Sunday, October 1, 2017

KACANG vs BIJAN

Bila kita kena memilih antara 2, dan orang sekeliling kata pilihan kita tidak betul, kita sama ada boleh ikut kawan-kawan sekeliling kita atau terus dengan pilihan yang buruk sebab kita tak nak jadi lalang. Kita setia. 10 tahun dulu kita dah pilih itu, jadi itulah juga pilihan kita, dan kita mula merapik mencipta alasan kenapa nak terus pilih dia juga walau banyak bukti menunjukkan dia sangat tak bagus lagi merosakkan.

Maka merapik lah saya tentang bijan dan kacang. Kacang lebih tak bagus dari bijan. Kacang orang kata bisa dan boleh bawa gout. Kita pun tidurla dengan lena-selenanya dan kita tak ambil port dah apa orang nak kata, walau at the back of our mind, ada sebab yang lebih logical lebih nampak intelek kenapa pilih yang buruk itu juga. Kita malaslah nak bentang sebab kita, kerana perlukan pembuktian, sedangkan apa yang kita nampak cuma andai-andaian sahaja.

iya begitulah, begitulah apabila kita perlu membuat pilihan yang sukar dan semua kata pilihan kita itu tak betul.

Ok lah tulis sikit apa sebab yang intelek sangat tu pasal BIJAN? Kenapa bukan KACANG. Dua-dua pun sama biaya kempen pilihan-raya melalui ill gotten money. Cuma bila Kacang jadi seDAP, saya rasa ramai orang tak berapa fit untuk bersaing dengan keseDAPan yang akan disajikan nanti. if we are not too fit (bersedia mental dan fizikal) for benda-benda seDAP, kita akan binasa.

Itu antara alasan-alasan sahaja untuk terus setia. Saya patut tinggalkan Bijan sebenarnya, but I won't do that sebab kata sorang kawan saya, "once a blogger, always a blogger". Saya bermula dengan menyokong parti BIJAN, if BIJAN is too bad, saya berhentilah menulis all these nonsense. I will not going to write something to condemn BIJAN or glorifying KACANG seDAP. Itu meLALANG namanya,kan? Walau dalam politik, hari tu masak pakai minyak BIJAN, besok minyak Kacang itu biasa. Dan orang yang buat perangai macam itu orang besar-besar belaka, itu tidak ada masalah, dan aib sebenarnya. Lainlah dulu Kristian hari ini Islam, bila dah Islam cari makan pula dengan memburuk-burukkan Kristian dalam audience Islam. Cubalah kau kutuk Kristian dalam audience lama kau tu. Ada berani? hah itu isu besarlahkan. Politik ini tidaklah sampai pada tahap kepercayaan dan agama pun. Neraka atau Syurga tidak dilihat pada apa logo parti yang kau sertai, pun.

However, as a blogger, I always have another choice, yang feeling- feeling lebih mulia, iaitu memilih untuk DIAM, walau kau paranoid ada orang pekik kat kau dan paranoid yang kau baik sangat dan suara kau besar sangat "kemusnahan bermula bila orang baik enggan bersuara". Kau paranoid satu hari bila kemusnahan berlaku, kaulah orang baik itu yang enggan bersuara. Paranoid jak ni perasan besar dan berpengaruh ni. Paranoid aku ini penulis bermukjizat? hihihi.... lawak ajekan, dah mental tu mentallah macam mana bule bermukjizatlah pula. Joking. I don't have such paranoidlah. I don't feel guilty pun kalau tak mencarut-marah-maki-hamunkan siBIJAN dan koncu-koncunya itu. Do we really have penulis bermukjizat yang berperang melawan BIJAN jahat dengan akal minda jernih dan  tajam mata pena sampai BIJAN kalahhhh? If we have, the person is not me. I wrote to improve mental health conditionlah. Wrote as terapi minda can become mukjizat ka? Tulisan orang terapi nak kau guna untuk lawan BIJAN yang hebat tu?

Lagi pun saya bukan blogger profesional,pun,kan? Yang mana sumber pendapatan saya hanya dari memblog, mencacai mana-mana politikus tertentu, atau parti politik tertentu. Kalau begini memanglah kita boleh sekejap ke sana sekejap ke sini, mana tempat bagi kita pulangan yang lebih. Atau kalau kita ni baik sangat, bila kita rasa yang ini dah tak de benda baik mau kita cacai, hai dulu kan dah dapat duit berkepul-kepul, masuk ASB, duit devidend pun tak habis makan? Tak payahlah cari tuan baru, lepas tu bantai kaw-kaw team yang pernah bagi kau duit berkepuk tu. Baik duduk ajelah kampung jual nasi lemak, ka buat sikit-sikit bisness kerepek-kerepek, asal orang tak kata kita ni pemalas pun ok.

Itu blogger berbayar. Ini blogger penulis mencari ketenangan minda. Kalau team yang kita sokong dulu dah macam habis modal mau disokong, kalau disokong juga ada yang jadi bak orang kata "sokong bawa rebah",  lagi, baik cari cerita lain untuk ditulis, kan. Begitulah cerita dan keputusan saya. Saya ni setia dan tabah hadapi situasi-situasi yang tak menyenangkan. Hidup ini bukan semata-mata nak hidup sebagai winner aje,kan.

Actually life as a looser, pun life juga. Yang penting kita hargai kehidupan kita dan bersyukur bila diberikan kesempatan untuk hidup. Looser dalam topik politik, mungkin winner dalam topik lain, misalnya topik kesihatan mental, ka,kan? However team yang saya sokong belum tunjukkan tanda nak kalah ya. Saya yakin team ini akan diberikan mandat untuk memerintah atau ikut kamus kamu membuat onar dalam masa 5 tahun lagi. Insyaallah.


Thursday, September 28, 2017

POLITIK (KACANG vs BIJAN)

hehehe lama saya tak bercerita pasal politik,kan? Tak ada benda nak cerita menarik nak dibincangkan pun,kan. Macam kita dah tau outcome, UMNo kalau tinggal nyawa-nyawa ikan, PAS akan selamat kan dia. Jadi apalah nak dikisahkan, dan cerita nya akan jadi sama. Orang kaya jadi-jadian yang kalau mengurus, overhead cost nya sangat berat, syarikat, organisasi jadi lembab, pembaziran, pemborosan, bla-bla itulah cerita yang akan kita baca dalam laporan Audit Negara,kan? but offcourse can we charge this as fraud? No we can't as it only fall under mismanagementlah aje tu. Where GOT fraud, kau memang, pandai-pandai buat cerita FITNA,iya?

Tapi kawan tak setuju dengan saya, dia rasa pulak, Uostad-oustajah politik Negara, derang bukan kisah, UMNo ka hapa ka, derang akan pilih dedak sapa paling seDAP. hah. ntah setau saya busuk-busuk orang Melayu, kami takkan sokong yang seberang sana tu. Tapi ntahlah kawan lebih banyak bercampur gaul ni, dialah lebih tahu dari saya. Jadi saya setujulah dengan kawan saya.

Saya tengok macam inilah pula, kalau kita ambil percaya pada Uostad ketagih dedak seDAP ni. Sekarang ini perang sebenarnya antara BIJAN dan mNut (KACANGm or Kacang). Dedak BIJAN ka atau dedak KACang yang akan dipilih kalau nanti keputusan PRU akan datang menghasilkan satu keadaan, tak ada mana-mana parti politik pun yang boleh bentuk kerajaan. Dalam erti kata lain BN gagal dapat simple Majority. Tapi saya rasa BN still can count on their kengkawan dari Sabah dan Sarawak. Don't worrylah kita takkan dapat tengoklah pertandingan dedak terseDAP ni.

ok sekarang ni kita analisa duit sapalah lebih banyak duit KACANG ka, duit BIJAN? Saya rasa duit KACANG lagi banyak, sebab ia KACANG seDAP, BIJAN? dia mengharap like I said, sokongan tak berbelah bagi dari kawan-kawannya yang lagi dua tu dalam Malaysia ini. Memang kalau nak ikut BIJAN banyak tak adil dengan kawan-kawan dia tu. Tapi kawan-kawan dia bodoh? tak lah bodoh, saya rasa KACANG seDAP lebih mengerikan dari BIJAN. Saya sendiri pun rasa begitu. Sebab BIJAN tak sedap dan orang kata minyak BIJAN atau BIJAN baik untuk kesihatan. Tapi KACANG seDAP memang sedap, tapi amiklah kau nanti jumpa doktor ada yang dia bagi kau lagi sebebab ubat-ubatan untuk kau telan. aiiiaiia aiiaiiii....itu saya punya kegilaan why i lagi takutkan KACANG seDAPlahkan. Kau orang? Manalah saya tau. Ikutlah suka hati kamu? Kenapa nak ikut orang lain?

Sebab tak kisahla KACANG seDAP ka, BIJAN ka yang menang, saya tetap macam ini juga. Tak ada berubahnya kalau dulu BIJAN, sekarang KACANG seDAP. Saya bukan macai BIJAN pun. Gaji saya bukan BIJAN yang bayar, tapi kerajaan Malaysia yang bayar.

Dan sebagai pesakit mental pulak, walau Team KACANG seDAP sangat menyantuni orang-orang mental ni, dan BIJAN ada very bad history dengan orang mental, gossip, fitna kata, bini tua BIJAN sakit gila meroyan, BIJAN cari bini lain, I am still gonna consume BIJAN instead of KACANG seDAP, sebab kalau kau makan KACANG seDAP banyak-banyak, yang berlemak-lemak masin tu, walau ada ubat mental paling baik di pasaran,pun dengan kau dahlah mental, ko kena pulak ambil ubat lain sebab darah tinggi, kolestorol sebab makan banyak masin, banyak lemak. Kalau kau ambil BIJAN, kemungkinan kesihatan kau lagi baik. Jadi tak payahlah telan ubat banyak-banyak jenis.

Bukannya apa, menelan ubat pelbagai jenis, ni kalau tak disiplin kau terlupa, bila terlupa kau akan jadi tambah stress, melainkan kau makan aje BIJAN, senang. Esok lusa saya akan kongsikan resipi BIJAN ringkas yang saya pelajari lama dulu dari office mate saya masa bekerja di Arthur Andersen yang dah bangkrap tu.

Tuesday, September 26, 2017

Gamble

Saya selalu merasakan saya ini seorang yang risk adverse. Saya akan menjauhi risiko, tapi ntah mengapa tah over the last 10 years saya sudah ambil risiko yang amat besar. Saya ambil cuti belajar separuh gaji. Saya terima jawatan yang baru sedangkan saya sudah ada jawatan yang selesa dan mengembirakan hati.

Saya juga terus sambung belajar lagi hingga kini. Ini semua membahayakan kesihatan mental sahaja,kan. Orang sihat orang normal pun ramai belajar setakat biasa-biasa aje. Yang engkau tu yang berpenyakit sibuk nak belajar tinggi-tinggi tu apa kejadahnya,kan. Ntahlah saya buat saja. Kalau saya tak belajar nanti ada masa terluang terlalu banyaklah pula.

Belajar tu oklah, ini yang sibuk sangat nak GOT juga ini, dah kenapa? hehehe... ntahlah saya ni ikut-ikut kawan. Kawan saya amik 4 subjek saya pun amik juga. Saya takut kena tinggal. Sebab tu aje saya gamble begitu sekali. Hurmm macam itulah.

Begitulah dia kuatnya pengaruh kawan-kawan. Lepas tu serah ajelah ya sama Tuhan. Aduuhhh... sibuk saya watsap sana sini mohon kengkawan doa agar saya GOT. Lorat,kan? Biasalah tu bila orang penakut, orang risk adverse memang macam itu. Boleh dia rasa burn-out lagi bearable dari risk tertinggal kawan.

sebabnya saya rasa saya sudah familiar dengan risiko burn-out; tapi nak mula lagi sekali, nak cari kawan baru, nak cerita A-Z kenapa dah tua-tua baru terhegeh-hegeh nak belajar balik, aish, malaslah. Cukup dua-tiga kerat inilah,  kawan yang saya kena cerita semua sekali, pasal perjalanan-jauh-saya-pulang semula bergulat dengan kuliah dan buku-buku sekolah.

Wednesday, September 20, 2017

Anger; Jealousy

It is all about emotion, anger, jealousy. How about greed? I don't know, both of my friends are very kind and generous. Greed never seems to be in their vocabulary. Ok let named my friend Rita and Rina. Rina is the friend from my collage day and Rita is the current one, which currently my course mate in the university.

Rina told me she got problem with jealousy, while Rita said it is very hard to control her anger at times. Because of this Rita got problem with her career growth. Rina? When the time I met her she's done with this jealous jealous problem, because in my collage she is the best student. She is kind, she professional, her article even come out in the News Straits Times. Owh by the way, she also one of our best debater in collage debate team. Pendek kata she's awesome. Tapi masa dia kat sekolah dia dulu, banyaklah agaknya dia kena cemburu sana, cemburu sini, sekolahnya ramai murid hebat-hebat. Ada model iklan TV, ada ahli sukan wakil negara; resident artis RTM, hah punyalah hebat budak-budak sekolah dia, hurrmmm bila masuk kolej tempat kami belajar? ala, budak-budak yang dah suam-suam kuku jak kami ni, yang hebat dah ke mana tah. Jadi Rinalah yang paling hebat antara kami si suam-suam kuku ini.

. Bila bersama kami, emosi Rina sudah jauh matang dari saya. Bayangkanlah tulisannya sudah masuk Surat Khabar, saya? Tulis pun tunggang-langgang. Dia yang banyak galakkan saya membaca karya bahasa Ingggeris. Dialah yang memperkenalkan saya dengan Stephen Covey; dia juga kenalkan saya dengan Steinbeck; Mark Twain, tapi saya tak berapa sangat suka karya kreatif saya cuma jatuh cinta dengan buku "7 habbit of the most effective people" dan sukalah, bolehla juga dengan " the grape of Wrath" . Tapi terpaksa simpan dah baca ulang-ulang "the moking Bird Hill oleh Harper Lee sebab Rina kata this is the must read book! So Tarbiah sekular saya bermula di kolej, tika umur saya 19 tahun.

Saya jatuh cinta dengan idea "seek to understand" dalam Covey's  7 habits sebab masa tu itu  dan sampailah sekarang,pun saya ada masalah marah-marah. Jadi Rina adalah guru tak marah saya hehheeeeheee. buku 7 habbit tu panduan untuk kurangkan rasa marah. Saya juga belajar banyak benda dengan Rina dalam pengurusan emosi dan marah. Naqib; Naqibah ada juga beri ayat-ayat tahan marah, tapi saya rasa seek to understand punya kesan lagi long lasting. Once you dah faham you don't get mad that much. You do get angry; tapi taklah teruk sangat.

Being the one and only kid never let me feel the feeling of jealousy, until I guess I like Rina a lot and she start having a boyfriend. I guess to la mulanya kami renggang dan akhirnya putus begitu sahaja. I love her a lot and I feel the guy is not for her. Saya tak pastilah sama ada saya jealous atau marah sebab dia tak nak dengar saranan saya agar cari boyfriend yang sepadan, tak tahulah saya, agaknya bercampur-campur antara cemburu dan marahlah agaknya tu. Lalu kecewa sebab dia tak moh dengar nasihat saya.  Rina is very stubborn. Setelah bertahun bercinta akhirnya Rina kawen juga dengan jejaka yang sepadan, se IQ dengannya yang berbangsa Eropah. Warga Great Britain. Saya rasa dia malu nak jumpa saya sebab pasti lah saya akan menemplak dia dengan statement "see, I told u so, apa dah jadi dengan cinta setengah mati kamu?"

Tak kisahla apa puncanya, yang penting punca sebenar saya dah hilangkan alamat dia. Dia tinggal di PJ jerrr, parents dia lah. Saya boleh saja datang ke sana dan minta alamat terbarunya, tapi saya sudah hilangkan alamatnya. Jadi, bagaimana? Last saya bercakap dalam telefon, dia di Terengganu, tak pasti bersama Shell atau Harlliburton ka gitu? Saya telefon PJ, ayahnya angkat dan berikan nombor di Terengganu itu. Lepas itu dia tidak lagi berada di Terengganu, nombor telefonnya keluarganya di PJ pun saya sudah hilangkan, bagaimanalah saya mau berhubung dengannya lagi? Begitulah bagaimana persahabatan kami berakhir. Saya pun sudah berpindah ke Melaka. Jika dia cuba tulis surat ke alamat kampung seperti yang selalu, dia buat, pun tiada guna kerana saya sudah tidak tinggal di situ lagi.

Ok jom cerita pasal pengalaman mistik Rina... apa dia ceritakan pada saya, apa kesukaran dia. Nak cerita sekarang ka? besokla ya... or minggu hadapan, saya ada kerja nak buat ini.


Tuesday, September 19, 2017

Indigo

(Sambung dari cerita semalam)

Saya rasa dia indigo kut, tak mungkin crystal; sebab orang kata Crystal ada ciri healing, and she don't have it. And she is my friend. Best tak ada kawan macam gitu? hah rasa macam dalam filem X-Men, kan hihihi...

What is Crystal and What is Indigo? Ntahlah saya pun tak tau, tapi ikut faham saya those yang ada connection dengan dunia/alam yang lagi satu dek kerana perjanjian nenek-moyang mereka. Saya tak pernah jumpa Crystal lagi, tapi Indigo so far dua kali saya pernah berkawan.

I lost my first Indigo friend macam gitu aje, I asked here and there, tak de orang nak layan pun. No body knows dia di mana. I used to keep her address, tapi itulah saya ini,kan selalu sahaja tak bagus dalam menyimpan "harta-karun" and lost my most valueble harta karun macam gitu. Padan muka mak.

Tapi Allah knows I been missing my friend and at last Allah bagi juga saya the kawan yang sewaktu dengannya pada masa yang tepat, dimana kini saya lebih matang dan bersedia. I am so happy. Untuk menggandakan kegembiraan saya, we have lecturer who hobby is doing profiling and analyse her student. She did that to help her student. But many of student says she is psycho behind her back. Tak kisahlah apa orang nak kata, sebab sekarang I have my weird company and I don't feel all alone anymore....

My definition of Indigo bukanlah macam situs yang kamu baca dalam blog land, yang sama untuk meninggi-ninggikan darjat atau merendahkan darjat manusia Indigo ini. Senang kata Indigo ini adalah manusia yang ada saka, ada saka mau mendampingi mereka,  kena kacau saka, dari nenek moyang mereka. Dan mereka ini mempunyai IQ yang tinggi. Mereka tahu Agama langit melarang sebarang hubungan dari dunia yang lagi satu, dunia ghaib, jin dan bunian, tapi Saka ini mengajak mereka berkomunikasi.

Mereka sebolehnya mau jadi penganut agama langit yang baik, tapi disebabkan gangguan ini, atau kerenah mereka sendirilahkan, menjadikan mereka bukanlah jenis penganut agama langit yang baik. Kawan baik saya yang dulu macam lelaki, kawan baik saya yang sekarang pula mengadu, sukar mengawal emosi.

Kawan baik saya yang dulu sangat "posh" di mata saya. Dia cool, dia sangat profesional dan jarang emosi. Dia idola saya. Dari dia saya belajar banyak benda pasal pengurusan emosi. Saya mula meminati tulisan-tulisan motivasi dari barat, dan juga kesusasteraan barat. Sebagai anak kampung yang rasa serba inferior bila berada di tengah bandar, saya sangat senang terpengaruh dengan kawan tadi.

But off course pesona seperti ini tidak disenangi oleh para Naqib dan Naqibah. Sebolehnya mereka mau tunjuk kawan saya ini jalan yang benar. Tapi mereka tidak pernah langsung cuba mendekati dia. Saya pula dijadikan saranan agar bawa kawan saya pulang. Saya malas nak layan, saya pun tinggalkan Naqib dan Naqibah untuk sama menganuti fahaman baharu saya dalam mendepani hidup baru yang pada saya penuh kecelaruan dan kebingunggungan.

Saya tidak pula tahu di mana silapnya sampai kami putus hubungan begitu sahaja. Silap saya kah, atau ntahlah. Bertahun saya merindui dia. dan masih merinduinya hingga kini. argh saya tidak dapat meneruskan tulisan ini kerana saya begitu sebak untuk mengenang kisah-kisah silam....



Monday, September 18, 2017

Stalker

Biasala bila masa kita dah sihat sikit ni, dah stabil sikit, ramai pula yang tanya pasal kawen, dulu masa aku muda-muda tak de plak nak tanya.

So saya pun cakap semua boyfriend lari sebab saya macam polis. Kengkawan pun ntah, tak ada pula komplen. Ia sama ada saya terlebih kritikal sama boyfriend, atau boyfriend tersebut terlalu cepat sentap, tak tahulah,kan. biasalah kalau kita ada hati sama seseorang, sikit cakap pun nak sentap,kan? Kita jua overly critical dengan mereka sebab kita nak dia jadi yang terbaik sampai kita overly memerhati, scrutinizing he or she to the point derang naik lemas dan rimas lalu anggkat kaki tinggalkan kita.  Kalau tak ada hati, kau cakaplah apa pun, ada aku kisah?  Hati kering vs hati taman/tisu, bila dah bertaman, dia menakung air, itu yang lembab kena bertisu-tisu, tuh, hah! Gaytuh....

Macam sunyilah kita ni jadinya, takut nak kawan lebih-lebih. Jika terlebih dikomplen macam polis. Takut kawan rimaslah pula,kan. Mak saya pun risau dengan saya, dan cakap "udah-udahlah kau tu dok analisa orang tak renti-renti, ada yang sakit juga ni karang, ni!" Yang macam polis tu apa ek? inila cerita dulu dok suka sangat baca novel Hardy Boys dan Nancy Drew, gitu-gitulah. Analisa psiko kata orang sekolah tinggi-tinggi ni. Jadi susahlah hati saya, skit ada rasa tak seronok. Tapi saya fikir balik, kelebihan yang tuhan beri ini mesti ada tujuannya. Kalau dah macam polis, baiklah kita jadi polis aje. Tak boleh jadi polis, jadi auditor pun oklah,kan. I got a license to analyse.

So tetonggeng-tonggenglah makcik ya, mengaji balik, nak upgrade jadi penyiasat ni, hah sampailah makcik study forensik kewangan sekarang ini. Bila dah mengaji ni nyasiat-nyiasat dah tak ada isu dah, memang orang suruh siasat. Jadi seronoklah kita ini. Idaklah kita bimbang kita kena dakwa pulak sebab mengintip, stalk, invade privacy orang.

Bila dah belajar-belajar ni, dah kerja penolong auditor ni, berjumpalah saya dengan kengkawan yang macam saya juga. Bahkan lagi teruk hehehe... so kita pun kawan,lah. Sekarang saya sudah tidak sesunyi dan tidak rasa sebersalah dulu lagi. Saya sudah ada kawan-kawan. Nanti saya cerita pasal kawan-kawan saya, ya...

ok berbalik pasal cerita asal tadi. Tak de kawan lelaki ka? tak mohlah, mengerikan. Kalau mereka sudah rimas dan rasa saya memoliskan mereka, mereka jadi sangat jahat macam monster hijau yang nak gigit-gigit saya sampai lumat.

(cerita ini hanya rekaan semata-mata, tidak kena mengene dengan yang hidup atau mati)


Monday, September 11, 2017

DIA....

Dia marah kerna tiada siapa yang mahu mendengar
katanya
keluh-kesahnya
kebimbangannya

Saya bukan tak dengar,
saya bukan tak turut bimbang
tapi saya rasa saya redha; sebenarnya malas
iya, malas, tak kuasa kerna sudah terlalu selesa

jadi saya biarkan dia
tapi otak ini kerap mengenangkan
tentang dia
kata-katanya
amarahnya
keluh-kesanya
kebimbangannya

kerna semua yang dia muntahkan
bukan sebarang bimbang;
tapi bimbang yang terlalu sulit untuk dirungkai
 oleh hati dan jiwa kosong

Wednesday, September 6, 2017

Cerita Orang Pandai...

Saya ini memanglah dulu masa sekolah termasuk dalam golongan orang pandai. Tapi bila dah sakit mental, saya terpisah dari orang-orang pandai ini. Saya duduk dengan orang-orang tua. Orang tua ni pembawakan mereka lain sikit, slow. Tak macam orang muda yang pandai. Macam seolah mereka ni pasimistik. Saya bercakap ini dalam membikin perubahanlah. Berubah kepada keadaan yang lebih baik.

Bila saya sudah agak sihat sedikit, saya bersama-sama budak-budak muda pandai yang bergelora mau bawa perubahan. Saya pula dah jadi orang tua yang pasimistik. Pernah saya diserang-serang manja oleh orang muda manja sebagai begini "akak menggunakan kepandaian/kecerdikan akak untuk membela thaghut, akak akan dipersoalkan di akhirat nanti, tunggulah" ugut dia. Saya tau dia manja-manja aje tu. Dia pun faham, saya tidak berapa sihat,untuk sama-sama terlibatkan dengan revolusi ka, KUDETAka, hapa-hapalah,kan?

Satu hari lain dia sendiri mengaku begini " betullah kakak,kan, kadang kita rasa kita ini sudah bagus sangat, tak pada hal kita ini picis/bilis sahaja. Kita berada dalam kepompong kita, dan kita tak tahu, dunia ini maha luas, tak mungkin ditakluki dengan kobar idealisme---kata kalam retorik berapi-api aja,kan?"

Hurmm, tahu tak apa! Kau ingat kau sapa? Faisal Tehrani? Orhan Pamuk? hehehe....

Satu orang budak muda penuh kobar idealisma baik sudah jadi "pondan/mandul" macam saya juga? hurrm hurmm hurmm hurmm...

Lepas itu satu orang budak muda dan seorang perempuan tua aka manusia-manusia pondan-madul-gagal-berfungsi-sebagai-manusia pun mereput sambil menggossip-gossip, stalking FB group budak muda pandai di petang yang tenang.

Perempuan
Kau tengoklah tu, orang muda kawan-kawan kau tu. Sibuk nak pandaikan orangkan orang, hutang tak sampai suku juta, pun dah riuh satu FB, as if semua orang berkonspirasi nak menjahamankan usaha-murni dia.

Budak muda tunduk je, hah nak mengumpul hujah nak menerakakan perempuan pasimistikla, tu.

Budak muda
Baiklah kakak saya akan cuba sesuaikan diri di sini, walau pada masa hadapanya nanti, bernanah telinga saya ini menahan gelaran Professor kangkung

Perempuan
Hah pandaipun kau. Nak mengajar orang jadi pandai di Sekolah, di Universiti, bukan dalam BAS TAK SEKOLAH macam derang nih!

Harap maklum cerita ini hanyalah rekaan khayalan semata-mata; tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau mati

Monday, August 28, 2017

Musuh Iluminati

Cerita ini hanyalah rekaan dan khayalan semata, tak ada kena-mengene dengan hidup atau mati.

Mereka kata, eh mereka tak kata, saya yang kata berdasarkan perangai mereka... hah saya kata mereka perasan mereka pembela Islam. Pejuang agama, bala tentera tuhan. Kalau dah askar, bala tentera, siapa pulalah musuh tuhan? Ntah banyaklah setan, iblis, jin, antu saka, antu raya yang mistikal, hinggalah Didi & Friends pun ada yang anggap musuh.

Musuh terbesar ialah Freemason Illuminati. Itu yang mereka selalu ulang-ulang. Agenda Yahudi nak sesatkan kita. Dah Yahudi Israel tu duduk jauh beribu-ribu batu sana, sini kulit sawo matang, hidung kemek-kemek, tak mancung, macam mana pulak Yahudi datang kacau? Logikla sini tak ada Yahudi, macam mana kita boleh terancam pula,kan?

Hah! ini ada cerita menarik ni. Katanyalah Yahudi pasang ajen. Ramai pemimpin besar kita ejen Yahudi... uina... takutnya kita,kan. Muka penyek-penyek, ada yang hitam, tapi hati illuminate. Satu yang paling wow sirahnya ialah Menteri Muda. Katanya Menteri ini menaruh dendam yang dalam sampai dia mau tuntut bela dengan meghancurkan kita semua. Bapanya seorang diplomat bunuh diri sebab ntah dijadikan kambing hitam dalam skandal di tempat kerja. Dia sumpah mau Perdana Menteri sebelum usianya 40 tahun, lepas tu bila kuasa sudah berada di tangan dia, hah "selamat"lah kau semua sebangsa yang telah buat onar dulu.

Dia cega mana anak menteri yang bakal jadi perdana menteri. Masa tu Menteri Kunyit dilihat ramai, bakal jadi PM. Dia pun bercinta dengan anak Sulung Kunyit. Tetiba aktiviti Kunyit dikesan dan Menteri terpaksa merengkok dalam penjara. Dia tinggalkan kekasihnya, dia beralih kepada Menteri lain yang ada peluang jadi PM. Menteri itu saya namakan Menteri anak Tok Lebai. Jadi dia pun pasang stratergi untuk mengoda Cucu Tok Lebai.

Dia perati jalan yaang diambil Cucu untuk sampai ke tempat kerja. Cucu ke tempat kerja dengan memandu kereta sendirian. Tak ada pemandu pun hantar dia pergi kerja. Satu hari dia ekor, dan buat-buat terlanggar belakang kereta Cucu. Mereka pun berkenalan dan dari kes langgar buntut kereta, terus menuju ke gerbang perkahwinan. Bermula dari situ Menteri Muda pun naik tocang, sehingga kenaikan tocangnya membuat Anak Tok Lebai tersingkir dari Istana Putra yang megah itu. Malaplah cerita dia...

Ingat dah mati terus, bila Pak Mentuanya tersingkir. Tidak dia bukan calang-calang orang. Dia lulusan Oxford, IQnya tinggi, dia tetap bersinar juga. Macam-macamlah dia buat untuk dapat perhatian ramai, dari jadi Bangla kutip sampah sampailah pura-pura Juara Main Sukan-Sukan Raja, iaitu POLO dan Bola Sepak, sampai menjadikan sakit hati golongan bangsawan. (ie repeatedly memprovoke Istana), sampai jadi viral cerita-cerita perang-kritik pihak Istana dan dia. Ada aje cerita dia, yang kita nampak macam Istana BULI dia. Dia licik, sampai dia boleh buat yang hari ini dia sangat budiman dan ramai mula menamakan dia  sebagai HERO yang bakal menyelamatkan nasib marhaen yang tengah nazak nyawa-nyawa ikan diserang musuh durjana.

Itulah agaknya kata musuh Iluminati kalau kami kupi-kupi bersama... Kalau kupi-kupi. Saya sebenarnya berkurun terpisah dari Majlis mereka. Cerita-cerita seram Iluminati tidak baik untuk kesihatan minda saya. Saya sibuk membina semula minda saya dengan program-program pemulihan yang dirancang oleh pihak hospital kerajaan. Mak saya sudah semakin tua, dia tidak larat menjaga saya dengan kaedah perubatan tradisi dan alami. Tak kisahlah malu punya anak gila, pun, tak kisahlah stigma menyelubungi pasal pesakit mental, tak kisahlah apa orang nak kata, janji anaknya belum lagi dilaporkan mengamuk dan bunuh orang.


Sunday, August 27, 2017

Great Mind thinks alike?

hehhehee, biar gambar berbicara??? Jom tengok gambar ek. sambungan cerita minggu lepas, ni sebenarnya.




Raja-raja ini macam inila maunya mereka ni. Apa lah nak gaduh-gaduh,kan. Iya,kan aje cakap mereka.

Cuma anak raja yang saya bergaduh tu tak tidak semurah hati Kerabat dari Johor ini. atau mungkin barangan rebutan tu buat derk, if hari tu ada perkahwinan, harus juga tu saya dijemput dan diraikan di Istana hehehe.

What to do tak de rezeki nak jadi jemputan orang bangsawan. hehehe...

Thursday, August 24, 2017

99 Pesan Guru Part 2

Macam yang saya tulis sebelum ini, pasal mengumpat selebriti, itu,kan. Ahli politik, anak Sultan pun bolehlah kata selebriti. Asal viral, semua orang kenal selebritilah tu hehehe, kalau mereka buat hal yang mengudang gossip bolehlah kita nak ngumpat mereka. Lagi pun orang macam ini "hidup" atas publisiti. Lagi banyak orang cakap pasal mereka, lagi bagus.

Ini pasal ahli politik dengan anak Sultan yang bergaduh ntah apa-apa tah. Ingat baru ini depa bergaduh, rupa dah lama anak Sultan ni asyik cari pasal dengan ahli politik ini. Saya perati, kalau saya ahli politik pun saya cuba sedaya upaya saya untuk jadi perhatian umum. Dan saya rasa apa yang dibikin oleh ahli politik yang satu ini, tidaklah salah,pun. Dia cuba menonjolkan dirinya sahaja. Tapi anak Sultan ini pula tidak senang dengan beliau.

Ada macam-macam tuduhanlah, kunun drama, taklah pandai main sangat, tapi pura-pura berlakon eh malaslah nak tulis balik apa dakwaan anak Sultan ini tadi. Nak tau bacalah ceritanya di sini. Saya tak kisahlah apa orang nak bikin,kan. Tapi satu je saya nak komen, dalam banyak-banyak sukan kenapa pilih sukan-sukan derang. Boleh apa amik renang,ka, diving,ka. Kalau diving mesti mereka tak akan kacau punyalah.

I see diving satu aktiviti yang tak akan mendatangkan rasa terancam anak Sultan dan dapat beri banyak manafaat pada dunia. Melalui aktiviti diving atau menyelam ini, penyelam boleh aktif dalam pelbagai aktiviti konsevasi yang boleh menyumbang pada kesejahteraan dunia. Menyelam rapat dengan coral dan coral penting untuk memastikan sumber makanan dunia terjamin.

Main polo apa dapat? Dapat anak dara kepecahan ovari, adalah. Yang derang kerasukan, pun dengan anak Raja, bukan dengan anak Marhaen yang kunun-kunun didramakan sebagai setanding pandai bermain kuda macam anak raja.

Sukahati dialahkan, kalau dah suka berkuda, takkan ko nak paksa untuk suka mem"batu-karang", dan meng"ikan"lah pula.

Biarlah, kita cuma suka nak tengok sampai mana orang berdua ni nak bergaduh. Yang saya nampak anak Sultan Johor ini macam nak mengelemerkan diri dengan membantai orang lain. Dia kering modal untuk mengelemerkan dirinya dengan sukan POLOnya, dia bantai sana, bantai sini. Masuk bola, bantai orang bola, masuk POLO, ini pula ceritanya. Pesona macam ini sangat annoying, to me,lah. You don't have to agree with me.

Who is gonna win?

As, a marhaen myself, I wish Ahli Politik menang.... Monarki akan berakhir jua, dan dalam saat pengakhiran ini kian menjelma, Allah tarik ilham, dan beri paranoid, semua sedang berkonspirasi untuk " MENJATUHKAN SAYA"

But I also wish yang sistem ini berakhir/aging gracefully because I see how the Royal From Negeri Johor ini, try their level best untuk seboleh mungkin memarhaenkan diri mereka, tapi tiap sesuatu itu ada kesudahannya. We hoped that it end gracefully tanpa sebarang cabar-mencabar dan pergaduhan besar yang bisa membabitkan kita rakyat yang tak tahu apa-apa ini, turut terbabit sama.

...****

Napa? Macam anti Raja/ Monarki jer... dulu kalah berebut Jantan dengan Puteri Raja ya? Iyalah, tu, betullah tu. Tak kuasa saya nak berebut dan melayan sesetengah bangsawan yang paranoid  ada konspirasi untuk menjatuhkan mereka. Sampai nak berlaki,pun ada konspirasi jahat nak rebut laki baginda. But I don't held any grudges against themlah. What for? Buat merosak hati sendiri aje.

Lagi pula kerajaan kemegahan keluarga Baginda pun dah lama tinggal sejarah. Ntah macam mana tah si Tuan Puteri ni dapat mimpi kalau berkahwen dengan jejaka rebutan kerajaannya boleh dipulihkan semula. Itu yang jadi berebut-rebut, tu, sampai titisan darah terakhir tu. Yeah memang kita kesianlah. Boleh kesian gitu-gitu ajelah,kan.

I wonder if KJ will stop playing POLO. Kalau saya, saya cari je benda lain yang orang-orang istana ni tak buat. Contoh, cuci Jamban ka? cuci berak binatang kat Zoo ka?  itu kompem derang takkan bikin hehehehe.

Sunday, August 20, 2017

99 Pesan Guru

Orang kata mengumpat itu tak baik, tapi kita mengumpat juga. Bila dua orang IQ Ahmad Maslan bercakap pasal orang lain kami kata "we seek to understand",  manalah tahu kefahaman kami tadi akan menjadi sesuatu yang boleh ubah dunia untuk jadi lebih baik.

Apalah yang kami umpatkan? Apalah lagi kalau tak masalah seksual. Kawan saya heran macam mana orang macam saya boleh berpuasa sepanjang hidup. Saya rasa bualan kami ialah untuk dia mengorek-korek rahasia berpuasa, saya.

Kalau saya kata rahasianya surah AnNur ayat 30, 31 rasa macam tak logik. Bagaimana kita nak halang dari memandang. Akhirnya saya bilang begini:-

Apa kata saya herot-perotkan hierarki Maslow dengan meletakkan seks sama ada di tengah atau di atas sekali. Jadi buat masa ini saya sedang struggle untuk mencari makan, membina "rumah" mencari keselamatan diri dan juga untuk rumah kediaman saya. Kalu seks jadi keperluan sama macam keperluan memakan nasi, tentulah kalau tak makan saya mati, kalau tak bersenggama saya mati, juga,kan.

Bila saya dah cukup makan, rumah ada, sekuriti pun ada, saya mencari pula keselamatan psikologi. Disebabkan mutahir ini banyak pula cerita yang saya nampak orang jadi mereng pasal pasangan mereka, jadi macam mana ini? Macam mana saya nak selamat psikologi dari diancam oleh teman tidur saya?

Susah-susah, saya terima sahaja celibacy sebagai mana saya menerima gay dan lesbian seadanya. Saya tahu aliran ini akan mendatangkan kemarahan Nabi yang sukakan ummatnya yang ramai. Tapi saya tahu Nabi bukanlah seorang yang pemarah. Baginda pasti faham.

owh by the way, sapakah yang kami umpat-umpatkan itu? Sapa lagi, selebriti ustaz terkenal tanah air leeerrr yang kecoh berbini-seksi-tapi tak diusiknya. Guru saya kata, selebriti dah jual emansipasi dirinya pada masyarakat, jadi tak ada masalah nak memperkatakan orang yang dah memperdagangkan cerita hal peribadi dia sampai hal-hal dalam kayen untuk hidangan khalayak umum, itu.


Nota:-

Cerita ini hanya rekaan semata-mata tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Thursday, August 3, 2017

PEREMPUAN TAK CANTIK (sambung)

**** sambung sikit dari cerita semalam****

Tapi janganlah simpati sangat dengan saya yang tak cantik ini. Saya pun dulu jahat juga. Dulu,lah. Sekarang dah baik dah. Wah the moment you rasa u baik, masa itulah sebenarnya u sedang menjahat? hehehe...

I not saying that I am an angle, maksud saya dulu tu, kalau sesetengah perempuan cantik (tak semua perempuan cantik begitu, bahkan perempuan cantik yang jahat tu dalam sorang dua aje, orang kata tak sampai 5%lah cantik, busuk hati,kan) anti, ada cita-cita besar mencantikkan semua orang dengan men"selamat-meninggal"kan orang tak cantik, saya pula kalau tak berkonspirasi, pun, saya ada rasa "hai selamat-meninggal boleh tak" pada orang-orang yang IQ suam-suam kuku jer...

Dulu, cerita masa sekolah Sains dulu. Ada sorang mamat anak Duta ni, hai dia dapat masuk sekolah pun sebab anak Duta, pasal dialah nanti, batch kami diramal tak akan dapat semua pangkat 1 dalam SPM. I'm not surelah sama ada kami 100% pangkat satu atau tidak. Tak pasti. Yang pasti, benih-benih hatered tertanam? ditanam? disemai/tersemai? di lubuk-sanubari ini. Saya benci budak itu just because dia anak Duta, masuk sekolah tak ikut procedur biasa.

Sampaikan ustaz ustazah buat test IQ dan ternyata budak itu IQnya sangat tinggi. Tinggi boleh jadi doktorlah. Dia tak menyerlah dalam akedemik bukan kerna IQnya, tapi kerna bahasa. Bahasa Inggeris pun dia lemau, sebab bapanya DUta di Poland sana. Jadi dia hanya tahu bahasa Poland. Bahasa Melayunya memang hancur. Kalau dah hancur, macam manalah dia nak faham apa yang diajar dalam bahasa ibunda kita,kan? Owh budah tu lelaki. Memang bila tengok aje muka budak tu, saya mesti cakap dalam hati "Ko pigi meninggal, bule tak?"

Macam itulah perasaan saya...

Sampai saya di PPP/ITM pun ada budak macam itu. Anak saudagar besar. Pun bila berpapasan rasa nak ucap-ucap selamat meninggal aje kat dia.

Then I've learn my lesson, Allah bagi sakit, saya kerja biasa-biasa, dengan orang IQ biasa-bias. Baru saya sedar IQ macam kami ni 20%, jer. Kalau nak berlagak nak ucap-ucap selamat-selamat meninggal itu kau sudah gila,ka apa? Memang padan muka sayalah, memang itulah sebabnya, Allah bagi saya struggle dengan masalah mental sebagai pengajaran direct dari langit. Tujuannya, agar jangan mengucap-ucap selamat meninggal pada sesiapa,pun.

Macam itulah saya pada satu ketika dulu. Bila saya sudah tidak ada rasa nak mengucap-ucap selamat meninggal bukanlah saya lebih angel dari kamu. Tidak, tidak begitu. Kita ini manusia, tak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Buat omputeh kata,pun, "To Err is human." Dan ingat, the moment kita rasa kita baik, that's the time sebenarnya kita sedang meng"evil"

Wednesday, August 2, 2017

PEREMPUAN TAK CANTIK

Masa muda-muda dulu sedih juga sebab tak cantik dan tak ada kawan lelaki yang nak jadikan saya girlfriend, tapi bila cukup masa ada juga rupanya kawan lelaki yang datang mengendeng, walau pun tak hensem dan muka macam pecah rumah aje. Mula-mula tak nak layan, iyalah kita ni walau tak cantik nak juga yang hensem ala-ala retis gitu. Tapi Mak Ngah saya menasihati saya agar jangan memilih. Saya ingat apa dia kata "kalau kau tak pegang dari sekarang, dah habis belajar besok susah kau nak cari yang sepadan dengan kau. Apa kau nak pandang rupa sangat, kawan kau tu besok, busuk-busuk masuk kije gomen, habis kurang pun pegawai juga" syarahnya lebih panjang lebar.

Tapi orang kata dah tak ade jodoh. Punyalah berkobar naik cuti, kunun nak terima pelawaan dia tengok wayang, tapi saya tak tau ape jadi, saya buka-buka mata-sedar-sedar, saya telah berada dalam wad mental aje. Selepas-selepas itu penuh dengan episod keluar masuk wad, kelinik. Kawan saya? ntah dah berkurun lama, dah beranak-pinak, ntah-ntah, dah nak bercucu agaknya.  Selepas-selepas itu  ada juga kawan lelaki. Saya cakap terus-terang dia kena jaga saya bla bla bla....so in the end, jadi kawan baik ajelah. Dia tak ada masalah jaga saya, alah sekadar teman pergi regular check-up di hospital apalah masalahnya,kan. Tapi mampu ka saya jaga dia?

Kita kawen ini kena saling jaga-menjaga. Selalunya kita asyik fikir yang dia sahaja perlu jaga kita. Kita tak pernah terfikir secara mendalam tanggungjawab dan peranan kita dalam menjaga dia. Perempuan, walau bagaimana tinggi pun keyakinan diri, kalau nak membangga kata "saya mampu menjaga lelaki, sejaga-jaganya", lebih baiklah kau jangan bongkak sangat. Jadi penyudah kisah saya dengan lelaki selepas saya tergedang di wad sakit mental, ialah sekadar kawan-baik saja. Einstein katapun "true love is rare, true friendship is even rarer, khen."

Kira saya dengan lelaki tak ada masalah. Tapi dengan perempuan lain, yang lebih cantik bergaya, memang ada jugalah beberapa insiden tu kecik ati juga sebab disingkir sebab tak cantik. But most of the occasion tersingkir dari grouping perempuan cantik, ada group lain. Saya ingat lagi masa saya mula-mula kerja gomen, bukan tersingkir, tapi orang mengatalah, dahla gemuk, ada ati nak jadi kumpulan sorak sukan. Saya dapat masuk kumpulan tu sebab baik dengan Ketua Kerani, tuduh mereka yang tak puas hati dengan "rezeki" saya. Mereka rasa ada orang cantik lain yang lebih layak dari saya.

Dalam minggu yang sama saya dapat tawaran jadi Pembantu Protokol Sukan SEA. Saya kena berkursus pada tarikh yang sama derang nak pergi menyorak sukan, kalau tak salah saya di Pahanglah gitu.
Saya pun bilang sama kak Nam yang tak puas hati, itu "tak apalah kakak saya tak jadilah pergi Pahang. Bulelah cari pengganti saya"
Dia serba-salah juga dan bilang "ala, aku gurau aje, takkan kau amik hati pula"
Ketua Kerani menyampuk "dia tak boleh pergi sebab dia nak menyorak Sukan SEA"
Terkejut beruk dia. Tapi dia tak boleh mempertikaikan kecantikan saya dalam SEA Games, sebab yang memilihnya ialah orang Jabatan Perdana Menteri yang kami semua tak kenal, sapa pun pemilihnya.

Itulah secebih cerita perempuan tak cantik. Hidup dan urusan banyak dipermudahkan Tuhan, biar saya tak tahu berapa ramai orang sudah saya bikin sakit mata, sakit hati, sampai wish-wish saya meninggal. Orang yang tak tahan dengan kehodohan sesama insan perlu fikir sejenak, kenapa Allah tak jadikan makhluknya semua cantik dengan mata hati yang terbuka dan penuh dengan rasa redha. Saya yang tak cantik ini sudah cuba yang terbaiklah untuk tidak menyakitkan hati mereka. Kesian tengok derang meroyankan kita yang tak cantik ni. Kalau boleh duduk dalam hutan, saya lebih suka duduk dalam hutan sahaja. Tapi nak buat macam mana Allah kata rezeki saya di Putrajaya yang serba metropolis, penuh gaya ini.

Nak buat macam mana juga, saya ada kawan dan perlu bersosial demi kesejahteraan minda saya. Kalau terbegesel bahu dengan korang yang anti-kehodohan, lepas itu, kau nak tulis satu artikel dalam majalah fesyen dengan tajuk "mangsa fesyen" buatlah. Jika itu dapat mengembirakan hatimu, mengembalikan keceriaan hari mu. Buat kata SHiela on 7 pun:-

Caci maki saja diriku
bila itu bisa membuatmu
kembali bersinar dan berpijar
seperti dulu-kala

Ok, Happy nice weekend, senyum riang selalu-selalu, ya.



Sunday, July 30, 2017

Cabaran Pertama

Pergh saya sudah cerita, cabaran memasarkan gabungan tulisan kawan saya dan contengan saya, sebelum-sebelum ini,di sini dan di sini, kan. Tapi ada lagi cabaran yang akan bikin mungkin projek ini tinggal angan-angan sahaja... wah apalah masalah terbesarnya?

Personalitilah, apa lagi? My personality and kawan saya punya personality selain dari personal background. Saya cuba memahami dia sebelum saya boleh melakar apa-apa yang patut. Satu hal yang paling berat, kawan saya ini sudah kawen dan melankolik, penuh dengan kemanusian, sedangkan saya? Hurrmm JOMBLO HAPPY, asal boleh sahaja yang kengkadang stuck in a deep shit because ke asal bolehan, semberono saya.

Bila saya baca catatan dia, penuh dengan melankolika, dan saya cakap dalam hati, "alamak, macam mana ini? macam mana aku nak lukis, conteng, gambarkan sebuah melankolika" Really susah. Macam manalah pula si Jomblo Happy ini boleh stuck dengan si Melankolik? Kawan saya itu jenis periang saja, happy gembira dan full of pengharapan yang positif-positif. She who see her glass half full, instead of half empty. Tapi itulah bila dia meluah rasa, rupanya dalam hatinya ada luka ada pedih, ada berbagai rasa yang saya sendiri tak berani nak menyelaminya jauh-jauh.

Ok janganlah banyak berkira-kira, menyelam-nyelam sangat. Cuti semester ini akan saya habiskan dengan meniru doodle sedih yang banyak bersepah dalam internet ni...hihihi...

Dear readers and friends kalau baca catatan ini doakan saya ditumpahi dengan ilham dan idea yea. Moga projek saya ini jadi kenyataan.


Cubaan pertama saya...Complete failure hehehe. Kenapa?

Ini  komen kawan saya.
Betullah tu bila si Jamblo Happy membaca isi hati si melankolika muka dia jadi macam itu,lah tu.

Thursday, July 27, 2017

PROJEK BILIS

....CEH, CEH... eksen nih... (sambung semalam punya berangan)

Ni cakap eksen membongkak, kalau kami ada segalanya, cantik, menawan, pangkat tinggi, kengkawan pepower, pun kami tak nak guna semua tu (ie eksploitasi sensual & kuasa) sebagai marketing tools. Sebab apa? Kawan saya ni dia very beretikalah gitu. Saya? Saya back-ground-finance-accounting-sikit-seni-pemasaran, asal, boleh generate sales, asal tak porno, saya ok jer hehehe... Kawan saya ini,lah dia kerja Dewan Bahasa. Peraturan, Procedure, Nilai Etika baik-masyarakat sebahagian dari dirinya, jadi secara otomatisnya dia rigid sikit dalam bab-bab eksploitasi ini. Itu pasal majalah-majalah Dewan Bahasa tu semua tak laku, buek habeh boreh, iyo hihihi...

Wah dahlah kontennya berat, tak menarik, tak funky tak boleh guna elemen eksploitasi, tak tak tak tak tak tak tak....Susahlah macam gini,kan. Aduss... berasap kepala ni. Stress? Memang. Tak ada Stress cari Stress. Tapi stress boleh dilawan dengan menyibukkan diri. Itu yang ramai orang bikin. Melukis menconteng, menulis itu terapi minda. Dan dalam saya stress begini, saya sudah menyiapkan satu artwork yang dah ada pun empunyanya.

Nak tengok hasilnya?

Mula saya conteng macam ini, atas kertas biasa dan colour pencil saje

tapi nak bagi ke orang kenalah presentable sikit,kan. So saya pinda di canvas dengan medium acrylic

Wednesday, July 26, 2017

my MINI PROJEK 2019.

Bersama dengan kawan yang punya sama minat menimbulkan pelbagai idea, bertukar fikiran dan menetapkan pendirian. Ia seputar hobi membaca karya kreatiflah. Kawan saya begitu mencintai sastera, sedangkan saya pula giat berfikir bagai mana mau bantu dia untuk memasarkan hasil bakat seni beliau. Lalu tercetusla satu idea, perancangan atau saya suka sebut "MINI PROJEK"untuk bukukan catatan puitisnya (dan mungkin sorang lagi rakan karib) di muka buku. Kita nak tulis benda baru memang tak ada masa. Dengan tuntutan tugas, kuliah, keluarga, dan macam-macam tuntutan lain, memang tak terbuat jika mau buat "right from the scratch" atau nak buat seorang diri, jadi kami bergabung dua tiga orang lain cukuplah,kan.

Bagi saya pula mini projek ini tak lebih untuk mencabar, mengaplikasi ilmu berkaitan finance, seni pemasaran yang telah dipelajari diperolehi dari kursus perakaunan yang saya pelajari pada peringkat Diploma dan Ijazah Pertama di Universiti. Juga bagi mengisi masa lapang, terapi minda/proses recovery sendiri. I am so excited about the Project. but there are so many thing, lot of things to think of, to take into consideration.

Projek ini memang sangat mencabar dan susah, tapi saya percaya mesti ada cara lain untuk menjual karya seni. Saya bilang sama kawan, ini projek eksperimen menjual sastera orang tak cantik. Tidak mengapalah kita cuba sahaja. Kami tak boleh guna marketing tool biasa seperti wajah cantik, tampan, kedudukan, pangkat yang tinggi, rakan-rakan yang sama tinggi kedudukan sebab kami memang tak ada elemen-elemen itu. Kami hanyalah bilis-bilis perasan jerung yang berenang-renang di dalam akuarium micro. Apalah kami nak cuba tonjol,kan. Ntahlah.... tak usah fikir sangat yang penting, buat dulu.

Saya akan bercuti, atau lebih kepada balik kampunglah. Balik kampung berkumpul dengan sumber (bilis-bilis lain) yang memberi saya kekuatan dan keberanian tidak lama lagi. Harapnya lepas ini saya sudah boleh form satu layout, story board, perhap timeline, untuk mini projek tersebut.


Oh apa projek nya. Catatan-catatan kawan-kawan saya disatukan dengan contengan, art-work saya. Eh saya nak tukar nama sebagai PROJEK BILIS..hehehe

Monday, July 24, 2017

Easy Money

Ramai orang memandang jelek bidang profesional seperti Seni Bina, Perundangan, Perakaunan. Mereka kata kita masuk sini sebab nak duit sahaja. Pada saya pula, saya sebenarnya tak tahu nak ambil apa. Main ikut-ikut aje.

Lepas SPM result ok amik Archi sebab suka lukis-lukis, tapi belajar sekerat jalan sahaja. Susah sangat? Stress cinta ditolak, bergaduh berebut jantan? ntahlah. Tapi memang sekerat jalah sebab susah, stress belajar bercampur aduk. Tapi thank God juga masa tu diagnoss schizophernia. Kira disebalik kesusahan ada kemudahan. Mujur dikesan awal, jadi langkah-langkah mengubati itu dapat berjalan lebih awal dan kini diusia ini saya sudah boleh berdikari, mengesan sendiri simptom dan menguruskan krisis dengan lebih baik untuk tidak masuk semula dalam fasa "crisis" atau apa yang selalu kami panggil sebagai "relaps".

If you want to know more, boleh saja google, atau mungkin saya akan tulis kalau saya rajin. atau boleh juga baca buku karangan Che Vishalatchi Arunagiri dengan judul In My Shoes untuk baca versi yang lebih santai dan mengujakan. Untuk saya tulis, rasa macam malas sebab benda berlaku sudah berpuluh-puluh tahun, jadi malas mau recall. Buat masa ini saya juga sibuk dengan kerja-kerja hakiki, kuliah dan program-program recovery saya.

Chop...Iklan sekejap. Jika berminat mau tau pengalaman warna-warni peghidap Schizophrenia, bacalah buku ini. 

Ok enuf iklan.... kita cerita pasal tajuk atas, apakah dia Easy Money itu?

Bidang-bidang seperti yang saya sebut is an access to easy Money. Senang-senang saja boleh dapat pendapatan 5 angka jika anda menekuni bidang tersebut. But most of the time ramai kecundang dan mula menuduh mereka yang tegar teguh berdiri sebagai bla bla bla... (dah compromise certain ethical code of ethic demi wang dan pangkat) tak kisahlah... saya belum sampai 5 angka lagi. Sebab saya mula serius pun pada 2009. Oh ya saya switch from Achie to Acct, sejak lepas baik sakit lagi. Masa tu saya guna sijil Alevel & SPM je untuk dapat kerja kerani Percukainan/Akaun/bookkeeper. Nak terus belajar saya rasa tak yakin, jadi saya cari kerja apa sahajalah,kan. Dapatlah kerja bidang duit-duit. Syukurlah tu. Masa itu tak fikir cinta, ka hapa ka, janji dapat duit dan tidak perlu mengusarkan hati sesiapa terutamanya mak saya.

So far so good. Good doesn't mean I am angle, no. Good means I don't feel kisah sangat pasal cakap-cakap orang yang kata bidang kami ini kotor, penuh "sampah-sarap".Saya tak ambil port sangatlah cakap-cakap orang yang banyak merendah-rendahkan profession saya. buat apa nak fikir cakap orang? Dia bersyarah mengata yang bukan-bukan, kita pun berenti kerja sebab itu, dah berenti, dia nak tanggung kita ka? Nak bagi kita makan ka? Baik pekakkan telinga dan terus berkerja apa yang patut.

Bermula memang nak cari duit untuk kelangsungan hidup, lama-lama jadi suka. Macam itulah kita. Jadi janganlah pelik walau ko nak kata apa,pun pasal bidang ini, ramai gak berpusu-pusu nak masuk. Adakah yang nak masuk tu dah tak takut nak masuk neraka? ntahlah. Yang penting kewangan kita secure, tak payah susahkan orang untuk keperluan sendiri.

Sunday, July 23, 2017

Cerita Saya.....

Masih seputar cerita polemik sastera negara, Sastera seni kebebasan ekspresi diri VS Sastera untuk masyarakat. Saya pilih untuk MENINGGAL. Sastera bukanya satu-satu bidang jer dalam dunia ini, pun. Ada lebih banyak bidang lain yang boleh kita ceburi. Tak layak menyastera, tak bererti it is the end of the world.

Saya tidak punya keberanian untuk menulis kerna cinta saya tidak mendalam, atau saya tidak dicintai dengan mendalam?

Mungkin....

Periuk nasi saya ialah Perakaunan, Perniagaaan, Auditing. Sastera hanya hobi, suka-suka. Tapi dari suka-suka itula saya mengumpul kawan, dan kekuatan. Aneh, apa yang disiring-siring beri kamu kekuatan untuk mencintai Periuk Nasi sendiri. Satu bidang yang wow "cut-throat-full-of-stress" yang orang kata, orang gila ajelah sanggup ceburi bidang ini.

Friday, July 21, 2017

Cerita Kawan Saya

Cerita lama polemik sastera negara, Sastera seni kebebasan ekspresi diri VS Sastera untuk masyarakat.

Dulu kini selamanya akan heboh cerita pasal ini,lah. Kawan saya dah keluar buku frinjan. Frinjan itu entah apa, sampai hari ini saya tak pasti, yang pasti macam tak elok, boleh bikin pembaca rosak akhlaknya.

Ntahlah ada aku kisah hehehehe.... saya jenis baca semua, dan akhlak/ pemikiran saya pun sedikit biol ala-ala fefeeling liberal gituh hihihi...Ada juga kawan kata "otak kau dah kena rasuk setan" Ala tak kisahlah.

Berbalik pasal frinjan ini tadi, yang dah jadi kegemaran orang... jugalah novel pop jiwang-jiwang karat, isteriku, suamiku yang katanya tak sesuai dibaca masyarakat. Masyarakat yang disogoh dengan buku begini akan jadi tak apa ke tah heh, tak gitu-gitulah, tak kritis, tak kriktikal, tak inovasi tak tak tak tak tak. Tak akan ke mana-mana perginya.

Bayangkanlah semua tak, dan bila tak, penulis akan dapat dosa sama sebab men"tak"kan apa yang iya. Uish berat tu. Berbalik pula pasal kawan saya, punyala saya terkejut, setelah memerinjan, katanya mau mengepop hehehe...Saya rasa nak lompat bintang? Nak bikin kenduri? Nope tetiba saya rasa sedih. Saya teringatkan seseorang atau berorang-orangan gadis peminat fanatik kawan saya ini. Saya rasa sedih kerna gadis atau bergadis-gadis.

Dear friend

I know it was not like you to melukakan seseorang, atau berorang-orangan. But you have done it and that is ok. They too will be ok. Life kadang-kadang memang brutel. Either you meninggal, atau you mempersilakan meninggal.

Ah apalah nak dikesahkan, kita semua nanti akan meninggal jua, akhirnya,kan.

Ok berbalik pasal diri saya, adakah saya akan menulis, menghasilkan sebuah buku? tungguuuu hihihi...

Wednesday, June 28, 2017

ANJING

Salah satu tugas "working dog" ialah menjaga buah-buahan di dusun,

Anjing
Pernah seorang guru sufi menyatakan, dengan seekor anjing, para muridnya boleh belajar adab dan tingkah sopan. Si anjing jika diperhati, yang tidak bertuan dan tinggal menyendiri. Berjalan berhati-hati, memandang kanan memandang kiri. Jika ada yang berjalan di depannya, ia berhenti. Jika dihalau, ia pergi. Tidak membuat bising, tidak merayu iseng seperti kucing, jika bertemu pasangan . Mengikut kata bila diperintah, menunduk kepala menghormati tuan.

Tuesday, June 27, 2017

CGPA AHMAD MASLAN

"Susahkan kalau CGPA kita ni 4flat. Kita mau mau mengayat pun disangka kita mau memperbodoh-bodohkan dia" luahnya kecewa... Saya cuma boleh angguk-angguk tanda faham, sedangkan saya langsung tak faham pun apa perlunya ayat mengayat ini.

Guna ayat straight forward kata "saya suka awak dan ingin menjadikan awak suami saya" kan senang? Kenapa perlu ada fasa mengorat, mengayat, berdating segala bagai,kan?

Ntahla. Saya pun tak faham. Lepas dia bla-bla-bla dah puas cakap, saya beritahu dia pelan-pelan suggestion saya. Dia terkejut dan kata saya gila. Memang saya rasa down gila, bila dia kata saya macam itu. Hurmm saya pun tak faham kenapa komunikasi paling berkesan straight forward lagi menjimatkan masa itu dikatakan gila.

Tapi tak mengapalah. Idea hebat, memang begitu, perlu melalui fasa gila. Mulanya orang kata gila, lama-lama orang kata ok, tak gila, tapi brilliant. Saya rasa buah fikiran saya yang ini, akan jadi begitulah nanti akhirnya. Dipuji-puji orang sebagai solusi yang bijak, jua akhirnya nanti.

Jumpa aje bujang sama bujang, hati rasa bergetar-getar, terus tanya "boleh tak kalau tuan jadi suami saya" Kalau dia pun sama-suka. Set tarikh sesuai, nikah terus,kan.

Kalau jawabnya negetif, cari yang lain. Kalau lepas tu tak bergetar-getar lagi, tak ada pulak orang tengok kita bergetar. Tandanya nak jadi sehebat Al-Ghazalilah tu, tak pun Mother Therasa, Ghandi,ka...Kita,kan--geng IQ Ahmad Maslan. Janganlah jadi macam Osama bin Ladenla pula... atau Dr Mahmud Ahmad,.. tak moh-tak-moh-tak-moh. Jangan pahat nama di wiki macam tu  ya adik-adik comel yang bijak-bijak ni...

Nota:
   Ini cerita rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau mata.

Thursday, June 22, 2017

anti-BULI

Hari tu kita cerita pasal budak lembut kena buli. Ok bayangkan kau ada anak lembut,kan... tentu kau takut anak kau nanti kena buli, tak gitu? Jadi kau hantar anak kau pergi kem tarik tali. Anak kau pun keras, selesai masalah. Kalu anak kau tak keras-keras, kau buang ajelah anak kau, jangan ngaku dia anak. Habis cerita,kan.

Anak kau gemuk, anak kau kena buli, jadi kau dietkan anak engkau, anak engkau pun tak lagi kena buli. Kalau anak kau masih tak kurus-kurus? kau hantar ajelah dia kelas SUMO, biar dia lanyak balik sikaki-kaki buli itu,kan. Tak pun kalau kau banyak duit, kau beli pistol, lepas tu kau rahsuah aje pihak berkuasa, untuk dapat lesen simpan pistol, tembak aje budak-budak kaki buli, sekali-sekali sikaki-kaki buli itu memang perlu diajar, pun tu hehehe..

Kalau anak kau nerd pulak? hahaha.... takkan kau nak suruh anak kau bodoh macam sipembuli, itu juga? Kau home school kan ajelah anak kau.

Anak engkau pembuli, engkau kata tak apa sebab dia anugerah pilihanan Tuhan untuk mendidik si lembut, si gemuk, si apa-apa lah lagi yang tak ikut standard piawai engkau untuk kembali ke jalan yang benar. Tak perlu ajar anak engkau menghargai kepelbagaian. Semua orang mesti skema standard ikut piawai engakau.

Wednesday, June 21, 2017

Minat Politik

Saya rasa minat politik tak apa, tapi berpolitik yang tak elok. Berpolitik pejabatlah. Orang yang minat politik macam saya tidak semestinya handal main politik pejabat. Saya memang tak pandai itu semua. Tak berminat. Kita tak mau menzalimi sesiapa atas perasaan kita yang kadang-kadang tu entah apa-apa tah. Infact saya sendiri pernah jadi mangsa politik pejabat geng baju kebaya. Tak ada apa hal pun. Saya tak boleh join derang sebab mereka semua nak berbaju kebaya dan orang gemuk macam saya tak boleh berkebaya.... well kalau kau nak pakai, ada aje baju kebaya saiz 3XL hehe...

Ok bebalik pasal minat politik ni. Saya memang suka. Lebih-lebih suka bila dah nak ujung-ujung mandat ini. Saya punyalah minat sampai saya add FB friend orang politik dan punyalah tak percayanya saya dia accept heeheheee...Satu itu ajelah saya sempat add. lenlain bila nak add dah penuh, dan bule jadi follower jer.

Saya baca update dia... kununlah agaknya nak tawan hati pengundi Sabah dan Sarawak, nak tawar kuasa autonomi pada mereka.... hurrmmmm Jabatan Audit Negara yang cenonet ini yang dah di janji-janji nak bagi kuasa ini pun tak dapat-dapat, nak bagi pada dua yang besar itu? Rentikanlah memberi harapan palsu,kan. Orang sana bukannya bodoh,pun.

Tak payah janji bulan bintang, janji yang simple-simple sudahlah. Satu perkara yang sukar buat pemimpin pembangkang nak tembus kubu sana, sebab ahli politik mereka tak macam kita. Rata-rata kawan-kawan saya kata mereka tak ada issue dengan wakil mereka. Derang tau ada red flags. Mana tak red-flagsnya, baru sepenggal jadi YB hidup dah mewah. Tapi itu bukan soalnya, sebab one of my friend komen gini "tak kisahlah berapa dia dapat, kalau dia dapat, dia share, jugalah. banyak juga tu dia balik kampung kasi tolong orang kampung walau dia dapat lagi banyak dari yang dia bagi"

bukti bergambar??? nanti saya korek-korek...

Tuesday, June 20, 2017

Gossip Raya....

Hari raya apalah kita bikin? Mestilah makan-makan dan sembang-sembang. Saya punyalah terkejut, rupa-rupanya cerita pasal 1MDB yang dinaikkan semula dah dua kali pada tarikh dah nak dekat-dekat raya itu sebagai satu strategy pihak lawan untuk menumbangkan parti yang telah sedia ada.

Ada yang konfiden yang strategy ini strategy bodoh geduak yang tidak ada kesan apa-apa pada parti pemerintah. Saya rasa strategy ini bagus, tapi tak yakin ia akan dapat menjatuhkan parti pemerintah pada PRU akan datang.

Faktor Sabah dan Sarawak tak patut kita pandang sepi. Saya pernah bercakap-cakap dengan seorang pemuda yang begitu-begitulah, yang benci pada Pemimpin utama sedia ada dan ada individu lain yang lebih layak untuk memegang teraju utama Negara. Saya biarkan sahaja dia bercakap sampai puas dan bila dah puas dia bercakap, saya tanya, "ko ingat pembangkang boleh tawan Sabah ka?" dia pasimistik. Susah katanya. BN--UMNO bolehlah nak perasan yang Sabah--Sarawak itu deposit tetap meraka.

Pihak pembangkang patut tumpu lebih pada dua Negeri/negara ini kalau mau menang. Tak payahlah pening kepala sangat dengan semenanjung ini. Tumpukan saja pada di sebelah sana. Cara mana? Manalah saya tahu. Saya bukan pakar strategi politik pun hihihi...Apa pun jika ditakdir lain kalilah kau pembangkang, perbuatan memaki-hamun orang sebelah sana untuk melempiaskan kekecewaan macam yang telah dibikin pada kekelahan-kekalahan lalu adalah satu benda yang sangat bodoh.

Lagu mana nak tawan hati orang sana, kena pandai-pandai fikirlah. Mungkin dengan rasa cinta. Kau tahu kenapa saya kata tak ada rasa cinta antara Semenanjung dan orang sana, sebab masa saya kerja di sana, one of my office mate kata, masalah kau sana di Semenanjung tak bagi kudis sama kami di sini.

Iya jangan ko tayang cincin besar Rosmah, dan jerit red-flags-red-flags. Gelaang ka, rantai,ka sebab orang Sabah tak makan gelang, rantai, jet segala bagai. Derang pun tak amik port red flag tu apa binatangnya hihihi... Saya yang lebih setahun menetap di sana, masih juga pening-pening lalat bagaimana isu gelang besar Rosmah, telur ikan sturgeon Rosmah ada kaitan dengan duit curi dari tabung 1MDB. 1MDB tak pernah cakap dia kena curi pun. Dia berhutang sampai 42billion, pasal dia bodoh tak pandai meniagalah, bukan sibuk layan Rosmah makan telur ikan naik jet peribadi, lepas tu shopping lukisan, apartment, rantai, berlian segala bagai.

Kalu tuan badan dah kata dia rugi sebab masalah dia, apa barang kita bersakit-sakit nak kata dalam tuan badan ada pencuri,kan. itu kata saya yang masih tak habis dengan pening--mentaliti-masyarakat Sabah yang simplistik, tak kisah nak bergelang-gelang...

Tapi lain rasanya haba dan hawa disini. Apapun kita tunggu lepas raya. Nanti saya hapdate... apa kata sedara-sedara saya. I bet kita takkan cakap pasal 1MDB, pun. Kisah macam mana nak buat kueh raya terkini, kisah kulit popiah susah nak dapat kat mini-mart lagi juicy dari mengenang berlian dan telur ikan orang.

Monday, June 19, 2017

Homophobic...

Dia kene buli dan mati sebab (ada orang katalah, cikgu dia kata) orang/kawan-kawan sekolah dia suspek dia gay. So matilah budak lembut ni. Kita tak taulah dia gay atau tidak, tapi dia suka musiclah. jambu? ermmm bolehlah kut.

Bukan nak cerita sangat pasal budak ni,pun tapi nak cerita pasal pembuli. Saya kena buli? hehehe Saya,kan garang. Tak ada orang berani buli punyala. Saya buli orang. ntah, rasa tak pernah. Tapi kalau ada yang fefeeling dia kena buli tu, perasaan dia ajelah tu. Paranoid dia.

Ok jom bulan puasa-puasa ni kita mengumpat pasal pembuli. Siapa pembuli. kalau ikut skrip dia, sayalah buli dia. Ikut skrip saya, dia homophobic dan terparanoid yang saya one of orang jahat penyokong agenda gay & lesbian, tak keterlaluan kalau saya kata dia suspek saya lesbian. I not a lesbian, saya normal saja. tapi saya ini cuma psiko yang kuat berangan nak kawen lelaki hensem dan bijak, tapi saya sendiri tak cantik, menarik dan tak pandai menggatal/mengorat/mengayat lelaki bijak. Kawan-kawan lelaki sekolah saya dulu, semua jadi kawan bergaduh.

Begitula gigihnya dia mengarang, melukis dan keluar modal sendiri terbitkan novel ini. As time goes by, saya tak ada rasa lagi dah nak jerit kat dia"U dah fitnah I. See u court" macam dulu-dulu tu.
Bercerita pasal si homophobic ini, punyalah dia phobia, sampai dia bersakitan mengarang sebuah novel tebal pasal perempuan lesbian. Katanya itu saya. Nasib baiklah dia penulis, jadi dia bunuh saya dengan mata pena. Kalau dia macam kawan-kawan sekolah Nhaveen, harus saya sudah mati kena liwat, kena bakar.

itu bab cerita homphobia, bagaimana pula dengan illuminati phobia? Mereka ini pun samalah dengan budak anti-pink ini. Mereka semua orang baik-baik yang cuba mempertahankan budaya-tradisi dan jati diri mereka. Dalam pada itu mereka jadi kejam. Justifikasi untuk bertindak ganas ialah melindungi jati diri. Apa-apa yang tak sama dengan mereka akan dilihat sebagai ancaman yang harus diperangi. Mereka sibuk berperang. Lepas menang perang, nak buat apa? Mereka akan cari mangsa terbaru untuk di"bunuh", begitulah seterusnya sampai matilah ceritanya. Dah tua, dah tak larat berperang, barulah dia berhenti agaknya.

Saya punya cara pula, macam tulisan yang lepas. kalau saya ada kuasalah, tapi saya hanya orang kecil, saya hanya mampu berangan. Saya berangan jika saya ada kuasa, saya akan tiru cara puak yang kita kata musuh itu membentuk seorang Hannah Yeoh. Tak payah nak buli orang. kalau kau ada icon yang unggul, mereka akan ikut contoh unggul, kuranglah kejadian lelaki-lelaki, gigih mengepit-kepit suara dan apa-apa yang patut dikepit. perempuan pun tak bersakit-sakit  membedung apa-apa yang terbonjol sana-sini.

Monday, June 12, 2017

Mana SERIKANDI Melayu?

Done mengumpat kawan sendiri, mari cerita balik pasal Hannah. Tapi bukan Hannahlah, tapi pasal apa yang lebih baik untuk kita lakukan bila berhadapan dengan Hannah. Saya tak kata anak Pak Usup tu tak bagus. Iya baguslah ada jaguh belasah-Hannah macam dia. Tapi ada tidak jaguh seumpama Hannah untuk diketengahkan. Apa? Hafiz Hamidon. Iyalah---iyalah Hafiz Hamidon. Tapi Hafi Hamidon dalam bidang politik.

Ada tidak? Yang kita ada Dayana Sofea hehehe….
Ok Datuk Azalina? Dia dah tak sebaya Hannah. Nurul Izzah. Iya Nurul Izzah. Tapi apa sudah jadi sama Nurul, kita pun tidak tahu. Dia mestilah perempuan. Perempuan Melayu Islam. Tak kiralah parti Pemerintah atau pembangkang.

Terlalu amat cantik dan sempurna pertumbuhan Hannah, tapi kenapa tidak pada Nurul dan Dyana. Kenapa dalam parti pemerintah, langsung tak ada satu pun nama yang iconic. Di manakah perginya perempuan-perempuan cantik, anggun dan berkebolehan yang telah banyak berusaha memberi kemenangan pada parti pemerinta ini pergi?

Parti pemerintah tidak ada perancangan rapi “gromming” ahlinya yang berbakat untuk jadi sehebat Hannah. Saya pasti ada ramai calon-calon yang jika usaha “grooming” ini dilakukan dari dulu lagi, dari Hannah darjah satu hehehe… taklah dari umur belasan tahun, pasti kita ada mirror imej kepada Hannah. Bila Hannah pandang padanya seperti memandang dirinya sendiri cuma yang beza Hannah membawa harapan besar kristianisasi, dan dia pula Serikandi Melayu membawa gagasan Islamiyah yang syumul.

Ciri-cirinya….

Seorang perempuan Melayu muda sebaya-sebaya Hannah juga, manis macam Dayana, berakhlak terpuji. Teguh jati diri Melayunya kuat dan haruslah sudah berumah-tangga. Memiliki keluarga bahagia. Terlambatkah parti pemerintah mencari Mirror Imej Hannah? Saya rasa tidak. Saya Cuma tidak faham dalam banyak-banyak dana besar yang mereka miliki, dengan kekuatan media yang ada di tangan mereka, kenapalah mereka tak boleh ada seorang “Hannah”—Melayu---Championing for Islam in moderate, graceful and beautiful way. Saya suka baca catatan Helen Ang yang begitu detail bagaimana Gerja, The Star dan Media-sosial baru, seperti blog, Tweeter, Facebook dengan jayanya digembeling untuk membina seorang Hannah yang unggul. Kenapa kita yang milik lebih banyak media, yang coveragenya lebih luas, (bukan bercetak sahaja, tapi kita ada media prima,pun) langsung kita tak boleh buat macam yang mereka dah buat?

Since ini Ramadhan yang penuh barakah, marilah kita berdoa tak kira parti politik yang presidennya beragama Melayu dan beragama Islam tak kiralah UMNO, PAS, PKR, AMANAH, dikurnai/berjaya mengromming  “their very own Hannah”

Ini bukan soal meniru, tapi  kita telah ada terlalu ramai anak Pak Usup, sebagai benteng pertahanan bangsa kita, tapi kita langsung tak ada wajah-wajah manis yang lemah gemalai, tapi penuh dengan VISI dan MISI untuk ubah dunia, bagi menguatkan benteng pertahanan kita yang sekian hari, menerima terjahan dari pihak-pihak yang inginkan perubahan. Sesekali cubalah ada Hanis Zalika, politiklah pula! Bukanlah saya suruh ambil Hanis Zalika bagi jawatan politik, eh tu tak ble, cuba cari dalam puteri-puteri itu yang ada “iras-Hanis Zalika” yang punya misi dan visi mau mengembalikan kegemilangan Bangsa Melayu, segemilang zaman Raja-Raja Melaka dulu yang mengusai perdaganan di Selat Melaka. Kalau Hannah Lawyer, Mirrornya kenalah yang berpendidikan professional macam dia juga. Ini mirrornya Siti Kassim, alahai, menyedih,kan? Tak kisahlah Puteri PAS ka, Puteri UMNO,ka, Serikandi, Pribumi ka, Puteri PKR, Amanah,ka, DAP ka, janji dia Melayu dan beragama Islam.

Oklah jom, kita cari resepi apa nak masak buka nanti…. Stresslah tengok muka-muka Ahli Politik Perempuan Melayu, ini,kan. Apalah politik Melayu ni, kalau politik mesti nak yang garang-garang macam anjing kuat Menyalak, kalau tak garang banyak skandal macam Dayana dan Nurul. Yang tak de skandal macam artis, Hanis Zalika, tak ada ka?



Tuesday, June 6, 2017

DEPRESI TAK PILIH KAU SEKOLAH AGAMA KA, SEKULAR

Dari kita bercerita pasal Hannah dan mamat anak Pak Usup itu,kan. Mari saya bercerita pasal seorang kawan saya ini. Ini cerita memang cerita betul bukan rekaan. Budak ini saya jumpa di rumah kawan yang saya kenal dalam dunia maya. Budak ni overly friendly. Kau bayangkanlah first time jumpa dia boleh cerita pasal cerita putus cinta dia.

Saya pun dengar ajelah. Saya bukan nak cerita atau bukak aib dia, apa yang saya nak cerita ini adalah insiden yang saya sendiri rasa pelik lagi terkejut. Bila ada satu hari, masa dia dalam period-fasa-jiwa-kacau-nak-lupa-kenangan-cinta-lama, dia call saya sebab  tak boleh tidur dan kerjanya banyak tak siap. Dia nak jumpa Dr yang merawat saya.  Saya memang tak nak terima sebab saya rasa dia tak mental tapi hanya putus cinta biasa-biasa. Mengambil juga, Latarbelakang dia dari sekolah agama, saya sarankan sahaja dia cari ustaz dia balik dan berubat dengan ustaz

Dia menangis-nagis tak mau. Nak jumpa doctor saya juga. Saya suruh dia jumpa doctor biasa jer, sebab saya rasa dia tak patut ada masalah meroyan-nak-jumpa doktor saya sebab dia sekolah agama. Sakit mental ni hanya menyerang budak Sekolah Sains atau budak aliran sekular yang kunun katanya dalam hati tak ada Tuhan, bukan tak ada kekasih, tak cukup belaian kasih. Eish, ko ni semua orang berebut-rebut nak berkasih-sayang dengan budak sekolah sains kecuali budak skola sains yang belajar universiti sekerat jalan macam saya,lah.

 Saya sakit mental. Dia jiwa kacau sebab tak dapat kawen, Boleh ka Doktor yang rawat saya,  rawat dia? Nak pandai-pandai "playing doctor" bagi dia makan ubat saya, aish memang saya tak berani. Saya juga pada masa tu belum lagi masuk kursus penjagaan orang sakit mental. Memanglah saya rasa, kalau setakat putus cinta tak jadi kawen, buat malu jer nak pi jumpa pakar sakit mental. Doktor saya nak terima ka kes dia ni? Saya ni kes mental- schizophrenia-delusion, nak dapat appoinment pun bukan main susah, tak boleh miss, kalau miss, tunggu lagi sebulan dua, baru boleh dapat reschedule. Saya silap. Sebenarnya mereka akan layan kes-kes kecewa-merana sebab ditinggal kekasih. Biasa orang gagal dalam bercinta ini dia depress. Doktor ada ubat untuk ini. Itu masa kejadian, memang saya tak tahu kaitan putus cinta dengan depressi.

  • Nota: tambahan (bagi mengelakkan kekeliruan).... Tak semua orang putus cinta akan depress, sehingga perlu mendapatkan rawatan pakar. Ini bagi yang mengalami kesedihan berpanjangan, kesunyian, kehilangan, sehingga hilang selera makan, sukar tidur, kurang tumpuan kerja. Ada juga yang rasa nak bunuh diri, hah memang doktor boleh bagi ubat anti-depressant atau bagi sessi psycho-therapy . 
  • Tak semua kes deprasi berpunca sebab putus cinta, putus cinta adalah salah satu dari banyak punca yang menyebabkan depress....

ok berbalik pasal kawan saya tadi, saya share-share jugalah dalam FB alternative orang  secular dalam menghadapi kemelut kejiwaan. Dah haku suruh dia sembahyang, puasa, zikir dia cakap tak nak tak nak tak nak. “Nak ubat macam hakak juga!”. Lepas tu dalam FB saya nampak dia pergi hiking, pergi aktiviti macam-macam, lepas tu dia cakap akan bernikah tak lama lagi. Oklah tu. Lepas dah kawen sok dia buat-buat tak kenal,kan saya pun, tak apa,lah. Malulah, manalah tau saya terlepas cakap depan bini dia. Takut nanti terbuka cerita dia pernah terjebak dengan cinta sebelum nikah macam kebanyakkan budak sekolah sekular yang tak reti agama ni, hingga menangis-nangis,kan. Budak sekolah agama tu, buat malu nama sekolah agama ajelah dia ini,kan. hihihi.

Ceritanya pun depress sebab tak dapat kawen. Bila dah dapat ganti itu, it should be oklah,kan. Saya cuma nak bagi contoh kes, orang sekolah agama, yang tau pantang-larang dalam urusan cinta sesama Anak Adam berlainan jantina, pun boleh putus cinta, nangis guling-guling-depress. inikan pulalah yang kita banyak sekolah sains secular, ini,kan. Adakah kawan saya depress-menangis-putus cinta sebab dalam hatinya tidak ada Tuhan?

Wednesday, May 31, 2017

KENA BLOCK.....

Semalam blog ini kena sekat oleh mampu. Wah memang fefeeling penulis bermukjizatlah sekejap. Nasib baik tak meroyan dalam FB. Nasib baik juga saya sini ada Pegawai IT. Jadi saya rujuk beliau. "Biasalah tu kadang MAMPU buat "configuration" pada sistem mereka" Kata pegawai IT itu.

Saya risau juga,lah sikit, sebab saya suka tulis merapik-rapik,kan. Hihihi. Kita tulis ikhlas. Blog ini juga menerima kunjungan pelik dari Peranchis bermula Oktober lalu hinggalah 23.05.2017 yang lalu. Syukur juga sebab sekarang semuanya sudah kembali normal. Iyalah kita bukanlah orang gila obsess nak rosakkan negara,kan. Kita cuma bercita-cita nak sedarkan orang Melayu agar jangan malu dan simpan sedara-mara, anak-bini yang ada sakit mental. Silalah bawa berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Sakit mental tidak memilih agama atau bangsa.

Saya juga mau lihat yang satu hari nanti jika orang Melayu Islam ini ada rasa kesunyian, ketakutan, lost the sense of purpose in life, sampai ada terlintas rasa mau bunuh diri, atau nak bunuh orang, mereka ada tempat untuk bercakap-cakap dan mendapatkan bimbingan yang terurus dan teratur.

Sakit mental bukan sakit jiwa. Sakit jiwa boleh dirawat dengan mendekatkan diri dengan Tuhan. Tapi sakit mental ini, dia memanglah tak sama dengan sakit jiwa atau kurang kefahaman dengan kehidupan bertuhan. Atau, tidak mau terima kekuasaan lain selain dari dirinya. ie tidak mau menerima kewujudan Tuhan. Ia bukan mengenai masalah engkau dengan tuhan. Ia lebih kompleks dan bukanlah saya ini orangnya untuk mengulas lebih-lebih pasal ini. Kalau nak tau lebih lanjut bolehlah bertanya dengan yang pakar atau ambil kursus dalam bidang ini.

Itu pasal kefahaman mengenai masalah mental, jiwa dan emosi ini perlu diteroka, dipelajari seterusnya dikuasai oleh ummat Islam. Ini kerana ancaman dari sakit mental ini bukan sebarang ancaman. Iyanya sesuatu yang jelas, wujud. Statistik 2016 menunjukkan 30% atau 4.2 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas mengalami masalah ini. Dalam ertikata lain seorang dari tiga penduduk negara ini mempunyai masalah berkait dengan isu mental ini.

Ingat ini cerita main-main, reka-rekaan saya ka? Cerita betul ini. Itu sahajalah cerita saya.

Apa? Cerita kartun fiksyen pasal Hannah dan sapa ka nama mamat tu, apa ke nama dia, anak Pak Usup tu. Ingat nama bapanya sahaja Yusoff. Malaslah. Bila kena blok semalam, terus idea yang ada dalam cepu minda bertempiaran lari hihihi...

Monday, May 29, 2017

DELUSI HANNAH

Sibuk la ni bila Hanna Yeoh tulis buku pasal cita-cita dan aspirasi dia, tak tahulah ada yang jadi takut. Saya memang tak takut dengan si Hanna ni, saya lagi takut dengan ustaz Kazim hehehe... As people with mental illness, Hannah Yeoh has show support pada kami.

Ustaz Kazim.... banyak kenyataan beliau tentang kami, terutama yang perempuan ini amat mengguris hati. Ustaz tak ada kepakaran untuk menyediakan perkhidmatan bagi pesakit-pesakit mental yang dalam fasa pemulihan, pun tak apalah. Tapi janganlah cakap benda-benda yang buat kita menyampah. Apalah yang menyampah sangat itu,kan mak cik? Dia kata kalau bini sakit mental, kawen aje lagi satu. Kalau dah tak ilmu nak handle bini sakit baik ceraikan sahaja dan pandai-pandailah waris dia bikin apa yang patut,kan. Kadang bini mental ni especially yang delusional memang haru. Dia dahlah mental, penjaga, suami dan anak-anak pula yang jadi mangsa. Ramai penjaga yang kata begitu. Saya tahulah sebab tahun lepas saya ada pergi kursus care taker untuk orang-orang sakit mental di PJ. Iyalah manalah lagi saya mau pergi,kan. Situ ajelah tempat saya. Kebanyakkannya memang tak ada Melayulah. Tapi ada petugas mereka berbangsa Melayu.

Dari situ, saya bercita-cita untuk bina sebuah rumah penjagaan sama macam rumah di tempat saya berkursus itu satu hari nanti. Saya yakin lama-lama orang Melayu kena redha juga sakit mental tak memilih bangsa atau agama. Satu hari nanti mereka akan terbuka dengan konsep rumah pemulihan untuk pesakit mental. 

Saya bukanlah nak mencacai Hannah atau ada agenda peribadi. Iyalah kan dah kata nak buat rumah transit untuk pesakit mental. Kalau baik dengan YB manalah tahu,kan YB sokong dan bagi donation. Saya berangan tak tinggi,lah,kan kita buka talian bagi orang yang lost the sense of purpose in life dan rasa nak bunuh-bunuh diri pun dah baguslah tu. Cewah macamlah,kan ada pengalaman dengan orang yang lost the sense of purpose in life dan ada suicidal thought jerrr.... Anggap sahajalah ini satu delusi Granduar saya. Atau saya mengalami Freudian Projection Syndrom. Mana mungkin orang Islam yang taat, takut nak buat dosa, menderita masalah mid-life-crisis. Kau ingat, ini artis Hollywood ka, apa?

Kita dah cerita pasal Hannah jom puasa-puasa ni kita mengumpat pula pasal Kamarul Yusoff. Sapa dia? Ntah. Yang saya tahu dia pilih jalan untuk jadi pembela bangsa dan Agama dengan membelasah musuh. Dia mengisi "his purpose in life dengan jihad menentang Hannah dan yang sewaktu dengannya".

As for Hannah, kita memang kenal Hannah yang sentiasa bergulat dengan gereja sejak zaman remajanya. Hannah has been working so hard to built her follower since she was young. Seawal pengelibatan beliau dalam dunia politik, Akhbar the Star terutamanya tidak putus-putus membina kredibiliti unggul buat beliau. Dengan wajah manis, berketerampilan sederhana, (tidak-bermewah-mewah, seperti Betty Chew, Isteri Lim Guan Eng yang agak nampak makin tua dah makin macam paku-dulang-paku-serpih-mengata-RosBijan-dia-kalau belum-lebih-dah-sikit-lebih-kurang-tegang-kulit-muka-dek-kerana-tak-nak-nampak-kudut-tua... atau macam DyanaSofya-muka-je-lawa-tapi-bila-berskandal-pandai-makan-tak-pandai-simpan) sentiasa bercakap pasal keadilan. tak susahlah untuk beliau menawan hati-siapa-yang memandang.

Ada juga cubaan membunuh beliau dengan mata-pena. Serangan untuk merendah-rendahkan beliau datang bertubi-tubi hampir setiap hari. Namun Hannah tetap jadi kesayangan pengundi-pengundi Subang Jaya. Hannah diejek-ejek. Macam-macam panggilan buruk diberi dan penganut-kristian-gereja-HANNAH turut dikritik sebagai melacurkan Kritianisasi kerana menganjurkan program yang ntah apa-apa, Gereja dah jadi tempat joget-joget, Hannahlah tu yang kepalanya menganjurkan aktiviti yang funky & cheeky demi menarik remaja kristian agar tidak keluar dari agamanya.

Hari dia keluar buku pasal perasaan dan cita-cita dia. Mamat Kamarul pun datang kritik, Mamat jadi glemer sekelip mata. Saya harap pihak berkuasa cepat-cepat masukkan Hannah dalam jel. Tak payahlah saya nak dengar mamat ni membebel dan buat koncu-koncu-KAMARUL meroyan sama-melebihkan-sudu-dari-kuah saja royanan mereka itu, sampai kita rasa, eh ini ka rupanya Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad? 

Tak kisahlahkan berapa lama mamat ni nak hidup dengan mengkritik Hannah,kan. Selagi ada Hannah, selagi itulah ada dia. Kalau kita baca buku Hannah kita akan kata Hannah itu ada mental Delusi Grenduar lah juga dia tu. Bila masalah pulakkan Negara ini Negara Kristian sampai Hannah kena reclaim negara ni dari tangan orang Islam. Portugis yang kuat agama tu, jajah Melaka beratus-ratus tahun, pun tak berjaya mengkristiankan orang Melayu, bila masa Negara ni jadi negara Kristian? Itulah yang saya katakan sebagai Delusi Hannah. Bukan Hannah aje yang berdelusi, Wan Azizah juga begitu. Najib-Rosmah? Itu lagilah besar delusi. Najib-Rosmah sedang membena imej pilihan TUhan yang dirahmati, lagi berwasatiah. Ini zaman Nik Aziz dah tak ada. Cuma ada Hannah, Azizah & Ros-Bijan hehehe

Itulah dari kita menjerit marah-marah, sampai kadang tu kita marah sampai terkeluar kita ini dari landasan akhlak Islamiyah yang unggul, baik kita berkempen kesedaran Mental,kan. Kita kempen mental, agar Pendelusi-pedelusi yang saya sebut di atas tak bikin kita meroyan sampai dah kita pulak yang nampak dah serupa orang kesurupan jin atau syaitan dalam mengeluarkan kritik dan pendapat di alam maya. hehehehe. 

Saya sendiripun naik terparanoid jugalah dengan perang HANNAH-KAMARUL ini, sampai dah ada dah dalam otak ni nak tulis satu Certot Fiksi untuk mereka. Tengoklah kalau ada kelapangan saya akan tulis. Sekarang saya sibuk benar, sampai tak ada masa nak merapik-meraban melayan delusi jadi-fictitious-story-mori macam dulu-dulu.

Wednesday, April 26, 2017

Warna Nur 2

Hari-hari I am waking up feeling like a looser lebih banyak dari feeling that I can fly?.... No. the truth is no. Most of the day I feel like I can make it... Is it a false feeling? Well, how shall I put it here? I guess biarlah perasaan itu jadi rahasia antara saya dan Tuhan Pencipta alam...Most of the time I do cried a lot at night. But come morning most of the time I feel ok, sometimes feel good, ada juga feel so good. Those who wish me "dead" mesti nak tau apa rahasia. tak ada rahasia, hanyalah berdoa. Doa yang baik-baik. You wish me dead I wish that one day we can be friend.

Doa celaka akan bikin kita makin stress aje. Cubala korang tengok bertahun Nik Aziz yang orang angkat Wali tu doa pecah-perut, doa celaka sama musuh, tapi mana ada ALLAH makbul doa tu, Yang Allah bagi, anak Nik Aziz plak gesel-gesel pipi sama PM hehehe...Honestlylah ada juga doa celaka, ada, mana boleh tak ada....saya ini manusia, bukan malaikat, sama macam kamu juga. Tapi jangan bimbanglah tak akan termakbul punyala. Living proof, doa celaka Arwah Nik Aziz. So each time if you wanna wish me or those yang menyakitkan hati kamu dead, might as well ingat balik out come doa pecah Perut Arwah Nik Aziz, ya.

Itu ajelah nak tulis, nak perbetulkan tulisan semalam. Kitakan kena tuleh perkara benar. Yurp I am ok-ok tenang-tenang sahaja....Gambar buah kiwi tu saja share sebab cantiklah sangat kiwi dengan bunga ros mak saya ni.


Tuesday, April 25, 2017

WARNA NUR

Nak cakap apa ek kalau orang yang satu masa dulu kemain lagi mengata kita, tetiba hari ini kesedihan. Padan muka? Memang mula-mula tu aik seronoknya rasa, memang kita nak bergojet dan buat kenduri. Mula-mula ajelah. Saya ini orang yang lembut hatinya. Kalau boleh biarlah semua orang dapat apa yang dicita-citakan, walau tak sempurna, walau berganti yang tak pernah kita sangka.

Memanglah ada satu masa kita rasa kita deserve more, tapi Allah bagi yang gitu-gitu aje, atau bagi yang totally different dari yang kita berangan-angankan. Hidup perlu diteruskan... Kita ini semua pengembara. Kita kembara menuju tanah abadi. Sepanjang pengembaraan itu tak semestinya kita berjalan atas karpet merah. Ada yang merangkak. Mengengsot pun ada. Dan tak semistinya yang di atas karpet dialu-alu dengan gendang dipalu, tali kecapi bergetar itu selamat sampai. Banyak cerita tanah abadi yang mencatatkan bahawa yang megah dan hebat mendapat pengakhiran yang buruk. Nauzubillah.

Saya suka mengenang ada satu Puisi tu dalam mencatat perjalanan hidup. Biar pun sejarah kita nanti tidaklah dibaca oleh sesiapa, pun kita harus mencatatnya dengan jujur. Kalau rasa like a looser, then looserlah, kalau rumah sekangkang semut, berkongsi pula dengan anjing dan kucing, nak jemput sedara mara datang beraya pun segan, itulah rumah kita. Catatan mesti betul. Naratif mesti jujur, walau kejujuran itu memerlukan sebuah keberanian yang maha tinggi. Kalau dah mental tu ceritalah pasal mental, apa pasal melalut nak fefeeling diri tu serikandi-dewata-penyelamat dunia,lah pulak,kan. Cerita ajelah sometimes in my illness I feel saya ini sudah kaya-raya dah dengan menyet-up RM2 company setelah berjaya mempengaruhi law maker negara saya agar mengubah company's act bagi membolehkan saya menubuhkan syarikat itu seorang diri, instead of sekurang-kurangnya berdua seperti dalam Akta yang lama. Syarikat saya sales kurang RM20k, tapi saya ni kayanya teramatlah kaya sampai rumah saya dah serupa Disneyland dah. hehehe... saya tengah berperang dengan pegawai MACC ni, derang nak kenakan saya AMLA, tapi saya sangat licik...macam cerita catch me if you can. Ntah tak tau kenapa saya suka berangan jadi penjahat, instead of pegawai SPRM hehehe..Jadi Fraud Investigator tak best. Ko tengok ajelah Tom Hank dalam Catch me if you can, I nak jadi Leonardo diCaprio.

Okla nak baca tak puisi yang sungguh menginspirasikan itu?.... Jangan salah faham pula, puisi ni bukanlah budak jahat yang mengata saya macam-macam tu yang tulis, ntah sapa tah tulis, tah, tak tahu... mana dapat? ntah tak ingat. Saya tulis kut, tapi saya tak naklah ngaku saya yang tulis. Seriusly bukan saya yang tulis, sebab despite the illness and hardship that I've gone through, suicidal thought tak pernah menyerang diri ini hihihi....kita namakan sahajalah Puisi Anonymous ek. Ok Jom baca.

Pemberian Baru
Diberi padamu
Sebuah mimpi baru
untuk kau tulis hari depan
bukan igau semalam

Diberi padamu
sekeping sukma baru
untuk kau lukis warna Nur
bukan titik kelam

Diberi padamu
sekajang naskhah baru
untuk kau rintis sejarah diri
bukan naratif hitam

Tanpa
Malam tanpa mimpi
mengira bintang
satu
satu
Malam tanpa bintang
menunggu mimpi
tak datang
datang

Bunuh
kalau bukan
kerana Tuhan
sudah lama
aku membunuh

sepatutnya
tubuh dan jiwa ini
sudah mati berkali-kali

-Anonymous-

* masa baca puisi ini 10 tahun lalu, saya memang tak ambil port sangat pasal rangkap terakhir. Saya asyik memikir 10, 20 tahun aku akan berdiri atas stage cerita pasal struggle sakit mental. Honestly I don't like what I imagine. Hari-hari dimana saya waking-up in the morning feeling like a looser lebih banyak dari hari-hari waking up feeling like flying. Tapi saya percaya, saya kena "lukis warna Nur" walau orang kata lukisan saya hodoh.

Mujurlah hari ini saya rasa tak perlulah kut, naik stage sebab, budak-budak mental yang comey-comey di luar sana, ramai dah teruja nak menonjol diri, berkongsi pengalaman. Syukurlah,kan. Sungguhpun idaklah lagi sampai satu tahap saya bangun tidur dan rasa I believe I can fly, tapi saya rasa puas hati sebab now I can talk about my past without fear of being judge. They asked you. You tell them, after that, apa dia nak fikir, terpulang.  Saya tau Puisi di atas suruh tulis pasal hari depan tapi sekali-sekala menoleh kepada ingau semalan apalah salahnya,kan.