Tuesday, December 22, 2015

Sayang-sayang Tun M

Ini sambungan dari cerita yang lalu....

Bila saya tengok gambar-gambar dalam link di entry itu, hati saya kata eish macam tak kena, "eh ini tak kena, itu pun tak kena" macam fishy aje. Tapi bila saya baca tulisan Raja Petra ini, terus terdetik dalam hati "hah ini baru ngam" hiks.

Macam ada yang tak kena dengan gambar ini. Patut ka seorang Negarawan digandingkan dengan yang hok tiga lagi tu? ei tak patut tak patut. Sungguh tak patut. Umpama pinang dibelah kapak aje. Sakit mata memandang.
Yang ini pula kalau diberi caption "bagai pinang tua mencucuk pinang tua, muda" memang ngam sangatlah tu.
Ok, pasal YTL pula...Memang logik juga kalau mereka marah PM. Tak pasal-pasal good cash flow from IPP terberhenti begitu sahaja. Saya cuba tengok-tengok juga financial statement mereka, jika ini ada impak kepada untung-rugi mereka tapi ntah tetiba aje jadi malas. Kalau adapun pasti ia tidaklah significant mana,pun. Orang dah sedia kaya, alah IPP tu ciput aje, tidak mematikan, pun. Jadi kenapa mesti marah? Sedekah ajelah,kan. Habis cerita. Tak usah gaduh-gaduh, take trouble segala bagai, curi, pinda dokumen orang, upah orang tulis dan siar dokumen yang telah dipinda itu. Sebab apa? marah? Tak puas hati orang baru dah tak pedulikan kamu? Kalau marah pun kenapa bersusah-susah mau kasi kena balik, balas dendam, bergelut dalam red ocean, if the blue one is there to be explored? Itu kata kita, yang tak suka bergaduh. Kata mereka kita tak tahu, kita tengok ajelah drama apa bakal dipersembahkan pada 2016 nanti....

Memang ada penurunan, tapi 2013 pun rendah juga...jadi kena tengok 2016, 2017.....terlalu awal nak kata penamatan kontrak IPP beri impak kepada kedudukan kewangan YTL berdasarkan financial highlights tanpa membaca keseluruhan Laporan. Kalau minat mau analisa lebih-mendalam silalah ke sini. 

Saya tertarik dengan Dividend per Share 2015. Sungguhpun dalam tempoh 5 tahun kebelakangn ini (2011-2015), tahun 2015 mencatat "Profit After Tax" yang terendah, tetapi dividen tertinggi dibayar dalam tahun ini. RM9.50 tuh pergh. Mata kita yang sepatutnya tertumpu pada "Earnings Per Share (EPS)" pun terpana sekejap melihat grafik yang mencanak naik itu. Bayangkan mak ada 100,000 unit jer,cer kire, cer kire brapa mak bule dapat tanpa susah-payah buat apa-apa. Tersihir dan lupa sebentar dengan EPS. Opocot sen rupanya alahai, mintala maaf tak pakai cermin mata...hahahaha...lebih 1.50 sen (anggaran) dari ASB.

oklah apa-pun selamat tahun baru ya. Gue cuti panjang ni.

Thursday, December 17, 2015

Be Happy...

Kata dia...

         "10 tahun. Itulah tempoh yang baru Greece sedar kena sailang dengan Goldman
            Sach"

Adakah kita akan jadi Greece? Eeeiii takutkan. Sedarlah kamu semua eh, jangan tak sedar. Semboyan sudah berbunyi tu. Bila dah sedar tu, apa mo buat? Ikut kamulah adakah kamu mau bersama mereka atau tidak. Saya Ok aje, saya tak terlibat. Keldai mana boleh fikir,kan.. Saya cuma optimis lepas 10 tahun nanti kamu sedar ka indak, keldai tatap jaga kewangan he he he...

Keldai tak takut ka, lepas dah tersedar mereka mau tendang Keldai?

          " Apakah  masalah selesai dengan memanggil orang bodoh itu bodoh?
            Mungkin sudah tiba masanya untuk kau bakar rumah mereka, jual anak-anak
            mereka pada pedagang manusia dan tendang haiwan-haiwan peliharaan
            mereka"

Ndaklah. Apa mo risau. Kena tendang tendang ajela. Tapi sementara belum kena tendang, jangan sakit hati tengok keldai indulge in unhealthy food. Biar gemuk. Susah sikit ko mo tendang hihihi.

jom makan sayang-sayang....

Selain itu saya juga mau berdoa macam ini...krik krik krik.....



Wednesday, December 16, 2015

Sampai Titisan Darah Terakhir....

Seperti yang saya sangka...Tun takkan menyerah kalah dengan mudah. Benar isu 1MDB sudah rentung, kini koncu-koncu anti Najib mula menyerang PR1MA pula.

Modal penulis ProTun ialah Najib tak pandai urus negara. Pentunjuk yang menjadi dalil mereka ialah ringgit yang lemah. Pagi tadi jam 9.00 macam  trend Ringgit mo naik. Dari RM4.3200 ke RM4.31. Jam 12.00 sudah turun semula kepada RM4.33...kalau Ringgit tak bagus bermakna PM tak pandai urus ekonomi. Kita tahu dulu pun Ringgit pernah merudum pada paras RM4.8something. Dan PM pada masa itu keluar banyak wang untuk menambat ringgit, sebab pada dia ukuran kejayaan sesebuah pentabiran/urus tadbir negara berpaksikan kepada Ringgit. Tika itu jika ringgit tidak ditambat, pasti ia boleh jatuh tak tahulah, kan mungkin RM5.00 he he he... Saya adalah seorang yang sangat tak kisah macam mana teruk, pun engkau, tapi saya sangat senang naik angin sama orang-yang-kata-dulang-paku-serpih ini. Engkau pun taklah seberapa sangat, tapi bila mengata orang macam engkau tu baaaggguuuus sangat.
Hari Ringgit paling kukuh dalam bulan Disember ini adalah pada hari TSMY (Muhyidin) bercakap. Saya berani cakap jika 8 haribulan Najib berundur ada kemungkinan Ringgit berada di paras 3 point something. oh btw..saya petik data ini di sini. Takut nanti polis siasat kata saya memfitna VVIP? Don't wori blog ini tak de oraang baca. 

Monday, December 14, 2015

Siapa Mungkiri Justo?

Misti ko kata tembirang, tak follow Rewcastle Brown, sedangkan cakap pasal 1MDB. Excuse me, saya bukan cerita pasal 1MDB, pun tapi saya cerita pasal perdebatan antara Wan Ahmad Fahsyal yang menamakan dirinya sendiri sebagai NOVICE dengan seorang Aji yang merupakan CFO kepada sebuah syarikat di sini.

Ia seputar semberono WAF yang percaya 1MDB adalah sebuah syarikat yang bermasalah dan tidak boleh diselamatkan dengan berpandukan nisbah-nisbah dalam panduan jawab soalan periksa di sekolah. Sedangkan dalam menilai sesebuah Syarikat, ia tidaklah semudah itu. Jadi bila analisa sisimplistik itu ditulis secara terbuka di ruang maya, sudah tentula ia akan mengundang saya kira bukan kritikan tapi teguran. Apabila teguran baik itu diterima dengan perasaan paranoia mangkali tu (Dia hero Jedi penyalamat. Yang menegur tu Dath Vader, Jedi sesat. Jadi janganlah dicucuk-cucuk lagi dia tu), terjadi perang mulut kontroversi yang bikin ramai suka follow.

Jadi, memang saya sebelum ini tidak ambil port langsung pasal tulisan Puan Brown di Sarawak Report, sehingga school mate saya share artikel ini di FB. Ada orang janji upah Justo untuk mencuri dokumen petrosaudi tapi tak bayar. Dokumen itu telah Puan Brown ubahsuai untuk menunjukkan PM kita telah curi duit dari 1MBD sehingga menyebabkan syarikat itu menghadapi masalah menyelesaikan hutangnya.

Kawan saya kata Zionist punya kerja tu. Bila sebut Zionist tentulah kalau Brown, Justo….orang kulit-kulit umpama itu, hmmm betullah tu. Saya memang malas mo follow, tak de terclick apa-apa dalam FB pun tapi sejak dua menjak ni keluarlah cerita itu. Yang keluar muka orang Asia. Cuma tunjuk-tunjuk gambar, muka yang begini, begini dan begini aje. Tak rope Zionist punnnnn. Sebab bila sebut Zionist kita mesti tebayang muka orang putih,kan. 

Itula ni saya dah fed-up. Dah seminggu ni, bagilah orang jawab straight to the point. Esok saya ada final paper untuk disudahkan. Jadi untuk mengeluarkan rasa bengkek, saya pun menulis. Terapi minda. Kalau tak diluahkan nanti akan jadi cat & mouse dalam kepala ni. I need to clear it so that I can concentrate on Entrepreneurship ok! Bengkek ini.

Rasa-rasanya makan stem cell Datin Ummi Aida bebanyak muka kita boleh jadi iras Puan Brown tak?

Sunday, December 13, 2015

Harapan Setinggi Gunung

Hari ini memang kompemlah ProTUN-antiNajib sudah rentung, bila blogger (anti Najib bukan anti Najib sahaja, anti semua termasuk sebelum tu PakLah kalau lepas ni TSMY, lepas-lepas tu Mukriz Mahathir pun dia anti. Blogger antiPMlah kita panggil dia ek.) anti-PM no 1 negara sudah mengakuinya.

Bila dah kalah, mereka ini kental sifatnya, memang darah pejuang mengalir dalam diri, mereka bertukar strategi pula. Kalau dulu mereka mendemonkan Najib kasi orang benci sama beliau, kali ini dia menuduh ahli UMNO mendewakan Najib pula.

“Dalam PAU yang baru berakhir itu, perwakilan telah mengangkat Mohd Najib menjadi “demigod” - manusia suci yang ada kuasa luar biasa. A Kadir Jasin
Najib adalah dewa keramat UMNO. Eh baguslah kalau dewa,kan. Tak, tak bagus langsung, dewa, iblis dua-dua tak bagus kerana kita ini agama langit, kalau tak langit orang sini beragama majusi, pagan sembah spirit. Tak kira Melayu, Cina atau India atau bumiputera Sabah Sarawak, tuhan kita bukan manusia, tuhan kita berbentuk mistikal. Jadi bila antiPM mula melakar-warna orang UMNO sembah PM, maka  non-UMNO akan rasa takut dan benci. Orang UMNO pula rasa teruk. Macam dah menyekutukan Tuhan pula jadinya. Sebagai Islam tak ada apalah kedukaan selain dari duka orang pandang kita ini sudah menyekutukan tuhan.

Apakah Najib mo jadi Tuhan, sudah berasa yang diri Tuhan. Itu antara dia dan Allah. Adakah dengan berbuktikan video ini sudah boleh kita samakan Najib dengan Firaun. Ntahlah, saya bukannya Tuhan, pun, saya juga bukan Mufti atau presiden Majlis Fatwa Negara yang boleh mengata apa-apa.

Pada pengamatan saya, Najib cuba hulur salam perdamaian tapi ditolak dengan angkuh sekali. Blogger-blogger penyokong kuat mereka mengatakan, apa perlu berdamai kalau tak pernah bermusuh. Bagi pemerhati kerdil macam saya mestilah terharu, terpukau, terlongo dengan perlakuan PM terhadap penentang beliau. Patut dipecat dua orang tu, tak tau apalah dikatanya, bila tak marah sedia berdamai mengambil Sunnah “tidak sempurna iman jika tidak mengasihi saudaramu seperti mengasihi diri sendiri” kita yang menengok ni, memuji-muji, ai bagusnya PM, macam itulah akhlak orang baik, tak  sangka pula dikata-katanya bertuhankan selain dari Allah.

Apakah tuduhan jahat seperti ini akan bikin orang benci, takutkan PM dan ahli UMNO. Ntah…tak pernah dibuat, mungkin juga boleh berjaya tu. Lagi pun katanya mereka ambil masa 3 tahun untuk tumbangkan Pak Lah, katanya lagi Najib ni baru setahun. Mereka optimis sikit masa lagi tumbanglah tu. 2016 nanti tengok ajelah apa drama lagi bakal timbul. Apa lagi kata-kata kesat  dan tuduhan yang ntah-apa-apa tah bakal muncul. Terkini A Kadir Jasin sedang melaga-laga kan Kuli dengan Najib, adakah Kuli termakan akan permainan ini? Kita tengok ajelah.

Thursday, December 10, 2015

Masih Berharap....

Sebelum ini saya kata pasukan yang mau Najib berundur sudah rentung. Bahkan kerentungan ini berlaku lama dulu semasa dalam bulan puasa lagi. Pun begitu mereka masih mampu membina persepsi-persepsi buruk terhadap Najib. Dalam erti kata lain usaha demonise Najib masih pada tahap yang memberangsangkan. Believable. Pula tu usaha ini diketuai oleh Tun Mahathir sendiri. Seorang Negarawan unggul yang ramai percaya dia ikhlas menegur demi rakyat.

Lama-lama-lama.....lepas tu orang mula muak dengan benda-benda ini, sebab Najib tak jatuh-jatuh juga dan pensimpati-pensimpati sama ada ikhlas atau ada udang disebalik batu mula mengeluarkan banyak fakta kegagalan masa Tun memerintah. Lepas tu macam-macam lagilah,kan. Pendek kata sapa lagi yang boleh ko harapkan untuk mementang Najib?

Bagi mereka yang masih mengharap Najib berundur, mereka masih begitu, berharap dalam masa terdekat ini TMY akan umumkan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO dan menang. Kita tunggu ajelah. Bagi Najib kalau sungguh TMY mau bertanding, beliau boleh saja umum "tak ada pertandingan dalam PAU yang ini. Apa susahnya.

Ada juga yang nak berkait, bersangkut harap dengan Gabenor Bank Negara. Katanya Gabenor Bank sudah meletup sama Najib. Kalau rajin jemputlah ya baca apa yang ditulisnya di sini, dan lepas baca yang itu, bacalah juga apa ditulis oleh main stream media.

Ni mak nak cerita, satu cerita dulu-dulu....dulu, sangatlah dulunya sampai mak pun lupa tahun berapa. Yang mak ingat, orang opis mak kalau bertembung biasa mereka ucap "assalamuaikum" tapi pada masa itu, mereka tukar ucapan salam jadi "16 September". Bila 16 September berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa perubahan pada pucuk pemerintahan negara, mak seorang kerani cabuk yang lekeh ni, menempelak seorang pegawai yang suka baca berita politik dari internet. Mak cakap begini sama dia "Itulah tuan, dulu orang baca Utusan, baca NST, tengok TV3, tuan kata orang bodoh, tak tau internet. hah tengoklah tu percaya sangat sama internet, mana 16 September tuan tu. Dan 16 September bertukar semula jadi "assalamuaikum" Alhamdulillah. Happy ending untuk mereka yang baca tonton mainstream media.

Yang ini punya cerita macam mana pula. Tidak mengapalah kita tunggu kasi chance sampai berakhirnya 2015. Manalah tau ada sebuah mukjizat akan berlaku yang bakal menyaksikan kita dapat PM baru. Kalau tak bagilah masa tak lama 2 tahun aje lagi,kan. Kalau kawan-kawan diseberang sana sudah rasa tertekan sangat, dah terinaya sangatlah nih... bolehlah solat banyak-banyak minta (SSKM) Sabah Sarawak Keluar Malaysia.

dapatan terbaru dari Muka Buku saya.....

LSSR sudah declare game over, tapi jangan caya sangat only tolol yang percaya LSSR hihihi,kan

Raja Petra juga cakap benda sama... Malaysian Insider pun sama juga...tunggu apa Sarawak Post kata baru soheh boleh caya...apa pun kita tunggu 2016 apa lagi bentuk peluru yang bakal diledakkan. Jangan angin gila naik kepala, peluru betul yang meledak udahlah ya nauzubillahiminazalik.


Tuesday, December 8, 2015

Kek Coklat, everyone?

Eceh kunun kata “I want to focus on my study” tapi sempat memblog dan berFB. Sikit-sikitlah. Saya jenis yang suka terperap kat rumah. Memang nak pergi berenang tapi cuaca sejak dua menjak ini tak brapa siok untuk berjalan-jalan dengan menaiki  kenderaan awam.

Jadi saya pun belek-belek FB.  Adakah drama reality politik negara kita yang saya bagi judul Drama Debat Piala Hantu Raya makin panaaassss ? Kalah Drama Tuan Anas Mikail? Rasa dah macam suam-suam kuku aje. PM dah menang dah. Anti-PM sudah jadi rentung mengambil perkataan ex-school mate saya.

Tapi yang menariknya persona Drama Debat yang dah rentung meroyanlah dalam FB, kata dia tak kalah kalau tidak kerana audience yang bodoh piang, tolol, pondan, taksub bencikan Tun yang bikin ProTUN rentung. Idak sentap pun tapi saya suka ambil cemuhan dia yang berbunyi seperti di bawah untuk diabadikan dalam status saya. I believe this tolol (me, as I am one of those who believe in Tuan Haji CFO, Azmi Arshad) will just be fine come 2020 as I can't see what other way of doing auditing apart of ISSAI. Also, I can't see how we are going to prepare financial statement other then guidelines spell out in MFRS or its equivalent. That is to say, you guys out there still have to bare with keldai because keldais are still the one who will be entrust a chunk of fat role with future planning of a nation not a maverick out of engineering school or on-line pop diva journalist out of prestigious international relation school. Saya suka simpan cemuhan dia sebagai motivasi diri untuk berusaha lebih kuat, dalam memajukan diri sendiri.

"Hanya orang tolol yang percayakan Lim Sian See, Tuan Haji CFO dan keldai-keldai mereka."
Hari ini royanan dia naik lagi tapi saya malas nak bikin pin-up di diding saya. Jadi saya tulis di sini…
Itu orang suruh membaca Sarawak Report, The Edge tak nak. Sebab mereka dedahkan yang betullah website dan publication kena gam.
Yang kelakar kalau kita tengok, yang makan cerita derma ni orang belajar tinggi tapi bodoh piang. Sebab apa? Sebab TAKSUB. TAKSUB membenci Tun M, TAKSUB benci Pembangkang dan PONDAN nak semak bukti.” Wan Ahmad Fyhsal(WAF)

Bodoh piang. Itulah yang dikatakan pada kami yang tak minat nak baca Sarawak Report dan The Edge. Saya rasa ada juga yang percaya tapi malas nak layan,buat semak kepala aje.Pun begitu sebenarnya bagus juga ada minah dan mat pendedah seperti mereka. Terutamanya siWAF yang masih muda belia itu dia sangat bagus. Dia dari Engineering back-ground . Dia nampak benda yang kita orang finance sendiri tak nampak pada masa yang sama dia tak nampak apa benda yang boleh dan tak boleh, dalam bidang kita. Inilah yang kita panggil Maverick. Kita orang finance cuma nampak accounting treatment, mengemaskini dan memperkasakan standard, agar relevant dengan tuntutan semasa, memikir cara bagaimana standard yang ada pada hari ini boleh capture non-finance element dalam pelaporan yang berimbang, adil lagi saksama. Ahli fikir kami bereksperimen dengan CSR, TBL yang masih belum utuh, tapi sedang giat diusahakan. We don’t go stealing people accounting-book-record lepas tu doctored the document and tell the whole world aaahhhh “ look-look ada pencuri, ada pencuri”  

Jadi kalau saya ada hati untuk tawan hati kamu saya akan bikin kueh atau resipi yang paling saya pandailah seperti kueh karipap, kari, kek coklat. Orang nak kata saya bodoh piang kata, lah. Bila ko dah makan kueh karipap aku sebijik, kuah kari ikan aku, kek coklat aku barang sepotong dua, pasti ko jatuh cinta sama saya. I don’t need to meroyan dedah sana-dedah-sini. Blowjob ops blow whistle sana-ini-sana-sini, I just need to sumbat your mouth dengan hidangan/masakan saya untuk ko sukakan saya. Ataupun contohi budak ini. Kalau dia ni jual donut 10sen, saya jual karipap 10sen.

Erk, do I need to pecah my kepala mengaji/mendalami CSR untuk 10, 15 tahun lagi, sampai kepala I botak, kulit muka I berkedut seribu? I don’t think berbaloi, pun, as I don’t think you will enjoy my CSR, TBL write-up as much as you enjoy my kek coklat. hehehe



Kek Coklat tak de. Makaroni goreng jak ada. Jemput makan sayang-sayang

Kalu on diet boleh cuba Oat dengan epal hijau campur raisin dan madu....yumm

Thursday, December 3, 2015

BUYUK !!!!

Semalam saya rasa terkejut juga bila baca wats app dari group sama-sama belajar masa SPM dulu. Ia berkenaan tahun 2016 yang sukar. Macam-macam sukar untuk mereka yang tinggal di lembah Kelang yang duduk dalam kelas middle income. Mereka tak  biasa susah macam saya. Tak biasa  bangun awal  semata-mata mau ke tempat  kerja. Pergi tika matahari belum terbit, pulang tika matahari sudah terbenam. Mujur kerja seminggu 5 hari. Dapat tengok terbit fajar 2x seminggu sudah alhamdulillah yang amat sangat. Syukur pada tuhan yang beri kesihatan untuk bekerja dan tidak perlu meminta-minta sama orang untuk kelangsungan hidup.

Sungguh semua naik, tambang naik, beras naik, gara-gara polisi kerajaan yang  ada pada hari ini yang tidak pro-subsidi. Saya bukanlah mo mencacai PMlah pula…. Mementanglahkan tahun depan mo isi SPA online untuk jawatan pegawai. Tidak. Jawatan yang ada pada hari ini pun kira ok sangatlah tu. Saya merantau  tempat orang jadi kalau saya berjimat-cermat tak ada rasa paranoid pada orang sekeliling mengata saya sudah jatuh muflis, kena tipu jantan hidung belang, jika lunch nasi kuning, dan bikin sup2 sayur aje for my dinner, pigi kerja naik pengangkutan awam, hidup ala kadar macam Mat Bangla, Minah Idon di semenanjung saaana. Being an outsider saya tak dihimpit tekanan untuk bersaing dengan my peers, orang naik pangkat beli AlMeera, saya mo beli Hyundai, VIOS, orang bercuti di Bali, Bangkok, aku pigi New Zealand, Netherland, hah tuuu dia,kan..Orang Ifftar di Hotel Sri Malaysia, Mak Ifftar di Hatten. Ai orang naik jadi ketua kerani aje pun boleh pakai Bonia Ori, Michael Kroft, Mak Penolong Pegawai kenalah pakai PRADA, mana boleh kalah, tu… Mujur jua Mak kini di KK. Boleh buyuk, kata “Tak maulah, I want to concentrate on my study, atau,  I need to save to for my PTPTN loan repayment” kalau ada ajakan dan pelawaan yang bisa bikin poket jadi sikit rabak hahahaha. Lagi satu, my peers kat sini, walau sudah senior pun dia orang biasa-biasa saja. Bos pun kadang drive Kancil ja..paling up pun Atoz walau di rumah memang ada Al Meera dan Four Wheel drive.  Memang tak macam di Semenanjung, kalau indak bermekap, indak berdandan rapi, ala-ala koperata "ku puteh kuputeh, barulah puteh" lawa-lawa pergi mengaudit, nanti kalau ko tak malu, bos ko malu, bila ada auditi tak sayang mulut, gelar anak buah dia "makcik audit". Agak-agaklah jugalahkan, kalau mau cincai dan slebet kunun lagak zuhud, pun, awak masuk mengaudit GLC gergasi macam Tabung Haji, UEM, MAS, Khazanah, tak salah kalau auditi yang ada masalah inferiority complex, fobia kena tegur datang mengejek, pun. Bukan hujah laporan saja yang kena smart, penampilan juga wajarlah berpadan-padan. Lain la saya di sini yang auditinya setakat ketua kerani, tuan PPD yang dah nak pencen, pak aji-mak aji alim, warak yang mantap spiritual walau bajet yang mereka terima ala-ala kadar saja. Tidak macam orang muda remaja berdarah panas, diamanah kerajaan dengan bajet billion-billion, sedang mau mencanak-canak naik salah tegur sikit, sudah cari salah, dan lemah orang. Pasal penampilan yang tak kelas pun boleh jadi satu isu besar yang harus diangkat dalam kursus asas auditan.

Jadi ini bukan kisah pasal cacai mencacai, ok. By the way kalau saya cacai Najib separuh mati,pun, Rosmah bukannya baca blog/ tulisan saya ini, pun. Enuf merapik rabankan tentang  pro/advantages bekerja Borneo, instead of Putrajaya yang mega/megah itu. Tentang sisi positif mengaudit auditi cikai, "kampung" bajet ciput vs mengaudit auditi yang smart savvy CGPA paling koman 3.85 Ahmad Maslan, bajet billion-billion, million tak main...la.

Back to the slash in subsidy, back to PM yang semacam anti-susidi ini. Saya cuma mau tulis yang saya adalah antara pelajar yang tidak pro-subsidi dari zaman A Level di sekolah dulu. Walau saya tidak mengkhusus dalam bidang ekonomi, belajar ekonomi setakat asas-asas saja. Saya merasakan jika subsidi mau diguna sebagai alat membantu marhean, ia tidak effektif, langusung! Contoh, beras yang di Subsidikan, let say pada harga  10sen sekilogram. Adakah semua beras yang terjual digunakan oleh golongan sasaran yang sepatutnya. Tentulah jawabnya tidak. Siapa-siapa pun dapat menikmati subsidi ini. Lebih teruk dalam kes subsidi petrol. Di Thailand saaaana orang Thai seludup petrol dari sini, bawak jual pula di sana untuk dapat untung lebih.

Ya subsidi memang bikin semua dapat harga lebih rendah, tapi adilkah? Tercapaikan objektif kerajaan untuk membantu golongan sasaran berpendapatan rendah? Itu pasallah Kerajaan yang ada pada hari ini banyak potong subsidi. Beliau memperkenalkan BR1M. Kami boleh bertekak sampai kiamat pasal ini kalau kami suka dan tanggung risiko pemutusan tali persahabatan yang telah terjalin bertahun-tahun lamanya. Orang lain yang bodoh, yang bermasalah, buat keputusan yang menyusahkan orang, apa pasal kami pula yang nak bermasam muka, bertekak, bergaduh dan ambil risiko putus sahabat. Tak berbaloi, langsung,kan.

Tapi, kami pilih untuk tidak bertekak. Kawan menghantar lagi satu massage yang mencadangkan kami semua solat dan doa. Doa adalah senjata orang Islam. Anda rasa terinaya. Doalah sama Tuhan. Hanya Tuhan yang mampu meredakan yang sukar dan meluaskan yang sempit.

Tuesday, November 17, 2015

Whistle Blower

Nampaknya cerita 1MDB dah jadi makin lama makin dah tak mengujakan. Dah tau dah sapa menang. Anti 1MDB pun dah redho kekalahan mereka. Jadi tukang kipas 1MDB kasi panas kena cipta sensasi lain iaitu YaPEIM. Baru kejab nak panas dah mati.

Jadi gigit jarilah sapa yang berangan nak jadi sefemes Madam Cythia Cooper itu. Kita tak moh cite pasal Whistle Blower, tapi saya nak nasihat sikit orang yang selalu harap-harap tiupan wisel dari pejuang-pejuang kebenaran ini agar tidak kecewa, kecewa, dan kecewa lagi.
Madam yang comel
Anda mesti cakap "kenapa saya tak boleh nak gantung keterujaan pada bunyi tiupan wisel yang membingitkan itu? Dulu saya pernah gembira bila Ketua Wanita UMNO tewas kerana kes Lembu Kondo. Kenapa lembu itu sangat berjaya? Kenapa?" Maka jawab saya, dari sapa pula Lembu ini datang? Apa? Tony Phua? Rafizi Ramli? no no no no...bukan. Ok dari mana plak 1MDB terbit? YaPEIM bermula?

Saya bawa kamu mengembara, mengibas kembali kisah Madam Cooper. Siapa dia dengan pihak yang telah tumbang dek kebingitan tiupan wisel beliau. Beliau orang dalam. Jawatan yang disandangnya dalam Enron, juruaudit dalam. Dari dalam dia tiup keluar. Itu yang buat isu yang diangkatnya berjaya menyelamatkan pemegang saham dari terus ditipu oleh pihak pengurusan Enron.

Ok mari jawab sama-sama dari mana Lembu terbit? Jawabnya Laporan Ketua Audit Negara
Dari mana 1MDB bermual? - Sarawak Post dan Suami Ummi Aida
Bagaimana pula YaPEIM? - dari NOW, singkatan dari National Oversight and Whistle Blower

Jadi lain kali kalau ada orang spin isu korupsi, tengok dulu sumber asalnya sebelum kita mau gantung harap ia jadi isu yang Ketua Audit Negara kata "water tight" gerenti manang. Adakah ia datang dari dalam organisasi itu sendiri atau luar.

Ini ramalan untuk ISU tahun depan.... 1Bistari Net, mungkin juga Kolej Vokasional. Yang ini kalau terangkat pasti malatop. Tapi saya fikir our PM seorang lelaki yang amat bijak dan perkara ini tidak akan disensasikan. Kementerian lain saya tak tahulah saya cuma tahu yang dekat dengan saya aje.

Oklah ye kawan-kawan, kalau ada isu fraudulent, cerita peminpin baham duit rakyat, tengok dulu dari sapa...kalau dari Laporan Ketua Audit Negara silalah raikan, kalau bukan baik buat popia basah makan waktu hujan-hujan ini pun lagi sodap.

Selamat berhujung minggu... tau baru Rabu ni, tapi mo cuti-cuti tumpu pada peperiksaan both peperiksaan Jabatan dan final Under grad. Itula tuhan bagi saya rezeki lewat, dah tua-tua baru dapat peluang mengulit buku. Kalu tak dulu berangan 24 mo jadi Pengetua Akademi Fantasia.


Wednesday, November 11, 2015

Kuasa PAS

Mereka merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah yang terbaik. Dalam keadaan PAS yang teruk, dikhianati ahli sendiri sehingga melahirkan PAN dan dibuang oleh kawan pakatan, tetiba ada sesuatu yang baik untuk mereka. Allah berikan rahmat dalam keterukan, kesakitan. Kini PAS dilihat bakal jadi kuasa penentu pada PRU akan datang.

Amat mustahil bagi BN atau pakatan harapan untuk membentuk kerajaan tanpa sokongan PAS. Jadi inilah masanya untuk PAS jual mahal, lihat mana satu kem yang boleh menawarkan yang terbaik untuk wadah perjuangan PAS. PAS memperjuang HUDUD maka inilah masanya mereka guna Hudud sebagai tukaran kuasa. 

Kita pengundi non-partisan yang beragama Islam tentula suka mo tengok mana satu pakatan yang boleh terima hudud untuk terus berkuasa, tak takut kena kritik dengan anti-hudud demi kuasa. Jika HUDUD Kelantan dibentang di Parlimen, saya tak letak pengharapan (expectation) tinggi pun ianya akan lulus, tapi suka juga mo tau orang Islam mana satu yang mengaku Islam tapi takut untuk angkat tangan untuk HUDUD. Kalau memang itu bonus. Sekurang-kurangnya ada Hudud di Kelantan.

Tuesday, November 10, 2015

Kini Terserah PAS

"Anak kecil seawal 15 tahun sudah dizalimi pasti akan bangkit dan melawan kezaliman dan kemungkaran Umno. Syukur anak saya Basheer berani," beliau menulis tweet melalui akaun Twitter rasminya @AzminAli petang ini, yang saya petik dari sini.

Sebelum ini ada cerita kunun untuk kekal jadi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali akan lompat parti masuk UMNO, PAS pula akan bergabung dengan BN bagi membentuk kerajaan campuran. Tapi nampak gaya kicauan diatas mematikan cerita ini. Sah cerita ini hanyalah ramalan macai Najib yang  tidak akan menjadi.
Azmin Ali ialah seorang politikus yang calculative, meticulous, berhati-hati lagi tidak gelojoh. Memang mutahir ini kita lihat perang antara Tun Dr Mahathir dan Najib macam lebih memihak  kepada PM. Tapi harus diingat Tun bukanlah calang-calang orang.

Terbaru ini Tun mengumumkan akan menubuhkan parti baru, dengan anak beliau sebagai presiden. Sudah pastilah parti ini tidak boleh bersendirian. Ia pasti akan membentuk pakatan bersama DAP dan PKR. Sekarang ini terserah PAS yang seakan meminggir dari Pakatan yang baru ini. Jika PAS rujuk semula, ada kebarangkalian yang BN boleh tumbang dalam pilihan raya akan datang. Mengambil sentiment rakyat, respond bodoh-bodoh alang Menteri yang ada kini dalam menjawab isu rakyat, Azmin Ali ambil jalan selamat untuk bagi tau kita dia setia bersama pakatan. UMNO zalim dan mungkar dan harus dihapuskan.

Azmin Ali pula kita tengok kalau dia ikut ramalan macai Najib, sudah pastilah jawatan menteri Besar terjamin. Tapi Azmin politikus yang bijak, genius, dia pasti sudah nampak jalan yang lebih gemilang jika Tun dapat yakinkan rakyat hayat UMNO harus diberhentikan melalui proses undi PRU akan datang.

Kita sebagai pemerhati yang non-partisan pastilah teruja (walau kita rasa Tun patut berhenti di sini saja) mo lihat prestasi parti baru yang bakal ditubuhkan oleh Tun M.

Sunday, November 8, 2015

Cerita Gila

Ada seorang tua ni dia mau jatuhkan sorang ketua dalam sebuah kem. Dia pergi pada sekumpulan orang tua pencen yang dulu, ntah sekarang pun memang sesat barat habislah. Lalu kumpulan tadi rejek dia. Lepas tu si tua yang tak sedar tua ini pun mengarahkan pengikut-pengikutnya mengejek-ngejek kumpulan tua pencen ini sesat barat tak sedar diri.

ko fikirlah sapa yang sebenarnya sesat barat tak sedar diri, itu...kan. Saya sungguh tak faham ada manusia jenis bila kena rejek mula buruk-burukkan orang. Hai yang awak tu perfect sangat,ka? karang orang singkap kurap awak.... too badlah kan kita orang yang jenis baik ni, kalau singkap-menyingkap ni plak berlawanan plak dengan mentera "an eye for an eye will make the whole world blind"

Agaknya apa benda ilmu yang orang ni pakai sampai kalau ko kene rejek ko londehkan apa kurap dia ada ye. Ajaran agama apakah yang membenarkan kita buat macam tu ek...eh tak faham.

Tuesday, November 3, 2015

Satu Hari cerita dulu-dulu...

Dia kata
 
    Pine nan tua
      sepi di gunung
         banyak parasit....

Pine tua yang sepi itu merindui      

   Markisa liar
        di siring jalan
               sepi sendiri

Itu cerita dia, so sweet,kan. Cerita-cerita cinta malankolik ala-ala winter sonata memang sangat mengasyikkan. Tapi cerita sonata yang ini belum ada tanda-tanda penghujungnya...sama-samalah kita doa ia  cepat tamat dengan kesudahan yang baik.

amin.

Wednesday, October 28, 2015

Cita-Cita???

Saya ini kira kampung pingit-pingit juga orangnya. Fikir saya satu hari bertemu jodoh dan jadi full time housewife. Satu hari saya agak kaget bila seorang partner di firma tempat saya berkerja berkata begini " at one point of life my ex made me choose between my career and him, and I choose my career" tapi idaklah saya macam kata ehhh perempun ________, bla bla bla bla. Feminist sesat ka gitu? Tidak sebab saya terlalu kagum dengan sikapnya yang humble dan peramah. Very inspiring. Tengok muka dia pun dah seronok, apatah lagi bila dengar dia bercakap. She's the type of persona that make u wanna move forward...moving on with life gitu. Full of enegry dan meng energize (synergy???) kan orang lain. Memang wow bila ko sebut aje nama dia, jantung saya dug dag dug dag excite macam agaknya, excitednya remaja hari ini bila nama Song Jong Ki disebut...hihihi...

Orang kalau dah suka, kan susahlah kita nak nampak apa-apa tak elok pasal dia walau dia memang free hair. Apatah lagi saya mo kata dia agen sulit freemason ka gitu yang mo pesong pemikiran saya yang suci mulus ini into thinking 1+1 = berapa ko mau. (ahaks....) uish nauzubillah. Dia di situ pun kita sudah tumpang bangga sebab bukan senang mo cari Melayu yang berjaya dalam bidang perakaunan seperti dia.

Kenapa pula tetiba cerita pasal perempuan itu? Ini na berita akhir-akhir ni pasal Akauntan, Auditor mati berdarah ini mengingatkan saya dengan dia. Memang patutlah itu dia walau kaya, berjaya pilih hidup sendiri. Bukanlah saya nak judginglah pula orang yang mati bunuh diri ini sesat ka hapa ka, tidak. Orang mati kena bunuh suami punya teruk perangai, buruk kelaku, sampai suami pun stress dengan dia lalu bertindak bunuh dia, bukan begitu, cuma saya rasa lebih manis kita mengakhiri penghidupan kita dengan cara normal-normal biasa-biasa sahaja.

Cita-cita? saya mau mati dengan aman, sejahtera. Dalam ertikata lain menghadapi proses ini dengan tenang, gembira, tanpa major konflik baik dengan diri sendiri, apatah lagi dengan orang sekeliling. Saya juga berharap berita-berita di atas tidak menakutkan lelaki-lelaki di luar sana untuk cuba hidup bersama orang finance ini. At least suami kepada akauntan dan juruaudit yang malang itu, dia gagal sesudah mencuba.

Kita patut pecahkan tembuk pemikiran kita, orang lelakilah yang berkuasa bikin perempuan jadi positif dan hasil  dari itu, dia bikin hidup kamu pula lebih berkualiti. Ungkapan seperti di belakang orang kejayaan orang lelaki pasti ada seorang wanita, patut diubah, jadi di belakang wanita yang ceria dan easy going, ada lelaki kelakar yang sentiasa sabar menjaga dan mengasihinya. wallwah weh... Cubelah tukar sikit angan tu untuk jadi saya yang bikin dia ketawa, instead of berharap jumpa dengan dia yang bikin saya ketawa, bule?

Syukur saya masih boleh tersengih dan ketawa. Rahasianya? Tidak ada rahasia, saya  memang dilahirkan kepochi ceria yang kadang-kadang boleh melemaskan kamu. Depan auditee, saya control kepoh,lah. Auditor bukan penangkap pencuri, jadi janganlah takut dengan saya. Bila berhadapan dengan fraudulent saya lebih suka focus perkara hadapan fikir loop-holes yang boleh ditampal dari memandang belakang, pecah kepala untuk pastikan pelakunya dihukum.  


Tuesday, October 27, 2015

Orang ____nan Bercinta

Saya saja kosongkan tajuk di atas, sebab dalam kepala tidak ada perkataan yang termanis untuk menggambarkan insan yang di landa cinta kala umur dah macam saya ini. Nak kata tua, ramai tersalah sangka kami muda lagi. Dengan kedudukan kewangan yang baik, kegembiraan dan ketenangan fikiran, nak kata semua kenalan perempuan saya yang awet-awet muda.

Terbaharu, yang saya pergi mengaudit di Tambunan tu, Ketua Kerani, mak aii memang ko mesti kata dia budak baru masuk kerja. Dia nampak 10-15  tahun lebih muda dari usia sebenar. Orang dalam ofis itu semua nampak muda. Antara faktornya adalah ketenangan, tempat itu memang tenang. Kata Puan Ketua Kerani, "kalau saya stress saya bule saja tenangkan fikiran tengok sawah padi orang. Saya sendiri indak ada sawah padi"... sebelum saya pulang Puan bekalkan saya macam-macam produk halia. Puan kata halia elok untuk cuci perut, buang toksin, sistem penghadaman lancar. Seorang Pegawai yang ada menyampuk, kata "itu pasal Puan kita ini, maintain selim"

Oklah enuf cerita pasal orang yang awet muda ini. Ini cerita pasal orang yang disapa cinta lewat usia. Dulu di pejabat lama ada seorang adik yang buat latihan pratikal di sana. Dia cerita pasal ayahnya yang duda yang sedang di amuk perasaan cinta. Sampai hati sianak bercerita,kan. Itulah budak-budak sekarang ini memang bertuah punya budak!

Saya tak marah, tapi macam dia terasa pula saya sakit hati, sedih ka, lalu dia cakap "bukan kita nak memburuk-burukkan mereka kak, tapi kita bengang tau kak, dulu masa kita nak cakap telefon lama sikit kemain berang lagi dia, malam-malam dia jenguk bilik kita kalau terang, kita terbabas chatt internet dia marah suruh kita tidur. La ini kak dia bergayut telefon sampai malam-malam buta oklah pula" marah si anak.

Saya: Tiap-tiap malam ka?

Dia: almost!

Saya: kalu macam tu jalankan ajelah

Dia:  memang dah berjalan pun, tapi perempuan tu minta 6 bulan untuk dia bikin preperation. Kau bayangkan kak, 6 bulan kita nak tanggung ini semua !

Saya: ntahlah dik, sabar itu separuh dari iman

Orang ketiga: sekarang ini semua macam ketulah, benci sangat remaja bercinta, bila sendiri bercinta lagi teruk...kak tengok kat taman bunga tu alahai couple tua-tua bercinta lagi lentoooookkkkk"

The morale of the story...ntah jangan mudah mencebik mereka yang angau. Orang tua bercinta tak de orang mau guide, dah, pandai-pandailah jaga diri sendiri agar tak jatuh standard di mata insan yang disayangi.

dah. selesai.

Cerita ini kalau ada element tokok tambah tu biasalah....

Thursday, October 22, 2015

Ayah, Saya dan Sufi

Satu hari saya duduk dengan Ayah (Pak Long) di gabezo Pejabat Tanah Daerah Tangkak. Kami tunggu sedara dari Perak untuk urusan tukar hak milik tanah. Tanah ayah bukan tanah saya. Saya teman saja. Dari situ kami boleh nampak Gunung Ledang….ntah macam mana tah boleh keluar cerita orang bertapa di ataaaassss sana. Ayah kata orang sufi…ni bla-bla-bla hhhhmmmm kagum betul dia dengan ahli sufi. Sedangkan dulu masa dalam kelas tasawuf dia juga cakap, bila masyarakat rosak, orang sufi kena bercampur dengan ahli masyarakat…jadi kalau dia tetap bertapa atas sana, mengasingkan diri, buang karen namanya tu kalau kita mau sibukkan/bercerita pasal dia. Apa dah ayah ni? Dah lupalah tu.

Lalu saya tanya, “ayah, dia duduk atas sana, zikir, sembahyang, baca quran ajekan kerja dia, dia tak buat kerja lain?”

Ayah kata “ tak, kenapa?”

“Ayah, mana lagi hebat, kakak kerani yang dalam pejabat ini yang kerja menaip, menulis, susun fail sambil kerja dia zikir, kalau ada orang datang dia layan dengan baik, jawab telefon pun pantas, sejuk telinga kita dengar suara dia. Sebelum tu pagi tadi dia bikin sarapan anak dia, tiba waktu solat dia solat, malam dia pantau homework anak dia, layan suami dia, baca quran, zikir” jawab saya panjang lebar…


Ayah tak boleh kata apa-apa melainkan ketawa kecil…

Tuesday, October 20, 2015

TERINAYA???

Hari ini tukar cerita, jom cerita, cerita biasa orang Perempuan . Katalah, kawan baik hang mai datang bawa cerita ada artis runtuhkan rumah tangga dia. Korang pun mestilah tanpa usul periksa, pi sama-sama kutuk, benci, segala bagai perempuan perampas itu,kan.

Apa pun penjelasan dia tentu korang tak buleh terima, tak gitu?

Susah kita mau percaya sicantik manis itu diinaya. Sebelum nak kutuk-kutuk sicantik manis, perampas ni, apa kata duduk seminggu dengan perampas, duduk seminggu dengan yang kena rampas, then we decidela......duduk di sini bermaksud, berbual-bual borak shopping-shopping. Manusia yang dilanda cinta kebiasaannya lebih positif dan bersemangat.

Walaupun cinta itu hasil rampasan, rebut-merebut. Lagi berebut lagi best,kan. Akan ada rasa feel good bagi orang yang diisytiharkan sebagai perampas itu. Sebab aku berjayalah ko panggil aku perampas,kan. Ko boleh kutuk, boleh keji, boleh buat apalah saja, tapi ko tak boleh hapuskan rasa feel-good yang datang bersama title perampas itu...have a nice day.

Sunday, October 11, 2015

AWAS, Girl POWER nih...

Ikut plan saya mau pegi pool, kunun cuaca jerubu (alasan) saya pun bermalas-malas di rumah sambil tonton drama KITA…ala yang kita-kita tu apa cer… Seronok. Ikut jadual drama akan tammat hujung tahun ini, makin nak tammat makin hangat pula cerita nya. Ala Drama apa, lagi kalau tak Drama Hantu Raya IMDB,lah. Usaha pawang-pawang untuk memawang mematikan 1MDB makin rancak nampaknya.

Hantu yang telah dituduh sebagai mengubah wang haram (money laundering), penggelapan wang, pemindahan wang dari sumber keganasan, penyeleweng dana awam, kini sedang tenat dan tengah melalui proses pelan rasionalisasi hutang. Keadaan macam seolah-oleh 1MDB ini akan pulih, tapi masa tengah “bed ridden” inilah ia harus dikuburkan terus.

Kali ini 1MDB berhadapan dengan bukan calang-calang orang, tapi dia yang telah dianugerahi dunia sebagai Gabenor Bank terbaik. Gabenor telah dapat mensabitkan 1MDB dengan kesalahan para (4)(b) bahagian 1 Jadual 5, Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.  Kata dia masa mohon untuk melabur di luar negara, maklumat yang 1MDB bagi pada bank, tak lengkap, tak betul. Itu cerita laaaaama dulu, dengan deng-dong-deng-dong macam itu pun bank  dah bagi pun kelulusan. Alih-alih ntah apa anginnya, (nak kata dalam fasa meroyan nak menopause, rasa dah lama meopause dah Gabenor itu,kan) tiba-tiba dia meroyan, melalak "bank integrity! bank integrity". Misteri sungguh perangai Gabenor ini sejak akhir-akhir ini. kejap sayang, kejap benci. hmm apapun sama-samalah kita saksikan sama ada libasan para ini cukup kuat untuk akan mematikan 1MDB?

Kamu mau tau, saya side mana?….Hidup mati ka 1MDB, tidak mendatangkan apa-apa kerisauan pun pada saya. Cuma suka-suka tengok drama, itu aje. Prediction?  1MDB diback up oleh AG Chambers. Ntalah jangan pandang sebelah mata perempuan yang sedang dalam kemarahan. Ikut akal yang sensible….Para(4)(b) tu tak de kena mengenapun dengan tuduhan-tuduhan berat yang dakwa atas 1MDB, sebab kesalahan yang selama ini dok dicanang-canangkan itu adalah kesalahan di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang 2001, tak pun Akta pencegahan Penggubahan Wang dan Pembiayaan Pengganas 2014. Tapi biasalah orang perempuan, kadang tu penuh misteri, tak sanggup kita nak membaca fikirannya, adalah tu benda yang dia tak puas hati dan rajukkan tu.

Jadi tak ada prediction, wait and see. Sebab perempuan,kan dia lain sikit, walau nampak macam tak de hal, boleh ditenyeh dengan surat penamatan kontrak perkhidmatnya, tapi cubalah kalau berani. Dia boleh tonggang terbalikkan apa sahaja jika dia nekad untuk hunus pedang dan isytihar PERANG…

eh bukan ka heboh yang itu PM ko pencair hati wanita? Womenizer? Itu cerita orang aje, ntah iya ntah tidaklah tu. Lelaki macam mana hebatpun kalau tak perpegang pada tali  ALLAH akan tersungkur di kaki perempuan juga. ala tunggu ajelah drama tamat, toksahlah nak jadi tok nujumlah pula,kan. 

Thursday, October 8, 2015

Run, Jung Mi

Dekat seminggu juga saya tidak update blog, sebab saya ke JB menghadiri majlis nikah adik sepupu saya. Di sana saya tak bawa lap-top. Bila waktu rehat-rehat, saya tengok TV,  cerita Korea tajuknya Run, Jung Mi. TV tu anak sepupu saya yang punya, kalau tak Korea, kartun, tapi bule saja minta mereka tukar TV3 bila-bila masa. Mereka pun tak obsess dengan TV pun. Most of the time mereka pun sibuk tengok kita bikin bunga rampai, sirih junjung, berinai, atau mengikut emak, atau ayah sedara mereka bikin errant untuk neneknya.

Saya pun ter-terapa eh, terfollow drama Korea sekejap. Oklah bulelah. Balik KK saya sudah ketinggalan drama PM-1MDB vs Panglima Penyelamat nusa bangsa selama seminggu. Cerita masih macam gitu juga. PM masih bertahan, Panglima masih mengasak. Majlis Raja-Raja pulak bersuara. Bila Raja dah bersuara, barulah Majlis Peguam??? (A-G Chamber) beri maklum balas. Panglima masih tak puas hati dengan penjelasan tersebut.

PM juga dituduh manusia terlaknat bila dilihat bermanis muka dengan Presiden Israel. Saya kesian sama PM. Dulu masa tengok cerita Ultraman pun saya selalu kesian dengan raksaksa. Kesian raksaksa. Hari ini bila tengok drama internet, saya kata kesian PM.

oh Jung Mi, Jung Mi pun sama...kesian Jung Mi.

Semasa di JB, itulah seorang jiran lama kami dari Singapura tanya saya pasal PM kita. Respond saya simple "our PM might be bad, penjenayah kolar putih, but if you going to say our PM is stupid... I will rebut you.  Don't come here and make a cerita as if our PM lelaki buas yang 24 jam tegang kejang anunya melayan perempuan gatal mata duitan sehingga tak de masa nak buat kerja lain. Our PM is as intelligent and hardworking as your Lee Hsien Loong, or even Lee Kuan Yue. Come on la ketua gengster pun tak 24 jam kongkek pelacur dan masih kena luang masa berfikir strategi untuk  kalahkan polis, ape?"

Ini bukan doa penenang hati atau apa, tapi lirik lagu pop arab yang agak popular buat masa ini. Judulnya Kun Anta - Jadilah Diri Sendiri, be yourself.


Monday, October 5, 2015

PELANGI 2

Some of us Malay tak boleh terima andai satu hari negara ini diperintah oleh non-Malay. Saya rasa pun too soon for them nak berangan dapat negara ini. Kita masih lagi tak Malaysian. Kita masih lagi Malay, Chinese, Indian. Malay majority, jadi PM mesti Malay. Saya belajar diploma di MMU, most of us non-Malay. Macam rasa belajar di Negara jiranlah pula. Memang rasa kerdil. Tahun itu rep kami kira presidenlah gitu non-Malay. First time everlah. Memang patut pun  non-Malay President sebab majority sana non-Malay.

Saya rasa tak de beza pun. Saya rasa sama aje Malay ka non-Malay ka yang pegang. Tapi  prediction saya, buat masa ini Malay belum bersedia untuk berPMkan non-Malay. How about the possibility that Malay Ruler/politician will turn this nation into Greece? Takut,kan. Memang menakutkan. Tapi percayalah Tuhan sentiasa ada. Berbaik sangkalah dengan DIA. Segalanya datang dari DIA. Didatangkan pada kita pemimpin yang kita rasa tidak cukup Islamik,  tak pandai mengurus, tak pandai berekonomi, tak pandai cipta ruang dan peluang pekerjaan, pemboros, bla bla bla,untuk kita taati. Dia sahajalah yang maha mengetahui.

'****

Cinta Sabun Mandi

Kata dia cinta
Kata saya cinta itu macam sabun mandi
  sudah habis saya pakai
jadi bagaimana mau saya pulangkan?

Begini sahajalah kata saya
kita sama-sama doa
agar tuhan gantikan
cinta yang lebih wangi untuk dia'
agar dia tidak lagi  marah-marah sama saya

hidup terlalu singkat untuk
saya dan dia saling
marah-memarahi
antara satu sama lain...

PELANGI (Psiko Kuat Beranganlah tuuuhhhh)....


Saya suka gambar ini. Dah lama juga dengar cerita tak enak pasal couple ini. Yang perempuan tu lebih-lebihlah lagi. Dengo-dengo gossip netizen deme pernah gugurkan anak pun hada...ha Kak Jah! Kak Mar tak tipu, bukan gossip antara Kak Musalmah Lebar dan Kak Wan Kudut, tapi abang Raja ntah apatah Putra-Petah, ntahlah...gossip oghang lelaki!

Tak kisahlah, saya rasa mereka soooo sweeettt,kan.

Ada orang kata psiko kuat berangan jak yang berangan satu hari negara ini dipimpin oleh selain yang ada pada hari ini. Orang tu kata bla bla bla bla....this 2 orang are not good enuflah. Cerita bermula bila seorang kawan dia, bukan kawan saya...kata or hoping yang negara ini akan diperintah oleh pembangkang tidak lama lagi.

Dia kata bullshit. Me? Memang rasa pembangkang kita macam bullshit, but this is akhir zaman. Urusan akan diberikan kepada yang bukan ahli. Contohlah eh...Aji CFO, kita berhempas pulas sekolahkan budak luar bidang ini, pasal highly geared coy shouldn't be an issue, tapi yang hero tetap si luar bidang. Highly geared means Greece, Greece, Greece. CFO iblis, Luarbidang Rausyan fikir penyelamat ummat.

So saya fikir baik saya buka minda yang negara ini akan diambil alih oleh orang yang kita rasa pandai propa, pandai drama, isi tak ada. Looking at the couple + sasterawan anarki seolah macam nampak pelangilah pule hihihihi....

'****

Dulu ada anon netizen, yang mula-mula marah, lepas tu merayu sama saya ...pulangkan, pulangkan, pulangkan. honestly saya clueless apa barang mo dipulangkan, thus I pray to God in case I ada terambik apa-apa, saya tak perasan atau buat-buat tak perasan, habis sudah saya guna ka hapa kakan, gantikanlah ia dengan sesuatu yang lebih baik dari apa yang telah saya terambil...

Monday, September 28, 2015

STALKER??? part 2

Selain dari mandi di Kolam Renang awam,  saya ada lagi satu hobi outdoor yang tak ramai orang kita suka. Ini hobi orang elit-elit, taraf professor-professor, bangsawan dan hartawan punya taste. Mana saya dapat taste "anak raja" ini indak tahulah heh...saya bukan ada baka bangsawan pun.  Memang peliklah macam mana saya boleh minat lukisan. Melukis? Bolehlah masa sekolah dulu setakat lukis peta, tekap-tekap, lepas tu warnakan peta...yeay!

Tapi saya memang suka tengok  painting, masa sekolah dulu, saya minat boys yang pandai melukis. Tapi saya tau siok-siok sndrilah. Orang artis ni citarasa mereka tinggi, ko tengok ajelah the Ma'Embong's kan. Setakat muka penyet macam saya ni jangan mimpila mereka nak pandang kita. I think I honestly like lukisan dia, lepas tu terminat pelukisnya. Tapi minat dalam diam ajelah..kawan pun dah kawen dah dengan perempuan yang persis model. oh kawan saya bukan pelukis, tapi arkitek. Tak main la budak skola Sains jadi pelukis jak. Paling koman pun Engineer. The most cikai low level of pemalas, (sayalah tu) jadi tukang kira duit orang, semak akaun orang. Okla tu, dari tak de kerja, langsung,kan.

Saya suka hasil karya Monet & Van Goh. Lokal artis, memang langsung saya tak kenal. Serius, kalu ko tunjuk painting tanya sapa pelukis apanama karya, memang saya tak tahu....Sebab saya tengok painting dalam buku, dalam internet jak hihihi Saya bukan patron balai seni lukis Negara. Saya tak suka tempat-tempat macam muzium.

Kalau Central Market tu oklah. Dulu masa duduk KL selalu juga tengok lukisan di CM. Tengok gitu-gitu, nak beli tak mampu. Di KK ini ada sort of macam CM, tapi tak macam CM, lebih open dan santai. Nantilah saya tangkap gambarnya. Kali ini kita tengok jak dulu aktiviti melukis di Laman Seni pada Sabtu, 26 September yang lalu yang terletak di tengah bandar KK ini...

Jom melakar wajah orang utan. 

Antara wajah orang utan yang saya berkenan 

kalu bikin baju batik, ada orang mo pakai tak hahaha...

Antara perserta progam ini...dalam banyak-banyak wajah, tak bole lawan wajah yang dilakarkan oleh adik kecik kita tu....merah you orang utan dia. Memang special budak ini. 
Akhir kalam, saya tanya lagi sekali, saya mempromosi dosa, aktiviti lagha? Kalau tengok 1001 wajah orang utan pun boleh mencapai makam macam baca Tunggu Teduh Dulu....ai baik berenti jadi oranglah.

Sunday, September 27, 2015

STALKER???

Saya  stalk orang? Stalker, cyrtroll? Ntah bila ada FB benda tu keluar dalam feed kita, kita followlah. Apa barang saya mo stalk kengkawan sendiri, lainlah PM, memang saya mengaku saya troll, tertroll dan terpaku dengan komen-komen yang ada, atau artis ka, atau kawan FB yang suka berdebat dan suka diajak berdebat. Itupun kalau debatnya keluar dalam feed kita. Nama kita nak buka page dia tiap-tiap hari, saya pun ada banyak kerja lain dan aktiviti lain yang lebih menyeronokkan. Sesekali, ternampak hangat perdebatan, saya jengahlah sana sini, simply for amusement, tidaklah sampai obsess. Don't wory, walau tak ramai kawan, saya tidaklah obsess macam Katie Bates dalam filem Misery. Saya anak tunggal, most of the time saya lebih suka menyendiri. Lagi pun minat dan kesukaan saya agak tak sama dengan geng yang ada.

Salah satu kesukaan saya yang tak berapa ngam dengan orang kita ialah berenang di kolam renang awam. Iyalah,kan di  kolam ini lelaki perempuan bercampur. Kalu menyewa di apartment yang ada kolam renang sendiripun, masih malu ada lelaki dalam kolam sana. Jadi  kalau ko ajak ke kolam renang awam lagilah, tidak mau. Kolam ini terletak di Likas...Pusat Akautik Stadium  Likas. Dari rumah saya kena ambil dua buah bas. Pergi bandar dulu lepas tu ambil  bas Kampung Likas, memang lalu betul depan stadium.

Yang menariknya di  Pusat ini ada kolam tak berbumbung yang oklah untuk berendam-rendam, budak-budak suka-suka atau juga untuk kita-kita yang mau mengembalikan nostalgia kecik-kecik main air dalam parit tika musim hujan. oh kampung saya tak de sungai, cuma ada parit dan tali-air aje. Tak perlu pandai berenang. Kedalamannya berbeda,  hingga paling dalam 1.8 meter. Di siringnya ada kolam kanak-kanak yang  berbentuk bulat. Mak bapak memang digalakkan berkubang sama dalam kolam bulat tohor itu untuk mengawas anaknya sendiri. Memang meriah dengan kanak-kanak, cuma masa gambar ini diambil  dah pukul 11 lebih, jadi ramai sudah pulang.

Ini yang berbumbung. Standard  sukan renang. 
meh zoom  sikit pengunjungnya..patutlah tak penuh kolam. hahaha... erk, saya mempromosi dosa? Saya percaya pembaca blog ini terdiri dari dewasa yang normal, bukan jenis ntah tak tau apa nak kata. Baca Tunggu Teduh Dulu karya Faisal Tehrani (FT), pun bole aii tak tau apa nak cakap. Bukan saya paranoid buat fitna, penulisnya sendiri yang komplen dalam FB yang novelnya sudah jadi objek pemicu imaginasi yang ntah-apa-apa...tah. krik, krik,krik.... 

Ini pula tempat beli tiket. Bayarannya RM5.00 dengan GST sebanyak 30 sen. Nak kata berbaloi? Well,  tambang pergi  balik RM4 + RM5.30+RM1 (sewa locker,optional). Lebih murah dan lebih beneficial untuk fizikal jika dibanding pergi tengok wayang di panggung yang within walking distance from my apartment.
'****
Tak  percaya ya FT komplen di FB...nah tengok ni atau troll, update dia bertarikh 14 Sept, 2015, jam 8.02 am


Thursday, September 24, 2015

Cuti-Cuti Raya

Sepatutnya saya pulang beraya di kampung semalam, tapi adik sepupu saya akan bernikah pada hujung minggu hadapan, jadi saya akan pulang pada walimahnyalah sahaja. Boring juga raya-raya sorang2 di tempat orang sedangkan kawan-kawan saya semua pulang kampung. Jadi saya pun troll FB PM. Saya nampak sudah adalah 2, 3 komen yang wish PM berjaya. Bila PM ucap  takziah, semua sahut innalilah, atau alfatihah. Bila ada 2,3 komen yang sengal kutuk PM, bangkit isu 2.6 billion, ada yang kena kutuk balik di ruangan reply.

So, nothing much...

Debat Piala Hantu Raya masih berjalan. Saya fikir sudah habis, rupa ada lagi...bernafsu lagi tu bila Gabenor Bank Negara suruh selesai segara masalah 1MDB. Gabenor kata, lagi cepat selesai kemelut 1MDB, lagi cepat ringgit pulih. Apalah meloncatlah si Rausyan Fikir, terus dilabelnya orang yang selama ini dok pro-1MDB sebagai Maghrur ditipu, tertipu dan menipu diri sendiri. Kali ini bukan Aji Berangin tu yang kena, tapi ada sorang lagi yang dia nobatkan sebagai prepaid macai PM berbangsa Cina. Ular? Buaya? Hantu? Puaka? yang perlu disembelih oleh sang wira penyelamat ummat atas titah dari langit barangkali.


Ini buktinya yang saya tak paranoid...Rausyanfikir memang wujud. Boleh juga bercanda dengan beliau
 di sini jika suka. Hensem,kan...tak minat keerrr...status kosong 3 lagi tuhhh, kalau tak kisah bermadu...poligamikan indah, penyelesai banyak masalah. 

Tak kisahlah hai sang wira eh...suka ati ngokolah, ada aku kisah?

Hari ini saya cuma nak berkongsi, bukan  mengulas, pasal ubat/dosage yang PM dah suntik bagi menangani kemelut ekonomi yang melanda negara. PM suntik RM20 billion ke dalam pasaran saham melalui Valuecap Sdn Bhd. Already...tindakan ini dikritik hebat oleh Ramon Navaratnam, di sini.. dan Adik Pijie, Engineer yang ada sijil ACCA lepas dapat ijazah Juretera pun tumpang semangkok.

Saya pun naik heranlah budak-budak juretera ni ek, suka beno mereka menyibuk pasal ekonomi ek, alangkah bagusnya fokus pada engineering lepas tu jadi Jurutera Islam tersohor dunia. Ni tidak sibuk dia beralih bidang, mengacau, mengomen macam dia lebih tau lagi. Nak bertukar bidang, pun tukarlah IQ budak engine lebih tinggi dari budak akaun, tentu ada jalan penyelesaian yang lebih baik dari budak akaun yang biasa-biasa aje ni.

Tapi kalu yang lebih pandai itu hanya pandai mengondem, tanpa jalan penyelesaian yang boleh diterima, macam mana kita nak terima. Nak memangkas aje kerjanya, lepas tu syor tukar tukar tukar. Kalau tukar tu dengan dirinya, sendiri masihlah okla, "why not?" Why not give him a chance, Najib sekolah VI  jak. Lepas tu pegi UK ntah habis blajar ntah tidak tu, adik Pijie lagi pandai sekolah MCKK, pergi UK jadi best student UK, ambil ACCA pun best student gak. Jadi mati-matilah mak ingatkan Kak Wan Adil eh dah tukar kak Wan Harapan, umum Adik Pijie, PM kita kalau pakatan menang, (iyalah kan adil dah tukar harapan. Harapan lebih cun kalau disandarkan pada adik-adik) Ini harapan masih pada hok gambar kat bawah tu juga yang dulu masa  belajar UM asyik mengaruk kena kurung dalam Kem Kemunting. Dalam kem bersama cikgu terbaik ilmu ekonomi, siosologi, Syed Husin pun lulus cukup-cukup makan, saja,  makkkk, tolong,  takutnya, lariiiiiiik...

Aji CFO sarankan saya follow Abdul Wahid  Omar jika benar-benar minat pasaran modal....tapi sejujurnya saya lebih suka meneroka Corporate Social Responsibility (CSR) yang masih lagi infant di sini.
Pun...kalau korang google image "penasihat ekonomi Malaysia" jeng jeng jeng hah inilah jawaban encik google berikan. Horror! Larriiiiiii... 
Nota:-

Rupanya agaknyalah ramai putra-putri penyelamat bangsa ni sedang dalam ketakutan, takutkan 1MDB...makin dibela, 1MDB, makin ganaz katanya...kata orang Sabah pun Astagaaaaaa.... Takutlah sama Tuhan, Allah, bukan 1MDB...pleaselah. Demam makcik ni tau! he he he...yang makcik ni dok takutkan penasihat Encik Google tu apa ek? Samalah kita. Sempena hari Jumaat yang mulia ini marilah kita mengingatkan diri sendiri untuk "takutlah pada Allah, bukan pada manusia, atau syarikat buatan manusia" eh tak jadilah nak lari ni. Kensel.

Monday, September 21, 2015

Kisah si Gemuk & si Specky

Dari tingkatan 1 hingga 3 saya sekolah, sekolah perempuan. Saya berkawan baik dengan budak bandar yang tinggal  di Pesta. Pesta ini bukanlah fun fair atau apa,ka. Tapi macam penempatan orang-orang berpendapatan rendah. Saya tak pernah tanya kawan, bapanya kerja apa, ibunya kerja apa. Yang saya tahu adik-beradik dia pandai-pandai.

Kawan-kawan saya semua biasa-biasa aje, ada yang penjaga kerja kilang, habis gempak pun cikgu saja. Dalam kelas itu hanya ada seorang anak business man, seorang lagi anak doktor. Tapi kelas kami adalah kelas terbaik dalam sekolah itu.

Oh kami  bersekolah di Muar. Sekolahnya jauh terpencil, ada bas tapi berjadual. Kami naik bas sekolah, tapi jika ada aktiviti luar, kena datang hari cuti sekolah, ka, kami kena jalan kaki selama 20 minit dari perhentian bas- ke sekolah. Saya akan berjalan kaki dengan best friend saya ini. Aktiviti kami pun poyooo, cat mural sekolah ha ha ha….nerd?

Satu hari saya cakap sama kawan, “eh meh kita makan rojak dulu nak, saya belanja” Jadi kita pun makan-makan dan borak-borak sampai tertinggal bas yang sepatutnya. Selalu pukul 3 patut dah sampai rumah, hari itu pukul 5 baru sampai. Masa ketinggalan bas, kawan cakap, “habislah nanti mak marah sebab lambat.” “Cakap aje saya yang ajak kamu makan sebab lapar” Balas saya. Saya sudah berkira mau cakap sama emak yang bas rosak.

Sampai rumah, mak tak ada nenek pun tak ada, cuma busu saya yang OKU, masalah pertuturan dan pendengaran yang ada sedang meraut daun mengkuang untuk dibuat tikar. Minggu seterusnya kami  pergi lagi sekolah mau siapkan mural. Kawan saya kata “sedihnya saya,  mak saya tak tanya pun kenapa saya balik lambat, mak awak? “oh mak saya ada kerja overtime, jadi dia tak tau saya lewat” balas saya. “Jadi, hari ini macam mana? Mau merewang makan KFC pula ka?” tanya saya. “tak moh, saya tak ada duit, malulah saya asyik awak aje yang belanja”. Genap sebulan mural pun siap. Jadi kami tidaklah perlu lagi ke sekolah, beraktiviti tambahan untuk tahun itu.

Tak lama lepas tu heboh pasal gejala remaja main ntah apa tah. Roller blade? Ada budak main sampai kena khayal dadah dan terpaksa ditahan di hospital. Ia pusat berhibur gitu, bukan main luar-luar macam di taman, tapi dalam tempat tertutup. Cikgu cuma suruh sapa yang pernah masuk pusat itu untuk tinggal di dewan. Yang lain boleh keluar.

Kelas tinggal separuh, jadi cikgu kata boleh buat aktiviti bebas sementara menunggu rakan yang ditahan masuk ke kelas. Jadi kami berbual-bual. Kawan saya lagi sekali  macam tak puas hati, sepanjang kami berkawan, keluar rumah, kadang-kadang saja-saja keluar untuk mengulangkaji pelajaran, tak pernah mak tanya lebih-lebih. Mak saya pun macam itu. Seolah mereka tak risau ka kami pun nak main roller blade sama. Kalau kata mak nak keluar, terus dapat green light, rungut kawan saya. Dia bebel-bebel kata “ai tak takut anak mereka kena culik, orang bagi air khayal”

Lalu saya cakap sama kawan, “sebab kita ni tak cantik, tak de orang mau kasi dadah sama kita,lah tu. Itu pasal mereka tak risau kut” Saya gemuk dan kawan saya bercermin mata tebal, walau kurus dia bongkok udang. Oh budak yang terpengsan hingga kena masuk hospital tu? Pergh lawa gila. Kalau masuk Dewi remaja boleh menang, kalau tak menang pun boleh masuk majalah Remaja,lah.

Sunday, September 20, 2015

Aktiviti Hujung Minggu

Orang bujang hujung minggu apa bikin? Duduk rumah tidur ka? Saya memang jenis yang jarang keluar rumah, bukan pasal alim ka apa, kalau keluar duit pun keluar sama. Life as student, memang kena ikat bajet sikit. Sebelum ini pun saya pernah dimarahi kawan sebab plan mau sambung master lepas degree ini. Kata dia sudah-sudahlah itu...saya faham, kehidupan sebagai part-time student ini merompak saya dari dia. Saya tak mampu bercuti/melancong, bershopping dengannya dan macam-macam, lagilah yang dia ajak, saya tak bule join, kerana kekangan kewangan.

Jadi hujung minggu lalu saya habiskan dengan menonton debat Piala Hantu Raya dalam FB, antara Rausyan fikir penyelamat ummat, dengan Aji, 50+, CFO berangin. Si Penyalamat kata Aji Cytroll, belaan PM. Aji kata si Rausyan Syiah jahil murakab, si bodoh yang tak reti simpan bodoh...gelihati tengok mereka berdebat pasal apalagi kalau tak  pasal 1MDB...

Saya tak rasa kalau sesaorang itu mau 1MDB pulih dan dapat menjalankan tugasnya, maka orang itu macai PM. 1MDB ini syarikat berhad, dengan Memorandon of Articlenya lagi satu apa tahnya, (article of association???, iya ka ini?) dia ini bolehlah kita kata sebagai entity yang ada tanggungannya sendiri. 1MDB tugasnya cari dana untuk bantu pembangunan negara. Kalau berjaya tak taulah apa impaknya, tapi ada orang kata kalau berjaya nanti tidaklah ada proksi lagi.

Kalau kita* di Sabah, terutama kalau kita di Pendidikan Sabah, nanti segala projek-projek dari sekolah sampailah Jabatan Pendidikan Negeri semua akan diuruskan oleh orang sini. Kalaupun projek itu dari Putrajaya, yang bikin kerjanya orang sini.

Susahnya kalau orang Kementerian (Putrajaya) yang bikin, dan diberi pada syarikat semenanjung, satu, dari segi aspek pemantauan kerja. Macam mana dia nak pantau kalau dia duduk di Putrajaya sana,kan.  Ada kes orang Negara Sabah ni, langsung tak tau apa-apa, tiba-tiba kontraktor masuk sekolah mau bikin itu ini. Itulah yang jadi jamban pun rege sebijik sampai setengah juta. Macam mana 1MDB boleh hapuskan proksi, itu tak tahu,lah saya. Orang cakap macam itu saya doa ajelah 1MDB pulih.

Orang yang mau 1MDB melokop dia akan cakap begitu-begini-begini. Mereka memang kuat. Panggil Amerika, panggil Swiss suruh tangkap, dakwa PM, dan seterusnya 1MDB bolehlah dikafankan. Betul syarikat berhad itu bersifat perpetual succession, tapi boleh juga dikuburkan. Mereka mau syarikat ini cepat-cepat mati, kerana kata mereka kalau dibiar hidup, Malaysia boleh jadi Greece.

Kira kalau mo dibikin analogi, dia macam orang bela hantu rayalah, dah nak mati tak mati-mati, tapi bila time makan, kambing waima lembu sekor pun boleh ditelannya sampai habis. Kalau tiap-tiap hari kena sedia kambing dan lembu, boleh jatuh papa kedanalah family yang ada bela hantu raya ini.

Saya pun tak taulah mana satu betul, mana satu salah, yang saya tengok yang bertoye2 menyerang 1MDB ini tak ada latarbelakang finance pun…so, simpulkan ini pertentangan antara ahli and non-ahli. Saya tidak anggap remeh, underestimate their ability. Sebagai pelajar perakaunan memang saya sedar, kalau tak betul-betul, bidang kami boleh jadi marginalised. Adakah saya takut? Kenapa harus takut? Ustaz ada kata bila nak kiamat nanti satu persatu ilmu akan diangkat ke langit, dan ilmu pertama terpadam ialah ilmu Faraid. Ilmu kira-kira ini susah...kalau boleh cari makan dan jadi terkenal, boleh jadi Rausyan fikir dengan tabur benci-sana-sini, momok-momok orang kunun ada hantuuuu...mari lawan hantu,  buat apalah mo susah payah belajar, ambil exam yang susah-susah, esok rezeki murah hidup mewah sikit dikata orang, jadi kaya sebab mencuri, jadi khadam pencuri? Jadi auditor tak bermaruah, sorok-sana-sorok-sini, semua bantai bagi true & fair view sebab takut hilang client. Itu kalau rezeki murah, kalau tak murah ada degree pun dok jadi kerani akaun jak orang kutuk juga. Aiii, belajar punyalah bagai nak pecah kepala, jadi macai aje?

Sekarang ini zaman Anglo-America, lepas ni (yang budak anti-Anglo-America), dok harap ganti tu, ntah sapa? Dia, berhala dia dan segala proksi sekelian yang sedang dalam kelaparan barangkali tu. Macam mana dia nak ganti yang ada ini kalau dia bukan akauntan, lawyer, manager? Macam manalah nantinya ekonomi negara kalau jurutera + runner gila berbotox, selfie, menangani masalah ekonomi dengan berpencak silat dalam facebook memomokkan follower dengan menjerit Greece, Greece, tangkap tuan hantu raya 1MDB. Lepas tu tangkap Tuan Aji CFO, berangin ajak lawan gaduh. Tak dapat saya bayangkan.

Cukup-cukuplah negara dibebankan dengan proksi, syarikat RM2 yang ntah apa-apatah tu bila doktor perubatan berdelusikan jaguh Dunia Islam satu ketika dulu, jadi CFO? CEO? Negara. Ini mau jurutera + artis wali botox cinta langit, di bawah Lindungan Kaabah nikah depan Kaabah untuk jadi hero Penyalamat Ummah akhir zaman. OMG, not again, not another fake Messiah, please…. aah letihnya saya *sigh*

Note:

Kita – Bahasa Bahasan/harian Orang Sabah bermaksud awak.

Friday, September 18, 2015

Himpunan Gambar

Gambar-gambar ni saya suka petik-petik sebagai  latihan menggambar untuk lawatan auditan fizikal.

Benda yang saya masak masa bulan puasa lepas. Maklumla bulan puasa, mengidam macam-macam, mau berbuka di luar, bila tanya office mate mereka tak pasti, sini pork-free is as good as halal. No 1 nasi dan sup tulang & sayur goreng; No 2 kununlah try fish & chips; No 3 lamb chop; No4- chicken chop

Kolaj pemandangan luar dari bilik....Gambar ini diambil 2 bulan yang lalu.
Terkini...., sikit lebih kurang sama, aje,kan, cuma gunung kat belakang tu, agak berbalam-balam.


Tika KK dilanda jerubu saya berada di sini kampung Rompon, Tambunan....ada nampak jerebu sikit-sikitlah,kan

Wednesday, September 16, 2015

SAYA dan NYONYA

Nyonya Kim Neo tidak kisah, baju kuning ka, baju merah, yang dia tau tiap-tiap hari berkilo-kilo mee kuning dan sos cili merahnya kena dihantar kepelanggannya di gerai dan restoren sekitar bandar Tanjung Kling. Nyonya memang sangat disayangi oleh penduduk kampung, sebab dia ceria dan baik hati. Budak-budak pun suka dia sebab petang-petang dia suka bikin ais kacang dan bagi percuma pada kanak-kanak, remaja yang main bola di padang berhadapan dengan rumahnya.

Anak-anak nyonya semua sudah berjaya tapi tidak betah tinggal di kampung. Semuanya ada tiga, seorang perempuan, satu lelaki, satu lagi dilahirkan lelaki, tapi sudah menukar jantina kepada perempuan menjadi pereka fesyen terkenal yang menetap di Thailand. Yang perempuan surirumah aje, tapi suri kepada business tycoon di Hong Kong, selepas tertawan dengan kejelitaannya jadi juara ratu kebaya baba nyonya. Bukan tak pandai bahkan tika itu anaknya sedang berada dalam tahun akhir bidang kedoktoran di National University Singapura. Tamat belajar terus disambar bawa pulang ke Hong Kong.

Yang lelaki, tu….hah itulah my crush, cinta monyet saya. Ha ha ha… Abang Abeng nama dia. Abang ini jadi jurutera petroleum, pergi sana-sini, kejap Timur Tengah, kejap Alaska, kejap-kejap aje balik, sini, tup-tup dengar dan nikah dengan gadis Afrika dan kini menetap di Caaaaaape Town sana. Nak tetonggeng jugalah saya, tetiba buka emel, gambar dia nikah di gereja, Las Vegas sana pesan suruh saya pelan-pelan ayat dan tunjuk sama Nyonya.

Kata dia dalam emelnya…. My dearest beb. (Iya dia panggil saya beb, itu yang bikin saya angau 7 petala langit tuh)…

You don’t know when the cupid shoot an arrow at you. All of the sudden you see the light, you see the sun shine, you see the bla…bla…bla, ah malas saya mau ingat. Yang saya ingat “I will  pray that one day you going to have the chance to feel the feeling that I’m experiencing today when you meet your better half”

Saya pula sudah beranak empat, gembira bersama seorang ustaz tahfiz.  Abang Abeng kekal jadi abang aje. Kalau dulu emel, sikit hari facebook, hari ini watsap pula. Melalui media-media inilah kami bertukar-tukar gambar. Saya ini dari dulu posmen dia, kasi tunjuk gambarnya pada ibu dia. Dari bujang sampailah dia dah gembira ada vineyard di Afrika sana.

Nyonya tetap nyonya redha dia hanya bertemankan pembantu dan jiran-jiran yang baik seperti kami. Oh suami Nyonya, dah lama meninggal dah, kemalangan jalan raya, tika anak-anak masih kecil. Ibu kata, dia masih dalam pantang beranakkan saya tika kejadian itu berlaku. Nyonya pula sarat mengandungkan anak yang lelaki bertukar perempuan, itulah.

Tinggallah Nyonya dengan perusahaan kecil-kecilannya. Bila usia Nyonya semakin meningkat, saya pula setia jaga dia, ingatkan appointment dia dengan doktor dan sebagainya. Itu pun bukan percuma tau, abang Abeng ada bagi elaun jaga ibunya. Nyonya dah macam ibu saya.

Masa saya baru-baru bernikah dulu ada juga suami saya bilang begini, “alangkah bagus kalau kita dapat Islam kan dia”. Saya cakap pelan-pelan cakap pada encik suami, “awak jangan sebut pasal itu tau!” suami saya terkejut! “kenapa pula?” tanya dia “Si A’boon yang sekarang ni kita panggil Bony tu, pernah cinta monyet sama anak Pak Mamat Silat. Bila Pak Mat Silat tahuuuuu…..habis Nyonya dimakinya. Bony teruk diparang, sampai masuk hospital. Tak cukup itu Pak Mat buat cerita Nyonya bikin mee, bubuh lemak babi, teruk jugalah business Nyonya, nasib baik masa tu suami kak Marie, ada kaki di sini dan pandailah mereka minta chop halal JAKIM. Nak dapat chop halal tu lama juga bang, bengkel kena renovate macam-macam, kawan-kawan suami kak Marielah yang urus semua…” cerita saya panjang lebar.

Nyonya cakap “Kalau tuhan kamu hebat kenapa menuduh anak saya mau merosakkan anak kamu atas kelemahan kamu memantau dan menjaga anak kamu sendiri” Perang mulut juga mereka itu. Mujur ayah yang merupakan imam kampung ada untuk menenangkan keadaan. Saya masih ingat lagi nyonya meroyan memaki-hamun keturunan Melayu dan Tuhan Melayu dalam Bahasa Hokien. Oh saya memang pandai bahasa itu, bukankah Nyonya juga ibu saya, masakan anak tak faham Bahasa ibunya sendiri? Nyonya bukanlah berbangsa babanya Nyonya pun, kami saja yang panggil dia Nyonya.

Susah hati saya kalau Nyonya benci saya pula, semalam saya berdoa, janganlah Nyonya berpatah arang berkerat rotan sama saya. Nanti saya Rinduuuu… Tuhan makbulkan doa saya. Keesokkan harinya Nyonya sudah cool, dia minta maaf atas apa yang diucapkannya pada malam semalam. Dia pesan sama saya kalau saya mau keturunan saya selamat hantarlah anak belajar sekolah secular. Jadi Imam, ustaz, ustazah memang baik, jaga agama, tapi nak jaga perut, kena ada ilmu dunia, kalau perut , lapar, agama pun orang akan gadai untuk perut. Kata Nyonya “Orang kamu kuat makan, kuat berhias, kuat bertuhan, tapi takut berkerja, kerja bank takut tuhan marah, berniaga tuhan marah, kerja lawyer pun tuhan marah, semua kerja tuhan marah, kerja askar, kerja jaga, kerja perang, serang orang saja tuhan suka?, sedangkan nabi kamu berniaga dulu sebelum jadi panglima perang”

Saya sendiri sekolah taklah pandai mana, awal-awal dah tak layak masuk SHEROD, atau Sekolah Sultan Muhammad lepas tu KISAS, atau  macam kakak dan abang-abang saya. Saya sorang aje jadi suri jaga anak-anak, ajar budak mengaji dan petang-petang ikut WI punya projek satu desa satu produk. Kampung kami keluarkan barang, baju sulam kebaya nyonya. Artis dan penari kebudayaan saja pakai baju tu, datin memanglah mampu, tapi tak sesuai, saiz XL pun dah nampak hodoh dah kalau berkebaya Nyonya. Kadang-kadang ikut ekspo mereka.  Hujung minggu ikut suami berkebun sikit-sikit. Anak saya pun macam maknya juga, sekolah pun suam-suam kuku saja, tapi anak yang sulung pandai main bola, adiknya  macam pandai melukis aje, sikembar kecil lagi, yang mereka tahu bergaduh dan bertumbuk, walau sepupu sebaya mereka, ada yang mengaji dah naik quran, anak saya? Pantang tak kena sebat tak mau mengaji. Satu pun tak pandai macam bapa dia. Bukan saja tak pandai belajar, tapi tak pandai main gadget macam sepupu-sepupu mereka. Tapi yang sulung kalau diajak berkebun suka, dia. Dah pandai juga potong rumput guna mesin rumput. Tuan Puteri seorang yang gian melukis tu, duduk rumah sapu sampah, lipat baju, setakat masak nasi,  goreng telur, ikan, bolelah.

Pun begitu saya tak risau itu semua sebab saya pegang pesan Nyonya anak tak pandai tak apa, janji ayah ibunya tidak takut-takutkan dia untuk bekerja. Saya pandang anak saya, saya tidak risau, semua pandai bekerja. Yang kecik tu, kalau pandai bergasak, besar boleh jadi askar, polis. Abang dan kakak pun tak pernah pandang rendah dengan saya…ada hikmah disebalik ketidak cemerlangan saya. Mereka kata kalau saya cemerlang macam mereka, alamat tak ada oranglah mau jaga mak ayah, rumah pusaka dan Dusun di kampung. Ditilik dari rezeki pula, rasanya sama mewah saja kami semua, bahkan kereta saya lagi besar dan power dari mereka. Maklumlah,kan duduk kampung, mana boleh pakai kereta tempatan, habis cikai pun HILUX, mau anggkut segala macam buah dari Dusun.

Begitulah kami di kampung ini serba biasa, serba aman, kami memang tak faham apa baju kuning, apa baju merah, buang masa aje,kan. Tapi saya kena ikut juga, sebab saya boleh dikata orang kuat WI, bendahari kampunglah tu, tak kuat tu, bendahari? Ntah apa mereka cakap saya tak masuk port, yang saya tau jaga duit sponser, cari apa-apa  barang,  perkhidmatan keperluan mereka, juga pantau stok barang satu desa satu produk. Seronok juga pergi rombongan ke Padang Merbok ramai-ramai. Kumpul-kumpul cerita pasal  produk kecantikan, tukar-tukar resepi, itu-itu ajelah. Habis politik pun kita menebak-nebak bilalah si Ratu Kuning tu nak menamatkan zaman jandanya. Dan betul ka ratu yang tua itu Rahib/wali sebab tak kawen-kawen sampai kini, ntah-ntah lesbian. Cerita kepala merah songlap duit rakyat, kami tidak ambil hal sangat sebab dah sedia maklum salah satu dari senarai tugas kepala merah (yang tak ada dalam tugas rasmi, tapi memang ada) ialah songlap sana-sini, bail-out proksi, bail out anak menantu apa. Berubah, tak berubah kerajaan, kita tetap kena kerja, atau dikerjakan? ntahlah.

Tiba-tiba ada anak dara cun menjerit "Hidup Melayu" over, mengelenjit aje aksinya. Mak Temah Laser yang 18sx itu mula sudah mencemuh. Kami ketawa sakit perut dengar monolog carutan Mak Temah yang bertela-tela berdurasi hampir 2 minit. Lepas tu kita sambung cerita lagi, anak dara tua ntah-ntah lesbian berlagak wali, janda keladi birah, mak datin gila shopping, paksa laki songlap sana-sini, mereka itu sama saja. Siapa pun yang naik kita tetap macam ini. Tak ada yang menggadai, tak ada sapa yang tergadai, pun. Tak ada yang bankrap. Momok-momok  politik sesama mereka saja itu.