Wednesday, December 31, 2014

HAPPY NEW YEAR 2015



Lama dulu Mat Lela Merah Muda rasa bimbang bila Raden Jadian Mudim tiba-tiba jadi sebutan ramai. Mat Lela dan Raden sebenarnya menjual rempah herba ubat sakit-sakit lenguh lutut di Pasar Minggu Negara Semanggol Lonjong. Mereka sebenarnya teman sepeguruan. Belajar meramu Ubat dari Nenek Seri Pagi Anggun di Gunung Serapat Berang.

Jualan ubat mereka orang muda kata so-so aje. Tambahan pula zaman muda-mudi hips ini ramai sudah tidak mau berubat herba. Mereka kata bau jamu,lah. Bau rempah macam kambing bakar nak kena golek dalam api, rasa yuks…Muda-mudi yang telah diajar ibu ayah kenal cheese, manisan, coklat tidak betah dengan rasa kelat payau ubatan herba dua sahabat ini. Muda-mudi yang tapak kakinya baru selebar 2 inci tapi sudah dilap najisnya dengan tissue basah beraroma mist, lavender, jasmin, aqua, amat pening dengan bauan yang agak kuat itu.

Kalau setakat nak menang lumba lari 100 meter pecut, kalau dah terdesak yang amat. Ubat batuk cap seri Bunga pagi pun boleh ganti ubat herba pecut deras jualan Mat Lela dan Raden tadi, asal tak ada ujian doping. Ala, lumba lari sekolah, ko cakap sama gue, mana ada cikgu tertangan nak mengendali ujian tersebut. Kalau setakat nak uting bola masuk keranjang, remaja lebih percaya kasut sukan slumdunk jawa-rumi yang diimport dari Negara jiran yang didakwa boleh membikin kuasa lompatan jadi berganda, sekali lompat dengan tangan-tangan ko pun boleh masuk dalam keranjang bola. Tak payahlah nak separuh pengsan menahan bau kuat herba tanduk kucing yang perlu diambil secara rutin, tiap-tiap pagi subuh bedeting,  bagi mendapat effect yang sikit lebih kurang aje.

Pendek cerita perniagaan dua sahabat ini jatuh merudum…macam hidup segan mati tak mau. Tapi lain pula dengan Raden yang beristerikan si candik pura-pura yang amat gemar menghias diri. Satu Hari Raden Candik berkata kepada suaminya. “Abe, se raso, kito kena tukar strategi. Ore mudo lo ni suko bau wangi, dan rasa yang natural. So (satu) lagi, se perati, hok rama kat Pasar minggu tu ore pue…”

Dipendekkan cerita Kedua suami Isteri tadi telah ke Negara Wangi Nyah bau untuk belajar teknik untuk cara pembungkusan baru barangan jualan mereka. Raden Candek juga merasakan suaminya perlu fokuskan pada wanita instead of lelaki. Maka setelah berhabis modal wang dan upaya…terhasillah produk Collegen Beauty “letak bawah lidah semua tegang”

Itulah punca kemahsyuran pasangan tadi. Maka berebut-rebut dan berduyun-duyunlah orang mau beli produk tadi, sehingga menimbulkan rasa risau pada kawan, teman sepegurannya itu. Mana tak risau sejak ada produk Beauty ni, rumah ibadat yang memang sudah lama lenganag itu jadi semakin semakin lengangan.

Dan salahnya Raden suami-isteri, tika berjual-jualan ubat mereka tidak peka dengan sijil halal, tidak tahu untuk mendapatkan kebenaran Majlis ubat-ubatan Negara Semanggol Lonjong. Penyudahnya dek kerana dituduh jual ubat bercampur bahan tidak suci dan macam-macamlah yang dimomok-momok oleh Adik Mat Lela Merah Muda tentang produk Radin dan Candik berserta serangan peribadi yang ntah apa-apa tah, betul, salah ntahlah tak tau kita nak cakap, penduduk yang ketakutan bertindak membakar kilang dan rumah pengusaha Collegen Beauty itu. Sama ada keduanya mati rentung dalam kebakaran, atau sempat lari ke Negara Lain itu tidak dapat disahkan oleh sesiapa, pun.

Mat Lela Merah Muda? Well dia ditawarkan kerja dengan Majlis Ubat-Ubat Negara sebagai ketua kawalan Mutu Ubat herba. Hari-hari kerjanya tidur sahaja sebab dalam Negara itu sudah tidak ada orang pun yang berminat dengan herba tradisional. Semua herba telah dikapsulkan, dimodenkan dan semuanya datang dari Negara Wangi Nyah Bau.  

Cerita Semalam



“ko kat sana macam mana? Ko tak BANG (azan)ka sama mereka” 
Saya tergelak besar dan lepas itu jawab “aku baru kena BANG balik dengan mereka usai aku Bang sama mereka”
“teruk ko kena”
“hmmm teruklah. Rasa macam, mau setengah mati pun ada. Kul 2 ptg nanti aku akan pergi skru balik mana-mana nut yang longgar” jawab saya ketawa lagi dan lagi dan lagi.
“ko gila” kata kawan.
“hmmm,….kan. Aku overconfident yang come new year aku akan bla. Aku tak sangkalah pula, belum sempat aku bla, they really took my BANG as personal insult. Aku suspek yang they really fear and kancheong plus believe that bila semua dah di automatedkan, we only need one PA per a country with the size like Malacca. 45% cut for government servant is actually no bullshit talk. First they all gi trip tinggalkan aku dengan orang-orang yang semua tau bos tak suka, lepas tu bagi usrah ntah apa-apa tah. Lepas jamu makan, lepas tu cakap bisik-bisik, gelak kuat-kuat macam orang gila. Gelak yang super natural kuatnya yang aku memang kompem aku tak paranoid. Sekejap sana gelak, kejap lagi sini gelak. Jujur yang ini memang aku paranoiad. Aku paranoid yang mereka mengejek aku, kompem 100% hari tu juga aku meletop dan terlantar di wad mental. Mujurlah ianya Jumaat. Lewat petang, aku sudah sampai rumah mak, Isnin aku exam, Selasa & Rabu aku mai opis pakai sumbat telinga. Hari ni aku MC servis-skru balik mana-mana yang longgar aku. Esok aku cuti rehat”
“hah! Biar benar! Baru lepas! Aku ingat ko dah seminggu dua beristirehat di tempat damai ko” terkejut beruk kawan ku itu.
“hey chooi touch wood! Dalam hidup aku ni  baru sekali mak aku hantar aku  berdamai di sana ok. I learn my lesson. Senang. Aku sumbat ajelah telinga aku dengan kapas. Kalau aku tak dengar, aku tak ambil port, aku ok. Pegi mampuslah deme nak tergelak macam Pontianak pun, aku tak dengar….soooo”
Ini adalah perbualan dengan kawan yang simpati, rapat dan faham kemelut yang melanda diri ini. Sikit lebih kurang tak 100% tepat edit-sana-edit sini, tambah serbuk perasa kasi sedap cerita.          
 Apa cerita ini? Pada penghujung Disember 2014 yang lalu, saya dengan beraninya meluahkan perasaan tak puas hati bagi pihak kita-kita yang terasa, alamak asyik-asyik aku aje yang kena. Saya juga mengkritik begini:-
“Saya tidak faham bagaimana kamu boleh survive dalam keadaan begini…saya lihat pejabat ini macam auto-pilot, mana pentadbir dan krew-krewnya? We should serve them! Ini tidak mereka masing-masing pandai-pandai bawa diri sendiri, bla-bla-bla-bla” the gist of is “bagaimana mau kamu laung-laungkan lawan konspirasi  Iblis/syaitan, jika kamu sendiri tidak pernah mau ambil pusing cara Iblis/syaitan berkerja?”
Saya jadi sangat berani, sebab like I said before, come January I’ll away.

( Penafian:- cerita ini hanya sekadar cerita tak ada kena-mengena dengan yang hidup atau mati )

*****

Saya tanya sama anak buah saya yang kini hanya sudah tinggal 3 ketul itu begini “apa pendapat kamu dengan idea - banyak kos & masa boleh kita potong jika kita opt for centralisation”
“oh tak boleh…tak boleh”
Seorang yang lain pula respond begini “kalau swasta ok aje. Kat sini orang tak nampak  macam mana benda itu boleh dipraktikkan”
Saya termenung seketika… “tak apalah”
Saya akur. Kos operasi kami lebih mahal. Jika sesebuah organisasi itu terlalu besar, aspek kawalan jadi sangat renyah dan sulit sekali. Kesulitan dan kerenyahan inilah yang mengakibatkan elemen penjimatan amat sukar dijelmakan dan seperkara yang amat malang ialah -  jimatnya jauh panggang dari api, ketirisan pula yang menjelma.

Tuesday, December 2, 2014

KENAPA MASIH DI SINI?

Dulu, bila ada orang ajak saya bersastera, saya jawab pendek saya menulis bukan sebab nak bersastera tapi nak sama-sama berlumba mengorat orang sastera yang itu. Hari ini dia mungkin kata hah! Dah kalah pun kenapa masih menulis lagi? Now apa saya nak jawab. Saya gila? Well lama dulu pun saya dah sedar siapa diri ini. Memang tak layakpun dan tak ada sebab nak mengada-ngada menulis, bertanding memenangi hati dia yang elusive itu.

Tapi saya tulis juga sebagai tanda penghormatan dan sayang saya terhadap orang yang mencadangkan saya menulis. Dia seorang yang orang arif yang nampak kebaikan menulis kepada saya. Kami bermula dengan bersembang pasal teori Dr Daniel Nattle yang diangkat oleh salah seorang sasterawan muda tempatan, juga. As a mental patient, tentulah saya seronok nak bersembang-sembang pasal itu. Di situlah bermulanya kisah dia meminta saya memblog.

Pun begitu saya tidak banyak menulis tentang sakit mental. Tidak banyak mencatat bagaimana saya struggle for life, the paranoia that I’ve faced, sometimes. Saya catat sikit-sikit, ngata orang aje yang lebihnya he he… iyalah orang buat kita bengang kita tulislah. Orang yang saya bengangkan sangat tu bukannya baca, pun, blog saya ni.

Pendek cerita, dengan menulis journal peribadi di sini, saya harap pada masa akan datang nanti dapat beri sedikit hope/semangat bagi mereka yang ada masalah yang sama dengan saya, atau mereka yang family ada menghadapi masalah yang sama yang kalau dah dapat penyakit ini tidaklah bererti this is the end of the world. Masih ada harapan untuk sihat, gembira dan berfungsi dengan baik dalam masyarakat. Menulis adalah terapi minda.

Saya percaya itulah harapan dia yang mencadangkan akan saya go-blogging, you’re not only blogging for whatever benefit that you can gain, but give those who share the same problem with you, a hope.

He knows, I knows that I cannot change the world, by writing or by marrying some who can write so well. Only the gifted one have the ability to do so and only the most gracious, intelligent, diligent, woman can be an inspiration/MUSE to great poet. He always knows right from the beginning that I am not his Belle of the Ball. I’m just a stupid plain mocking bird who sang her heart out without thinking how annoying, my tune is to his fellow elite/cultured friends.


Sunday, November 30, 2014

PATAH TUMBUH

Patah tumbuh hilang berganti… kan saya dah kata dah. Sebelum ini saya ada cerita pasal satu group cari jodoh yang cukup popular… ops mungkin ini kedengaran sangat jahat lagi menftinah gitu. Truthfully anak-anak muda dengan diketuai seorang duda yang dah tak berapa muda tapi hatinya sentiasa muda lagi hips itu, berniat murni untuk meremajakan sastera Negara, mengisi kelompongan ruang yang ada.

Tapi saya saja suka kata majlis dia itu majlis cari jodoh sebab begitulah kita, walau tak semua, yang kisah sangat pasal jodoh, namun hidup keseorangan tak semua orang boleh beradaptasi dengan baik. Ola.., buat apalah bermalankolik panjang sangat, ini ya.

Ok straight to the point, jika dahulu saya ada cerita pasal  GOODBYE, dan hari ini saya mau memperkenalkan penggantinya. Welcome, walau saya rasa my welcome wish ini sudah basi...Iya adik-adik yang berjiwa seni jangan sedih kerana kepatahan, kerna yang patah dah lama tumbuh tunas baru.

Marilah kita mendoakan kelangsungan aktiviti-aktiviti seni  dan puitis ini. Amin…


Gambar saya curi di Rumah Titi

Note: offcourselah saya hanya promosi aje, tapi tak join. Tak sesuai kakak nak join orang muda macam korang berseronok eh….have fun.

Tuesday, November 25, 2014

THE AGENDA

Hiba bila baca artikel di pautan  ini. Kenapalah yang mau kritikal sangat dengan Pak Samad seorang sasterawan yang orang muda pun tak kisah. Bahkan mungkin tak kenal, pun. Saya heran kenapa ISMA beriya-iya nak bergaduh dengan beliau. Sedih tengok Melayu sama Melayu bergaduh pasal isu yang sepatutnya tak perlu digaduhkan, pun. Sedih, sedih, sedih….hari ini cerah, tapi dari pagi tadi saya asyik menagis aje…sedih hmmmm.

Yang membunuh itu
adalah kamu sendiri
Bukan mereka yang kau tuduh
Jalang jalanan
Pemusnah sejarah tamadunmu…

Ustaz kata zaman ini transisi Jabariah ke Nubuwah, how I wish ustaz betul saya salah…sebab saya nampak kita masih beraja lagi…jadi jika adanya transisi ianya dari Manukan ke Jabariah. Kalau zaman Manukan pun kita dah rasa macam nak mati, stress memanjang, asyik rasa semua orang nak “rogol” kita, Jabariah esok ntahlah. Ada baiknya korang ambil lessen senjata api, tembak sajalah sapa yang kamu suspek ada black hidden agenda mau bunuh Islam dan Melayu. That’s why I hope I was wrong and Ustaz was right. Zaman Nubuwah, Imam Mahadi muncul, Dajjal Mati, Nabi Isa turun dari langit, lepas tu kita boleh rest in peace di Jannah.

Long ago
How I wish they have a courage
to put a bullet in my head
but sad to say

they don’t have a licence to even own a gun
let alone to pull a trigger.
They only have keyboard to
mercilessly killing me
So much I pray for a bullet
GOD keep on sending me keyboardllet

Fighting back is
The least on my mind
as prophet teach me
not to hate, but to love

Monday, November 24, 2014

FACEBOOK BASH

Saya agak terperanjat juga bila anak buah saya memuatnaik kegusarannya di laman FB group kami. Rasa memang macam mau tumpang semangkok dan melezer dengan kata begini “hmmm macam ni nak kalahkan Zionis, konon. Buat bajet pun tak pandai!” Sila gunakan imaginasi anda dan baca line itu dengan gaya Nyonya Mansur Ibu mertuaku.

Pun begitu bimbang pula ada yang geli-geleman memikir ada orang gila berdelusi “holier-than-thou”, who sit at the table of GOD,  sedang frust menonggeng tak dapat rembat batang butuh, jadi saya tulis dalam blog sahaja. Memang pelik orang bijak pandai ini. Kenapalah otaknya tidak diguna untuk menolong orang bawahan seperti kami.

Peruntukan dah kosong, tapi baucer se betengkek-tengkek

Kerjanya mari ke bawah, marah, marah, marah. Itu ka gayanya kunun sebuah bangsa yang akan memegang obor dunia satu masa nanti? Kadang rasa mau mencarutkan pegawai pentadbir yang nak kata bodoh, semua keluar universiti dan untuk anda menjawat jawatan sebagai  pegawai tadbir diplomatik bukanlah mudah. Hanya yang terbaik dikalangan terbaik yang terpilih.

Bila terpilih, lain pula halnya. Orang kata bajet kementerian terbesar negara ini, macam inilah dia. Tiap-tiap tahun lewat sampai. Bayangkan saya dan krew he he he…mengambil istilah glemer Air Asia, hanya ada 5 minggu dari tarikh akhir penutupan akaun, masih banyak lagi baucar yang tidak dapat diproses kerana ketiadaan peruntukan.

Kita minta peruntukan lain, peruntukan lain yang tak berkaitan pula yang akan turun. Bukan kita tak butuh apa yang akan diturunkan, tapi bayangkanlah dalam masa 5 minggu kena kasi licin semua yang turun, prestasi perbelanjaan kena 99.99%.

Ironi, ironi sebuah bangsa yang percaya mereka jelmaan Pahlawan Al-Fateh sedang …apa-apalah heh, sedang berperang melawan Pontianak/Puaka Zionis dan segala mak nenek proksinya, (semua orang proksi zionis nak perosak anak,cucu cicit dia, nak punahkan sejarah tamadun bangsa dia) menang perang dan mengubahnya jadi daula Islamiyah sehebat zaman nabi di Madinah??? Hehehe…

Ia memang saya rasa mau carut-carutkan mereka-mereka yang perasan ni. Buat kata nenek pun, cakap berdegar-degar, tahi tersangkut atas gelegar.

Sunday, November 16, 2014

Curi Dengar

“Dulu tak macam itu ek” kata A yang berbaju kurung merah menyala

“Iya dulu memang tak macam itu” sokong B yang berkebaya biru

“ala dulu tak ada penasihat-penasihat ni” sambut C yang berkurung oren. Gaya dan suara dialah paling dominan jika berbanding yang dua lagi. 

Perbualan ini saya curi dengar waktu break semasa menghadiri program rasmi. Iya saya dapat mencuri kerna saya keseorangan. Tika itu enjin belum panas, belum kenal-kenal lagi, baru lapor diri, terus ada makan-makan, alahai. Karipap, apam gula hangus, seri muka mereka kuit-kuit, kekenyangan barangkali kerna bungkusan nasi kerabu sudah mereka kroyok-kroyokkan ke tepi. Mereka tengah menikmati minuman panas.

B yang bertubuh montel membetulkan sebutan C “p-u-n-a-i, punai…”

C  akur dan berkata “punai-punai sehat”

“punai sehat, karipap kering tak guna!” gerutu A perlahan, sambil mencocok karipap pusing bersaiz yang, alamak 2 kali cakup, dah selesai, dengan garfunya geram. Lalu menyuakan kemulut dan karipap itu digigitnya dengan penuh perasaan.

Mereka tergelak besar…dengan kata dan aksi A. Punai sehat, karipap kering.  Itu pasallah semua dah jadi huru-hara simpul mereka. Sambil gelak-gelak dan terus gelak. Terhenjut-henjut bahu masing-masing. A muka sposen, sikit pun tak gelak, cuma senyum puas apabila seluruh karipap pusing itu dikunyahnya.

rupa karipap pusing
Disclaimer : Cerita ini hanya khayalan sahaja tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Kawanku yang dot dot dot II

Saya memang tak stress pun pasal isu pondan ni, kelmarin tu saja aje bikin drama paranoia, tapi memang saya menangis bila saksikan video ni :-




Saturday, November 15, 2014

KEBEBASAN BERSUARA

Ada orang kata online itu bebas. Saya tak setuju. Pada saya tak macam itu. Offline lagi bebas sebab kita kenal rakan bual kita, kita tau apa yang dia suka, apa yang tidak.
Contoh saya boleh kata…. eiii kamu ni munafik betullah pada si A. Tapi tidak pada si B. Dan si B memang arif yang dia tak boleh keluar perkataan kafir pada saya, walau bersama B dan D mereka bebas mengkafir-kafirkan saya jika saya bersikap terpilih-pilih, kawan-kawan didahulukan, tak kawan, aku simpan tepi dulu. Padanya itu kafir itu bererti engkar. Engkarkan perintah tuhan. Tuhan perintah suruh saya adil, tapi saya dulukan claim pegawai dan kawan-kawan saya. Itu tak adil, saya dah engkar, maka saya kafir.
Pada saya pula munafik itu double standard. Pada dia, ntah. Dia memang melenting dengar perkataan itu, dia terkejut, suaranya sedikit keras “munafik!” tapi terberhenti lalu tersenyum lebar dan berkata “iya, kamu sudah tentunya bercakap dengan bangsa Indonesia, pada mereka munafik seperti kita cakap, lu, cakap tak serupa bikin.”  
Offline, saya takkan tau jika si B sudah cakap pada D begini “CC Mardhiah tu kafir betullah, kenkawang dia aje claim dah masuk, kita belum lagi” dan Si B tidak akan tau jika saya mengadu pada kawan bangsa Indonesia saya yang si B tu memang betullah munafik! Bagi ceramah claim kena hantar sebelum 10 haribulan A.P. 100 kata kalau ingkar A.P., kewangan berhak tolak claim dia, tapi dia sendiripun selalu lewat hantar claim dia. Huh!

Dalam internet, cubalah kita capture perbualan tadi dan uploadkannya dalam youtube ka, lepas tu tag sana-tag sini,  he he harus,_________. hai aku tak mau membayangkan apa yang bakal terjadi.

Friday, November 14, 2014

Kawanku yang dot dot dot..

Saya tertarik dengan pandangan blogger tersohor Ahirudin bin Atan atau dikenali ramai sebagai Rocky Bru. Dia kata orang kata Afganistan sana bergelut dengan gergasi besar, kita kat Malaysia yang aman ini sibuk bergaduhkan pondan, anjing, GST dan BR1M.

Saya dah cerita pasal anjing, kalau budak tu jiran saya, saya sekeh aje. Tapi bila dengar katanya dalam akaunnya ada dana besar saya tak akan sekeh dia, bukan saya takut, tapi saya tak maulah lepas saya sekeh….Kakak Marina, YB Nurul, segala kakak-kakak yang besar/perkasa, inspirasi wanita hari ini, ini marahkan saya.

Hari ini saya nak cerita kisah pondan aje. soal negara (GST, BR1M), saya tak layak nak merecehkan isu besar ni, tapi bolehlah baca ulasan orang yang arif. Ada netizen lain kata (saya rephrase), “aik bukankah kita ni sudah lama dah cukup terbuka dengan lelaki berpakaian wanita?”

Lepas tu mereka-mereka yang tak puashati dengan lelaki-lelaki yang mengalahkan wanita ini, berbunyi pula dalam mainstream media sampai saya terparanoi yang dia nak menghasut saya agar berperang dengan pondan…

Hasutnya, (saya repharase) “ hmmm, sayanglah sangat kawan ko yang pakai foundation tebal tu, kih kih kihlah lagi bergossip sakan dengan dia. Pernah ko terfikir sapa kekasih dia? Hah! Kekasih dia lelaki segak perkasa yang patut jadi laki ko, ko tau tak!” marah dia bersungguh-sungguh. Gelihati saya dengan paranoia  yang ini.

Tak terhasut pun, tak benci pun. Kita bukannya suka pun kekasih kawan kita, lengan ketak-ketak tu, perut six pack tu, yang kaya lagi pemurah boleh belanja kawan kita perfume, dress, kasut mahal-mahal, tapi kita suka kawan kita yang lemah lembut itu. Ntah, kita tak rasa pun yang kawan kita dah rampas apa-apa dari kita, kita tak ada rasa nak benci kawan kita yang manja walau boleh tahan lazer juga mulutnya.

Kita menggalakkan umat nabi LUT, kita bla bla, bla, bla…? alah kita malas nak fikirlah. Kita nak bagi tau kat sini, kita stresslah dengar khutbah korang, semua orang gian nak bawa dunia ke arah kehancuran. KITA STREEESSSS…kita nak ajak kawan kita facial lepas tu kita nak tepek foundation tebal-tebal kat muka dia. Lepas tu kita nak pakaikan dia khol macam Kim Kardashian. Lipstik merah menyala macam Marilyn Monroe. hmmm nyamannya...barulah hilang stress kita :)

Wednesday, November 12, 2014

SENSITIVE

Sebenarnya cendikiawan barat sudah lama tolak Kristian, sejak kurun ke-18 lagi. Lagi-lagi masa kini bila ada yang mencadangkan Jesus ada anak dan berkahwin, mereka ok aje. Bila pengkarya kreatif mereka mengangkat teori ini dalam karya fiction, novelnya jadi laku-keras. Kemudian, dipunggah ke layar perak. Pecah panggung bukan sahaja di Amerika, di Malaysia pun kalau kau tak tonton filem itu, hallamak, aku malu nak ngaku ko kawan aku,lah. Tak hip langsung! Ni baru keluar gua mana ni?

Kita orang Islam tentulah kata, Hai apalah mustahilnya Jesus itu ada anak. Sebab yang disalib itu bukan nabi Isa, tapi salah seorang pembenci Isa. Allah tukar mukanya, pembenci yang lain terkeliru dan menyalib lelaki yang disangkakan Nabi Isa yang pada ketika itu telahpun diangkat ke langit.

Tapi tak sangkalah pula benda macam ini boleh bikin orang Kristian di Malaysia marah. Iya isu yang sangat-sangat sensitive yang boleh bikin gugat keharmonian Negara tercinta ini, jika dibincang dalam medium social seperti FB, tweeter dan sebagainya. 

Sudah semistinyalah saya tak sampai hati untuk menyinggung perasaan perempuan secantik dalam gambar yang saya curi di sini. Hatta, mau singgung perasaan pengikut/penyokong setia beliau, saya tak tergamak. Anda pula bagaimana?