Tuesday, June 27, 2023

BUTA JAWI---

Semalam kita membawang pasal ada satu individu yang kita bolehlah cop/label/fitnahkan dia sebagai mandur Dajjal/Freemason berdasarkan itulah tu tadi tu gebang-gebang gosip budak-budak perasan dia Islamik sangat dan Malaysia ni tak Islam. Tapi sekular.

Aku ni nama aje lahir kat Melaka tapi aku sekolah kat Johor. Johor sana ada sekolah belah petang yang bawah kerajaan Negeri Johor. Silibus dia selibus agamalah. Best jugak belajar kat sekolah kerajaan Negeri Johor ni sebab dapat merasai pengalaman pak cik-pakcik aku belajar zaman sebelum si Khir Johari ni merumikan Bahasa Melayu secara Rasmi. Kitab-kitab semua dalam tulisan jawi tau. Masa tu aku mahirlah tulis dan baca jawi, la ni memang aku dah tak pandai tulis dan baca tu merangkak-rangkak jugalah kalau kau suruh aku baca the whole text in Jawi.

Iyalahkan, logik fikir, kalau kau betul orang Melayu kau akan pelihara Jawi. Kau tak suruh orang pakai kondom, bla bla bla---bab rancang keluarga ni orang Melayu memang ada cara dia tersendiri. Islam pun ada cara yang tak berapa disarankan, tapi tidaklah sampai haram. Tu aku rasa pakai kondom ni tak le haram, tapi tak selaraslah dengan apa yang orang kata ada hadis Nabi kata, "aku bangga dengan umat ku yang ramai" Rancang keluarga ni macam kau tak percaya pada takdir dan rezeki Allah. Aku pun memang tak nak komen panjang lebar hal ini. Tapi si Khir ni memang kalau orang kata kat balik sini walau British dah keluar, kuasa British tetap agung, orang-orang macam Khir inilah yang meneruskan legasi British sampai hari ini.

Berbalik pada aku, memang aku personally orang yang malas nak amik port sangatlah pasal kau Melayu ka tak Melayu ka. Aku ni ada pemalas sikitlah. Orang sibuk masuk sekolah agama sebab nak pelihara Jawi dia, aku masuk sekolah All Girls School je sebab tula tu, malas nak belajar lebih sikit kalau masuk aliran agama. Kalau kau masuk sekolah agama waktu belajar sehari ada 2 slot extra. Lepas tu kita exam besar/umum ada dua je, kan. Tapi kalau kau sekolah agama, ada 2 lagi xtra in between tingkatan tiga, empat dan lima---in total kau akan ada 4 sijil sekolah yang membolehkan engkau boleh pilih sama ada kau nak belajar kat Mesir, England atau Amerika.

Aku malas so aku curt short, aku fokus je sekolah sekular, sedangkan sepupu aku yang lain masuk aliran agama. Sorang teruskan pengajian dalam bidang Agama dan sekarang menjawat jawatan tinggi di JAKIM, ka JAIM sana, sorang lagi teruskan pengajian dalam bidang perakaunan dan kije kat Big Four. Dah jadi partner kut dia kat Big Four tu. Aku? Aku patut amik seni bina kat England, tapi aku sakit gila. So aku jadi kuli ajelah di Jabatan Audit Negara.

Aku dapat sakit gila tu pun sebab ketulahan pun iya jugak tu sebab tak nak sekolah agama macam sepupu-sepupu aku, kan. he he. Tapi oklah jadi kuli pun. Sebab mujurlah aku kuli je. Kekuli pun orang kat sini takut dengan aku tau. Dulu masa aku kuli kat Pejabat Pelajaran pun, Cecekgu, pegawai-pegawai tu takut dengan aku---sebab ustaz kata aku ni, kalaulah ada gangguan makhluk halus kat pejabat tu, nampak aku bende yang menggangu tu sendiri akan takut dengan aku. Kau bayangkanlah kalau aku jadi arkitek---ntah apa bagunan Jamban aku bina kat Melaka tu, serupa jamban, ntah apa-apatah, tapi gomen bina jugak sebab takut kan aku. Aku rasa aku tak bina bangunan jamban, aku bina bagunan hutan tengah Melaka, bukan manusia je duduk situ, ulau sawa, ular mure pun dok menghuni sama. Musim panas-panas jaga-jagalah kau tak boleh kencing berak suka-suka dalam jamban sebab semua ular tu berehat dalam mangkuk jamban sana.

So, aku syukurlah dapat sakit ni, bila sakitlah baru aku tau ada kawan yang baik dengan aku sebenarnya bencikan aku. Baik sebab nak tumpang belajar aje. Belakang sangat-sangat benci. Aku sebenarnya orang tengok sangat pelik dan mengerikan. Yang ramai-ramai tu rupanya semua nak tumpang baca  nota aku, jawaban exam aku je. Lepas tu aku siasatlah diriku dan ajas apa patut untuk jadi orang yang oklah, bolehlah. Now umur aku 50, memang aku tak ramai kawan, tapi yang aku ada itu yang memang genuine yang memang boleh tahan/terima aku seadanya. Bukan buat-buat kawan sebab ada kepentingan. Aku nobody, jadi aku bukanlah target orang yang berkawan sebab nakkan sesuatu dari engkau. Kau tak suka kau boleh belah. Tapi cuba kalau aku arkitek kat JKR sana, orang tak suka tetap kena hadap muka aku, lepas tu manis-manis, belakang menikam aku tak tahu. Paling buruk, dia yang menikam, tapi dia bisik-bisik orang lain yang menikam dan aku dengan kuasa yang kedudukan yang aku ada menyembelih orang yang tak de niat buruk terhadapku. Orang tu tak ada ape-apa niat jahat pun pada aku, tapi sebab aku dengar hasutan orang yang bermuka-muka ni, aku pun berbuat zalim pada orang itu.

Itu kadang tu aku memang tak ada apa-apa komplenlah dapat sakit gila ni, tak de orang nak kawan dengan aku, sekurang-kurangnya hidup aku tenang, aku tak dikelilingi manusia parasit. Manusia pendengki yang menggunakan aku untuk menginaya orang yang dia dengki. Besok lusa bila dah tak ada kepentingan, aku pulak diterajang jauh-jauh, kan. Kau tengok Datuk Najib ajelah kan, masa Jadi PM cium tangan bagai, bila dah masuk penjarala ni yang cium tangan bagai itulah yang aku rasa kalau dia ada kuasa, mau dia kuburkan aje Najib tu idup-idup.

Berbalik pasal Buta Jawi ni, sebab aku buta, aku pun secara tak langsung jadi KULI kepada mandur dak Dajal ni. Pepandai je kau kata bos engkau sendiri mandur Dajal he he---iyalah kalau tak mandur kita setaraf dengan Brunei. Brunei tu mana dia ada ikut 100% acu Wesminister Abbey, kan? Tapi tu hidup ni kita tak usah nak menyalahkan diri sangat, menyalahkan pilihan yang kita dah bikin dulu-dulu, sebab setiap perjalanan kita, pertemuan kita Allah sudah aturkan. Kuli pun kulilah ada Maqasid El-Syarie apa. Memelihara nyawa, jiwa dan akal itulah yang paling utama. Mental kau pun asyik koyak je, macam mana kau nak jihad ubah sistem dajal, kan? Senang aje hidup aku, kan? Tak payah susah-susah macam engkau. Sebab aku selalu doa,Ya Allah aku malas, tapi aku nak masuk syurga. Itulah tu, Allah bagi senang-senang aje. Pun aku ni bukanlah rajin sangat, malas jugak aku ni.





Monday, June 26, 2023

HEAL The World Part 3

 Kalau masa kau kekecik remaja kau suka baca Tamar Jalis, tentulah ko mesti suka cerita pasal Freemason pesuruh Dajjal, kan? Pendek cerita ko suka menyibuk, menyubuk cerita pasal "kawan" kau yang tinggal dalam dimensi ghaib. Ko suka dengar cerita Firaun, Ratu Balqis, Knight of Temple dan lain-lain. Ko juga suka dengar/baca kisah konspirasi. 

Kalau kat Malaysia ni, macam dah kompem kunun Tunku, PMI tu talibarut, mandur Mason/Dajjal. Selain Tunku ada satu nama lagi yang orang tak banyak sebut, dan tak ramai bebudak muda macam aku masa tu perasan ialah nama Khair Johari. Sebab masa tu kami tengah demam Abang Non. Akukan masa tu budak sekolah lagi, kiblat budak sekolah selain pelakun cina drama HongKong petang-petang, ialah Menteri Pendidikan/Pelajaran. Ada yang taksub bahawa Abang Nonlah cahaya kebenaran yang bakal membetulkan kesesatan yang telah Khair Johari lakukan sebagai Menteri Pendidikan ka Pelajaran ka, tak pasti. Khair Johari ni jadi glemer pun bila kita-kita nak fly ada orang cerita, kat air port Khair akan ajar super-super senior kita belajar pakai kondom dan siap bekalkan kit kondom kat pelajar yang sama ada kan berlepas baik ke England atau Amerika.

Masa zaman aku sebab demam cahaya Bang Non telah menulari institusi pendidikan kita, kami kena belajar subjek nikah-kawen atau bahasa Arab dia Munakahat. Besok kat UK besok nak nikah senang dah ada sijil kawen yang diakui JAKIM, ke JAIM ke wat ever JA JA yang ada. Ko bayangkan dari berbekalkan kondom, kami dibekalkan sijil nikah. Aku tak berapa baca sangat agreement yang aku tandatangan adakah larangan bernikah masa belajar. Rasa macam tak ada. Boleh je kalau dah gatal kita nak nikah. Cumanya opkos le mak kau tak kasi,kan. Sebab risiko tidak menamatkan pengajian tinggi especially dikalangan pelajar wanita kalau mereka teruskan niat untuk berkahwin semasa masih belajar. Iyalah, masing-masing bawa sijil nikah je tapi tak pandai pakai kondom,kan. Lepas nikah terus bunting pelamin gitu. Hah kan bila dah bunting, lepas tu nak beranak, kau tak boleh fokus study,kan. Cuba kau pandai pakai kondom, ko belajar sana 4, 5, 6 tahun? Katalah 6 tahun, takkanlah tahun pertama kau dah gatal, habis kuat pun katalah, lagi 3 tahun nak tamat pengajian baru kau gatal, aik, sayangkan masuk 2 tahun terakhir tu kau sangkut sebab nak beranak. Cuba kau pandai tangguh pregnen, ko bajet-bajet dah abis exam akhir baru ko mula serius nak beranak, pastilah parents kau tak marah pun kalau kau nak kawen tetengah belajarkan?

Tapi isu dia masa aku muda belia dulu, bagi bebudak kampung macam akulah, bukan isu merancang tau. Isu dia pakai kondom itu haram. Abeh tu yang emak kau makan perancang nak elak kau dapat adik bersusun paku oklah pulak? Aku ada kenal satu pempuan ni laki dia pung-pang-pung-pang kutuk sana, kutuk sini, tapi dalam rahsia, bini dia pegi pekan amik pil perancang. So aku semacam syak yang lelaki-lelaki kampung tak aware misi-misi gomen giat menjalankan rancangan gomen merancang keluarga pada tahun-tahun masa aku tengah remaja dululah. Orang kata Menteri-menteri Negara kita ni, kan abdi, mandur Dajjal, so Dajjal kata kurangkan penduduk bumi dengan jangan beranak banyak-banyak, menteri kita pun ikutlah saranan program merancang keluarga. Atau dalam diam, kebanyakkan kita orang Melayu rasa kita pun tak mampu nak beranak ramai-ramai macam atuk nenek kita, so bila bini makan perancang suami pun senyap saja. Itu ustaz-ustaz nak cakap apa, cakaplah. Kalau anak aku berjurit keluar, pun bukan ustaz nak bagi bebudak itu makan pun.

Itu pasal rancang keluarga. Apa lagi dosa Khair ini pada orang Islam, Melayu khususnya? Hah benda ni pun aku baru tahu ni. Rupa-rupanya Khair inilah yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar yang ditukar tulisannya ke dalam tulisan rumi. Aku amik sebijik-sebijik dari Wiki ni, Wiki cakap "Generasi yang mendapat didikan selepas beliau menjadi menteri di Kementerian Pelajaran telah menjadi generasi yang kurang mahir dalam tulisan jawi"

Jadinya orang Melayu kalau udah tidak kenal jawi, jadilah Melayu yang serupa aku ini. Senang tunduk dengan kiblat dajjal. Mandur Dajjal kata SDG, SDGlah aku. La ni naiklah KAN baru. Nama dia ntah apa tah Wan Suraya Wan Mohd Radzi---katanya protege Rafidah Aziz. Rafidah pun orang kata geng-geng sekiblat dengan yang itu-itulah, mandur kak-long kawasan Dajjal Cawangan Asia Tenggara. Kalau Acik Wan engkau ontok-ontok SDG, Green Audit, Acik Mar kau follow jeewweerrr---So, memandur ni semua kena tukoleerrr kalau ko nak sejahtera ikut acuan engkau. Ikut acuan Dajjal, hah ini le acu,nya.

Personally aku tak nampak pun apa masalah dengan Green/sustainale Audit SDG bagai ni. Dari hal audit le. Yang hat lenlain. Lenlain, aku cakap ni sebab SDG ni dia ada banyak goal dia tau yang Audit, audit ni hanya duduk dalam salah satu dari many SDG's goal. Cumanya costing ajelah. Dia mahal dan nak dapat manpower yang memang mahir/cekap dalam pelaporan Audit tu buat masa ni agak terhadlah. Bila dia dah mahal tu, syarikat-syarikat ni akan skip je lapor pasal SDG ni. Kalau syarikat/kilang berdekatan rumah tak peka alam sekitar dan sejak kilang ini beroperasi, sungai belakang rumah aku tu dah tak de ikan lagi, kangkung, sulur keladi pun dah mampus/pupus, ko rasa dia apa dia akan bubuh di seksyen laporan green ini tadi? Buat masa sekarang bebenda ni memang tak wajib, dan kalau jadi nak wajib pun dia akan jadi tak wajib, bahkan sunat sahaja. Since kat balik Syarikat/Kilang tak wajib, si Audit Negara yang ngaudit Jabatan Saliran pun tak bahan nak cari, bina petunjuk bagi mensabitkan kejadian/ketandusan ni semua berpunca dari Syarikat/kilang oxoxo----, KAN. So, didendang-dendang benda ni tak berjalan sebab mengambil pendekatan pemuliharaan alam ini mahal-mahal-mahal. Mahal memanjang je lah cerita dia. 

So, you tell me kalau engkau as an Auditor, apa audit plan yang kau dah rangka bagi bantu mensejahterakan bumi ini? Aku bukan nak busuk ati kat sesapa ka, kalau bab memandur ni tukar JAWI ke RUMI tu memang aku kat dia jahatlah, tapi bab bila dia suruh pakai kondom tu aku 50-50, aku akan berselindung disebalik Makaqasid El-Syarie kalau ditakdirkan waktu dulu-dulu aku tergatal dan terkawen. Aku rasa Wali aku bila aku dah gatal sangat pun sebab duduk UK sana jauh, dia akan bagi consent aku kawen pun. Tapi mestinya nanti Ayah Wali aku tak akan berdecet, bila auntie misi aku suruh aku makan pil perancang, or suruh laki aku pakai kondom dulu masa belum tamat pengajian. Bab Sustainable/sustainable ni agenda syok-syok sendiri kapitalis rakus nak rasa dia juga layak masyuk-syurga setelah dia dengan semborononya merosakkan alam-sekitar ini.

Sunday, June 25, 2023

HEAL THE WORLD part 2

 Ok sebelum sambung meh tengok buku yang aku beli ni, apa bukunya


Hah Judulnya Syair Dukana Lubaba oleh Sasterawan Terkenal Negara YBrs. Dr Mohd Faizal bin Musa atau yang lebih dikenali dengan nama pena Faisal Tehrani. YBrs singkatan dari Yang Berusaha. Gitulah kita orang gomen ni panggil orang. Kalau nak panggil nama pena dia, kita bubuh YBrs Saudara Faisal Tehrani. Tapi kita formallah, kan guna nak dalam IC dia.

Memula bila aku tengok iklan di FB aku ingat ini buku ni pasal Dr ni meroyankan Abang Non sebab petikan yang diambil sebagai iklan berbunyi begini [1] "hei memang jenis celaka berbohong, [2] "hei datuk nenek--setan sejak menaik takhta kerja menurut tiap nafsu nia" tak ke macam marahkan Abang Non jak tu, kan? Kata bila dapat PM, rege minyak turun, tak payah bayar PTPTN, tapi haraaammmm--- tak de pun, kan? Yang ada dengor, la ni pasang bodygurd yang lagi kemain sodonya serta hensem berdentam-dentum gayteww? Betul ka hensem, ntah aku tak pernah plak tengok bodygurd PM, aku dengo orang cakap jewwweerrr.

Tapi bila aku speed read syair ni it is about Duka sorang pempuan nama dia Lubaba. Sapa pulak la hai Dak Lubaba ni? Ntah ada note kat situ kata either menantu Fatimah Azzahra or mak manakan Aisyah ka gitu. Tak kisahlah, kan mana satu. Si Dak Lubaba nilah yang merintih luka pasal ketidak adilan yang berlaku pada cucu-cicit Nabi SAW kita.

Aku speed read je, tak kuse aku nak baca eh. Memang tak minat sangat baca bebenda luka ni. Nasib baik Dak Faizah minat nak baca buku ni, so aku kasi ajelah kat dia masa aku jumpa dia nanti di kenduri kawen anak ex-bos aku nanti. 

Tapi kalau kau jenis suka baca bebenda luka-luka ko jangan pulak gaduh dengan aku ek. Bukan aku tak suka benda luka, suka je. hah contoh aku suka beno baca Cinta Ku Jauh Di Pulau nukilan Chairil Anwar tu. Cuma pasal karbala aku memang tak berapa minatla. Kita dah tau pun cerita tu, kenapa nak tulis-tulis lagi, kan. Tapi macam aku kata kalau orang tu jenis agungkan sesuatu dia akan tulis dan kenang ingatan luka duka lara ini. Jangan juga kau pandang remeh akan hasil dan kesan dari nukilan syair duka lara ini. Hah cuba kau baca blurb kepada syair duk ini:-


Apa kata Dr Azhar tu? "kalam Faisal merubah dunia gelam menjadi keadilan untuk digenggam" see betapa powernya kalam seorang sasterawan. Dengan penuh yakin Dr Azhar menekankan bahawa "Syair ini akan membuanakan semangat adil sealam"

Hah gitu. Begitu hebatnya syair yang terkadung dalam buku ini, jangan kau perlekeh dan pandang remeh. Lepas baca buku ini aku yakin Faizah akan lagi gigih berdialog dengan mamat-mamat non-muslim yang singgah melawat di Masjid Putra sana. Ku bukan being sarkastik ka hapa, ke kan? Tapi ini kalam dari kalam seorang cendiakiawan, bukan kalam psiko kuat berangan macam aku ni. Kalam mereka memng ada impact yang tersendiri. Derang ni kalau nak menulis kalau yang islamik tu, deme solat hajat, bermunajat, berzikir bagi menjemput malaikat yang bernama malaikat Mulhin. Bagi yang tak berapa nak Islamik sekular, pagan, mereka akan berbuat baik sesama insan, jauhi diri dari sifat keji dan kotor, bagi nonMuslim, aku percaya meraka ada amalan spritual yang sepadan dengan ajaran agama mereka. 

Ni pulak aku bagi satu lagi contoh impak bila baca tulisan manusia cendikia ni, selain dari Dak Faizah yang akan bersemangat berdakwah lepas baca Dukana Lubaba. Contoh ni berlaku pada aku sendiri. Baru-baru ni bestie aku kan ada tulis buku healingkan. Bestie aku pun cendikiawan jugak. Dulu sebelum jadi koperat, dia mengajar kat Universiti saaana-siiiniii, lepas tu ada jugaklah menang hadiah sastera.Co-witer buku healing tu walau tak ngajar kat Universiti tak de gelaran Dr kat pangkal nama (ntah-ntah ada Ir ka Ts Ir ka, kan cuma aku tak kenal dan tak pernah nampak dia pakai gelaran tu, jadi aku tak tahu) besfren bestie aku ni lagi banyak menang hadiah sastera dari bestie aku. So dah menang sana sini kira level-level sasterawan penyair, pemikirlah gitu,kan? Aku terpaling suka dengan satu kata-kata dari besfren bestie yang banyak menang hadiah ni-- "cintailah lukamu sendiri" tiga patah perkataan je tapi kesan dia like Hell gitu---kan? Kata-kata ni memang kena stepek kat orang macam aku yang berangan nak kawen dengan Brad Pit he he---Ko rasa Brad Pit pandang ke aku, kan? Mana maunya dia. Bila aku mencintai luka ku sendiri, aku jadi macam redha, move-on dan memaafkan Brad Pit yang langsung tak pandang aku tu. hah gitu. Kalau kau nak Brad Pit juga bersedialah kau berangan-angan saja seumur hidup kau.

Begitulah jua jadinya kepada pencinta Karbala ni tadi. Dengan mencintai, mengenang, meratapi Karbala, mereka akan bersemangat untuk menegakkan keadilan yang tertangguh. Aku pun suka cerita Karbala tu, tapi aku suka yang dalam bentuk prosa je. Peristiwa itu, kita andalkan untuk kita bersungguh-sungguh mendalami ilmu, memperbaiki mutu pemerhatian, tulisan, analisa, kajian, kumpul data dalam penghasilkan satu pemerhatian audit yang bermutu. Itu akulah yang kijenya menulis laporan audit. 

Pada aku, aku memang tak minat bergaduh-berdebat ke hapa ka? Aku lebih suka bebenda simple-simple je, kalau kerja tu tunjuk akhlak baik orang Islam. Kebetulan dapat kije audit ni kije menulis, memerhati, kumpul data analisa data. Benda yang aku suka, so, senang pada akulah nak praktik benda yang kita suka, kan?

Hah, kau nak suruh aku tulis kreatip memang tak lah reti aku nak nulisnya. Tulis-tulis kena kecam, adalah. Tulis pemerhatian audit kena kecam dengan auditi pun, cukup bulan gaji masyuk---- kalau tulis kreatip macam YBrs. Dr Faizal, ni silap tulis buku kena ban. Nasib baik UKM ambik dia kije mengajar sana. Kalau aku, sapa nak ngambik aku kije,kan, kalau most of the time aku dok berangan tulis buku kreatip? Dahlah buku tak laku, kena buang kijelah jawabnya kalau asyik-asyik minta cuti, minta MC sebab kunun berangan nak siapkan Novel ka, cerpen ka, kumpulan cerpen ka, kan? Kalau Dr tu tadi tulis kena ban, UKM kesian, bagi dia ngajau sana, kalau aku yang tulis, bukannya aku tulis buku pun, baru tulis blog, koncu-koncu bestie aku dah datang serang kunun aku nak rosak/rampas dewa dia, habis aku kena haruk dengan pempuan-pempuan tu semua, kemurungan sekejap aku jadinya,kan?

Ni dah tak murung lagi ko nak aku tulis buku pulak? Hey memang taklah aku nak nulehnya, jadi aku nuleh kisah kak Shima aku, bengangkan Dak Faizah, jadi nanti dikata-katanya aku melancarkan misi, mau mencuri HERO mereka. Umpama Si Monster yang ingin membaham si Ultraman, Si Borop (borop ka borok ka) yang mau menelan wulan awantang mereka, Hah gitu.

So, kira-kira tukang tulis nak nebar adil seluruh buana, biar orang-orang cendikia ajelah yang buat kijenya ya. Orang macam macam aku, habis kuat ambition aku, aku amik lesen menyelam, nak join team green audit sana, gi nyelam kira tukun-tukun yang dipasang dalam laut sana. Ada cukup ka idak, sebab katanya banyak tak cukup. Green audit ni sekarang memang tengah hype lah dalam dunia SDG, kiblat terbaru kapitalis dalam memakmurkan bumi. 

 


Heal The World---

Memula tu aku ingat aku dah kena scam dengan Dubook ni bila aku beli buku online dengan Syarikat Dubook ni. Sebab apa aku cakap gitu. Satu Mutalib yang sinonim dengan Dubook tu memang dah busuk nama dia dikalangan penulis yang baik dengan kenalan aku si Pegawai Buku Sastera kat DBP sana. Kenalan aku kata Mutalib ni penipu. Tak bayar ntah apa ke bayaran tah kepada penulis yang dia dah janji certain-certain amount la. Penulis ni dah pepenat tulis dah antar manuskrip lepas tu haaaraaaammmm, sonyap aje gitu.

Ntah betul, ntah tidak cerita ni, idaklah aku tahu. Tapi personally aku rasa Mutalib ni aku memang tak berapa letak high expectation la kat dia. Kalau dah namanya sastera itu memang kita tak letak apa-apa ekspektasi pun. Dia pernah jadi CEO Kota Buku, lepas tu dia gebang gebung-gebung debak-debuk. Masa tu KSU Datuk Ghaz. Wah kemain lagi gebang meeting dengan Datuk 24jam, tulis proposal bagai untuk majukan industri perbukuan Negara. Aku boleh je nak tanya Datuk, CEO Kota Buku tu, betul ka tak betul. Kalau aku tanya mesti Datuk kata "layankan ajelah orang-orang politik ni he he" Mesti lepas tu Datuk senyum-senyum kambing gitu. Kau kena sedia maklum kalau yang namanya Industri Negara, MAS yang gah tu, boleh telepot, terpeleot dikijekan orang-orang politik, inikan pula industri Buku. Kau tengok ajelah buku DBP, tak cukup DBP, Intitut Terjemah pun sibuk publish buku Sastera, sampai ada orang komplen, bukan kau itu patut keluar buku terjemahan ka? Yang kau sama tumbas keluar buku sastera dan gajikan editor-editor khas mengedit buku sastera yang tak de back-ground terjemahan tu dah kenapa. Dia fasih satu bahasa je, apa jadah dia dok makan gaji kat Terjemahan sana? Eh, pulak tu masa Pesta Buku hari tu, DBP pula keluarkan buku-buku terjemahan pulak hadoooiiii---- peningkan industri mereka ni. So, kalau sebut industri buku, khususnya sastera, bersedialah terkecewa gitu kalau tetiba ada orang gebang-gebung, aku boleh gitu-gini kan, pawangkan sastera Negara, janganle kau letak harap sangat, sebab lepas tu mesti yang jadinya, buat orang Melaka pun, HANDAUUUU je.

No 2 kenapa aku kata kena scam--- sebab baju yang aku order kat Tik-tok selepas aku order buku dari Dubook ni dah sampai. Infact aku repeat order, dah sampai jugak, tapi buku dubook tak sampai-sampai lagi. Dan aku terkejut badaklah juga lah bila balik umah eh ada bungkusan kat depan pintu rumah aku. Aku dah bukak dah bungkusan dia. Aku lupa pulak nak buat video ala-ala unboxing gitu, sebab ntah---sebab aku pose sunat hari tu, jadi aku letih, nak tangkap gambo buku depan muka pintu pun aku tak ingat. Lagi satu kan aku dah kata aku kena scam, so aku tak ekspek la bungkusan tu isinya buku. Aku dok ingat ntah compect powder ka ntah apa ka yang aku dapat hadiah dari tik-tok, kan? Aku nak review sikit buku ni, tapi aku nak buat Part 2, sebab tak mau ntri yang ini panjang sangat, lagi bercampur dengan kutukan-kutukan aku pada si Mutalib ni tadi. ----[bersambung]

Thursday, June 22, 2023

Heheeling---

Hari tu ada cakap nak tulis kreatipkan? Pasal Dak apa tah nama dia tu, Noni, yang kerinduan nak balik Stinggan lepas kena duduk kat kampung sebab mak dengan ayah dia mati, kan? Tapi tu aku fikir pulak, kalau aku buat macam tu aku akan jadi sama je macam si Faisal Tehrani tu, bengang dengan Syarifah Amani tulis cerpen, bengang dengan Dr Maza tulis novel, bengang dengan Abg Non tulis Syair. Apa kejadahnya lagu tu?

Aku kalau bengang dengan orang-orang aku pegi chow-kit beli buah, beli periuk, kuali, belanga, aku pegi petaling street beli bunga. Sebab minggu lepas aku dah ronda satu Petaling sana cari bunga, cerita pasal dak Noni tu dah padam dah. Apa benda aku nak cerita dah lupalah pulak. Tapi aku nak tulis Dak Noni ni bukan aku bengang dengan Dak Faisal atau Usztaz Auni. Cerita pasal Dak Noni ni lama dah aku nak tulis masa aku bengang dengan Dak Faizah. Tapi tulah, Dak Shelly dah bawak aku pegi IKEA masa tu, tengok perabut, aku pun lupalah pasal Dak Noni ni.

Aku nak cerita macam ni, ini pengalaman aku duduk setinggan dari mak aku lepas pantang sampailah umur aku 2 tahun. Aik, baby-todler umur 2 tahun pun kau boleh ingat ke Maddie? Aku tak ingat leeerrr---mak aku yang selalu cerita pasal family aku kat Setinggan sana. Family angkat mak aku. Kat sana mak aku bilang aku ada nenek, ada mak Nana, abah ada kakak-kakak dan abang-abang. Kau tahulah duduk setinggan sana, balik tu bandar raya, ada panggung wayang ada ntah apa-apa tah tempat yang orang kampung dan bebudak usrah macam Dak Faizah kata tempat percambahan maksiat, kan? 

Lagi satu ada sorang kakak aku ni terejal sikitlah, tak nak pegi sekolah, pandai kawan dengan jejantan yang apa-apa tah, kata mak aku. Sebab dia nakal dia banyak kali kena hukum dengan abah kita orang. Abang aku terlibat dengan penagihan dadah. Tapi ironinya kakak-kakak aku hari ini semua berjaya. Hari tu aku pegi kenduri kawen anak salah seorang kakak aku, tapi bukan yang nakal itu,lah. Yang lain yang mak aku jarang cerita. Dia buat kenduri kat satu event space yang viral yang agak mewah jugaklah. Pengantin lelaki pempuan katanya berkenalan masa belajar seni bina. Memang ngamlah tu, sebab abah aku dulu kije tok Dalang kat Muzium Negara. Mak aku kata abah aku tu bukan jadi tok dalang je, patung wayang kulit semua tu abah aku yang buat. So kalau cucu dia belajar Seni Bina tak heranlah dari mana datangnya bakat seni tu kan? 

Kira kakak-kakak aku semua not bad tau. Ada kawen dengan doktor, yang nakal tu kawen dengan Pegawai Polis kau! Tu yang ada satu hari tu aku bilang sama mak aku, begini  "Tu lah mak ngapa mak balik kampung dulu! Kalau mak tak balik, kak Shima yang malas sekolah tu pun dapat Polis, saya yang rajin pergi sekolah ni ntah-ntah dapat Menteri" lepas mak mengumpat kak Shima.  Hah kau, terkedu mak aku! Lepas tu mak tak pernah cerita-cerita lagi pasal Kak Shima kena ikat kat pokok, kena potong rambut, sampai pendek. Mak cuma cakap, "oh Shima yang sangat berbudi dan tak pernah lupakan emak, sanggup dia cari kita di kampung  masa suami dia jadi Ketua Balai kat Bakri. Akceli mak jarang ulang-ulang kisah pasal kak Shima nakal pun, yang dia selalu cerita pasal Kak Liza yang tiap-tiap hari akan pinjam aku lepas dia balik sekolah. So masa Kak Liza pinjam aku tu, emak adalah masa nak lurus-lurus kan pinggang berehat-rehat, kan?

Pasal aku bengang dengan Dak Faizah tu, aku dah lupa dah sebab dah masuk IKEA dengan Dak Shelly,kan tapi aku ingat aku marah-marah begini--- kau kalau budak pempuan mengandung tak berlaki itulah kau suruh baca Quran,-Quran_Quran. Kau pegi kat Sekolah Jalinan Kasih sana, pegi kau cakap pasal Quran. Derang tu ada yang ABC pun tak kenal tau bla bla bla bla---eh jom jom, jom masuk IKEA. Mengenang cerita marah-marah ni akan mengundang vibrasi rendah dari semesta. Pagi-pagi begini eloknya kita tinggikan vibrasi dengan menjamu mata melihat perkara-perkara yang mengembirakan. Since aku tak ada gegambar IKEA aku, aku belanja je gambar dan video Petaling Street, ek.







Sunday, June 18, 2023

Demam Tik-Tok.

Saya terpengaruh dengan Tik-Tok ni pun baru je 2023 ni, masa bebulan pose dah nak raya-raya bila kawan opis dok tayang baju raya RM10, RM14 saiz besar-besar. Lepas baju besar, ikan bilis murah-murah, cumi-cumi Tanjung Dawai yang tak murah sangat, tapi sedap. Lebih enak dari yang saya beli di Pulau Pangkor hari tu.

So la ni dah berpindah dari Shoppee dan Lazada ke Tik-tik. Sebab Tik-tok lagi murah ka? Tak jugak, tapi dalam Tik-tok misalnya ko nak beli baju, dalam tu ada jurujual. Jika ada pertanyaan ko boleh tanya. Dalam Lazada, Shoppee mana ada tu semua. Lagi satu, bila geng-opis nak teringin nak bikin bouquet kepok-kepok, cari kertas bungkusan tu, sekali tengok dalam situ ada ramai florist buat kontent pasal benda alah ni. Memang ada bahan kat Lazada, Shoppe lagi murah, tapi kita still cari dalam tik-tok jugak.

But then again ada gak dalam situ FYP yang ko tak berapa minat sangat, so ko scroll ajelahkan. Mengganggu, rasa taklah juga, sebab biasa joget-joget viral, lagu viral dan ceramah agama viral, Ustazah Asma Harun, Ustaz Kazim, UAI semua tu sama naik je lalu-lalang dalam FYP macam lagu-lagu dan joget-joget Tik-tok bebudak muda ni. Tapi dalam minggu ni Tik-tok macam dah kesan aku ni dulu masa bebudak peminat Tamar Jalis. Suka sangat baca buku pasal Jin dan Hantu---Adalah tu aku tertulis, ka tercari ka Kalau tak Tamar Jalis, M Night Syamalan ke, kan? Tu tetiberrrr Kuar la ustaz apa tah nama dia Ustaz Auni Muhammad. Sebelum Ustaz tu, ada Abang Long apa tah, cerita pasal ilmu lipat bumi. Kau kalau cakap pasal Ilmu Lipat Bumi kat orang Melayu, ada nanti yang kerek mengaku begini "Aleehhh ilmu tu, Tok aku pun boleh pergi Mekah balik hari, Subuh Solat kat Melaka, Zohor kat Mekah, Asar Kat Madinah, Maghrib balik semula Melaka", kan?--

Abang Long Lipat Bumi tu, saya scroll je sebab malaslah nak dengo dia mereceh, kunun hari tu kita dah cucuk-cucuk Covid, kita dah jadi dah dapat kad pengenalan Lucifer, darah kita dah contaminated, tercemar. Abang Long menyarankan kita berbekam, bla bla untuk mensucikan darah yang dah tercemar tadi. 

Yang Ustadz Auni ni memang saya melongolah dengar cerita dia pasal bini Namrud. Memang dulu ada cerita Namrud, dan tahu si Namrud ni kawen dengan mak dia sendiri. Tapi sebab dah nama Namrud, kita kata Namrud le jahat, sebab bekendakkan ibu dia sendiri macam cerita Sang Kuriang gitu, kan? Tapi yang ustadz cerita ni adalah sebaliknya, Mak Namrud itulah dalang kepada kelahiran konsep Tuhan Anak, Tuhan Bapa dan Ibu Suci. Tetiberrr aku rasa macam nak tulis nopen pendek---

Cerita dia apa ek? Noni dilahirkan di setinggan di ibu kota tapi dia kena balik kampung sebab ibu bapak dia meninggal dunia digilis kereta api tersesat landasan. Noni tinggal dengan nenek dia di kampung. Kat kampung Noni belajar Agama dengan Sepupu Nenek dia. Noni pelajar cerdas, tapi dia lebih suka seni dan melukis dari belajar agama. Disamping itu, walau Noni tak pernah melawan kata guru, dia suka mempersoalkan pendekatan dan pemikiran gurunya serta rakan-rakan dalam diam bila dia rindu dan terkenangkan teman sepermainannya di Setinggan. Dalam hati kecilnya dia ingin Pulang, tapi ---

Ok--- berbalik pasal konten-konten Ustaz Auni---

Dari konten dia barulah aku ni paham le sisikit, apa pasal ada bebudak kunun intelek Muslim Muda yang sekarang ni dah tua serupa aku, gigih suruh melawan, melawan, melawan. Dulu Lawan Tun M angkat Nuar kunun macam Nuar tu Islamik sangat. Sapa lawan Nuar semua kena Ketulahan. Kena Strok, Sakit Mental, Anak Bunuh Diri dan sebagainya. Iyalah kan melawan wali wakil Mehdi Asia Tenggara, kan? 

La ni Nuar dah Naik, Mehdi masih tak muncul, dia suruh lawan lagi. Tak tahulah aku lepas ni sapa HEROnya. Hari tu katanya Followlah Syed Sadiq, tapi dengo cerete Syed Sadiq pun dah tendang dia, sebab Sadiq la ni sibuk menari tarian orang Iban dan Kadazan, di Borneo sana. Biarlah kan. Yang aku faham, mereka mau kita lawan sistem sedia ada yang katanya dikuasai oleh Elit Fremason Iluminati Dajjal. Sistem ni 10% Elit, 20% Mandor, dan selebihnya Hamba. Hat hamba ni kita lah ni. Lawan Dajjal means jihad. Lawan gomen means lawan mandur-mandur Dajjal yang tunduk taat pada Order Dajjal.

Kita kena menangkan gomen yang tegakkan Islam, buang semua sistem Dajjal dan move-forward strong memegang panji-panji Islam. Kalau ko suka sangat politik, ko rasa Nuar pun la ni tak nampak dia nak robohkan/merobah sistem yang sedia ada. Apa Tun M buat, apa Pak Lah bikin, apa Najib plan dia macam follow je, puak-puak ni pun dah mula sedar yang mereka dah tertipu--- bila tertipu itu kut meroyan-royan kuar poster macam gini.


Dulu ek aku memang jaki dengan bebudak macam ni. Jakilah sebab kita, kan kije gomen yang taat sama gomen mendukung idea-idea pengurusan dan pentadbiran penjajah. Bermula dengan Integritinyalah, good governancelah CSRlah dan la ni sibuk SDG dia,kan, aku follooooww dengan tanpa banyak soal. Aku balik soal, ko besok dapat tadbir Gomen apa blue print ko nak ngadap segala titik bengek yang dan betepek dalam sistem sedia ada. 

Ko tengok je le poster yang aku dah tepek tu, bukan hari tu korang jugak ka yang beriya-iya dan jatuhkan UMNO, dah jatuh pun, tapi kenapa masih memaki-hamun lagi? Aku rasa yang memaki tu yang nama dia Faisal Tehrani tu kalau tetiba terjelepuk, bulan jatuh ke riba, tetiber jadi PM lah dia, kan, pada hari ini 19/06.2023 ni dia pun tak tahu nak bikin apa. Last-last totok juga dia tu membontot menjayakan Agenda SDG yang menjadi Kiblat dunia dalam mensejahterakan BUMI ini. Honestly saya memang skeptikal dengan maki-mencarut dalam novel, syair dan puisi, menghasut bijak pandai bangkit melawan, daulah Islamiyah yang adil yang dirindui semua akan tertegak gitu-gitu aje. Kalau dulu saya jaki dengan bebudak, la ni bebudak dah tua, hari ini saya dah tak jaki dah, tapi saya kesian dan cakap dalam hati "Kesian dia ya? Dah tetua tak sedar tak lama lagi nak masuk kuburpun tak sudah-sudah nak maki-maki benda yang sama ulang-ulang-ulang-ulang". 


Friday, June 16, 2023

Tik-Tok- AJE

Tak semua orang ada bakat yang sama. Sapa ada bakat akademik zaman sekolah-sekolah dulu dia senanglah. Zaman saya dulu kalau ada bakat yang ini cerah masa depannya. Tapi zaman ni dah ramai sungguh orang pandai-pandai, melambak orang sekolah tinggi-tinggi, cerita orang pandai ni dah jadi payah. Pandai sekolah tak semestinya besok senang. 

La ni sapa pandai buat bertik-tokla boleh lagi jadi lebih berjaya dari yang pandai-pandai sekolah. Kemahiran Tik-Tok harus dipelajari kalau nak berkuasa dan berjaya. Itu pengamatan saya. Tapi saya tak beranilah nak suruh anak orang belajar berTik-tok. Sebab mesti orang akan marah sebab kita nampak Tik-Tok joget-joget je.

Tik-tok sebenarnya tak semestinya joget-joget. Macam saya suka masak-masak, maka penuhla FYP saya dengan masak-masak. Lagi satu saya suka gubah bunga, so begitulah FYP sana uish macam-macam bunga orang gubah. Semua cantik-cantik belaka. Saya buat bouquet pun tiru dalam sana. Kat sana juga saya dapat info kat mana saya nak dapat material untuk buat bouquet yang cantik-cantik. 

Tetiba saya terfikir kajian audit saya yang lalu pasal Sekolah Model Khas Sembilan. Mostly untuk orang Asli. Satu hal pasal orang Asli ni pencapaian akademik dia agak lemah dan perlukan apa yang orang KPM ni dah kaji sebagai pendekatan terbeza khas untuk mereka. Pendekatan yang biasa guna untuk sekolah model biasa tak berapa berjaya.

Adalah situ macam-macam pendekatan yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian, Jabatan, Pejabat Pendidikan dan Sekolah sudah dilakukan. Hasilnya tak bolehlah nak banding dengan sekolah biasa. Pencapaian masih below average. Yang penting mereka pergi sekolah. Tak expect pun mereke dapat A deret-deret. Lulus pun cikgu-cikgu tu dah bahagia sangat.

Itu hal sekolah pendalaman. Di bandar pula KPM ada juga sekolah Model Khas yang diberi nama Sekolah Jalinan Kasih yang terletak di Lorong Haji Hussein 2 Chow Kit. Actually Sekolah Model Khas ni ada berjenis-jenis lagi. Tapi 2 tu ajelah yang dekat dengan saya. Dekat sebab student dia tu memang khas. Bukan sekolahnya aje yang khas, muridnya khas, khusus belaka. Kaedah pengajaran dan pengajaran terbeza perlu untuk murid-murid sini.

Saya ada ikuti satu talk/Bicara KPM yang mengetengahkan Datuk Munirah Abdul Hamid Naib Presiden PERTIWI Malaysia yang berkongsi pengalaman kerja-kerja sukarela yang beliau laksanakan. Satu perkara yang Datuk sentuh, tu lah pasal anak-anak miskin tegar bandar/gelendangan ni, pasal education mereka. Kaedah nak ngenalkan mereka ABC, tak boleh ambil kaedah macam budak-budak sekolah biasa. Jawabnya lagi sekali kena guna pendekatan terbeza. Apa pendekatan terbeza tu, masih dalam evolusi lagi, sedang dikaji, sedang dibentuk. KPM sendiri pun tak ada lagi satu model, yang terang, yang kukuh yang mereka boleh pattern kan sebagai hah ini dia pendekatan terbeza.

Saya tetiba terfikir bolehkah Tik-Tok ni ajar je bebudak ni membaca, menulis dan mengira. Sebab Datuk Munirah ada cakap bebudak ni mereka memang suka bejoget-joget dan bergendang. Saya fikir lagi, kalau dulu dalam bidang pendidikan ni, kau boleh jadi hero bila kau keluarkan model pedagogilah, apa-apa gogi lagi lah.  Hari ini kalau kau kreatip, boleh ajar anak-anak kenal ABC, boleh  ajar mereka buat simple kira-kira matematik. Lepas tu bebudak ni amik exam SPM dan lulus pakai kaedah Tik-tok kau tu, aku rasa KPM mesti nak beli konten Tik-tok itu, bagi anugerah pendidik terbilang sebab berjaya keluarkan apa yang mereka bilang konten pendidikan terbeza. 

Thursday, June 15, 2023

PICIS-PICIS aJe

Bestie saya bising tadi dalam soc-med pasal orang Malaya ni tak kenal orang Borneo, sangat, Mana satu Sabah mana satu Sarawak pun ada yang sukar nak beza. bla bla bla bla----Sungai Rajang duduk kat Sabah, Gunung Kinabalu bertukar ke Sarawak main hantam sajalah,kan jika pasal yang dekat sana-sana tu.

Kalau bab-bab Geografi, sejarah, etnik, rasanya macam orang Malaya ni tak berapa minat sangat, pun. Kita yang di Melaka ni pun lebih kenal tarian black pink dari dondang-sayang dan sebagainya. Gunung Ledang duduk kat mana pun tak berapa pasti sebab panjat dari Asahan pun sampai jua ke puncak. panjat ikut Sagil, Segamat, pun sampai jugak. Itu Genting Highland, Janda Baik tu tak berapa pasti duduk kat Selangor ka Pahang. Inikan pulak nak tau pasal Borneo sana.

Pendek cerita Sejarah, Geografi memang orang Malaya ni tak berapa nak tau, sebab la ni orang tengah demam dengan Putri Aryani, hadoooiiii FYP tak sudah-sudah kuar loneliness Putri Aryani. Mana tak kuar selalu-selalunya lagu tu. Dah rege lagu yang bedurasi tak sampai 4 minit tu orang beli dengan harga 7trillion Rupiah, cer kau convert ke USD, berapa ratu juta agaknya harga lagu tersebut. Sikit hari, hari tu, demam Jisoo Black Pink Flower Dance. FYP tik-tok mana ada keluar pasal Geografi, sejarah pun, Kalau ada pun teka-teki ini bendera negara apa, ini bangunan ni duduk ke negara apa jeee. So, rasanya kalau ada  teka-teki pasal padan-padankan puteri dengan cerita lagenda, ada gak yang pakat-pakat jawab Puteri Gunung Ledang duduk bertapa atas Gunung Kinabalu, saaannnaa, Puteri Saadong pulak memerintah Empayar Melaka---.

Ni kau rasa ni Gunung Ledang ka Gunung Tahan ni ek? Weyy cantik weh dia pakai Tajak

Since achik-achik semua dah pening tak boleh brain apa ke gunung boleh secantik ini, fotoshop ka, AI edited ka apa ni, memasing pun take a break joget tik-tok.



Tuesday, June 6, 2023

HEALING-HEALING

Sambung sikit lagi cerita pasal SDG, women empower, tuntut-menuntut orang pempuan ni. Cara SDG nak melayan isu pempuan ni lah, kan? SDG tu apa ek. Tulah ni kiblat orang sekularlah, apa lagi. Akronim dari Sustainable Development Goals. Yang antara satu dari banyak-banyak agendanya nak bagi 50-50 jawatan pempuan lelaki dalam kerjaya tu. hah! 

Ceritanya kan terenti hari tu pasal kalau boleh kita ni pempuan sendiri tak nak bos pempuan. Bukan bererti semua bos pempuan kita pangkah. Yang kita pangkah bos pempuan yang dahlah tak perform, lepas tu tergesel-gesel, terhegeh cerita buruk-burukkan anak buah, kunun anak buat bermasalah. hah! bos pempuan yang itu maciemmm lah yang kita tak boleh nak terima. Eh bukan pempuan, kalau lelaki pun buat perangai macam itu tak tau jaga anak buah, anak buah tak suka. 

Tapi tendency perangai ni akan sangat kelihatan kat pempuan sebab pempuan ni, kan suka bercerita. hah. Saya rasa kalau namanya sikap buruk, sikap projectkan kelemahan diri ke orang lain, lelaki pun ada juga jenis yang begitu. Tapi tu biasanya lelaki akan escape. Pempuan kalau kena dengan lelaki, ko ceritalah kat perempuan lain, pastinya dia akan kata perempuan itu yang salah, lelaki tak salah dan lelaki yang buat projekkan masalah dia kepada engkau boleh saja buat cerita kunun kau jadi begitu sebab dia tak layan cubaan kau untuk menggatal dengannya.

Lelaki mental yang projek kelemahan diri ke orang lain ada je. Yang kurang, ialah perempuan brutel yang incase ada masalah, or dia tak perform dia dengan sombongnya berkata "yes, i tak perform/ i screw things up, so what?!!!"

So akhir cerita ni saya nak shareleh cara bagaimana staff/kawan saya yang dah jadi kambing hitam, dah jadi mangsa projection ni healing-healing. Benar, bos besar, bos ketua jabatan tak percaya pun kawan-kawanku ini bermasalah. Mereka pekerja cemerlang. Bos memang tahu, memang nampak pun yang gigih mengata-ngata orang bermasalah itulah yang sebenarnya bermasalah. Tapi tu, kan bila kau dijadikan defense mechanism - Projection kepada orang yang dah buat salah tapi tak ngaku salah itu, kan sakit? Jom kita layan dulu apa yang kawan-kawan bikin untuk buang rasa sakit. Dia kalau tak dibuang sakit, tu, harus akan jadi pertikaian yang berpanjangan. Yang salah dah angkat bendera putih mau berundur, mau cuti belajar, so kenapa nak panjangkan cerita, londeh, melondehkan antara satu sama lain, kan? So, baik kita happy-happy saja. 




Yang terluka tu 2 ketul je, yang lain tu menyibuk jak, termasuklah tukang amik gambar tu.



Thursday, June 1, 2023

PBAKL 2023

Sebetulnya saya bercadang mau ke PBAKL weekend je. Namun memandangkan bestie saya ada tulis buku dan buat sesi meet and greet pada Isnin 29.05.2023 lepas waktu opis, saya pun decide pergi Isnin tu ajelah, kan. Tetiba saya teringat kawan yang attach kat Tabung Haji dan minat buku-buku ni dan tanya if dia nak join saya. Jadi balik tu bolehlah saya tumpang kereta dia, kan? Tapi dia jawab kalau Selasa boleh tak? Saya kata boleh je sebab bestie saya ada dua slot Isnin dan Selasa. Tapi kalau Selasa saya kena minta time off. Saya tanya bos, bos kata ok. Memanglah kena ok sebab KPM, kan Kementerian Tamu. Janji ko ada program yang kau nak attend. Meet and Greet gedik sangat. So sembang-sembang buku, pulak tu buku yang dah menang hadiah sastera, kalau saya nak claim 2 jam berkursus boleh. 

Tapi tak mengapalah sy punya kursus alhamdulillah dan lebih 5 hari setakat ni. Lagi saya bukan melangut dengar discussion buku tu pun, tapi saya pegi menyoping kat booth-booth lain. Boleh tengok rakaman kat FB apa? Balik umah malam-malam nanti saya tengoklah, kan. Kebetulan kawan yang lain  ada hal pulak nak jumpa saya, so memang ambil peluang merayau-rayau cuci mata cari bukulah gamaknya saya. 

Khamis pagi sebelum subuh baru saya tengok rakaman sebang-buku tu. Ala buku tu buku feminist katanya. Utusan pun dah kutuk, kata buku tu akan bikin orang pempuan tak mau kawen. Bestie saya didatangkan khas dari Negeri di Bawah Bayu sana untuk menyimbangkan atau moderator kata memurnikan penulis sebab biasalah bestie kita, kan? Sungguh dia lelaki dia ok je pasal feminist-feminist ni. Sekular back-ground macam kita ni bukan kata tak rasa terancam pun dengan golongan ini, tapi kami ambil pendekatan ambil cakna dengan tuntutan mereka, mengkaji, memikir pelan-pelan tindakan untuk menyelesaikan isu. Seterusnya sama-sama melaksanakan pelan tersebut walau setakat ini taklah seberjaya mana pun.

Pasal tuntutan feminist ni kalau dalam pengurusan, governance ni, berkiblatkan SDG solusi kami ialah mengimbangkan gender inequality. 50-50 gitu. So far kalau Malaysia ni memang tak tercapailah walau kalau dari level pelaksana macam saya ni dah lebih pompuan dari lelaki, tapi kalau tengok kat top-top management masih belum capai angka itu.

Lagi satu memang payah nak capai,lah sebab kita pempuan sendiri pun kalau boleh tak nak bos pempuan. he he. Bukan nak kata bos pempuan tak de yang ok, ada. Tapi bilanganya sikit saja. Bos lelaki pun yang ok pun sebenar sikit sama sikitnya dengan bos pempuan yang ok tu, tapi dari berboskan bos pempuan yang tak ok kami lebih rela bekerja dengan bos lelaki yang tak ok.   

Eloklah sebelum subuh dah dengar sembang-sembang buku, mai opis kawan ada bawang sedap untuk kami kupas-kupas. Katanya dah meletup cerita perihal satu bos pempuan tu tak function dan meroyan-royan mengamuk sebab ntah apa tah. Dengo cerita dia balik anak buah dia, dia jugak yang busy dengan agenda peribadi dia, katanya nak naik pangkat tu ada kena attand kursus bersemuka. Dia sibukkan kursus naik pangkat dia tule katanya. Jadi masalah bila bos nak tengok report, report tu tak siap lalu dia buruk-burukkan team member tak fuction menyebabkan report dia tak siap. Lepas tu dia minta cuti biasiswa HLA. Nasib kau lah kawan. 

Berlainan dengan bos lelaki yang "sucks"--- kita jarang dengar benda-benda begitu. Bos lelaki kalau tak function, kerja tak siap, dia selamba je, "Well I know, I tak function, so what???!!!" Berlainan dengan bos pempuan, dia akan bermati-matian, tuduh sana-tuduh sini, burukkan sana, burukkan sini.