Thursday, May 26, 2011

Kicauan blogsfera

Secukupnya

i
Di perdu kalbu
ada rindu ribu-ribu,
pada kata-kata
ada cinta juta-juta.

ii
Bila tulus tiada
cinta lupus sirna
kata bertukar nista
duka membakar luka.

Nah, rindu seribu
berserak seperti debu.

iii
Kalau begitu
berikan aku,
rindu secubit
cinta secebis
biar sedikit
asal tak habis.

Hanya itu,
ngam-ngam.

I was asked by my buddy for some legal advice, even though I’m not a lawyer. Pasal apa?, ntah bebudak trend sekarang gaduh-gaduh, stalk-menyestalk..fitna-memfitna. Budaya generasi Y ka? X ka? budaya anak-anak cyberlah tu. Sapa yang ngajar bebudak ni dah bergaduh-gaduh kat internet ni? Ntahlah hadalah cikgunya tuh. Ntah-ntah yang menulis puisi kat hatas tu le cikgunya idak??? Acah aje, idaklah ia ada sapa-sapa cikgu yang ngajornya. Dia pandai sendiri.

Memang adat sesetengah insan yang suka meluahkan perasaan, menenangkan perasaan dengan menulis. Macam ada orang tenangkan perasaan dengan nikotin dan alkohollah tu kut. Macam juga orang tenangkan perasaan dengan beristigfar, berselawat dan berzikir. Dah tabiat kita yang suka menulis tu, kita capai pen dan kertas, kita tulis. Lepas tu kita, kroyok2 buang dalam bakul sampah, tak sapa yang tahu hati kita yang sudah terkeroyok macam kertas yang dah dibakul sampahkan itu. Lama-lama hati pun baik sndri. La ni ha tulis kat internet, tuleh dalam blog, kecoh, riuh, berkicau-kicaulah satu alam maya dibuatnya kan dek krana kesukaan dan tabiat kita yang satu itu…

Kalu tak bercyber pun, manusia kalu berpisah memang kita tengok memang tonggang langgang. Tengok aje Abi Abadi dengan Norman Hakim. Payah tu kalu dah tak bersama semua boleh cool & ok. Satu perkara yang amat menduka citakan. Satu perkara yang amat tidak wajar juga. Bagemana seseorang itu tega mencaci cerca insan yang pernah disayangi dan disangjung tinggi satu ketika dulu. Satu perkara yang memusykilkan saya hingga kini.

Hati saya akan rasa sangat terhiris-hiris bila baca, mendengar pasal benda-benda busuk yang keluar dari orang yang satu ketika dulu amat rapat, dengan diri yang mencaci-cerca itu. Tapi itulah dia resam dunia ketika ini. Dah macam trend atau budaya. Kalu kat barat tu, sampai turun naik mahkamah, keluar-keluar perintah mahkamah gitu. Who’s that girl??? Lindsay Lohan?? He he. Sekadar mengambil contoh.

Namun hati hanya boleh berdoa agar kita tidak diuji macam Tuhan menguji Lindsay Lohan dan Abi Abadi. Nauzubillah.

Tuesday, May 24, 2011

Picasso

Adakah kita pilih minat, atau minat itu menang dah ada dalam diri. Kadang kala saya terfikir ke situ. Bayangkanlah kalu anak anda minat melukis, melukis potret tak kiralah manusia ka, haiwan ka, bunga ka, semua habis nak dilukiskan dan anda seorang yang sangat percaya melukis makhluk bernyawa itu haram. Nanti di akhirat lukisan itu akan minta nyawa.

Thank god my mother never larang me melukis, galak pun tak pernah. Tapi bila kamu pergi sekolah, kawan-kawan, cakap itu macam, ia menjadi satu ketakutan. Lama-lama saya percaya melukis itu lebih banyak tak baik dari baik. Yang tak baiknya jadi terlalu asyik sampai lupa tuhan. Lantas saya berazam yang satu hari nanti aku akan berhenti buat dosa nih. Tapi itu tidak mematikan saya dari menyukai apa-apa bentuk lukisan yang boleh menyentuh hati dan perasaan saya. Itu juga tidak pernah memadamkan rasa suka naik angau pun ada pada pelukis-pelukis yang ternama dan terkenal.

Selalunya yang saya sukai ialah pelukis-pelukis barat. Pelukis tempatan saya tak berapa kenal. Tak tau kenapa jadi macam itu tah, saya pun naik hairan pun ada. Salah seorang pelukis yang saya suka ialah Picasso. Saya tidaklah sangat suka lukisan dia, tapi lebih kepada pemikiran yang dicetuskan melalui karya beliau. Saya kagum bagaimana hanya dengan melukis (satu perbuatan keji pada sesetengah kita) boleh membawa cetusan gelombang yang mengubah dunia. Lebih baik atau lebih buruk itu wallahuallam. Kita slalu fikir yang dari barat semua buruk.

Lebih-lebih lagi Picasso inilah. Saya tidak malu untuk mengaku bahawa Picasso adalah satu orang syaitan illuminiti kalu itu yang kamu mau bagi nama pada dia, banyak mempengaruhi daya fikir saya. Saya mengenali Picasso lama sebelum saya kenal ntah sapa-sapa orang seni tempatan. Bagaimana Picasso datang menyerap dan merosak pemikiran saya, saya pun ntah tak taulah ye. Nak kata TV, orang macam Picasso mana ada dapat tempat dalam stesen TV tempatan kitakan.

Mungkin majalah fesyen kot. anak dialah tu yang nama Paloma Picasso tu dengan gaya fesyen yang kalu korang tengok korang akan kata fesyen orang gila tu lah yang saya suka sangat, justeru bikin saya terminat dengan bapak dialah pula.

Saturday, May 21, 2011

Lambakan Niche

Why bomoh/pawang/healer? Because normally people write wat is close to people’s heart. I am just a plain kampung girl where my mom will send me both to a pawang and a government clinic when I got sick. Masa saya kecil I got is sakit kulit for years, sampaikan cikgu kelas, panggil saya tokak. Seriusly kudis (di kaki) yang berlubang sehingga boleh nampak tulang, atau imaginasi saya saja. Ntahlah. Bergelen ayer jampi, berbotol ubat cream gatal klinik kerajaan dah saya gunakan.

Memang saya difficult. God uji my mother with a difficult child, sampaikan dia tidak ada masa untuk dirinya sendiri. Cuba bayangkan ibu saya bernikah lagi. Mungkin tokak tersebut boleh meragut nyawa saya jika tidak dirawat dengan hati-hati. Bolehka orang mati sebab tokak? Merapik ajekan. Mungkin saya tak mati, tapi saya akan mati perasaan dan semangat untuk ke sekolah, sebab cikgulah yang panggil saya dengan nama yang teruk.

Bukan saya nak kata cikgu tu satu sen pun tak guna, tidak, tapi kerajinan mak saya mengajarkan tulis baca menyebabkan saya tidak rasa apa-apa dengan gelar buruk yang diberi sebab dalam hati cakap “aku tokak pun aku pandai, ko kena juga bagi no 1 tu kat aku sebab anak murid ko yang tak tokak tu semua tak buleh challenge aku, baca, tulis, kira” Bayangkanlah jika mak saya bernikah lagi, cukup masakah dia mengajar, mengawasi proses pembelajaran saya? Mak saya taklah pandai mana pun tapi setakat ajar matematik darab, bahagi, campur, tolak dan operasi pecahan tu memang mak expertlah.

Begitulah besarnya peranan bomoh dan pawang dalam hidup saya. Syirik? Ntahlah. Setelah kita maju dalam bidang sains dan teknologi, bomoh sudah tidak ada lagi peranan signifikan dalam hidup kita, bahkan ada amalan perbomohan yang bercanggah dengan agama. Bukan saya mau menghidupkan semula amalan-amalan khurafat, saya hanya mau mengabadikan ia dalam satu kenangan yang tidaklah mengerikan dan menakutkan yang akan menimbulkan perasaan benci dan mengheret kita kepada aktiviti menghina, memulau dan ejek mengejek sesama kita. Call it stupidity of the past, but it is part of our life yang rencam dan berwarna-warni. Tidak perlulah dimalu-malukan bila mengimbau tentang masa silam, kita yang ntah apa-apa tah..

Kalau ada yang menyeru, mau jadi muallah, neh…no memang tak mau. Mau belajar jadi bomoh? Ya ya ya itu sesuatu yang menarik juga tuh he he he….bukan blajar tapi memerhati bomoh, memang saya mau. Besides, dah terlalu ramai orang tulis pasal Muallah, nanti market jadi tepu, dah jadi klise pulak. Dan bila dah tepu, persaingan akan jadi sengit dan sangat tidak moleklah bila kesengitan itu sampai menerbitkan cakap-cakap “aku lebih Muallah dari kamu, aku lebih layak bercerita tentang itu, kamu baik diam, sediam alif yang tegak berdiri itu bla…bla..bla…bla”. Bila cakap-cakap yang sebegitu timbul, mungkin ada yang kecil hati, merajuk atau mungkin kita akan bergocoh sesama kita. Dan manusia yang saling berseteru dan memutuskan silaturahim itu amat dibenci TUHAN.

Friday, May 20, 2011

Help me with my BOMOH pls

I saw an advert pasal ada progrogram di mana tah. The lost world of Tambun, or may be not at all. My be kat shopping-shopping kompleks aje. Namun sebab saya ini orang Melaka, dan Upin dan Ipin itu sangat sinomin dengan Water World Ayer Keroh, minda saya terus akan terbayang tempat permainan aqua, jika saya lihat ada poster yang memaparkan imej Upin dan Ipin.

Programnya adalah program bersama. Pengarang dan Pembaca. Mari membaca. Saya sangat teruja nak bersama kalu program itu dibikin dekat Water World Ayer Keroh. Saya sedang mau mencari the Bomoh Apprentice dan berharap satu hari saya akan dapat menghasilkan karya kreatif yang macam-macam itu juga. Why I like bomoh so much?

He he he….nantilah kalu rajin saya cerita.

Klu nya…

My mom kematian suami sejak dia berusia 27 tahun lagi. Oh mak saya tidak seperti saya. Dia sangat cantik dan ramai peminat. Infact setelah kami berpindah ke Alor Gajah pun masih ada orang yang berminat dengan mak saya.

Mungkinlah ada peminat yang frust menonggeng tak “dapat” mak saya, maka tercetuslah cerita kunun ada roh-roh yang merayau-rayau pulang semula memesrai isteri-isteri, suami-suami mereka (cewah ya ya ya macam cerita nangnaklah tu) menyebabkan para suami atau isteri rasa “apa perlunya aku nikah lagi?”

The truth is kami ini orang biasa yang sangat limited pergaulan kami, jadi memang tidak ada rangsangan untuk berpasangan semula selepas ketiadaan suami. My mom committed membesarkan saya, she don’t have time to think about herself. It is me who hinder her from re marry. Pempuan ni macam-macam dia fikir, saya ini mungkin to my mom’s “eye” seorang manusia yang “difficult”. Cerewet. So my mom, mungkin dia fikir saya akan menarik diri dari keluarga barunya jika dia bernikah semula.

So dude, bebs, it not because my dad balik tiap-tiap malam teman my mom tidur, yang menyebabkan mother pilih untuk sendiri sehingga kini. Ya ya ya I really wish my mom berkahwin semula. Once I pernah suarakan perkara ini dan ini respond dia “ko nak lepas tangan ya! Ko tak nak jaga akukan. Aku memang tau ko memang tak senonoh!” opss. Nangis lagi. I dunnu how many times I make her cry. Thats why God create daughter, I suppose, to make her cry, so mother can be stronger and better person, isn’t it?

Tuesday, May 17, 2011

DONE!, DONE! DONE!

(brapa harus aku kata it is done, final, muktamad?)
I am done with thinking, only focusing on brighter, better future, and if any of you tell me to think, I’ll be very wat? I get upset? Annoyed? Is thinking is women’s job? I don’t think so. Melainkanlah anda itu sarjana, pemikir, fellow bagi mana-mana institusi pemikir. Apa yang aku mrapik ni?

It’s about a friend of mine. Dia menyeru kita berfikir. Nak fikir apa. Dah ada anak, dah ada rumah besar dan ada suami gaji besar apa lagilah yang nak difikirkan. Sekilas pandanglahkan. Apa mengada-ngada lagi yang dia nak fikir2 tak taulah saya. Ntahlah saya macam perasan, terasa aje yang seolah-olah dia mengata saya tidak berfikir. Yup begitulah saya sejak 6, 5 tahun kebelakangan ini. Setelah saya mula menulis. Yang sebenarnya ntah ada, ntah tidak dia orang baca tulisan saya wallahuaalam. Saya 100% percaya mereka tak baca, mereka dengar-dengar aje orang kata…saya berguru dengan setan illuminiti(bukan seekor, malah berekor-ekor, insyallah kalau rajin saya akan mula memperkenalkan bapak-bapak setan saya dan kenapa saya suka banget dengan bapak-bapak ini dalam update-update saya yang akan datang) yang kalu dibaca tulisan saya anda akan jadi sesat, langsung tak jumpa jalan pulang.

Most of my female, male kenalan opposition, supporter who believe that things will get better jika BN dinyahkan dari tampuk kekuasaan Negara. Dan sepanjang saya menulis, rasanya tidak ada benda baik yang saya dapat tuliskan tentang opposition. Itu ok lagi tu jika kamu tak ada benda baik nak tulis pasal mereka. Yang tak oknya, yang jadi macam putus kawan, putus sedara ialah saya tak ada benda hodoh nak ditulis pasal pemerintah., mau pun pasal budaya hedonism yang seolah mengakar, mencengkam kuat naluri, perasaan dan emosi anak muda remaja kita, sehingga anak zina keluar mencanak-canak??? Ha ha ha…

When you live di tempat saya maksud saya di rumah mak saya, di mana kiri kanan ada anak yang di consive sebelum mak ayah mereka diijabkabulkan. Dan budak tu plak selalu jugalah nenongnenong datang mengendeng ke rumah anda…wat do you expect me to say! Is it dengan membenci kerajaan yang sedia ada dan berazam untuk menukarkan dengan yang lain akan mengubah ini semua?

I told one of my friend, infact cousin perempuan saya, “apa ko nak risau, ko cari ajelah menantu muallaf”

Isunya di sini, ialah anak yang diconsive sebelum nikah maka, tak boleh berwalikan bapa itu. Kena berwali hakim. Jika diwalikan juga, maka menantu perempuan dan anak lelaki anda berada dalam keadaan zina. Jika anda bermenantukan perempuan muallaf isu ini langsung tidak timbul kerana memanglah akan bernikah dengan wali hakim.

Adakah dengan menulis-nulis tulisan-tulisan berbentuk mengajak kepada benci BN dengan tujuan dan harapan dapat sekurang-kurangnya terus memerosotkan undi BN, anak lelaki anda terpelihara dari berberahikan anak tak sah taraf yang mak ayah dia terlalu buta agama, ego untuk mengaku yang anaknya tak sah dan buat muka selamba beruk, dok jadi juga wali anak dia? Malulahkan dah tua-tua Bangka, time nak terima menantu tu lah terpaksa bisik2 kat juru nikah, “ saya tak layak jadi wali, tuan”

Adakah dengan sebab saya tidak berbuat demikian, iaitu saya tidak mengangkat topik perbualan gossip-gossip kesukaan kamu, Allah akan menyumpah memberi bala dapat malu dah dapat cucu berekor-ekor baru tau cucu anda tu lahir dari kejadian wati syubhah? Saya yang tak tulis apa yang kamu suka baca, cucu kamu pula yang terancam? satu reasoning yang amat tidak logik, pelik lagi mengada-ngada, setaraf dengan reasoning perempuan delusional Brahmin tahap dewa anak-anak tuhan.

Saturday, May 14, 2011

Asyik India

I dunno, I don’t care wat’s come to your mind bila sebut pasal “kamasutra”. I just wanna write what come first into the picture when this word is mention, my picture, your picture, ada aku kisah??? So far, saya tak pernah terdengar lagi sesapa sebut perkataan ini. Saya hanya jumpa dalam tulisan, di akhbar dan di internet. Buku tak lagi. Taboo kut untuk menyebutnya, mungkin takut nak sebut, kang kalu sebut you alls punya minda dah merapik-meraban ntah ke mana, so better said it once and and for all. Yaeh, Taboo, tapi kalu kat internet ni dah ramai orang kaya mempromosikan buku-video- ntah apa-apa yang tajukkan dengan kamasutra dan kawan-kawan yang sewaktu dengannya, ZEN?? Can we include ZEN as well?

Wat really caught me, wats come into my mind when the word pops up, ialah masyarakat elit, brahma??? Brahma ka, tak kisahlah, tapi pasal kelas atas India. India memang bagi saya adalah satu tanah yang penuh dengan keasyikan. Masyarakat India itu pada saya sangat mengasyikkan. Hey, bukan bererti saya minat mamat India. Tidak, tidak begitu, maksud saya budaya mereka, kesenian mereka sangat unik. Sampai yang dalam-dalam kain pun mereka boleh perincikan dan bagi title “kamasutra”

Saya terbayangkan lelaki-lelaki elit yang kebosanan akan mengembara “turun” padang, lepas tu bergaul dengan wanita kasta rendah. Sama ada dia “turun padang” untuk bergaul dengan mereka, atau memanglah atas nak turun padang untuk menunjuk perihatan tuan tanah terhadap hamba sahayanya, itu tak usahlah kita mau debat dan marah-marahkan.

Semasa bersama dengan wanita kelas rendah ini mereka boleh berseronok. Wanitanya memainkan peranan yang lebih aktif dalam kata lain, wanita yang menguasai acara. Well itu cerita orang elit Indialahkan. Bila dia balik pada masyarakat elit dia, cerita lainlah pulak. Cerita apa dia buat kat bawah sana, itu rahsia, mungkin juga tak rahsia, memang isteri dia tau, tapi kalu tak turun, nanti buleh mereng, biar ajelah dia turun kebawah,kan…bila dia pulang kepada masyarakat elitnya mungkin dialah orangnya yang paling lantang mengutuk benda-benda macam itu. Lucah, barbaric bla-bla-bla. Munafiklah. Iya memang munafiklah tu. Jalan menuju ke atas itu, banyak protocol, dogma, peraturan, sekatan, mungkin tak larat nak follow semua, maka mereka terkencing/dikencing twisting this and that is a part of their life…Double life??? Perhaps.

Kasta pariah pula walau semua orang tak mau dilahirkan pariah, dan orang struggle untuk lepas dari pariah hina keji, macam-macamlah… disebalik kehinaan dan keji itu adalahkan sesuatu yang menarik yang ada nilai komersialnya yang tersendiri. As for the elit man, selagi yang legal tu tak dibenarkan menawarkan servis yang sama, mereka akan mencarinya di”luar” kecualilah mereka itu teguh imannya, memang benar-benar the true & devoted Brahmin.

Apa yang saya merapik ni…tolong saya ni bukanlah orang yang suka merapik meraban,saya ni baik macam malaikat tau! Tapi ntah gambar ini menginspirasikan tulisan yang sangat teruk ini. Echeh… memang dasar orang otak gliga macam saya dia memang macam ini, tak suka ngaku salah tapi memang suka salahkan orang lain. EGO MANIAC??? Yeah perhaps…EGOlah tu...

Thursday, May 12, 2011

DONE!

Selepas saya solat Asar baru selesai, meaning my borang is ok. Should I race to Jaya Jasco Ayer Keroh, to catch postal services which end at 6???Neeh neh neh neh neh. Esok ajelah. Pos laju. Nasib ko la ada rezki sabut timbul, rezki batu tenggelam. Harap-harap sampai on time dan diterima.

Kenapa bule stuck sampai berhari hari? Sebenarnya Jumaat suda saya kasi itu borang sama bos saya untuk sokongan dan signature. Lepas itu saya diberi tau bos saya tak confident apa nak tulis dalam ruang recommendation. Dia nak tulis disokong, tapi dia rasa tak sesuai sebab borang itu dalam bahasa Inggeris. Saya tepuk-tepuk dahi (imagenary aje, ya ya ya sini semua kena control ayu. Hmm dah start brangan dah nak jadi EO-Executive Officer ni hai prasan, prasan, prasan, cepatnya ek saya bertukar angan dari MIA member, quite, serius aja kind da pesona, into control cool EO).

Bos minta pegawai Bahasa Inggeris tolong isikan bahagian itu. Pegawai saya pula minggu ini busy dengan auditan. Hari ini baru jumpa. Masa jumpa tu dia belum isi lagi, so I cakap bubuh aje disokong. Maka tercatatlah dalam borang permohonan mengikuti kursus Ijazah dalam pengurusan secara e PJJ itu perkataan DISOKONG.

Why mau tulis English juga? Kalu pasal itu, atau pasal lambat maka permohonan saya itu ditolak, idakle tension, sebab saya akan cuba plak dengan UiTM September intake ini. Ntahlah apa tepleotnya saya ubah fikiran untuk apply N. Rasa macam terkilan juga. Tapi ntah subjek yang ditawarkan dalam Ijazah pengurusan ini sangat menarik, antaranya psychology, bahasa Jepun, Cyber law. Lepas tu saya berpeluang sambung Sarjana Sains Politik.

Kawan saya tak setuju dengan rancangan saya mau belajar sains politik. Dia kata “apalah, politik pun nak blajar”. Saya fikir jika saya serius mau terus menulis, belajar Sains Politik secara formal itu satu keputusan yang wajar.

Wednesday, May 11, 2011

Tension skeettt

I’ll be changing my profile (work) from accounting to administration….from W to N. One of the advantage of N is, banyak post N di peringkat 27 dari W. One other advantage, kalu nak sambung degree lebih senang/less stress full (no more classmate yang bermuka ketat dan openly memorizing you ID and checking your mark/grade load up in the MMLS, after that becoming upset because you got better mark then her, hopefully) studying management/administraton dari Accountinglah. But my wat??? Borang/application form is somehow stuck on kat opis sana.

Please pray that it will reach it’s destination on time. Maksud saya begini tarikh tutup 15/5, the borang masih stuck dengan officer for recommendation. It’s not that he didn’t support my application…adalah ganguan skeet, kifarah/ingatan suruh istigfar atas dosa-dosa yang bertepek-tepek tu agaknya. Hopefully esok semua ok, dapat dipos dan sempat sampai on time.

Tension juga sbenarnya ni…takut borangnya lewat sampai.

Sunday, May 8, 2011

Bahana lebihkan networking/populariti dari kecemerlangan akademik.

Bagi kita rakyat marhean tak de istilah PM kita PM awak, Ketua Pembangkang kita, Ketua Pembangkang awak. Dua-dua ketua itu pemimpin kita. Pemimpin rakyat. Pelindung kita, wakil kita. Bila wakil Ketua Pembangkang kita berhadapan dengan skandal yang memalukan satu persatu, memang orang kata wajarlah kita semua rasa tak seronok.

Itulah kita ni kenapa kita pilih juga pemimpin yang populis. Kita tak nak dengar, kita marah kalu ada yang sebut yang sebut/ingatkan yang ketua pembangkang kita ini pernah gagal dalam bidang pelajaran semasa di university dulu. Kita letak orang macam ini di tempat yang tinggi. Sekarang kita juga diamuk resah yang ntah apa-apa tah, bergaduh saling tuduh menuduh, saling bersyak-wasangka sesama kita.

Memang ada jenis student yang berbakat bercerita sebab mereka tak menyerah dalam pengajian. Sama ada kita nak layan atau tidak ajelah. Sepanjang saya berada di MMU saya tak pilih kawan. Mereka ini kita tingok skali macam sibuk, macam mereka ada tugasan lain, selain tugas hakiki mereka iaitu belajar. Ntah apa tugasnya idaklah kita nak periksa. Saya kata mereka ni macam ada tugas lain, sebab nak pergi lecture pun tak sempat, tutorial ikut donelah. Assignment, tutorial submission, tok sah cakaplah memang mereka hilang malu dah agaknya nak meminjam-minjam kerja rumah makcik macam saya ni. Kalau makcik ini yang pinjam kat dia, memang patutlah, makcik dah tua, makcik ni ada kerja lain, ada fikiran lain, ada 1001 macam masalah/kemelut yang orang-orang sebaya makcik terpaksa hadapi dan tangani. Dia orang tu baru menetas, apa masalah, apa kemelut, apa kerja yang banyak sangat, sibuk sangat tu, memang kita tak kuasa nak memikionya.


Lepas tu ko, makcik nak cerita pasal anak-anak ni, ada ka patut kalu sembang dengan makcik ni, asyik cerita pasal lecturer tak tau mengajar. Lecturer tak focus, lecturer emosi, lecturer macam budak-budak berat sebelah, mengamal favoritism, lecturer merajuk, mengada-ngada. Ada aje benda yang mereka tak puas hati pasal lecturer. Lecturer itulah, inilah. Rasanya university ambil lecturer, assistant lecturer, tutor semua yang bagus-bagus, baik-baik. Pada saya bila kita dah belajar peringkat tinggi, lecturer tu datang on time, tak pernah skip kelas, kalau skip diganti, itu you alls anak-anak sudah patut bersyukur dah tu.

Orang dulu-dulu nak blajar, cikgu dia buat kekwat suruh itu inilah baru dia nak bagi ilmu dia, ko tak tau. Imam ntah saya tak ingat, pasal Imam sama Imamlah ni. Sebab saya dah lupa kita bubuh aje Immam A(IA), Immam B(IB). IA masa tu mudalah dan IB memang dah femes, jadi IA nak belajar dengan IB. IA pergi ke rumah IB nak belajar, tunggu-tunggu IB lama, bila dah jumpa IB kata “ko balik dulu buat ini, buat itu dulu”. IA akur, tak banyak songeh sebab dia focus mau berguru dengan IB. Itulah macam mana susahnya orang dulu nak blajar. Tak dek pula IA balik rumah mengadu, IB saja berkonspirasi tak nak tumpahkan ilmu pada dia sebab apa-apa sebablahkan.

Ok berbalik kepada ketua pembangkang kita, kalu dia tak lulus ekonomi, mungkin betullah masa dia blajar ekonomi dulu tu ada lecturer jahat yang saja berkonspirasi dengki taknak luluskan dia. Dan Tun M yang baik hati tu percaya, Tun dah bagi jawatan Menteri Kewangan. Tapi apa yang dia dah buat semasa dia di Kementerian Kewangan. Tanya Ummi Hafildalah eh. Ummi lagi tau. Ko nak kata Ummi pembohong, Ummi pemfitna, saya tengok Ummi sampai hari ini steady aje.

Beribu-ribu orang sembahyang solat hajat minta dicelakakan Ummi, Ummi OK. Petunjuk apa lagilah yang kita mau lihat agaknya. Apa lagilah yang kita tak puas hati. Kalu anak-anak kita nanti celaka, malap, tak de sapa sebenarnya yang kita nak salah. Kita sendirilah yang salah, sebab setelah bertahun kita minta petunjuk, minta pertolongan Allah, Allah dah tunjuk, tapi kita masih tak mau-mau lihat, tak mau pandang.

Kita asyik juga mau percaya nanti ketua Pembangkang kita akan hapus semua rahsuah, hapus semua salahlaku dan penyelewengan yang berlaku, maka rahmat pun turun, harga barang barang semua turun, gaji semua boleh naik, produktiviti, KDNK semua boleh naik. Pelabur berpusu-pusu nak melabur di sini. Kita semua aman makmur dan bahagia. Suka hati kolah kalu saya tulis panjang-panjang karang, ada pulak yang kecik ati, saya tulis secara general/umum, terlebih-lebih lagi saya mengata sendiri saya sendiri yang dulu pun pentaksub Anwar dan percaya dengan cerita konspirasi itu. Ada orang tu cepat-cepat masuk kedai kraf bila nampak polis langsung terbeli bunga tempurung kat Lot 10, semasa join perarakan reformasi dulu-dulu zaman 90an dulu. Jadi kerja tau. Ntah apa-apa tah. Ada orang tu plak terpaksa turun naik balai polis nak lepaskan anak buah dia yang dah kena tangkap pun ada.

Dah tua-tua baru nak pegi skolah, baru nak sibuk-sibuk blajar, nak sibuk merenung dah memikir cabaran Wawasan 2020. Setelah saya sedar saya hanya punya otak anugerah tuhan untuk menjawab 9 cabaran itu, tak mananya Anwar Ibrahim ada nak tolong susah senang saya, ditahun 2020 nanti. Kalulah ada kan senang. Patutnya macam itu tau. Kita orang perempuan ni duduk-duduk goyang kaki, pergi SPA, pergi facial, pegi shopping, duduk diam-diam duduk lawa-lawa, cantik-cantik aje tau. Patutnyalah kan. Tapi sapa saya nak berangan sampai ke situ, Saloma, Marion Caunter, Daphne Iking??? Siti Nurhaliza yang cantik lagi berbakat tu pun Datuk K “dera” dia business kosmetik.

Saturday, May 7, 2011

Hidup DAP

Saya baca Malaysian Insider cerita pasal Chegubard nak keluar PKR, tak habis. Dan saya agak aje dia akan masuk PAS. Rupanya memang betul dia nak masuk DAP uish. Saya kata kalau saya macam Chegubard saya masuk DAP, tapi saya bukan Chegubard memang le idak brani saya nak masuk DAP. Agaknya kalu betul Chegubard dan penyokong-penyokong semua masuk DAP, mungkin akan lebih ramai Melayu berbodong-bondong masuk DAP. Sama-samalah kita tengok nanti apa akan terjadi setelah Chegubard masuk DAP. Ada kemungkinan juga dia tak keluar PKR, tak jadi masuk DAP. Tapi kalu Nurul Izzah dan mamanya masuk DAP, hah yang itu saya yakin grenti ramai Melayu masuk DAP. Kalau 2 orang tu masuk kemungkinan Biru Karat akan kalah lebih banyak kerusi dalam PRU akan datang.

Chegubard kata DAP perlukan orang Melayu. DAP tak anti Melayu. Memang ada ugut-ugut, fitna, jahat-ramal kata DAP memang tak anti Melayu, DAP cuma suka-kristus, sebab mereka suka sangat Kristus mereka akan ganti Islam dengan kristus. Chegubard kata dia pernah berada dalam UMNO, memang ugut-ugut Kritus mengambil alih tempat Islam kalau pucuk pemimpinan berubah itu talian hayat terakhir UMNO, ie UMNO sendiri pun sebenarnya tak pernah tak serius dengan Islam. Desas-desus, tak tau betul atau tidak, (harap-harapnya itu fitna saja) PM kita sendiri yang buat tawar-menawar dengan pihak gereja tentang AL-KITAB menguatkan lagi hujah yang UMNO memang tak pernah cintakan Islam.

Mungkin kita boleh anjur solat hajat besar-besaran lagi untuk mohon petunjuk Allah. Solat hajat, solat istiqarah. Bagi saya sendiri, petunjuknya memang sudah amat jelas. Gunung Kinabalu pun dah ber”cakap”. Kudasang tu dah bergerak-gerak dah. Petunjuk memang sudah Allah berikan, Brad Pit dan Angelina Jolie pun katanya dah nak nikah, kembali kepada agama. Cuma kita yang Islam ni bilalah lagi agaknya mau saling bermaafan, lupakan permusuhan lalu dan berhenti dari buat benda yang Allah suruh berhenti buat.

Friday, May 6, 2011

Cakap-cakap orang II

Kami juga menyentuh pasal pelajar cakap-cakap orang yang kununnya pelajar cemerlang macam kami (dia, isteri dia, anak dia dan juga saya) belum pasti cemerlang dalam alam pekerjaan. Bakul sampahkan aje cakap orang yang memang kita tau pun, dia masa kat University dulu cukup-cukup makan aje sebab sibuk berpesatuan, bina networking. Yang pasti bila kita sudah tetapkan pilihan untuk belajar, kita mesti konsisten dan sematkan dalam hati untuk aim for the best, A+, 100%. Jangan ada satu markah pun yang cicir.

Soal boleh adapt atau tidak, kera sumbang, tercicir dek kerana tak de networking, di alam pekerjaan, itu cerita blakang hari. Dah kerja bisuk kita usahalah pula macam mana nak buktikan yang cakap-cakap sebegitu adalah salah. A+ itu abjad yang menyeronokkan, naik pentas terima sijil Anugerah Dekan juga seronok. Memang hanya kita-kita yang dapat aje yang boleh rasa keseronokkan itu. Orang tak dapat mana dia tau apa rasa seronok itu. Tapi tu masa kita berhempas pulas belajar, mereka dapat rasa seronok lainlah pula berpacaran, bernetworking, bersama orang-orang besar, datuk datin, tan sri, puan sri, bakal datuk datin tan sri, puan sri atau tan sri puan sri, datuk datin defecto/bayangan/inthemaking, seronok berkonspirasi mencatur itu dan ini, mengatur demonstrasi itu dan ini, ditweet-tweet gadis jelita, disisip puisi jiwang-jiwang kata-kata perangsang gadis-gadis pengitan, peminat misteri yang hanya mau dikenali sebagai XOXOXOOOO…dan macam-macamlah rasa seronok yang kita pengobsess abjad A+ ditranskrip ini tak kuasa/segan/malu/tebal muka nak layan.

Rasa seronok orang lain-lain. Jangan sampai dalam perjalanan kita menuju kampung abadi kita memperlihatkan kemarahan, kebencian, meluat terhadap rasa seronok orang lain. Hidup ini amat singkat untuk kita marah-marahkan orang yang sedang seronok atau untuk mengajak orang yang tak seronok dengan apa yang kita seronokkan untuk seronok sama. Orang nak seronok baca novel pop, tulis novel picisan, seronok beli bungalow, beli kereta, pergi melancung duit tulis novel pop biarlah dia. Janganle marah-marah. Kalau marah-marah nanti cepat tua, tulis pun macam orang tua yang banyak penyakit, asyik berkeluh kesah aje, Itu pasal tak cukup seksi untuk menarik audience muda yang karismatik, dinamis lagi energatik.

Cakap-cakap orang

Minggu lepas saya bercakap-cakap,(lebih kepada minta nasihat) dengan seorang pegawai di Pejabat saya. Saya belum mau lagi memperincikan isi percakapan kami, sebab belum pasti ia menjadi. Cuma baru peringat merancang. Saya sedang merancang sesuatu dan saya minta pendapat dia, mana satu nak pilih. Saya ini mengalami keadaan yang macam inilah, selalu berhadapan dengan dua pilihan yang sama best sama seronok, sampai tak tau mana satu nak pilih. Saya masih belum menetapkan pendirian, atau memang saya tidak pernah menetapkan apa-apa pendirian tentang kerjaya masa depan agaknya. Apa-apa pun buleh, janji RM masyuukkk….

Saya nak tulis kat sini tentang dia, dia pegawai tadi, tentang perjalanan kerjaya dia. Dia kata tiada istilah tua dalam mencapai kecemerlangan akademik. Dia dapat Ijazah pun umur 41, sambung masters. Adakah akan terhenti di situ? Kawan dia pula dah pencen baru VIVA. Hmmm. Cerita juga pasal apa yang memotivasikan dia untuk mengejar Ijazah pada usia lewat.

Ceritanya begini dia asalnya cikgu tak berijazah, dan pernah suatu waktu rasa tercabar dengan perangai cikgu lain yang ada Ijazah, saya congak kejadian itu berlaku agaknya dalam zaman-zaman 80’an, awal 90’anlah gitu kut. Sesuatu yang tak masuk akal bagi kami, hanya kerana kita tak de Ijazah kita dihadkan itu dan ini, kita tak buleh kawan dengan dia. Tapi itulah ceritanya. Pelik tapi memang ada manusia jenis ini.

Cerita saya pula lagi pelik. Ceritanya pulak macam ini. Masa dulu kira baru-baru PPD naik taraf hanya ada kita-kita aje. Pegawai ada Ijazah, staff sokongan tak de Ijazah macam saya sama aje. Sebenarnya naik segan pun ada makan sama-sama pegawai ini, ada bukan setakat Ijazah, masters pun ada. Tuan PPD dan Pegawainya anggap kami staff sokongan yang muda-muda ini macam anak-anak. Namun sekitar tahun 2005/6/7, PPD mula aggrasif mengambil lebih ramai staff.

Ha pada masa itulah kelas-kelas kasta-kasta ni pun wujud. Saya rasa serba salah dengan kawan saya sendiri. Memang kami pernah dinasihatkan yang gitu-gitulah. Tapi dah Allah nak takdirkan persahabat yang terjalin memang tak buleh putus. Saya mengambil pendekatan mudah, untuk mengurangkan rasa serba-salah yang bersarang di dada dek nasihat orang yang kunun katanyalah nak memperkasakan imej PPD. Ntahlah tak faham saya pasal perkasa-perkasa ni. Saya belajar lagi demi dapat kedudukan yang lebih perkasa???

I do have to let go my most valuable asset which until today pun my mom tak tahu. I dunnolah macam mana keadaannya bila one day nanti dia tau juga. But hopefully bila dia tau, saya sudah dapat menggantikan apa yang telah saya let go itu. Phewww!!! Allah help me. I really pray that Allah help me in this account. Tapi itulah ceritanya, terkadang itu kita buat kerja yang ntah-apa-apa-tah kerana ntah apa-apa-tah. Just kerana kita tak tahan telinga dengan cakap-cakap orang.

Wednesday, May 4, 2011

Ahli fikir

Kitab ini memang teruklah…kitab lucah, kalu cikgu, pengawas tangkap ko baca kitab ni pasti nahas kengkawan akan pulau sebab ko dah dapat label ko sex maniac. Saya baca pasal kitab ni kat wiki. Jalan ceritanya menarik. Ia pasal seorang scholar…ahli fikir???? Ilmuwan… gitu-gitula kira macam think tank lah tu. Think tank ini kerja memikir, macam Socrates, Allahyarham Zainal Aznam Yusuf, Allahyarham A Rustam Sani…Zaaba, gitu-gitulah. Dia belumlah jadi ahli fikir lagi, baru apprentice aje. Mudalah gitu.

Biasalah orang muda, nak rasa nikmat kawen, tapi mamat ni jahat dia nak jadi hero macam James Bond. Orang semua kata, Maharaja pun tak buek kije macam tu, walau banyak gundik, hanya gundek-gundek yang bertuah aje merasa, itu pun ramai yang tak bertuah, sebab Maharaja sibuk dengan urusan Negara yang lain, sampai ada masa-masanya, nak main gundek pun tak sempat. Dah kalu rajapun tak sempat, apatah lagi si ahli fikir junior ni kan.

Lalu sifu pun nikahkan dia dengan perempuan baik-baik, anak orang baik-baik, tapi rupanya ahli fikir ini sudah nekad mau buktikan dia buleh jadi ahli fikir dan ahli *tuuutt* (censored) sekali gus. Dia carilah sifu kamasutra? Sifu Zen? James Bond? gitu2lah Sifu Viagra. Sifu kata pi bawakan padanya anu kuda kalu nak hebat he he he….dengan rasa “hallah si ahli fikir nerd ni tak kan berani bawa pulang anu kuda, pasti si nerd tu mampus ditendang kuda sebelum sempat mecapai anu kuda” Sungguh-sungguh tak disangka si nerd tu berjaya mendapatkan anu kuda untuk menjadikan dirinya seorang jagoan *tuuutt* censored lagi.

Pendek cerita dah jadi jago, dapatlah penyakit betina. Dah sakit tentulah nak cari ubat. Tabib suruh dia berubat dengan adalah sorang jago yang hok pempuanlah pula. Punyalah terkezut, sedang berubat tu, dia sedar rupanya jago pempuan tu bini dia. Iya dia sibuk jadi jago sampai terlupa bini. Bini yang gersang ni bukaklah business hok gitu-gitulah, sampai femeslah. Bila terkezut dia naik hangin terus memaki-hamun bininya sendiri…biasala orang lelaki ego, dia buat tak pe, bini dia buat tak bule…

Pendek cerita lagi bini dia sedih dan bunuh diri, dan dia rasa ntah apa-apa rasalahkan, menyesal kut, lalu pulanglah dia semula pada sifunya terus, mengaji-mengaji dan mengaji. Tak lagi buat kerja gila tu dan mengakui memang betullah cakap orang kepala atas, kepala bawah tak buleh sama ligat.

Betul atau tidak itu hanya kepercayaan penulis. Cerita fiksi aje, bukan betul tak dek bukti saintifik yang yang cakap macam itu. Penulis bukan ahli sains pun. Tak. Dia tak buat kajian pun kata benda ini betul atau sebaliknya, sebab zaman kitab tu ditulis, belum ada lab, Sigmund Frued pun belum lahir lagi kedunia, atuk nenek Frued pun belum ada. Hanyalah sebuah cerita fiksi yang mengingatkan saya akan perintah Tuhan yang menyuruh kita jaga kemaluan, jaga mata. Bahawasanya mata yang sentiasa dijaga buleh menguatkan akal.

Oh apa nama kitab tu? Namanya ialah The Carnal Prayer Mat (Chinese: 肉蒲团; pinyin: ròupútuán; also known as Chinese: 迴圈報; pinyin: huíquānbào) by Qing dynasty author Li Yu (李渔) in 1657.

Tuesday, May 3, 2011

Ikut suka boslah

Saya ke KL, Melawati pada hujung minggu yang lepas, setakat makan-makan, mandi (berenang, air perigi itu ditakung dalam kolam yang besar sedalam ntah 1.5 meter kut, yang membolehkan saya berenang!) air perigi di Gombak, makan, makan makan, hallamark memang makan sakan yang bikin saya risau.

Tak de apa menarik melainkan Anwar-Anwar-Anwar. Oit orang Melawati sana peminat Anwar weh… Pak Lang tanya apa pendapat saya. Saya mau jaga hati Mak Lang yang terang-terang kata itu fitnah, walau dalam perjalanan Melaka-Melawati saya dan mak memang bulat-bulat percaya ada kemungkinan itu Anwar. Remember my mom tak suka Anwar sebab Anwar susahkan Mak nak lawat ayah di Assunta bakar jalan bakar segala, pada awal 70’an dulu??? Ya ya ya Mak masih pening lagi awat budak UM nakal itu obsess sangat nak jadi PM dan ramai plak yang melayan obsessi budak nakal tuh. She don’t talk so much about the sex scandal, she rather layan cerita lama dulu, pasal yang bakar-bakar tulah, pasal dia yang ketakutan drebar teksi dok bawa dia pusing-pusing baru jumpa Assunta, sebab jalan kena tutup dek gara-gara budak UM yang nakal itu.

Saya jawab mudah aje, saya ikut bos saya. Top-top orang di Pejabat sana. Kena Syncronize dengan mereka. Mereka tak caya, so saya tak caya jugalah. He he he he… Dari dulu lagi pun saya skeptical dengan Anwar bukan pasal peribadi, tapi pasal kelulusan dia. Memang orang tak blajar ekonomi pun buleh create fomule ekonomi yang menjadi macam Tun M, tapi Anwar ni dia memang ambil krusus itu dan langsung tak lulus. Ketidak setujuan saya pada Anwar ialah atas dasar pilihan meninggikan kadar bunga untuk mengawal inflasi (tighten up the monetary policy) pada saat ekonomi kita tenat.Dan juga cara dia main silap mata dalam akaun Bank Negara setelah dia suka-suka hati main FOREX di UK.

Tak de kena mengenapun pasal peribadi dia. Itu dia punya pasallahkan. Bill Clinton pun ada skandal juga, John F Kenedy ada skandal juga, Nabi Muhammad pulak ada isteri 9. Nabi Sulaiman lagilah ramai. Teman tidur yang ramai memang selamanya berpadanan dengan kehandalan seseorang lelaki, apa nak kisah, apa nak heran. Lagi handal, lagi berjaya, lagi ramailah orang nak tidur sama dia. Memang betullah tu kalau tak cukup Wan Azizah sorang aje. Itu biasa. Pemimpin Hebat Anugerah tuhan kena hebat tang situ gaklah gamaknya. Kalu Hebat tapi satu jah, tak le hebat mana…kira biasa-biasa ajelah belum lah lagi gamaknya kita panggil dia Anugerah tuhan.

Oh dia tak nikah? Apa kisah. Kita ini zaman moden dimana barang itu semua sudah jadi komoditi, sudah jadi orang kata industry. Halal tak halal apa ada kita mau pening kepala fikir. Halal ka haram ka, yang penting ia wujud. Ada yang menawar, sebab ada yang meminta. Penawaran itu dilayan. Apa? tak ingat dosa? Allah maha pengampun lagi maha penyanyang. Kita tak tau apa rasa jadi Anugerah tuhan ni, bagai mana digoda dan diasak sepanjang masa….kan, biarlah macam tu aje, tak elok rasanya diselak diuar-uarkan sampai begitu skali.

Ops saya kata tadi saya ikut bos…ini apa cerita plak ni ye…Gini sbenarnya, bos betul ka, bos salah ka saya tak kisah. Saya tak kecewa. Saya ok. Kalu bos nak berbini lebih pun saya tetap sokong bos sebab saya rasa bos bini satu atau lebih bos tetap bos, bilangan bini tak mempengaruhi prestasi bos di pejabat.

Is it? Aktiviti seksual, aktif tak aktif, brapa ramai pasangan, halal tak halal tu ada kena mengena, ada pengaruh, ada kesan/buleh bagi kesan pada prestasi kerja ka? Sesungguhnya saya memang tak tahu.