakap macam ini “aku doa ko  dapat jodoh ustaz  alim”. Ini perkataan yang sangat saya benci. Ya saya benci bila ada cubaan membayangkan saya bersanding sebelah lelaki yang berfesyen seperti ustaz Don, atau ustaz McD.

Pada saya lelaki macam itu jahat, ya sangat jahat, kerjanya tak lain dan tak bukan ialah menghina orang macam saya. Maksud saya ialah menghina orang yang perpendidikan secular. Saya ada pernah berjumpa dengan seorang lelaki macam ini yang fikir imaginasinya sangat kotor sehingga sanggup membayangkan semua lelaki yang belajar ilmu secular di luar Negara semua akan end-up jadi peliwat. Semua kami ini sangat suka berzina. Jumpa lelaki perempuan, zina, jumpa lelaki-lelaki liwat, jumpa perempuan-perempuan, saya masih belum jumpa istilah untuk ini. Bila dia tengok orang yang tak serupa mereka, aje, semuanya mereka bantai suka berzina, kalau rapat-rapat akan mengajak berzina.


Dan cara membunuh mereka melalui wakil mereka senang aje, ko pakai gelang emas besar-besar, ko tunjuk aje kat wakilnya dan kata “ini gelang mak aku belikan. Itu nanti ustaz ko tu nanti boleh dia bagi gelang sebesar ini untuk tangan kanan, kiri dengan kedua2 belah kaki aku (iya kita orang Melaka baju pengantin perempuan kita memang siap dengan eksesorri gelang kaki tau! Yang atas kepala yang dipanggil sanggul lintang tu tak usah cakaplah, ntah berapa kilo emas yang dijunjungnya, itu pasal orang perempuan Melaka sangat kuat, dari anak-anak dara lagi, udah praktis junjung padi/beras dulu:))?” Dan sudah tentulah cakap-cakap macam ini akan menimbulkan kebencian di hati mereka dan ntah2 pasal cakap macam inilah ustaz yang zuhud lagi dekat dengan tuhan agaknya mendoakan saya agar jadi anak dara tua selamanya.

Tak kisah. Lebih baik sendiri dari siang malam mendengar kutukan demi kutukan tentang sebahagian dari diri ini. Dan lebih menjengkelkan bila sudah berbuih mulut mengata, mengeji, menghina, disudahi dengan kata-kata begini “tapi saya kagumlah dengan awak sebab awak tak macam yang lain”fuuuuuckkkkk… We are all the same, sex is still one of human need. The only difference is, some of us put it as physiological needs while some of us only want in thus they put it in a higher hierarchy. And if you think all of us (orang secular) suka zina, meaning that you yourself put sex as a basic motivation in your life. Tak ada sex tak boleh “jalan” semua kerja jadi lembab dan semput. Income/kuasa beli/ kekayaan/kedudukan dalam masyarakat ada kolerasi (berkadar terus) dengan kekerapan melakukan senggama. Lagi banyak senggama, lagi banyak duit.  
   

Kesimpulan/pelajaran yang saya dapat ialah anda tidak akan dibunuh, jika anda sendiri tak memulakan untuk membunuh.

Friday, June 14, 2013

Selamat Pagi

Macam dah lama rasanya blog ini tak berupdate.  Saya macam biasa sihat walafiat. Cuma buat masa ini memang agak sibuk. Dengan lawatan auditlah, task-forcelah, macam-macam. Nanti Ramadhan lagilah sibuk. Mesin jahit sayakan dah baik, so this year I think I wanna jahit my baju raya on my own. He he he…

Lagi satu semester ini memang ada killer subject. To some of you mungkin paper finance tu kacang, but not for me. Masa saya kat MMU pun, tiap-tiap minggu ada kuliah dan tutorial, saya berpeluh nak dapatkan A. Saya tak taulah dengan mode PPJ sebulan 2x aje perjumpaan selama 2jam, bule ka indak saya score. I have to bukan work hard dah….have to struggle. Doakan saya berjaya.

At the moment saya masih pening-pening dengan my scientific calculator, nak meningat cara nak bikin inverse. Plus saya masih tergagap-gagap dengan pengiraan bon, mana satu saya nak bubuh kat denominator, mana nak henyakkan kat nominator…

So, kalau blog ini bersawang, pepafamlah ye, sebab tuannya tengah bergelut separuh maut dengan paper finance. Moga dapat A, moga pada masa depan buleh jadi financial planner yang glemer??? No no no joking/berangan  aje ni. Mostly those yang ada kat Bursa tu, budak muda-muda…tengah naik, risk seeker. Bila dah berumur macam saya we are no longer sukakan risiko, so chances for you to see me at the Bursa Saham Kuala Lumpur tu memang zerolah.


Ok chow dulu, wish me luck… ta ta

Thursday, May 30, 2013

Psiko kuat berangankah aku

Bila kita konfius, yang kita ni macam mana, sebenarnya dia senang, aje. Ada beberapa test personality yang boleh kita ambil. Tepat tak tepat tu bergantung kepada jawaban kita. Kan saya kata saya ni sebenarnya yang mana, type penghibur yang sentiasa mau lawa, lagi maukan perhatian, atau type yang tak kisah apa-apa, Einstain tak sikat rambut, Socrates gemuk…what everlahkan.

Saya Ogy Ahmad Daud yang terlalu ingin nak jadi Einstain??? Perempuan Psiko kuat beranganlah tu He he he….

Then I took the test. Bukan test sebab nak tau bebeno aku nih jeneh apa tapi masa tu kursus semua orang kena amik. Set soalan ini dibangunkan oleh pakar tempatan terkenal, Sidik Noah. Basically ada empat kelompok manusia….pentadbir, penghibur, pemikir dan pendidik, kalau tak silaplah. So I took the test, masa test tu most of us, dengan Hakim-hakim, majistret-majistret, pentadbir serta pembantu-pembantu mereka sekali, kebanyakkan mereka duduk dipersonaliti pentadbir.

Dan saya? yeay…pemikir he he he…


Aiii takkanla pemikir kerja kerani aje, kan. Mesti nih lagi saya diserang rasa gelisah.  Perempuan psiko kuek berangankah aku?

So senang cerita, nak test yang kita ni berangan ka tak, kita masuk sekolah balik jah....kalau doing ok, boleh lulus periksa dengan cemerlang means oklah,kan. takkanlah psiko kuat beranganlah pula,kan. Eh Ogy Ahmad Daud tu mungkin dia malas aje nak blajar tu, kalau belajar betul-betul ntah-ntah bule jadi Professor kut hah!...

And my conclusion is, you are what you think…if you think you’re a thinker, then you’re a thinker. To be a thinker, one must born with it??? High IQ??? It either you have it or you don’t??? Wallhualam. Saya bersyukur saya dilahirkan cerdas, so why choose to be perempuan psiko kuat berangan,kan. 

KREATIF???

(kreatif di sini hanya merujuk kepada Creative Accounting ya. Sesungguhnya tak ada kena-mengena dengan lukisan kreatif, tulisan kreatif, cereka kreatif dan yang sewaktu dengannya)

Jika minggu sebelumnya saya tergedik berangan sekejap nak jadi pengacara popular yang dibayar satu saat RM80.00. Minggu ini saya kembali semula ke alam nyata. Saya berkursus BITK yang memang direct dengan tugas hakiki saya.

Saya bersama orang yang memang saya. Atau lebih kepada orang yang saya mau jadi pada masa 10-20-30 atau sehingga saya menghembuskan nafas terakhir. Saya pun sebenarnya tak tau saya sebenarnya yang mana, yang tergedik-gedik mengacara ka atau yang serious, squre face, heartless penyimpan kira-kira yang pengingat lagi calculative.

Saya sebenarnya selalu berasa yang saya akan lebih berbahagia, gembira dan sejahtera jika saya  bersama-sama orang-orang yang memiliki personaliti macam Micheal Jackson, Ogy Ahmad Daud dari bersama-sama Donald Trump atau Fredie Franandez, Rafidah Aziz. Pun begitu Allah bagi rezki saya dalam bidang kewangan.  Saya tak adalah pula berangan nak jadi pengacara terkenal.

Buat kewangan taklah setension mana, pun. Infact I enjoy bikin kerja-kerja tersebut. Yang tak berapia bestnya itulah,kan…. Macam dalam office tu kita aje sorang yang baik, lagi tak menyeleweng, orang lain hmmmm pantang ada duit lebih sikit dalam buku VOT, pantang diarah bertugas keluar, berkursus, pantang bikin claim. Macam-macam mau masuk, macam-macam mau ambil kira. Milage barang 70, 80 sen pun sudah boleh bikin "gelap mata", macam mana nak jadi menteri? tapi kebiasaannya orang yang macam inilah yang bercakap mengalahkan menteri. Integritilah, transparencylah, accountabilitilah, ntah apa-apa ti ti tilah,kan lagi yang ada.

So bila kita bersama-sama kita-kita, perbualan kita-kita memang sahngat melemaskan. SPRM, bos yang bernafsu besar, bos yang kedekut, terlalu mau kawal duit dan itu-itulah, semua kisah manusia dan wang. Dan betapa hinanya manusia apabila tunduk dengan godaan nafsu dan wang-ringgit. Memang saya tak suka bercakap pasal hal itu, sebab mana tau saya sampai duduk di tempat atau bersama dengan orang-orang yang kalah nafsu ini, saya pun berperangai 2x5 aje. Mana tau rezki murah dapat jadi bos atau jadi bini bos….ha ha ha.

Pendekatan saya mudah aje dengan manusia-manusia kreatif ada jalan lurus, ai nak gak jalan bengkang-bengkok ni. Dia ada sebab kenapa dia mengambil jalan susah berbelit-belit dari simply ikut rule (TI, PP, SPP dan kawan-kawan dialah,kan). Itu antara dia dengan Allah SWT. Saya sangat bimbang mau mengeji-negji mereka sebab bimbang jika saya berada di kedudukan (saya nak sampai ke situ mungkin agak mustahil, atau mana tau saya bertemu jodoh lewat usia dengan manusia jenis kreatif, kan) itu suami saya tulah dok gian bikin benda-benda kreatif nih,kan. Suami tak berapa kreatif, saya pula terlebih-lebih ajar "abang buat macam itu, macam ni, begitu, begini" Minta dijauh tuhanlah, diberikan skrip kehidupan yang seburuk itu.

Itu pasallah saya mau pelihara diri dari terperangkap dengan benda-benda kreatif, dengan tidak terlalu memandang jijik dan hina pada puak-puak kreatif ini. Dia bikin benda jijik dia ada,lah tu pertimbangan dia. Moga di akhir usianya, jika dia Islam, dia sempat pulang bersih mengadap yang esa.

BUkan saya nak membelalah pula makhluk-makhluk yang dikata sebagai perosak/anai-anai kreatif, nih…ntah tapi orang kata, apa ye… ntahlah kalau rosak, pun yang rosak bangsa seagama kita gak, orang alim, orang baik-baik, ulama, semua pesan agar doa yang baik-baik, kasih-mengasihi sesama insan. Tak pernah pula saya dengar orang alim-alim suruh kita bermusuh sesama kita, umat Islam.


So itu ajelah buat kali ini. Selamat malam  

Friday, May 24, 2013

GASAR



Minggu sudah saya pergi ke kursus pengacaraan. Saya sebenarnya memang tak minat, menyampah pun ada pasal benda-benda macam ni. Pun begitu saya tak maulah dikata lorat oleh kawan. Biasalah manusia ni, kan memang macam itu. Kita tak suka, tapi kita ikut juga demi menjaga hati kawan. Atau in my case saya tidak mau dikata tak sporting, tak normal, gila he he he….

Kenapa saya benci sangat pasal kursus gini, sebab kat university pun kita ada belajar pasal komunikasi. Dan bagi saya nak jadi orang kewangan yang baik, lagi diam, lagi tak mempengaruhi lagi bagus, tak mau menpengaruh, bukan bererti langsung tak tau ilmu komunikasi. Dan kadang tak perlu rasa apologetic pun kalau terpaksa berperangai barbaric/gasar,  tak sekolah lagi tak tau ilmu psikologi, komunikasi bila berhadapan dengan manusia yang memang tak reti bahasa.

Falsafah hidup saya mudah, kalau tak mau terpengaruh, janganlah mempengaruhi orang. PERIOD. Saya mau kelihatan sebagai seorang yang bebas dan tidak mudah  dipengaruhi.

Maka, dua hari yang saya jalani adalah dua hari yang sungguh menjengkelkan lagi penuh dengan kepura-puraan. Pun begitu tidaklah saya langsung tak enjoy dengan aktiviti yang dijalankan. Kadang tu saya ketawa juga. Saya ceria dan ok sahaja sepanjang kursus. Orang suruh kita ketawa, kita ketawa, orang suruh kita menyanyi, kita menyanyi, suruh tepuk tangan, goyang-goyang tangan, bla bla bla, pendek kata semua saya ikut dan dalam mengikut tu saya idaklah rasa teruk, infact saya rasa terhibur juga.

Pun sikit-sikit hati ada berkata, “gila sungguh deme, demi PHATOS semua sanggup bikin. Termasuklah aku., Rasa aku ni dah serupa monyet dah nih he he hee”

Dan….at the end of the day saya katakan begini:-  

“kita memang memerlukan sekelompok manusia yang ghairah mau mempengaruhi orang terhadap kebaikkan”

Pun begitu ,


Janganlah kita “bunuh” sekelompok manusia gasar yang tidak mau mempengaruhi/mengajak orang lain untuk ke mana-mana.

Monday, May 20, 2013

Alhamdullillah,


Minggu lepas pergi gedik-gedik jalani survey ntah apa-apa tah. Kisah pasal pasaraya, barang mahal, hypermarket bla-bla-bla….

Barang mahal benda perkara biasa, Negara menuju high end punya ekonomi. Mujurlah saya single dan otak pun walau pernah masuk wad mental, alhamdullillah so far so good, I’m getting healthier and I am doing ok in my study.

Barang naik, gaji aku pun naik, so what a heck he he he…

Tapi macam mana pula bagi mereka yang barang naik, gaji tak naik, anak makin hari makin bertambah. Maksud saya perbelanjaan anak. Dengan tuisyennya, dengan segala tok nenek perbelanjaan mereka. Makin besar makan bertambah,kan.

Jadi itu pasallah saya tak begitu kritikal sangat dengan mereka-mereka yang percaya kalau tukar kerajaan harga akan boleh turun. Keadaan akan jadi bertambah baik. Itu hak mereka. Ada pula yang fear jika tukar, keadaan akan jadi lebih buruk. Well, saya sudah 40, berapa lama lagilah agaknya saya mau bertahan. Ikut standard umur nabi lagi 20-25 tahun aje. Being single, no matter apa pun perubahannya, ia tidak membawa berapa banyak sangat perubahan untuk diri ini. I used to work with an international firm. Berkerja dengan bos Cina. Memang teruk, tapi taklah boleh bikin kita mati.

Kerja dengan Cina ni satu aje, jangan selalu sangat sakit. Itu aje.  Jadi buat masa ni, focus saya ialah kesihatan.  Turunkan berat badan, ambil pemakanan sihat dan belajar cara menangani stress dengan sebaik mungkin. Dan jika anda tanya saya, how’s life? I will definitely say life is good and getting better and better. 

Wednesday, May 8, 2013

DADAH

Denial (D)
Anger (A)
Depression (D)
Acceptance & Hope (AH)

DADAH

Benda kat atas tu saya ambil dari blog mana tah, saya pun tak ingat. Ni cerita lagi pasal orang yang dah kalah, tapi masih lagi dalam state of denial. Itulah dia Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokong beliau.

PRU12 pun bila dia kalah dia kata ada MP akan lompat dan 16 September berlalu sepi. PRU13 macam itu juga dia. Diajaknya rakyat yang sama-sama tak boleh terima hakikat kekalahan untuk berhimpun ramai-ramai di Stadium, ntah stadium mana tah, tak taulah saya.

Saya pun tak berani nak ramal apa-apa pasal ini, kita tunggulah 16 September he he he, kut. Tahun berapa? hhhmmm ko tunggu ajeler!... angka 16/9 itu amat keramat sekali bagi pemuja wali keramat sang penyelamat Global saudara Anwar bin Ibrahim. Mungkin kali ini beliau berjaya, mungkin tidak. wallahualam.

Pun begitu dah ada cerita penyokong dia yang dah bikin kerani undi berkecil hati. Ceritanya macam ini:-

Seorang kerani undi bercerita pada saya yang dia sangat terguris bila seorang penyokong kuat Anwar menyangkakan dia tak sembahyang ketika menjalankan tugas sebagai kerani undi. Maka berlakulah pertikaman lidah. Bukan sahaja dia membayangkan yang itu, bahkan dia juga berfantasi kununnya kerani-kerani undi ini merosakkan undi, menghilangkan kertas undi dan macam-macamlah fantasi yang buruk-buruk mengenai perjalanan undi yang telah lalu.

Amboi kotor betul fikiran dia. Setelah dia rasa dia kalah, dia pun cakap begini, sikit lebih kuranglah:-

"Suami saya kerja ambil orang undi, duit dapat tak berapa sen pun"

Kawan terasa sangat tersindir yang dia sebenarnya mau mengata upah yang SPR bagi, tidaklah setimpal dengan penat kerja ditambah tohmahan liar pihak-pihak yang sangat percaya bahawa SPR itu sebuah badan yang korup lagi tidak berintegriti. Itulah dia mentaliti asuhan Anwar...bila dia kalah dia akan hina orang. Sampai suami sendiri tergamak dia kecil-kecilkan.

Reaksi saya....

kesianlah lelaki-lelaki yang beristerikan perempuan yang memuja Anwar siang dan malam. he he he...dan kalau Anwar jadi PM, pun, saya ok, aje. Saya dah masak dengan panglima-panglima penyerang-penyerang peribadi ni. Some of my friend wonder it could be the drug that I've consume in order to combat my illness...my be, my be not. alah ubat tu bukannya mahal sangat pun...SERinggit je sebutir, sehari makan 3 biji. he he, kalau Anwar jadi PM mungkin free terus kut.

eh correction 20 sen sebutir...so sehari 60 sen. taklah mahal mana, pun

Monday, May 6, 2013

Terapi Emosi


Anwar Zain kata "bila resah, ingat saat indah
                            bila rindu, kunyanyika laguu..."

bila kena rejek???? hah kita rejek dia balik he he he.....


Antara perkara yang menyedihkan ialah apabila kena rejek. Lebih-lebih sedih direjek setelah kita berusaha keras untuk mengambil hatinya. Itulah yang terjadi kepada UMNO di bawah pimpinan perdana Menteri Dato’ Seri Najib bin Abdul Razak yang berusaha memenangi hati kaum cina tapi ditolak mentah-mentah dalam PRU yang lalu.

Jadi bila naik kerja semalam memang saya rasa macam emosi sikit, bila menengok kengkawan Cina. (Apa? Melayu ABU? Melayu ABU ni saya dah masak dah….dah immune dengan kebencian mereka. Saya boleh beradaptasi dengan baik  dengan mereka, mereka pun boleh beradaptasi dengan baik bersama saya).  Apa-pun syukurlah saya masih dapat menegur, berborak seperti biasa dengan mereka. Geramnya sayyaaa dengan mereka itu. Apa aku nak buat dengan mereka, eish tamak bebeno mereka nih! Ala, kenalan saya yang berbangsa Cina kat Mahkamah ni dua tiga orang  tu ajelah…takkanlah pasal Gelang Patah, saya nak bermusuh dengan kenalan sendirilah pula.

Bila buka blog pro-establishment, saya terpandang iklan boikot peniaga Cina. Memang di Melaka ini memang mudah kita mau mengelak dari guna barangan peniaga Cina. Kita ada banyak pilihan. Memanglah apa yang saya buat ni tak akan bagi bekas pada orang  Cina kat Melaka ni, tapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sikit rasa sakit hati saya pada mereka….

Hah!  Korang tolak kita yeeee….saya tolak ko balik. Tolak-menolak –ni kadang-kadang merupakan satu terapi emosi dan perasaan yang berkesan. 

Sedih

Bila tengok Ghani Othman dilagakan dengan Lim Kit Siang, saya dah risau dah. Dan akhirnya kerisauan saya jadi kenyataan. Pun begitu saya boleh terima kenyataan yang orang cina tak akan membiarkan HERO mereka kecundang. Terasa pula macam seolah PM sendiri sengaja mau bunuh pesaingnya. Harapnya sangkaan saya tak betul. PM benar-benar terpedaya menyangkakan kaum Cina sukakan dia sehingga berani membikin pertaruhan yang amat berani itu.

Harapnya juga yang kaum Cina tidaklah langsung tak sukakan Najib atau sudah terasa terlalu besar dan maukan  lebih lagi...Baik sangka saya ialah mereka terpedaya dengan ramalan-ramalan ahli nujum yang BN akan berkubur setelah 55 tahun berkuasa.

Sunday, April 28, 2013

7 Hari lagii

Mujurlah tak 60 hari. Mujur juga April merupakan bulan yang sangat sibuk untuk saya. Sibuk dengan exam, dengan menyedia slide pemeriksaan bajet, ke hulu - ke hilir. Jadi jari-jemari pun idaklah mereyam sangat nak memblog.


So..jumpa lagi selepas 5 Mei. Hopefully 6 Mei dapat cuti umum.

Wednesday, April 3, 2013

Gencatan On-line

BN akan menang PRU akan datang, kata Tun Daim Zainudin. Saya percayakan kata-katanya. Itu pasal saya berani tulis komen "kalau BN kalah aku resign dan migrate". Saya nak migrate kemana he he he...

So what option saya ada? Solat dan doa. Mau doa dikabul kena baik dan berhati bersih, tak sakit-sakitkan hati orang. Jadi masa 60 hari ini saya sort of berjanji tak maulah merepek-meraban dalam talian. Mau focus berdoa agar saya tak perlu berhenti kerja dan berhijrah, at least dalam masa saya masih belajar lagi ini.

...***...

What if satu hari nanti BN betul-betul kalah kepada Dewa-Dewi "who sit at the table of GOD?" hmmm...I was thinking of UK, or perhaps Australia jadi pemetik buah. Negara-negara macam itulah yang kita selalu dok fikir kalau nak berhijrah. Ada juga terfikir mau ke Vietnam, Indonesia ka, negara yang lebih miskin.

Apa pun harapnya saya tak perlu pergi mana-manalah. Hopefully, Dewa-dewi ni hanya akan menang, bila saya sudah terlalu tua untuk berhijrah. Itulah doa saya. Moga Allah perkenankan doaku ini.



Saturday, March 30, 2013

Gading dah Kembali...Siap ko (Pre-Monday Blues)


Bos saya memang garang, semua orang tak suka. Yang bikin orang tak suka ialah dia pandai bikin staff biasa-biasa rasa rendah dan lekeh, orang kata. Saya tak dapat menyaksikan semua itu, sebab bila saya sampai-sampai aje dia dah baik he he he…rezeki sayalah tu.

Kawan kata bukannya dia dah baik, tapi dia mengalami episode post-murung bila dia bergaduh sakan dengan orang yang sangat dia sayangi dan percayai.  Lama jugalah. Dah nak dekat setahun dah. Tapi tu buat kata pemuisi terkenal yang say abaca, pun. Hati jika tak berganti, walau remuk macam mana pun pastikan pulih jika tak ada berganti, lama-lama mereka akan berbaik juga. Itu ramalan saya.

Takkan ada orang dapat mengganti staff tersebut, sebab dialah yang terbaik. Dan jumaat lalu ramalan saya semacam sudah mau jadi kenyataan. Kawan sudah mencucuk-cucuk ku. Cucuk betullah. Cucuk pinggang saya dengan pen sambil sok-sek-sok-sek. Dia orang dah berdamai , habisla kita lepas ni. Ini kes kucing depress tikus menari-narilah nih.

True semua kita suka kalau mereka terus berperang dingin, dan bos berada dalam keadaan depressi yang berterusan, sampai dia pencen pun kita suka. Pun begitu, kan dalam quran ada tulis, menyarankan agar menjadi agen pendamai, walau lepas berdamai, kita yang teruk. Saya harap lepas berdamai, bos biarlah sikit mellow dan pandanglah kami yang tak seberapa ini seadanya.

Selama ko berperang dingin, orang  yang kata-kata  bodoh, yang ko pandang sebelah mata inilah yang tunggang-langgan siapkan kerja. Janganlah bila gading bertuah, sudah kembali, tanduk bukan sahaja tak diguna, malah dipijak-pijak pula.

Saya yakin jika kita berpegang pada saranan dalam Quran Allah akan bantu kita. Moga di Mellowkan sikit sikap eksyen bos saya itu. 

Buat Donno sudah


Dua tiga menjak ni saya semacam dicucuk-cucuk untuk bertindak, dan hari ini saya sudah bulat membuat ketetapan untuk buat donno.

Ceritanya begini, kadang-kadang dalam pentadbiran ada sikit-sikit perubahan yang tidak menyenangkan kita. Maksud saya kita kena give-up rakan kita untuk ditarik ke tempat lain, lepas tu kita kena buffer kerja dia. Kita akur. Tapi bila ada benda tak sedap berlaku, kawan kena marah, kawan dibikin macam kambing hitam, mulalah kita rasa sakit hati.

Ditambah pula tempat kita sendiri agak kucar-kacir, macam ada “back-log” namun, “back log” yang boleh diselesaikan andai kita bersatu. Tapi hati yang sakit berkata-kata, “bak sini balik kawan kami, jadi back-log ini akan cepat selesai. Kita seperti dicucuk-cucuk untuk berkata “hey, kalau kawan aku tak reti buat kerja, bak sini balik!”

Kita kesiankan kawan, kita sedih. Kita rasa kalau kita push benda ni kuat sikit, kita akan dapat semula kawan kita, namun, kita akan mencipta suasana tegang. Dari kita dilihat mangsa keadaan, orang yang licik akan pandai pusing-pusing, buat cerita, kita pula memangsakan dia. Jadi kita diam. Kita cakap blakang-blakang yang kita geram, kita sakit hati, kita meluat.

Lepas beberapa ketika, kita ajar diri untuk alihkan perhatian kita, dan kita pun dah tak kisah lagi. Kawan kita yang kena marah tu…ah lama-lama pandailah dia buat kerja. Kalau dia tak pandai-pandai juga, pandailah orang yang memandai-mandai mengambil kawan kita itu memulangkannya ke tempat asal dia. Nama kita nak jadi pemangkin, campur tangan tidak sama-sekali. Mereka yang kena buffer kerja dia…sabo ajelah nanti adalah balasan dan ganjarannya nanti, mereka pun tak pernah berbunyi pasal lebihan tersebut.

Sebenarnya, apa yang perlu ialah mengajar diri macam mana jadi krew national geography, bukannya masuk campur akan hal orang lain. Belajar bagaimana mereka menahan naluri tak menolong mangsa, walau mereka boleh tolong. Kejam? Semua yang terjadi atas rencana Allah, dia yang mengatur segala. Dia juga akan mengaturkan keadaan untuk jadi pulih seperti sediakala.  All is well.

Thursday, March 21, 2013

Perkongsian Ilmu malam-malam Jumaat nih




Hari tu, dah lama dah, 21.01.2013 hari saya, pinjam sebuah buku dari perpustakaan berjudul “Law for Journalists” karya Frances Quinn.  Ada tajuk defamation.  

Saya tertarik dengan section Defamation and Malicious Falsehood. Yang saya faham, kalau seseorang mengada-adakan cerita buruk tentang kamu, kamu belum tentu boleh menang jika kamu saman dia. Kerana undang2 defamation ni bukan pasal sangat dengan perasaan orang yang difitna, tapi lebih kepada reaksi, respond orang lain terhadap fitna tersebut.

Contoh:-
A kata B pondan yang suka berzina dengan lelaki macho yang lain.  B ada business spa dan saloon. Dek kerana cerita A, business B tetap macam biasa juga, pelanggan tak pernah ambil pusing, B tidur dengan jantan ka, betina.  Bahkan tak kurang  pelanggan perempuan B yang menaruh hati sama B dan ada juga yang berani mengorat-ngorat B. B’s Life sokmo happening. B sangat popular dan disukai ramai. Kehidupan B tak pernah terjejas dek cerita-cerita A. Cuma B sahaja yang selalu menangis seorang diri bila dikata-kata mengamalkan zina.

Seperti yang saya faham dalam buku karangan Frances Qiunn ini, B tak boleh masuk court mengadu-ngadu yang dia sedih dan minta A ganti-rugi sebab bikin dia sedih, sebab yang diambil kira, bukan perasaan B, tapi perasaan dan penerimaan pelanggan dan kawan-kawan B. Lainlah kalau sebab cerita si A, business B lingkup, pelanggan habis lari.

Dan, jika A ada bukti yang melangkaui “reasonable doubt” ketika perbicaraan berlangsung di Mahkamah, sekali lagi B tak boleh saman A, sebab A bukan memfitna, tapi A menyatakan perkara yang benar dan hak kebebasan bersuara, melindungi A dari disaman oleh B.

Sekian ajelah ceramah undang-undang kita kali ini.