Wednesday, December 28, 2011

Diari GAJI/UPAH


Ada orang memang Allah berikan kelebihan bercakap. 27 Disember yang lalu sekali lagi saya bertemu dengan  seorang dari 2 penceramah yang berjaya memusingkan “attitude” saya 360 darjah berkenaan kerajaan dan kepimpinan kita, orang Melayu.

Almaklumlah masa muda, masa sekolah, masa sebelum menyertai perkhidmatan awam, kita selalu kata kerajaan tak betul, kepimpinan Melayu low class, rahsuah, bernasfu-serakah-tak kira mampu ka tak mampu, otak ciput, akhlak busuk macam longkang tapi masing-masing mimpi kunun merekalah memimpin Negara setaraf nabi memimpin  Islam di Medina, gitu-ginilah-gitu.

Orang yang paling kami benci ialah Tun Mahathir. Macam-macam label yang kami berikan pada Tun. Namun semua berubah selepas saya dibasuh oleh 2 penceramah tadi yang merupakan akauntan masa di Jabatan akauntan Negara. Sapa sangka orang matematik dan nombor sangat mahir berhujah dan berjaya membikin saya melihat Tun dengan wadah wawasan 2020 beliau dengan pendekatan baru. 

Okla berbalik pasal perjumpaan pada 27 Disember yang lepas, saya tidak banyak bercakap sebab sudah bulat hati kata kepimpinan Melayu adalah terbaik dan saya patut 100% menyokongnya, walau macam yang saya cerita hok lepas, saya agak terkilan dengan kenaikkan gaji yang lebih rendah dari peratusan yang diumumkan PM semasa bajet 2012. Kedaan jadual gaji yang 'follow' janjang arithmatik, pada 2 takuk yang bikin makin lama kita kerja, makin kurang kenaikkan gaji jika diukur dari segi percentage. Saya kira ianya takdir ketentuan Allah, jika saya masuk perkhidmatan awam ini setahun lebih awal, saya masuk takuk 2, hah...maka cerita janjang baru, persen pun baru. 

Cuma satu perkara yang saya mau share di sini ialah tentang pengstukturan bidang kerjaya saya yang bertukar dari bentuk pyramid kepada bentuk diamond, dan keyakinan saya pada kajian yang telah dilakukan oleh pemikir Negara, kunun pada 2020 kalau gaji saya tidak mencecah RM4,000 sebulan, saya akan susah. Nah input/maklumat sudah pun diberi, terpulang pada usaha sendiri bagaimana memikirkan jalan kea rah RM4,000 tersebut pada masa yang ditetapkan.

Kawen dengan orang kaya. Ya, how I wish. Tapi orang kata, jodoh memang saya sudah  tak nampak dah, kalau cantik, muda bolehlah mengharap nak kawen dengan orang kaya. Tapi kalu dah umur baya-baya saya baik tumpukan peluang dan ruang yang ada di depan mata. Kalu kawen dengan orang kaya, kita tunggu duit orang, ntah dapat ntah tidak.  Kalau kita sendiri ada keupayaan menjana pendapatan sendiri, kenapa pilih untuk mengharapkan belas-ihsan orang untuk mencapai target 2020?  

….*****

Oh ya…on the note for those yang tak puas hati tentang kerahsiaan formula mengira kenaikkan gaji SBPA, ini alasan yang diberikan oleh yang berbahagia Encik Tarmizi Tamby Chik, Pengarah Jabatan Akauntan Negara, Negeri Melaka:-

“kerahsian ialah untuk membendung Inflasi. Kalau peniaga dapat tau mereka akan “adjust” harga barang ikut kenaikan gaji kita”

Ko nak percaya, tak nak percaya, itu ko punya pasellllah. Saya sendiri cakap dalam hati, hujah yang berbahagia Tuan Pengarah memang macam kartun, tapi sebab dah tandatangan opsyen, kartun pun kartunlah aku terima dengan redha dan lapang dada. 

Friday, December 23, 2011

Alahai SBPA


Rumah siap pahat berbunyi? Sesuai ka, kena ka peribahasa ini untuk menggambarkan kisah CUEPECS yang memohon penangguhan SBPA yang sepatutnya di jadualkan pada Januari 2012 ini? Ntahlah ek. Dek kerana CUEPECS bising-bising, maka banyaklah cerita pasal ini. Ramai tak puas hati.

Bagi saya, memang saya agak kecewa juga bila mendapat tawaran opsyen minggu lalu, tapi saya sign ajelah. Kita orang kecil apa mampu nak kita buat. Kita tiada kuasa nak ubah keadaan, melainkan kita menjalani hari-hari kita dengan penuh hati-hati agar tidak sakit hati.

Kenapa saya kecewa? Saya tak sangkalah tawaran yang diterima ternyata tersasar langsung dari tawaran yang diuar-uarkan di kaca TV. Sekilas pandang PM kita bohonglah. Tapi saya tau bukan PM yang sediakan semua itu. Pegawai PM yang bikin. Kenapa mereka buat kerja macam itu. Hanya Allah sahajalah yang tahu.

Kalu nak cerita benda buruk-buruk pasal mereka ini memang banyak, tapi yang pernah saya kenal semua baik-baik dan rajin-rajin belaka. Kalau orang kata ada dikalangan mereka yang kerjanya main golf, bersembang, berpolitik dan main betina, jawatan saya dalam sector awam ini tidak tinggi untuk saya mengenali elit premier ini. Mungkin benar, mungkin cerita mulut yang disampaikan oleh mereka-mereka yang dengki dan iri-hati.

Namun bila mendapat tawaran yang diluar range percentage gaji yang diumumkan oleh perdana Menteri di kaca TV, kita tak buleh tahan orang lain dari sikit-sikit berspekulasi kenapa pegawai tinggi kerajaan ini sanggup buat begitu kepada perdana menteri kita.

Bagi saya yang sekolah tak tinggi ni, saya fikir macam ini, sahaja mungkinlah bila asyik main golf, main betina, minum arak, otak mereka yang bergeliga sewaktu belajar di Universiti dulu sudah jadi rosak. Jadi bila PM assign satu tugas untuk mereka, mereka tak boleh laksanakannya dengan betul dan sempurna. Kira kalau dalam exam tu, cikgu suruh kira, hah kasi gaji orang naik orang jangan tak kurang dari 7% dan tak lebih dari 13%, dia tak tau macam mana nak menggayakannya, dia ambil hentam kromo dan akhirnya, ada orang bule dapat  sampai 100% kenaikkan gaji pun ada.

Pasal kemungkinan konspirasi mereka nak memburuk-burukkan PM supaya kelihatan seperti PM kita berbangsa Melayu, beragama Islam itu seorang yang pembohong, saya fikir mereka tidaklah begitu busuk hati untuk bertindak sedemikian rupa.  Cuma orang kata agaknyalah bila menempah gaya hidup yang merosakkan, otak pun jadi rosak sama. Bila rosak itulah jadinya. Kira-kira mudah pun depa tak boleh nak kira. Depa ingat kita ni semua bodoh dan sama rosak akalnya macam mereka juga, tak mampu langsung mengira peratusan kenaikkan gaji yang ditawarkan.

Apa pun seperti yang saya cerita awal tadi, saya sudah siap menandatangai borang tersebut sebab saya melihat jalan untuk melayakkan diri menjadi ahli Malaysian Institute of Accountant lebih selesa dengan sector ini dari sektor swasta yang ada luar sana. Jadi saya tidak ada banyak benda untuk dibebelkan. You loose some, you win some.  Kalau anda berada di tempat saya, you cannot afford to kalah semua, so kalah sikit pun tak apalah.

Bila kira balik, TV itu hari announce, kerani macam saya akan dapat 9.6% kenaikkan, tapi kenaikkan yang tertera di borang opsyen saya hanya 4.3%. Kurang 5.3%. Tapi tidak mengapa. Jangankan kerana tak puas hati dengan 5.3% saya terlepas peratus yang lebih tinggi pada masa yang akan datang.

Pasal pegawai tak cekap, itu masalah mereka. Mereka yang buat kerja cincai boncai, mereka hadaplah kemarahan orang. Orang buat kerja tak betul memang patut dibuang kerja sahaja. Tapi kita pun tau dalam sektor awam bukan mudah nak buang orang kerja, sementalah yang buat kerja tak betul tu bukan calang-calang orang. Orang pandai-pandai orang belajar tinggi, elit lagi premier gitu.

Thursday, December 22, 2011

Jom Gedik-gedik


Hassan Ali
:
Apa guna dapat tawan Putrajaya kalau 3R dikesampingkan!

Ketua Muslimat

:

Mana-mana ahli PAS yang senada dengan Hassan Ali ini, samaada mereka ini :-
I)              Bijak tapi bermasalah, atau
II)            Dungu dan gelap hati



Gaya berhujah lagu ini memang mudah, sementalah ada cerita yang orang Gombak Setia sendiri tak berapa sukakan Hassan Ali. Iyalah Hassan Ali ini asalnya pegawai tinggi kerajaan, jadi elitlah gitu. Kalau orang kata dia ni jenis protocol tak suka “turun padang” campur-campur dengan marhaen macam Tien Chua yang sanggup bersama budak-budak berdemonstrasi di jalanan memang saya setujulah gitu.

Namun, adalah lebih baik kita orang perempuan, jangan amal sangat berhujah lagu tu. Orang perempuan tu, tidakkah lebih baik dia ikut sahaja nasihat dalam Surah Al Ahzab ayat 33? Duduk rumah diam-diam. Ini dah terperangkap dalam debat yang penghabisanya, bila dia sendiri nak nyedapkan hati dia sendiri, dia beri “generalization” negetif kepada mereka dia anggap musuh atau terpengaruh dengan musuh. Tak ka eish, nampak macam mengada-ngada, tergedik-gedik, gitu?

Dia kata pempuan mekap-pempuan pakai over-over tak tutup aurat, gedik, dia yang bertudung litup pun 2x5 sama naik aje gediknya juga. Tulah peluk sosialistaEli Wong bogel ramai-ramai, kan dah dapat sawan gedik ELI. Kita pempuan ni jangan senang-senang nak kata orang gedik sebab mengedik tu memang siyookkkk gituh, lagi cocok dengan tuntutan nafsu kita. Memang dalam Islam menggedik tu tak salah kalu kena pada tempat, kena pada orang yang betul-betul halal kita nak tergedik-gedik. Tapi dah orang lain meluat dengan aksi gedik kita. Itu dah mengganggu ketenteraman awam tuh, kawan. 

Monday, December 19, 2011

PARADOX


Minggu lepas sambung hingga ke minggu ini heboh pasai Anwar buat cerita kunun Tun M yang mohon bantuan luar dan dia yang hero, tolak bantuan tersebut. Kemudian Tun pohon lagi lepas dia masuk penjara.  Maka puak-puak yang dok harap sangat UMNO be Endlah, pun menyeru-nyeru Tun supaya menghentikan fitna.

Keluar pula cerita kunun Tun Mlah sebenarnya anggota Freemason. Freemason ini sekumpulan orangg elit yang memuja dan membawa agenda syaitan yang mereka panggil sebagai Lucifer. Kunun musibah yang berlaku, aib yang menimpa semua adalah “rancangan/konspirasi/idea/mastermind”  Lucifer yang digerakkan oleh Tun sebagai wakil pelaksana di bumi Malaya ini. Kalau anda gemar tengok cerita-cerita syaitan, agak-agaknya kan ntah-ntah Lucifer ini sudah meresap/ meminjam badan Tun.  Memang nak pecah-perut gelaklah kalau memikirkan kemungkinan yang sebegini.

Tapi buat kata orang pun kalau dia datang dari kerani cabuk yang memang tiap-tiap 4 bulan sekali jumpa pegawai kesihatan mental ko bulehlah kata aku dah gila isim dan sebagainya. Tapi kalu ianya datang dari seorang yang highprofile macam Anwar, sungguh tak kenalah jika kita merendah-rendahkan individu/personality yang sangat tinggi seperti beliau hingga ke tahap itu. Maka untuk menunjukkan kita ini bangsa yang beradab, terpelajar lagi bertamadun tak kurang tingginya juga, kita kata ajelah emosi, isu yang ditimbulkan oleh Pemimpin tertinggi pembangkan itu sebagai PARADOX.

Sama ada kita mau percaya atau tidak akan paradox ini satu kenyataan, terpulang. Bagi saya yang tengah teruja nak sign SBPA dan sakit hati dengar cerita kunun saya masih tak dapat lagi pegang borang opsyen yang sepatutnya saya pegang hari ini, sebab presiden CUPECS nak jumpa PM dulu, mestilah saya akan menyakini apa yang saya baca dalam artikel ini bagi membolehkan saya berkerja dengan tenang, gembira dan aman.

Bagi nak sedap hati saya cakap sahajalah dalam hati itu paradox-paradox tu untuk orang makam-makam tinggi, kasyaflah tu. Saya ni cuma dikurnai Allah pandangan yang kasar-kasar aje. Paradox-paradox, memang saya tak nampak. Saya nampak dalam video lucah itu muka iras Anwar, dalam lif pun muka iras Anwar, dalam video yang menari-nari gelek sakan pun iras Anwar, yang menyanyi-nyanyi  itu pun memang sah Anwar. Kalu ada yang berhujah itu bukan Anwar, tapi lelaki yang serupa, atau pakai topeng mission impossible itu saya tak boleh nampak ke tahap itu.

Untuk itu saya berdoa moga saya tak mati disambar petir, atau ditimpa hujan batu kerana tak mampu nak mempercayai kemungkinan benar paradox yang dibawa oleh seorang pemimpin negara yang diangkat oleh isterinya sendiri sebagai Pemimpin Anugerah Tuhan.  

Friday, December 16, 2011

Asam pedas sempoi


Bahan-bahan ( 2-3 orang )
·         Ikan Keli (3 ekor)
·         Bawang Besar (½Labu) - di potong kiub
·         Bawang Putih (2 ulas) - dihiris 
·         Cili digiling bersama sedikit kunyit hidup - (3 sudu besar)
·         Air asam jawa - ½ cawan
·         garam secukup rasa
·         secubit gula
·         Air kosong (1½ cawan)
·         Sedikit daun kesum/ bunga kantan

Cara-cara
1.    Tumiskan bawang besar sehingga naik bau , masukkan bawang putih.
2.    Masukkan cili giling dan tumis sehingga garing
3.    Masukkan air asam jawa biar mendidih
4.    Masukkan ikan, (Biarkan ia mendidih lama sedikit supaya ikan masak ).
5.    Masukkan daun kesum/bunga kantan. Renehkan sehingga kuah menjadi sedikit pekat.




Thursday, December 8, 2011

FATIST, FATISM


Macam saya tulis semalam, bos saya mau pun orang besar yang ada perkhidmatan awam ini belumlah lagi mengamalkan polisi fatism. Biasa bos-besar ini orang lelaki, mereka ni memang pencinta wanita, walau macam mana “panas” pun perempuan itu dah bikin. Kalau ada lelaki Islam yang fatist, habislah, susahlah saya. Nak cakap tak ada langsung lelaki Melayu/Bumiputera Islam macam itu, tu mungkinlah tak betul, adalah tu, tapi kita belum lagi seteruk Amerika yang menganggap gemuk itu musuh utama yang perlu diperang habis-habisan. Kita pun belum sampai ke tahap Singapura lagi, tapi sikit-sikit itu memang lama-lama kita akan sampai juga ke tahap itu.

Contoh kita sudah ada 1 Murid, 1 Sukan. Tidak lama lagi mungkin kita akan memantau dan menahan pelajar-pelajar yang beratnya melebihi umur selepas waktu sekolah untuk latihan jasmani. Saya tidak fikir benda ini sebagai tindakan dari pemimpin yang fatist, tapi pemimpin yang realistic. Memang manusia macam itulah mereka, makin mereka banyak pilihan, mereka akan memilih yang terbaik, penjawat awam sepatutnya diisi oleh mereka yang terbaik sahaja. Saya percaya Islam pun tak galakkan umatnya gemuk-gemuk sangat pun. Sebab itulah tadi, gemuk itu mengundang penyakit dan Islam adalah sebuah agama yang lebih menggalakkan pencegahan dari pengubatan.

Macam saya ni, kat tempat kerja ada pegawai sukan, ada gelanggan tenis, ada meja pimpong, petang-petang kalau tak hujan ada seman-robik Isnin, Rabu dan Jumaat, kalau hujan on the way nak balik kerja ada Gym Rakyat di Ayer Keroh, ada kolam renang standard olimpik di Pusat Akauatik Hang Jebat yang berbumbung dan kalis hujan, kalau saya tak maintan kecergasan yang sepatutnya, tak bersenam sekurang-kurangnya 3x seminggu memanglah saya ini seorang keji lagi kufur nikmat namanya tu.

So fikir-fikirlahkan ingatan bos itu. Bos tegur bukan bos fatist, tapi kalau nanti polisi penjawat awam sampai macam polisi nak masuk tentera, kan saya juga yang terlepas peluang untuk berkembang dalam kerjaya. Dulu lain, sekarang lain. Dulu pun dengar cerita, memang ada satu menteri tu di sebuah kementerian itu, memang dia bilang “floor saya ni saya tak nak tengok orang gemuk” jadi kalau ketua penjaga tempat floor itu nampak ada staff dia yang dah naik berat badan tu, maka akan ditukarkanlah ke floor lain. Orang kata macam itu, betul tak betul tu wallahuaalamlah.

Tapi bos saya di sini tu sebenarnya lain, dia dah lama kenal saya dan dia kesian, setiap kali ada masalah, orang tuduh saya. Iya, memang,  yang terbaru ni kami memang ada sorang staff kontrak yang suka cerita-sana-cerita-sini. Pendek cerita, punyalah ghairah bercerita, sudahlah terfitnakan orang. Dah buat fitna, pandailah pula takut kena ganyang,  dia spinlah cerita kunun dia dengar cerita tu dari saya yang gemuk ini. Di pihak saya, memang saya tidak mahu besar-besarkan isu, mengadu-sana-mengadu-sini, iyakan aje cakap dia, tunggulah lagi 20, 30 tahun, lagi. Kalau nak baca yassin, nak solat hajat minta celaka, yang celaka nanti bangsa kita juga, umat Melayu Islam juga. Jadi istigfar sahajalah banyak-banyak.

Pendek kata, satu benda tu, satu keadaan itu, sesuatu kejadian yang menimpa, kalau kita ambil ia sebagai postif, maka positiflah out comenya, dan kalau kita pandang negetif, maka negetiflah impak yang akan menyelubungi diri kita juga akhirnya.

Wednesday, December 7, 2011

1 Staff, 1 Sukan


Baru balik dari PD dan nak kata penat itu tidak, tapi tengah berada dalam kesakitan yang teramat. Bukan saya sahaja yang sakit, semua peserta kursus sakit. Saya sakit sebab saya rasa sebab terjatuh ketika main bola tampar pantai. Adik-adik muda pula mendodoi-dodoi sakit tika turun-naik tangga bas, sebab mereka kata kita main game tak bikin warm-up, starching bla-bla-bla. Saya belum lagi, mungkin tak brani nak sound pegawai sukan yang lain kali kalu nak ajak kami main apa-apa kena senam-robik dulu.

Tapi ni memang sakit gila ni bukan sebab pegawai sukan tak aturkan acara warm-up beramai-ramai, tapi sebab tulah jatuh telepok atas pasir. Puas tuam-tuam sakit juga. Aii ai ai macam mana nak teman kawan main bowling  esok ni? Ni sebenornya nak ngadu bukan pasal sakit fizikal. Ni nak cerita pasal bengang kena kritik.

Well, saya bukan jenis yang tak boleh terima kritikan, tapi saya kena kritik depan-depan orang ramai. Hada ka bos saya tanya apa saya dah bikin penambah-baikkan nak mengurangkan berat badan. Sistem perkhidmatan awam kita dah tak boleh ada orang gemuk, atau mengamalkan fatism ka? Saya tidak fikir begitu, tapi kita harus realistic yang pembayar cukai tak suka orang gemuk. Realiti orang di Malaysia, walau mereka tak berani nak mengaku mereka memang malu dengan orang gemuk. Duduk di Pejabat Pelajaran ni semua orang tengok, kalau orang datang tak dilayan, orang gemuk juga salah, kalau ada kaunter tapi tak ada orang duduk di kaunter, orang gemuk juga yang salah, ada gossip berbentuk fitna, orang gemuk jugalah yang dituduh kunun punca pembawa fitna tadi.

Orang gemuk tak usah ambil hati sangat pasal perkara ini. Ko nak kerja, ko nak maju dalam kerjaya ko kenalah buat apa yang patut-patut. Lagi pun kat Melaka ni cara orang nak kuruskan badan macam-macam ada, pilih sajalah cara yang termampu.

Kita nak kerja umur sampai 60. Kita kena ada perancangan dan stratergi ke arah itu. Kesihatan memang perlu dijaga. Allah tidak mengurniakan kesihatan tanpa usaha. Gemuk-gemuk ini mengundang penyakit.  Apa kita dah bikin, apa kita sudah buat, kita tak usahlah nak canang-canang sangat kat orang, kita tunggu ajelah 20, 30 tahun lagi. Saya malas nak layan bos tu bila dia tanya, soalan macam itu, saya cakap aje saya memasak dan buat kek coklat banyak-banyak. Ha ha ha… orang Melaka kata bagi jawapan bako darah, korang ni semua, tak ada yang menyejukkan,  “panas” aje kalau aku tengok tau!

Hah bila dia dah terbakau, ambik ko, berdas-daslah ko kena tembak. Tapi ada saya ada sebutir peluru yang kalau saya tembak dia balik mesti dia terkedu….(nanti ko cikgu, siap ko, sikit hari kenalah tu) he he he. Kami bukan bergaduh, tapi itulah saya dan bos saya, macam anak beranak. Idaklah saya bergaduh, tapi kalau dia nak saya kurus, dia dan anak-anak buah dia yang lain kenalah  ‘layan’ saya bersukan. 1 Staff 1 Sukan, barulah tahun depan penyertaan kita di carnival sukan jadi real dan terancang, bukan macam tahun ini, pakai main tangkap muat, main tembak-tembak  aje. 

Monday, December 5, 2011

FEMEN MALAYA - Dari Badai Semalam ke Ombak Rindu


(Demamkan Abang Aaron)

One day my buddy which has Christian name, but believe in Buddhism and pray for their ancestor say something like this “why good girl fall for bad guy eh”

She was referring to herself. When I think back I told myself “yeah lo why, eh.” Some time we ‘talk’/ ‘asked’ GOD why the HE make us fall for the bad guy. Eh uslah pulak. I mana ada boyfriend kan. Ha ha ha…

If she asked me today I will surely answer her easily like this;
“because my dear, we read a lot craps novel, from Badai Semalam to Ombak Rindu, and after that before we went to bed, we berangan we are Mazni or Izzah”

Ooh shiiiit!!!  we lah lagi. Never in my life berangan nak jadi Mazni atau Izzah. Tapi ada gak brangan  kawen dengan Keanu Reeves. 

Friday, December 2, 2011

Kek Coklat Moist





Bahan A
250 g mentega
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
1¼ cawan tepung naik sendiri
¾ cawan serbuk koko
1 cawan susu segar
1 suduh the vanilla essence

Bahan B
100 gm coklat masak
1 susu besar susu pekat manis
¼ air panas
1 sudu besar mentega

Cara-cara membuat kek (bahan A):
1.       Pukul mentega bersama gula kastor dan gula perang hingga kembang
2.       Masukkan telur sebiji –sebiji,  vanilla essence
3.       Masukkan susu segar dan tepung berselang seli, yang diakhiri dengan tepung
4.       Masukkan dalam Loyang dan kukus selama 1½ jam
5.       Biar sejuk dan tuangkan dengan topping coklat dan hiaslah mengikut kreativiti anda

Cara-cara membuat topping (bahan B)
      Masukkan coklat masak, susu dan air panas dan cairkan dengan kaedah  “double boiler” hingga cair.

Slamat mencuba…

Saturday, November 26, 2011

Memang Sukar


PRU akan datang diharap SPRM memang janganlah campur tangan, kunun cerita ada kertas undi dari langitlah, apa-apalahkan seperti menurut dakwaan pembangkang bila mereka tewas tak pernah menang pun sejak undi-mengundi ini diperkenalkan sebelum kita lahir lagi. Ntah tahun berapa mula mengundi saya pun malas nak gali info tersebut untuk dicatatkan dalam tulisan ini.

Ini sebab apa, hanya bila proses undi itu telus dan tiada ganguan, kita akan tau apa sebenarnya pilihan majority rakyat Malaysia. Mana satu lebih ramai orang suka. Kali ini parti yang bertanding menawarkan rahsuah manakala yang lagi satu menawarkan kebebasan mutlak, dalam segala espek kehidupan, termasuklah orientasi seks yang pelik-pelik.

Orang tua-tua, mereka memang takut hal pelik nan satu ini. Orang takut yang pernah menuliskan ketakutan beliau, termasuklah mantan perdana menteri kita, iaitu Tun Mahathir. Tun kata karang kawen tak tentu arah, karang dapat penyakit pelik-pelik yang sampai kini tak jumpa penawar seperti HIV. Itu HIV kalau lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, atau rambang campur-campur tak kira lelaki perempuan. Hah bayangkanlah kalu mak dengan bapa, emak dengan anak, dengan adik-beradik, hah kan, ntah apa lagilah penyakit pelik yang akan menyusul nanti agaknya.

Dalam satu pihak lain pula iaitu rahsuah, yang gegak-gempita dipukul canang kunun rakyat Malaysia ini sangat suka berjenaka dan tak ambil port pasal pemimpin yang rahsuah, rahsuah ini kita tak usah cakaplah apa kesannya kepada ekonomi dan negera. Kalau nak pi kerja tu kat simpang MITC, nak nuju ka Seri Negeri ada papan skrin besar kadang tu tunjuk pokok tumbang dek gara-gara anai-anai. Kira rahsuah itu anai-anai yang merosakkan sebuah Negara/Kerajaan.

Oklah kita terimalah dakwaan pembangkang yang kita ini perahsuah, baik penerima, maupun memberi.  Amalan rahsuah menumbangkan kerajaan. BN akan tumbang jika tidak bertindak segara mengatasi masalah rahsuah ini. BN tumbang PR ada. Rakyat tak perlu kisah. Malaysia ini bukan macam Mesir dan PR bukan macam Ikhwanul muslimin, dah berbulan kerajaan Mubarak tumbangpun masih tak Nampak Ikhwan-ikhwan yang selalu digembar-gemburkan sebagai pembawa agenda Islam yang symul, kuat dan disegani dunia.

Di sini kita ada PR yang merdeka. Memperjuangkan idea liberisme barat secara total. Eh pemuda PAS tak setujulah Seksualiti Merdeka. Harus diingat, pemuda PAS hanya sebahagian dari PAS. Dalam PAS mereka ada Muslimah, ada barisan tuk tua…elit tua. Kita pun tau suara muda suara orang cepat marah dan melenting. Orang kata kalau kita bikin kek tu, kek tu tengah bergelodak, belum masak. Dah masak baru tau rupa sebenar. Yang bising benci, mungkin lepas tu dah tak benci dah. Dah tua, dah malas nak berbalah dengan yang lain. Bayangkan Pemuda PAS 1, kena lawan 2 dari dalam PAS, dan DAP + PKR memanglah mereka mendokong  idealisme liberal lagi bebas ini. ⅓  lawan 2.

Bolehlah kita kata, simpulkan memang pakatan rakyat menyokong liberalisme, kesamarataan bebas acuan barat. Sekarang ini, kita ada sepohon kayu yang digembar-gemburkan sebagai sudah nak tumbang dek gara-gara anai-anai yang sedang mau diganti dengan pohon kayu yang agak menarik jika kepada mereka yang bebas lagi tak sukakan kongkongan dan rasa gaya hidup yang diamalkan nenek-moyang kita sebagai membebankan dan tidak fun.

Jadi keputusan pilihanraya akan datang memberikan kita jawaban mana satukah pilihan rakyat Malaysia. Sekali gus akan menjawab juga persoalan saya sendiri, mana satukah penyakit yang lebih buruk, anai-anai, atau manusia yang tak seronok dengan ikatan, disiplin dan dogma.

Ianya antara takut penyakit dengan takut pokok tumbang hempap kita ramai-ramai. Muflislah, inflasi, macam-macamlah. What is the worst that I can think off eh. With my current wages, and lifestyle, memanglah saya belum terasa perit lagi duduk di Malaysia yang orang kata semuanya overpricing dek gara-gara pemimpin kami yang mengamalkan rahsuah.

Let say gomen yang bebas ini kalis rahsuah, tapi nanti banyak penyakit. Penghabisannya sama jugakan jalannya, duit gaji kita dah habis beli ubat, barang murah pun jadi mahal tak gitu? Kalu dah sakit dah tak boleh pergi kerja, asyik MC aje, sama jugalah tu dia kerajaan yang dicanang-canang oleh serikandi yang paling banyak kena inaya di Malaysia ini. Macam dia sorang kat Malaysia ini yang kena inaya dan terinaya bebenolah hidup dia, tu.

Bila kita nak memenangkan insan terinaya, kita berhadapan pula dengan kemungkinan dilanda penyakit-penyakit pelik. Bila kita pilih lagi satu, iaitu yang mereka dakwa sebagai pembunuh perempunan sundal yang kuat berjoli, kita muflis.  Satu pilihan yang dua-dua pun bikin kita susah.  Apakah pilihan ke 3 kita?
(bersambung

Friday, November 25, 2011

Senyum, senyum kambing di hari Sabtu


Bila saya baca aritkel kickdefella ini, saya teringat field trip semasa di university dulu. Dulu saya pernah belajar seni bina selama setahun di NCUK/PPP/ITM, satu twinning program yang agak besar dimana university-university terkemuka di UK membentuk satu konsortium yang diberi nama "Northern Consortium United Kingdom" berkerja sama dengan ITM atau kini dikenali dengan UiTM. Tapi program itu sudah tidak wujud lagi. How sad.

Let’s cerita pasal my field trip tersebut. Kami sepatutnya ke Bangkok, tapi katanya sebab kekangan kewangan, kami ke Singapura sahaja. Kumpulan saya ditugaskan mengkaji sebuah Gereja kecil di tengah kota Singa tersebut. Kami berada di sana selama seminggu.

Sedang kami sibuk ambil foto, macam-macamlah dah lupa dah apa yang perlu kami buat, saya sempat berkenalan dengan seorang pemuda berketurunan India yang baru menganut kristian dan bertugas sebagai "helper” di situ. Budak tu memang sangat peramah dan saya anggap sebagai budak yang sedang teruja kerana menjumpai “tuhan”.

Saya tidak sama sekali menyanggah cerita beliau, sebab mak ajarkan, menyanggah, menyampuk, mengkomen orang bercerita, sedang dia belum habis bercerita adalah sesuatu yang sangat biadap. Biasalah manusiakan, kalau ceritanya tak ada yang ganggu, dia jadi lebih bersemangat bercerita. Sesekali saya menangguk-angguk dan tersenyum, kadang ketawa juga apabila ada yang kelakar.

Saya tidak sangka gelagat saya diperhati oleh rakan yang sekumpulan dengan rasa jengkel ka, risau ka, jeles ka, (tak mungkin jeles, sebab kawan sudah ada teman wanita yang jauh lebih cantik, menarik dan bijak dari saya) tak taulah saya

Perbualan kami (saya dan jejaka India kristian) jadi terbantut tanpa dapat kami bertukar alamat, waima siapa nama jejaka tersebut, sampai hari ini pun saya tak tahu. Tak sempat. Kawan segera menarik tangan saya dan mengajak saya pulang ke asrama penginapan, dengan alasan kami harus segera pulang untuk solat Jumaat seolah rakan sembang saya tidak wujud.

Sepanjang perjalanan pulang menaiki MRT, saya dimarahi kawan dengan tuduhan-tuduhan yang saya kira agak keterlaluan. Saya diam sahaja. Saya tahu niat baik kawan. Dan saya fikir biarlah dia.  Lagi pun mamat kat gereja tu tak hensem pun. Kalau hensem macam Brad Pit, harus saya terkedek-kedek marah balik kawan saya kerana menganggu perbualan kami. “hey aku tak sembayang Jemaatlah, ko baliklah dulu, nanti sapa ni, nama??? Black eh, Brad antar aku balik asrama, kan Brad, kan”

Bila baca artikel Kickdefella, saya teringat balik akan perbuatan rakan sekuliah saya yang agak keterlaluan dan mungkin bikin kawan India tadi fikir “eish, orang Islam memang extream, orang nak berborak pun dia dah angin, nasib baik aku tak ditembaknya”. Kawan saya sepatutnya bercakap dengan lembut dan baik dengan lawan saya berbicara yang kunun kami harus segera beredar dari gereja tersebut kerana ada tugasan lain bagi mengambarkan alangkah indahnya Islam, alangkah tingginya budi seorang Melayu.

Kalau melihat tingkah-laku kita, orang lain kata, orang Islam ini macam tak ada adab, tak patut ka itu? Jadi kalau umat akhir zaman semakin menjauhi Islam adakah ianya 100% kerana dakwah umat kristian yang bersungguh-sungguh, licik, canggih lagi lebih sistematik? Bagaimana pula tingkah-laku kita sebagai umat Islam, adakah kita sudah cukup lemah-lembut, berbudi-bahasa bila kita berhadapan dengan masyarakat yang berlainan bangsa dan agama ini?

Thursday, November 24, 2011

Klise Cinta


Sekarang ini tengah mabuk novel diangkat jadi bahan lakunan agaknya, Lagenda budak Setan, Nora Elena, Badak semalam, dan terbaru Ombak Rindu. Orang intelek ada yang bimbang akan fenomena ini, asyik-asyik cerita cinta yang tak bawa faedah kepada ketamadunan manusia yang mereka impikan.

Tapi bagi kami, rata-rata cerita macam ini, best. Kami memang rasanya tak ada masa nak membaca kut, kecualilah saya yang sememangnya orang kata dah tak ada benda nak bikin, jadi bacalah. Itu pun mutahir saya sudah tidak lagi membaca novel. Paling-paling baca blog, baca surat khabar, atau majalah. Pun kalau baca pun lagi suka baca nasihat pasal cinta dari ulamak terkemuka Negara macam Mufti Perlis Juanda Jaya yang menulis di Mingguan Wanita. He he he…

Orang kata, ada orang katalah novel cinta sangat laku sebab rakyat Malaysia kurang cinta. Kalau penuh cinta, apa gunanya kita nak terhegeh-hegeh tahu pasal cintakan, itu hujah sokongan kepada pernyataan pasangan Malaysia tandus cinta. Iya tak iya juga, fikir balik, kadang itu couple nikah sebab aturan keluarga, lepas kawen masing-masing komited dengan tugas memang tak ada masa nak berkemelut dengan permasalahan cinta. Jadi tu kalau dalam TV keluar cerita yang orang intelek kata klise, ianya tidak klise bagi kami. Iyanya satu kelainan bagi mereka-mereka ini.

Ok contoh, sekarang ini kat opis tu semua kawan perempuan saya, pakat-pakat tengok cerita Kamardiah. Tentang Dia. Mereka kata jalan ceritanya menarik. Oh ya kawan saya ini yang minat benda-benda macam ini 2 orang itu sahajalah. Ini kerana macam saya kata mereka ini typical Malay yang memang bebas dari kemelut cinta. Ko pandang aku, aku pandang ko, bawa tunjuk kat parents, ok PASSS, jalan. Lepas itu dah dah la. Memang cerita derita cinta yang ditanggung oleh watak Kamardia, Nora Elena, memang mereka tak pernah lalui dan mereka sanggup beremosi bersama-sama watak yang mereka tonton, baca, atau bakal tonton.

Jadi bila orang sibuk-sibuk kata cerita cinta yang laris di pasaran itu klise, ia tidak klise bagi mereka. Sebab cerita cinta mereka sangat simple. Berkenalan tak lama, terus sah jadi pasangan, dan bila dah sah, tidak ada yang datang mengganggu. Teratur dengan elok dan tertib. Gaduh-gaduh kecil, merajuk, tarik muka pasal pembahagian tugasan, pembahagian masa, perhatian  yang tidak seimbang itu biasa, tapi tidaklah sampai timbul rasa tidak puas hati yang membusung, bernanah pecah yang melaharkan lafaz talak. Itulah dia aturan cinta Melayu Islam yang simple dan cantik.  

Justeru, mediocre lagi tidak releventkah kawan-kawan saya kepada pembinaan tamadun negara jika kawan-kawan saya ralit menonton cerita-cerita cinta yang membuai-buai emosi  tika hati disapa rasa bosan menunggu panggilan che abang?

Orang intelek sastera kata kita patut tulis pasal perempuan yang komited dengan kerja, beban kerja, saintis perempuan, ahli politik perempuan, akauntan perempuan, professional perempuan. Memang kami bukan saintis, bukan akauntan, bukan ahli politik, tapi sikit-sikit itu bolehlah berpencak silat, menepis politik pejabat, bukan professional, tapi kerja kami di opis membantu professional, iaitu guru-guru. Tolong bayar itu bayar ini, kejar itu kejar ini, buat laporan itu, laporan ini. Hari-hari kami tengok pegawai kami terkejar-kejar, tertekan, kadang itu menekan dek kerenah pelanggan, kerenah menteri, press dan macam-macam. STREEESSS, dan sudah tentulah kami tidak mau baca, tonton, cerita pasal dunia pengurusan dan pentadbiran lagi selepas waktu pejabat.

Jadi, jika kami dihidangkan lagi dengan STRESS dan SIKSA orang berkerja, pastinya kami akan rasa lebih tertekan lagi, maka, kami hanya mau tengok STRESS dan SIKSA orang bercinta, untuk beri kesan, “aku rasa aku kerja stress, orang bercinta lagi stress, alhamdullillah stress aku tidaklah sehebat stress dak Kamardiah dalam cerita Tentang Dhia tuh” tak bule ka?

Wednesday, November 23, 2011

Yang ini baru Adil??? hmmm sabo ajeleee

Sememanglah agaknya iya, kejayaan itu untuk orang yang berani. Kalu dah penakut tu back off ajelah...kut,Tak kisahla la ni, kan perempuan ka, perigi cari timba ka, harus berani berterus-terang, "saya mau ABang jaga saya" mula-mula takkanlah terus dah jatuh cinta, jaga dululah baru CINTA.

Oklah enuf membebel, lagu ini sememangnya saya suka, walau sejujurnya saya rasa lagu Penakut- Yuna lagi baik dari lagi ini, tapi mehlah layan lagu yang sebenarnya terbaik untuk tahun ini.






Ini Tidak Adil, tidak Adil...



Saya rasa upset bila dengo cerita, baca cerita yang kemenangan lagu Penakut Yuna dibatalkan dan diganti dengan lagu Sedetik lebih oleh Edry KRu. Secara emosinya, dua-dua lagu memang ada kekuatan tersendiri, tapi dari segi susunan music, lirik dan lantunan suara saya rasa Lagu Penakut oleh Yuna tidak ada apa yang tak kenanya jika dinobatkan sebagai lagu terbaik untuk tahun ini.  Memang saya sedih giler nih, mehlah sama-sama menagis yeah dengar lagu yang sungguh menyayat hati ini ok....



Saturday, November 19, 2011

u wear wat u read


Saya melilau-lilau nak tunggu pukul 12 nak tunggu lunch meal Mc Donald ada price cut ha ha ha, dan saya masuk ke kedai buku yang agak ada kelas di shopping mall yang ada kelas di Melaka Bandaraya Bersejarah ini. Waktu itu jam baru tunjuk pukul 11.25am.

Saya lebih focus pada Malay-fiction, cari novel-novel kut-kut ada novel tulisan penulis-penulis wanita yang satu ketika dulu pernah bagai nak rak mengata kunun saya ni ntah apa-apalahkan, tapi tak ada. Belum ada lagilah tu agaknya, sebab nak tulis novel sastera bukan boleh tulis macam tulis novel picis, kan. Di Kedai tersebut, semua rata-rata, jenis-jenis novel pop-cinta picis.

Lantas ada pula satu buku yang orang label tak baiklah… orang baik-baik macam saya kira haram baca. Pecah. Itu tajuk dia. Saya fikir pun tak ada faedahnya nak baca buku-buku macam itu, walau orang kata kalu “ko nak Nampak educated, elit, elegent, urban, buku-buku macam itulah yang patut ko baca” tak payahlah, terima kasihlah saja. Saya dah tak kisah pun kalau orang nak kata saya extreamis ka, militant, Taliban ka, sebab kalu ko pakai macam saya tapi baca buku elit, nanti depa kata ko spylah pulak. Ko bukan minat, pun tapi ko saja-saja nak analisa-psiko mereka.

Macam itulah kita, apa yang kita baca harus sepadan dengan pakaian kita. Kalau ko pakai macam saya, ko baca ajelah buku agama, ko dengar ajelah nasyid. Kalau nak yang lain lain-lain, tanggal sahajalah fesyen yang saya pakai sekarang. Itu memang sangat tidak sihatlah, sangat keanak-anakkan, kebudak-budakkan. Tapi orang kata antara fesyen dan bahan bacaan, saya pilih fesyen. Saya lebih rela di label militant, extreamist dari dilabel Liberalist. Apa yang kamu pakai menghadkan apa yang kamu baca. ops, apa yang ada di rak buku kamu. Mujurlah ada internet, aha dalam sana, nak baca apapun bacalah.

Cuma kena slalu ingatkan diri agar tak bikin kesilapan lalu, iaitu talk wat u read. Write wat I read, ok tak pe as mereka yang kebudak-budakkan itu tak read wat I write pun, they don't even know I can write pun. So I can writelah wat ever I want to write.

Thursday, November 17, 2011

Diamonds Are Women Best Friend


Saya baca naskah Manisnya Epal pun on-line, saya kenal Faisal Tehrani pun on-line dan melalui karya-karya fiction dia, saya tahu dia kawan sepupu saya pun setelah saya perang mulut, bom-mengbom di internet on-line. I just see him as a mere budak KISAS, yang confused menggunakan mata pena ke arah jihad menegakkan Daulah Islamiyah (that is to say Malaysia ini tidak cukup Islamik, pemimpin kita tidak cukup Islamik. Pegawai dan penjawat awam kita walau majority Melayu beragama Islam tapi tak cukup Islamik) and when I made such judgement years ago, I fail to see now Faisal is a MAN who has many followers, as describe by my cikgu, “a famous people” . A famous people with many followerslah tu…Faisal sendiri mungkin ok pada kritikan, sementalah kritikan itu datangnya dari “kakak” dia juga instead of big bully, atau puak-puak Illuminiti yang sangat kita takuti itu. My cousin told me once, if it is come from her, Faisal know it is come from a sister not from a person who hate him and wish him die. Things that come from Mardhiah consider coming from Jannah too. Memang jujur saya akui memang saya pernah ada menyimpan rasa macam nak siat-siat, atau cincang saja bagi makan kat jerung  budak Faizal bin Musa itu, dan saya sangat menyesal atas rasa-rasa itu dan minta maaf.

Tapi tulah, kami fail to see apa pula perasaan peminat, mungkin juga pentaksub dikalangan peminat Faisal. Saya nak mengumpat, memburuk-burukkan Faisal ka, nak n’gritik karya Faisal ka? EEDak, eh, saya ni nak memimjam Manisah manisnya Epal. Iya ka Manisah nama watak utama dalam cerpen tu, lantak ko lah…saya pun tak brapa ingat, sebab baca on-line dan tak print outkan. Malas plak nak google, jadi kalu tersalah, dan kalu ada peminat Faisal yang baca tulisan ini, saya mintak maaflah ye bukan sengaja, nak pandai-pandai bubuh nama Manisah, makcik memang malas nak mengoogle, nak buat research.

Ok meh kita cite pasal Manisah. Sebab saya jumpa Manisah nih, masa saya dah berkerja. Kalau saya jumpa Manisah masa saya skola Sains dulu memang saya akan suka banget dan kata, aha, ada gak lelaki yang macam kita tak suka budak pempuan kuat bersolek dan menggedik. Tapi malangnya kita jumpa Manisnya Epal setelah saya berkerja.

Manisnya Epal pun dikarang tika Faisal masih bersekolah. Saya fikir semua budak lelaki dalam tingkatan 5 Tegas SPM 90 pun kalau nak pilih bini tak moh bini yang kuat bersolek dan maukan Manisah, namun tika itu mereka pun belum tau, Manisah ada potensi untuk paranoia dan beberan Manisah tika paranoia  buleh bikin mereka gila. Bukan mereka aje gila, semua boleh jadi stress, kalau dengar tiap-tiap hari boleh jadi gila.

Ya dah terperuk di SK JUS yang ADSL (harga RM588 2Mb, RM518 1Mb sebulan) tak buleh tembus, kena guna teknologi VSAT, parabola (RM599 sebulan) baru dapat internet, atau di PPD Jasin ka, dan kuat membebel itu tak betul, ini tak betul, amboi gatal ni budak ini jaman kecik-kecik dah nak berlaki bla bla blab la, atau dia membebel “budak krani ini jaman dan dapat kerja tak nak kerja betul-betul, bla bla bla bla…” alamak bingit telinga makcik tau! Nyindir makcik lah tu. Mak cik stress tau! Mak cik taulah makcik dah tua, kadang-kadang tu terlupa, ada terlepas pandang, ada tercicir, ada kena kuiri, alahai ko anak satu Kuiri pun ko nak heboh satu Jasin, yang berpuluh baucar makcik yang dah berbayar dan suksess tu tak ko nampaklah pula…mentan-mentang lah makcik ini 4 bulan skali jumpa doctor pegawai kesihatan mental, asal ada masalah jah makciklah yang buat tuuuuhhh…ai ai ai macam korang tak pernah kena kuiri, kena dapat teguran audit.

Tika itu juga makcik yang stress ini akan pergi ke sigedik-gedik kuat bersolek, che mek che mek molek, meh adik  kakak yang cantik meh kita pegi shopping, pegi berenang, meh kita pegi tangkak meh, tolong kakak pilih baju, kain ela yang cantik-cantik sikit, corak-corak kain yang buleh bikin kakak Nampak “kurus” sikit.

In the end, how distructive pun kita rasa perangai perempuan-perempuan yang kuat bersolek ini boleh bikin. Kalau dia jadi bini PM orang kata lagilah haru, duit rakyat pun habis dia pegi buat shopping, kalau dia jadi bini pengarah, dia asyik pergi berjalan dan tak kisahkan pelajaran anak-anak dia, anak-anak dia pun kecik-kecik dah diajar bershopping sampaikan SPM  pun dapat tak elok sedangkan bapak dia Pengarah, well kita akan think twice, if living with Manisah yang panjang akal dan “care” pasal tanah, care pasal pokok Epal,  tapi suka mengungkit, membebel (kalau among us, care sangat tak mau ada satu pun baucar kena Quiri, masuk dalam daftar kelewatan bil, perfectionist lah tu) akan indeed driving us crazy…

In the end juga we see orang yang suka bersolek tidaklah seteruk mana pun, biasa-biasa aje, dah kalu dia mampu nak bersolek nak beli alat mekap dia sendiri apa salahnya bersolek. Eish tabaruj, memesongkan hati lelaki tuh…kalau wangi sangat, satu langkah, satu mahligai diperbuat dari api neraka dah Allah sediakan. Entahlah tak berani nak hukum orang lebih-lebih, kalau ko dah busuk bau tak sedap, orang ngumpat ko, masalah juga. Sebab ada ustaz cakap kalu ko bikin prangai yang bikin orang lain umpat-umpat ko, ko pun dapat saham dosa mengumpat juga. Kalau pergi kerja bau ikan kering goring, tak ka memang nak kena umpat tu. Kalu orang tu sabar pun, nak duduk tenang duduk dalam air-cond, bau ikan kering, itu memang susah, payah tuh…pakat-pakat dia bawa penyembur pewangi, ko pulak kecik ati, MC, cuti, tak mai keja berhari-harilah pulak.

Idaklah pernah saya bau ikan kering kat pejabat sana tu, idak. Semua kat pejabat ni comel, tidak busuk, tidak juga wangi semerbak sampai orang boleh cam siapakah yang lalu itu. Tak ada orang amik MC sebab kecik ati, orang lain sembur air freshner, sebab belum lagi ada orang keluarkan air freshner dari kotaknya dan sembur direct air fresher, tika orang lain khusyuk, atau pura-pura khusyuk buat kerja.  Kira man-man oklah tu. Tak ada antagonist pun kat pejabat tu, cuma sikit-sikit aja datang angin pus-pus yang bikin orang tak senang duduk dan huru-hara.

Berbalik pada perempuan dan keperempuanan, perempuan memang perlukan reward yang berbentuk materi. Saya tak tau perempuan lain, tapi saya memang cepat senang hati dengan benda-benda materi ini, saya bukan jenis yang keep, hold my grudges, till the end. Cepat marah cepat sejuk dan cuma kini, kalau boleh tak nak marah-marah, sebab la ni saya dah sedar sebenarnya orang lelaki boleh hancur, boleh pengsang, boleh self-destruct kalau kita orang perempuan suka marah-marah.

Monday, November 14, 2011

Bad, bad, bad GIRL


Sebenarnya menulis tentang bad girl memang mengasyikkan, tapi orang kata tu terlampau tulis nanti jadi fitnalah pula, terutama jika anda jenis manusia yang punya “kegemaran menpsiko-analisa orang”. (honestly, saya menanggap kebolehan analisa-psiko bukanlah sesuatu yang patut digembar-gemburkan atau dibangga-canangkan sebab saya bukan seorang pegawai kesihatan mental, maupun seorang penganalisa politik, atau ekonomi). Lagi pula analisa-psiko bukanlah sesuatu yang  menyeronokkan kalau kita yang kena analisa, walau tujuannya untuk membantu pesakit untuk sembuh. Tak semua tak seronok, tapi ada satu yang memang betul-betul tak seronok. Tang mana yang tak seronok sangat tu? Hah tang bab yang bersangkutan dengan seks dan analisa itu dibuat berdasarkan teori Frued. Hah bila ko ini macam saya, memanglah keputusan analisa yang keluar memang tak seronok. Keputusannya, ko tak suka lelaki, ko anti-lelaki, ko mau bunuh semua lelaki. Ko memenuhi keperluan biologi ko dengan cara yang tak diterima masyarakat umum. Queer, seksualiti Merdeka.

Orang cakap mereka akan tidak percaya yang ada manusia seperti Al Ghazali. Pada mereka manusia seperti Al-Ghazali dan Rabiatul Adawiyah itu, manusia fictional, yang dikarang oleh tukang tulis Islam yang depress sebab ya, pada kaca mata barat, Islam itu memang teruk, sucks, terrorist… Alter Ego??? Dan kalau kita percaya yang sebenar-benar Ghandi tu meniru Al-Ghazali setelah isteri beliau diceraikan, mereka akan kata sebenarnya Ghandi aktif bersama rakan lelaki yang berbangsa Eropah. Bila kita sangat percaya yang Carol Lewis macam Al-Ghazali juga, bila kita cukup dewasa dan mengenal internet, kita dibentang dengan andaian yang Lewis itu memuaskan nafsu beliau bersama kanak-kanak. Tinggal waktu itu tak ada video pengintip aje untuk dipasang di tempat-tempat sulit sebagai bukti yang beliau benar-benar begitu kecenderungan seksualnya.  

Yaeh, memang saya akui salah satu bacaan kesukaan saya ialah membaca riwayat hidup bad girls. Saya lebih suka baca Marilyn Monroe dari Jackie Onasis. Saya suka memerhati Madonna, dan saya mengkagumi dia. Kini saya sedang teruja mengikuti perkembangan Lindsay Lohan. Bukan bererti saya sukakan, cenderung kepada sesama jenis, dan langsung tidak sukakan lelaki, bukan. Sebab saya suka juga baca pasal Kennedy. It is natural for a good girl wanting to find out more about their foe, tak gitu? Orang yang bijak itu ialah orang yang belajar dari musuhnya. Bad Girl musuh kepada good girl, samalah seperti Monroe itu seteru kepada Onasis. Dan dalam kes saya, bila saya mendekati mereka yang kita kata gediklah, satu sen pun tak guna tu, kalau kita terima standard baik/buruk dalam Manisnya Epal karya Fisal Tehrani, akan datang satu fasa dimana kita akan mengkagumi mereka. Tidaklah sampai kita terpengaruh dan nak jadi macam mereka, tidaklah. Nak buat apa? Just be yourselflahkan. Tapi saya fikir bab-bab awet muda itu memang kita orang perempuan memang patut contohi orang macam Madona tau! Taklah nak suruh gian bersenam macam beliau, 3x seminggu pun jadilah dan tak semua perempuan yang gian bersenam dan berawet muda itu perempuan gedik yang dahagakan perhatian lelaki. Most of the aerobic instructor yang saya kenal adalah perempuan baik-baik semanis Manisah dalam manisnya Epal.

Ok berbalik pasal bad girl ini, My Lindsay Lohanlah. Peminat manalah yang tak kecewa bila budak baik dalam Parent trap itu bertukar jadi pesona yang media labelkan sebagai trouble maker? Lindsay akan tampil meniru gaya Moore the last sitting untuk edisi januari 2012 yang akan diedarkan lewat Disember ini. Promo, promo he he…

Sebab dia tiru Marilyn, ramai juga yang suka??? Risau??? Seronok??? Jika Lohan akan benar-benar jadi macam Monroe hik hik hik….saya suka? Ntahlah, saya tidak fikir she will follow suit what Marilyn has done to herself, and I sincerely wish, she could be like Madonna. And I wish pulak Madonna tidaklah marah sampai nak bunuh diri kalau wartawan asyik tanya berapa umur. Anggap itu satu compliment bukan sindiran, ingatan yang dia patut segera berundur dari “showbiz industry.”

Oh ya, Lindsay marah bila ada yang gatal mulut tanya direct soalan itu dan ada juga tulisan berbentuk analisa-psiko yang mengatakan itulah nanti berakhirnya riwayat hidup beliau. Adakah Lohan sama dengan Moore? Saya tak rasa begitu sebab Lohan putus kasih bersama seorang wanita yang ntah tidaklah kita kenal sangat, sedangkan Monroe menderita kerana, suka tak suka kita terpaksa cakaplah yang beliau ini tergila-gila/gila bayangkan Tuan Presidennya sendiri, dan kita tau, apa kelas orang Amerika mau terima perempuan macam Beliaukan. Jahat-jahat orang Amerika tu, mereka masih tak boleh terima, perempuan “longgar moral” sebagai wanita pertama mereka. Lainlah orang Peranchis, itu pun dengar khabar, sikit masa lagi mereka akan desak pemimpin mereka berundur. Bukan pasal  Bruni, tapi pasal hutang. Itulah agaknya nasib, karma pemimpin yang sukakan bad girl atau bad girls dalam satu masa.

Ok sambung lagi pasal Lohan, jarak masa pun lain, dulu lain sekarang lain. Tapi ntahlah. Kekosongan, kemelut yang dihadapi oleh bad girl, bukan bad dah, trouble maker LoHan, ini boleh di atasi jika beliau jumpa Tuhan.  Monroe jumpa Tuhannya, namun, dunia kata you can’t have your GOD. Jikalah mereka tidak terlalu obsess dengan Tuhan Manusia, jikalah mereka, barat tidak bunuh Tuhan mereka, pasti, hidup tidak akan rasa kekosongan dan sepi.

Adakah wanita-wanita yang kita label “jalang, trouble maker, bermasalah" ini tamak? ntahlah. Mungkin, tamakan perhatian. Mungkin juga dahagakan perhatian. Mustahil mak ayah tak sayang, tapi ntahlah…kadang-kadang  anak-anak ini memang ada yang berperasangka, berburuk-sangka yang mak-ayah tak sayang dia.  

Wednesday, November 9, 2011

Kemelut Politik Pejabat

(bila staff perempuan berhati rusuh dan bergocoh)




Dulu masa kecil-kecil kita sering dimomokkan dengan lelaki. Budak lelaki jahat. Dan kita akan jadi jahat kalau baik dengan budak lelaki. Itu cerita zaman 80’an dulu. Bukan kita tak ada dengar ungkapan “musuh wanita adalah wanita” ada, tapi kita kira lebih baik, lebih mulia jika kita kelihatan “membunuh” budak-budak lelaki dari mem”debik” budak perempuan.

Hari ini bila usia dah nak masuk 40 memang saya rasa, memang benarlah “musuh wanita adalah wanita”. Sementalah saya memang banyak membaca naskah, peringatan agar manusia berhati-hati dengan tipu-daya wanita. Namun tidaklah sampai saya paranoia dengan perempuan yang saya label sebagai “bitching her way up to the TOP” ini. Kita kena pandai tackle mereka agar tak dianggap pesaing.

Itu sahaja petuanya. Mengalah, bagi dia menang, walau kalau dah menang perangai dia mengalahkan MERAK??? Ha ha ha, bila dia meMERAK, dia meMERAK kat tempat lain, dah naik pangkat dah mana buleh duduk tempat sama, kan, dah tak semak lagi mata kita. Dan bila sudah senior begini, orang macam saya tidak lagi boleh dijadikan pesaing, sebab naluri mereka pun pandai nak minta nyawa, “NO WAY orang  lalu mau ’makan’ fitna terhadap senior.

Saya kira wanita sebegini menjadikan persaingan itu satu cara untuk “hidup” dan “bernafas”. Orang kata manusia yang bijak itu  belajar dari musuhnya. Tak ada benda konstruktif pun yang boleh kita ambil contoh dari orang macam ini, namun sekurang-kurangnya kita boleh mencontohi sikap mereka yang sentiasa ‘berani’ tampil kehadapan dan melobi.  Bukan nak suruh lawan lobi, tetapi bila kita turut tampil, dan berdiri di “sebelah” si getek ini, bos lebih percayakan kita dari si getek ini. Tapi kalu ko dah menyorok, duduk diam, mengasing diri, bos tak ada pilihan lain melainkan terpaksa memandang si getek ini juga.

Last-last getek tu juga yang glemer. Korang juga yang rasa korang disingkirkan. Lepas tu korang  tuduh “ah, bos ini makin dah nak masuk kubur makin miang, pandang staff yang suka mengetek aje kerjanya” Co on la weh Bos itu lelaki dan fitrahnya mereka pun lemah, immune dan memang hauskan rasa “feel good, factor”. Cinta yang tak bertanda yang bikin rasa tak pernah tua?sentiasa ada pengaruhnya yang tersendiri  dalam diri seorang lelaki yang berpangkat BOS. Lebih-lebih lagi kalu ‘mem’ kat rumah berjawatan lebih tinggi dari bos sendiri, agak-agaknyalah tu.  Pepandai  je aku bikin analisa psiko tak bertauliah ini.  Analisa nak sedapkan hati agar kita tak benci dan tayang muka kelat terhadap bos sendiri.

 Itulah dia sedikit corat-coret cerita pejabat. Bukan nak mengaibkan sesiapa, tapi sebagai motivasi diri dan nasihat kepada diri, jangan sampai hati jadi kering macam asam boi kecut dan muka pun asyik mencuka, suara pun asyik jadi tinggi sahaja.

Mana tak kecut, menjeruk, memang dah macam jeruk tangkai hati itu. Awak yang kerja bagai nak rak, tapi disebut-sebut dalam meeting dia juga. Dahlah awak kerja macam lipas kudung dan si dia, merayap, melobi, menggetek aje kerjanya, tapi bos tu BUTA, dalam meeting announce “saya bersyukur sebab semua yang ada kat sini semua jenis, mau berkerja” hakikatnya dia goyang kaki, ko terkangkang terkiap ke hulu ke hilir kejar deadline, apa maknanya??? Kolah bodoh, tak ada daya kepimpinan, tak ada sikap team-work, tak reti berkerja secara berkumpulan. Sakit tak rasa hati?

Ahhh, saya hanya mengingatkan diri sendiri, agar sindrom jeruk ini tidak menjangkit dan memakan tangkai jantung hati saya. Saya tak mau jadi anak dara tua jeruk, atau omputeh kata perempuan cuka. Jika sudah mencuka, satu sen sudah tak ada guna.    

Saya ini lemahnya saya tak boleh dengar cerita-cerita negetif, saya cepat terpengaruh. Saya cepat benci. Orang lain cerita mulut tersenget-senget, kunun benci sangatlah tuh, tapi bila berhadapan mereka masih boleh tersenyum. Saya ni kurangnya bila dah ada kes, walau bukan ber’kes’ dengan saya,  muka saya akan jadi kelat. Kena banyakkan senyum. Saya tak ada hal dengan dia, kenapa saya pula nak tunjuk muka cuka dengannya, kan. Orang lain sakit hati muka masih boleh manis lagi,  yang haku ini, jadi kekiwi/kekwat/nasik tambah, muka ketat apa hal pulanya ya?

Itulah orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata menyesal tak sudah. Dia juga yang gatal promo kawen dua, macamlah Malaysia ini sedang mengalami masalah kepupusan lelaki, perempuan dah lebih sangat dari lelaki. Dia tak tau ka perkataan kawen lebih itu cuka jahat yang menyakitkan hati orang perempuan?

Sebuah pertandingan yang saya tak akan buleh menang

Drama Queen

Betapa pun bijak sang lelaki itu
dia sukar memberi markah ADIL
pada
helah muslihat wanita
yang tepu keluh kesah dan drama
kerna dalam naluri lelaki
sentiasa ada perasaan jaguh
walau pun yang di"slamat"kan itu
si Drama Queen yang huru-hara
lagi menghuru-harakan

….*****

Semacam obsessilah pula dengan perempuan-perempuan yang orang baik-baik macam saya labelkan sebagai  “trouble maker to other women’s heart/ pengacau hati wanita lain”, atau senang cakap yang saya labelkan sendiri sebagai “bitching her way to the top” He he he…amboi-amboi suka hati saya aje nak label orang itu dan ini heh!

Saya cemburu ka, benci ka, tapi memang tak baik benci-benci. Geram, menyampah, tak baik tu… Buat kata ada ustadz yang saya label sebagai “tua ganyut yang miang”  (amboi beragam-ragam pulak label yang saya beri ek. memang mulut longkanglah saya ini, bukan?) aksi-aksi ceria, manja, gedik, mengada-ngada, itu mengkondusifkan suasana berkerja. Kalu ko dah tak pandai, kekok nak menggedik janganlah sakitkan hati sendiri dengan manusia yang pandai dalam bab-bab ini. Itu kelebihan mereka yang patut kita hormati.Redho ajelah demi kesejahteraan hati sendiri.

All we have to do is to love ourselves and respect ourselves.  Ini cerita budak getek yang kira kita pempuan-pempuan ni kalu balik blakang menyampah habis dan mengutuk habis, tapi kalu depan layaaaannnnn baik punya he he… I wish I can learn from them eh macam mana cover baik macam gitu. How I wish…bertalam dua muka macam itu demi menjaga air muka sendiri.

Saya ni bukanlah jenis cepat nak benci orang sebab saya sendiri pun waktu, saya tengah banyak hutang, tak de kerja tetap pernah merasa, terasa terasing, orang takut kat kita nanti kita minta duit dia. Mungkin mainan perasaan aje kut. Iyalah bayangkan berhutang dengan JPA, siap dapat surat warning JPA nak heret saya ke Mahkamah kalu tak bayar hutang tuh…pergh, memang seksa…

Jadi kalu ada cerita-cerita negetif mengenai si anu dan si anu, sebolehnya saya mau mereka berubah dan jangan bikin “perangai” yang orang benci contoh perangai yang dibenci kawan ialah berhutang dan men”gena”kan/pau kawan. Dalam kes saya, jadi terbalik bila kita menegur, dah dikata-kata kitalah pula cemburukan dia, astagfirullahahalazim…apa jadahnya aku nak cemburukan ko itu.

Itulah peringatan untuk diri sendiri, jangan kita pepandai nak tegur perempuan lain. Perempuan ni memang tak boleh ditegur. Sapa nak negur tak tahulah kita ek, tak tegur satu ofis boleh huru-hara dia kerjakan. Emosional sampai hada yang tak boleh focus kerjalah dibikinnya dek kerana pragai dia yang negetif itu.


Cerita kita hari tu, begini, kawan pelawa saya makan, dan cakap “cepat-cepat si anu(sitrouble heart maker) itu tengah menapau. Ai perut gue memang dah berkeroncong, namun mendengarkan nama sitrouble maker, rasa jahat, meluat menyelinap dalam dada terus tak nak makan. Egolah tu. Namun cepat-cepat saya beristigfar dan cepat-cepat pergi makan.

Dan bila di cafeteria, tak semena-mena saya “membalun” si trouble maker ini tadi. Tak sengaja. Suratan atau kebetulan, tak tahulah…si trouble maker timbul isu kawen dua, maka saya pun hangin satu badan. Eish miang tak habis. Benci. Percayalah perkara yang paling dibenci wanita ialah wanita lain menggalakkan orang lelaki lain kawen dua. Memang akan aku “balun” ko cukup-cukup! PERIOD!

Satu pilihan yang salah? Ntahlah saya menyesal sebab ter”emo” /terkacau jiwa dibikin si trouble heart maker ini tadih dan saya berdoa agar iyah dia tidak sakit hati dan menganggap marahan saya itu sebagai peringatan ikhlas agar kita janganlah nak melobi lelaki sangat, sampai mengguris hati perempuan lain. Hah cuba kalu laki ko kawen lagi satu, apa RASA??? sedap, manis, ada rasa blueberry cheese cake, tak? silalah jawab sendiri.