Friday, August 12, 2011

Brangan Sebentar

Jadi orang Melayu Islam, duduk plak di Malaysia ni memang depressing. Kenapa depressing, sebab kita penduduk asal di sini, tapi kita asyik kena kentut dek kaum lain. Cerita-cerita orang kita berjaya dimurtadkan, syarikat milik Negara kita terlepas kat tangan mereka memang memilu dan menyedihkan.

Lalu saya berangan sekejap kalu saya berada di UK, atau ibu/bapa saya beranikan diri mencuba nasib di sana, bila syarikat tempat arwah ayah berkerja menawarkan sort of like green card kepadanya. Macam mana ye keadaan kami di sana. Melihatkan mak saya yang bijak dan rajin itu, sudah tentu agaknya kami dan ada kedai meniaga barang makan kut he he he…atau barang runcit.

Memandangkan sana perubatan lebih modern dan terbuka, tentu saya pun lebih bernasib baik dan tidaklah saya sentiasa rasa serba salah, malu dan rendah diri, selalu terasa orang sekeliling mengejek-ejek saya yang saya ni kecintaan/kesukaan/buruan manusia-manusia pengamal amalan mistik keji yang menyembah jin dan syaitan. Illuminiti??? Tinggi beno tuh, downlah sikit, BOMOH Siam ka, tok batin orang Asli ka, ketua tuai rumah panjang ka, ketua penjaga rumah antu palak ka, kan.

Saya mula melihat kalu saya di UK, status kami akan jadi macam untie/uncle kedai runcit kat taman saya ni, well who knows Tony Frenendez, atau Ambiga, dan rakyat asal UK itu macam Ibrahim Ali, ntah sapa-sapa tah budak pencacai UMNO yang tak de kerja tapi hidup mewah, juga budak pencacai Pakatang rakyat, yang memang tak de kerja juga, duduk bersembang kat kedai kopi, dah tua-tua pun masih balik rumah minta duit mak-ayah, atau blajar tinggi tapi tak dapat kerja yang sepadanan dengan sijil dan ijazah yang ada sebab tak mahir bahasa Inggeris… pendek kata menganggurlah, unemployed, tak kira menganggur sebab terpaksa, atau atas pilihan sendiri. Atau ada kije, tapi over work and underpaid.

Dan kejadian rusuhan di UK yang melarat-larat itu adalah natijah bila mana kaum pendatang lebih berjaya dari penduduk asal sesebuah Negara itu. Dan sebab macam yang Dina Zaman tulis dalam buku I am a Muslim, bahawa dia lebih islamik bila berjauhan dari tempat asalnya i.e. dia bila berada di benua Eropah, secara logiknya jika ayah berani menerima tawaran berhijarah, dulu sebelum saya lahir, tentulah kami akan lebih berjaya dari sekarang, tapi itulah mungkin juga jadi mangsa penduduk asal yang yang yang gituh-gituhla, tak de kije, seks bebas, dadah, asyik main blackberry massenger. Mana-mana pun sama, orang yang tak de kije, idup dengan ihsan unemployment benefit, atau memang ada kije tapi merasa kije yang dilakukan tidak mendapat balasan yang setimpal, memang emosi mereka cepat terbakar imaginasi mereka memang membayangkan yang bukan-bukan.

No comments: