Sunday, April 29, 2018

Bebas Benci

Cerita ini tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati....

Babi Terbang...


Bila melihat dia gambarnya dalam FB, saya teringatkan analogi babi terbang yang diberikan oleh sahabat karib saya bertahun-tahun yang lalu. Sahabat saya seorang yang sopan santun tapi pada hari itu dia teramat marah sehingga dia melontarkan perkataan "babi terbang" kenapa babi terbang?

Ntahlah....saya pun tidak ambil pusing apa yang kawan rapikkan tentang si babi yang unik ini. Saya sibuk memeriksa diri sendiri adakah saya bakal jadi babi terbang pada masa akan datang. Dengan status anak Imam kampung yang telah hafal Quran sejak Menengah Rendah dan tika itu saya sedang menjadi salah seorang pelajar terbaik perakaunan dalam kelas, saya adalah individu yang sangat disengani dan ramai peminat. Saya melihat kawan saya, saya melihat diri sendiri, saya berkata selamba "hai, kawan, kalau kita ada kuasa, wang, wanita dan pengikut taksub, kita pun babi terbang juga"

Cuma apalah kawan, kita hanyalah mahasiswa sengkek yang sedang terkial-kial mengejar CGPA tinggi bagi menukar pinjaman pelajaran kepada biasiswa. Ramai jelita yang menjeling manja tapi tak sanggup kita nak menyapa mereka kerana terlalu terikat dengan jadual belajar yang ketat.


Bila masuk alam pekerjaan saya terputus hubungan dengan dia. Marahnya pada Babi hingga dia bersumpah tidak mau pulang ke tanah babi. Iya tanah babi. Pada dia kita semua babi barang kali? Saya sebagai sahabat karibnya enggan memburu babi tersebut, mungkin itu juga jadi salah satu punca  (selain kesibukan kuliah dan pelajaran)  persahabatan kami renggang, lalu terputus begitu sahaja. Mungkin dia merasakan saya pun babi jugalah barangkali.

Fikir-fikir balik, memanglah sedikit-sedikit ada rasa macam babi, pun. Juruadit Hafaz. Bukankah saya sepatutnya berada di masjid membaca Al-Quran? atau di Pondak mengajar orang mengaji? Apa saya buat di firma audit terkenal di ibu negara, ini? Memang babilah itu. Menggadai bakat dan agama kerana sesuap nasi. Saya tidak begitu pedulilah pada semua itu. Itu hanya suara-suara paranoid dari dalam kepala sendiri. Tidak pernah orang datang kata "kau menggadai agamamu demi wang" atau kau patut balik kampung mengajar mengaji pondok di Pesentren datukmu.

Cuma paranoid saya sahaja bila terdengar cakap-cakap kawan-kawan yang mengata so and so sudah bla bla bla...bila pelajar dari jurusan agama masuk politik parti biru tua, jadi menteri, sudah masuk tivi, pakai sut, kemeja, seluar panjang pakai kot siap bertali-leher. Sudah buang kopiah jubah, gamis seperti tika dia di zaman sekolah atau universiti dulu.

Tidak ada pun orang nampak saya berjubah bagai, sebab saya memang sekolah sekular dan tidak pernah masuk sekolah agama pun. Saya belajar mengaji dan menghafal dari bapa saya, seorang imam. Saya hanya mengimamkan sepupu-sepupu kecil saya di rumah sahaja. Saya lebih dikenali dengan pelajar berbakat akademi ilmu sekular.

Jadi suara-suara babi atau bakal jadi babi itu paranoid sahaja, sebab saya bukanlah pelajar yang punya ramai pengikut. Saya seorang pelajar sepi dan memang sengaja sepi. Tapi saya bukan Rangga dalam filem ada apa dengan Cinta. Saya cumalah seorang yang malas bergaul dan suka menyendiri.

Berbalik semula kepada babi terbang tadi, adakah saya lebih mulia dari babi terbang? Masa depan masih panjang, saya tidak tahu apa kesudahannya nanti. Hari ini tidak pernah lagi berdiri bercakap, mengajak ke jalan yang benar di khalayak ramai,  tapi saya tidak tahu apa ada pada masa hadapan. Mungkin juga nanti saya berdiri bercakap benda-benda baik, beretika, berakhalak mulia, amanah, jujur setiakawan, mengajak kepada mengesakan DIA nan-Satu di hadapan selautan manusia. Di belakang, rakan karib teman saya adalah penyangak-penyangak antarabangsa dan saya hanyalah boneka yang menandatangani ntah-apa-apa kontrak, dokumen pecah amanah, jenayah  bagi kawan-kawan saya ini.

Saya ingin pulang, mengembara, seluruh dunia saya. Saya belek-belek simpanan saya... Saya berkira-kira untuk tulis surat perletakan jawatan.
 



Thursday, April 26, 2018

HERMIT??

Hermit tu apa jadahnya ya? Saya pun baru tahu pasal ini masa saya buat kursus Risk Management pada semeste yang lalu. Dalam kursus tu tak tahula mana datangnya kisah kelalaku manusia dan pengkelasan reaksi manusia terhadap risiko ini. Katanya manusia ni bila berhadapan risiko, kelaku mereka tak sama, lain-lain. Ada suka risko, ada takut risiko ada yang 50-50. Hasil dari itu, maka buat masa ini paling popular, adalah lima jenis kelompok manusia yang pemerhati dapat perhati.

By the way pemerhatian ini dilakukan oleh ahli siosology barat dipelopori oleh seorang wanita berbangsa Inggeris yang bernama Mary Douglas. Douglas menulis tentang Grid-Group Culture Theory. Sama ada ia bersesuaian dengan orang Melayu, tak tahulah saya.

Tapi yang hermit tu memang betul dan kenalah dengan saya. Cuma masa kekecik mak, manala tau yang anak dia ni jenis hermit, jadi sebolehnya dia mau saya jadi manusia egalitarian yang penuh kemanusian, perhatian, empati dan kasih sayang. Saya teringat satu ketika, reban ayam nenek dimasuki ular sawa pada jam 3 pagi. Semua isi-rumah kecoh keluar dan tengok sepupu saya tangkap ular. Oh masa tu cuti sekolah, maka ramailah sepupu-sepupu datang tidur di rumah kami.

Keesokan harinya ketika bersarapan, hilang selera saya kerana teruk saya dimarahi emak kerana masa dalam orang kecoh-kecohkan ular, saya boleh tarik selimut dan tidur nenyak. Iya saya tahu ada ular, dah semua sepupu saya ada, jadi biarlah mereka sahaja yang sibuk-sibuk?

Mak pula sudah mula sangsi akan perlakuan saya. Patutlah Allah bagi sakit dan saya dibawa berubat hospital. Orang kampung semua kata saya kesampukan sahaja. Tapi emak beriya-bawa-berubat hospital sebab dia sudah tahu ada perangai saya yang tidak sama dengan budak-budak sebaya saya. Iya dia sudah syak saya akan memenua jadi manusia pelik dan dia harap perubatan moden boleh merubah saya jadi manusia normal.

Iya, I look normallah, but not so normal. okla bolehlah,kan. I haven't have the chance to tell her about this Mary Douglas and Grid-Group Culture things. I've told her about Freud Defense Mechanism, id and super ego, but I'm too busy with the renovation of my house. Most of the time we talk about the renovation in progress, my coursework, my new job, my new friends.

The best thing about my mom is, she very open to a new idea. Some of elderly will think you already sesat if you mention Freud's name. Thank God my mom, my ayah (Pak Long) are not like that. My mom eager to know more about what Freud and Anna has to say about delusion, paranoid and all. She even happy when I told her about Maslow's hierarchy of needs. I bet she's even happier if I told her about hermit and the reason why when I was a youngster I can keep on sleeping while a snake has enter chicken coop and eaten one of our biggest hen. The reason is because I am a hermit he he....

But I don't think she will like the idea if I want to become a full hermit. Of course I don't have any plan to become one. Oh what is hermit? alah google ajelah ya. Malas nak tulis di sini.


Tuesday, April 24, 2018

BIMBANG (Post Bawang)

Bila  ada misfortune yang berlaku berlaku saya selalu ingat pensyarah perakaunan A-Level saya kata "blessing in disguise".... selalulah ingat begitu. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Cuba bayangkan hidup saya smooth sahaja, lepas graduate, kawen, anak-anak dah besar dan berjaya akademik. tentulah berjaya sebab mewarisi kepandaian saya dan bapa dia,kan? Kalau bapa dia tak pandai pun orang kata bakat akedemik (IQ) menurun dari ibu yang bijak.

Saya membayangkan saya ketua marhaban kawasan yang jahat mulutnya tapi pandai merancang. Pendek kata makcik bawanglah... Tapi Allah bagi saya kesakitan yang menyebabkan pengajian saya terencat dan saya tidak bertemu jodoh hingga kini. Kesakitan yang Allah bagi bikin saya rasa tidak bersalah untuk jadi hermit dan tidak port sangat hal orang.

Saya ada kawan-kawan baik saya either yang idealist tegar, yang baik tak pandai membawang, atau devilish outcast yang brutal hati kering ala-ala Rosma gitewwww... yang devilish ni ko tok sah ceritalah, dia sentiasa "on the top of the world" the one yang tahu bikin kau rasa up bila kau low-down-in-a deep-shit. No wonder orang macam gini berjaya.

 Yang baik, ala-ala bawang merah yang terinaya ini lah yang saya nak cerita. Dia resah melihat perkembangan akhlak, muda mudi, baik tua keladi yang tidak secomel dulu. Teman melantun rasa hati dalam sebuah puisi yang indah yang saya ingat "the gist of it" aku mau membeli esok yang bebas-bimbang. Hari esok yang tidak tidak ada bimbang....

Saya kesiankan dia yang masih membimbang sedangkan saya sudah lama tidak bimbang apa-apa lagi. Saya pun tak tahu mana suda pergi kebimbangan saya, atau saya pandai membuang mau yang banyak, bila mau tidak banyak, bimbang pun kurang. Atau juga sessi-sessi psiko-terapi yang saya jalani bikin saya ntahlah......ermmm bikin urat bimbang saya terbius mati he he he....


Dari Puisi Bimbangnya itu saya terinsipirasi untuk memelihara hijauan-hijaun kecil ini bagi mengelakkan kejangkitan penyakit bimbang....Ok marilahtengok gambar cerita panjang takut bimbangnya menjadi bimbangku jua he he :):-