Thursday, September 26, 2019

Retak Seribu (Cash is indeed a KING)

Minggu lepas saya dapat bos baru. Dari state. Masa tu saya tengah busy coordinatekan exit conference Jabatan Audit Negara bagi LKAN siri 2, tahun 2018 yang akan dibentangkan di Parlimen pada Disember nanti.

Bos saya cakap "aik, Dr Maszlee, takkanla ada isu" ntah dia perli ka atau dia memang percaya Dr pemimpin Rahmatan lil Alamin, pembawa rahmat pada dunia ka, tak tahu lah saya. FYI bos saya non-muslim, bumiputera Asli Semenanjung. Saya pun cepat-cepat cover "ini kes zaman Najib lagi 2016 punya kes"

Hari ini saya watsap link ini untuk dia. Dia gelak aja dan siap ajak skodeng kereta Setiausaha Menteri. So saya kira dia bukanlah die hard fan Dr Maszlee. Dia saja-saja menembak jak tu. Logiklah bila dah jadi Menteri, ketua bahagian, nak menggerakkan cawangan mesti nak pakai duit, nak buat Mesyuarat cawangan, cabang ranting pun nak duit. Mana ada panggil mesyuarat, langsung tak bagi duit kopi? Kau ingat ini mesyuarat retis ka, peminat sanggup kuar duit, nak jumpa retis. Dr Maszlee dah tahap Retis Siti Nurhaliza, ka? Karang tak bermesyuarat, ROS bule bubar parti. hah! Mau tak mau orang macam Dr Maszlee mesti ada banyak duit, walau dia tak ada rasa nak merebut jawatan utama parti pun. Dah kalau nak merebut, lagi lah kena kuar belanja lebih.

Patut saya share link tu kat group see apa reaksi rakan-rakan. especially dia yang beriya nak Dr Maszlee jadi PM. Sure either dia akan pendam dalam. Nak angkat muka bergaduh bertempik kata saya pendusta dan penfitna mesti dia tak berani tu. Sebab saya share saya berlapik cakap "harap ini fitna je. Orang baik takkan buat hal macheem-macheem."

Haruslah hati kawan ku itu hancur luluh luka berdarah. Sama ada luluh mengenang harapkan pegar-pegar makan padi, atau luluh sedih mengenang buah-hatinya difitna sesuka hati oleh penulis cyber yang tak bertanggungjawab tak tahulah kita. Yang pastinya LULUH, seLULUH-luluhnya.

Itu pasal walau saya suka sangat politik, saya tak share kat FB. Sebab ramai sangat kawan-kawan FB sana yang 'PH's die hard fan'. Kalau derang masiiii dalam denial, lagi sedihlah derang bila Ai dok share-share perkara yang pada mereka "bukan-bukan" ini. Buat apalah kita nak bikin kawan-kawan kita sedeyyy, kan?

No comments: