Friday, December 31, 2010

Sowee & Happy New Year

Saya tau saya dah mengecilkan hati ramai kenalan saya dengan statement “so what if he is a gay?”

Even though I’m not a gay, I do suffer mental illness. Some of us would rather tell their kid suffering from djin inversion, then accepting the fact that there’s something abnormal inside their kid brain. Why???? Our society fear mental defection. Malays are perfectionist. We also fear things that we don’t understand. As Malay don’t like to read that much we, normally tried to eliminate/eradicate the object that cause our fear before we truly understand it. Basically gay and those who are suffering from mental problem is an outcast. You have to be an outcast first to really feel what it is like to be an outcast.

My mom tengah goreng ayam, she preparing for my birthday bash. Yup my birthday is on the 3rd of January, but ini aje masa lapang kita. So happy birthday to me, SO, WHAT IF HE IS A GAY?????!!!!

Oh ya this coretan tak lah nak suruh korang pasal saya pun, cuma saya pohon jangan marah sangat kalau ada perempuan lebih suka dan lebih yakin untuk mendapat khidmat nasihat kecantikan dari budak pondan. Bukan kita gatal, Cuma fear kut2 penasihat kecantikan perempun itu tak moh kita lebih cantik dari dia itu ajeeeee….”haku cucuk botox nak kasi tegang, ko cucuk apa tegang sangat sampai megelembung, berkilat ini?”

Monday, December 27, 2010

Jom Tawan Putrajaya

(stratergi Syiah Lalak)

Orang yang pro akan kata idealist, yang kontra akan kata fundamental. Tapi bagi Lee Kwan Yue, asal ko boleh terima DAP, fundamental akan berubah idealist. Menteri penasihat itu melihat darjah Islam dari sudut sebanyak mana anda boleh menerima DAP. Dulu Lee kata orang berkerubung labuh sebagai terrorist, tapi hari ini kalau anda boleh menghias kerubung anda dengan penutup muka berlambangkan roket, saya agak Lee tidak akan teragak-agak menukar penilaian beliau.

Dulu jiran saya ini, orang PAS bermazhab syiah Lalak. Saya hanya tau mereka ahli PAS berdasarkan pakaian isterinya dan uniform tadika anak-anak beliau dan mereka bercakap loghat Kelantan. Saya tak pernah tanya pun. Honestly pengalaman saya ditempat kerja dan di blogsfera bikin saya sedikit fobia dengan orang PAS yang idealist ini. Saya tidaklah tau mereka Syaiah Lalak. Syiah Lalak ini pun baru aje saya tau akan kewujudan mereka, sebab family ayah (pak long) saya Pas juga, tapi isteri dia suka ketawa dan ceria. Dalam PAS sendiri pun ada yang tidak menerima Syiah.

Kenapa saya kata mereka Syiah Lalak? Sebab anak mereka suka melalak. Ini sangat menjengkelkan. Kalau melalak aje masih boleh tolerate, tapi melalak sambil menedang-nendang pintu. Mula-mula saya fikir isteri jiran saya mengalami tekanan mental, stress, maklumlah cikgu. Cikgu orang pantai timur mengajar kat Melaka yang rata-rata mulut laser ini, mungkinlah bikin cikgu tadi stress. Itu pasal dia biarkan anaknya lapar, atau lapar susu tanpa diendah walau sedikit pun.

Namun setelah saya tau Syiah Lalak ini barulah saya faham kenapa anak tadi dibiarkan sampai begitu sekali. Sebab yang perasan, idaklah saya mengintai, tapi saya ini jenis cepat cam suara. Yang melalak itu sorang itu aje. Memang suara dia power habislah. Mungkinlah itu cara mereka mendidik anak tersebut agar jadi seorang pejuang Islam yang berani persis pahlawan-pahlawan terbilang Islam dari berbangsa Farsi. Bercita-cita tinggi, bersemangat dalam cita-cita nan suci, merampas puncak Putrajaya dari tangan boneka APCO, Zionist. Pada kita orang yang suka ketawa akan fikir alamak, Putrajaya punya hal, sikit punya ekstreamnya sampai sanggup "dera" anak macam itu.

Tak pernah kita fikir pulak kita pun terkadang tu jadi ekstream aggrasive untuk menyenyapkan anak yang menagis. Saya memang tak ada anak, tapi saya tengok busu dan anak-anaknyalah. Kalau menangis tu, udah dipujuk pun tak jalan, siap ko, memang kena belasah kasi dia menangis, melalak sampai puas dan penat. Next time sure serik punnya. Kita aggrasive untuk menghentikan tangisan, Syiah lalak ini pula secara fundamantelnya menggalakkan tangisan dan agaknya kalau anak tak nak nangis pun akan dibikin biar anak ini menangis kerana pada mereka orang yang menagis dekat dengan tuhan, orang yang menangis akan berjaya. Penulis tersohor penaja Syiah lalak mengatakan bahawa, kita kena banyak menagis sebab, CIA, Zionist takut kalau orang menagis. Jadi kalau anda lihat orang yang tak suka tengok orang menagis itu dan berusah pelbagai cara untuk membuat orang yang menangis itu ketawa, awas mungkin dia ajen Zionist.

Masing-masinglah ye. Cara orang nak menawan Putrajaya, satu nama yang ketika dulu jadi ejekan cemuhan dan macam-macam lagi. Hari ini Putrajaya jadi igauan semua. Macam-macam janji, macam-macam usaha yang dilakukan untuk ke Putrajaya. Dulu saya memang mau kembali semula ke sana, tapi bila dah baca akhbar Berita Harian semalam, eish tak jadilah. Kalau ada tempat yang lelakinya lebih tinggi dari perempuan kenapa pilih tempat dimana hanya ada 88 orang lelaki bagi 100 orang Perempuan?

Perpustakaan Digital Siti Hasmah dan Isinya

Hari ini saya ketika menunggu waktu kelas yang selanjutnya saya ke perpustakaan. Wah hari ini pemeriksaannya agak ketat dari hari-hari biasa. Berfacebook pun kena tegur. Kawan saya membuat 2 jangkaan:-

I) Ada VIP melawat
II) Ada kecurian buku berlaku ha ha ha

Tak kuasa nak memikonya, tapi den keno tego 3 kali sepanjang den mengunokan perkhidmatan perpustakaan untuk baca cerita bola pada hari ini sekali sebab berfacebook, kedua sebab selambak berk tak ingat dunia berheboh exactly depan tempat exit (tempat exit perpustakaan kami macam stesen LRT, Putra tu, touch n go) ketiga, melalui lorong masuk, untuk keluar (walau tempat exitnya macam LRT, tapi tak berfungsi, buleh lolos macam itu aje tanpa menyentuh ID card, jadi manalah saya tau mana satu keluar, mana satu masuk)

Keselamatan yang agak terlebih sikit dari kebiasaan ini membuatkan classmate saya yang merupakan regular Siti Hasmah Digital Library patron’s rasa jengkel . I’m not a regular, saya masuk library pun sebab nak tunggu between class dan selalunya saya menghabiskan masa di sana dengan membaca majalah atau akhbar harian. Jadi saya taklah rasa jengkel sangat.

Pasal diri saya, perkara yang menarik yang ada dalam library bukanlah pasal tahap keselamatan yang lebih ketat dari hari biasa, tapi yang menginspirasikan saya untuk mengupdate catatan pada hari ini ialah cerita pasal berita, informasi yang saya dapati dari Berita Harian. Berita cerita nisbah lelaki di Putrajaya adalah terendah iaitu 88 lelaki untuk 100 orang wanita, jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan Negara di mana 105 lelaki bagi setiap 100 orang lelaki. Nah, ini konsisten dengan data yang saya baca dalam laman sesawang Jabatan Statistik Negara.

Saya juga telah men”dera” beberapa orang kawan saya dengan soalan yang berbunyi begini “adakah kamu rasa yang kini bilangan perempuan melebihi lelaki?” jawaban mereka adalah iya, mereka rasa memang perempuan sudah melebih bilangan lelaki. Bila saya beritahu informasi yang saya dapat di Jabatan Statistik Negara, mereka jawab lelaki memang ramai, tapi lelaki yang berkualiti itu kurang.

Perempuan jangan mudah terpedaya dengan hujah lelaki mau kawen lebih sebab nak menyelamatkan dunia dari kiamat. Dapatkan Berita Harian pada hari ini, gunting, laminate atau framekan cantik-cantik untuk tatapan bersama. Bukan saya anti poligami bukan, macam saya tulis sebelumnya ini, jika sorang dah pulun sampai 2, 3, 4 yang lain tu apa cerita? Dan jangan bising, jangan komplen kalau ada yang kreatif menangguk air yang keroh dengan menjalankan perniagaan haram tak bermoral, natijah dari paten tabiat, budaya yang sedang cuba dipopularkan oleh cendikia white colar-white colar kita yang hensem-hensem lagi menjadi rebutan ramai. Anwar Zain yang lebih hensem dan lebih kaya tu tak kisah pun nak kawen waima sorang pooon. Beri laluan pada korang kuttt.

Yang Melayunya boasting, satu rumah duduk 4 isteri tak bergaduh, aman damai, yang cinanya pulak tak mau kalah jagak, duk cerita tuk dia dulu 7 bini satu rumah, Raja dia kat tanah Cina sana 1,000 gundik lagi. Apalah sangat yang nak dimegah-megahkan dengan bilangan isteri yang melebihi seorang tu, saya pun tak faham.

Saya rasa itu ajelah ochen saya pada hari ini.

ii)

Oh cerita pasal ADUN Zina dah makin memeningkan. Pelaporan saya semakin salah, salah, salah…maka yang betulnya seperti laporan Utusanlah iye. Ustadz Saidi bekas pengawal peribadi kepada Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, pernah menangkap isteri orang dalam KOC VIP bersama seorang ADUN dalam keadaan mencurigakan. ADUN tersebut hanya berseluar dalam dan pasangannya hanya bertuala merah. Bukan Ustad Saidi tangkap bini dia, tapi dia tangkap bini orang. Aduh aduh…. Mengapalah jadi macam kesasaran yang amat jauh begitu sekali???? Saya rasa saya patut menceduk bahan dari internet hanya selepas berita yang saya baca sudah keluar dalam surat khabar.

Saturday, December 25, 2010

I know it was a set up, but the tempatation is too great

Saya saja google ADUN Selingsing nak tau apa yang keluar, dan ternyata cerita pasal tuduhan zina. Itu bermakna, ADUN tadi dia memang tak de apa-apa yang signifikan dalam hidup dia. Hah cuba pula google nama sapa-sapa yang korang suka. Adakah benda yang tertera di google search itu diatur oleh jejari gemuk atau Dajjal? Wallahuaalam.

Tak usahlah nak pening fikir itu semua, yang pasti kalau korang tak bikin sensasi, jejari gemuk dajjal tak boleh linkkan kamu dengan benda-benda yang sensasi. Masalah ADUN Selising ini dia tak ada significan sumbangan dalam dunia maya, namanya meledak hanya dengan isiden koc VIP Tumpat-KL, dah KL lah pula, hari tu baca macam S’pore, sayalah yang silap dan rabun tu.

Dalam kes ADUN PAS ini dia bukan berdepan dengan Ustaz pengawal, tapi geng blogger yang menggelarkan diri mereka Team Nadi Rakyat. Siapa mereka kita pun tak tau. Tapi memang nampak Team ini memang boleh menyusahkan PAS dalam pilihan raya kecil Tenang nanti. Orang Johor memang amat skema dan tak sukakan hankie pankie, havoc gedeba, kecoh, emosional gaya sanguine lorat. Kalau betul benar saluran alternative ini berkuasa mencatur pilihan rakyat semasa membuang undi, “ I would say Team Nadi Rakyat has done a very good job.” Memang good joblah sebab berjaya membuat saya yang taksub percaya HENSEM itu benar, Hitam hodoh itu salah dan cemburu dan marah dan hanya tau chah keting, rasa loya baca kenyataan balas ADUN HENSEM dalam Utusan.

Anda Hensem, anda ada gelaran intelek yang mengujakan di pangkal nama anda namun anda pada hari ini sudah kelihatan seperti nak kalah ditangan seorang pengawal yang hodoh yang mengaku ustadz. Anda diserang oleh sekumpulan blogger yang kita tak kenal sapa pun mereka yang diketuai oleh sesorang yang menggelarkan dirinya PAPA GOMO. Ntah apa jantinanya, apa orientasi seksnya pun kita tak tau. Kalau benar-benar anda kalah juga akhirnya, adakah Tuhan tidak adil? Anda terinaya? Andalah yang masuk tempat perangkap. (He knows it was a set up and yet he walk into it).

Analoginya orang politik muda yang masuk politik tanpa kemahiran berblog yang mantap, (that ADUN barely 45, and sebelum masuk politik tak delah pula pernah jadi apa-apa ikon, baik business, sukan, atau seni, tak de tak pernah, juara Debat Asean pun tak de. Cuma ada Drs aje pada pangkal nama, itu pun belajar kat Indonesia sana. Bukan, bukan Gajah Mada, ntah tak pena dengar nama university tu, kita pun tak tau Dr tu Dr perubatan ka, Drs falsafah) macam sayalah yg gemuk gedempol, satu benda pasal military pun tak tau, aleh-aleh bangkit bertakbir, bilang sama emak mau pi jihad tembak Zionis di Palestin, sah-sah mak I kasi makan ubat penenang dulu dan angkat kasi pergi jumpa doktor sakit mental dulu. Dan Doktor pun rasanya tak teragak-agak tahan saya buat seminggu dua dalam wad psychiatry.

II)
Oh ya, last n3 saya ada cakap nak cerita apa yang ditakutkan oleh Messiah Kanak-Kanak. Messiah kanak-kanak takut untuk menerima kenyataan bahawa tak ada lagi Messiah selepas Muhammad. Kanak-kanak ini bukan saja merujuk kepada mereka yang rendah umur, umur tinggi tapi masih percaya ada Messiah macam Wan Azizah dan Ummu Jah yang percayakan suami mereka itu Messiah pun kira boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak jugalah tu. Messiah kanak-kanak takut nak terima fakta bahawa yang mereka tunggu-tunggu itu tidak akan kunjung tiba. Masa dah banyak dibazirkan dengan menunggu. Next I’ll talk akan perihal menunggu dan tertunggu-tunggu.

Friday, December 24, 2010

Tuala Merah tak tubek, Viva Putihlah Pulak.

La ni cerita dah bertukarlah pula pasal suami perempuan kantul dengan ADUNlah pulak. 2 hari lepas saya tengok dalam internet, kereta ustaz Toyota warna silver, kemek kena langgar bahagian belakang, aik semalam kereta vivalah pulak, warna putih. Ustaz ada dua kereta dan kedua-duanya kena langgar ka?

Dia orang cerita pasai ustaz, saya cerita ustaz jugalah, sebab saya dah tak expect dah pasal tuala merah dan koc VIP tu. Sapa ustaz tu? Orang kata pengawal jah, ntah. Dahlah pengawal tak hensem, sapalah nak percaya cerita hang tu. Lawan hang pangkat doktor, hensem plak. Kalau aku jadi hang walau cerita betui pun baik aku pi balik rumah, jangan jolok sarang tebuan noh. Kerja GILA lagi mengancam nyawa jah. Silap hari bulan orang tuduh hang tu amal seks jahiliah, pi hantaq bini kat orang lelaki hensem lagi educated sebab nak baka baik. Buat malu diri jah.

Orang Melayu ada kata, mentimun dengan durian, digolek luka, menggolek pun luka. Orang Melayu ni memang pandai bikin kata-kata yang tepat dan menyengat. Sapa betui, sapa salah, Allah yang maha tahu. Tapi melawan orang PAS tertinggi adalah satu kerja yang orang “GILA” jah sanggup buat. Kerja menggadai maruah lagi sikit up, dah berani tetak-tetak tu, bule bikin nyawa melayang. Tak berbaloi.

Dari hang pi hantar bini jadi bekas penadah (mereka kata cawan) ADUN hensem tu ada baik join mikro-kredit bioteknologi kerajaan pi bela ikan keli, ka udang ka apalah barang pertanian lain. Tok sah lawan orang pandai-pandai ni. Depa-depa, kita-kita, orang Melayu kata lagi Enggang dengan Enggang, pipit sama pipit. Orang putih plak dok kata, only the best kan satisfy the best. Rentas kasta IQ, kasta meteri ni nak-nak zaman globalisasi ini, mau tingok wayang dunia macam cerita marhaen Rusia menggolekkan Tsar dan Tsarina memang kerja gilalah. Rusia tu mereka komunis, mereka tak kisah bunuh-bunuh. Kita???

Allah ada tok sah lawan raja-dan-ratu PAS tu. Buang karan jah. Lawan mereka dengan income band dan certificates band. Tu jah. Tok sah pening-pening fikir sapa betul, sapa salah. Kalau kita betul Allah akan bagi kejayaan pada kita walau lambat. Tapi jangan bersaing dalam platform mereka. Mereka ceramah hang pun nak ceramah. Mereka ceramah ada title Dr, hang apa ada? Saya bukan nak menghina, nak kata orang kerja blue colar, pengawal tak ada hak bercakap, tapi saya pernah lalui semui ini.

Pengalaman mengajar, jangan lawan Dewa-Dewi PAS, mereka memang ada TULAH lagi MAKSUM. MAKAM dan DARJAT mereka sudah sangat tinggi sampai mereka boleh lihat masa depan kita di neraka atau di syurga. Ampuhnya TULAH mereka boleh bikin kita jadi gila NARSISIS lagi split personality. IP komputer kita aleh2 aje menyerang blog-blog yang kita tak kenali langsung dengan nama samaran yang pelbagai. Jadi gelandangan blog gila yang menyerang dan menyengat orang tak tentu fasal tak kira masa. Tak takut ka dapat personaliti SEX MANIAC CYBER? Bini dah ikut jantan lain, awak jadi gila. Anybody who are so expert in IT can indeed turn your computer into ZOMBIE wat??? Sapa yang lebih advace dalam perang cyber ini? Budak2 blogger pro establishment ni tau ka pasal Trojen Horse dan ZOMBIE? I pun baru belajar Khamis lepas he he he...

Aha, don't tell me CIA, FBIlah pula punya kerja menzombiekan PC orang, sebab kita tau, semua tau hackers kerja budak-budak bawah umur dan terbaru punya cerita hacker, yang dok curi maklumat dan keluar fixed deposit orang kat US tu Malaysian yeah. Hackers kerja budak genius tapi tak masak pengalaman tak cukup akal. Macam cerita Orang minang lawan laga kerbau, macam anak ular tedung yang tak pandai kawal bisa lagilah. So kalau berlaga dengan budak tak cukup matang dan tak cukup akal tapi bijak memang kita tak akan menang punya. So, stay away, don't messs around from this angry kids messiah.

ps kadang tu umur memang dah tinggi tapi masih keanak-anakkan pun ada. Iyalah orang 24 jam mengadap komputer, tak campur orang. Takut. Next, I tell kenapa Messiah "kanak-kanak" ini takut?

Thursday, December 23, 2010

Misteri tuala Merah



Hari ini celik mata jah pi buka internet cari history page yang saya baca semalam. Blogger tu janji hari ini bola Kristal dia cakap ada lagi cerita sensasi pasal Drama cinta KTMB Malaysia dari S’pore-Tumpat. Saya dah terbayang-banyang dah gambar ADUN hensem bersepende jah dengan pasangannya yang bertuala Merah (macam mana pose dia bule google “red towel untuk mendapatkan imejan-imejan kalu anda semula jadinya memang tak pandai berimaginasi.” aik mau tipun mama I yang kat S’pore minta mama belikan tuala Merah jugalah. Seumur hidup I tuala biru tua memang I dah ada, tuala merah, memang tak pernah tengok lagi.

Ya ya ya S’pore memang syurga tuala mandi.

Itulah saya teringat tulisan bapak frinjan saya yang cakap dia sering dikecewakan oleh ekspetasi dia sendiri yang tak kesampaian. Saya kira hari inilah antara hari yang mengecewakan. Iya saya kecewa kerana kerana ekspektasi yang saya bikin sendiri.

Untuk mengurangkan rasa kecewa, sebagai yang saya kata, saya akan minta mak saya pusing satu S’pore cari gak tuala merah dan saya nak mengoceh sikit kat sini, pasal apa yang saya dapati instead of tuala Merah. Apa cerita sensasi yang dia nak paparkan. Ala, cerita pasal suami yang tangkap isteri tu kena tetak dengan parang. Itu aje ceritanya. Sekian, wassalam. Terima kasih.

Wednesday, December 22, 2010

ADUN Hensem terkantol dalam Keretapi



Ceritera kali ini pasal seorang suami mengadu pada Tuan Guru bahawa isterinya digoda ka, mengoda ka, yang penting tergodalah sampai tak balik rumah selama 3 hari dan dijumpai oleh suaminya sendiri dalam keretapi, koc VIP lagi bersama seorang ADUN yang hensem dalam keadaan yang mencurigakan. Dia minta Tuan Guru hududkan isterinya tapi Tuan Guru suruh dia balik dulu sebab Tuan mau istiqarah dulu, suruh mai esok. Maka pada keesokkan harinya, datanglah suami tersebut ke kediaman Tuan Guru. Tuan Guru memberi tahu bahawa Allah telah ampunkan dosa zina. Suami yang tidak berpuas hati dengan keputusan Tuan Guru berceramah menceritakan pengalaman ini. Ceramah tersebut telah dirakamkan dan dimuat naik ke dunia maya.

Tak taulah mana satu nak percaya sebab dua-dua pun orang yang berimejkan Islam. Ops bukan dua, 4. Keempat-empat mereka orang PAS yang kita tau sangat taat dalam menjalankan ibadah. Bila sudah jadi begini, mau apa? Mengata Tuan Guru silap, menghakis kepercayaan dan baik sangka kita terhadap Islam dan Istiqorah. Mana mungkin orang macam Tuan Guru silap Istiqorahnya, melainkanlah orang macam kita yang selalu lalai dengan tipu duniawi ini. Tuan Guru sembahyang pun tak tinggal, tahajjud, qiamulalainya konsisten berterusan, bukan macam kita berqiamulail masa kursus, masa bina semanga aje.

Tak taulah heh, senang cerita kita cakap jah suami itu dah dibayar UMNO untuk menjatuhkan PAS he he he. Atau suami tadi dengki, dia tak dapat jadi calun, suruh bini dia goda ADUN hensem tu, pastu gitu2lah ceritanya, itu pasal Tuan Guru dapat alamat yang Allah dah ampunkan dosa ADUN tadi. Kira-kiranya ADUN tadi mangsalah gitu. Atau mau tingkatkan darjah imaginasi anda, Suami dan isterinya itu tu Trojan Horse UMNO. Orang UMNO jah kat Malaysia ni banyak sangat melantak duit haram, sampai sanggup lacurkan isteri sendiri sampai sanggup merancang konspirasi tahap tertinggi ala-ala Dajjal the Messiah sebab takut kebulur kalau hilang kuasa. Uish kete suami tadi toyota you, jangan marah. Muka tak hensem, tapi keta dia hensem. Tapi ADUN hensem lagi naik kenderaan yang lagi best, Keretapi Koc VIP, real lagi fantastic lagi romantik yang mengujakan tahap felem cintan-cintun bollywood gituhhh.

Wat do I think? Ntahlah. Yang I tau ADUN tu hensem, mengacam, ada potensi mengugat keimanan kita terhadap perintah Allah dalam surah An Nur ayat 30, 31 (dok negedit gambar tu berapa lama tah I dah belek tu...pandang sekali tapi pandang lama-lama ye ustadz ahaks)hik hik hik….Sesungguhnya kehenseman kamu itu ujian buat kami yang tak berapa cantik ini….hik hik hik lagi.

Monday, December 20, 2010

Zuriat sapa pun I follow, janji U ada ILMU.

Saya fikir cakap-cakap mengata kawan FB saya itu Panglima Angkatan bala tentera Iblis dah sampai ke telingannya agaknya. Zaman internet ini kita panggil sebagai “viral”. Kalau dulu memang kita malas nak menyampai-nyampai sebab nanti yang lunyainya tukang sampai bila yang mengata berpaling tadah atau buat bodoh. Zaman sekarang apa takut, kita linkkan aje apa yang ditulis atau fowardkan apa yang diemelkan. Hanya dengan satu click. Kita cakap dalam hati, “kalu aku tak sampaikan ada orang lain sampaikan juga. Biarlah dia tahu aku pun dah tau dan tujuan aku menyampai tak lain tak bukan nak sampaikan massage yang anak iblis ka, anak setan ka, anak jin ka, aku tak kisah aku tetap hormatinya atas kapasiti keilmuan yang dia ada.”

Bab mencari ilmu kita jangan pilih sangat sapa cikgu kita. Ni zaman moden, tak kiralah dia gay ka, dictator ka, penjual/pelacur agama ka, apa ilmu dia yang baik kita ambil dan kita amalkan jika kita tak mau ketinggalan. La ni yang menguasai dunia adalah orang yang tahu. Orang yang tahu itu memang pada persepsi kita ini memang macam setanlah, suka masuk campur hal orang, suka mencatur hidup orang dan macam-macam lagilahkan. Saya merujuk pada Amerikalah. Tapi bangsa Amerika itu banyak benda positif yang kita boleh ambil contoh, seperti kegilaan mereka menjaga tahap kesihatan dan kecergasan, kegilaan mereka terhadap kebersihan dan yang paling penting, sikap mereka yang menghargai masa, sampaikan “if you made me wait, you have to pay, the longer I wait, the more you have to pay, aboden?” ini cerita saya di Andersen menguruskan permohonan pegawai daganglah ni. Saya kena tunggu lama di Imigresen berjam-jam dan saya chargakan masa menunggu itu untuk bos saya bilkan kepada pelanggan.

Ok berbalik pasal kawan FB yang anak iblis ni, ada sorang tu melenting, sorang lagi senyap. Ya personalitilah tu. Memang kedua-duanya berbeda, tapi saya lebih takut yang senyap tu. Orang kata macam api dalam sekam, sukar nak padam. Yang kuat menceceh tu, macam sayalah habis menceceh, habis kat situ, teda simpan-simpan. Orang yang mendengar ocehan dia pulalah yang semput. Dia mengoceh, marahlah, kita ni zuriat manusia bukan zuriat iblis.

Saya cuma mau share apa yang saya pernah dengar. Ada orang fikir dan percaya manusia dan iblis memang boleh menghasilkan zuriat bersama-sama. Iblis akan menumpang setiap aktiviti manusia yang lalai tak ingatkan tuhan. Bukankah ustaz, ustazah kita ajarkan pada kita masa kita kecil-kecil dulu, makan tak baca bismillah, makan dengan setan, berbagai-bagailah lagi aktiviti harian kita yang disertai iblis dan setan sebab tak baca bismillah sebab lalai tak ingat Allah. Bila kita nak kawen kita pigi kursus kawen, ustaz tak bagi tau ka bersetubuh tak baca doa, setan pun ikut sama-sama bersetubuh?”

Orang Amerika, orang yang taksub dengan Amerika ada tau, ada kisah pasal doa-doa ini semua? Tak payah orang Amerikalah, orang kampung yang memang benak, tak reti mengaji, tak suka campur orang alim ko ingat dia ada reti baca-baca ini semua ka? Saya sendiri yang dah tau ni pun kalau perut tengah berkeroncong, balik rumah mak masak sedap giler, pun terlupa baca bismillah, makan dengan dengan setanlah tu. Tapi tak kisahlah buat kata pesan Siti Djuhari kepada anak-anaknya “urang nan tuo usah disesali” tak manis benar kita menyalahkan orang tua kalau kita berselisih faham.

Pada mereka yang suka mengata itu dan ini, itu memang dah sifat mereka. Usah nak buang masa bertekak-tekak dengan orang macam itu. Tak de pakdahnya, kalau mereka dah berani antar emel sana, emel sini kata awak tu panglima turus setan, sampai mati pun mereka tetap anggap awak tu setan. Anak setan ka, anak iblis ka, anak Raja, anak keturunan Nabi ka, Allah itu maha pengasih dan maha adil. Tugas kita menyembah Allah, bukan bersusah hati memikirkan apak mak kita dulu masa nak dapat kita dulu otak mereka kemana, ada baca doa tak?

Sunday, December 19, 2010

The "cikgu" in Me

Kawan saya minta tolong kirakan ROI, ada foreigner nak bagi dana pada suaminya katanya. Pada saya ROI, business plan memang perkara sulit. E mel, internet bukanlah method pilihan komuniskasi yang bagus. Kalau anda bercadang nak minta saya tuliskan business plan untuk anda, saya lebih suka bersemuka saja. Calling-calling, internet-internet ini susah. Saya lebih suka menulisnya ditempat anda. Itu cara saya berkerja. Saya memang jenis tradisional. Internet-internet juga tapi bersemuka, tengok sendiri, experience sendiri itu lebih meyakinkan bagi pihak saya sendiri, sebagai penulis.

Lagi pun kawan sebenarnya lebih nakkan legal paper untuk mem”bind” dia dengan pemodal. Itu kena cari lawyerlahkan. Kita background accounting memang boleh “ayat” tapi yang kasi laku ayat dan pengiraan kita ialah lawyer juga akhirnya. Itu pasal Akauntan dan Peguam walau macam kutub utara, kutub selatan. Sorang penguin, sorang lagi Beruang kutub kalau bertemu, mesti berebut ikan dan silap2 hari bulan berperang berbunuh saling makan memakan antara satu sama lain, kami sebenarnya bagaikan aur dengan tebing tak boleh dipisahkan. (sapa kata penguin kecik tak boleh makan beruang kutub??? Panguin banyak, sekali attack berkumpulan mesti boleh tumbang beruang yang besar itu)

Pendek cerita saya dah berlagak cikgulah, sebab dah memang saya tak faham kenapa nak ikut telunjuk orang luar dan gian sangat nakkan duit orang luar sedangkan modal berbayar sebagai syarat nak dapat lesen bahan bakar dari kementerian kewangan Malaysia hanya RM100,000 sahaja. Susah sangat ka nak raise a capital banyak itu. RM100k kita tak ada ka. RM100k pun nak tubuh syarikat ka. Kan membazir namanya tu. Baik bikin partnership aje.

Saya tau apa yang ada dalam kepala pelabur. Dia tak mau partnership sebab unlimited liability. C’onlah guy kalau tak mau risiko jangan melaburlah, pigi taruh RM100k itu sana dalam trust fund atau sukuk. Tak kisahlah pasal pelabur Bengali yang tak de telur tu. Dah dia tak de telur tapi kawan saya nak juga RM100k tu, itu saya tak boleh nak buat apalahkan, walau saya kesal nak mampus RM100k eguity dah terlepas kat orang luar. Hey RM100k tu banyak weh, kalau buat syarikat authorized capitalnya satu juta pun dah 10% dah bagi kek orang luar. Saya fikir ada baikknya RM100k tu bagi-bagi among us kawan-kawan sini sorang RM1,000. Tapi tulah kita, tak taulah saya kenapa nakkan juga duit si bay tu ntahlah.

Macam yang saya cakap tadi, kawan saya yang gian dengan duit si Bay itu dia punya pasallah, tapi pasal saya inilah yang paling menyesalkan. Tak pasal-pasal saya dah mengecikkan ati kawan saya dek kerana lagak saya yang lorat dan macam cikgu. Iyalah ko suruh aku kira ROI on line, ko kira sendirilah. Lagi satu saya menagajar, apa jadahnya ko nak duit si Bai tu? Ko laki bini dah tak de duit ka? Setakat RM10k saya kita mesin Fax, dia, sebahagian dari rumah dia, computer peribadi, baik lap top, mau pun desktop, printer, blue barry, black barry orang ghumah dia, kereta dia, kalu dia bawa masuk “into” business, senang-senang aje setakat RM20k dah ada dalam tangan. Fast cash Micro kredit melambak. Kat semanjung ni pun kawan ada asset yang memang tak datangkan untung pun pada dia, jual ajelah, bawa semua ke Miri sana, apa nak simpan asset2 yang tak mendatangkan pulangan, tapi mengopakkan duit poket nak membelanya pulak. Memang saya kesal sangatlah dengan kawan yang lebih nampak duit bai dari duit sendiri tu.

Saya lebih kesal lagi dengan keceluparan jari-jemari saya menulis berlagak cikgu tu. Tak kisahlah heh, nasi dah jadi bubur. Terlajak perahu boleh undur, terlajak jari tak bleh nak buat apa. Penyudahnya kawan macam merajuk aje. eh merajuklahkan dahlah berlagak macam cikgu, tulis macam menghalaulah pula dia dari bumi Melaka ni. Dah saya suruh dia lupuskan asset kat Melaka, tak ka macam menghalau namanya tu. Saya bukan halau dia, wat apa nak ada rumah kat Melaka ni, rumah saya pun ada. Kalau balik Melaka boleh duduk sama saya apa. Saya bukan duduk sangat rumah saya ni, saya lebihkan duduk rumah mak saya. Apasalahnya jadikan rumah yang ada sekarang ni sebagai pelaburan hari tua.

Tapi tulah kita tak boleh spell out apa yang kita rasa. Kita kena tahan lidah kalau nak berjaya dalam dunia business. Saya ini dalam proses belajar untuk tak jadi cikgu. Saya fikir bukan satu perkara yang mustahil untuk berubah. Lesson learned. Jangan jadi cikgu, nanti prospek lari.

Saturday, December 11, 2010

Emansipasi Wanita Memang satu MITOS

Kisah ini berlaku right before saya cuti trimester yang lepas. Umum kena faham akan sensitivity masyarakat kita pasal polygamy. Kita tak suka polygamy. Kita orang Melayu polygamy itu hanya untuk orang kaya-kaya dan berharta dan juga ustaz-ustaz kuat iman, ramai pengikut dan ramai peminat wanita. Kami sangat mengimani ayat Quran yang maksudnya “jika kamu tidak yakin dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang” Rata-rata orang Melayu isterinya satu. Kenapa mau bakar perasaan kita kalau dah tau benda ini.

Saya pun tak faham kenapa pensyarah Company Law suka cakap pasal bini 2, 3, 4. Saya tidak kisah kalau ustaz yang sentuh isu ini. Ustaz memang bidang dan tugas dia untuk memahamkan kita yang polygamy adalah satu yang dibolehkan. Lawyer nak cakap pasal polygamy apa halnya? Sebab ada undang2 civil yang melarang terus polygamy? Dia tak puas hati? Nak cakap pasal polygamy pergi cakap sama “house of loard” sanalahkan. Ubah sana punya Law. Sebab cakap dalam kuliah Company Law tak akan bawa apa-apa faedah melainkan menyebabkan saya rasa benci dan muak. Kalau saya hasut satu kelas, bagi midterm kali ini semua dapat 0, assessment semua-semua jom pakat kasi markah 3 macam mana? Jangan buli, jangan cabar saya yang lemah. Hey, kamu dibayar untuk memandaikan saya, bukan menyakitkan hati saya ok. Got that!

Memang sakit hatilahkan kalau dapat lecturer sengal macam itu. Nak buat macam mana dah lecturer kita. Yang saya marah sangat bukan pasal polygamy pun, tapi hujah untuk berpoligamy itu sangat bodoh tahap boleh kasi kita sakit kepala. Ada ka dia cakap sebab ramai perempuan sekarang tidak segan silu mengejar lelaki, maka penyelesaian kepada masalah perempuan mengejar lelaki ini adalah polygamy. Berapa ramai lelaki yang kena kejar? Kat kampung saya ini ramai lelaki bujang, tak ada perempuan nak kejar pun. Perempuan pun tak hingin. Katanya lagi kejadian perempuan mengejar lelaki adalah natijah dari ratio lelaki perempuan di Negara ini sudah 3 perempuan, satu lelaki.

Ratio 3 perempuan, satu lelaki ini yang saya hangin satu badan. Saya marah. Iya memang benar sekarang wanita sudah hilang malu sanggup bergaduh berebut kan seorang lelaki, tapi adakah mereka bergaduh dan berebut sebab perempuan sudah ramai dari lelaki? Itu kena semak dululah. Jangan cakap ikut sedap mulut aje. Adalah sangat memalukan seorang pensyarah yang juga seorang law practitioner membuat satu kesilapan yang maha semberono lagi tak senonoh, lagi menghina keilmuan yang ada pada pelajar walau mungkin hanya senipis kulit bawang.

“Do I tell you that Lawyer can’t count? God know ntah2 no 2, no 3 pun tak buleh beza, FiGURE FOBIA” Wahai lawyer2 sekelian, buanglah rasa fobia kamu terhadap angka dan statistic sebelum kita semua hilang kepercayaan kepada kamu. Betulkah kalau tak lulus matematik pun boleh jadi Lawyer?

Itu taklah sakit hati sangat pun, lagi sangat sakit hati sebab sebenarnya saya rasa saya sorang aje yang marahkan lecturer tu tahap nak hantar surat pada presiden suruh ditamatkan aje kontrak pensyarah tu. Tak lah acah. Lecturer tadi memang bagus,dan patut dikekalkan. Saya belum cukup gila untuk membakar sebuah kelambu hanya kerana seekor nyamuk yang nakal. Saya cuma tak faham kenapa dia suka nak menegakkan benang basah yang perempuan lebih ramai dari lelaki. Mungkin masalah peribadi kut. Masalah dia yang sering dikejar perempuan2 gila. Ya Lecturer Company Law saya memang hensem, dan dah lawyerkan ko faham2lah memang pandai bercakaplah, tak mustahil dia ini antara lelaki-lelaki yang menjadi buruan ramai, sehingga sasau??? Sasaulahkan, sebab mana tau perempuan yang dia suka takut nak dekat, yang tergedik-gedik mengeledang-mengeledut, meliuk melentuk, berduyun-duyun datang menggesel. Masuk kelas Company Law pun masih lagi terawang-awang merasakan kelas perundangan Keluarga Islam tak habis lagi.

Ok pasal statistic tu masih lagi saya tak hangin sangat pun, sebab memang sah once naik cuti ni saya tunjukkan kat dia statistic tu pasti dia senyap punya. And if I tell him baik-baik, saya pasti dia cukup dewasa, cukup akal dan sedar dia tak patut cakap lagi pasal polygamy sebab dia mengajar Company Law bukan undang-undang keluarga Islam.

Yang saya marah, dan saya rasa tidak akan ada jalan penyelesaian ( the only solution that I can think of now, is migrating to China) bila ada pelajar perempuan sendiri yang marah sama saya dan tuduh saya kacau lawyer kacak ini. Hah! Saya kacau lecturer saya? Hah! Amboi, excuse me sapa yang kacau sapa dulu? C’onlah pelajar perempuan sengal eh kita orang Islamkan kita tak kisah sapa dia tu, lecturer ka, sapa ka, kalau hujah dia menyeleweng dari kebenaran dan fakta, tak kira sapalah kita, jika kita punya maklumat betul wajib menegur yang salah.

Dalam kes ini, lecturer sengal itu telah menyinggung perasaan dan sensitivity saya bukan pasal polygamy sangatlah, tapi pasal hujah dia yang menyeleweng dari fakta sebenar. Ratio lelaki perempuan di Malaysia ini agak sihat, satu lelaki satu perempuan, bahkan lelaki sememangnya melebih perempuan. Lelaki kena lebihlah sebab kasi rizab untuk qouata rumah juvenile, penjara dan Pusat Serentikan. Karang orang Pusat sana tak de kerja lah pula. Ratio is 1:1 perfect. Kalau ko sorang pulun sampai 2, 3,4… yang lain gigit jari???? Kalau kena rogol, kalau Negara ini bersepah pelacur dari Negara Luar, jangan salahkan kerajaanlah pulak. Realistiklah sikit kalau benar2 dah cinta dan sayang pun.. Tak kuasa aku nak kacau Lecturer ko tu. Cikgu debat saya lagi hensemlah. Pendebat terbaik ASEAN semasa di Universiti Malaya lagi. Cuma dia tak major dalam bidang Perundangan aje. hmmm kalau dia major Law, Perlembagaan Persekutuan pun dia boleh GORENG kasi hangus tau tau tua!!! Marah ni. Tolonglah weh!!! eiih geramnya akuhhhh

Friday, December 10, 2010

Hey, pi balik kampunglah

Peristiwa ini berlaku lama dulu, saya pun dah tak ingat trimester yang mana satu agaknya. Saya berehat di Masjid sementara menunggu kelas. Biasa Masjid ini milik budak-budak usrah. Kita non-member pun ramai gak lepas di sana, tapi setakat gitu-gitu, baring-baring sikit melepas lelah gitu. Kalau ahli masjid adalah segalanya untuk mereka, termasuklah tempat sessi kaunseling dan mengadu hal, waima memuji-muji mana pelajar lelaki yang ngetop gitu. Alah budak-budak, memang biasa tak tahan hati melihat jejaka yang mengancam beraksi, mesti mau bercerita.

Cerita yang mau saya umpatkan ialah pasal sessi kaunseling minah usrah. Saya anti usrah. Saya tidak meninggal usrah dengan rasa benci, tapi saya mula membenci institusi usrah bila kat opis dulu kalu usrah, ustaz macam dah tak de hadis dari perawi selain dari Ali. Saya Anti Ali, saya anti-Syiah? Tak saya cuma anti nikah Muta’ah. It happen to be ustaz penggemar Ali serta tongkat-tongkatnya sekali ini memang saya rasa macam ada something wrong. Opis mate sayalah yang kuat menekankan yang ustaz tu sememangnya mentel, tapi takut bini. Ustaz ini pandai berlakon. Sesama pegawai memang dia alim. Kurang ajarnya hanya berani dipamerkan depan kami pekerja rendah saje, sebab dia tau kalau kita kata dia mentel, dengan mudah orang akan percaya jika dia pusing cakap balik kata kitalah yang sebenarnya tergila-gilakan dia, dia tak layan, kita gila meroyan, kata dia gatal sebab kita sakit hati nak balas dendam.

Ok berbalik pasal minah usrah ini, terderalah dia. Iyalah ini MMU memang bukan tempat untuk orang macam mereka. I look at her attire, my god, I tak nak buat dosa kering, menambah benci lagi pada orang usrah ala-ala ahli Arqam kelas kasta rendah punya gaya tau. Selekeh. Aish, aku rasa mau rendam dalam kolam kasi mandi bersih-bersih, kasi sabun wangi-wangi aje rasanya. Saya sendiripun selekeh, but feel that I have the right to be slekeh dan berpenampilan macam Einstain because am good in Maths and calculation. But if you’re only good at poetry and reciting quran, pleaselah be propa sikit, be laram-laram sikit, if not, you married esok, your ustaz will end-up scribing website lucah without your notice, and yet you still think your ustaz maksum and menjerit-jerit memaki hamun perempuan-perempuan solid molid yang hobinya beraksi jalang depan web cam dalam rumah, bila tetiba ustaz minta izin nak kawen dengan budak muda sebaya anak sulung kamu.

Saya pun sebenarnya tak dengar apa biji butir percakapan minah2 usrah ini, tapi teruknya masalah minah ini sampai dia tak boleh focus study dek kerana telatah rakan sekeliling yang ahli-ahli maksiat, tak ingat dosa pahala, tak mendirikan solat, ingkar perintah tuhan, lagi berani mendedah-dedah aurat gitu-gitulah. Iyeka? Ntah saya kata saya tak dengar biji butir dia, saya dengar dia tak boleh focus study, puncanya? Saya reka sendirilah. Saja-saja buat fitna nak tambah dosa, tak moh taubat. Saja nak melepaskan sakit hati saya pada orang PAS, yang suka memfitnah orang. Ops tak fitnahlah, dia dapat wahyu tuhan kata ko ini dajjal . Prekselah sikit diri ko tu dulu Mardhiah, weh kot-kut memang ko ada ciri2 zionist agaknya tu. Ntah, orang kalu stress pi baca Quran, menangis ini ko pigi makan Mc Donald, pigi makan ice-cream Baskin Robin, pergi poco-poca, pergi swimming, pergi gym, pi karoeke, memang sah zionistlah tu”

Ntah saya rasa budak tu patut dandan dirinya, bersukan, beriadah, jalan-jalan, shopping, instead of crying and menuduh dunia ini kejam. Yes, dear kami di sini memang kejam dan tiada belas kasihan. Tidak ada tempat untuk orang lemah macam kamu. Taulah Melaka inikan dah jadi negeri Maju. Pergilah balik cari university kat Kelantan, Kedah, Sabah ka, Sarawak. Kat Sabah sana, mereka lebih rela tengok anak Sabah sendri tak de tempat penginapan, janji kamu orang semenanjung dapat tempat. Kat MMU ni, ya ya ya Hostel kita yang dalam proses renovation tu untuk anak-anak orang kaya Arab, orang kaya Afrika sana. Mau kemanusian, mau belas kasihan, kasih sayang, masuklah university kerajaan ya adik -adik ye. Sini tempat private mengeram anak Zionist. Itu pasal orang sini jahat-jahat, tak ada peri kemanusian.

Monday, December 6, 2010

Kalau tak suka bunuh aje

Saya terpanggil menulis pada hari ini selepas say abaca satu blog tu. Pasal Ku Li yang dah ditarik darjah kebesarannya oleh Sultannya sendiri. Sultan mana satu ahaks, you alls patut tau la ni Kelantan ada 2 Sultan. Yup si Sultan tua itu indeed sudah minta federal court masuk campur dan indeed keputusan Federal Court is in favor of Sultan tua.

Hmm tak kisahlah tu, ini pasal Ku Li yang ditebak2 sebagai kunun-kunun tengah marah pasal bintang darjah kebesarannya ditarik Sultan. Ya ya ya juak-juak UMNO mesti sedang menari kegirangan sebab mengharapkan Ku Li akan naik minyak. Buatnya Ku Li ambil contoh Pak Lah, buat malu jah sapa yang meramal Ku Li akan hangin satu badan dan mengamuk.

Memang ramai kata Abdullah Ahmad Badawi itu penidur dan bodoh, namun saya rasa ntah saya rasalah Pak Lah ikut sunnah nabi, tak melawan dan dia bila Tun M murka dan menghukum Pak Lah kerana join Team ntah A ka B kah. Tak sama team dengan Tunlah tu. Dari jawatan Menteri Pak Lah tak diberi apa-apa pun. Pak Lah tak membantah, berdecit pun tidak. Mungkin kamu kata macam itu sebab kamu rasa Pak Lah diam sebab Pak Lah tak punya kemapuan berfikir yang tinggi untuk membalas dendam.

Mungkin. Tapi katalah Pak Lah itu pembesar/pemimpin PAS, pasti sudah ada buku yang menyanjung dan memuji-muji beliau, mengangkat taraf beliau sebagai pemimpin anugerah, pilihan langit. Beliau akan dipuji sebagai lelaki yang penyabar dan pandai menguruskan kemarahan. Lelaki yang apa ek, lelaki yang ada kuasa, daya dan upaya tapi lebih suka memaaf…macam-macamlah kan. Tak cukup dengan itu pasti ada yang menyelongkar salasilah keturunan Pak Lah, silap hari bulan tak kalau tak dikaitkan dengan keturunan Iskandar Zulkarnain pun, keturunan Katurah, isteri no 3 Nabi Ibrahim. Ish, keturunan Fatema Zahra’ tak mungkinlah kut sebab nama Pak Lah tak Syeid, Syeikh, Nik, atau Wan. Tapi sebab Pak Lah orang UMNO, kita kata Pak Lah pondan lagi bodoh.

Apa yang saya merapik meraban nih. Saya cuma nak tulis, woth it ka kalau Ku Li nak mengamuk. Pada saya Ku Li hanya merendahkan kredibiliti beliau kalau nak berlawan dengan anak Sultan yang jahat dan derhaka lagi gila pangkat itu.

Kenapa eh Sultan yang ada hari ini sanggup mendera bapanya sendiri sebab nak jadi Sultan. Tak buleh ka tunggu Ayah dia mangkat dulu? Ala orang macam tu Ku Li, jahat dan busuk macam itu, akan jatuh dengan sendirinya. Tak payahlah Ku Li nak sibuk-sibuk mengamuk. Biar orang lain yang mengamuk. Biar Allah aje yang ajar anak kurang ajar macam Anak Sultan Kelantan yang jahat itu. Tok sah Ku Li tercucuk dengan budak-budak politik yang memang suka tengok orang bergaduh ini. Yang bergaduhnya Melayu, India dengan Cina tepuk tangan.

Perlembagaan kita pun ada, bagi menjamin Sultan dan Raja-raja tidak boleh dijatuhkan dengan sesuka hati. Have faith in it. Ku Li pi solat hajat aje betulkanlah hati mika-mika yang duduk kat kerusi Judiciary dan Legislative tu.. Ku Li nak ngamuk, (take the matter in his own hands) nak wat pe, macam le Negara ni Negara tak ada undang-undang. Tak lama lagi nyahlah Sultan Budak yang, tak sabar tunggu bapak sendiri mati, awat tak bunuh aje bapak tu. Macam dalam felem Ceaser tu. Bunuh bapak sendiri pastu pura-puralah apa-apa yang patut dipura-purakan.