Hari tu saya surf di dunia maya saya terjumpalah satu
artikel yang ditulis oleh blogger yang bolehlah kita kata sebagai
pro-establishment yang cerita pasal karya-tulisan-seni agung yang dah banyak
diangkat jadi musicallah, jadi felem, macam-macamlah. Memang sebuah
Adi-Karya-Malar yang masih segar hingga kini walau telah ditulis sangat lama
dulu.
Namun bukan pasal itu yang membikin saya suka, tapi
persoalan di akhir artikel tersebut yang bertanyakan sikit lebih kuranglah, ya “betul
ka di Malaysia sekarang ni, kalu ko pigi kat raja-raja, ko minta roti, mereka
akan cakap balik, ah baik deme makan kek aje”
Yup satu ayat yang sangat power, dalam bahasa asal-ibunda
perempuan tu den tak tau, tapi bila yang banyak disebut-sebut ialah “Let them
eat cake”. Kita panggil pelantun ayat super power ini sebagai Permaisuri KEK. Oh beliau seorang permaisuri kepada
raja kerajaan Peranchis. Ayat inilah yang mencetus satu revolusi yang satu ketamadunan/revolusi perindustian yang bikin semua kerja jadi lebih cepat dengan bantuan mesin, manusia jadi lebih senang, lenang gembira, rezeki melimpah-ruah tapi sayangnya ia melempar jauh golongan agamawan. Akibatnya, dikemudian hari, tamadun gilang-gemilang tersebut telah melahirkan manusia-manusia tak takut tuhan bermoral yang
rendah serta akhlaknya juga teruk. Kaya materi, tinggi pencapaian, tapi rendah nilai kemanusiaannya.
Saya memang suka nak mengumpat lebih lagi pasal perempuan ni, tapi buat masa ini saya lebih nak mengeluarkan dulu apa yang sering berlegar di dalam kepala otak saya iaitu, “betulka isteri pemimpin kita seteruk, Permaisuri kek ini?”
Saya pernah tanya-tanya orang. Betulka isteri PM kita teruk.
Ada yang kata iya, ada yang kata tidak. Bagi yang berkata iya, mereka kata dia
pembunuh, pemalas, itu pasal PM kita jadi sangat playboy dan suka berzina.
Nauzubillah. Itu kata orang. Dia seorang perempuan yang sombong dan walau betul
dulunya dia pelajar sekolah elit yang sangat cerdik, tapi sebab dia sangat
cintakan PM dan sanggup berbomoh, demi
nak dapat jadi isteri beliau, IQnya yang tinggi itu jadi rosak dan rendah
qualitinya. Oh ya hobi utamanya bukanlah suka beli barang-barang yang terlampau
mahal, tapi menjahanamkan perniagaan orang.
Itu kata orang….ok jika benar dia seteruk Permaisuri kek
yang orang kata dilahirkan cerdas, tapi ayah-bondanya leka menguruskan
perkahwinan kakak-kakaknya, lepas liar sehingga jadi buta huruf, tak tau
membaca seperti perempuan-perempuan bangsawan lain dan itu
yang menjatuhkan martabatnya sehinggakan dia lebih suka lepak-lepak, shopping, gossip-gossip,
mekap-mekap, melaram-laram sampaikan terjebak dalam gejala memuas nafsu seks
sesama rakan sejantina. Apa kita nak
buat? Apa you alls nak buat? Apa you alls nak buat, ikut suka you allslah. Saya
hanya boleh share apa saya dah buat.
First saya skodeng, sapa bakal pengganti, macam mana budaya
mereka, budaya mereka berkerja. Memang hebat. Mereka dakwa, jika mereka dapat
ganti suami perempuan kek Melayu ni, mereka akan kurangkan penjawat awam
sebanyak 45%. Wow hebat. Dan saya percaya mereka boleh. Saya tengok pula diri
saya, standard saya, berbanding dengan orang lain, pesaing yang juga berminat
untuk sama masuk dalam sektor awam ini.
Setelah perbandingan dibuat, memang saya lebih rasa duduknya
saya lebih dalam kelompok 45% peratus tersebut. Bukan, bukan saya tak perform,
tapi saya ukur dari segi kelayakan akademik.
5-7 tahun lalu pun saya sudah ketinggalan. Saing saya yang berumur 7-10
tahun lebih muda dari saya semua mereka memiliki diploma, sedang saya hanya ada
SPM aje. Tahun lepas, kerajaan membuka pula jawatan yang saya pegang sekarang
kepada pemilik Ijazah pula.
So fikir, timbang sendirilah, bererti untuk berada dalam zon
selesa, atau kekal releven, mau tak mau saya kena ada Ijazah jugalah, tak gitu.
Orang yang dah ada Ijazah, Masters, phd bolehlah mereka berkempen, pujuk-rayu
undi agar jangan undi dulu jentera efficient yang bakal bikin kerajaan jimat
duit bayar gaji penjawat awam banyak-banyak.
Tapi bagi saya, periuk nasi come first. What if rakyat
termakan dengan cerita-cerita wanita pertama kita dah setaraf dengan Ratu
Peranchis yang dah mengubah langskap dunia, kepada satu ketamadunan yang orang
ahli agama sifatkan sebagai bertuhankan wang dan wanita juga lelaki-lelaki
kacak yang kalau dipandang boleh jatuh sama hukumnya dengan memandang wanita
cantik)?
No comments:
Post a Comment