Sunday, July 16, 2023

HATERS

Haters Gonna Hates kata mereka--- hah gitu.

Dalam dunia med soc dunia sastera Negara yang marketnya ciput seluas kangkang semut tu  ni aku pegang watak haters---Aku hates derang sebab buat habeh boreh negara jak. Geram,kan dah berapa banyak duit gomen kuar, hasilnya tak seberapa, lepas tu penulis-penulis sastera ni dok menyalak jak kat gomen mintak itu, mintak ini. Eish gerammm akulah, walau bukan duit aku pun yang keluar tu. Compare dengan akauntan auditor ni kami ni bukannya anak mas gomen pun, kami ada kemelut kami, ada juga yang komplen tertindas bla bla bla---tapi tak dela menyalak sakan macam depa sebab apa sebab yang hat ateh-ateh tu deme ada persatuan deme dan bebudak law kata auditor ni dilindungi oleh akta. Kewujudan kita orang dalam akta, tak ada ancaman besok tak de lagi Juruaudit. Itu pasal kena buli macam mana pun kita tak pandai menyalak.

Lepas tu aku seek tu understand kalau aku jadi orang sastera yang tak ada akta jaga mereka. Kewujudan mereka atas dasar perjuangan dan suara mereka. Aku tak pernah pulak ngodit Kota Buku, Majlis Buku, ITBM atau DBP so aku tak pastilah bila derang bid bajet derang tulis apa sebagai justifikasi untuk mendapatkan sesuatu bajet. Kalau macam Juruaudit ni kita nak bid apa-apa, memang dah tertakluk pada akta itu ini, satu badan/organisasi kena ada yang mengoditnya, so bila dah ada dalam itu, itulah itulah dia. Mau tak mau kena spend untuk urusan auditan. Bila tak de akta yang sokong, kenalah menyalak lebih-lebih untuk dapat bajet, kan?

Lepas tu aku terfikir pulak yang aku tak patut eleh-aleh nak nyampah kat orang bila aku tak pernah tahu/ambil tahu pun apa program yang mereka jalankan apa objektif program tersebut. Sapa yang ngodit prestasi program yang derang jalankan. Rasanya tak de sapa yang datang ngodit pun sebab perbelanjaan depa ni ciput dan kebiasaanya kalau bebenda ciput, Audit tak datang audit. So, kalau ada komplen kata derang pergi pesta buku sana sini tapi keberhasilan dan impaknya sangat mengecewakan, itu sekadar kata-kata heresay yang tak boleh pun dibawa ke mana-mana. Maksudnya, bahasa ringkasnya, kalau kau dilantik jadi CEO Kota Buku ka, penyelaras pesta buku dalam dan luar negara, kau nak songlap berapa banyak pun tak de sapa akan amik port pun pasal kedurjanaan yang kau dah bikin. Kalau kau nak angkut anak bini, koncu-koncu kau sahaja pegi melancong lencong ke Pesta Buku Jerman ka, Jepun sana, kau tak payah risau pun. Tak de orang datang ngoudit pun. Buat la sesuka hati kamurang pun. Bajet dah lulus tak de sapa nak analisa, kuiri apa kau belanja ini itu sudah capai ka KPI, itu ini. Kau pergilah sana nak joli-joli, shopping katak pun. Tak de orang kesah pun. Kesian, kan mereka ni, dahlah tak de Akta jaga mereka, orang pulak tak kisahkan pun hal mereka.

Jadi tu, nak kata aku hate derang memang taklah, satu kesian, satu lagi buang karen je hate orang ni. Dari buang karen benci-benci dan jaga tepi kain orang, baik aku, sibukkan diri, suka-sukakan hati dengan kawan-kawan. Positifkan diri dengan buat bebenda yang menggembirakan spt makan-makan dan deco-deco. Hah kalau ada apa majlis ofis, kamilah yang sibuk buat itu buat ini, sumbang tenaga dan wang ringgit sekadar termampu---pendek cerita lepas, benda/aktiviti yang kami bikin (kengkawan akulerr- aku idakle rajin mengupload-uploads media social ni sangat) kami upload dalam media sosial. Main media yang derang suka main ialah watsap status leerrr---nak pendek cerita lagi sebab konten-konten yang diupload dalam sana memang berkualiti, ada yang puji dan dan teringin nak masuk UADKPM, sebab UADKPM ni ceria dan happening katanya. 

Bila dah level-level begini, yang jeles dan mengecam pun ada--- Selama ni aku kat opis memang low-profile, tapi bila dah bercampur-campur dengan kengkawan yang begini, tetiber pulak dengan haku-haku sekali dapat haters. Derang tu memanglah dah memang glemer dan dah ada yang iri dan dengki pun. Mana tak orang dengkinya. Kawan aku ni ada sorang tu, dia punya konfiden memang tahap dewa betul kita buat watsap group nak licinkan tugasan deco-deco Majlis opis, dia pi tukar nama group watsap jadi Pertubuhan Wanita Hebat Kaya Jelita (PWHKJ). Hadoooiiii aiii bila kau bersama dengan pesona yang begini, kau rasa?

Aku rasa macam ada satu perubahan, peralihan angin yang agak pelik jugalah berlaku kepada aku yang boleh aku analogikan sebagai macam kau dalam drama Hollywood cerita budak nerd, terperuk dalam library, tak de orang kenal kau, tetiba diterima masuk group cheerleader glemer yang menjadi perhatian pemain-pemain American football yang macho dan kacak-kacak itu. Tapi aku chill-chill ajelah. Buat kata orang tetua, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Giteww. 
 

No comments: