Sunday, April 10, 2016

MELUR...samb

“I couldn’t connect to the internet, can you please take a look at my computer” pinta saya pada rakan sekerja.
“May be they’ve block on your note book”
“Last time ok, whaaaaat”
“New policy. You’ve been away for a month. You cannot just plug in your personal note book here. You need to have an authorisation from IT Department.”
“ummmh…. I got to see the IT guylah ni”
“yeah your, IT guy, go and get him” sambil dia menjelirkan lidah…
“since, when our IT guy, becoming MY IT guy?” sambut saya sambil mengangkat kening.

Beberapa ketika kemudian….
“Erdeena, why you didn’t tell me that Ian is not here any longer, in the first place?”
“So, you’re upset?”
“NO! Suka hatilah dia mau pegi mana pun” Deena terkejut, saya pun terkejut. Saya terlalu kadang-kadang, like setahun payah sekali meninggikan suara. Tapi kenapa ni saya tiba-tiba rasa emosi pula. Becca hanya mampu menggosok-gosok bahu saya dan cakap “I think you need to go to the cafeteria for a hot chocolate” saya pula hanya menurut macam robot. Rasa nak menangis pun ada.
Iya saya agak frust, bila saya tahu My MR POLIS moral sudah tiada. Migrate, ikut abang dia ke Australia. Di sini mereka hanya berdua beradik. Kedua ibu bapa sudah tiada. Abangnya pula buka restoran makanan Cina di sana, dan kali ini dia ikut sama. Saya tak sepatutnya rasa sedih, kehilangan ka apa ka,kan, tapi saya memang rasa teruk sangat. Kenapa masa dia ada saya asyik mau gaduh saja. Bila dia tak de saya rasa semacam.
Lalu saya melukis. Saya mau aktifkan sel-sel otak kanan saya. Kerja saya ini terlalu teknikal. Dulu saya berhenti melukis sebab Edward de Bono kata akauntan dan lawyer jangan guna otak kanan, nanti jadi fraud, window dressing bla bla bla….dulu 15 tahun yang dulu. Tapi hari ini creative accounting diberikan sedikit nyawa. Adalah alasan-alasannya…ah tak payahlah saya tulis di sini. Jika berminat boleh saja google topik teori perakaunan.
Saya pula dapat kerja bidang auditan. Pak Cik saya auditor kerajaan, sama macam saya. Makcik saya inspector polis. Pak Cik saya kata orang yang berotak kanan ini, kalau bikin report, reportnya ada jiwa. Suraya kakak sepupu saya adalah inspirasi saya. Suraya sekarang merupakan seorang Audit Partner di Firma Audit Swasta yang terkemuka di ibu kota ini. Suraya akan melukis tiap masa yang terluang. She’s good but she says ustaz say she cannot make a living by being a painter. Each time she finished her sketch book, she will burn it. This time around I wanted to serious with my life.  I want to be an auditor. Dah lama tak lukis, saya kehilangan skill, macam cacing aje, lepas tu saya doodle….Ntah apa aje yang saya conteng-contengkan.
“Kenapa tak sypke jer pakwe kat Australia tu, hmmm melukis kunun, apa lukisan ini boleh hantar jiwa kau ke sana, lepas lukis-lukis bakar, macam kakak sepupu kau tu?” Tanya Deena sambil mengekek ketawa gelihati melihat contengan-contengan saya pada satu hari tika dia singgah ke apartment saya. Deena tinggal dengan ibu bapanya di kampung yang terletak kira-kira 45km dari tempat kerja kami. Jadi musim-musim El Nino yang membahang ini dia tunggu matahari terbenam dengan berbadak berendam dalam kolam di apartment tempat saya menyewa dulu sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Kadang-kadang dia singgah naik ke apartment, kadang-kadang dia lepak-lepak sahaja di kafe berwifie yang terletak berdekatan dengan kolam renang. Kadang-kadang saya ikut dia berenang, tapi selalunya saya lebih suka terperap di dalam bilik, menconteng. Oh rule no 2 kawan tu….saya malas nak buat laps. Kalau saya temankan Deena pun kami berendam dan bergossip-gossip saja. Sejak-dua-menjak ni saya malas nak gossip dengan dia, sebab nanti balik-balik saya yang kena.
Saya diam saja. Saya rasa tentula tak ada faedahnya saya berskype-skype segala bagai, menipu diri sendiri pada sebuah harapan yang tak pernah wujud pun. Sekurang-kurangnya menghantar abu lukisan ke udara kurang satu dosa bercakap-cakap yang bukan-bukan yang dikhuatiri akan terbabas hingga membenihkan anganan yang bukan-bukan dengan seorang Mahram. Kau mau islamkan dia, nak tunjuk betapa indahnya Islam, betapa lurusnya Islam sedangkan kalau bercakap dengan dia pun, saya tak sudah-sudah kau mengiyakan kutukan dia terhadap Tuk Islam yang huru-hara, itu. Sedangkan Islam kata mengumpat, mengata itu umpama memakan bangkai saudara sendiri. Bagaimana pemakan bangakai  mau pimpin orang yang dikatakan kunun sesat itu? Kau ingat dia mau belikah? Janganlah mudah tertipu sangat wahai Muslimah. Itu cuma satu tipu helah syaitan.
Saya diam, sebab konsep benih anganan dan memakan bangkai ini sangat kompleks untuk saya fahamkan pada Deena. Dia mix. Mama dia Irish, bapa dia yang Melayu macam saya. Dia menerima pendidikan di luar negara hingga usia belasan tahun. Justeru saya belum lagi selesa berbincang perkara yang dalam dengannya. Lagipun saya baru sahaja kenal dia selama setahun.
Saya diam, saya menconteng, tapi saya tidak akan membakar contengan saya seperti Suraya membakar buku lakarannya.

Monday, April 4, 2016

MELUR

Tiba-tiba ada rakan lama dari jauh menelefon saya. Dia bilang dia ada persidangan di ibunegari tempat saya bertugas ini. Dia mau jumpa saya. Rupanya dia menelefon dari di lobby pejabat saya. Terkejut sungguh saya, ini prank April fool kaini, tapi April lama lagi, dan saya turun juga ke lobby dalam keadaan hati saya yang bercakap bukan-bukan itu. Rasa macam mimpi. Betul dia tercegat di situ. Saya tak kena prank. Waktu pejabat hampir tamat, jadi saya tanya jika dia sudah solat Asar atau belum, terus kami bersama ke tempat sembahyang dan usai solat saya suruh tunggu di Mussollah, sementara saya ambil beg tangan, ketik kad perakan waktu dan pulang.
Saya jemput dia ke apartment saya, kami berbual-bual agak panjang sehingga mau masuk waktu Maghrib. Lalu kawan saya cakap yang sebenarnya dia ada hal mau bincang sama saya. Saya suruh dia rehat-rehat dulu, lepas dinner baru bincang…. Saya masak makan malam ringkas memandangkan dia kata dia on diet dan ada bawa makanan formula diet yang hanya perlu dibancuh dengan air suam. Pun begitu saya berjaya juga pujuk dia makan sup sayur ringkas saya. Saya memang berhasrat mau belanja dia makan satay ka, lamb chop ka, chicken chop atau Pizza, sebab saya sendiri macam ada craving mau makan yang gitu-gitu, dah dia on diet, what to do? Saya telan liur.
Masa makan malam dia bicara, dia kata dia sudah baca catatan jurnal di blog saya. Hati saya sangat berdebar-debar, saya tak sangka dia baca, dan kerana itu dia bersusah-payah pulang ke sini. Saya berterus-terang dengan dia, view ship saya tidaklah viral. Saya tulis suka-suka saja, buang-buang bosan dan terkadang tu terapi minda saja. Tulisan saya tidak ada apa-apa impak pun pada sesiapa. Saya rasa sangat bersalah kerana telah menyusahkan dia.
Dia cakap tidak mengapa, memang dia ada persidangan dan mau jumpa saya pun. Jadi dia terus cakap baik-baik pasal tulisan saya. Dia kata betul Tuk Majlis Tetua sudah lanjut usia, tapi melalui teknologi, ilmu baru, fikiran Tuk Tetua boleh diawet dan diguna pakai sepanjang zaman. Yeahlah macam Al-Quran dan hadis gitu,kan. Begitulah hebatnya pemikiran Tuk Tetua, pada peminat Tuk. Jadi dia minta saya tidak putus harap. Cik Melur tak harus dibiar melugai-lugai, membelai-belai peminat-peminat dia yang hidung belang, lagi ada black hidden agenda terhadap Cik Melur dan rakyat serta anak cucu rakyat Melur. Mari beri kepercayaan pada pemikiran awetan Tuk Tetua sebagai penyelamat ummat. Kata dia.
Dia cakap lagi bla-bla-bla sehingga lewat malam…saya hanya mendengar, dan sesekali kata ah ah ah ooh ooh. Angguk-angguk tanda setuju dan menyokong. Ntah saya tak ingat pukul berapa saya hantar dia ke hotel yang jaraknya lebih kurang 5 minit berkereta kadar kelajuan 60km/j sahaja dari Apartment saya. Yang saya ingat, saya tak buat tahlil untuk nenek, tuk, abah seperti rutin kebiasaan malam Jumaat, saya dan keesokkan harinya saya hampir miss solat subuh. Di Ofis pun saya tersenggut-senggut. Mujurlah hari Jumaat, rehatnya panjang. Jadi saya habiskan satu jam waktu rehat “nap” di “work-station” saya.
Sabtu, dan Ahad barulah saya cuba digest apa yang kawan cakap…..saya memang tak ada masalah dengan sesiapapun nak jadi PM…saya mula google Tuk Tetua, family dia, life-style dia, dan juga beberapa do and don’t yang kawan saya bualkan pada malam kelmarin. Lepas tu saya bikin catatan ini….
1)    Saya kena juga diet macam kawan saya….kalori harian ialah 1,200 kalori
2)    Saya kena konsisten pergi berenang…
3)   Saya juga kena masuk kelas menari dan kelas vocal.
4)   Saya akan cuba sebulan sekali lepak-lepak dan selfie di Starbuck, uploadnya dalam FB.
5)   Saya juga perlu rajin-rajin selfie di setiap tempat yang saya lawati dan upload dalam FB lagi.
6)   Kalau ada mesyuarat, kursus di hotel-hotelpun, wefie dengan kawan-kawan dan lagi afdhal kalau dapat wefie dengan orang yang “Chair”kan mesyuarat tu berdua-duan saja, upload lagi dalam FB….
                Ok Done, tak lah sesusah manapun,kan, melainkan bagi perempuan yang memakai petua pantang suara buluh perindu Biduanita Datuk Siti Nurhaliza, “saya tak bergambar dengan lelaki” –PANTANG BERGAMBAR BERDUA-DUAAN DENGAN LELAKI BUKAN MUHRIM rule no 6 susahlahkan, nak follow. Tapi tak per berdua-dua jak yang tak buleh berkumpulan, berdua dengan poster boleh kut, tu kena tanya Datuk Siti balik. Ala Tuk Ti ketat sangat pantang mu itu, Chairman dalam organisasi kami ni pun bukannya status selebriti macam Tuk Ti dan rakan-rakan pun,kan…
Oklah berbalik pada Tuk Tetua. Good Luck…. all d best. Oh saya lupa mau bagi tau….kawan saya itu adalah pensyarah dalam bidang Knowladge Management di sebuah luar negara saaaaaana. Iyaaaa, dia ada phd. 

(Nota:- Ini adalah sebuah kisah psiko kuat berangan lagi rekaan semata-mata. Fiction saja…..OKey)
Terlupa pula, pada yang baru baca blog ini, bolehla klik disini untuk tahu cerita prior sebelum kedatangan, rakan sekelas masa SPM saya.
  (mari sambung balik cerita, kita)

Well… well saya memang tidak upload cerita kawan yang datang ini dalam blog. Sebab kawan pesan jangan upload, dia cuma saran apa kandungan FB yang perlu saya isi. Blog pula dia sarankan saya ubah jadi jurnal untuk saya pantau apa yang saya makan hari-hari. Dengan itu saya boleh pastikan yang saya disiplin tidak ambil lebih dari 1200 kalori sehari.
Rupa-rupanya tanpa saya sedari rakan sepejabat follow blog saya. Dia juga tahu saya ada menerima tetamu dari jauh. Memang saya bercerita pasal lawatan kawan itu. Iyalahkan kedatangan kawan memang obvious, dia datang ke pejabat. Esoknya saya ngatuk-ngatuk, jadi saya ceritalah yang saya berborak panjang semalaman dengan kawan.
Rakan sepejabat macam ada six-sense, dia tanya adakah lawatan kawan dari jauh itu bikin kandungan blog saya jadi berubah. Sebab setahu dia saya memang tidak hirau hal makan-makan dan hal berat badan, alih-alih aje saya sibuk mengira kalori, jadi kawan pun menebak yang perubahan ini ada kene-mengena dengan kedatangan rakan lama saya.
Saya kata iya. Saya cerita semua, dan kenapa. Kawan saya memang moralis, saya gelarkan dia polis moral, tanpa pengetahuannya. Polis moral tak berkenan dengan jawapan “ada lah, ada lah” tok Tetua bila orang tanya, sapa mau ganti teraju Melur. Dia juga tak gemar dengan kelaku penyokong, serta tukang sorak beliau, tika berada di atas talian. Luar talian pula dia geli-geleman dengan hidup bermuka-muka anak Tuk Tua yang di kampung berlagak Zuhud, balik Kota hidup laki-bini copy-cat  gaya hidup the rich & Famous bangsawan-bangasawan Bangsa Abang GB. Kami memang geli dengan manusia yang paku dulang paku serepih ni. Tuk Tua selalu mengata-ngata gaya hidup menantu, anak cucu Dinasti Melur, yang dah lari dari landasan budaya Timur, tapi menantu, cucu-cicit Tuk Tua sendiri pun 2x5 juga. Kawan hairan kenapa saya tidak ambil hirau pasal onar yang telah Tok Tetua lakukan semasa dia berkuasa di Melur Inc dulu. Dia heran kenapa kini saya hilang minat bercakap pasal Tuk.
Saya bilang sama dia saya memang tidak ambil hirau pasal itu semua. Saya bukan polis moral macam dia. Akal Tuk memang jahat. Oh BTW, blog saya banyak mengata-ngata Tuk Tua, approach dia yang menyongsang bagi penganut amalan tegar kapitalis. Ok sambung pasal Tuk, saya kira kalau kita tidak ambil pusing cara mana Tuk nak memusing-itu-ini, demi menggemukkan suku sakat Tuk, Tuk tak akan kacau kita. Saya sudah boleh beradaptasi dengan mereka, jadi saya tidak ada apa-apa rasa untuk komen-itu-ini. Saya juga tidak ada apa-apa ketakutan dengan ntah apa kejahatan yang bakal menjelma jika Tuk menang nanti. Saya hanya pelajar jurusan perakaunan yang suka membanding-banding apa yang saya belajar dalam kuliah, apa polisi absurd yang telah Tuk bikin. Saya terpersona dengan cara licik Tuk yang lantang mengecam sistem yang ada, tapi pada masa yang sama giat memanipulasi ruang dan peluang yang ada dalam menggemukkan anak-cucu dan kroni dengan dalam sistem yang beliau cemuh dan keji. Kelicikan beliau tidak memberi kudis pada saya. Saya tidak punya apa-apa bon, sekuriti yang didagangkan di bursa sana. Kalau Tuk mau memporak-perandakan bursa, sampai lingkup terbalik pun saya tidak ada apa-apa masalah.
Baru-baru ini musuh CEO Melur Inc heboh cerita ada lembaga dalam Lembaga sudah curi duit Lembaga. Lembaga akan bangkrap kalau lembaga tidak dikeluarkan segera dari Lembaga. Strategi mau keluar lembaga dari Lembaga jadi agak keterlaluan pada pandangan saya dan juga rakan sepejabat saya, si polis moral itu.
Namun para tukang sorak Tuk Tetua menyambut dingin cerita ini. Salah seorang orang kuat Sorak buat cerita portal soraknya sudah dihalang bersorak dari pihak Melur. Semua percaya sebab kalau kita buka portal soraknya kita akan lihat kenyataan “laman ini dihalang bersorak kerana melanggar undang-undang siber Melur” Namun saya skeptikal. Grafik macam itu saya pun boleh bikin. Saya bikin sendiri, saya kata Melur yang bikin.
Saya rasa tukang sorak tak berani menyambut cerita lembaga dalam Lembaga, sebab memang sudah lama ketahuan oleh ahli Lembaga yang lembaga dalam Lembaga dibiak oleh Tuk Tetua sendiri, semasa dia berkuasa di Melur Inc. Hai,kan macam manalah pembiak lembaga mau otaknya kita karan, simpan dan awetkan macam Quran dan Hadis…..Cebik kami bersama-sama. Lepas itu saya gelak-gelak. Kalau Tuk Tetua menang, Melur kena pakai otak awet biak lembaga ini. Saya tahu kawan polis saya memang panas dengan gelak-gelak saya itu, tapi saya sengaja sambung cakap untuk bikin dia lagi panas, “Oh tika itu saya sudah bersara, saya mungkin sibuk mendalami seni khat dan Quran seperti tradisi yang dilakukan oleh Tuk-nenek-leluhur saya. Bila kau telah berpindah ke alam itu, kau sudah tidak perlu risau apa-apa, kau mau ikut saya?” Ajak saya penuh ikhlas pada kawan polis moral itu.
Dia cuma geleng-geleng kepala dan kata saya gila. Saya pun tidak berkecil hati sama dia. Selama ini pun dia beri saya gelaran psiko kuat berangan. Berangan dan berharapkan yang bukan-bukan dari seorang agnostic macam dia. Sejenak kemudian, saya terkejut bila dia bersuara perlahan “lepas ni aku sudah tidak ada kawan untuk kutuk Tuk Tetua, lah”. Saya angkat kening dan cakap  “are you going to miss me, miss my psiko kuat brangan chatter?” soal saya nakal “eh you will be soon forget about me if I’ve, introduce you to my online friends. Dia orang lagilah bab mengutuk Tuk’s ntah-hapa-hapa-berbangang ideas, lagilah vava vooomm, malatop tau!”
Dia diam, mukanya berkerut-kerut lalu dia pergi meninggalkan saya macam itu saja. Saya tekup mulut dengan tangan kanan, sambil tangan kiri saya mengurut-urut dahi, sendiri. OMG, dia marah ka sama saya? Saya sudah push dia too far? Ah tak kisahlah esok bila dia sudah sejuk, dia tau saya tidak perli dia dan ajakan saya ikhlas dia akan okey balik. Tika saya terkulat-kulat, kalut dengan pertanyaan sendiri, dia sudah berada sepelaung jauhnya dari saya, dia berpaling dan menjerit “no….Thanks, but thanks”


Friday, April 1, 2016

ANJING, MENGAJING

Saya tau dia terpaksa bawa saya sebab dia. Saya pula terpaksa ikut sebab mau nampak cool depan dia. Kami sama-sama mau nampak cool kerna dia. Begitulah hebatnya dia. Lalu kami makan sama, borak sama-sama. Tiba-tiba dia buka cerita begini… “kau percaya tak seorang, orang tabligh pernah panggil aku anjing” saya balas, “kita sama saja, kau anjing, saya pun anjing, kita kerja kerajaan semuanya anjing”

 Dia terkejut “but you look like one of them”

“yup, I do look like one of them, but do I sound like them?” tanya saya kembali.
Dia tunduk… lalu dia cakap “saya anjing, bukan saya kerja gomen, masa tu saya belum join gomen pun, in fact I’m one of his staff”

“You look like anjing to him, your attire…” dia tersenyum lebar, mengangguk-angguk. Saya pun membuka cerita panjang lebar.

“I am a dog because I rejected polygamy. I believe our men:women ratio here is healthy, he think otherwise. I am doing part time job as a wedding planner. You knowlah that Ahmad Maslan suggest to us that we took second job, to meet our end,kan. Gomen gaji  ciput. I have a partner. My partner is GID. Then I think is not about the ratio, not about I rejected his polygamy’s proposal, it is all about my partner. oh not that he propose to me to be his second wife I reject....no, dia tak pernah propose saya pun. I reject the idea of polygamy in Malaysia's current situation. The ratio is healthy, cuma some of them terpenjara dalam Penjara betullah, Pusat Pemulihan,lah macam-macam,kan. Yang bebas plak...terpenjara dalam kekeliruan”


“You are a part-time wedding planner? Huh!” terperanjat dia, lepas tu kami berborak-borak pasal wedding….