Wednesday, August 3, 2011

Terapi Minda

Dulu saya pernah terfikir alangkah baiknya kalu semua orang pandai macam saya. Eish saya tak suka tau budak bodoh. Lagi satu saya fikir alangkah baiknya kalu semua budak perempuan selekeh macam saya. Eish saya tak suka tau budak perempuan gedik dan gatal, kecik-kecik dah pandai nak bermekap, meniru gaya artis. Dahlah bodoh kuat brangan plak tu. Masa tu sapa eh artis glemer??? Ogy Ahmad Daudlah sapa lagi. Eh cop-cop-cop-cop Ziela Jalillah…

Ziela Jalillah selalu kena maki hamun, caci-hina dek bebudak pandai macam saya ini. Amboi lazat dan enak betul kalu dapat berkumpul dan mengumpat si Ziela ni. Lagi satu tu hah, Zarina Zainudin. Dah tua-tua ni pun masih ada gak tabiat mengutuk artis. Ada pulak situa yang menpertahankan kegiatan ini dengan mengatakan mengumpat artis tak pe sebab artist memang dah pilih hidup menjual emapsipasi diri.

Oish macam intelek aje bunyinya dalam berhujah membenarkan diri membuat dosa mengumpat. Al maklum juara debatlah katakan. Jangan terpedaya dengan hujah dia. Mengumpat tetap berdosa. Jadi banyakkanlah beristigfar sebab dalam satu hari itu, rasanya kita tak lepas dari mengumpat atau mendengar umpatan orang. Terapi minda???

Oklah kita tak nak membebel panjang pasal umpat mengumpat ini, tapi kita nak cakap iya..masa kita kecik-kecik kita rasa alangkah bagusnya manusia yang kita umpat-umpat itu pupus, atau kita tetiba berada disatu penempatan yang ada macam-macam kita aje. Hanya ada kawan-kawan yang kita suka. Yang kita tak suka semua tak ada.

Kemudian kita semakin besar, kita jadi makin matang dan kita dapat terima keadaan yang sebenarnya semakin jauh kita “berjalan” semakin ramai yang kita tak sebulu yang kita jumpa dari yang sebulu. Itu pasal mata berbulu-bulu aje rasanya. Dah tu bila berkerja, hallamak, kita kena satu team plak dengan orang macam itu. Kita mula beradaptasi demi kesejahteraan minda kita.

Lama-lama kita rasa seronok,juga mengikut orang yang kita benci ni. Sebenarnya amat menyenangkan minda kita jika kita berada disamping mereka…(shopping, belek alat mekap, tengok baju cantik walau kadang tu tak berciri muslimah, or most of the time tak de saiz sbenonya, tu indeed memang best. Kalu poket kamu penuhlah, sebab poket kita tak penuh, dan tak de orang nak tolong penuhkanlah kita kurangkan rapat2 dengan mereka ini. Kalu ikut nafsu, gunung emas pun buleh punah beb, kalau ikut rentak they alls ni) Tapi hari ini yang tak seronoknya bila kita semacam terasalah pulak, hadalah pulak orang nak kitalah pula pupus hehehehe…mungkin hanya perasaan saya aje kut. Ditambah pula ada puak yang menyampai-nyampai itu dan ini.

Saya idaklah mau menyangsang, menyerang…sebab so far depan saya orang tu ok. Balik blakang dia nak kata hapa, katalah. Apa sebenarnya saya nak menyongeh ni hah?!…

Ceritanya begini:-

Satu hari kawan tanya yang antara gistnya ialah “adakah ko marah kalu orang kata ko gila”
Jawab saya “kenapa harus marah, kerana itu adalah perkara yang benar”

Saya bilang sama dia lagi, setiap penyakit ada ubat, yang penting, sabar, rajin dan istiqamah dalam menjalani sesuatu rawatan itu. Dalam masa yang sama cari kekuatan dan kelemahan diri, dalam pendek kata lakukan SWOT analysis. Saya pun cakap bla..bla..bla..bla…

Iya, kawan saya tanya saya macam itu. Jahatkan kawan saya tuh… brutel tak sayang mulut betulkan dia. Idak ceritanya macam ini, ada orang sampaikan kat dia kunun saya ada nak pukul sorang minah kat opis tulah sebab dia kata saya gila. Dia terkejut dan tidak percaya saya ini dah sakit bebeno, sampai nak pukul orang. Apa barang saya nak debik minah tu. Memang aku memang rasa, kalu anak aku memang aku dah getis @#$%# opsss 18sx. Iyakan nenek-nenek kita, kalu anak dara getek gedik lagu tu memang dah kena cubit tang situ dah. Gatallll!!! Kalu anak saya, tapi dia bukan anak saya. Ya Allah ko jauhkanlah dari dapat baka/zuirat miang kladi macam tu. Harap muka aje lawa, tapi pantang tengok jantan, terhegeh-hegeh, tergedik-gedik, kurang jantan dia lebihnya, nauzubillah…

Penghabisan cerita, kawan cakap, “kalau kita nak ambik port tiap apa orang cakap, orang dilahirkan sihat otaknya pun boleh gila”

Saya cakap lagi “ingat, dadah, arak dan bermacam pil khayal boleh juga merosakkan otak”

Dan penghabisan cerita, orang yang bertindak ganas kerana rosak otak tak semestinya dilahirkan rosak otaknya. Dan sudah tentulah orang yang dilahirkan dengan kelainan pada otak, jika rajin dan sabar akan menjadi seperti manusia normal yang sihat pemikirannya.

Salam Ramadhan. Jaga kesihatan fizikal dan mental.

No comments: