Monday, September 30, 2019

Demam Odah the Vaaassss

Sebenarnya sambung ckeett citer semalam---

Pasal jemputan sang Sasterawan yang bikin saya fikir bukan-bukan tu. Saya rasa dia ikhlas kut. Dia pun macam saya jugak, menyampah tengok Sasterawan-sasterawan yang lebih berperangai Polis Moral, atau Polis Bahasa.  Ada ka jawatan tu. Secara rasmi memang tak de mana nak ada, tribunal pun tak ada, kan? Ataupun mengada-ngada-menggetikka, kerja tak seberapa, tapi semua kredit dia nak amik. Jadi nak suruh saya duduk dalam sana kasi maki mana-mana "wannabe" or "in the making" ni sikit, biar bejejak di bumi nyata.

Saya rasa sasterawan yang menjemput tu yang lemas dengan segelintir  sasterawan ka,  sasterawan wanna be, in the making yang begitu. Saya pun lemas gak dengan orang macam tu. Saya punya kaedah, kalau lemas aku cabut. Saya bukan penulis pun. Mujurla dalam juruaudit ni, so far memang tak ada Polis Bahasa, kami bukan ahli bahasa. Kalau ada environment yang bebas Polis ni, buat apa saya nak sakit-sakit hati join satu persekitaran yang penuh Polis Bahasa, kan? Tapi yang mengada-ngada, mana-mana ada. Yang tunjuk DIVA pun semua bidang ada. Seboleh-boleh kita nak pejam mata dia dengan kerenah ni, tapi kalau baca tulis hat bawah,,, hurm memang kena sebijik dua dengan saya.

Saya juga ada seorang kenalan yang saya percaya 2x5 je macam saya. Tak berani dia meracau-racau tulis karya kreatif ala-ala racauan Odah the Vaaasss tu. Semua tak berani, semua takut dengan Polis-Polis atau DIVA-DIVA kecil ini. Deranglah. I? Sori, nak takut dengan orang macam tu. Tak de aku takutnya walau aku ni kuli batak gomen je, kau tu ntah-apa-apa-gelar negara kau dah pikul, nak pikul atau berangan nak pikul. Apa nak takutnya kalau betul dia buat perangai munafik, depan lain belakang lain, saya maki aje. Tapi apa bukti nak kata yang polis-polis ni munafik. Saya dengar hearSay Hearsay je. Buat apa nak layan HearSay. Kalau berlaku depan mata, pun ada aku kesah nak memaki? heyyy tak kuasa. Baik istigfar banyak-banyak, baca Auzubillahhiminassyaitonnirojim ulang-ulang. Nabi mana ada maki-maki ni, kan? Saya tak memaki bukan takut sebab pertama [1] Nabi tak buat; [2] Sastera, bahasa bukan periuk tempat saya cari makan. 


Tulah saya syak deme saja nak saya join ni sebab nak saya maki manusia-manusia yang menyakitkan ini, barang kali, bukan nak bagi RM5,000 sebulan tu. Bia betul, mereceh, meroyan, maki-hamun bule dapat title Sasterawan Negara, Dah Nyanokla tu, kalu bagi title tu kat kami ala-ala Odah The Vaaasss ni. Jadinya, lantak kaulah nak tegolek ka telentang, ka , kan? Nak kena cucuk, kena rodok, depan belakang ka, kan? Hah!

Saya nak dengor Odah de Vaasss menceceh ja. Hah kalau rindukan karya maki-hamun carut mencarut, tengoklah bidio si Odah tuuuu.... he he he he....

****

Kalau yang buat peragai munafik ka, mengada-ngada ka tu Juruaudit ka, waima auditi, liaison officer to an audit research pun, hah memang dah kena sebijik dengan saya. Kalau buleh memang kita tak nak mencarut tau, tapi kalau dah melampau, memang kenalah, kau. Baru 2 tiga hari lepas sorang minah tu kena dengan saya. Apa saya cakap---"ai apa kau buat sampai lubang kau tu looooongggarr-loooonggar!!!?"

Kalau kita suruh dia buat follow-up, jam-jam tula internet dia rosak, sambungan lubang cucuk wayar internet dia longgarlah. hah kena sebijik---

Sikit hari lepas tu, bos kecik saya membebel, ada kena mengenalah dengan minah lobang internet longgar tu. Bos tanya pandangan saya, pasal satu paperwork tu. Paper dia ea, bukan dia yang yang present paper tu. Bos kecik bos tu baru. Dia macam loss sikit. Kebetulan saya masuk bilik dia suruh semak kije saya dia pun tanya "ini macam mana ni? pening saya"--- saya tengok balik, dan tanya, "mana naratif dia? Suruhlah buat sikit, bagi lambak macam ni, sapa nak faham?" Lepas tu bos pun pot-pet-pot-pet-pot---- saya komen sikit je "suruhla dia buat. Kalau benda kecik ni pun tak mahu buat, apa benda yang kije yang dia buat? Datang opis ni memburiiiit aje ka kijenya?"

tapi kita gelak-gelakla. Gelak heran apa benda kije derang buat hari ni.

Tapi tu juga, bukan bermakna tiap-tiap hari saya berkicau macam si Odah tu. Tidak. Setahun payah sekali orang kena carut dengan saya, melainkan dia memang layak dicarut, dan selepas mencarut akan ada orang ucap tahniah pada saya sebab mencarutkan orang itu.

No comments: