Wednesday, September 28, 2016

WTF (correction)

Ini adalah pembetulan dari n3 yang lalu, yang saya tulis secara sepintas lalu.

Kawan Facebook saya suruh komen pasal menteri yang saran pelajar ada lebih satu Ijazah....

Saya malas nak cakap.

Saya nak cerita pasal kawan saya, pergi KL dijanji gaji RM3,000.00 sebulan tapi pulang dengan tangan kosong. Si mulut manis yang berjanji itu kata dia orang Tok Pa Miti TPPA. Lalu kawan pun tinggalkan kampung halaman untuk mencuba untung di kota penuh pancaroba. Bila saya tahu akan hal ini, saya bilang not to worry about TPPA, supaya dia tidak bersedih hati kerana gagal dalam percubaannya untuk mendapatkan kerja bergaji lumayan. Saya juga mau dia tidak terlalu memikirkan pengalaman pahitnya di KL. Dia sempat ditolak-tolak, dibikin rasa seolah his job is not good enuf.

Bagi orang KL bikin orang lain rasa teruk, rasa macam tak cukup bagus mungkin sesuatu bakat yang besar lagi INDAH. What do u expect, kau mau kerja dengan Menteri TPPA,kan gaji RM3,000.00 sebulan. Nak begesel bahu dengan orang besar-besar. Kau perlu cukup kuat mental untuk menepis sebarang cakap-cakap keji percubaan psiko, provokasi, percubaan men"down-grade"kan harga diri insani, barulah kau boleh jadi budak MENTERI. Ini politik ala Malaysiana yang makanan rujinya ialah serang-menyerang-anjing-menganjing sesama sendiri. " Character Assassination is an essence of Malaysian politics, what? Macamlah kau tak tau-tau lagi.

psst pssttt....tapi sebona eh makcik tak taulah apa kije yang ditawarkan sampai RM3,000.00 tu. Makcik agak-agak jer kerja jadi budak MENTERI he he he heeee....., udah yang menawarkan mengaku kawan MENTERI, kalau bercakappun ala-ala MENTERI nak jadi ejen pembawa perubahan masyarakat,kan. Itu yang mak cik kompem dia nak kasi kerja dengan MENTERI tuh...

Saya mau dia lari dari kedukaan, dari rasa tidak cukup bagus itu dengan menyibukkan diri dengan perkara yang dia boleh capai dan sudah adapun dalam gengamannya, iaitu kawan-kawan yang memahami dan peminat-peminat yang menghargai dirinya. Kawan sekarang berada di tempat yang sangat berpotensi untuk berkembang. Dia berkerja dengan orang-orang berbakat dan saya cadang dia buka satu perniagaan milikan tunggal atas nama Gurunya sebagai "vehicle" untuk pergi ke Syarikat. Dia mungkin tidak cukup bagus untuk MENTERI MITI, tapi kawan saya sudah cukup bagus untuk Gurunya, kawan-kawannya dan juga peminat-peminat cilik yang berada di kampung halamannya. Satu hari nanti jika dia bersungguh-sungguh, saya tidak hairan yang dia boleh jadi lebih hebat budak-budak suruhan MENTERI MITI TPPA Tok Pa.

Tapi kawan ntahla benda senang dia ragu-ragu. Mungkin takut Gurunya yang garang itu tidak setuju. Atau dia sendiri tak cukup yakin dengan kebolehan dirinya sendiri setelah sessi stimulasi "buli" untuk masuk Team TPPA Tok Pa MITI. Dia kat uni study Art, bukan business. Dia tak yakin lagi tu, siapa-siapa pun boleh berniaga, asalkan rajin. Berniaga tak sama dengan ber"akaun" Nak draw-up account, yes kau perlu belajar perakaunan. Nak buat akaun perniagaan, kau boleh saja upah akauntan untuk kerja-kerja itu. Itu pun kalau bisness kau besar sangat. Kalau setakat milikan tunggal, akaun kau samalah macam akaun gaji kau bulan-bulan. Ada kau upah akauntan untuk balance,kan brapa gaji, berapa belanja kau tiap-tiap bulan?

Pada saya lagi, cara hadap TPPA hanya dengan keusahawanan. Keusahawan ini sesuatu yang boleh dipelajari dari pemerhatian, percakapan, perkongsian pengalaman, networking dengan usahawan yang telah sedia berjaya. Ilmu logika yang boleh difikir-fikir sendiri. Ndak perlula mau masuk universiti lagi pecah kepala barang 3, 4 tahun semata-mata nak dapat Ijazah ke dua dalam bidang perakaunan atau Pengurusan Perniagaan pula semata-mata nak berniaga/berjualan.  Itu fikir saya.

Ok...itu sajalah nak cakap.

Ouh Iyeker....Tips petang Rabu


Dulu saya ada seorang kenalan yang punyalah comel, bijak, bla bla bla, tapi selalu ada masalah kena cemoh dengan jurujual. Saya tak tau apa masalah dia. Apa yang bikin jurujual pandang sebelah mata padanya....

Saya pula yang muka macam celaka ini sentiasa rasa macam dewa bila berhadapan dengan jurujual. Terbaru, semalam saya ada sikit kerja yang perlu saya emel ke ibupejabat. Rumah saya tak de internet. Jadi saya fikir mau ke kedai mamak berhampiran, mau pau wifi.

Tapi ntah macam mana saya rasa macam saya mau reward diri dengan kopi mahal yang orang dok bising-bising, mau feeling- feeling ala-ala penulis terkenal gitu. Saya pun memandu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang letaknya tak sampai 10 minit pun kau memandu.

Saya letak kereta dan saya menuju ke cafe yang terletak di tingkat bawah. Macam sedikit sibuk dan saya tak tau mau minum apa. Seorang jejaka bermanis mulut melayan saya. bercakap itu ini, gitu-gini... Bila tiba giliran saya membuat pesanan saya tanya apakah kopi terlaris yang mereka ada... dan saya pun ambil kopi itu dengan kek keju...saya juga berterus-terang yang saya sebenarnya mau guna internet mereka sahaja.

Saya cakap dalam bahasa Inggeris yang terlebih mengada-ngada, macam siyal baru pulang melancung ke Negara Mat Saleh hehehe... Tak semena-mena Jejaka yang bermanis mulut tersipu-sipu. Pekerja yang mengambil pesanan saya tersenyum lebar, macam jatuh cinta dengan saya gitewww.... lalu nama saya pun bertukar dari Mardhiah jadi Martia....

Pendek cerita, tak perlu warnakan rambut blond, hanya perlu cakap bahasa Inggeris ala-ala "Queen English" sahaja, untuk kau dilayan seperti raja dalam dunia kapitalis bangsat ini.

Tuesday, September 27, 2016

WTF

Kawan Facebook saya suruh komen pasal menteri yang saran pelajar ada lebih satu Ijazah....

Saya malas nak cakap.

Saya nak cerita pasal kawan, pergi KL setelah dijanji gaji RM3,000.00. Kawan bukan saja pulang tangan kosong, tapi sempat kena maki hamun dalam kunun sessi stimulasilah kunun kata si dia yang menjanjikan pekerjaan itu.

Si mulut manis kata dia orang Tok Pa Miti TPPA. Nak jadi budak menteri, mestila kena buli kaw-kaw dulu,kan he he he he.... Lalu saya bilang not to worry about TPPA. Kawan sekarang berada di tempat yang sangat berpotensi untuk berkembang. Dia berkerja dengan orang-orang berbakat dan saya cadang dia buka satu perniagaan milikan tunggal atas nama Gurunya sebagai "vehicle" untuk pergi ke Syarikat.

Tapi kawan ntahla benda senang dia ragu-ragu. Mungkin takut Gurunya yang garang itu tidak setuju. Cara hadap TPPA hanya dengan keusahawanan. Buat apa ada multiple Ijazah tapi berkerja dengan orang. Itu fikir saya.

Ok...itu sajalah nak cakap.


Wednesday, September 21, 2016

Asal Comel,....... Ai OK jer

Dulu saya ada tinggal komen kat ada satu sasterawan "sufi"/"sami" yang pro-opposition begini:-

"kalau korang menang saya migratelah"

Perasaan saya memang begitulah pada masa itu... masa itu PapaGomo tengah hot. Aish tak sanggup dapat PM kaki kasanova macam yang didedahkan oleh Papa. Itu dulu. Hari ini Papa pun ntah dah jadi apa dah.... saya pun dah tak kisah dahla pasal politik-politik ni. Apa barang ko tak suka si A jadi PM kau nak migrate tinggalkan negeri yang bertuah ini,kan. Memang bertuahlah, budak-budak opposition sekarang ni comel-comel rupa bentuk mereka. Tak caya cer tengok gambar ini hehehehe....

Ni toksah cakaplah,,,, bak ada seorang the fallen sasterawan tu kata, "ni esok-esok jadi PM mohle kita berangan PM ala-ala Justin Trudeau

Tu hah bukan Nenek Kipas, tu pengantin tu yg comel... Nenek pun once upon a time the very the comel sampai Pak Sheikh kegilaan Malaya culik dia bawa kawen di Siam sana. krik krik krik

Dyana tok sah cakap,lah kan. Ni Ai tak upload gambar Dyana bangun tidur lagi nih... pergh

Tuesday, September 20, 2016

WALI KERAMAT

Sekarang ni scene politik kita bising pasal kematian orang alim tersohor negara yang “make his living out of air jampi and yet succumbed to hospital in the USA” to make thing worst dimakamkan di sana instead of Tanah Haram.

Hey perempuan gila kau tak takutka kena karma, mengata-ngata, menghina, mengguris perasaan si mati. Orang dah mati, biarlah Allah sahaja  yang mengadilinya. Kau tak takut ka nanti polis tangkap kau di bawah Penal Code Section 298? Hah!!!!…Semalam jer dah hada orang masuk TV kena tangkap tau pasal ini.

Hehehe blog ni bukan viral pun dan tak de orang kenal I pun. Yang dah mati, mati,lahkan. Benda buruk orang kata jangan cakap, cakap benda baik jer… ermm iyalah tu,kan. Sukahati oranglah nak kata apa pun. Mulut tempayan boleh tutup, mulut manusia boleh ditutup-tutup ka? Lagi kau mau  tutup dengan section 298, lagilah orang nak bercakap.

Nah, sekarang siapa yang bikin isu ini panas?, kan.

Ok….. Satu pesan saya ialah jangan percaya pada kepercayaan karut yang orang dah mati masih ada karma. Dia dah mati. Kalau berkarma juga meaning dari yang hiduplah,kan. But then again saya tak percaya ianya karma. Mungkin doa orang sakit hati, tertekan perasaan mereka dek provokasi  melampau ini. Doa ahli keluarga, pengikut, peminat, pemuja yang tension habis denggan sepatah-baris ayat yang dari YB yang engkau sendiri kata ntah-apa-apa-tah tu tapi kau ambil cakna sangat pasal statement dia yang tentunyalah ntah-apa-apa-jualah-tu, kan.

Dan satu lagi, saya nak cakap pasal wali keramat ni,

Allah tak akan mengangkat seseorang jadi walinya, dari kalangan kamu yang begitu-begitu sahaja. Dah, kalau jatuh bayang paria, ditubuh dia pun tak boleh, habis, disumpahnya kita jadi Anjing, baiklah tak payah ada karamah. Bahaya bagi karamah kat orang yang feeling-feeling Brahmin  macam tu. Habis semua sepesis manusia ini nanti bertukar jadi anjing. Cubalah kau bayangkan, kan, kita ni semua menyalak-nyalak…waf waf wafff wafffWan…. Wan Wan Wan Wan Wan….hehehe heheeeee opsss...

Pendeta bangsa Cina ada kata, sikit  lebih kuranglah. Saya bukanlah ada fotografik memori, pun. Pendeta berkata, “nak tengok teh tu bagus ke tidak, ko  rendam dia dulu dalam air panas”

Saya pun tak taulah teh bagus tu kalau rendam jadi apa. Pendapat saya, siok-siok sendiri saya ialah manusia yang layak diberi karamah ialah manusia yang tidak menghunus pedang karamahnya walau macam mana sakit, marah, pun orang dok bikin sama dia. Jadi dah ada pedang keramat bila nak pakai?


Jawaban kepada soalan itu ialah, simpan baik-baik. Bukan diguna untuk memuaskan ego dan hawa-nafsu sendiri. Kalau saya ada, which I don’t have. Kalau saya ada, saya akan buang, macam orang buang cincin dalam cerita Lord of the Ring itu. Nak buat hapa senjata bahaya tu, saya cuma ada ibu untuk dilindungi dan ibu saya tak perlu sumpah-seranah-karamah, sebab dia seorang yang disukai, tak punya musuh. Kalau sampai ajal beliau, tak akan ada orang nak bikin fitnah, ibu saya jadi kaya dengan membela hantu raya dan menjual-air-jampi. Insyaallah, beliau akan diingati sebagai ibu tunggal yang tabah dan pemurah.