Thursday, July 20, 2023

- SURI TELADAN (ROLE MODEL)

Kalau sebut suri teladan, rasa semua kita ada sorang sosok yang kita minat untuk kita jadikan contoh, ikutan/role model. Kalau kat Malaysia ni ko rasa acik Marhaban macam saya ini agak-agak sapa idola/role model kami ek? Mesti nama-nama macam Ustazah Asma, Bonda Dr Muhaya, dan geng-geng dia akan jadi idola kita orang, kan? Kalau reretis kami berkenankan Lisa Surihani, CT Nurhaliza dan yang seangkatan dengan mereka. Tapi idaklah kita nak menjadi fames macam derang, pun. Sekadar berkenan dan suka tengok cara mereka, tenang, cool dan bebas kontroversi.

Tapi saya ni, kan malas nak pandang jejauh sangat sapa nak saya jadikan contoh, kat opis ni pun ada sorang staff tu yang saya berkenan betul dengan dia, lah. Memang low-profile habis, suka tengok. Sibuk-sibuk orang mengumbar sana-sini, screen-screen shot sana sini dia tenang aje. Saya perasan dia ni status pun susah kita nak tengok dia upload. FB, eh jap saya tak fren dia lagi nanti saya fren, nak tengok status, story, feed FB dia.

Orang macam dia memanglah orang tak kenal pun, tapi saya tengok dia memang cool, tak de orang mengata dia, dia buat hal dia sendiri. Pergi kerja pun bawa bekal, dia tak denya macam saya dok belonggok-longgok dengan kengkawan membawang sana sini. Dia buat hal dia. Tapi idaklah dia langsung sombong, kera sumbang ka apa, Kalau waktu orang bergotong-royong, berpot-luck, dia tak lokek sumbangan baik makanan, duit atau tenaga. Kalau kita ada buat sikit masak-masak, makan-makan, dialah antara orang yang tekun membantu, dari mula sampai sudah. Bagusnya akhlak dia. Suaranya tak pernah meninggi, nak kata lembut patah riuk pun idak, dia biasa-biasa je. Low-profile lah orang kata. Saya sukalah macam dia tu.

Tapi tulah saya ni suka jugak tu jaga tepi kain orang, sibuk nak tau hal itu, hal ini. Kemudian, dah masuk tahun baru hijrah ni, saya fikir eii sampai bilalah aku ni nak jadi mak-bawang, kan? Buat sesak otak je begosip, mengumpat hal orang. Saya pun berazam, sikit-sikit nak berubah. La ni Isnin  Khamis saya puasa, so kalau puasa, tak ikut derang makan, kuranglah sikit berlonggok dan mengumpat. he he--- ini azam tahun baru ni, eceh----korang pulak apa azam korang? Takkan kubur dah kata maghi, rumah dah kata pergi tapi tak serik-serik membangga diri sebagai mak-cik, pak-cik bawang? Dah banyak pahala sangat ka nak sedekah-sedekah kat akhirat besok pada orang yang kita bawang-bawangkan masa kita hidup ni?

No comments: