Sunday, July 4, 2021

Tak Penyakit Pi Cari Penyakit----

Minggu lepas kami dikejutkan dengan pemergian kawan sekolej dulu. Nak kirakan kawan ni jeneh yang tak "berjaya"lah. Kije bank baik-baik berenti. Semasa hayatnya kalau dia post apa-apa dalam group, tak de menyaut--- like pun idak. Tetiba dia pergi---wah riuh rendah pulak berkicau. Orang dah tak de baru nak bising, masa idup kau buat tak kisah jak---

Saya pulak yang naik hangin satu badan. So saya PM individu berjaya yang "rapat" dengan saya, cadang buat tahlil secara maya. To my surprise, derang sokong, tapi suruh saya suggestkan dalam group. Well saya ni pernah jadi representative mereka, so I know "kekuatan" kami dalam nak negendali hal ni. FYI, masa dulu bab-bab benda kerohanian ni Arwahlah yang menjuarainya.

So I go to a bigger group. So when you talk to the rite group, sekelip mata jak apa yang kau mau jadi kenyataan. So, Sabtu lalu berkumpulah kami seramai 50 something dalam majlis tersebut. Okla tukan---Usai majlis ada pulak komplen terlepas-bas.

Yang aku ni lagi satu gatal tangan dok suggest, buat lagi sekali kali ni "apa kata kau yang lead"---aduhai sekali lagi ndak ku sangka bukan dia sorang tertinggal, bas. Ada lagi dua tiga kerat yang ketinggalan jugak. Dia pulak kata ok--- Masalahnya, dah dia kata ok, kena susullah pulak bila dia free, kan. Hadooiiii satu kije. Makwe bukan kaleng-kaleng individu. Ketua Muslimat PAS tu.

Seriusly aku ni tak de stress jadi stress pulak memikio apa nak ayat si Ketua Muslimat ni nak dapatkan tarikh dia free tu. Sebelum tu dah stress nak kompem balik platform yang kami guna still terbuka lagi ka idak. Settle sebab si penganjur masjlis yang lepas masih berbesar hati membuka talian untuk kami. Ni no 2 Stress nak dapat tarikh Mak Imman. Penganjur dah tanya pulak "bila nak buat tu?" Iyalahkan, Ketua Muslimat PAS tu--- sapalah yang tak teruja menyertai Majlis Tahlil yang dikepalai orang-orang penting Negara, kan? (owh by the way saya mengusulkan bacaaan Yassin Wanita) Ni budaya orang kampung biasa, ada Yassin lelaki, ada Yassin pempuan. Kami x campur tu. 

Lepas stress no 2, tu, ada lagi satu stress, nak mengayat message jemputan di Group pulak. Seriusly saya bab-bab macam ni memang kalau boleh tak nak terlibatlah. Tapi yang ko pigi gatal tangan type-itu-type ini. Padan muka. Inilah padahnya bila jari-jemari lebih laju dari otak. Penyudahnya aku rasa seminggu ni nanti aku akan menanggung stress yang sengaja dicari-cari.  

No comments: