Wednesday, September 18, 2019

Pejuang Bahasa

Satu dari hobi saya ialah memerhati Pejuang Bahasa. Ntah macam mana buleh minat, saya pun tak berapa perasan. Ia bermula dengan sembang blog. Pejuang-pejuang ni sokmo tak pueh ati dengan gomen. Paling dia tak pueh hati Dewan ler....

Tak pueh hati dengan Dewan, tak pueh ati dengan Menteri, orang politik. Kemuncak tak pueh hati ni ramai-ramai rakyat tukar kerajaan dari parti yang nampak lebih ikhlas, tak korup, lebih cerdik lagi berpindidikan dari yang lama. Memangla saya ingat bila dah tukar kerajaan semua dah ok. Saya nampak hero-heroin bahasa dah diusung Menteri sana-sini. Saya fikir tentulah sekarang mereka dah happy. Eh, rupanya saya silap. Awal minggu ni saya pergi seminar bahasa.

Saya follow sebab kat opis saya kalau bahasa-bahasa ni, tak kiralah apa bahasanya, tak de orang minat. Maklumlah kita ni selalu berbangga yang kita orang angka. Tapi auditing is all about reporting, nak tak nak kena menulis dan berbahasa jugalah. Sebab saya sukalah juga menulis-nulis, walau kalau tulis tu menyakitkan hati ahli bahasa, menjaham bahasa jerr, saya pergilah juga, sebab sekurang-kurangnya saya dapat khabar perkembangan perjuangan ahli-ahli bahasa ni.

Seminar yang saya hadiri memang sangat bagus, bikin saya faham sangat-sangat, kenapa penting kita jaga bahasa, apa masalah, apa yang bikin pejuang-pejuang ini tidak puas hati. Kita bidang kewangan, ni tak berdepan dengan kemelut mereka. Sebut kewangan walau kes korupsi melambak, ramai tak puas hati gitu-gini. Kita masih ada salurannya. Undang-undang yang memanyungi kewangan kita bernyawa dan berjalan walau idaklah segagah Panglima Perang dahulukala yang semua orang takut. Pondan-pondan Akta kita pun, kalau kau buat salah still ada bendalah yang unit intergriti, unit tatatertib buat. Pendek cerita, akta, undang-undang kewangan Negara disokong dengan penguatkuasaan yang jelas.

Ini tidak berlaku dengan Bahasa. Dia ada Akta, dia ada Federal Constitution yang cakap begitu-begini, tapi dia tak de satu mekanisma yang memberi nyawa untuk kata-kata dalam Akta dan Perlembangaan ini bergerak dan berdiri memanyungi bahasa yang cintai ini.

Jadi salah seorang dari pembentang kertas kerja mengusulkan tak banyak, sikit jak iaitu dia minta tribunal jer...Jalan tak jalan tu cerita lain ya. Manakala ahli fikir yang lain pula minta Maths & Science diajarkan semula dalam bahasa ibunda.

Hah, kan tak banyak pun yang diminta. 2 aje. Tapi dua ni memerlukan belanja. Apa-apa juga benda nak jalan kena ada duit. Duitnya saya kira bukan sikit. Lebih jimat kalau Menteri usung sorang dua tokoh, ikon bahasa dalam program-program Bahasa di Kementerian, lantik sorang dua jadi Pegawai Khas Menteri. Nak lantik semua, nak buang Juruaudit ganti Pegawai Menteri, mana bule macam tu. Lumpuhlah Kementerian kalau tak de Unit Audit Dalamnya. Yang saya nampak begitulah dia satu dua tiga ajelah yang Menteri boleh angkat. Angkat semua memang tak larat. Kementerian pun bukan ada duit tambahan pun. Apa yang ada ni pun banyak yang dipotong.

Jadi kita boleh jangka yang Menteri takkan layan permintaan orang-orang hebat ini walau saranan mereka ni penting. Patutkah Menteri layan. Saya rasa memang sangat patutpun. Kalau tak layan, kalau besok lusa ada benda tak bagus berlaku, benda buruk berlaku, saya yakin Menteri ada saham liabiliti di akhirat nanti.

Persoalannya kini, adakah Menteri akan buat? Itu kena tunggu seminar tahun depanlah. Kalau masih bincang benda yang sama, maknanya tak buat lagi. Benda ni akan dicakap-cakap-ulang-ulang sampai KERAJAAN BUAT. Selagi tak buat selagi itulah akan disebut dan diseminarkan.

No comments: