Thursday, May 31, 2018

Me, Brooding?

Kadang-kadang saya ambil Quiz di FB. Kuiz yang saya suka ialah quiz teka silang kata. Perkataan pertama yang kamu nampak itulah kamu kata,nya....biasa nampak benda yang baik-baik sajalah. Biasalah FB dia nak puji-puji sahaja tu agar kita tertarik untuk berada di sana. Cubalah dia bubuh perkataan yang teruk-teruk. Ko ingat mestila kita tak mau mencubanya lagi.

tapi kali ini macam best sikit sebab perkataan yang saya jumpa ialah brooding bererti sedang memikirkan sesuatu yang bikin kita sedih, marah, atau risau. Saya tak mau risau,kan dan sepatutnya saya tak perlu risau pun. Bukan hal saya pun mau sibuk nak jaga hal orang. Mujurla saya kini begitu sibuk mau menyiapkan tugasan-tugasan kuliah dan juga laporan kerja. Saya memang tak ada masa banyak untuk risau.

Perkataan pertama dari teka-silangkata kedua ialah loving....ha saya loving ka? tidak FB kata perkataan pertama yang kita lihat dari teka-silangkata kedua ini menggambarkan apa yang saya inginkan orang lihat saya. he he nak muntah hijau pula rasanya. Saya loving??? Saya kan brutel, eish tak nak la sweet-sweet; loving-loving ni. Geliii jerk. Jatuhla title brutel tuh....

Last sekali perkataan yang keluar ialah productive... pergh. Bila masalah aku produktif kalau asyik suka tidur saja. Ntah harapnya lepas ni kita produktif ya. What kinda of product yang saya nak keluarkan? ntahlah kita tengok ajelah yang keluar nanti. Saya rasa perkataan hopeless lagi sesuai untuk perkataan pertama dari teka-silang-kata ketiga ini.

But lets think positive and productive. One thing for sure, I will come out with my first ever mini thesis proposal. Tajuknya Prof kata "Ini tajuk orang nak bikin PhD". Kembang semangkuk le kejap, aish jangan gempak di tajuk je... dalamnya nanti ntahlah apa yang ada saya pun tak berani nak bayangkan he he. ntah siap ntah tidak tak tahula nak cakap. Saya masih belum putuskan mau teruskan proposal ini atau bikin applied research sahaja. Saya ada juga dengar cerita ngeri, bukan tajuk je gempak, proposal pun gempak sampai dapat grant universitilah, tapi sampai hari ini penemuannya, analisanya masih tidak boleh dibaca.... Iya U, tesis master, bukan PhD pun. Hebatkan budak tu. Tapi itulah tak siap hilang ntah ke mana. Uni pun dah buat laporan ini tesis memang sudah "masuk longkang".

Apa pun insyaallah doakan saya akan ada satu mini academic writing untuk penutup kalender 2018. Kalau tak mau ambil risiko macam budak tesis grant tadi, amik applied research aje, sebab statistic lepas-lepas pun memihak kepada applied research. Perjalanan ini memang susah, memang ngeri sebab ianya satu pelaburan masa, tenaga, dan wang yang tidak menjanjikan apa-apa unga-bunga kejayaan, pun. Mungkin kaya dari segi pengalaman, pengamatan dan emosi itu adalah tu. Bukan bererti tak ada faedah langsung buat master ini.. Ada. Jalan menuntut ilmu itu jalan kesukaan agama. tentula banyak perkara baik yang dapat dikaut selama ini.

Doakan juga saya diberi kekuatan, kesihatan untuk menyudahkan penulisan akademik saya yang pertama ini.

'****

Satu kata-kata yang sangat menyenangkan dan menenangkan...."tranquility" datang dari Prof saya. Iya Prof yang 10 most influential women in Islamic Finance itulah.... kata dia

"how times fly so fast yeah, and sedar-sedar you are writing your proposal"

me? Writing a proposal??? macam tak percaya aja.

23/6 nanti saya akan hantar turn-it-tune my proposal.

Mungkin ada yang mencebik, "ala, what so big about mini proposal? mini proposal jewww..."

Ada aku kesah?

Oh btw, before I pen-off, let us brood a bit about this pantun:-

"Berburu di padang datar
    dapat rusa berbelang kaki
berguru kepalang ajal
   bagai bunga kembang tak jadi"

he he ada orang akan sedih, marah, bimbang ka, kalau saya lebih suka terus tidur banyak-banyak dan tulis proposal cincai-cincai sahaja?

Tuesday, May 29, 2018

Persaingan Terbuka

Belum 100 hari memerintah, dah ada benda tak nyaman berlaku. Puak-puak non-bumi sudah berani menuntut. Apa yang ditakutkan oleh budak tua macam betul aje. Memang menakutkanlah. Tapi saya cakap kita jangan takut sangat kalau takut semua jadi kalut. Buatlah biasa-biasa saja. Adakah keberanian, kelantangan non-bumi bikin tuntutan akan berakhir dengan tragedi berdarah? Nauzubillah tak berani nak cakap.

Hopefully tak ada benda begitu yang berlaku. Tapi terkejut jugalah dengan tuntutan-tuntutan ini. Kita idaklah terkejut dengan si penuntut, kita terkejut dengan juak-juak dari kalangan bangsa Melayu sendiri yang menyokong tuntutan tersebut. Saya bercakap dalam hati, apa dah kena dengan Melayu sekarang ini? Berani beno dia.

Biarlah yang mau sangat benda-benda macam ini budak-budak muda kita juga. Mungkin mereka sudah tidak perlukan tongkat lagi dan sudah bersedia bersaing secara terbuka berdasarkan merit. Mungkin ini yang terbaik untuk kelangsungan bangsa Melayu pada masa akan datang.

Sunday, May 27, 2018

Crowd Funding???

Macam-macam, dari pasal RM10billion hilang minggu lepas, cerita ada ura-ura pasal crowd fundingla pula.....

I tak kisahlah apa korang nak bikinpun, nak buat cerita, rekayasa, kunun negara dah nak bangkrupt dikerjakan dek si Najib, sampai kena bikin crowd funding, buatlah. Dulu pun dia dah buat cerita yang sama. Cuma pelakun penjahatnya sahaja yang lain. Dulu Soros, sekarang Najib. Lepas tu negara pun pulih seperti sedia kala.

Tak kisahlah apa cerita nak dibikin, lagu mana nak dilagukan, saya cuma mau ujung tahun dapat 12%. 12% tu tak banyak pun, sebab kawan yang kije jual-beli-saham ni kata investment horizon return of 20%-30%. Banyk tu kau dapat. Kita minta 12% sahaja dan itu bukanlah mukjizat, miracle doa orang alim atau, jampi, mentera mana-mana bomoh pun. It is simple Mathematics calculation and normal pattern of fund movement in the capital market. Sapa-sapa yang arif di bursa memang faham keaadaan ini. Orang bodoh je percaya ada jampi bomoh dan ada doa orang alim back these council of Elders.... sedangkan semuanya sudah dikira-congak dari awal oleh mereka yang ada wang besar, wang besar... he he...

Happy crowd funding Malaysian, and may this tricks, works this time around. Walau dalam hatiku ini berdebak-debuk juga, kot-kotlah si Para Elders tergolek terus sebab faktor umur. Malaysian taking a very high risk putting 95 years old man and his friends to have the "good old days". May Allah help us. Yup.... Only Allah can helps us.

* itula kau, belajar ekonomi, haram, main saham haram. Kau pegi naik Aji, Tabung Aji tiap tahun bayar kau dividend duit main saham, untung KWSP pun main saham juga, kemain lagi kau duduk menadah, HALALlah plak,kan?

Thursday, May 24, 2018

Market Crashed???

Kadang-kadang tu bila kita sudah terbiasa dengan doa celaka, kita terlupa mau doa kebaikan. Ini cerita pasal semalam? Kelmarin, ntah.... ada satu hari Memanda Menteri Kewangan berkata hutang Negara mencecah RM1, Trillion. Ekoran dari pengumuman tersebut Bursa menjunam jatuh dan Mantan Menteri Kewangan menyelar sikap Memanda Menteri telah menyebabkan sejumlah RM1billion mengalir keluar dari Bursa.

Oit saya susah hati juga sebab saya ada buat loan ASB owwhhhh.... what if market gone cranky, dividend went down or worst of situation no dividend declaration for 2018? alamak! Lucky me, kawan-kawan I memang dulu budak-budak akaun, business, kini memang ada yang kije jual saham beli saham... derang chilled out giler seh... aduh. Give the new government to work kata mereka. I was thinking, yeah, give them time,kan before kita nak meroyan macamlah RM10 billion yang mengalir keluar tu kita yang punya.

Then I was thinking; Instead of susah-susah hati why not saya doa je Tun dan geng-geng Council of Elders diberi kekuatan dan masih ada magic untuk kembali "to the good old days"

Memang masa mula-mula Tun announce Council of Elders, i pakat gelak gak. Company Act benar director umur 75 jer. If lebih kena check kesihatan. Tapi kita ya rabbi PM umur 95, biar betik, kan? Tapi itulah kita yang muda-muda malas mau bikin sambal, belajar ekonomi sesat, belajar main saham masuk neraka, belajar law, sebelah kaki masuk nereka, jadi kenalah orang tua-tua yang ke dapur tumbukkan sambal untuk yang muda-muda ini.

Sedih juga. Tapi tu dari bersedih hati lets hope for the best lah. Dari sakit hati ejek-mengejek-bawang-membawang, let pray for the best, kalau dividend ASB lebih dari  8% seperti tahun lepas, sapa juga yang happy,kan?

Manalah tau bila tengok orang tua-tua ni tak tidur malam baca proposal, semak kertas kerja, timbul keinsafan dalam hati, orang muda-muda mau rajin kerja macam orang tua-tua tu,kan?

Saturday, May 19, 2018

Ok sikit je lagi mengumpat.... lepas ni janji, tak ngumpat lagi

Geng-nak-balik PPSMI ni pun boleh tahan kencang comel seeehhhhh, adoooiii aiii toh sah banyak cakaplah meh kita tengok gambar


Tun tolonglah jangan layan petition mau jugak Tun jadi Menteri Pendidikan. Bukan, bukan saya nak kata Tun dah tua pun rusuk boleh bergetar, biar sahaja Dr Maszlee yang handle kes-kes "panas" macam ini he he.

Thursday, May 17, 2018

Aik.... dah marahlah plak....

Update terbaru Tun tak ble jadi Menteri KPM sebab dah pakat awal-awal PM tak ble pegang jawatan lain.... kecoh deme reramai buat petition nak Tun juga. Lalu seorang netiizen selebriti telah menuduhkan perbuatan tak maukan Menteri yang telah dilantik iaitu Dr Maszlee ntah apa tah  sebagai anti-Islam.

Saya nak bilang sama kawan jangan cepat meloncat happy bila Tun jadi Menteri kami, nanti dia kata saya jahat mulut melarang jangn -itu-jangan-ini. . Dia nak happy pun tak boleh. Saya bukan bitter, saya cuma teringat pesan mak jangan suka sangat nanti menangis. Tapi sebab saya tak moh dia kata saya bitter or sour looser, saya diamlah.

Hari ini dia moroyan marah. Terkejut juga saya, awat dah marah. Hat smalm ko jugalah yang meloncat tak sabar nak berselfie dengan Tun sempena sambutan hari Raya nanti? Pedulilah... dia tak marah Tun dia marah geng-PPSMI rupanya. Tak tahulah,kan.... saya nak nasihat pun nanti orang kata saya ini manusia yang ada penyakit hati. Jadi saya membebel kat sini ajelah...

Kau nak Tun atau lebih tepat kau nak tolak BN (UMNO to be precise) ko kena bersedia dengan dua benda ini:-

1) Kena pandai cakap omputeh;
2) Kena rajin

Benda yang kedua-duanya saya memang benci. Tapi sebab dulu tu kau tak nak sangat BN, saya tau lama-lama kau akan dapat juga yang kau hajati sebab kau lebih rajin sembahyang dari saya dan kau manusia yang malang selalu kena buli kena inaya. Dan saya percaya doa kau lebih mustajab dari doa saya.

Jadi saya lebih dulu berlatih cakap omputeh, tulis omputeh dan belajar lagi walau tak lah rajin sangat, tapi rajinla sikit. Saya memang malas tapi saya tahu 2 benda yang saya benci itu saya kena buat, sebab nak menyambut dan meraikan non-BN engkau.

Kalau malas, tak pandai cakap omputeh memang susahlah. Suka tak suka kena hadap benda itu. Saya teringat ayat quran yang ustazah saya sering baca bila saya malas-malas belajar "mungkin kamu tidak menyukai sesuatu sedangkan ia baik untuk kamu.

Iyalah mana ada orang suka belajar, suka mengaji, suka pergi sekolah. Orang gila je kut suka pergi sekolah. Budak normal semua suka main pondok-pondok jer... bila dah besar nak main cinta aje, tulis puisi cinta, baca novel romen-romen. Pergi sekolah belajar, tulis essei panjang-panjang buat pening kepala aje. eeiiish benci,kan?

Perkara yang kita benci itulah yang baik untuk kita. Bertabahlah ya, kawan-kawan. Bukan semua orang boleh dapat hidup petik jari dalam greater nation. Ada orang bertuah tulis puisi cinta, baca novel romen, make-up lawa-lawa, meroyan dalam media sosial "tolong ada orang buli saya" pun ok. Tapi tak semua kita bertuah, boleh meroyan kena buli lepas tu dapat semua yang dihajati. Kebanyakkan kita harus bekerja berhempas pulas untuk greater nation yang (aku tak lah mimpikan sangat) diimpi-impikan sekian ramai Marhaen.





Sentaplah Plak

Kompem bos saya ialah Tun M. Tun kata dia amik Kementerian tempat saya bertugas sebab ramai orang tak berpelajaran. Ada plak macai back-up kata Tun gurau, tapi wartawan yang lelebih. Dia back-up sebab dia takut ada yang sentap, dia nak meng"cool"kan diri, sebab sendiri sudah tersentap, tak tahulah saya. C'on la weh. Tun memang seorang yang sarkastik dan kasar budi-bicaranya. Bila dia kata ramai orang tak berpelajaran, tak perlu takut ada yang sentap. Tak perlu ambil hati dengan kenyataannya atau cuba meneka pada siapalah ungkapan itu ditujukan atau tak tidur malam gigih mentafsir lebih-lebih maksud disebalik kenyataannya tadi.

Saya anggap je dia grumpy old man  yang keletihan. Leader create more leader, when a leader unable to create another leader dia terpaksalah berkerja sampai nak masuk liang kubur. Lepas tu bila dia dah kepenatan, dia nak lasser sana-sini, tak usahlah kita nak sentap-sentap. Biasalah mak kita kalau dia penat pun dia akan berleter tak sudah-sudah,kan?

Dalam PH ada tiga gabungan. Saya ni memang dari dulu kagum dengan cara DAP merekrut Hannah Yeoh. Nurul Ezzah main cak-kun-cak dengan mama dia, Syed Saddik dengan gossip malatop. Hannah apa khabar?

Itulah yang saya kata when a leader unable to create another leader, you only have pop-attention hungry politician. You have to have council of elderly so that your pelapis can go on malatop & all.

****

Last weekend, masa dalam kelas my coursemate joke sama saya.... "wow lepas ni you all semua bersihlah."

" Ya lah bersih. Tak de kije. I kena cari kerja baru ini, lah ni. Dengar cerita company u nak pakai orang, I submit resume bule?"

Actually, I am already 45 years old, dah boleh pencen option, pun. So I don't give a damn shit, jika sayalah orangnya yang tersenarai dalam gerakan kurangkan penjawat awam, penghalauan penjawat ke sektor swasta or psiko/gertak jilat kasi-bersih. Masa MAS buang orang ramai-ramai hari tu, ada kawan saya yang terkesan. Dulu lagi sikit, orang bank buang staff, ada juga kawan saya yang kena. They all doing ok ok je. So far tak de dengar plak ada kawan terjun tingkap bunuh diri, sebab kena berhenti kerja.

Saya nak cakap, saya cakap walau lepas cakap, tak ada orang nak cakap dengan saya. Lagi pun ini blog aku, suka hati akula apa aku nak tulis. Kalau kau rasa ko patut buat u-turn jilat Mahathir untuk pertahankan kedudukan kau, silakan. Saya faham dan sebagai kawan tak kanlah saya bawang-bawangkan engkau, kecam engkau dan buang kau jauh-jauh. Kau tu pun, bila kita tak satu kem, kalau saya kritik kem baru kau, jangan kau merajuk sakit hatilah pula dengan kritikan saya he he...

Begitulah, seadanya,kan?....


Wednesday, May 16, 2018

Membawang juga makcik... akhirnya

Kawan kata kalu membawang sorang-sorang tak apa.... yang tak boleh sampai bergaduh-gaduh menyerang orang... aish, hakak sakit ati betullah dengan sorang troper Madey ni. Aish dia tak sudah-sudah mengata, Kak Mah hakak tu "witch".  Hakak sengaja tak nak tulis dukun, bomoh, ahli sihir, sebab witch tu lagi sesuai. Ok witch yea... Memang dari dulu geng anti PM ni suka kata bini PM witch. bukan Kak Mah je pernah kena, Nenak Semah yang hari ni derang dok angkat jadi dewa pun pernah derang ludah-ludah kata Pempuan botak main Piano. Mentaliti apalah orang kita ni, laki gila kuasa, bini kena balun.

Berbalik pasal sakit hati hakak ni... semalam hati tidaklah bengkak sangat bila baca perutusan Menteri baru yang antara banyak perkaranya barisan Memanda mengata begini:-

"Kepercayaan terhadap penjawat awam terlalu rendah pada pandangan masyarakat; Pengarah Bahagian dan Negeri perlu membersihkan tanggapan ini"

Hati jadi bengkak bila si Trooper gila ni dok nasihat agar PDRM, SPRM, bla bla buat siastan 1MDB betul-betul. Eeeehhh getiknya tekak aku bila dengo dia yang ntah sapa-sapa tah tu, berselindung disebalik nama samaran, (nak guna indentiti mak bapak bagi masa lahir pun tak berani) pepandai nak menasihatkan orang bergitu-begini.

Jadi getik sangat tu sebab kita tau dia tu ala kawan kita sama belajo kat PPP/ITM dulu. Memang pandai, tapi tak la ada tokoh pemimpin pun. Nak bertanding jawatan Exco Kolej pun tak berani. Tapi bising kritik Exco, bukan main lagi dia. Bila dah tua-tua macam akak ni, aish perangai hodoh masa kat kolej tu dia bawa samalah. Amboi kemain nasihat Polis, macam polis tak pandai buat kerja. Kalau kau pandai sangat kenapa hari tu ko tak join PDRM siap-siap? Kalau dia tu dulu kat England amik Law, akak tak la sakit ati sangat dia nak menasihat PDRM SPRM nak buat kije macam mana. Yang A dia berderet tu Matematik--Satistik je. Lepas tu ngaji insuran, bukan ngaji krimilogi, Jenayah Komersil ka. Ngaji insurans je you all... apala dia tau pasal Jenayah Komersial, Korapsi, Kliptokrasi bla bla bla... itula dia yang paling banyak bercakap pasal 1MDB. Yes akauntant pandai cook the book, so does I believe actuarial (Risk Calculator/Manager) man know how to manipulate bon/sukuk or other liberal (ada unsur riba, gharar Qimar, Masyir.....bla bla bla)  financial instruments. But kije nak mengejelkan orang yang cook the book, manipulate the figures and numbers is not an accountant yang trained dalam traditional accounting. They need a forensic skill. Who have more expertise in forensic? Off courselah Pegawai Penyiasat, not the book cooker or the Risk Manager.

Itulah masalah kalau orang terlebih pandai, tapi Allah bagi dia Macai aje. Kesian. Memang kita sakit hatilah dengan orang macam ini. Kita pun heran, oklah kalu suruh jadi polis, mungkin dia ada masalah kecergasan, tak lepas ujian...tak ble jadi polis jadilah Professsor.... duduk dalam Majlis sana jadi macam Professor Jomo. Tulis guna nama sebenar. Prof Jomo memang aktif menulis, tapi dia tak pernah guna fake identity. Yang hang tu aku tak tau la apa kije kau, asyik melalak kondem orang tak reti buat kerja.

Ni kertas 1MDB dah terbuka, yang berkuasa dulu tu suami ea, witch tu bininya sahaja. Aku tak taulah bila jadi bini je kalau laki ada CBT bini pun terus dapat dominion or entrustment, sedangkan dia jawatannya suri-rumah.

Minggu lepas aku tengok Tuan kau angkat sumpah, tandatangan dokumen depan Agong. Aku tak nampak plak bininya kena angkat sumpah, tandatangan sekali. Jadi, kalu besok lusa Tuan kau tu polis dapat bukti, dia pun CBT, yang sain dokumen dia, bininya tidak. Bule ka orang yang tak sign apa-apa kau nak masukkan dalam jel sama?

Eh tolonglah ea, orang lelaki semua, kalau kau dah terjebak buat perangai tak senonoh tu, janganlah kau libatkan bini kau pula. Please lah.

Marah ni!

Monday, May 14, 2018

Post PRU 14

Ramai orang happy dan keluar statement bersyukur yang akhirnya mereka berjaya. Berjaya apa, berjaya ntahla....yang berjayanya Mahathir dan koncu-koncu, yang kita tak masuk politik, tak bertanding apa-apa ni, berjaya apanya? Saya pun hairan.

Ada juga yang ketakutan dan keluarkan video ToK Mat Nogori cakap bla bla bla. Yang kelakonya salah seorang yang mengeshare video tu budak muda rakan kursus Islamik saya. Owh dia bukan budak forensik tapi dalam kelas Islamik ini kertas elektif, kami bercampurlah dengan budak master in accounting. Dalam hati saya cakap, "eh bukan budak muda, semua sokong PH ka?"

Saya teringat budak tua yang saya kenal dalam laman blog. Budak tua tu biasalah tak mengejutkan kalau dia tak brapa gemar PH. Kami budak-budak tua memang samalah macam Tok Mat Nogori tu. Budak tua kata dia risau, selama ni Non-Malay-Non-Muslim yang didominasi kaum Cina kuasa ekonomi, Melayu-Islam kuasa politik, itu pasal Malaysia seimbang. Budak tua risau kalau dua-dua ekonomi dan politik non-Malay yang pengang akan berlaku ketidakseimbangan kaum dan penindasan.

Itu cerita lama dulu. Saya memang ambik cakna dengan kebimbangan budak tua ini. Saya tahu orang yang pandai berpolitik ni, kerja dia memang kurang, lah. dia sibuk kipas-sana-kipas-sini-adu-sana-adu-sini; mengatur itu-ini, sampai dia tidak begitu ambil peduli hal pemantapan kewangan dan sebagainya. Kalu asyik mengipas, kerja malas, lama-lama orang menyampah, lama-lama kena guling juga dengan orang banyak, dengan bangsa sendiri,kan? Saya cuba tingkatkan kewangan dengan belajar lagi. Harap dapat naik pangkat sikit, gaji pencen tinggilah sikit dari gaji pencen kerani cabuk, aje,kan?

Masa itu kebetulan saya berkerja dengan Akauntan bangsa Cina. Usih perit kerja dengan dia. Sebab keperitan itu, memang adalah usaha politik-pejabat untuk nyah/psiko sang-Akauntan. Macam-macam saya dengar. Tapi akauntan ada 3 orang koncu-koncunya yang setia. 4 orang itu mereka jaga semua PTJ di Malaysia. Tak banyak pun, sikit jer. Tak sampai 20 PTJ pun. Itulah cerita dia. Kerja dengan Akauntan Cina memang harass lah tapi senang tak pening kepala tunggu peruntukan. Tak pernah terjerit-jerit marah yang ntah apa-apa tah. Kalau kena jerit marah tu memang salah kaulah tu. Pernah pembantu kami tersilap quote harga kontrak dengan harga lama. Bayangkanlah dekat 4 bulan jugalah defisit. Memang kena bambu macam orang gilalah... tapi tak sampai setengah tahun semua sattle. Tak tahula macam mana dia buat.

Itula ceritanya. Nak kuasa ekonomi memang kena kuat berkerja. Memang eish kita malas nak layan,kan. Tapi Allah bagi saya rasalah berkerja dengan orang yang hebat pencapaian ekonomi dan  duniawi ni. Bukan sekali tu aje. Sekarang ini pun tengah terduduk ni melayan kerenah bangsa gila kerja minda kelas dunia ni.

Ini cerita pasal Masters inilah. Apalah celaka dapat berguru dengan Pengarah ARI, 10 most Influential Women in Islamic Finance... Punyalah kelas pencapaian duniawi dia, kan? Pergh memang gilalah Prof ni. Nak buat macam mana redha ajelah,kan. Memang kadang itu kita mau sebuah kehidupan yang iseng-iseng boleh gosip-gosip, kopi-kopi lepak-lepak. Kita tak suka kena kerja, tak suka pergi sekolah, tapi itulah dia kehidupan.

Bagus juga saya "kena" dengan Pengarah ARI tu, jadi risau Tok Mat Nogori, tak sempat masuk dalam kepala otak saya. Kalau Melayu-Muslim kena tindas dengan Non-Malay-Muslim pun saya tidak perasan. Tindas macam mana? Pepandai je budak tua tu mengarang neratif kena tindas. Dia memang macam tu, asyik-asyik dia je kena buli. Ntah, kita tengoklah nanti ya.

Tentang kerjaan baru ini, satu saja yang saya skeptikal, pasal cukai dan ketelusan. Sebab Negera Terbahagia di Dunia adalah Negara yang "their people are heavily taxed" tapi semua hasil cukai diurus dengan telus dan dilaporkan secara terperinici.

Kita ada negara kaya, tapi tak telus. Contoh Monaco. Monaco adalah sebuah Negara pro-penyangak-mata-wang-pengubah-wang-haram. ie Negara yang FATF [baca Fat F; F Gemuk] menyampahlah. Bahagiaka hidup kaya tapi jadi boneka penyangak?

Post PRU ni kita sibuk pasal GST, sampai kita lupa bising-bising pasal transpiransi dan sebagainya. Jangan seronok sangat kawan kalau GST hapus sampai terlupa penyangak 1MDB masih bebas bergumbira sana-sini.

Satu hal lagi hari ini, ka besok ea,  PapaHOMO yang diangkat sebagai imam penyelamat ummat oleh isterinya sendiri akan keluar penjara. PapaHOMO pulang dari Jel,  Papagomo pun dah mula orang sebut-sebut. Kita bolehlah bersiaga ntah apa bidiolah yang Papa-papa akan keluarkan nanti. Pengsan... Budak tua sudah bayang PapaHOMO akan keluar penjara buat kali ketiga. Pensyarah QQ saya sudah menjangkakan "all the censored will be uncensored, soon"

Memang akan banyak drama, censored, tak censored, but I'll will be too stuck up with my thesis. Wish me luck, and healthy ya, kawan-kawan.....