Thursday, August 18, 2016

Sokong bawah Rebah 2016....krik krik krik

Beberapa minggu yang lalu saya berborak-borak dengan kawan lama masa kolej dulu. Takdir apa boleh kami berjumpa di Negeri di bawah Bayu ini, semua di bawah kuasa ilahi. Dia ni kawan macam tak kawan saya masa di kolej. Di Kolej dulu dengan penampilan yang masih macam hari ini, ala-ala ustazah, kau bolehlah kata saya minah surau kaki usrah. Iya saya memang follow usrah, walau saya kurang gemar, bahkan tidak setuju dengan cara usrah semasa di kolej yang rata-rata dipimpin oleh mereka dari Kolej Islam, atau Sekolah Menengah Agama berasrama Penuh.

Pendek cerita walau saya nampak seperti mereka, saya kawan semua, tak kira siapa. Ok berbalik dengan rakan yang sudah lebih 20 tahun saya tak ketemui ini, boleh saja puak-puak Naqibah nak kata sudah ultra-liberal. Tak keji juga kalau saya nak kata akan ada yang kata kawan saya sudah hanyut.... tak apalah aku mengata di sini. Dia tak tahu saya ada blog dan saya tak akan bagi tahu dia, dan dia tak akan tahu pun saya ada blog he he he he...

Saya tak ada masalah dengan kawan-kawan yang begini. Kita kawan sahaja. Kami sembang. Gossip. Hey orang bijak-bijak mestilah kalau gossip, jenis gossip kelas tinggi juga. Artis-artis, selebriti, pendek kata kami bagi pahala sedekah kat orang femes-femes aje,lah. Bukan macam kau tak sudah-sudah gossip jiran sebelah rumah kau, rakan ofis kau sendiri. Nak mampus apa, lepas kutuk-kutuk boleh kau berpeluk-peluk, pusing bontot, kau gossip/kutuk saing yang kau baru semalam kutuk. Apa punya kelazlah,kan.  Enuf mencarut okey.

Mari sambung apa gossip, sapa yang kami gossip. Kami gossip pasal Nurul Izzah. Iya Nurul memang selebriti yang cerita cintanya sikit lebih kurang aje macam cerita cinta artis-artis kita. Bercerai, kunun nak kawen dengan kekasih, hati... last-last dah jadi janda, iddah dah habis, Izzah kekal janda. Janda yang akrab dengan sahabat karib berlainan agama yang duuuuullluuuuu pernahlah blogger jahat buat cerita dan netizen menebak-nebak kunun Izzahlah yang dimaksudkan blogger itu... kununnya eh mak tak nak nyambung dosa-membuka-gossip-lama yang orang dah lupa ni... pst pst ada skandallah gitu sampai gugur2 anak. Hah kau kelas theyall punya skandal, kan. Bukan macam kau..... jumpa pun belum dah meroyan ala-ala retak seribu dalam FB, ala-ala layan kopi pahit di bawah pokok ceri, tepi pantai haahaahahaaaa. Apa barang,kan?

Ok banyak sangat gangguan ya tulisan saya kali ini.... okeh pasal gossip kami. Saya cadang "ala napa hok dua tu tak nikah aje.... alo alo alo sama comel, sama padan, kheennn"

"Kan" sambut kawan saya keriangan. Saya suka, dia suka. Dia tambah "eh Maddy, kalau dua tu jadi,lah kan, I pasti itu lagilah trigger big support for their Party"

"kan" sambut saya. Sungguh,kan macam kalau Doddy Al-Fayed dapat nikah Lady-D. Hah kau. Kelazzzz.

Oklah blok pembangkang memang kelazzz,la. Walau kau nak kata kelaz ala ala Kim Kadashian. Hello, politik bukan pasal brain aje tau. hari ini politik pasal populariti.

ok la cuba kau bayangkan begini...seorang lelaki yang dah bercucu, walau kau genius, online pun kau boleh ajar aku segala tok nenek calculation Investment yang ntah apa-apa pun, bon valuelah, Face Value, present past segala macam calculation yang complex. Pendek kata kau memang terbaik dalam finance, tapi kau berlawan dengan budak hingusan yang comel lote yang ntah dulu study Law tapi hari ini sibuk bercakap pasal investment, still kalau ada lawan undi like.... saya akan undi budak Law yang ntah apa-apa itu.  You got what i mean...

Lagi, lagi, lagi, kau bayangkan anak dara terlebih umur, lulusan Oxford, meroyan nak melawan geng-geng budak muda ini. Cara si dara melawan ialah dengan mencarut-carut, lepas mencarut mengaku keturunan Nabi. Kalau lawan undi like, saya tetap like budak comel. Sebab? budak comel memang dah into politik. Kalau saya tanya adik akak mau borang ahli, dia ada borang. "Adik, bubuh nama adik untuk jadi referee akak" dia boleh.

Kauorang? Kau hado? Setakat meroyan-mencarut dalam FB boleh leerrr.....

Budak poyo, yang makin dicarut-makin glemer