Monday, May 17, 2021

Trending----

 Apalah yang tranding kat feed soc med korang, kalau bukan pasal Covid atau Palestine, kan? Palestine ni cerita tak habis-habis dari saya kecik sampailah hari ni. Covid pulak tak sudah-sudah pasal orang tak puas hati si anu, si ani tak patuh SOP, SOP antara dua darjat dan sebagainya. Kalau pasal Covid saya memang tak de benda nak komplenlah. Nak jeles kata ada dua, tiga empat darjat pun tak bernafsu sebab ntahlah---agaknya bagi introvert anti sosial macam saya ni, ada Covid, ada alasan tak bersosial he he he--- tak le rasa janggal kalau tak beraya sakan tak berOOTD sakan, kan?

Pasal Palestine ni pulak, saya yang anti sosial memang silap hari bulan bercakap apa yang ada dalam hati, mau di cop sebagai bukan Islam jugak ni nanti. Palestine, Yahudi itu memang rasa jauh sangatlah dari diri ini. Pada saya ia konflik orang bangsa Arab/Palestine bangsa anak-cucu-nabi yang berbalah tak sudah sampai hari ini. Permusuhan anak-cucu cicit keturunan Nabi Ibrahim. Anak keturunan Bini Anak Raja membuli Anak keturunan dari Bini Budak. Apalah yang mereka sombong sangat tu pun kita tak faham. Tak boleh terima hakikat bila Tuhan angkat/pilih anak yang lahir dari perempuan sahaya boleh jadi pemimpin dunia yang sangat unggul dan utama. Keturunan tu mungkin alasan sahaja, sebab sebelum anak ini lahir pun depa tak habis-habis membunuh utusan yang diturunkan pada mereka. Apa penyakit pun tak tahulah---

Bila dok fikir penyakit tak suka pemimpin, atau kat opis ni kita panggil bos, tu, aish bukan berlaku di zaman nabi-nabi silam pun, kat opis ni pun macam gitu jugaklah kita. Mana ada pernahnya kita suka bos kita? Ada je benda bos buat yang kita sakit hati. Baru pagi tadi membawangkan bos. Dalam saya bekerja ni dah banyak betul, tukar bos itu, tukar bos ini sampai tak terbilang dengan jari, rasa ada 2 orang aje bos yang semua orang suka. Mujurlah dapat merasa berkerja dengan bos yang begitu. Agaknya kalau tanya kengkawan lain, rasa sepanjang dia berkhidmat ni, tak de satu bos pun yang dia suka. Agaknyalah.

Saya ni bila dah nak masuk 50 siries ni, saya tak mau stress-stress sangat. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Bos tu adalah standard dia yang tak tercapai otak kita nak memikirkan kehendak dia, kan. Nak kata bos salah, ntah----so far saya dengan bos, tak pernahlah saya ada rasa saya betul, bos salah---I follow her sebab for me law, ke hapa ke memang ditulis ikut interpretasi kau. Kau mungkin pandang macam ini, bos pandang kut lain, kau follow jelah dia,kan. Tak payah sesusah nak berbalah-balah bagai. Dah pulak tu kau tau bos memang jenis yang tak boleh bangkang punya orang. Mujurlah kami ni semua bukan Bani Israeal, tak pueh hati dengan pemimpin/Nabi, terus bunuh pemimpin sendiri. Pot pet pot pet kat situ sendiri-sendiri sahajalah gitu.

Eh kata nak cerita Palestine, ni jadi cerita bos pulak. Pasal Palestine saya suka nak fikir satu benda je---ada orang alim kata, Palestine akan bebas bila kita dapat kalahkan hawa-nasfu. So jihad kita apa sebenarnya? Pergi jihad bedil Zionis? Boikot Mc D, Starbuck? Buat video ingatkan anak cucu Isreal Zionis tu buli Arab Palestine? Suka hatilah kalau rasa dengan buat benda tu semua, kita senang hati, happy,kan? Tapi rupanya itu semua tak dapat bebaskan Palestine katanya. 

Benda yang harus kita buat, rupanya lagi rumit dari pergi berperang sana dengan tentera Zionis. Duduk sini kat Putrajaya nak berperang dengan nafsu nak membawang bos tu sebenarnya lagi susah, tau he he he----

Itu baru satu contoh. Contoh lain---ko tahu-tahulah time reraya macam gini, kengkawan bawa macam-macam makanan, dah kenyang masih mau makan lagi. Lagi tahu makanan tu pantang untuk orang dah nak masuk 5 siries, ni lagi le rasa nak mengunyah tu ada, kan? Hah gitu. Benda jihad hawa-nafsu hat kekecik pun boleh tewas, fikir-fikirkanlah semula bagaimana kita mau bebaskan Palestine.

Mujurlah Putrajaya ni lock-down sampai 6 Jun 2021. Work From Home 3x seminggu. Kurang sikit nak mengumpat dan mengunyah. Saya suka WFH, ni kurang sikit dosa bergossip ria. So far di Putrajaya ni memang tak berapa sangatlah kita bergossip pasal bos, tapi bos yang ini ada rare sikit he he---Mujurlah dia berkhidmat sampai bulan November ni aje. Campur-tolak lock-down bagai, pejam celik, tak lama lagi, pergilah dia bersama hati-hati yang telah dia koyak-rabakkan dengan lidahnya yang panjang tak sampai sejengkal tu. Doa ku agar hati saya kekal utuh tak de cacat cela, sehingga dia selamat meninggalkan opis ni nanti---he he he----

Peringatan untuk diri juga...besok lusa mana tau jadi bos, nak jadi bos ni - "kena banyak gigit lidah sendiri" Anak buah tak betul? Sebelum kata anak buah tak betul, periksa diri sendiri dulu, adakah kita ni dah betul sangat, ka?

Tuesday, May 11, 2021

Meal Prep Part 2---

 Saya buat meal prep untuk budak opis masa pose je---

Minggu last pose, deme dah cuti belaka, lepas tu raya, idak le saya ambil tempahan...Tapi yang seronoknya tu, sorang tu cakap tu lepas dua minggu makan ikut sukatan yang saya bagi, dia dah loose dekat 3 kg jugak. Mungkin pose kut. Waktu PKPP hari tu dan kini PKP, memang tak dan le derang nak merayap-rayap makan kat luar. Sepanjang-panjang tu, habis kuat pun dia makan kekueh, goreng pisang yang dijual digerai sepanjang nak ke rumah dia tika berbuka. 

Oklah jom tengok apa pulak meal yang telah saya sediakan minggu lepas--

Ayam Satay, Nasi, Sayur Campur dan Buah

Ayam grill, pasta dan Vege

Mini Pizza, kat bawah salad tu ada Chicken Avacado Salad

Ikan Bakar, Nasi dan Ulam

Burger Ayam grill dan Salad

Fillet Ikan, Keledek dan Vege

Salmon, Kentang dan Vege

Orang selalu kata kalau nak diet je mesti makan tak sedap, tapi so far derang kata apa yang saya prepare ni sedap. Sedap subjetif. Yang penting portion tu kena betul. Sebenarnya kita perlu makan tak la banyak mana, pun. Tapi cuba bayangkan kalau kita tak sukat betul-betul, makan ni, mestilah terbabas, termakan lebih. Terutamanya jika di bulan puasa, pergi pulak bazzar Ramadhan. Masa tu tengok benda semua sedap dan nak beli.

Nak beli je tak pe, tapi beli terus, sampai penuh kiri kanan menjinjing makanan. Lain pula jika kita dah ada benda nak makan ready dalam fridge, dan cukup masa, cuma perlu dipanaskan dalam microwave. Kemungkinan pertama, kita langsung tak pergi bazzar pun. Kalu pergi pun otak akan kata, owh kat rumah dah ada makanan. Jadi tidaklah terlalu terdorong nak beli semua benda yang nampak menyelerakan yang tersedia di bazzar.


Sunday, May 2, 2021

Weight Loss Journey

 Tujuan utama nak kurangkan berat badan ni ialah nak kurangkan kolestrol. Sebabnya kalau kolestrol segini-segini, kita kena makan ubat kolestrol. Ramai doktor kata ubat ni bukan tak bagus, tapi kalau dah makan ubat ni semua benda dia buang, yang baik yang jahat semua dia clearkan. 

Masalahnya kita perlu kolestrol baik untuk tujuan baik pulih badan. Kalau dah buang semua apa ceritanyakan. Lebih-lebih lagi perempuan dah nak masuk 50 macam saya ni, dah nak menopause, lagilah kalu kilang telur dah tutup, ada kilang kolestrol plak semua dah masuk dalam bakul sampah, apa lagi yang tinggal untuk tubuh baik pulih kecederaan yang berlaku---

Bila fikir-fikir balik, ia sangat mengerikan. Nak tak nak kenalah buat sesuatu untuk alihkan fikiran dari terus risau-risau-risau. Macam yang saya dah cerita dulu, saya buat IF, EF dan PF. Saya ambil makanan yang kaya omega-3. Alhamdulillah keputusan ujian darah menunjukkan perubahan yang lebih baik. Sebenarnya ni ujian yang saya ambil sendiri-sendiri saja nak tau je. 

Sebelum dan selepas IF, EF & PF

Ujian sebenar nanti pada 17.05.2021 ni. Kalau ikutkan memang dah fail tu, tapi Dr dah cakap boarderline pun ok. Hari tu dia set bacaan 6 pun dah ok. Saya punya 5.8. Kira luluslah tu. Tapi since ada lebih kurang 2 minggu lagi ni, saya akan cuba jaga makan dengan lebih ketat lagi....  

Ni tengah dok memikir menu apa nak buat untuk sepanjang 2 minggu ini. Saya ingat nak buat meal prep 3x seminggu. Senang, kan?---

Antara menu yang saya dah dok fikir-fikir

Pecal Keto, Tahu Sumbat & Salad, Rojak Mamak keto, Sup Sayur, Sup Cendawan, Sup Fucuk---kita makan sup-sup ajelah sepanjang 2 minggu ni, kan?