Wednesday, June 30, 2021

Krisis Kerja Norma Baharu---

 Lama tak update kat sini, ek. I is busy you alls. Apa korang ingat kije gomen ni PKP-PKP kita dok umah goyang kaki je ke? Oiiii kije macam biasa jugak. Ada masa busy, ada masa rehat. Gitulah kita ni.

Macam pagi ni tetiba busy giler sampai nak tarik nafas pun tak buleh. Yang internet ni pulak buat hal. Pergh----bos kat umah dah naik angin dah napa tak update-update. Ko bayangkan le Admin nak data pasal vaksin jak, tapi kecohnya macam satu dunia dah nak kiamat.

Macam mana tak kiamat, antar massage kul 9.45, kul 11 nak siap. Apa benda punya norma kijele kan? Macamle kita tak de kije lain. Kita ni dari pagi tadi dah tengah nak siapkan ada kije tu, alah kul 11, kul 10.45 pun buleh antar,kan? Siap kije dalam tangan nanti aku hantar le kije kau. Eh tak de maknanya---minah kekwat bos unit aku pulak dan-dan kul 9.45 tu jugak duk push-push anak buah dia suruh update segera. Sampai call aku kat umah---sabau ajele,kan. Peduli hapa aku---buat bodo jak, 10.53 baru aku msg dia minta maaf sebab lambat dan explain kenapa. 10.53, lambat ka?

Macam tu ceritanya---

Salah sapa? ntah. Tak payahla kita nak salahkan sesapa---cuba kau bayangkan eh kata lah tempat kawan tu susah nak dapat line internet, atau komputer kat umah dia satu je, hp pun satu je, anak dia pulak nak guna nak buat PdPR ka? eish kesian sungguh, kan.  Ini bukan masa nak salahkan sesapa, tapi masa kita jaga diri kita sendiri agar kekal tenang, ceria dan produktif, time-time kalut macam ni. You know what, the masa dia umum PKP 3.0 dulu the first thing, I cari ialah laptop. I cakap dengan my mom, Mak kalau benda ni tak de boleh gila kita ni. Bos kau tak de nak tanya kau ada komputer kat idak, macam mana kau nak kerja ka idak. Tak de. Dia kalau nak apa-apa nak segera, nak jam tu jugak. Kalau kau nak layan lagi sakit hati terhadap bos kau, dia boleh kata BDR stand for Berehat Dari Rumah. Astaga, mengucap panjang saya. 

Ada satu masa tu, ni kawan yang kena. Bos dia nak gi mesorat, dia nak itu-ini-begitu begini. Dia arah jerk senior aku cari. La kita semua kat omah, benda semua yang dia nak tu semua kat opis. Masa tu Covid tengah ganas, harung ajelah mai pi opis,kan? Macam tu le nasib kami yang kuli-kuli ni. Komputer, laptop untuk keperluan BDR ni semua kita tanggung sendiri. Bil internet, Letrik, tak de maknanya gomen nak sponser, lagi kene potong gaji lagi ada, kita ni.  he he---

Nasib baikla single---orang yang ada anak tu macam manalahkan. Bos-bos besar ni, dia nak cuci dose dia senang je aarr buat kursus itu, buat kursus ini. Kalau dah komputer sebijik, nak buat kije tunggu malam anak tido baru bule buat kije. atau kalau komputer kat rumah berbijik-bijik pun, ada anak kecik yang asyik nak mengempeng je kat dia, yang engkau buat kursus pagi petang, ko rasa? target sasaran kau mengena tak? Itu yang muda-muda, yang tak berapa nak muda ni. I tell you what, saya masa mula PKP ni ada sikit stress juga tau bila kena masuk meeting online dan sebagainya. Saya tak suka. Saya banyak tengok Youtube motivasi macam mana nak kekal positif.

Oh ya nape aku kata dose? Dose le kau suruh orang WFH, satu kejadah prasarana langsung kau tak ambil peduli, bila kau nak pegi meeting kau menyalak macam anjing gila (eh macam setan- setan menyalak ka?) kat orang bawah-bawah kau.

Kadang tu bersyukurlah kita ni kuli-kuli, kena salak kena marah, tapi tak terpalit beban, if something bad happened kalau staff tu burn out, mental sebab tak sedia berhadapan dalam Norma Kerja Baharu ini. Kalau nak layan sakit hati, tak puas hati, memang tak terlayan. Kalau layan kau nanti yang bingung. Kita cari jalan nak happykan diri. Bila kita happy automatik kita bawa aura positif. Bos nak marah pun tak jadi nak marah. he he---

Ohya ni cerita mengarut sikit---

Cerita kisah pagi tadi jugak; bayangkan benda yang sama menimpa atas pesakit mental yang tengah berkrisis; ah senang cerita, kalaulah benda yang sama menimpa saya 15, 20 tahun dulu, tika saya masih lagi tak stabil. hurrrmmm dia akan jadi begini:

Saya rasa ada konspirasi nak menggilakan saya. Derang semua nak tengok saya tergedang semula dalam wad mental. Sajalah tu dah tau awal bulan, ujung bulan saya busy, aleh-aleh saja nak laporan vaksinlah la pulak. Yang minak kekwat saja tambah tekanan call-call orang kat rumah nak cepat-nak-cepat-nak-cepat---

Realitinya bos aku tu memang kekwat. Benda yang aku kena buat tu, patut bos no 2 aku dah sedia-sedia dalam kepala otak dah dengan data statistik yang diperlukan. Biasala minah tu memang slelenga sikit, tak tahulah otak manusia ni tak semua sama/cekap---kalau dah ada dalam otak pun kena double check juga,kan? Dah kalau anak dia asyik nak mengempeng dengan dia je---hai la sapala lagi dia nak harap mengecek data tu semua kalau tak aku. Syukurlah sebab bos percaya kat kita, walau gaji kecik, kuli-kuli saja. Engkau sini audit ni kalau bos dah tak suka, kesian tau ujung tahun buat pasar lelong sapa nak dia, ni sapa nak dia ni---eh malu kau, kalau dah tetua lagi 10-12 tahun nak pencen orang lelong-lelong kita. Ni bukan cerita aku buat-buat ni--- ni cerita betul

hah ada adik tu umur bawah sikit dari saya. Tapi dia masuk lambat macam saya gak, jadi antara yang berumur tapi level kuli paling rendah dalam opis tu. Cantik, baik, lembut---saya sukalah dia ni. Berbudi-bahasa sangat dia especially pada saya. Masa tu saya baru masuk kije, saya tak tau lah ada aktiviti lelong ni, saya ingat kes reshuffle biasa-biasa on job rotation basis. Dia kena tukar unit. Pastu adalah satu masa tu saya pergi wing dia sebab ada urusan nak jumpa bos dia, saya tengok apapasal dia ni diam je, tak ceria---tak lama lepas tu dia bertukar keluar. Saya tak adalah rasa apa-apa---lepas-lepas dah sikit lama duduk opis ni barulah saya tau dia sedih sangat sebab kena tukar, so bila dia dah tak boleh tahan sedih, dia ambil keputusan untuk bertukar keluar terus dari Pejabat kami. Katanya dia malu, nak duduk kat opis kami lagi sebab dah tua-tua orang tendang-tendang dia. Dia rasa sedih sangat. Good for her bila dah keluar dia happy balik katanya. Ntah saya pun lepas dia keluar tu tak pernah bertembung pun dengan dia.

Itu dari cerita itu pun---benda tu tak mustahil akan berlaku kat saya. so dari saya layan sakit hati dengan perangai bos, baik saya perbaiki diri, berikan khidmat terbaik untuk organisasi, kan? Lepas tu kalau orang nak tendang pun redha ajelah---alah kena tendang je, bukan kena buang kerja pun, bukan mati, pun. Apa ada hal?, kan?

Thursday, June 17, 2021

Power Girl---Girl Power?

Opps she did it again---

Me or her? Both la tu, girls memang satu sikap girl yang menjengkelkan ialah suka "did it again-again and again, walau dah sumpah don-wanna-do-it" agaknya kut. 

Saya bukan nak tengok, tapi benda dah viral, lalu depan feed kita,kan so tengoklah. Tapi tak berani nak tengok lama, takut aura negetip-benci yang ada dalam bidio tu menjangkit ke saya. Tak tau le dia belakun ke atau betul-betul benci. Pasal apa plak ni? Hah, pasal Bonda Datuk Prof Dr le tu, pasal sapa lagi. Bidio dia yang marah-marah sangat pasal pempuan-pempuan big-big bos yang tak kawen-kawen tu le. Share kat sini---malas le pulak nak mencarinya. Kalau rajin, saya godek, nanti saya tepek

Saya tengok sekejap, cepat-cepat saya scroll. Sama scroll down tu, terfikir awat dia marah sangat tu, dia ada kena buli dengan power girl ka, eh mustahil, sebab dia dah Bonda Datuk. Laki dia kena buli ka? Hurmmm tak kanla laki dia level-level tukang kebun, budak pejabatlah pulak? Ntah, tak kosee nak mencari. Hah ni mesti anak kesayangan dia kena buli dengan girl power ni.

hehe---Iyala tu,kan. Bos no 1 kat opis sekarang ni power girl. Saya kena buli ka. Nasibla tidak sebab saya tak berurusan direct dengan dia. Tapi sapa-sapa yang dekat, tu memang macam-macamla citer,kan. Sampai satu masa dia kena Cobit, ada yang sampai hati tulis, tulis tu kat watsap group "ini doa sapalah yang makbul ni" uinaaa---hadoooiii. Dalam group kita-kita aje, yang tak de dia leeerrr---dalam group kita dia, semua tulis molek-molek. Gitulah. 

Saya malas nak terpengaruh dengan aura negetif-benci ni, sebab apa, kita manusia, girl kalau dapat power memang macam tula. Mother Theresa yang orang puji-melambung-lambung tu pun, lepas dia mati, perkerja-pekerja rapat dia ada tulis sisi-buruk dia. Kita bukan malaikat. Saya kalau ada power, ntah macam manalah ropenya, itu pasallah agaknya Tuhan bagi jadi kuli-kuli aje.

The best is, bila berhadapan dengan Power Girl ni, baik masuk telinga kanan, keluar telinga kiri ajelah. Kalau dia kawen pun, belum tentu dia tone-down. Ramai je juga yang dah kawen tapi perangai lagi teruk dari yang belum kawen ni. Tak tahulah kenapa nak attack yang bebelum kawen je----

aha tak pun anak Bonda Datuk kena rejek dengan Power Girl kut. Tu yang dia marah sangat tu he he he--"apa, anak aku tak cukup hensooom ke?"

Tuesday, June 15, 2021

Tak boleh Move on Part 4

Ingat dah nak move on, tetiber ada pulak share klip bidio Bonda Datuk Prof Dr yang dia sunting ngam-ngam bab yang menjengkelkan, dan boleh bikin kita marah, kalu tak tengok keseluruhan bidio tu. Tak kisahlahkan, saya nak cerita kat sini ialah, apa agaknya ekspektasi kamu bila berkahwin? Mesti semua yang indah-indah,kan. Lebih-lebih lagi kalau kamu rasa kamu perfect dan baik. Pasangan kamu mestilah macam kamu juga.

Ada tak pernah orang cerita pasal dalaman kamu ni kompleks, kalau silap-langkah, hidup boleh jadi huru-hara? Pasal dalam-dalaman yang kau tak pernah tahu, tak pernah bincang langsung, aleh-aleh benda tu tetiber menimpa kamu. Saya ni mungkin kut jenis yang suka menyoal kut---atau kebetulan ditemukan dengan individu yang begini. Saya tanya, apa sakitnya dia, bertubi-tubi, tapi tak dibagi tau. Naluri ingin tahu saya sangat tinggi. Apa yang saya kepochi sangat nak tau tu. Ni na, pasal orang kena madu sebab dia sakit. Saya tengok dia tak sakit pun.

Sebab kepochi sangat tu, satu hari Allah temukan saya dengan kawan yang rajin layan saya. So dia ceritalah begitu, begini. Owh saya pun punyala telopong ternganga dengar penjelasan kawan. Saya mula lah membaca-baca juga pasal dalaman orang perempuan ni. uish punyala kompleks. Kebetulan pulak satu masa tu, saya suka sangat makan urap beremi. Tetiba nenek cerita kisah dulu-dulu ada perempuan sakit, laki dia tinggalkan kat hutan beremi. Perempuan tu tak baik. Ada perempuan lain pulak ditinggalkan di hutan pengaga, baik perempuan tu. Dah baik, laki dia pun ambil balik. Lepas tu makcik saya pulak ada cerita, orang lelaki ni dia tau bini dia sihat je. Dia tak suka kalau bini dia sakit-sakit.

Saya pernah tanya kawan saya begini, bukankah sepatutnya laki kita patut jaga kita kalau kita sakit? Kawan saya kata susah nak cari lelaki yang begitu. Mostly lelaki tau nak sedap je. Dia cakap, dia sangat beruntung ada sorang kawan yang banyak ilmu pasal ini. Walau laki dia jenis yang baik, tapi bab-bab penjagaan wanita ni bukan dia tahu pun. Wah saya sudah tersalah anggap banyak benda rupanya. Jaga laki dengan jaga perut dia tu rupanya tak berapa tepat. Ada benda lain yang lebih penting untuk dijaga.

Malaslah nak jaga---Tak payah kawenlah, selesai masalah. 

Rupa-rupanya benda tu kita jaga bukan pasal nak sedapkan lelaki jer. Rupanya lagi, kalau tak de laki pun kena jaga juga. Bila saya sedar benda ni? Tulah bila dah nak masuk menopause le ni. Bila badan mula rasa sakit-sakit, sebab besau sangat. Baru saya tau saya membesar sebagai JOHAN sebab saya tak jaga banyak benda. Barulah terhegeh-hegeh saya ni nak buat itu, nak buat ini. Rupanya kalau jaga makan, jaga kesihatan dalaman, automatik, badan jadi sikit mengecut. Al-kisahnya---

Adakah kita, atau kawan-kawan kita yang dah merajuk dengan lelaki ni, dah nak peluk buku, nak peluk kerjaya sedar akan perkara ini? Wallahuaalam----

Lastly saya nak cakap, peluklah apa kau nak peluk, tapi jangan lupa peluk dirimu sendiri. Jaga makan, amalkan senaman, jaga kebersihan diri, untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain. Tapi diri sendiri, dan juga TuhanMu. Tuhan mengamanahkan batang tubuh ini untuk kau jaga seelok mungkin agar, kau biasa mengAsakan Dia. Kalau dah sakit, nak beribadatpun, susah, kan?

Last lagi sekali janganlah kau rasa ilmu dalam-dalam kain ni khas untuk perempuan miang, bimbo yang tak ada otak, hanya tahu nak senang dengan menghiburkan lelaki sahaja. Ilmu dalam kain ni bukan untuk kesedapan lelaki pun, tapi kesedapan kau juga. Tak mahukah kau dah tua renta pun masih tegap dan sihat macam nenek-nenek kita dulu?

Sunday, June 13, 2021

Tak Ble Move On lagi---Part 3

Memang dah nak move on, tetiber je undur balik---pasai pa---nak bawang leee apa,lah lagi kita ni,kan>

Bawangkan minah usrah tu leerr apalagi. Ala minah yang sesentap sesangat dengan Bonda Datuk Prof Dr. Selebriti tu---, hah. Tak tau la pasal saya tak layan dia, ka hapa ka---tertiba upload status "nak berjodoh dengan buku" hadoooiiii maknya.

Tulah orang tak nak dengar nasihat Bonda. Eh ini nasihat tersirat, bukan Bonda Datuk Prof je yang nasihat. mak-mak kita pun nasihat juga. Sebelum Bonda Prof tegur, mak saya dah berbuih mulut negur. Tapi kita je yang malas. Malas nak memikir. Susah-susah baik tak yah kawen. Saya ni dulu dengan bergelut dengan masalah mental, memang saya tak boleh nak fokus buat apa dah. Dah tetua ni baru le nak merenung silap lalu. Tapi nak terlambatleerr, kan.

Dia tu bukan kami tak pernah cuba tolong dia. Siap bawa dia pergi makan-makan kat warung Bonda Rozita. Dah dia tak minat bebenda macam tu, susahlah kita nak cakap. Kita pergi deep lagi harap tak de yang meroyan. Jadi pempuan ni susah. Lelabih lagi kalu pempuan terlebih hormon lelaki ni. Nak myeimbangkan hormon tu memang letih nak buat,lah. Tapi akhirnya suka ka tidak suka ka, tetap tu kita kena jaga juga.

Macam saya ni dulu memuda memang malas nak dengar pesan emak. Tapi bila dah berumur baru sedar, bukan orang gatal nak berlaki je kena jaga. Orang anak dara tua pun lagi lah kena jaga. Pasal apa, kita ni perempuan bila nak masuk menopause lagi la orang kata ibarat kereta tu enjinnya drrooopppp tttuuut merudum jatuh sebanyak 75 peratus. Adakah anda bersedia? Jaga-jaga ya. Kau ingat dengan peluk buku, ko boleh selamat. Kena juga tengok, perati bebenda lain. Kena ambil cakna pasal hormon. Kena jaga makan, jaga itu, jaga ini. Kita tak nak tetiba terpeleot sesorang kat rumah. Sapa nak jaga?

Ok ni nak mencarut ni. Kawan kami tu berangan nak kawen dengan ustaz. Kau---ini satu rahasia, kau jangan memain nak dedah-dedah muka kau kat ustaz. Derang boleh baca tau kau macam mana. Orang pempuan ni kadang muka cantik tapi adalah benda yang ustaz tak berkenan. Kalau ustaz berkenan dah lama dah kawan ku kawen,kan. Saya sendiri tak tahulah apa masalah dia. Dia sangat berminat, tapi ustaz tak minat. Tu yang kami bawa dia pergi rumah hutan tu. Tapi idakla kami kabau ke dia suruh Bonda tilik apa tak kenanya dia. Kut ada benda kita boleh ajas supaya boleh menarik perhatian ustaz. 

Bila dia macam tak minat, kami pun tak minat la nak tolong. Abeh bila dia sentap gile dengan Bonda Datuk Prof Dr---sampai nak peluk-peluk buku, saya pulak yang hangin. Iya saya ada cakap hari tu, kalau saya lelaki saya tak minat perempuan overthingking macam dia tu. Tapi saya kira kat luar sana ramai je orang yang minat dengan dia. Kau carilah orang yang begitu, kan? Tak de masalah. Tapi kalau kau memang dah target ustaz, benda-benda celah kain memang kena ambik cakna betul-betul. Harus diingat, level-level ustaz ni in demand. perempuan ramai suka rela nak serah diri. Kau bayangkanlah Neelopa pun cari ustaz! Kalau suam-suam kuku je, ustaz takkan pandang.

Patut ka saya cakap secara direct "kalau nak ustaz, kau kena gini-gitu" Erk, kalau dia buat pun belum tentu ustaz nak. Ramai lagi enjin luar mengaum-ngaum hebat, baik amik enjin baru kuar kilang, kan? So, saya rasa tak payahla,kan. Lagi pun saya bukan boleh lama-lama sangat dengan dia. Rimas. Iya rimas kalau dia mula bukak citer kat Malaysia ni banyak agen Freemason. 



Saturday, June 12, 2021

Tak Ble Nak Move On---Pompuan Terlebih Hormon Lelaki (Bawang Part 2)

Sorilah, macam tak ble nak move on lagi pasal bidio Bonda Datuk Prof Dr. Selebriti ni. Pasal saranan beliau agar wanita jadi bodo-bodo untuk dapat jodoh. Eh cakap agree, tapi tak agree ka? Memang agree apa dia cakap tu, tapi nak suruh bertukar watak bodo-bodo rasanya idakleeerrrr---

Orang lelaki le kena percaya se"rimau-rimau" pempuan pun bila dah jadi bini, ntah-ntah lagi bodo-bodo dari yang nampak bodo-bodo tu,kan? 

Before saya move-on, saya take bodo-bodo as bimbolah, kan. Gedik. Mengada-ngada. Tapi ada ustaz tu kata dia dah tanya Bonda Datuk, Bonda Datuk kata pempuan yang tak bertawadok. Tapi aku tetap rasa Bonda Datuk nak kata bimbo-bimbo tu sebona eh---

Dia gini ajelah saya setuju pasal lelaki takut dengan dengan wanita (saya tak nak cakap bijak, saya nak cakap wanita terlebih hormon lelaki, boleh,kan?) Mereka tak yakin dengan perempuan begini. Takut bila dah kawen nanti kena Queen Control (CQ). Benda ni tak salah lelaki gak, dah kita acik-acik bawang ni suka beno mencemoh kalau nampak adik kita, anak buah kita, dapat QC, kan. Jadi bebelum kawen ni off-course le pilih bini yang bodo-bodo jak, kan.

Lagi satu, pernah le bersembang dengan sekumpulan bebudak muda ni. Memang tak ble masuk pun sembang derang. Derang lelaki, saya sorang pempuan. Mana boleh masuk. Dah tu tajuk topik sembang dia Rosmah vs Hasmah. Semua pakat-pakat besok nak dapat bini macam Semah, tak nak Rosmah. Dia tak perasan ada sekor Rosmah jadian sesama derang, agaknya. Memang derang tak perasan tu, sebab saya layan derang macam anak sebab memang kalu kawen umur 18, 20, memang itulah baya umur anak sulung saya.

Derang cakap, saya dengoooo jak, dan saya simpulkan---Najib jadi perompak, penyamun sebab Rosmah jahat. Atuk baik sebab Semah baik. Kalau kau dengar percakapan derang, pendek, kan cerita, Rosmah ni ketegori pompuan terlebih hormon jantan leeerrr---nak jadi jantan, dah dapat laki anak KSN, tak puas hati, ceraikan, pi rampas laki orang anak PM, tu pun tak puas hati jugak, bila laki jadi menteri, dia lebih menteri dari menteri, lagi. Sampai bila laki dah jadi PM, yang PM sebenar bukan laki eehhh tapi dialah PM Malaysia pada masa tu.

Tapi itu cerita 5 - 6 tahun dulu, kut. Hari ni saya tengok dah ramai dah kengkawan pempuan pangkat adik-adik yang jeneh Rosmah ni menikah. Budak-budak lelaki ni dah sedar barangkali tu. Dia sedar apa? Ko banding anak Rosmah dengan anak Hasmah. Anak sapa yang lebih banyak buat onar kat Malaysia ni? Ngeri bak hang kalau tengok anak Nek Semah yang nama Marina tu. Tu belum kau tengok cucu dia, anak dak Marina lagi tu.

Tapi cuba kau tengok anak Rosmah. Baik anak laki lama, mau pun anak laki baru. Apa Playboy? Itu anak Najib dengan bini lama, kut? Kalu playboy normallah, lelaki kaya. Ini hat pempuan yang dok sokong pergerakkan songsang ni, tak ke pelik namanya tu? Hormon lelaki Nek Semah dah pergi kat dia semuanya agaknyalah tu.  Tu tak usah cerita pasal si Boboi Atuk lagi tu.

Masa bebudak lelaki tu sembang kutuk Rosmah, derang mungkin tak perasan agenda dak Marina, lagi kut, sebab masa tu tengah kecoh anak Rosmah dengan laki lama buat filem lucah. Tak padahal, felem tu memanglah melampau, tapi dari segi seni perfileman barat cerita tu ok jak. Bahkan dapat anugerah lagi, cuma tak boleh siar sebab katanya ada unsur-unsur anti-Yahudi. Tak sapa pun sedar filem apatah macam alien-alien gitu, (cerita Alien betina cari laki, sebab nak beranak dalam gua tu) anak Rosmah gak yang buat. Orang dok bising pasal lelaki Cina Malaysia harumkan nama Negara sebab bikin set gua tempat alien tu beranak. Sangat unik puji mereka, melangit-langit. Tak padahal cerita tu pun banyak juga si Alien tu telanjang. Nampak jantan telanjang, nampak jantan je lucut baju.

Masa tu, cerita orang buat filem telanjang lagi hangat, kan dari orang dok sokong lelaki kawen lelaki, pempuan kawen pempuan ni, so anak Nek Semah orang tak kritik sangat. Nanti ko tunggula lagi ke depan-kedepan lagi, tengok anak-cucu sapa lagi teruk, kan?

Saya bukan nak banding-bandingkan anak cucu sapa ok, sapa tak ok. Nak cakap satu je, janganla sangat kita ni telampau membenci. Benci sampai ko suruh orang tu bertukau watak sama macam engkau juga. Kalau dah semua bodo-bodo macam Nek Semah, kenapa Allah ciptakan orang macam Rosmah. Dia memang macam gitu, memang ramai pun pempuan yang terlebih hormon lelaki ni. Takkan nak suruh dia berlakun, tukar watak, kan? Engkau le reramai kena pandai menggayakannya, Kalau asyik nak pempuan bodo-bodo jak. Besok dapat anak pun bodo-bodo, buat ngabeh boreh iyo, ko jugak nanti bising-bising "ooowwww mana, mana lah pemuda-pemudi berotak yang kita nak jadikan pemimpin negara----semua dah bodo-bodo macam dak Boboi dengan dak Marina. Hah! padan muka.

Tapi jangan risau sangatlah. Bebudak muda ni derang memerhati tu. Derang nampak. Buktinya? Kan saya dah cakap tadi, kengkawan, level-level adik-adik yang terlebih hormon lelaki ni, dah ramai yang dah kawen dah. 

Friday, June 11, 2021

Mentara Pelangi ---Malay/Malaysian Worst Nightmare????

 Kata tak nak citer politik, tapi citer jugak---mana boleh tak citer, la ni ada citer hot ni. Mestilah kita nak tulis jugak pasal politik tanah air ni.

Apa citer? Semalam kecoh konon PM nak step-down sebab dah gagal bendung Cobit. Dari hari senin Sorang-sorang parti pemimpin politik dipanggil YDPA. So, semua dah expect something big will happened at the end of the meeting. Dah habis belum meetingnya. Memang lah udah. Dengan pemimpin politik, dengan Majlis Raja-Raja belum le ada dengo YDPA nak panggil mengadap,

Cerita dia panjang---to cut short, belum ada apa-apa pengumuman rasmi dari Istana, orang dah dok ucap tahniah pada PM baru dan Timbalan dia. Gambor-gambor seperti di bawah dah disiarkan--




Ni saya ambik dari group mana tah---group bawang politik le. Saya dalam group tu sonyap iyooo---tak de bebunyinya saya. Duduk diam-diam je. Asal masuk group tu pun sebab pi tolong kawan bancuh air, dan bakar kambing jak, pun. Nak update apa-apa yang patut. La ni dah cobit, kau nak bancuh air apanya, so bancuhlah citer-citer sensasi macam ini.

One thinglah punyala takut ka benci ka pada gandingan di atas ni memang terasalah. Kenapa derang takut sangat dengan dua orang ni? Malaysian will be getting a gay Prime Minister. Seriously? erk. Bukan derang dua ni ada anak bini dan la ni dah ada cucu ka? fuhhh---

Tak kisahlah. Saya cuma wonder, what worst can a gay PM do to Malaysian? Paling kuat pun derang akan halalkan perkahwinan sejenislah. Me to a certain point bukanlah nak pro puak-puak ni pun. My pendapat peribadi, kalau government releks sikit dengan puak-puak ni, derang will come out of the closet. Senang tak payah hidup berpura-pura lagi. Pura-pura normal, ada bini, ada anak bagai, tapi songsang. Personally juga, saya tak rasa pulak PM akan go to the extend nak halalkan perkahwinan sejenis lah pulak, kan? Itu ajelah jahatnya puak pemuja hawa nafsu ni. Dia fikir hawa nafsu dia jeerrr- tak delah dia nak paksa korang sumer jadi gay, jadi lebianlah pulak. Saya rasalah. 

Tapi tulah pepuak yang anti-Pemimpin ni, macam-macam dia dah cakap. Begitu-begini, macam-macam. Macam dia lebih tahu dari tahu. Kalau dia lebih tahu, sepatutnya dia tutup mulut rapat-rapat je. Sebab apa saya suruh tutup mulut? Kalau kau pandai, saya rasa semua orang Islam pandai dan tahu faktanya, selepas nabi, kerajaan islam ni akan jadi lebih buruk-lebih buruk, sampailah munculnya Imam Mahadi.

Dulu kau kata BN buruk, abeh kau ingat Anwar Ibrahim tu wakil Imam Mahadi cawangan Malaysiala aganya tu. Beriya dia nyokong bang Non kau. Ntah lepas tu apa tekehelnya dia clash dengan bang Non. La ni dia taksub ke hulu-ke hilir promote DSN jadi PM kali ke-2. Saya rasa dia dapat mimpi langit muka Najib ditabalkan sebagai wakil Mahadi di Malaysia, mengganti Bang Non, barangkali tu.

Lantak dialah ya, dia punya kesukaan. Saya tak risau pun kalau mamat dalam gambo tu kompem gay pun. Dah itu Allah benarkan. Kenapa? Baik audit diri (buat kata penceramah Dr Selebriti, motivator terkenal), kita ni dah betul sangat ka tak? Lagi satu eh kalau kau betul tak suka, apa lagi option yang kau nak tawarkan?

DSN? I don't think DSN kemaruk nak jadi PM semula. Hishamuddin tu sepupu dia kut? Kita memang tau DSN tak suka gaduh-gaduh. Takkan nak gaduh dengan sedara sendiri. So another option? Abang Non dan Zahid Hamidi. Tak ke kau juga dulu yang "usung tilam masuk mahkamah" nak buktikan Abang Non Gay. La ni antara Gay tua dan Gay muda sikit jerk. Kau rasa? Sama je kan. Kau pusing kanan kiri, tetap juga gay yang kau dapat.

Unlesslah kau lagi suka mak Imam Evangelist Hanah Yeoh jadi PM. Itu option saya ada seram sikitlah. Sikit je. Takut juga mak Imam tu suruh kita jadi kristian. Tapi kau kena faham, keadaan akan jadi buruk-buruk-buruk. Kalau kau pandai tilik, umur macam kita-kita ni rasa nak jumpa dajjal keluar, pun tak sempat. Jadi bertabah ajelah dengan dajjal-dajjal kecil ni sebelum dajjal besar muncul. Nak solat berimamkan Imam Mahadi memang jauh panggang dari apilah kita ni.

Keadaan memang sukar. Kalau zaman dajjal nabi dan orang alim dah ajar. Pi tambat anak bini kau, zikir banyak-banyak untuk hilangkan dahaga dan lapar. Tapi macam mana nak ngadap dajjal-dajjal kecil ni, kau rasa? Macam tak de je manual khas diakan? What ever, bule jugaklah kut kau buat macam gitu jugak. Hah ni hah kecobit-cobit ni dok latih diri tu, tambat sikit kaki tu dok umah dendiam. Beli nak apa-apa beli jak online nanti orang datang hantar. Tak ku dengar pula ada saranan suruh kita bersiaran ajak benci orang ni benci orang ni. Sukahati kitalah kan, nak buat macam mana. Nak memekak, mencari pengikut, dengan menimbul keraguan, benci ka. Suka hati kau. Yang kita-kita ni follower pun ada choice juga. Kau nak follow orang yang suka dok pung-pang-pung itu, ini ka, or kau nak follow yang bikin kau happy.

Saya pilih follow page yang bikin saya happy. Dah nak menopause nikan, tak kose kita nak stress-stress fikir pasal negaralah. Lagi kau bontot orang macam ni, lagi cepat kau tua dek bimbang yang tak sepatutnya kau bimbang pun.

Wednesday, June 9, 2021

Bawang Lagi- Mek Usrah

 Sebagai manusia pendosa yang dungu, ada banyak benda yang distract saya dari benda yang sepatut saya fokus. Banyak benda, banyak manusia lain yang irritate saya. Nak jadi orang bijak bukannya mudah,kan. Orang bijak itu dia ignore je benda-benda yang irritate dia. Kalau meroyan kat sini pepagi buta tu, peroyan tu bukanlah manusia yang bijak.

Ok let meroyan dulu. Apa yang irritate sangat tu? Ceritanya semalam ni, orang tengah-tengah busy work from home, Mek Usrah dok massage saya pasal jodoh lambat. Kau rasa? Cuba kau bayangkan, kau dah nak masuk manopause, dan kalau tak silap kau, kau pernah bedil pasal benda alah ni sekali, depan bos4 kau, bos no3 kau, (nasib baik bos no2 dan no1 tak ada masa tu). Tapi dia semacam tak faham, masih terhegeh-hegeh nak menyogoh pasal punca sebab lambat jodoh.

Saya nak aje jawab, "kau dah kenapa, dah kemaruk sangat nak berlaki ka? Kalau dah nak berlaki sangat ikut ajelah cakap Dr, tu"

Saya memang tak baca pun artikel yang dia forward tu. Tapi saya secara generalnya bersetuju dengan Dr. Selebriti itu. Setuju bila put the Mek into prespektif. I put it this way, I lelaki yang cuba ditarik perhatiannya oleh Mek tersebut. Honestly kalau dia,lah, saya lebih rela mati membujang dari beranak-pinak dengan dia. Why? Pening bha, perempuan sengal macam dia tu. Kau tau ka apa hobby dia? Berdakwah nak "memperkasa"kan/ mengembalikkan geng-geng Pelangi ke Jalan yang Benar. Hobby lain? Berdebat dengan golongan sesat. 

Pernah satu hari tak tau macam mana saya termembawang minah ni dengan seorang staff lelaki pangkat adik juga, budak umur-umur sebayalah dengan dia, tapi dah ada anak 3. Anak no 1 dah masuk sekolah dah. Darjah 2, ka 3 gitu. Budak lelaki pun pening dengan dia, kerja opis buat cincai-cincai, lepas tu sibuk dengan hadis ntah apa-apa tah. Mamat tu macam alim-alim lah. Dia ajak berhadis dengan mamat tu, sampai mamat tu takut nak layan, sebab kau taulah, kami ni bukan ahli hadis, kami ni mengaudit bolehlah. Bincang pasal Pekeliling bolehlah. Nak tanya hadis---takut ooowww. silap tafsir, hadoiii---

Pendek cerita dia dah bikin mamat tu rasa as if Tuhan marah sama dia sebab tak cakna pasal hadis. So saya bilang begini sama dia. "kau rasa kije yang kita buat sekarang ni tak bagus ka? Kita mencuri ka? Merompak ka? Kita ini makan gaji dengan pro/membacking perasuah, pengkhianat negara ka?"

Senyap mamat sekejap mamat tu. Kemudian saya sambung, "apa kata kau tanam saja cita-cita mau tulis report bagus-bagus, so that report kau tu walau berakhir dalam bakul sampah bos jer. Tapi kau tau kau dah buat kerja sehabis bagus, tak usahlah kau nak terjebak sama mengkaji hadis pulak. Kau kaji pekeliling tu mahir-mahir pun tinggi makam jihad kau sama je dengan orang yang berdebat mengkaji hadis".

Berbalik pasal mek tadi, memula tu saya rasa nak ignore je artikel yang dia forward tu, tapi bila bukak FB, ramai pulak yang tersentap, saya tulis je "tau tak pe. Orang lelaki ni anu dia x ble naik kalau pempuan bijak-bijak sangat" Happy lah dia. Saya cakap lagi begini "tok sah layanlah Dr tu, jenis macam Nelofa mangkali ni, dah tak laku saja create kontroversi agar orang sebut-sebut nama dia balik tu. Kau tunggula sikit hari adala produk nak dia launch kan tu"

Lepas tu dia forward saya tulisan minah tu----



Ntah sapa lah kan minah Rimau ni---tak tahulah. Saya balas balik begini "Belagaknya Minah ni, kalau akk lelaki dia ni sorang jelah available, baik ku bujang sampai mati"

Jenis-jenis pempuan macam dak Rimau ni le yang buat kita pempuan pun takut, apatah lagi lelaki, kan? Saya faham apa yang cuba disampaikan sebagai "bodoh-bodoh" tu oleh Dr selebriti. Perempuan over bijak memang mengerikan, putus "selera" kita, kan?

Contoh lagi bos-bos pempuan kitalahkan, baik yang dah berlaki, mau pun yang tak berlaki, ko rasa macam mana? Kenapa kau tanyalah sekian ramai orang, especially yang kuli-kuli ni, lagi suka kije dengan bos lelaki? Kau pun sendiri tak suka dengan bos-bos perempuan ni. Bos, kita balik umah kita lupalah, apa kata kalau bos tu dengan perangai bos dia, itulah bini kau, laki kau yang kau terpaksa hadap 24jam. 

Personally, saya rasa tak salah apa yang Dr Selebriti cuba sampaikan, melainkan benar belaka. Cuma perkataan bodoh-bodoh tu yang tu silap kut. Tak semua orang ada ability to read between the line, kan? Saya rasa maksud Dr tu begini "Perempuan bijak patut let go some of the worries to the men" "Let the Men handle every thing, have faith in them. We have so many talented men here in Malaysia, let them do the job, and care less about future and let's do thing like other perempuan bodoh bikin seperti jaga makan, jaga penampilan, pegi saloon, SPA, manjakan diri"

Personally dalam konteks lain pula, me as perempuan me got pempuan kawan pempuan yang pelbagai. I tell you what, if I say " I stresslah dengan so and so, or this and that"--- apa respon dak usrah? "Dia tau benar I hate Masjid, dia akan banjirkan watsap-FBmsg-emel kau dengan ceramah-ceramah anti stress". Apa pulak respond minah gegedik, yang masa kat sekolah dulu kau rasa dia perempuan miang yang tak bermaruah, jantan keliling pinggang, bertukau boyfrien jak kijenya  -- She will say "lets do some hair cut/massage at massage parlour, the treat is on me"--- Apa kau fikir yang ajak mak pegi saloon bagai ni bodoh-bodoh aka rendah IQ ka? Memasing semua kalau tak sekolah SBP gomen, sekolah MARA gomen. Orang IQ rendah mana pegi sekolah yang macam gitu,kan? Saya fikir, gegedik, memiang, flirtitious tulah yang Dr maksudkan sebagai bodoh-bodoh, kut.

Pada yang tak de bakat memiang tu, dok dendiam je sudahlah ya, kan? Kadang tu pempuan kalau mula tunjuk pandai, pandainya tak nampak, yang nampak aish---nak kata bodoh idak juga, ntahlah, tak tau nak cakap apa. Ni saya ngata diri sendiri ya.---jangan kau perasan pulak aku mengata kau, anak pempuan kau, sedara-sedara pempuan kau atau bini kau. Iyalah kadang tu kita terlepas cakap, terlepas tulis. Tak de nampak bijaknya kita ni kalau asyik terlepas jak---nampak macam orang gila talak, gila nak berlaki, ada, lah he he---

Monday, June 7, 2021

Eat Your Green

 





Korang Kobit-kobit ni makan apa weeeiiii----Saya makan simple-simple je. Almaklumlah Kobit, kan. Kobit tahun lepas ramai komplen, habis jak waktu berkurung memasing gaduh gemuk.

Tahun lepas saya terperangkap kat kampung. Duduk kampung tak dan badan kau nak naik banyak. Biasalah kampung kan kawasan rumah kita luas. Boring duduk dalam rumah kita pergi luar. Sapu sampah, kemas-pasu. Dok dalam umah masak-masak, ramai tukang makan. Bukan bebudak umah yang ada 4 orang tu je yang makan, cucu jiran pun kita pass kasi sama mereka.

Mereka tu anak-anak sedang membesar, tak de gemuknya kau kasi mereka makan banyak-banyak pun. Aktif, Puas pusing basikal di kawasan rumah nenek dia, dia pusing ber round-round kat rumah kita pulak. Tak reti letih budak besar-besar macam itu.

Tahun ni first time experience total lock-down sendiri. Seram jugak. Saya ni dah lah suka masak. Kalau tak lock down lebih masak boleh bawak gi opis. Tapi sekarang? Nak bagi jiran, takut le pulak dia kata aku nak ngorat laki dia pulak. Saya kalau bini orang laki orang, nak-nak kalu tengok macam tak beranak, jak couple tu, memang saya tak beranilah nak hulur itu ini.

So, kita tak payah susah-susah masak-masak. Kita buat meal-preap sayur hijau. Belilah kat pasar tu barang seikat itu, ini, lepas tu balik rumah, basuh bagus-bagus, masuk dalam container, boleh tahan sampai seminggu. Lepas tu buat sambal belacan, sambal kacang, sambal air asam ka, ikut suka kitalah.

Lepas tu cuma kalau suka boleh air-fry ikan ka, ayam, rebus telur. atau goreng telur mata kerbau pun sudah siap tu meal harian kita. Nasi masak sekali pun ok, lepas tu simpan dalam bekas, tahan juga sampai seminggu. Kalau kau boring makan nasi boleh rebus jagung, ka, ubi, ka, ubi manis ka. 

Kita lebihkan sayur hijau. Ada saya baca dalam internet 7 cawan sehari. Kalau sayur tu mentah, boleh ambil sampai 9 cawan. Sayur ni boleh makan lebih sebab kalori dia sangat rendah. Boleh kau jadikan ia sebagai tempelan dalam perut tu. Separuh perut dah penuh sayur, sikit lagi untuk air, sikit lagi biar kosong (kalau kau ikut sunnah nabi leerr), tak banyak sudah yang tinggal untuk carbo dan protien.

Ibaratnya, bila perut dah penuh sayur, perut kau dah kecik. Hah tak payah bazir duit buat pembedahan briatric, kan. Hari-hari makan macam gini, samalah juga kesannya macam kau kecik kan perutkan melalui pisau bedah.

Selain itu, yang saya baca dalam internet, sayur hijau ni dia banyak vitamin. Juga ada bagus untuk sistem pertahanan badan. Kan Kobit orang dok sibuk kata badan tak tahan. Kau tahan kan badan kau dengan sayur. Kau nak nunggu kena cucuk tak tau bila,kan. La ni baru sampai giliran makcik-makcik dan pakcik-pakcik. Kita yang kakak manis adik manis ni bilalah nak dapatnya tak tahu lagi. 

Tapi jangan kau risau tak dapat. Sebab sikit hari lagi melambaklah bekalan cucuk tu di mana-mana. Kau tak ingat kobit tahun lepas, berebut begaduh nak beli pelitup muka, tengok hari ni, rege dah rendah tinggal sen-sen pun ada yang degil tak nak pakai. Dia vaksin ni samalah dengan pelitup muka tu. Esok lusa melambaklah keluar. Silap hari bulan Misi open table jak kat sana-sini, kau pergilah cucuk.

Yang nak marah-marah tak dapat temujanji, meroyan-royan dalam internet tu, tak tahulah saya. Marah dia internet asyik tanya "are you a robot" banyak-banyak kali. Saya pun mula nak marah. Lepas tu saya rasalah internet ni dia bijak. Iyala kau, gomen beli sampai puluh-puluh juta tu. Boleh cam dia yang menekan-nekan kekunci ni rupa adik manis, tapi bubuh sana umur nenek-nenek, makcik-makcik. Itulah kut dia tanya "are you a robot" banyak-banyak kali. Kompius sekejap internet tu, barangkali, tu.

Kobit-kobit ni kena banyak sabar. Fizikal terkurung, tapi komen kau kat alam maya, buat orang fikir banyak kali, "ini ka dia rupa orang Islam yang sepatutnya penyabar itu." Tak dapat itu, mengamuk, tak dapat ini mengamuk. Mengamuk jak kijenya, kan. 

Tu la kena makan banyak sayur tu. Ini saya tengok asyik tayang makan daging, ayam, ikan besar-besar. Itu pasallah tu, tak reti sabar tu. So lagi sekali, pesan saya---makanlah sayur banyak-banyak.

Sunday, June 6, 2021

Mentera Songsang

 Apa bendanya yang songsang tu? Inilah hari ni nak membawang sikit pasal kengkawan yang dulu kemain menghasut suruh kita tukau gomen, tu. Hah hari ni dah dapat jadi gomen yang serupa macam haram jadah jugalah tu. Kenapa haram jadah? Memang hareeem pun. [1] Jadi gomen pun sebab ntah derang kata tebuk atap?; [2] Lepas dah jadi gomen, wakil-wakil pemimpin harapan mereka, hai tak de kije lain, kena tahan polis langgar SOP Cobit je kejenya---Cerita-cerita perihal depa nak nolong rakyat memang tak de; [3] woish masa belum jadi gomen kemain kata nak tukar negara jadi negara Isle,  bila dah dapat---hareemmm, abok pun tarak.

Yang Songsang tu benda---ni naa pasal macai-macai depa yang masih dalam denial-lah tu. Aarrr, memang dah terbukti, bila peminpin derang dapat kose lebih nak beli suit armani bagai dari negak Isle----, kalau kau, apa ko rase/apa kau nak buat? Nak ngaku memang hanya orang yang kuat sahaja boleh buat begitu. Nak senang kau hiduplah dalam mimpi dan mencipta benda-benda yang merapik, yang saya rasa kau dah sama je rupa macam orang gila kat hospital mental sana.

Mana taknya saya kata derang gila, dulu masa menghasut orang benci gomen lama, ajak tukar pada gomen Isle deme tu sikit-sikit derang meratib "ikan busuk dari kepala" la ni cobit-cobit ni, bila angka Cobit naik mencanak-canak, kadar nak cucuk rakyat dengan vaksin sangat perlahan, depa marah-marah rakyat. Depa kata rakyat tak pandai jaga diri, rakyat anti-vaksin. Jangan sikit hari lagi depa kata rakyat pemalas udah leee kan?

Dah gini-gini ni tak de dah "ikan busuk dari kepala" la ni idak le berani deme nak kata "ikan busuk dari ekor", tapi bila deme meratibkan "Ini semua salah rakyat" tu. Dah macam gitula tak lagu mentera baru mereka tu. Tak gituu?

La ni semua salah rakyat, kalau dulu semua salah gomen. Rakyat diinaya gomen. La ni Rakyat pulak dah salah. Pasal perangai rakyat yang tak berdisiplin, tak tau jaga diri, cobit jadi bermaharaja-lela. Segala usaha dan kerja gigih gomen jadi sia-sia. 

Saya memang tak kisahlah salah siapa, rakyat pun ada salah. Gomen maksum kut. Yang saya nak highlight kat sini pasal kegilaan macai-macai negara Isle ni aje. Nasib baik ada Cobit, kalau tak de, kita tak tanya pun kat deme "bila nak buat, hududnya, bila nak haram arak dan judinya?" tak kose kita nak tanya benda tu, sebab kita tau kalau tok-tok lebai tu dah sibuk dok pi tempah suit armani bagai, bila lah ada masa nak fikir pasal isle-isle ni semua, kan?

Kalau tanya, pun buat sakit hati je dengan jawaban orang yang dalam zon penafian ni. Kita tak tanya apa-apa, aleh-aleh derang dah viralkan gambo, cerita yang buat judi, bapak Arwah Tun Rahah, yang buat kilang minuman keras, laki dia. Tun Rahah dengan laki dia dah selamat masuk kubur pun massiiiii mau diumpat-umpat keji. Aku tak tau la jenis anak haram apa kah manusia yang serupa ni? Kau dah kenapa? Dah pemimpin besau kau hanya mampu langgar SOP bawa janda jale-jale, langgar SOP, test drive keta baru, yang kau meroyan orang yang dah mereput dalam kubur tu dah kenapa? Kamu fikir? Tak ke gila orang yang begini?

Oklah, malas nak bebel lebih-lebihlah. Sebab terbukti dah, orang yang dalam penafian ni bolehkah diketegorikan sebagai mengalami sindrom penafian Sigmund Freud. Pendek cerita, dah gila. Udahlah kite moh. Moh dok diam-diam saja perati. Nanti tak pepasal tetiba derang naik angin dengan kita, kita pula mereka serang. Derang kalau nak serang orang macam saya ni mudah je---kau tu tak de jodoh sebab kau banyak buat dosa. Ko rasa? Sakit tak hati kau? Kang kalau aku dah sakit mulala aku doa anak kau semua jadi pelacur, karang dah jadi pelacur, aku jugak yang sakit hati tengok pempuan pakai purdah, pakai jubah bagai dok jual ubat ketat lubang pantat bagai,kan? Dah puas jual ubat ketat, tapi tak ketat-ketat juga, jual hujah palsu, "tadah lubang burit, dihalalkan sebab darurat", lagi sakit hati, kau kan? Bila kau sakit, deme kata, "jeles la tuuuuu" Buat habis karen je gaduh dengan orang gila. Dia memang dah sah-sah gila. Kita yang waras ni pulak nanti jadi gila, ah sudah. Baik duduk diam-diam saja, istigfar banyak-banyak. Banyak dosa kalau rajin minta ampun, Allah ampunkan juga. Dari kita berperang mulut dengan deme, nak tunjuk, nak bukakan mata mereka yang dah buta tu, nak kata "I told you so, what is your Tok Lebai dan Tok Imman know about new governance? New Management?", kita nanti balik naik hangin, baik buat bodoooo jeeee. 

Nak doa derang sedar? Penyakit penafian ini hanya boleh dirawat dengan membaca Sigmund Frued. Kau ingat dia nak baca itu semua ka? Awal-awal lagi dia sudah bilang tu Frued bikin kau sesat. Apa barang Manusia Pilihan Langit nak belajar dari orang banyak dosa yang sesat dan gila, kan? Jadi biarkanlah mereka itu hanyut dengan perasaan perasan bagus, perasan berakhlak dan hebat di sisi Tuhan, padahal kita negok derang, kesian. Derang ni, lagi teruk dari orang gila. Kenapa saya kata teruk? Orang gila tak meratib orang dalam kubur buat kasino, bukak kilang arak idak, eh. Orang Cerdik perasan berakhlak tinggi je buat kije "gali aib orang dalam kubur".


Tuesday, June 1, 2021

Fear - GENOCIDE

Apa benda yang paling menakutkan kamu? Ok saya tanya balik, soalan yang macam sama tapi lain sikit? Apa benda yang sepatutnya paling kamu takuti. Soalan kedua ni senang nak jawab dan sepatutnya jawabnya ada satu saja. Kita semua patut takutkan Allah.

Tapi itulah saya, mungkin juga kamu manusia biasa saja--- kita ada ketakutan dan kebimbangan-kebimbangan yang menghantui diri. Kalau macam saya masa kicik-kicik takut exam, takut mak marah sebab suka sepahkan barang. Menginjak usia awal 20 saya dapat sakit mental. Mungkin tak jaga betul, benda tu jadi semula bila awal 30'an  tahun benda tu berlaku sekali lagi. Offcourselah masa tu benda yang paling saya takuti dapat sakit semula, dan tanpa disedari masa hilang akal tu saya ada bikin benda yang meragut nyawa dan kematian itu dicacatkan di sijil kematian sebagai bunuh diri atau sakit mental. Dah ada rekod di hospital takkan mau tulis bunuh diri lagi, kan?

Now, dah nak masuk 50an, saya dah tak takut benda-benda tu lagi. Berkat berubat di hospital, pembacaan berterusan mengenai masalah ini, saya rasa kesihatan mental bertambah baik dan kadang tu ada juga perasan "aku yang mental ni lagi cool dari engkau yang sihat" bila ada isu benda berlaku di ofis atau dalam family. Tapi tu bukan bererti sekarang ni hanya Allah saja yang saya takuti, sekarang ni takut pasal kerja pulak. Kita ni kije juruaudit ni walau sekadar penolong ni macam-macam hal. Tak payahlah nak sebut satu-satu. Kena sharp kena extra berhati-hati kena aku pun tak tau nak cakap apalah. Pendek cerita kena cekaplah, kalau tak silap hari bulan kena kat kau balik, boleh bikin yang tak seronoklah pada buku perkhidmatan kita. Memang kalau nak bekerja tu memang kena banyak doa sama tuhan agar ialah semua berjalan dengan lancar.

Abeh tu yang tulis tajuk Genocide tu apalah pulak? Takut Genocide ka? Tak pernah takut pun sebab all this while saya serba perasaan "I am tribeless person". Aku ni Melayu pun idak, Cina idak, India idak, omputeh pun idak, tapi semua ada sana sikit, sini sikit. Sebab dari dulu lagi saya rasa pembantaian, penindasan sentiasa ada, tapi yang kaya menindas yang miskin, yang kuat menindas yang lemah. Nama bangsa tu idakla ada tapi penindasan dari sudut kasta ekonomi, kasta kecantikan fizikal dan kelelokan rupa.

Nak kata saya kaya idak, saya pun tergolong dalam kumpulan miskin juga. Tapi tu, saya managed my life as simple, as possible sampai mak saya kata bukan lagi simple dah, tapi tahap mengutuk diri, tak macam anak dara biasa. Tak kisahlah mak nak cakap apa yang penting aku tak berjalan keliling kampung, telanjang, kan? Nama nak terancam dari segi ekonomi memang tak adalah,kan? Terancam dari segi keelokan rupa? Itu bukan terancam lagi, mampus terus, lama sudah tu, mampus.  Nasib baiklah, nak cari laki jak benda ni terpakai, nak cari kerja tak relevent. Eh ada je kan, orang tak cantik kawen. Eh I punya level Henry Golding je ha ha, katik-katik ayam serama Taki-Taki, itu Mawar Karim je yang terliur haha--- Sungguh Mawar yang rare betullah dia tu.

Yang betul-betul miskin, atau orang kata miskin tegar tu, yang nama tersenarai dalam e-kasih tu macam taklah teruk mana pun. So nak kata Malaysia akan mengalami bencana pembantaian golongan miskin, memang tak berlaku. Tapi ada orang yang risau pasal benda ni. Orang bijak-bijak pulak tu. Contoh Pengetua masa kat sekolah. Saya dulu ambik SPM tahun 1990. Zaman tu golongan kaya-miskin, atau orang sekolah tetinggi panggil proletar banyaknya Melayu. So kalau kena bantai pun nampak macam penghapusan etnik. Pengetua takut benda ni. Tapi saya tak amik portlah. Tak tau kenapa? Masa tu bukan suka sangat sekolah tu pun. Asyik ingat sekolah lama je. Saya dari all girls school, bila masuk sekolah campur, saya rasa yang kena bantai ialah budak perempuan yang tak cantik lagi keras kepala macam saya. (tapi tu berani, derang nak bantai saya---hehe like I said before, "berani derang nak bantai the only budak kat sekolah tu ada tali pinggan teak-won-do berkaler, nak kena bantai balik? hah, cubalah") Kau sibuk menceceh Melayu nak kena bantai, belum apa daba lagi anak murid kau yang jantan sangat tu dah bantai budak pempuan macam aku aka pandai, keras kepala, tapi tak cantik. eh! Pergi mampus sama loooo!!!

Tapi hari ni, bila dah covid makin tinggi ni, terselah, ketakutan sang Pengetua ada asas. Yang kuat akan membantai yang lemah. Borjuis tamak membantai Proletar yang tak berdaya. Kenapa saya cakap macam tu---Ini pengalaman makcik saya yang kerja di pusat perkhidmatan telekomunikasi milik syarikat di Negara jiran. Makcik kena pegi buat swab test di klinik-swasta. Mak kata patutnya pakaikanlah makcik gelang pink dan bagi makcik bekerja dari rumah. Mak tengok adik sepupu yang kije kat pusat perkhidmatan bank milik Negara Hongkong, bule je WFH. Company bagi laptop bagai lagi bawak balik umah. Bukan itu saja bil internet pun company bayar. Napa company negara jiran ni kedekut sangat. Mak kata. Berbalik pasal gelang pink. Mak cik nak self-qurantine diri dia idaklah.  Dia ambil risiko pergi juga kerja sebab dia yakin dia ok. Saya tak boleh nak komen apa-apa sebab terkedu. Tika ini memang betul kata ustaz, ustazah, hanya doa saja senjata orang Islam.

Itu cerita makcik---kat Putrajaya saya memang aman. Like I said before, saya introvert, saya lagi suka WFH sorang-sorang. Tapi bila bukak internet, socmed---macam-macam orang cakap. Memang banyak tu saya tak masuk fikiran sangat. Tapi ada satu benda memang dah jelas sangat, yang saya rasa signifikan untuk diabadikan di sini ialah, bila PKP 3.0 diumumkan. Kata PKP penuh, tapi bila umum,  ada syarikat boleh beroperasi. Punyalah banyak ada 95,142 Syarikat yang dapat kelulusan untuk beroperasi. Carlsberg pun masuk sama. Nasib baik memasing memekak ramai-ramai. So, tutup. Itu yang ternama. Yang tak ternama yang patut tutup tapi tak tutup kita tak tau. Macam manalah covid nak reda?

Sebelum raya hari tu saya ada rentas negeri, menghadiri majlis pengkebumian nenek sedara atas belas ikhsan Ketua Balai Polis Presint 11 ni. Bila semua dah selesai biasalah, untie-untie, uncle-uncle VC sesama derang. Saya tercuri dengar perbualan mereka. Untie dari Negara Jiran tanya "eh why aar, last- time Malaysia was sooo good, better that us. What happened now?" Uncle jawab sempoi jak "ala, biasala tu, orang pergi kerja,kan. Tengoklah jalan, penuh. Orang pergi-balik kerja. Itu pasallah."

Maksudnya apa tu? Sektor ekonomi memang kena tutup habis. Yang boleh bukak yang bebetul essential jak. Lepas tu bank-bank bantulah bagi morotorium macam hari tu. Sama-sama saling membantu. Ini kata tutup tapi bukak, bukak tutup-bukak tutup. Susahlah covid nak mati. Katanya 4 bulan boleh, boleh mati semua virus tu. Kalau ini maciem punya gaya, tak tahu bilah nak matinya si Covid. Rakyat kau memanglah dah banyak mati. Hari-hari, berpuluh-puluh orang dah mati. Itu mati covid. Kalau lama-lama sangat, takut ada yang mati kemurungan je sebab terkurung lama-lama. Saya faham perasaan kawan-kawan yang extrovert. Sikse deme terkurung macam gini, ni.

So akhir perenggan, kalau kat Palastine orang mati kena bedil. Kat Malaysia rakyat mati kena virus sebab gomen pro sangat dengan pemilik kilang, pemilik syarikat yang tamak, bank yang tak membantu apa-apa.