Friday, July 2, 2021

Krisis Norma Kerja Baharu 2

Sapa kata berkurung tak jumpa ofis mate, aktiviti pembawangan terhenti secara total? Tula, kan, bila disuruh kerja online, masuk virtual meeting stress sana-stress sini. Tapi bila membawang online hidup, segar-energetik pulak rasanya he he he---

Kebetulanlah kami ni agaknya senasib, itu yang sedap membawang tu. Idaklah membawang mengata orang, just bercerita bengang bila bos push-push kita as if macam kita tak reti meet the deadline. Kita taula atur kerja kita, kita bukannya budak-budak sekolah,kan?

Myfriend tanya amacam "ok tak?" 

saya reply "Kalau tak ok dah lama pencen option"

Kami gelak-gelak, sebab dia pun rasa macam nak pencen option juga. Saya cuma joking aje pasal pencen tu. No way saya nak pencen, pun. Apa ada pasallah kita nak pencen pasal kerenah sorang dua bos yang kekwat tak bertempat tu, kan?

Lepas tu perbualan berkisar pasal benda nak buat jika berpencen awal, atau lebih dikenali sebagai pencen option. Dia pulak yang lebih-lebih cadang saya buat itu ini. Well none of her cadangan menarik perhatian pun. To her I gini-gitu, I should to this and that.

I just told her I baru tempah ada satu apartment area-area dekat Alamanda, tapi tak pastila dapat ke tidak. Kalau permohonan saya berjaya, rugilah jika saya pencen option. I cakap lagi saya nak duduk di situ dan kerja mandi-mandikan kucing kat kedai pet, or klinik haiwan, or mungkin juga kat pet shelter.

Korang besok pencen nak buat apa? Mesti dah berangan nak jaga cucu,kan. Dapat menantu macam hantu, control anak kau, sampai nak jumpa cucu setahun sekali pun payah. Padan muka kau. Tulah jangan eksen mencemuh orang yang single-mingle ni sunyi sepi, calon mati cepat, atau calon mati bunuh diri sebab tak tahan sunyi sangat he he he----sekurang-kurangnya orang single ni dah ada plan dan plan dia simple-simple, releks dan tak semak otak. 

Tak macam korang yang feeling-feeling, kunun kawen besok laki/bini sayang, dapat anak, anak sayang. Mengharap orang lain yang akan bahagia,kan kau. Ko fikir kau ada power, ubah orang ikut kehendak kau berkasih sayang menuju ke jalan yang benar? Hello brader, hello sistur nabi Luth, nabi Nuh pun gagal bawa bini dakwah anak-bini dia, tau--- Dan mutahir ni, banyak kisah orang ada laki/bini, keciwa, murung dan sedih sebab laki/bini buat hal. Murung dan sedih sebab anak tak reti-reti nak balas jasa dan pengorbanan yang ko dah tabur selama ini.

No comments: