Wednesday, April 3, 2019

Resepi Pemakanan Seimbang

Nah... Hari ni marilah saya share serba sedikit tentang makanan sihat yang saya dah belajar... Mula-mula peserta diberikan Diari SMS. SMS tu singkatan dari perkataan Saya Mahu Sihat. Dalam dia tu adalah carta pasal makanan dan kalori.


DIARI SMS

Kalau kita tak pergi kelas, susah kita nak mengiranya berdasarkan buku ini sahaja. Itu pasal ada coach yang ajar cara mudah nak mencongak  kalori yang kita dah consume dalam sehari. Syaratnya bagi wanita kita hanya boleh makan 1,400 kcal sahaja dan bersenamlah.

Sifirnya mudah, makan sarapan, lunch dan dinner setiap satu 400kcal, darab 3, jadi 1,200kcal. selebihnya untuk sneaking. Dengan 400 kcal, apa ajelah yang kau boleh makan? Uish, mula-mula tu memang perut saya berbunyi kriuk...kriuk...kriukkkk gitu. lapar seh. Lepas tu coach betulkan portion, sampai hari ini rasa macam ok jerrr. Memang tak lapar pun dengan 1,400kcal tu.

Macam mana plak hari pertama lapar gile? ntah... Rasanya sebab saya kurang minum air. Hari kedua saya minum air banyak sikit, baru ok.

Owh 400kcal tu apa boleh kau makan ya? Banyak sebenarnya kalau kita pilih barang yang betul dan cara masak yang baik. Jom tengok gambar...contoh:-

Spaghetti Bolognese
Hah tengok gambar Spaghetti tu... hah nampak macam berat jeeerrr.... cer google barapa calorinya? 260 jeerrr ha ha... Tapi saya kira kasar macam ini:-

1 cawan spaghetti
 150 kcal

1 portion daging
(sebesar 2 kotak mancis)

 130 kcal

2 cawan sayur
(Tomat+karot + cendawan cincang)
   20 kcal

TOTAL
 300 kcal


Tengok tu ada extra 100 kcal lagi, kan? Itula boleh la makan buah sikit, boleh air lemon, bubuh madu satu sudu teh, ka. Memang kalau makan spaghetti tu aje memang lapar. Yang jadi kenyang ialah buah dan salad mentah tu, juga air kosong. 

Yang 260kcal tu mungkin tak ada daging. Tapi dalam plan diet ni mesti ada protien. Saya nak daging,kan...jadi saya tak tumislah. Iya kalau tumis lagi sedap, tapi kita nak jimat kalori, kita masak main rebus je. Rahsia yang jadi rendah adalah pada cara memasak. Kalau kita tumis pakai minyak, satu sudu makan sudah 135kcal. Jadi saya ganti minyak dengan daging...Memang la tak sedap, nak buat macam mana. Hidup serba sempit dan kena berjimat cermat ni memang tak best. Tapi tu,kan bila rasa baju-baju yang dah sendat-sendat tu mula selesa dipakai, rasa tak sedap pun semua hilang... gitewww

ok kengkawan... jom masak-masak. Masak cara sihat, tau.

No comments: