Thursday, August 25, 2011

Termakan cili, tercubit pehakah aku?

(pilu sepilu-pilunya.)

Saya berjalan-jalan ke "rumah" ada satu blogger yang obsess dengan betul ka salah ka. Macam-macam teori betul salah yang baca dari blog dia. Memang banyaklah tulisan dia yang menarik-narik sebab dah lama tak melawat. Saya memang mendisiplinkan diri untuk tidak lawat sesawang pejuang aktivis bahasa sastera ni selalu-selalu macam saya lawat Papagomo, GAP. Jeran lama masih berbekas. Kesian kat blogger tu pun ada. Iya kesian tau, sebab dia tak moh join Bersih 2.0 oghang kata dia munafik, eish-eish-eish jahat sungguhkan sapa-sapa yang sesenang aje kata orang munafik tu, macamlah d’alls tu wara’ sangatkan.

Since macam-macam ada, rasa pun macam-macam, rasa terkena cili pun ada, walau saya tau dia tak maksudkan saya pun, sapalah saya sampai pemikir, sasterawan berbakat besar macam dia nak tulis-tulis, kondem-kondem pasal saya, tapi oghang kata dah kite ni skola sains, walau hotak kita tahap sains social jah, bila oghang ngata saintis, kite jadi sedeh ooohhh…oghang kata cubit peha kiri, peha kanan terasa.

Memang dahsatlah pena mamat tuh…tak moh cite panjanglah kan, tapi kita macam 100% sure jah yang saintis yang dia masudkan ialah saintis PAS yang kuar TV3 itu hari pasal LYNAS. Dahsat-dahsat tulisan mamat tuh, power giler….memang kalu diumpamakan pena itu pedang, memang BANZAI!!! Bercerai kepala dari tubuh sang saintis.

For me, maybe the scientist ( aiii aii aii, sori I couldn’t recalled his name, & I said maybe, maybe ok) he’s trying to tell “hey berhenti memomok-momokkan rakyat, bahawa ada idiot/lunatic, tengah bikin nuclear plant in Gebeng ” Gebeng, Gambang, ntah... Tapi mungkin agaknya sebab beliau mempertikaikan kenapa so & so diberi kebebesan bercakap, sedangkan beliau yang memang ahli dalam bidang nuclear kena “mouth-gag order” maka beliau kena hentam kaw-kaw giler.

Kalu setakat beliau ditohmah kunun dah kena beli ka, itu biasa. Memang dah jadi basahan telinga dah kata-kata menjual sijil, jual diri kalu kite pro-sama-rancangan/pelan-esteblishment. Dah jadi satu dosalah pula kalu kita suka, gembira, seronok, siok sama rancangan/program dari establishment.

Ok berbalik kepada saintis tadi, disebabkan beliau luahkan rasa tak puashati beliau, dengan kenyataan ntah-apa-apatah dari kawan dia sendiri yang mungkin bukan saintis, mungkinlah nampak macam budak-budak yang merajuk tak dapat lollipop, sampai panggil budak kaki pukul nak hentam kawan sendiri. Iyalah, skali fikir Gebeng tu terletak dalam kawasan kawan beliau, memang betullah tu, kawan tu yang orang terpa, kan, takkan lah nak panggil wakil rakyat dari kawasan lain pula, kan.

Sekali lagi fikir, dah tak buleka dia “cuit bahu” kawan dia dan cakap “eh ko ni mrapiklah, lain kali nak keluar apa-apa tanya aku dulu, atau kita keluar bersama” Kalu macam itu saya fikir idaklah orang kata dia ni dah kena beli, dah tak kenal mana manusia, mana monyet. Manusia monyet sama aje tarafnya. Dan yang paling sedih tu… punching line, SAINTIS=PELACUR. Begitu sekali blogger pemikir pejuang bahasa & sastera menyimpulkan perbuatan wakil rakyat yang juga merupakan pakar nuklear negara memberi kata tanda "ok" kepada projek LYNAS. Memang pejuang tersebut tak de mention specifically pada sapa-sapa, tapi dah Malaysia ni mana ada saintis glemer pun, sapa lagi kalu tak yang itu tu yang LYNAS tulah sapa lagi, kan.

Kalu zaman gelap Eropah dulu saintis disamatarafkan dengan ahli sihir, saya masih boleh “telan” lagi, tapi PELACUR tu rasanya ntahlah. Buat kata Kak Beb Sabariah pun "janganlah direndahkan sangat darjat seseorang itu" Orang tu bukan sahaja seorang saintis, bahkan wakil rakyat pun. Ya Allah, memang kita sedih, dan hanya mampu berdoa Allah semoga beliau sejahtera dan gembira.

No comments: