Sunday, July 2, 2023

FITNA

Fitna tu apa ek? Macam orang cakap benda tak betul pasal engkaulah. Normally yang bercakap tu ada niat tak buruk terhadap diri orang yang difitnakan itu. Dia tak suka engkau so dia cakap benda buruk pasal engkau walau kadang benda tu tak betul pun. Contoh macam Khir Johari yang dapat jadi pembesar Negara. Walau dia ni kalau kita baca riwayat hidupnya, beliau ni seorang yang sangat baik perwatakkannya, peramah, bijak, pandai berjenaka dan sesiapa jua yang kenal dengannya pasti suka padanya.

Abeh tu sapa pulak yang tak suka dia ni? Diakan politician, yang tak suka dia tentulah orang politik lawan dia. Sapalah lagi kalu tak dari parti Islam SeMalaya. Kan aku dah cerita yang Khir tu dikata-kata sebagai mandur Dajjal? So pendek ceritalah bagaimana orang PAS ni nak jatuhkan Si Khir ni? Nak lawan dia? Aku tak tahulah macam mana sebab masa tu aku pun tak wujud lagi. Tapi dari apa yang aku baca, Khir ni tadi pakai baju tradisi masyarakat Cina pun depa dok jadikan isu. Padahal ada ada isu daaa, baju je kut, dan isteri si Khair ni tadi memang pempuan Cina, pun. Masa aku kekecik orang PAS memang sangat particular pasal apa baju yang kau pakai.

Pakai baju biasa-biasa, kemeja, jeans T-shirt pun depa dah pandang semacam, dah. Masa aku kekecik lah. Sekarang ni tak pastilah pulak. Rasanya macam gitu jugalah. Kalau kau berpakaian yang tak Islamic compliance hah macam derang tak nak mesralah dengan engkau. Masa tu, kan eh macamlah Islam ni sangat rigid, itu tak boleh, ini tak boleh. Memanglah gitu Islam tu, tapi dalam bab berkawan, beradab sesama insan atau apa yang derang dok cakap-cakap Hablum minannas, derang macam tak berapa mesralah. Derang kata orang pulaukan mereka, orang tak suka mereka. Dulu aku telan je bebulat, tapi hari ini aku macam eh, cop kejap, iya ka orang tak suka kau, atau kau ada buat benda-benda pelik kut. Hah gitu.

Iyalah contoh si Khir ni kan, pemimpin besar orang Melayu. Orang Melayu setahu aku pun masa aku kekecik dulu bukanlah alim sangat pun. Aku rasa orang kat kampung aku tu beberapa kerat je yang fasih baca Quran, apatah lagi boleh berbahasa arab. Kami ni orang kampung kije biasa-biasa je. Sebab aku kata orang kampung aku tak berapa alim sangat, sebab masa solat 5 waktu, memang dari aku kecik pun surau kampung aku tu sepi je. Yang ada orang tetua je. Kalau aku rate tahap memegang Islam sebagai gaya hidup mengambil kapasiti surau/masjid kau fully utilised sebagai petunjuk-aras, kau nak tengok dia naik mencanak 100% hanya ada waktu hari Jumaat dan Hari Raya je. Lain-lain hari tak taulah, tak reti aku nak nyukatnya. Aku sebagai budak kampung, patut umur 7 tahun dah kena rotan kalau tak solat 5 waktu, tapi aku lepas bebas begitu saja.

Itu kampung aku di Selatan tanah air dan memang kerajaannya Negeri ada menaja sekolah Agama Khas untuk kanak-kanak yang tinggal di situ. Tapi sekolah agama ni ramai jugak kawan aku yang tak join, kalau join pun umur mereka dah agak besarlah. Dah baligh kut baru nak masuk darjah 1. Aku je yang halus-halus dah masuk sana. Biasa abang-abang kakak-kakak ni masuk sekolah agama bila mereka dah pandai baca quran. Kan aku kata kat sekolah tu belajarnya guna kitab tulisan jawi, so kalau tak mahir baca jawi, kebanyakkannya tak masuk pun sekolah tu. Kalau masuk pun, exam sure tak boleh jawab, kau fail, tak boleh naik kelas, after repeat 2, 3 kali tak lepas, kau pun give-up, tak pergi sekolah lagi.

Ok berbalik pasal Khir tadi, dia orang yang baik, peramah dan disenangi ramai, so bila ada satu pertubuhan, cakap benda buruk pasal dia, kau rasa? Aku sendiri pun tak boleh terima benda itu dan question balik, eh ni apa ini? Islam ka ini? Contoh kondomlah tadi ni, kan? Cuba kau bayangkan kau bersekolah di Sekolah Jalinan Kasih sana, orang jadikan pemberian kondom ini sebagai satu isu, mesti kau rasa macam mana nak aku cakap ek? Aku tak cakap apa-apalah tapi dalam hati aku cakap jugak yang biarlah aku simpan saja dalam hati aku.

Kau akan sentiasa question, inikah Islamnya? Sebab aku tak nak singgung sesiapa aku nak tulis sikit cerita kreatip kat sini nak curhat galau di hati...

Certot 1

Hari-hari Alang Jali tarbiahkan anak-anak menakannya yang UMNO itu penghancur bangsa. Penyelamatnya hanya PAS. Ironinya Along Salamah menjawat jawatan Ketua Wanita UMNO kampung KEtumbar. Berkali-kali Alang Jali warning sama Busu Senah agar jangan layan sangat Along Salamah, tapi Along itu,kan darah daging dia jugak. Busu tak mau bergaduh, lagi pun busu dapat banyak tempahan kueh koci, kueh bahulu,  dari Along Salamah. Jualan kueh-kueh nilah yang membantu dia menyumbang ekonomi keluarga. Ada masa Busu terguris hati jugak dengan kata-kata Alang Jali tu, ibarat cubit peha kiri, peha kanan terasa. Tapi dia berdiam diri sahaja. Jika anak-anak tak bersekolah, tak cukup duit belanja, bukan Alang Jali yang tolong pun, tapi Along Salamahlah yang selama ini banyak mendahulukan keperluan pendidikan anak dia. Naik malu juga Busu bila Along anggap sebagai sedekah jariah saja pendahuluan yang diberikan bila Busu tak mampu nak bayar balik apa yang telah dia gunakan. 

Certot 2

Hari itu Milah berjanji nak belajar Matematik dengan Sepiah. Sepiah ni dia tak duduk asrama sebab rumah dia tak jauh dari Kolej. Kebetulan masa tu Dr Imran buat kelas ganti lepas Maghrib dan Sepiah decide duduk-duduk aje di Masjid Kolej sebab nak balik rumah pun alang-alang aje waktu lepas Asar waktu jalan raya sesak, baik Sepiah tunggu saja di Masjid. Ngam sangatlah bila Milah cakap dia nak belajar Matematik yang dia tak berapa nak faham itu.

Milah cakap dia mau bawak juga kengkawan lain belajar sama. Sepiah ok kan aje. Mereka janji nak datang datang dalam pukul 5.00 gitu, tapi ntah apa halnya, dah nak hampir jam 6 jugalah barulah muncul rakan-rakan si Sepiah ni. Terdengeh-dengeh, berpeluh-peluhlah mereka Milah bawa 2 orang kawan lain. Ketiga-tiga mereka mukanya berkilat-kilat macam baru berjalan jauh. Milah cakap dia dan kawan-kawan pergi MiTC cari hadiah hari lahir pensyarah mereka. itu yang penat tu dan lewat sikit. Dalam penat, kehausan gitu mereka tetiba beberapa orang pelajar perempuan membancuh air sirap di verandah masjid. Berkilau-kilau air sirapnya, dan bila ditambah ais, lagilah tergoda Milah dan rakan-rakanya melihat air tersebut. Lalu mereka ke verandah mau merasa air tu. Alangkah terkejutnya mereka semua bila diherdik oleh pembancuh air bahawa air itu untuk orang yang berpuasa sahaja. Dia juga membebel-bebel label bebal, buta hati pada orang yang tak peka akan kebesaran berpuasa pada hari tersebut. Sepiah yang dari tadi duduk-duduk sahaja pun boleh dengar suara herdikan ukhti pembacuh air tadi. Sepiah telan liur dan bercakap-cakap dalam hati "tak guna puasa, tapi marah-marah dan garang semacam"

No comments: