Wednesday, June 30, 2021

Krisis Kerja Norma Baharu---

 Lama tak update kat sini, ek. I is busy you alls. Apa korang ingat kije gomen ni PKP-PKP kita dok umah goyang kaki je ke? Oiiii kije macam biasa jugak. Ada masa busy, ada masa rehat. Gitulah kita ni.

Macam pagi ni tetiba busy giler sampai nak tarik nafas pun tak buleh. Yang internet ni pulak buat hal. Pergh----bos kat umah dah naik angin dah napa tak update-update. Ko bayangkan le Admin nak data pasal vaksin jak, tapi kecohnya macam satu dunia dah nak kiamat.

Macam mana tak kiamat, antar massage kul 9.45, kul 11 nak siap. Apa benda punya norma kijele kan? Macamle kita tak de kije lain. Kita ni dari pagi tadi dah tengah nak siapkan ada kije tu, alah kul 11, kul 10.45 pun buleh antar,kan? Siap kije dalam tangan nanti aku hantar le kije kau. Eh tak de maknanya---minah kekwat bos unit aku pulak dan-dan kul 9.45 tu jugak duk push-push anak buah dia suruh update segera. Sampai call aku kat umah---sabau ajele,kan. Peduli hapa aku---buat bodo jak, 10.53 baru aku msg dia minta maaf sebab lambat dan explain kenapa. 10.53, lambat ka?

Macam tu ceritanya---

Salah sapa? ntah. Tak payahla kita nak salahkan sesapa---cuba kau bayangkan eh kata lah tempat kawan tu susah nak dapat line internet, atau komputer kat umah dia satu je, hp pun satu je, anak dia pulak nak guna nak buat PdPR ka? eish kesian sungguh, kan.  Ini bukan masa nak salahkan sesapa, tapi masa kita jaga diri kita sendiri agar kekal tenang, ceria dan produktif, time-time kalut macam ni. You know what, the masa dia umum PKP 3.0 dulu the first thing, I cari ialah laptop. I cakap dengan my mom, Mak kalau benda ni tak de boleh gila kita ni. Bos kau tak de nak tanya kau ada komputer kat idak, macam mana kau nak kerja ka idak. Tak de. Dia kalau nak apa-apa nak segera, nak jam tu jugak. Kalau kau nak layan lagi sakit hati terhadap bos kau, dia boleh kata BDR stand for Berehat Dari Rumah. Astaga, mengucap panjang saya. 

Ada satu masa tu, ni kawan yang kena. Bos dia nak gi mesorat, dia nak itu-ini-begitu begini. Dia arah jerk senior aku cari. La kita semua kat omah, benda semua yang dia nak tu semua kat opis. Masa tu Covid tengah ganas, harung ajelah mai pi opis,kan? Macam tu le nasib kami yang kuli-kuli ni. Komputer, laptop untuk keperluan BDR ni semua kita tanggung sendiri. Bil internet, Letrik, tak de maknanya gomen nak sponser, lagi kene potong gaji lagi ada, kita ni.  he he---

Nasib baikla single---orang yang ada anak tu macam manalahkan. Bos-bos besar ni, dia nak cuci dose dia senang je aarr buat kursus itu, buat kursus ini. Kalau dah komputer sebijik, nak buat kije tunggu malam anak tido baru bule buat kije. atau kalau komputer kat rumah berbijik-bijik pun, ada anak kecik yang asyik nak mengempeng je kat dia, yang engkau buat kursus pagi petang, ko rasa? target sasaran kau mengena tak? Itu yang muda-muda, yang tak berapa nak muda ni. I tell you what, saya masa mula PKP ni ada sikit stress juga tau bila kena masuk meeting online dan sebagainya. Saya tak suka. Saya banyak tengok Youtube motivasi macam mana nak kekal positif.

Oh ya nape aku kata dose? Dose le kau suruh orang WFH, satu kejadah prasarana langsung kau tak ambil peduli, bila kau nak pegi meeting kau menyalak macam anjing gila (eh macam setan- setan menyalak ka?) kat orang bawah-bawah kau.

Kadang tu bersyukurlah kita ni kuli-kuli, kena salak kena marah, tapi tak terpalit beban, if something bad happened kalau staff tu burn out, mental sebab tak sedia berhadapan dalam Norma Kerja Baharu ini. Kalau nak layan sakit hati, tak puas hati, memang tak terlayan. Kalau layan kau nanti yang bingung. Kita cari jalan nak happykan diri. Bila kita happy automatik kita bawa aura positif. Bos nak marah pun tak jadi nak marah. he he---

Ohya ni cerita mengarut sikit---

Cerita kisah pagi tadi jugak; bayangkan benda yang sama menimpa atas pesakit mental yang tengah berkrisis; ah senang cerita, kalaulah benda yang sama menimpa saya 15, 20 tahun dulu, tika saya masih lagi tak stabil. hurrrmmm dia akan jadi begini:

Saya rasa ada konspirasi nak menggilakan saya. Derang semua nak tengok saya tergedang semula dalam wad mental. Sajalah tu dah tau awal bulan, ujung bulan saya busy, aleh-aleh saja nak laporan vaksinlah la pulak. Yang minak kekwat saja tambah tekanan call-call orang kat rumah nak cepat-nak-cepat-nak-cepat---

Realitinya bos aku tu memang kekwat. Benda yang aku kena buat tu, patut bos no 2 aku dah sedia-sedia dalam kepala otak dah dengan data statistik yang diperlukan. Biasala minah tu memang slelenga sikit, tak tahulah otak manusia ni tak semua sama/cekap---kalau dah ada dalam otak pun kena double check juga,kan? Dah kalau anak dia asyik nak mengempeng dengan dia je---hai la sapala lagi dia nak harap mengecek data tu semua kalau tak aku. Syukurlah sebab bos percaya kat kita, walau gaji kecik, kuli-kuli saja. Engkau sini audit ni kalau bos dah tak suka, kesian tau ujung tahun buat pasar lelong sapa nak dia, ni sapa nak dia ni---eh malu kau, kalau dah tetua lagi 10-12 tahun nak pencen orang lelong-lelong kita. Ni bukan cerita aku buat-buat ni--- ni cerita betul

hah ada adik tu umur bawah sikit dari saya. Tapi dia masuk lambat macam saya gak, jadi antara yang berumur tapi level kuli paling rendah dalam opis tu. Cantik, baik, lembut---saya sukalah dia ni. Berbudi-bahasa sangat dia especially pada saya. Masa tu saya baru masuk kije, saya tak tau lah ada aktiviti lelong ni, saya ingat kes reshuffle biasa-biasa on job rotation basis. Dia kena tukar unit. Pastu adalah satu masa tu saya pergi wing dia sebab ada urusan nak jumpa bos dia, saya tengok apapasal dia ni diam je, tak ceria---tak lama lepas tu dia bertukar keluar. Saya tak adalah rasa apa-apa---lepas-lepas dah sikit lama duduk opis ni barulah saya tau dia sedih sangat sebab kena tukar, so bila dia dah tak boleh tahan sedih, dia ambil keputusan untuk bertukar keluar terus dari Pejabat kami. Katanya dia malu, nak duduk kat opis kami lagi sebab dah tua-tua orang tendang-tendang dia. Dia rasa sedih sangat. Good for her bila dah keluar dia happy balik katanya. Ntah saya pun lepas dia keluar tu tak pernah bertembung pun dengan dia.

Itu dari cerita itu pun---benda tu tak mustahil akan berlaku kat saya. so dari saya layan sakit hati dengan perangai bos, baik saya perbaiki diri, berikan khidmat terbaik untuk organisasi, kan? Lepas tu kalau orang nak tendang pun redha ajelah---alah kena tendang je, bukan kena buang kerja pun, bukan mati, pun. Apa ada hal?, kan?

No comments: