Wednesday, April 26, 2017

Warna Nur 2

Hari-hari I am waking up feeling like a looser lebih banyak dari feeling that I can fly?.... No. the truth is no. Most of the day I feel like I can make it... Is it a false feeling? Well, how shall I put it here? I guess biarlah perasaan itu jadi rahasia antara saya dan Tuhan Pencipta alam...Most of the time I do cried a lot at night. But come morning most of the time I feel ok, sometimes feel good, ada juga feel so good. Those who wish me "dead" mesti nak tau apa rahasia. tak ada rahasia, hanyalah berdoa. Doa yang baik-baik. You wish me dead I wish that one day we can be friend.

Doa celaka akan bikin kita makin stress aje. Cubala korang tengok bertahun Nik Aziz yang orang angkat Wali tu doa pecah-perut, doa celaka sama musuh, tapi mana ada ALLAH makbul doa tu, Yang Allah bagi, anak Nik Aziz plak gesel-gesel pipi sama PM hehehe...Honestlylah ada juga doa celaka, ada, mana boleh tak ada....saya ini manusia, bukan malaikat, sama macam kamu juga. Tapi jangan bimbanglah tak akan termakbul punyala. Living proof, doa celaka Arwah Nik Aziz. So each time if you wanna wish me or those yang menyakitkan hati kamu dead, might as well ingat balik out come doa pecah Perut Arwah Nik Aziz, ya.

Itu ajelah nak tulis, nak perbetulkan tulisan semalam. Kitakan kena tuleh perkara benar. Yurp I am ok-ok tenang-tenang sahaja....Gambar buah kiwi tu saja share sebab cantiklah sangat kiwi dengan bunga ros mak saya ni.


Tuesday, April 25, 2017

WARNA NUR

Nak cakap apa ek kalau orang yang satu masa dulu kemain lagi mengata kita, tetiba hari ini kesedihan. Padan muka? Memang mula-mula tu aik seronoknya rasa, memang kita nak bergojet dan buat kenduri. Mula-mula ajelah. Saya ini orang yang lembut hatinya. Kalau boleh biarlah semua orang dapat apa yang dicita-citakan, walau tak sempurna, walau berganti yang tak pernah kita sangka.

Memanglah ada satu masa kita rasa kita deserve more, tapi Allah bagi yang gitu-gitu aje, atau bagi yang totally different dari yang kita berangan-angankan. Hidup perlu diteruskan... Kita ini semua pengembara. Kita kembara menuju tanah abadi. Sepanjang pengembaraan itu tak semestinya kita berjalan atas karpet merah. Ada yang merangkak. Mengengsot pun ada. Dan tak semistinya yang di atas karpet dialu-alu dengan gendang dipalu, tali kecapi bergetar itu selamat sampai. Banyak cerita tanah abadi yang mencatatkan bahawa yang megah dan hebat mendapat pengakhiran yang buruk. Nauzubillah.

Saya suka mengenang ada satu Puisi tu dalam mencatat perjalanan hidup. Biar pun sejarah kita nanti tidaklah dibaca oleh sesiapa, pun kita harus mencatatnya dengan jujur. Kalau rasa like a looser, then looserlah, kalau rumah sekangkang semut, berkongsi pula dengan anjing dan kucing, nak jemput sedara mara datang beraya pun segan, itulah rumah kita. Catatan mesti betul. Naratif mesti jujur, walau kejujuran itu memerlukan sebuah keberanian yang maha tinggi. Kalau dah mental tu ceritalah pasal mental, apa pasal melalut nak fefeeling diri tu serikandi-dewata-penyelamat dunia,lah pulak,kan. Cerita ajelah sometimes in my illness I feel saya ini sudah kaya-raya dah dengan menyet-up RM2 company setelah berjaya mempengaruhi law maker negara saya agar mengubah company's act bagi membolehkan saya menubuhkan syarikat itu seorang diri, instead of sekurang-kurangnya berdua seperti dalam Akta yang lama. Syarikat saya sales kurang RM20k, tapi saya ni kayanya teramatlah kaya sampai rumah saya dah serupa Disneyland dah. hehehe... saya tengah berperang dengan pegawai MACC ni, derang nak kenakan saya AMLA, tapi saya sangat licik...macam cerita catch me if you can. Ntah tak tau kenapa saya suka berangan jadi penjahat, instead of pegawai SPRM hehehe..Jadi Fraud Investigator tak best. Ko tengok ajelah Tom Hank dalam Catch me if you can, I nak jadi Leonardo diCaprio.

Okla nak baca tak puisi yang sungguh menginspirasikan itu?.... Jangan salah faham pula, puisi ni bukanlah budak jahat yang mengata saya macam-macam tu yang tulis, ntah sapa tah tulis, tah, tak tahu... mana dapat? ntah tak ingat. Saya tulis kut, tapi saya tak naklah ngaku saya yang tulis. Seriusly bukan saya yang tulis, sebab despite the illness and hardship that I've gone through, suicidal thought tak pernah menyerang diri ini hihihi....kita namakan sahajalah Puisi Anonymous ek. Ok Jom baca.

Pemberian Baru
Diberi padamu
Sebuah mimpi baru
untuk kau tulis hari depan
bukan igau semalam

Diberi padamu
sekeping sukma baru
untuk kau lukis warna Nur
bukan titik kelam

Diberi padamu
sekajang naskhah baru
untuk kau rintis sejarah diri
bukan naratif hitam

Tanpa
Malam tanpa mimpi
mengira bintang
satu
satu
Malam tanpa bintang
menunggu mimpi
tak datang
datang

Bunuh
kalau bukan
kerana Tuhan
sudah lama
aku membunuh

sepatutnya
tubuh dan jiwa ini
sudah mati berkali-kali

-Anonymous-

* masa baca puisi ini 10 tahun lalu, saya memang tak ambil port sangat pasal rangkap terakhir. Saya asyik memikir 10, 20 tahun aku akan berdiri atas stage cerita pasal struggle sakit mental. Honestly I don't like what I imagine. Hari-hari dimana saya waking-up in the morning feeling like a looser lebih banyak dari hari-hari waking up feeling like flying. Tapi saya percaya, saya kena "lukis warna Nur" walau orang kata lukisan saya hodoh.

Mujurlah hari ini saya rasa tak perlulah kut, naik stage sebab, budak-budak mental yang comey-comey di luar sana, ramai dah teruja nak menonjol diri, berkongsi pengalaman. Syukurlah,kan. Sungguhpun idaklah lagi sampai satu tahap saya bangun tidur dan rasa I believe I can fly, tapi saya rasa puas hati sebab now I can talk about my past without fear of being judge. They asked you. You tell them, after that, apa dia nak fikir, terpulang.  Saya tau Puisi di atas suruh tulis pasal hari depan tapi sekali-sekala menoleh kepada ingau semalan apalah salahnya,kan.

Monday, April 24, 2017

KEMBALIKAN LEMBU KAMI

Kita ini tidaklah mau menghasut benci sesapa,ka atau sokong sesapa, ka. Tapi kalau Malaysia ni memang sumer bercakaplah orang-orang besar kita, kijenya tak lain dan tak bukan ialah menambah kekayaan kroni dan keluarga. Tukang hebah dari blok yang masuk bertanding, tapi tak menang, atau menang tapi tak cukup menang untuk menubuh kerajaan baru.

Dulu-dulu puak yang lantang mendedah kejahatan ini hero, tapi kali ini kita fikir iya ka hero, atau nanti kalau derang menang, nampak gaya derang ini pun ntah, lagi teruk, kah hapa ka,kan. Betul ka kalau mendedah penyelewengan itu untuk bantu rakyat? Contoh kes NFC yang heboh satu ketika dulu. Senyap bila penjahatnya berhenti politik, walau kalau betul ikhlas terusla desak NFC, biar sampai dapat kita makan daging murah,kan.

Ini beralih pulak memekak pasal 1MDB yang katanyalah lagi jahat dari lembu tompok tu. Saya cuma beranagan aje kalau penjahat 1MDB berhenti, naik lagi penjahat lehen ntah apa DB dia nak bagi namalah agaknya, adakah cerita 1MDB jadi macma NFC juga?

Itula derang ni guna isu skandal bukanlah nak suruh si pelaku skandal bertaubat dan pulangkan apa-apa barang reta yang dah diambilnya, tapi semata-mata untuk mematikan lawan aje. Saya belek-belek rupanya banyak skandal kewangan yang tak melibatkan ahli politik berlaku di sini. Itu yang kita tahulah, sebab dah masuk mahkamah dan dah kena dakwa serta didenda, yang belum, kita tak tahu.
Bila kita semak cerita-cerita orang jahat, pandai sangat meniaga sampai telokop semua benda, ni ramai juga yang Cina. Jadi, dimanakah dia sprit Chinamen yang dikata-kata hebat sangat tu sampai boleh sambung legasi aku ingin hidup  seribu tahun lagi, tu?


Jadi saya pun tak naklah menginterview nak mengorek ChinaMen sprit, baik aku mengorek rahsia, Indonmaid yang kije cuci sana-cuci sini di pejabat ini. “Iya Neng apa rahasiamu hari-hari kau ceria cantik dan manis, saja ini?”

Wednesday, April 19, 2017

Krisis Melayu

Like I said pergi kelas kadang kasi sikit-sikit stress, bukan pasal pelajaran pun. Pasal persoalan dan perkongsian yang dilalui semasa kelas. Saya bukan amik port sangat pun pasal orang-orang besar ni. Tapi bila dah bersama orang besar, derang cakap pasal masalah orang besar.

Minggu sudah-sudah-sudah cerita pasal "apa kata, akauntan Melayu yang kecik-kecik ni bergabung, jadi akauntan besar big 5" teeetttt. problem, tak berjaya. Bejejeranlah masalah yang di"list"kan. Minggu sudah, pasal heavy overhead di Malay-lead GLCs. Saya dengar dengan tekun. Kesimpulan kalau gomen tak bela derang ni, hancurlah derang. Meaning that, yang orang cerdik dok melalak kata duit dia kena PAU dengan Rosmah, buat belanja pegi Shopping, tak tepat, Sebenarnya ada lagi ramai Rosmah-Rosmah. Dalam kerajaan, dalam GLC.

Kenapa Rosmah ya? Yang lembab macam siput sedut, berat macam badak tu perempuan ka? tak kisahlah.

Itu masalah kita. Kita orang kecik berhempas pulas jaga orang besar dan sepatutnya orang besar jaga kita balik. Bila ramai bersungut, adalah tu yang tidak kena. Kalau kena semua, tak adalah masaalah heavy-overhead yang disebut oleh rakan sekuliah saya tadi.

Saya tak mau bising-bising, sangatla. Kalau nak runtuh, robohpun robohlah. Somehow saya boleh rasa nanti ok-ok saja tu. Hapa nak pening2 pasal negara bakal bangkrap pasal si Rosmah-Rosmah yang gigih bershopping perabeh duit negara tu? Saya suka tengok orang kerja cuci tandas kat pejabat ni. ok je derang tu. Mencuci tandas boleh juga mengurangkan lemak di badan. Mencuba bershopping, berpeleseran di high-end  Shopping-Complex di Putrjaya & Cyberjaya, fefeeling Rosmah wanna-be, takut tak sampai cukup bulan kena korek tabung ASB, LUTH,la pulak. Jadi baiklah feefeeling Indon Maid cuci tandas, mop lantai, duit tak luak, iya idak?

Saya doa ajelah orang besar-besar dapat ilham macam mana nak mengurangkan berat overhead yang mereka tanggung tadi. kalau kita orang luar yang mengilhamkan, ia akan jadi seperti tikus membaiki labu. My fellow course mate yang "come-out-with-heavy-overhead" juga bukan dari GLC yang bermasalah. He saw the problem,, he wish the problematic GLCs can learn something from the company where his is currently working, adopting what he says "the CinaMen Management Style". the spirit of ChinaMen Entrepreneurship. I am a Malay. I don't want ChinaMen sprit, if I were the CEO of the GLC yang berat tadi, saya resign ajelah dan bagi real ChinaMen, or ChinaMen wannbe jer jadi CEO. Kasi saya duit banyak2 saya invest dalam ASN, duit bunga ASN pun tak habis makan. Saya nak balik kampung beli sikit tanah dan bela lembu. My ayah (paklong) bela lembu, saya pun nak bela lembu juga. Apa? Paklong saya imam? Imam, ustaz tu orang aje bagi. In the eyes of his beloved niece he is the best penjaga lembu in the whole entire universe hehehehe. I just want to be like him.

Itu pasallah agaknya Allah bagi saya sakit mental masa umur 19 tahun, kalau tak mental, hari ini memang saya dah jadi CEO. Mesti haru-biru, semua saya bagi kat Cina, tak nak saya bagi kije kat budak-budak Melayu TN50-muka-jambu-obsess-dengan-pangkat-title & rupa-paras, deerrr,  hehehehe...

So for those of you yang ambitious nak ubah nasib bangsa, belajarlah, latihlah diri jadi usahawan, bukan bangsawan.

owh btw... apa dia tu "ChinaMen Style?" Tunggu saya akan dapatkan temuramah dengan rakan sekelas saya nanti eh. Itu pun kalau dia sudi ditemuramah oleh blogger siok sndri ini.

Tuesday, April 18, 2017

Kesian Dia


Pasti ada yang mencemuh saya.... kenapa nak kesian kat dia? Dah gila apa nak kesian dengan orang macam itu, tapi dah saya nak rasa kesian, nak buat macam mana? Rasa kesian hadir dalam hati. Ingat boleh buat-buat drama kesian ka? Sama juga emosi-emosi lain, seperti marah, benci, cinta, kasih dah sayang. Nak saya analisa macam mana sampai saya boleh kesian kat perempuan yang ada orang gelar Malaun Melayu Rosak ni? Itu kamu kena arrange sessi mental torture, dudukkan tempat gelap, tak dapat cahaya matahari yang cukup, kasi saya lapar, mungkin kut saya kan bercerita.

eh apa cer, ni? Bacalah sendiri eh, tak kose mak cik nak ulang cerita eh. Orang tengah mood kesian ni, mana bule mereceh. Tak tahu lagi,ka?

Tapi makcik ada nak komen satu jer.... statement kat bawah ni tak berapa nak cerdik. Lagilah makcik tambah kesian.... bila orang tak berapa cerdik kita bagi jawatan besar, memang kesian kat orang itulah,kan

"No matter who is in the photos or videos in which I allegedly feature, these are major privacy intrusions into that person's life."

sapalah pula "that person" itu ya. ada kembar siam ka? Ada parti lawan upah orang buat pembedahan kosmetik, biar seropa orang lain, atau ble pakai topeng macam Mission Impossible ka,kan. Pakai topeng lepas tu main-main drama merpati 2 sejoli sedang mabuk cinta, gitu?

Buat kata Lim Sian See dalam FB dia pun, hai adik comel ngaku ajelah. Ngaku,kan senang.

Wednesday, April 12, 2017

Cerita Cinta (sambung)

Like I said yesterday bila kita hantar proposal, being those yang dalam bidang kewangan, we tend to keep it short and simple. "Please jaga me. I am not that hard to jaga. You only have to make sure I don't miss my ubat and my appointment with my doctor"

Itu aje. Saya tak pandai nak berangan-angan. Nak kembang-kembang bagai. Even though macam saya tulis semalam, saya boleh kembangkan agar jadi begini "It would be nice to see u on stage, baca puisi 18sx. and if everyone get angry at you, we can always balik kampung. My kampung jadi nelayan. Your kampung, tanam sayur, bela lembu. Or you could be macam drebar lori sayur yang you idola-idolakan masa budak-budak dulu. Yeah,kan life will be very nice if we keep it simple, never have to be, or chasing Negara Maju Status. We can always be Negara Pertanian like zaman our nenek-nenek, emak-emak dulu. Why must we kejar negara berpendapatan tinggi. New Zealand pun negara pertanian juga, ok jak orang sana."

Tapi saya tak pandai mengembangkan cerita.... So here I am tengah termengah-mengah sendirian mengejar, keep up with Negara Berpendapatan Tinggi. Idaklah saya nak melebeh-lebeh. Cukup-cukup makan aje ni. Saya tak maula jadi macam warga Jepun, Singapura, bila dah pencen esok, tak mampu duduk di Negara Sendiri. Kena pula duduk kat KL, Melaka, atau bandar-bandar besar di Negara yang kos sara hidupnya masih mampu dengan bekalan duit pencen yang dah ciput tinggal separuh. Saya kalau bule nak duduk sini, mati sini.

Jadi kalau tengok orang tengah bertungkus-lumus memajukan diri, janganlah simply hantam yang dia ini bernafsu besar mau compete dengan kawan-kawan yang lebih baik dan lebih kaya dari dia. Dia berusaha bukan nak tunjuk-tunjuk kat orang, tapi untuk bekalan masa hadapan. Sementara ada kuderat dia usahalah apa patut agar nanti tak merempat di negara orang. Dia suka Malaysia, masjid tempat nak buat ibadah banyak, shopping kompleksnya semua siap ada surau yang selesa. Tandas awamnya semua ada paip air yang memudahkan kita beristinja' guna air. Itu yang kalau bule memanglah nak duduk sini sampai mati.

Tapi nak duduk sini pada masa hadapan kenalah usaha sekarang, sebab in the future negara ini sudah jadi terlalu mahal untuk dihuni, kalau saya tak buat sesuatu bagi mendapatkan gaji pokok yang lebih tinggi dari sekarang.

Saya sambung belajar, bukan nak kejar pangkat, atau nak compete tak puas hati dengan kawan-kawan,pun. Saya belajar, majukan diri dalam kerjaya, sebab nak ngejar gaji pokok yang lebih tinggi agar nanti tak payah cari negara lebih murah untuk dihuni. Ada orang Jepun yang dah pencen tak mampu duduk negara mereka, pindah sini. Jadi tak mustahil nanti kita pun akan jadi macam itu juga,kan dek kerana nak sangat jadi Negara Berpendapatan Tinggi.

So pengakhiran cerita saya, tak ada cinta yang saya dapat, dia tak hingin nak jaga saya. Menyusahkan aje saya ni. Tapi saya dapat cinta pada Negaralah I suppose. Kita usaha keras, agar nanti kita tak jadi macam Jepun-Jepun pencen yang bersepah kat KL itu, pun saya rasa kind of cinta dalam bungkusan tuhan yang tersendiri. Analoginya macam lelaki yang nak meminang perempuan bersturuktur yang tetapkan dalam bank kena ada minimum RM40k, kita usaha, dapatkan. Gitulah dia kita penjawat awam gomen gred rendah ini. Gajinya bergantung kepada  kebijaksanaan orang lain dalam mengurus ekonomi, iaitu si Najibun BIJAN Debot. Tak reti-reti agaknya dia nak buat pelarasan-pelarasan lagi, agar 2020 nanti semua penjawat awam paling rendah pun dapat pendapatan tahunannya USD20k. Ada plak dia suruh kita bawa uber untuk cukupkan USD20k. Dia tak pandailah tu, sebab tu dia tak mampu nak bayar kita gaji lebih.

Dari bawa uber baikla saya belajar Forensic Accounting, bukan nak jadi pakar Forensic pun...nak bagi niche je nak masuk gred Ijazah, jer. Bila masuk Gred Pegawai Ijazah esok tidak ada kuasanya saya nak compete dengan awak deerr... Awak bidang apa? Saya pula bidang apa? Mana bule saya compete dengan awak. Macam oren nak compete dengan pisang. Agak-agaklah,kan  hehehe...

Jadi cerita cinta ini bertukar jadi Cerita Cinta Negara Berpendapatan Tinggi

Monday, April 10, 2017

Cerita Cinta???

Ini semua cerita khayalan aje ni. Bila orang sibuk cerita pasal cerita cinta, putus cinta saya pun nak cerita juga, biarpun sekadar khayalan....

Ceritanya bermula begini, saya jumpa dia masa chatting "online" biasalah zaman-zaman chat-kampung-ku ntah apa-apa tah ya... chating-chating tukar gambar lepas tu nak dating. Cerita saya ni selalu bila hantar gambar mesti kena rejek, kalau lepas...., bila saya cakap saya mental jer terus lepas tu derang menyepi tanpa khabar berita.

Tapi yang ini mula-mula macam ok sangat, awal-awal dah cakap mental pun dia janji nak jumpa lagi. Tapi tak tau apa jadi dia mungkir. Saya dah kena beberapa kali, jadi saya tak heran dahlah. Maybe in between dia dah jumpa yang lebih baik dan lebih cantik, he is having a second thought, ka. In between juga ada beberapa perkara perselisihan nilai, ideologi dan pegangan. Longgar cincai---liberalnya--, di pihak saya. Saya menyukai sesuatu yang ringkas dan kontemporari. Seni tradisi lit-lat-lit-lat ni kalau leceh sangat tolak tepilaaaa. Totok---warak---berstruktur---hardworking---teliti---disiplinnya, dia, mencintai seni dan tradisi. Saya seorang yang free-spirited, sedangkan dia seorang yang jenis follow--rule--ketat-ketatlah.

Pensyarah rupanya dia. Saya mati-mati ingat dia aktivis, pemuisi/penulis lucah yang hidup bergelandangan dengan unemployment benefit di Negara-negara Nordic sana hihihi....Ala-ala aktivis Hishamudin Rais, ka, Dr Sam Saya Anak Malaysia ka? Hati rasa tak sedap bila dia pulak tunjuk gambar dia. Aik, apa pasal rupa macam tok Bilal tukang sapu, tukang bentang sejadah masjid kampung jak ni? Tak ngam langsung dengan angan-angan saya nak temankan dia buat gig di Pasar Seni baca puisi lucah mencarutkan pemimpin-pemimpin tak senonoh, lepas tu kena kejar polis hahahahaaaa.....Harapan saya hancur berkecai kompem bila ex-classmate dia cakap, dia kat sekolah dulu imam, bukan Bilal! Mak tuan aiiii bertakuk-takuk lebih tinggi dari jangkaan dan sangkaan saya...

Saya tertipulah bila dalam online dia macam brutel, rebel, gitu,kan. Hingat tadi seniman Jalanan,kan. Tapi bila kita tengok jer kengkawan online dia yang lain semua spesis-spesis perempuan-lelaki baik penjaga pintu syurga. Pensyarah-pensyarah. cikgu-cikgu yang tepu teori, tapi tak berpeluang mempraktikan, menerapkan teori-teori baik buku teks etika ke dalam masyarakat yang kian mereput nilai, akal-budi---seni-budaya luhur Timur, maunya tak menangis-wal-frust menonggeng. Mustahil,lah dia nak ikut telunjuk saya,kan. Tapi I give up to 3 shot jugalah....merayu-rayu bagai,kan. Just tulis emel jer telling him to "jaga-me". Tidakla I laid out any plan ka hapa,kan. Idak pun cerita berangan hapa,ka, kan. Buat malu aje nak cerita angan-angan kita,kan. Kalau cerita cinta buku fiksyen bolelah,kan.

Wednesday, April 5, 2017

DRAMA APA TAH?

Saya memang dari dulu pun tak senang dengan Hudud PAS. Saya tak senang bukan pasal terpengaruh dengan Siti Kassim, saya tak senang sebab perangai orang PAS, pemimpin PAS sendiri. Derang bukannya betul sangat,pun. Ada yang terang-terang berani langgar undang-undang tapi tidak dikenakan apa-apa tindakan kerana bukti yang dirakam tak mau diterima. Bidio tu besi, besi tak ble jadi saksi. Kalau undang-undang Syariah pun ada yang langgar, macam mana nak uphold undang-undang sesuci hudud.

Hudud boleh jadi sangat teruk di tangan orang yang teruk. Saya terpercaya yang hudud boleh teruk bila ulangkaji subjek sejarah masa saya amil sijil darjah Khas sekolah agama negeri Johor. Mak bangsa Johor ka? Tak. Anak Melaka yang bermastautin di Johor jer. Ok masa study-study nak exam itukan, adalah dalam buku tulis, bagaimana tika peralihan kerajaan tak ingat sama ada Muawiyah ke Abasiyah, atau Abasiyah ke Othmaniah tu saya tak ingat, ada ramai musuh politik kerajaan baru kena potong tangan. Bukan potong tangan jer, mata kena cungkil pun ada. Mereka dicacatkan. Bererti tangan yang terpotong bukan sangat pasal jenayah, tapi pasal dendam peribadi, politik. Ntahla mungkin ada buktikan pegawai dari kerajaan terdahulu curi duit kerajaan ka. Tak kisahla, buku tu tulis kejadian potong tangan dilakukan tidak mengikut lunas-lunas undang-undang yang telah ditetapkan

Sapa tulis buku tu ntah tak ingatlah saya. Tapi pembacaan saya dari zaman remaja membentuk pemikiran pendirian saya di masa ini. Tapi idaklah saya sampai tak tidur malam pasai RUU355 ni. Lantaklah kalau jadi, lepas tu jadi macam di Sudan, Libya, Nageria dan Pakistan, pun lantaklah engkau. Kalau saya salah, menjadi dan adil pun saya suka juga. Jadi bila PM bermesra-mesra dengan PAS, saya fikir, mesti jadi ni. Kalau jadi sama-sama doa tak jadi macam Sudan Libya atau di dalam lipatan sejarah silam Islam.

Tetetiba tak jadi. Saya ok aje, tapi saya kesian kat kawan-kawan yang percaya yang Negara telah mampu laksana hudud dan takkan jadi macam negara yang disebut-sebutkan tadi,lah. Iyalah Malaysia ni kira walau orang dok bom hari-hari penjawat awam macam-macam, tapi idaklah kita sengkek sangat. Kalau kena cara boleh berkat kita kalau semua ok.

Takdirnya KO. Kawan-kawan hiba, jadi saya pun tumpang hiba. Kawan-kawan marah, rasa terpedaya dengan permainan sandiwara pemimpin tertinggi Melayu. Saya tumpang marah dan lelebih pulak marah. Kalau tak setuju, cakap tak setuju dari awal. Jangan beri harapan pada yang menaruh harapan. Bila harapan tak kesampaian, memang menduka-citakanlah. Apa lepas ni kita dapat tengok lagi gambar-gambar mesra pemimpin kita yang telah sekian lama bercakaran? atau lepas ni terus berkerat-rotan, berpatah-arang?

Itulah, kalau nak gesel-gesel pipi, ka, punggung, ka mulakan dengan benda-benda yang mudah-mudah. Jangan mainkan harapan orang as if hudud dah nak jadi,ni, aleh-aleh tak jadi....

Lepas ni ada gambar macam ni lagi tak? 

Monday, April 3, 2017

CERI MONDAY

Memangla semalam saya kata “ada aku kisah?” tapi sebenarnya kisah juga. Iyalah orang dok seronok balun gomen, kau diam aje. Mulalah saya terfikir, adakah mereka rasa saya fraudster juga? Tapi kemudian saya rasa tak begitu sebab mereka sangat friendly dengan saya.

Cuma honestly, saya sahaja yang rasa tak selesa. Iyalah walau kita tak de buat benda-benda yang dibincangkan, tapi kita sesama Muslim ini bersaudara, ibarat cubit peha kanan, peha kiri terasa. Mungkinlah kerana  itu, saya ada tunjuk apa-apa non-verbal expression ka, tertinggi suara kan hapa ka kan, sampai saya rasa kalau saya tak ada dalam kelas itu, suasana perbincangan akan lebih meriah. Dalam kata lain kehadiran saya telah sedikit sebanyak membantutkan kerancakan mereka melepaskan rasa tak puas hati mereka terhadap penjawat awam, terutama pengurusan tertinggi Negara. How I wish that I am invisible or next time they can pretend that I am not there,lah. Just derang-derang aje,kan. Saya memang tak nakla jadi spoiler,kan.

Ok berbalik pasal cerita-cerita pasal salah laku penjawat awam ini, macam-macam ada, ada surat layang cakap so and so begitu-begini. Ada pula cerita hah, barang dah hilang, hah bangunan dah siap, tapi tak boleh diduduki, bunyi macam so and so dah pau duit rakyat. Duit dah hilang, reta rakyat dah hilang. Ada pencuri ---pencuri---pencuri--tolong--tolong-tolong--Polis tolong, juruadit tolong, MACC tolong... tolong tangkap dan Jelkan so and so. Gitu-gitulah cerita ya. Tapi buat sakit hati aje,kan senarai name & shame kat sesawang MACC tu, tak de sapa pun yang kita kenal dan rasa dialah orangnya yang telah banyak curi duit rakyat. ntah sapa-sapa tah muka-muka penyangak pecah-rumah ni, tak kenal langsung,kan.

Yang kita ni pula sebagai pasukan penyiasat, apa kejadahnya bersakit-sakit nak cari motif perbuatan jahat tersebut? Kau cari ajelah Actus Rea dan Men Rea, bla-bla-bla dan kau sabitkan ajelah apa salahnya si Malaun ni tadi bawah seksyen apa dalam Penal Code itu,kan. Kata ada pencuri, jadi mana pencurinya? hah! Kalau tak nak bawa ke tengah, kenakan ajelah dia surcaj. Tapi yang bersakit-sakit nak tau motif, sibuk terhegeh-hegeh cari red-flag-red-flag-red-flag tu dah kenapa? Sibuk skodeng, brapa bini ada, brapa girlfriend ada. Patutnya kau habiskan masa cari benda-benda yang boleh mensabitkan kesalahan, pertuduhan yang dihadapinya. Ni tidak sibuk kumpul bukti, berapa banyak hadiah dah bagi kat bini, girlfriend, aleh-aleh tiba-tiba dihari kejadian jenayah dia tengah beromen dengan girlfriend dia…. Apa kes boleh kau bawa?

Hah itulah dia pengaruh siri drama penyiasatan kat TV. Hero-heroen dalam TV cakap mari kita cari motif…hah…Begitulah Besar,pengaruhnya drama TV Amerika ini pada kita,kan. Dalam kita takut-takut tuhan Getaran Siti Kasim, Tuhan berhala TV dalam rumah sendiri terlepas pandanglah pula,kan? Hehehe.

Walau bagaimana, pun saya secara peribadinya  suka pada motif dan psychological behavior behind fraud cases, sebab most of the time kes-kes macam ini lepas lela gitu jak. Motif, dan resionalisasi fraudster terhadap pelakuan kejinya membantu saya mengurangkan rasa sakit hati. Itu aje. Kita tau oooohh dia bawa anak bini, sebab dia takut ada pelacur datang ketuk pintu bilik hotel dia. Ooh dia mencuri sebab nak bagi bini dia gelang besar, kalau bini dia tak dapat gelang besar, bini dia suruh tidur kat luar. Kalau tidur kat luar, pelacur datang ajak tidur dalam bilik pelacur pula, kan susah tu. OOhhh gitu, oklah tu. Tidaklah malas saya nak berjahat-jahat mulut lagi mengata “aiii kalau dengan pelacur pun kau tak berani, baik berenti kerja ajelah, cari orang lain yang tak takut pelacur buat kerja, iya idok”

***

Owh chop, masa kawan sekelas present pasal etika penjawat awam, ala yang cerita semalam itulah yang dia tanya-tanya why why why, dengan gaya as if, haku pula yang pau duit rakyatkan as if i terdengar dia merayu bertanya "Why dear, why you sanggup turun ke lembah kehinaan yang maha dalam ini" sampai kawan berdekatan dok colek-colek saya suruh respond dan bila tak de respond jadi sendiri soal, sendiri jawab "owh saya faham sebab u miskin ya, saya kesian kat you duit gaji you semua sudah habis potong pergi angkasa. Kesian, kesian, kesian". Memanglah saya terasa ntahlah tak tahu apa nak cakap. Kau cubalah masukkan diri kau dalam keadaan saya. Bayangkan kau yang gaji yang 4 angka aje disoal oleh seorang yang gajinya 5 angka.

Macam tu rendahnya bos-bos Melayu swasta ni pandang sedar-seislam dia dalam sivil servis. Memang bukan "ada aku kisah lagi" memang kalau kau tak ada rasa menyampah, atau terhina, ada sesuatu yang tak kena dengan sistem badan dan emosi engkau. Tapi saya tidaklah layan rasa negetif itu. Derang tegur saya, saya tegur balik, Kita buat biasa-biasa ceria-ceria sahaja. Kita datang kerna cintakan ilmu, takkan sikit punya hal, pasal tiga empat kerat Melayu-Melayu kaya yang tak puas hati tu, kita dah patah semangat nak datang belajarkan. tak de kuasa der, saya nak kecik ati, dengan orang kaya-kaya yang hensem-hensem tu. Life is as simple janganlah dirumit-rumitkan pasal hal yang remeh-temeh ini. Buat biasa sudah dan moga one day they will understand that happiness is not all about money. Happines is about love and passion.

Sunday, April 2, 2017

CERI MONDAY

Cerita ini pun rekaan semata-mata juga....tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Saya masuk kelas cerita gomen. Jadi memang dah masak, kelas gomen dalamnya cerita kutuk gomen. Kau nak kutuk, kau nak analisa, ada aku kisah? Iya saya tahu ada juga rerakan yang guna kelas ini untuk release tension. Sekali lagi, ada aku kisah?

Di waktu rehat, ada sorang kawan cakap macam gini "kadang memang kita dah tau memang dia jahat tapi kita tak de bukti, kita jadi geram sangat" jadi bila geram ada bercerita, dan memikir, apalah yang kita boleh lakukan.

Kenapa penjawat awam fraud sedangkan kita Islam. Ada yang kata sebab gaji penjawat awam rendah, sebab itu mereka jahat. Dalam satu presentation, presenter begitu beremosi sekali bercakap pasal ini, sehingga salah-seorang rakan menyigung saya agar beri respond kepada presenter. Saya pun tak tau apa nak cakap, sebab saya baik-baik aje, dan so far semua kawan saya baik. Tak tahulah saya orang lain. Jadi saya diam ajelah.

Kawan-kawan saya pun miskin juga tapi kita biasa-biasa aje. Tak adalah sebab miskin kita buat fraud. Alhamdulillah gaji yang saya dapat walau cukup-cukup makan, idakla terdesak sampai nak songlap duit pejabat.

Kalau orang suka-songlap-sana-songlap-sini memang kita tak kenal. Jadi kita tak tahu apa masalah mereka. Tapi bila kita berkumpul sesama kita, kita bercakap-cakap. Kebetulan kami ada dapat surat layang yang kununnya ada orang buat perangailah. Seleweng dan bawa anak bini makan angin luar negara. Kenapa eh, aku lagi miskin dari dia, tapi tak adalah aku nak buat benda macam yang dia buat. Kawan saya jawab balik, "sebab engkau kuli, cuba kau bos macam dia, aku rasa kau pun akan buat jugalah"

"tapi kenapa?"

"eloklah tu dia pergi mesyuarat bawa rombongan sendiri, sekurang-kurangnya bila dia bawa anak bini, tak ada perempuan sundal datang menyondol, jadi dia taklah terjerumus ke lembah kehinaan yang lebih dalam"

oohhh gitu.

Saya cerita perbualan gini pada kawan sekuliah yang kebetulan ada kes sama dengan kes di tempat saya bertugas. kawan saya mencaras idea saya

"tapi kak dalam kes di Pejabat saya kalau betul dia betul bawa anak bini itu baik, dia menyondol staff dalam opis, nak suruh bini dia duduk sebelah, macam pengantin barulah pula?"\

Itulah berfikir pasal orang jahat ini sungguh memenatkan. tapi dah jadi tugas saya. Kenalah fikir juga. Kita bukan orang jahat, kena agak-agak apa ada dalam kepala orang jahat. Rasa macam nak meletup jugalah kepala otak nih.