Tahun ini saya tak tahulah tahun celaka, atau apa. Mujur
saya hanya orang kerdil, saya tidak punya rasa bimbang yang besar dan ntah
macam mana saya semacam rasa overconfident pun ada yang kita akan berjaya.
Angka keramat 99.99% bakal kami capai pada penghujungnya. Saya berempati dengan
keterkilanan kamu yang berharapkan kegagalan membawa sendu justeru pengundurnya seorang pembuli, dan kita
semua hidup bebas dari dibuli. Sesungguhnya saya memang mau lihat kamu gembira,
tapi gembira di atas air mata pembuli, gembiranya hanya fantasi. Kerana seorang
pembuli itu kolam air matanya kontang.
Gembira melihatkan pembuli yang terlentang jatuh itu gembira
sementara, kerana bila jatuhnya seorang pembuli, pembuli yang lain akan muncul,
waima yang diangkat itu kamu sendiri yang penuh karamah lagi ramah.
No comments:
Post a Comment