Thursday, June 30, 2011

BOS KO VS BOS AKU

Saya tidak akan pergi ke perhimpunan BERSIH walau pun saya orang PAS, sebab saya perempuan. He he he…cubalah suruh anak menantu perempuan Nik Aziz turun. Kita nak tengok juga Nik Amelina yang glemer tuh. Ada turun ka? Memang tak cantiklah orang perempuan turun ke jalanan lagu tu. Tapi orang kata hujah ini sangat mengada-ngada, kita cakap plak kita ini kerja gomen. Lepas tu mereka cakap plak kita jaga perik nasi. Kita cakap plak Ambiga tu anti shariah. Ambiga takut kalu shariah law ganti common Law Negara kita tak dikunjungi pelabur. Ambiga perempuan jahat sangka, Islamofobia, jadi kita tak nak berrally di blakang perempuan jahat sangka seperti dia.

Abeh tu korang cakap lagi, itu dulu sekarang dia dah berubah, cerita Bersih tak sama dengan cerita Shariah Law. Ini cerita pasal electrol list kita yang kotor dan minta pohon dibersihkan. Dah, dah, dah lah tu, orang tak turun, tak nak turunlah tak reti bahasa betullah. Orang tak nak turun bukan pasal orang ni penakut blab la bla dah jadi sama jahat juga dengan bos orang. Cuma orang rasa bos orang ok aje. Bos ko tu yang jahat sebenarnya tapi ko beriya-iya kata bos ko baik, bos orang yang naya sama bos ko, bikin crita yang bukan-bukan.

Eish sakitnya hati saya cuba nak bagi tau yang bos saya ok, saya kata bos saya ok, bos saya oklah. Cubalah buat reti bahasa sikit. Apa bos saya rahsuah, kroni, suka mean pempuan, ntah saya tak nampak, yang saya nampak bos saya pun sama tonggang tonggek sembahyang ,pegi mekah keliling kaabah. Ok aje. Bos ko tu, saya tak kata, tapi ini orang intelek yang kata BERSIH bos ko tu sebenarnya “self-serving agenda of a deeply-flawed politician”

Read my lips “deeply-flawed politician” ha memang betul itu memang saya nampak, masa bos ko duduk kat Treasury memang, memang dia memang buat banyak hal. Ha!

Saturday, June 25, 2011

Perihal orang gila

“kita bukan gila kuasa tetapi kita nak halang orang gila dari berkuasa”
YB Zulkifli Noordin

“Memang kita gila kuasa sebab kita nak rampas kuasa dari orang gila”
Abang Mat

Adakah orang gila yang dimaksudkan oleh YB Zul dan Abang Mat itewww orang yang sama? Seeloknya hukuman gila itu hanya datang dari doktor pakar. Lagi pula dalam dunia ini memang kedapatan manusia seperti John Forbes Jr yang bergelut dengan penyakit gila namun akhirnya berjaya, cemerlang, sehingga buah-fikirannya mendapat pengiktirafan yang tinggi..

Jika kita tak mau, tak suka pun dengan kepimpinan seorang pemimpin, ambillah ia atas alasan, kelayakan akedamiknya yang tidak berapa begitu baik dan rekod perkhidmatan yang lepas-lepas itu agak huru-hara dan kucar-kacir, dulu. Buat masa ini belum ada pakar yang mengistiharkan nama-nama pemimpin yang menghidap sakit gila. Bukannya apa, buatnya dia memang sah tak gila, bimbang anda yang 100% yakin tak gila pulak nanti jadi gila akhirnya.

SLAMAT TINGGAL....

Kita slalu fikir apa orang akan kata, walau selama ini kita slalu cakap “lantak apalah orang nak katapun” Yeah we, I should not only kata, but feel lantak kolah. Masalah utama saya dulu ialah terlalu peduli apa orang kata sampai saya “tak bergerak” langsung, until one day ada seseorang yang saya tak kenal langsung pun cakap begini “awak ini slalu fikir sangat apa orang kata, sedangkan tak de orang kenal awak pun” he he he….

Mengambil kata-kata itu saya pun berubah sedikit demi sedikit. Iya tak iya juga sapalah ada kenal sayakan. Lain la kalu saya ini artis. Dan orang hanya akan kenal kita melalui percakapan kita, pakaian kita, maksud saya anda hanya dikenali oleh orang sekeliling anda yang anda temui. Dan bila kenal, sikit lebih kurang, ideology ka, pendirian politik ka, memang tak jadi hal, kita tetap pangyau, hidup saling bergantung dan saling tolong menolong. Kawan tak kisahpun ko pi jumpa doktor mental 4 bulan skali, janji ko tak buat hal yang pelik-pelik.

Yang penting orang yang deal dengan kita hari-hari itu tidak amik port dan anggap kita normal. Orang luar waima sedara sedarah pun, yang tak brapa rapat itu ko punya psellahkan. Memang kita patut fikir perasaan orang lain dalam setiap tindak-tanduk kita, tapi terlalu memikir pun tidak brapa bagus juga untuk kesihatan mental dan perkembangan diri misalnya dari segi kerjaya, stimulasi intelektual dan pengembangan/penyuburan/pengkayaan bakat-bakat yang tuhan anugerahkan pada kita.

Apa kehal ni saya mereceh mengalah pakar motivasi diri, ni? Saya dah tertak siok sebab benda yang saya tulis dalam FB. Saya memang nak tulis lama dah. Dah lama saya nak bagi tau apa yang terbuku di hati, tapi saya tak tau macam mana nak bagi tau, apa ayat paling sesuai dan until semalam saya dapat ilham dan tooiiinngggg doh situ, aku bubuh sedebuk macam itu.

Lantak kolah janji kita dah cakap yang sebenar dan kita bebas. Bebas dari belenggu-belenggu semalam. I think they alls are crazy, but the in real life I’m the one who have to have the pill and see the doctor, but never mind I feel more happy with pills and psychiatry then having to listen to all the crazy talk about taking over/ ruling the world. Yup I really feel the talk about merampas kuasa is crazy. I feel it dari dulu lagi. Tak ada orang influence me. It is your obsession dan percakapan kamu yang menakutkan make me think like that. And that happened long ago since before I GOBLOG. Means before I GOBLOG, I already think like that. It's just that I don't have the strength to say it out loud.

Penghabisannya sebab dah lama ko nak saya fikir barisan A gila, tapi semakin hari saya tengok A ok jah. Akhirnya saya sampai kepada kesimpulan: Oklah macam nilah A itu memang gila tapi saya rasa saya lebih OK dengan cara A. Janganlah kita terlalu obsess mau membuktikan sapa yang sebetulnya gila sebab yang penting BAHAGIA dan lahiriahnya, orang biasa-biasa lihat kita normal. Jadi saya memang berharap, skarang PUASLah HATI, KAMU. Chow bebeh slamat tinggal, sayonara, Adios & ntah apa-apa tah ye.

Friday, June 24, 2011

Manalah HAKU tau

Nabi s.a.w bersabda: “Islam itu bermulanya asing, dan akan kembali sebagai asing, maka beruntung mereka yang ghuraba` (yang asing)”. Ditanya Nabi s.a.w: “Siapakah ghuraba`?”. Jawab baginda: “Serpihan dari kabilah”. (Riwayat al-Baghawi, sanad sahih).

Saya cut & paste dari kawan FB DrMAZA.com. Dr Maza ini tidak asing lagi bagi saya. since dia belum dilantik sebagai Mufti Perlis lagi. Dia ni senior sepupu saya di KISAS. Saya kenal dia, tapi dia tak kenal saya. Maklumlah Asri ini sejak zaman KISAS lagi sudah menunjukkan bakat kepimpinannya dan sangat disegani rakan dan dibenci oleh budak-budak yang tak suka dengan caranya. Caranya berterus-terang, tegas, laser pedih telinga pun ada,ntah orang kata sikit KEREK, eksyen pun ada dia nih.

Masa saya baru blogging saya dapat beberapa emel memburuk-burukkan beliau. Tapi yang menghantar emel itu itu nak mengenalkan diri pun tak berani, cuma guna nama samaran aje. Tentulah bila saya dapat emel-emel macam ini saya rasa tak seronok dan mau “menyiasat” what is actually going on. How come ada manusia yang tega merendah-rendahkan seorang pemimpin pelajar yang sangat disegani semasa di Sekolah sampai macam itu sekali.

Lama-lama saya fahamlah yang KISAS tu bukan macam Sains Muar. KISAS itu kilang Pemimpin pelapis Negara…ooohhh kira ini bakal jadi orang besar yang ada kuasa menentukan hala-tuju Negaralah kiranya dia nih. Saya juga belajar yang pembunuhan kerekter itu satu benda biasa dalam circle orang-orang elit kita rupanya. Manalah kita tau, kita ni kerani cabuk aje.

Saya tidak mau memanjang-manjangkan lagi cerita pasal ini, now lets we go straight to the hadis highlighted by Dr MAZA, or biasa budak-budak KISAS panggil Asri aje. Bererti Islam akan jadi masa mula-mula sampai pada nabi, orang mengamal Islam diejek, dibuat macam-macam benda tak elok dan sebab Nabi tu nabi terakhir maka memang tak akan berulang lagilah zaman kegemilangan Madina.

Kalau ada Islam pun Islam macam hari ini. Jadi makanya sesapa yang sangat tegar mau Islam, sesolid Islam orang Madina zaman nabi akan kecewa. Itu faham saya.

Dulu cikgu saya, iya cikgu saya yang ada phd tu, tanya…hebat ka tidak anak murid ni, cikgu dia tanya dia tuh… ‘apa kita nak buat’ ntah saya tak tau pun apa yang saya jawab apa tah, saya tak ingat. Yang saya ingat saya kena balun bage nak rak dengan kawan-kawan dia di blogsfere, kawan-kawan saya sendiri di alam realiti. Saya perempuan perampas/pengacau kebahagiaan orang lain yang bakal masuk wad gila tak lama lagi. Siap bikin puisi lagi dengan judul ‘berlalulah hai Puspa’ . Tak cukup dengan puisi, kawan dia yang lelaki plak, siap karang novel lagi “Menara Gedembai”

Manalah saya tau yang cikgu saya itu bakal jadi keluarga orang besar-besar kita. Dia cakap dia tak de girlfriend, so aku suka hati mak bapak hakulahkan nak cakap apa. Kemedian tu baru saya tau ada anak dara jelita orang besar kita yang berkenankan cikgu saya. So faham-fahamlah ajelahkan kerenah orang besar ni. Kita cuma nak hidup aman, dan kita tak mau cari gaduh dengan sesapa, apatah lagi orang-orang besar kita yang selama ni dah bagi macam-macam keselesaan pada kita. Selagi mereka mengaku Islam dan berpenampilan Islam, Islam plastic ka, depan kemera jah sembahyang tonggang tonggek, off camera, balik blakang nak buat pragai, minum arak, berzina itu lantak kolah.

Itu ko punya pasal. Pasal aku, tanggungjawab aku, ikut cakap ko. Ko kata wawasan 2020, kita wawasan, ko kata, hidup gaya sihat, kurangkan obessiti, kita buat apa termampu, kita senam 3xseminggu, kita dah tak makan nasi lemak dah. Mulai hari ini kita akan cuba makan rebus-rebus aje, kita nak tukar nasi lemak dengan Queker Oat. tapi kalu obess juga, darah tinggi juga, jangan marah. I dah ikut semua saranan doktor-doktor yang orang besar-besar kita lantik dan gajikan. Itu perjuangan saya sebagai rakyat Jembel lagi MARHEAN.

Orang lain nak keluar BERSIH, pegilah sebab seBERSIH manapun nak nak n’gantikan yang hada ini, cerita ni tetap sama. Saya kena sembahyang, puasa, kumpul duit nak pegi haji. Kena excersise kena ikut cakap doktor, jaga kesihatan agar dapat pergi kerja cari duit, beli makanan baik-baik, supaya ada tenaga nak sembahyang, puasa dan menyempurnakan ibadat haji dengan mudah.

Hada ka dengan menukar yang lebih BERSIH, saya tak payah penat-penat bersenam, tak payah penat-penat pergi opis berkerja, bule makan Nasi Lemak, Pizza, Rendang Nogori, Masak lemak cili api, Ayam Goreng, Mc Donald, nasi lemak sesuka hati saya. Jawabnya tidak. TAK BULEHHHH!
.

Thursday, June 23, 2011

BARANG BESAR

(sooo gooooddddd)

Pada hujung Mei lalu kerajaan Najib umumkan pembekuan urusan pengambilan pekerja baru bagi urusan audit bagi mencapai objektif “lean management, governance” gitu-gitulah. Urusan pembekuan ini berjalan sehingga Ogos ini.

Bermaksud di sini, macam saya cakap dulu, saya mengutuk Amerika yang gemuk. Dari segi pentadbiran sehingga mereka terpaksa memikul beban deficit yang tinggi. Kita juga menghadapi masalah yang sama kalu tiada sebarang langkah yang bersesuian diambil. Konsep “lean Management” adalah satu konsep yang PM kita fikir baik untuk mengekang kita jadi terlalu besar, tapi lembab, sukar untuk bergerak , lambat buat keputusan, dek kerana kebesaran tadi.

Di opis saya memang mereka melobi yang jadi macam negari lain, ntah apa struktur yang diguna pakai kita pun tak tau, tapi yang kita tau kalu rancangan ini diluluskan, kita akan ada 70 – 80 orang pegawai dan staff sokongan berbanding kini yang hanya 46 orang termasuk staff kontrak. Tujuannya ialah tak lain tak bukan bagi membolehkan lebih ramai orang dapat rasa 44, 48, 52 dan seterusnya dan seterusnya. Kalu ikut nafsu kita nak Pejabat Pelajaran kita di ketua oleh JUSA turus Alah kan he he he….

Kita pun tak faham, tapi kita faham kat Jasin ini ada SBPI Selandar. Katalah Sekolah ini jadi “grand” gitu. Grand gila babi se”grand” MCKK, STF, TKC, dan rakan-rakan. Diketua oleh JUSA gred B, C, A. Ko ingat mau ka pengetua gred JUSA ini ‘pandang” pada bos kami yang hanya bergredkan DG52 itu sahaja? Wajarnya pengetua tersebut tak patut rasa diri mereka lebih “tinggi” dari Pegawai Pelajaran Daerah dan pasukan beliau, tapi hakikatnya manusia memang susah…susah nak “dengar” cakap orang yang mereka rasa lebih “rendah” dari mereka.

Ntahlah…gitulah cerita pasal orang lobi-melobi mau jadi “besar” tanpa memikirkan harga kepada sebuah “kebesaran” yang diidam-citakan. Sometimes we forgot to think the price for heaving big thing. I like benda besar. Who don’t want barang besarkan. Tapi kita sering terlupa mengukur adakah bekas kita cukup besar untuk menadah bahana dari barang-barang besar ini he he he….

Wednesday, June 15, 2011

Pasal Dajjal & cerita Orang yang Gila Kuasa

Saya rasa tertarik dengan satu kelakar selingan ustaz yang begini “dajjal masuk bandar, dia tak masuk kampong ya tuan-tuan” Cuma joke yang nak menceriakan jemaah yang tak ada apa-apa nilai. Namun saya menakul statement yang mencetuskan gelak-tawa jemaah dengan penuh minat. Saya teringatkan Lucifer-lucifer saya eh Lucifer, bukan Lucifer-lucifer.

Yeah Cheguvara seorang doctor yang meninggalkan Bandar dan masuk hutan. Bila Bandar itu ada dajjal memang kita manusia akan lari dan masuk kampong, masuk hutan. Secara jujur memang saya berbelah bagi sangat nak pulang ke KL. Memang berharap sangat-sangat UiTM ada offer course Accounting di Kampus Bandar untuk September intake ini. Namun bila memikir selain dari kampong, saya kira pengikut dajjal juga pasti tidak akan betah, panas bontot duduk dalam majlis ilmu. I guess oklah bulelah tu. KL pun ada kampong jugakan, Kampung Baru.

..*****
Eish memang saya rasa malas aje nak menyempurnakan application kali ini. Masuk Open U ajelah sebabnya well hari ini saya sudah tidak gian nak dapat W41 lagi dah. Jadi member MIA pun cukuplah. Kenapa tah. Saya terjangkit bos no 1 saya yang lepak/relax sokmoooo. Well saya tak tau dia tau ka yang sepupu saya nikah dengan sepupu dia. Ha ha ha… well makcik saya, ibu mertua sepupu bos saya kata, bos kena queen control. So you alls you allss tau lah bagemana jenis lelaki kena QC. Nikan. Ni gossip sikit:-

Bos no 1 ngumpat bos No2 kata Bos no 2 nak memantau sambil melobi nak jadi pengetua dan seturusnya mencerahkan lagi peluang naik 52. Saya cakap hari ini kita memang kena terhegeh-hegeh jual muka, jual segala kalu nak naik pangkat. Bos setuju dengan saya tapi dia kata dia tak pernah terhegeh2, rezki datang begolek. Saya nak cakap kalu bos lebih terhegeh-hegeh bos jadi Pengarah Pelajaran, Turus A kek Putrajaya pun bule., tapi saya cakap bos hensem, bos tak terhegeh-hegeh pun orang dah nampak, bos no2 tu tak hensem jadi promosi kena lebih.

So macam tulah kita. Atitude saya tentang pangkat dan nama memang macam bos. Work hard, study hard, aim for staright A, if people tak notice pun kita tak sedih, kita tak kecewa. Tapi kadang-kadang terhegeh-hegeh jual muka itu perlu. Tidak cukup perbuatan, kita kena cakap secara terus terang yang “I want that job! Please give me a chance to prove it, not to you but to myself that I can do the job” Sebab zaman ini persaingan sangat sengit. Kita perlu buang rasa tebal muka, rasa takut dengan cakap-cakap orang yang kita ni hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Kalu kita cukup persediaan, cukup ilmu untuk that particular task, tak ada sebab orang tak terima, dan kalu sudah diterima, apalah ada lagi dengan pipi yang tersorong-sorong itu.

Monday, June 13, 2011

SEKOLAH SEKOLAH SEKOLAH JGN MALAS

Whatever is yours will be yours and will eventually come back to you as Allah return MUSA to his mother’s arms after she set him free to an open river of Nile. Percaya dan yakinlah dengan pertolongan Allah.

***…

No saya tidak mengalami masalah sepi dalam ramai. As the one and only child, my life is sepi dalam sorang. Pencinta sepi tak juga. It just that bila u sorang you terbiasa sorang-sorang you akan kekok, serba tak kena, susah hati, risau tak tentu fasal kalu ramai-ramai. Susah hati kalu ada perlakuan kita yang menyakitkan hati orang. But I think now I am doing fine.

Last time I cakap I nak switch pada management, well, something happen yang bikin saya bertindak seperti petapa dari gua yang kedapatan alamat dari jin dan penunggu gua yang berpesan “jangan teruskan” So in the end, surat permohonan melanjutkan pelajaran ke Program Ijazah Sarjanamuda Sains Pengurusan itu masih ada dalam kereta. Hari ini baru nak buang. Ya ya saya akan buang hari ini juga.

Esok, malam ini, ka bila ka saya akan menyudahkan urusan permohonan belajar part-time Bachalor in Accounting di UKM. He he he he I guess itu hari jin penunggu gua itu cuba hantar massage agar saya stick dengan accounting. Sometimes no matter how empirically taksub you are, how bervolume-volume article tentang decision making process yang you dah khatam, you succumb to something unacceptably illogical reason in decision making process.

Studying accounting while working means…ha ha ha I know I bule buat, tapi orang kata macam budak jahat yang kena menjalani hukuman kerja berat. Wat to do, Malaysia nak jadi Negara maju. Nak maju, poket juga mesti lebat. Nak poket lebat kena rajin. Nak kerja berat takut tulang reput, nak mengada-ngada minta orang lelaki jaga, "alah PET mulut ko serupa macam longkang, mati pucuk, MAK(MAK dibaca sebagai kata ganti nama bagi saya), ko bikin!" jadi belajar benda berat ajelah yang saya mampu.


...***

Kuliah mula September ini….dan ini to do list saya untuk misi menawan segulung Ijazah:-
1. Photo copy sijil
2. Dapatkan transkrip
3. Print borang
4. Cari kaki W17 kat KL yang nak balik Melaka
5. Isi borang tukar
6. Cari rumah sewa
Pergh…srupa macam orang gila.
Why do I have to this semua? Kenapa tak cuba Open U aje. Saya terbaca satu artikel. Bila you bikin course like accounting, University yang bagus dan reputable itu satu faktor yang menyokong dalam kejayaan kamu dapat kerja dalam bidang itu, selain dari kekuatan point CGPA kamu.

Sunday, June 12, 2011

On kelab Taat

Tekozut den, nak tesodak pun ado bilo Kelab isteri-isteri taat mengesyur yang ntah apa-apa tah. Terus den toringat cerito lampau den gurau aje dengan kawan cyber den. Suko-suko den ngumpat Bill & Hillary Clinton, + Hugh Grant dan Liz Hurly.

Den gurau2 ntahlah saja nak melegakan perasaan kawan yang dalam mood adjusting to a new environment. It is about why man cari man, bila dah lama-lama kawen. What I’ve written is exactly what kelab isteri taat nak ajar pada ahlinya. Saya tulis begini, secara berseloroh ya, bukan serius, dan memang tak patut diambil serius pun “tubuhkan satu akedemi dan lantik Monica Lewensky jadi penyelaras program”

It’s just junk piece of joke to cheer-up my mail-pal yang seolah macam sepi dalam ramai??? When you are bless with Chomsky & Voltaire kind of brain, when you finish all your mak nenek sekolah, you go back to your kampung, you kinda a miss all the hanky-panky-crazy-ntah-apa-apa-tah, mengarut kinda of talk, activities that you used to have with your rakan sekolah. You feel so lonely , you will feel so down, feel like terjun laut pun ada. That wat I always refer to sepi dalam ramai syndrome.

At that moment, I was young, early 30’s memanglah masa saya tulis tu, saya rasa disebalik gurauan ada logikanya saranan itu. Logika itu bersandarkan ustaz yang slalu cakap “kalau ada Mercedes Benz kat rumah wat pe cari Kancil”. but after I learn more, after I mature kut…after I know man,???huh more, (eh ini bila masa plak I know man more nih?), saya kata cadangan saya itu adalah 100% cerita orang gila yang kalu dipraktikkan akan membawa kemudharatan yang besar pada sapa-sapa yang nak mengamalkan/nak walk the crazy talk itu. Mind you, that super crazy talk dah ada yang menjalankannya. Risau den. Ada yang kiamat juga ni karang Malaysia ni. Melayu Malaysia aje yang pupus, kiamat, bangsa lain idup makin membiak, branak pinak.

Rentikanlah keje gila nak bebengkel, nak ngajo isteri-isteri jadi placurlah plak. Buat kata orang putih kata, great minds think alike…. Today I would say Crazy mind also think alike. If you think like out patient Jabatan Psikiatri, maknanya you alls pun layak menerima rawatan kat situlah. Kesian-kesian, blajar tetinggi dapat pangkat Dr kat pangkal nama, pun fikir macam out patient Psikatri Hospital Mlaka gak.

Oh I got an idea, I nak bawak tulisan ni kasi tunjuk sama Doktor saya on my next appointment Julai depan. Mana tau Dr I masukkan tulis ini dalam majalah bulletin they alls… glemer makcik.

Alahai, Doktor tak berIjazah, dukun tak bertapa

Saya sangat susah hati apabila Bos no 3 saya terdengeh-dengeh bila sampai saja ke unit kami. Pendek cerita saya berlagak macam ahli Nujum yang lorat. Lepas tu dia hangin satu badan dan cakap “ko ni mulut ko kenapa celupar sangat hah!”

Dia marah sebab saya suruh dia pergi bikin check-up di hospital. Saya tak mau kalah, saya merecheh, mengumpat pula ex big boss kami yang kini kian hensem dan slim persis macam muda-muda dulu. Ubatnya??? Tak de Jusmate jusmatenya…tapi BY PASS. Haji xoxox cerita dia selalu rasa sesak nafas ketika naik tangga, dia pergi check-up, sah jantungnya bermasalah.

Saya mematikan hujah saya yang persis nenek kebayan gila dengan statetment yang maha celupar lagi bisa ini, sebab saya tau bos yang ini memang 2x5 haje angin dan celuparnya macam saya juga orang kata sanguine??? “karang kalu ada kejutan berlaku, disalahkannya bangunan baru kita yang cantik ni hada penunggulah pula, tak disemah dengan betullah, ada hantu Kak Limah?”

Bos saya cakap “iya tak iya juga, kesian hantu Kak Limah jadi mangsa fitna kita ye”

“hah tau tak pe, baik pegi check-up cepat, hospital pun dokek yeoh”

So kengkawan, kalu kamu naik tangga rasa mengcungap-cungap bawak-bawaklah jumpa doktor, dapatkan nasihat pakar.

Sebenarnya saya mau memperincikan lagi beberan ahli nujum dengan menilik, bentuk tubuh bos saya itu. Korang pepandai imaginelah eh mcm mana bentuknya, dia tak gemuk, bos saya tegap dan sasa orang nya. Cuma bayangkan ada sebiji epal besar yang menekan jantungnya menyebabkan jantungnya macam tercompress, Epal besar itulah yang sebenarnya menyebabkan dia mencungap-cungap bila sampai ke unit kami di tingkat 3. tapi saya fikir cukup sajalah saya berceritakan pasal Haji xoxox yang dah hensem dan slim itu dek gara-gara sesak dada bila naik tangga. Orang, belah perut, kasi kecik perut, jadi kurus, Haji xoxoxox kita lagi ajaib, belah dada, bule kurus. Haji xoxox kata lagi sekarang ini dia sudah tidak makan malam. Kini juga, dadanya rasa lapang dan tidak lagi sesak jika perlu menaiki anak tangga.

Sepanjang hari saya fikir balik, pasal bos yang melenting bila disuruh pegi hospital. Memang patutlah kalu saya lelaki, pun, saya akan pilih Paris Hilton yang gemar makan makanan pizza itu dan bugger itu…opss Paris tak tak macam tu lagi??? Tak kisahlah. Saya berfikir lagi macam manalah Dr Mahatir tu bule tahan dengan Dr Siti Hasmah eh…Sebab sama-sama doktor kut. Itu pasal saling faham, memahami.

ii)
Minggu lepas saya ke Giant, saja jalan-jalan. Saya sangat terpesona dengan iklan Pizza Hut the best deal. Bayangkan 50% discount tuhhh…itu belum lagi kalu kita bayar pakai debit card maybank. Mujur saya baru pulang dari senam robik, kalu tidak aish aish aish aish… sehingga ke hari ini saya rasa Pizza semacam melekat di tekak saya. Kenapalah makanan-makanan yang macam itu juga yang menjadi pujaan hati saya?

Saturday, June 4, 2011

Sebenarnya, memang itulah yang kita mau

Aura negative seperti marah, sedih, kecewa, tak puas hati, menyesal, malu pasti menyelubungi ibu-bapa bila mana anak perempuan mereka menceritakan perihal dia mengandung anak luar nikah. Kalu ada parents yang suka itu saya tak taulah tu.

Reaksi selepas itu ialah bagaimana ibu-bapa tadi mau membuang kesan negetif dari berita yang sangat tak mau didengar, atau tidak keterlaluanlah kalu kita kata berita petaka. Anak yang berzina itu dalam masyarakat Melayu dianggap menconteng arang ke muka orang tua. Membawa aib kepada merekalah tu. Malu & aib, terlucut maruah dan harga diri jika perkara itu menjadi pengetahuan orang ramai.

Tapi kalu kamu banyak duit boleh sorok perkara itu kuranglah sidikit penderitaan yang dihadapi. You see saya selalu memikio, adakah ibu-bapa tadi malu dengan masyarakat atau malu dengan Tuhan. Berzina malu, makan bangkai sedara sendiri tak plak malu. Tak kisahlah dia nak malu dengan siapa pun. Saya hanya mau catat apa yang selalunya ibu-bapa bikin untuk melegakan tekanan emosi yang melanda jika mereka berhadapan dengan situasi begini.

Bagi ibu-bapa yang wara’ dan taat perintah tuhan, pasti mereka akan cakap konspirasi nak mencemar Islam. Takkanlah salah mereka mendidik anaklah pulakan. Itu kebiasaannyalah. Kita pun akan kehairanan kenapa kita yang taat perintah Allah ditimpakan bala sebegitu berat. Apa dosa kita? Mana kita ada dosa, kita bukan ahli maksiat, bla…bla..bla..bla..bla. Penghabisan putus akal kita nak memikir apa dosa kita, kita salahkan ajelah kerajaan. Bagi ibu-bapa yang ranggi, jauh dari Islam? Ntah saya tak taulah, kalau terlalu menekan sangat, dah habis ikhtiar berfikir, mungkin bunuh diri kut.

Bagi mereka yang rasa bukan salah mereka, tindakan selanjutnya ialah menukar kerajaan yang mereka fikir lebih baik dari yang sedia ada. Itu hak merekalah, sebab macam Bob Lokman tu dia dah habis pikir, dah habis kenang dah ni, apa silap, dia, silap mak ayah dia. Tak ada. Mereka memang perfect. Silapnya mereka satu aje, tak cukup kuat berusaha untuk menjatuhkan kerajaan thagut secular yang sedang berkuasa buat masa ini.

Masa terus berlalu, dek kerana tak kuatnya iman, keyakinan, iltizam dan usaha umat Islam Malaysia menjatuhkan kerajaan thaghut, pembawa segala bencana, petaka social yang melanda generasi muda masih tetap macam itu juga, bahkan sekian lama sekian tak ber”tapis” segala tingkah laku mereka. Bahan porno yang merangsang anak-anak muda untuk mencuba, dibiar melambak. Perempuan-perempuan semacam diajar berlumba-lumba untuk memaparkan aksi “panas” yang menggoncang iman. Pemimpinnya pula, sama mau jadi serupa artis juga turut tak mau ketinggalan melariskan surat khabar dengan bahan berita yang ntah apa-apa tah. Berlumba-lumba saja lagak mereka tu dalam kes publisiti skandal murahan sebegini..

Usaha terlalu ditumpukan untuk merampas tampuk kuasa, sehingga kolam pemikir kehabisan idea untuk memformulasikan petua macam mana nak “kawal” nafsu bila berhadapan dengan situasi yang menggelorakan dan mengocakkan perasaan ini. Atau pemikir-pemikir kita memang tak pernah menghadapi situasi genting digoda, dipujuk rayu untuk terjerumus dalam lembah kehinaan ini. Benda ini benda baru. Dulu perempuan kita tak seberani ini dalam menuntuk “hak” seperti wanita hari ini, macam-macam haklah yang kita nak tuntut seperti hak untuk ekspresi diri setaraf dengan lelaki (kalau kita ada Raja Frinjan, kita mesti ada Ratu Frinjan, kalau kita ada Raja Mencarut, mana Ratunya?). Sebab kehidupan pemikir itu dipagari dengan kehidupan mulus dan suci maka pemikir susah sikit (bukan susah sikit, memang susah banyakklah kan) nak keluarkan apa-apa tips/idea untuk dijadikan panduan kepada generasi hari ini.

Friday, June 3, 2011

Tahniah Abang MAT

Ye ye ye ye abang Mat menang. Ntah rasmi atau tidak kita tak tau. Sepatutnya keputusan keluar Ahad ini, eh ini Ahadlah eh. Iyalah betulah tu Abang Mat dah menang. Kita suka, tapi ramai gak tak suka depa kata Abang Mat akan bawa gaduh dengan DSAI. Parti Abang Mat dan Parti DSAI akan berantakan.

Eh sebenonyakan orang yang mengejek abang Mat dan DSAI akan gaduh tu, sebenarnya kalut. Kalutlah. sebab dia kalut takut kalu abang Mat dapat menghentikan khayal candu orang2 PAS yang taksub sukakan DSAI. Selama ni kita yang tak kecanduan semua tau DSAI itu umpama pohon dedalu. Betenggek pada UMNO, UMNO KO. Keluar UMNO kawan PAS, PAS pulak yang jadi pondan. Kena sergah dengan DAP, kecut perut.

Kalu le semua dah terjaga dari pukauan Anwar, kebarangkalian PAS pulih, dan berkeupayaan menggantikan UMNO itu masih ada. Abang Mat tak akan gaduh dengan DSAI, sebab lepas ni DSAI akan ke Sungai Buluh. Kalau konspirator fikir baik lepaskan DSAI agar dia bergocoh dengan Abang Mat pun tak akan berlaku, sebab kalu kes DSAI liwat Saiful memihak pada DSAI, pertaruhannya ialah PRU 13.

Sebenarnya kemenangan Abang Mat mengkalutkan think tank UMNO sendiri. Yang tergugat ialah PM kita dan UMNO itu sendiri bukan PAS. Ada juga baiknya sumbat cepat-cepat DSAI dalam Sungai Buluh, dan Kak Wan bule minta fasakh, lepas tu nikah sama Abang Mat.

Kalu orang kata dalam Loh Mahfudz tu nama Kak Wan tertulis sebagai FLOM sejati kita, Kak Wan akan jadi FLOM juga, tak kira FGOMnya sapa. Kita tunggu dan lihat ajelah adakah kak Wan kita akan dapat juga takhta FLOMnya seperti yang banyak diramal sejak Kak Wan muda belia dan dara lagi.

HOLLY MAD KAU

Jadi ahli politik ni memang bestlah agaknya kan, sebab tu ramai orang bercita-cita berangan-angan nak jadi ahli politik. Tapi ramai tak berani nak terjun politik sebab berbagai sebab. Sebab utama cerita kita semua orang tahu. Dari muda sampai tua, dari kecik-kecik, dalam buaian pun orang nak tau.

Paling orang suka nak dengar kalu ada cerita sensasi, cerita cinta, cerita yang pada orang macam saya fikir, apalah yang nak disibuk-sibuk pasal dulu masa muda dia ngorat sapa, dia ada ati kat sapa, brapa besar koleksi aweks yang dia ada. Tapi cerita-cerita macam itu memang sedap didengar. Cerita macam ini juga terkadang itu mempengaruhi perjalanan karier seorang ahli politik.

Cerita paling sedap sejak 2, 3,4 tahun ni, ialah cerita kisah cinta tak kesampaian Abang Mat dan Kak Wan. Cerita yang paling saya sukalah. Saya suka sangat cerita ini sampaikan saya berangan-angan, berwat if, wat if…macam saya plak kak wannya he he he…

Before I proceed, mari saya cerita pasal saya dulu. Pernah satu ketika dulu masa skola-skola, alah, masa skola biasalah girls akan tanya “ko minat sapa?” Sy pun cakap saya minat x0x0x0x. Kawan cakap “cakaplah betul-betul” sumpah wallhi “x0x0x0x” “awak dah gila apa, his favorite word is MOTHER FUCKER!” “ok oklah aku minat Syed Khasidah” “hah baru betul tu…Syed tu kan bla…bla..bla…” Ok girls no more Mother, Father Fucker, kita sumer stuju, kita minat Syed Khasidah…Hidup Syed”

Pernah lagi pun satu ketika, ketika waktu genting yang orang yang sayang sama kita akan sibuk-sibuk bertindak proaktif “menjalankan” kita dengan kawan-kawan dia. Saya dah cakap banyak kali “tolong carikan saya yang macam Abang MAT, abang MAT, abang MAT’” dia kata ok ok ok. Saya pun sangat suka hati dan siap bercanang satu opis yang saya puasa, saya tengah giat berdiet nak kurus badan sebab tak lama lagi nak pegi dating. tapi sungguhlah menyakitkan hati saya…yang macam DSAI itu juga yang dia bawa berkenalan dengan saya. Akhirnya kami perang besar…Dia kata saya dah gila…excuse me, dia kata saya memang sah gila.. “ko pegi balik pergilah cari tok kiyai ka, orang alim ka, pergi berubat betul-betul. Memang sah sakit gila ko dulu belum habis lagi, dalam badan ko tu jin Mother, Father Fucker belum habis keluar lagi, ntah2 dah branak pinak dalam rongga darah ko tu”. Saya kecik ati, saya merajuk besar, tak nak kawan lagi dengan dia. Saya nak lari, saya nak migrate he he he…

Apa yang saya nak cakap ni sbenarnya. Saya nak cakap sikit nih hajehhh…Oh saya DOA Abang MAT Sabu menang dalam pilihan PAS kali ini. Abang MAT memang seksi…they alls tu sumer hipokrit, sebenarnya suka abang MAT, tapi bila pilih ketua pilih DSAI AL JUB yang ntah apa-apa tukan…