Tuesday, April 23, 2019

Kawan Saya 2

Lepas makan-makan, semalam saya watsap pulak kawan sebab saya terkejut bila puak yang dia, mereka tak berapa senang diangkat pulak jadi pemikir penyelesai masalah bidang kecintaan kawan. Kawan saya ni orang sastera. Iyalah cerita derang terpinggir, tak dipeduli memang dah lama dah.

Patutnya sastera letak lagi tinggi dari segala mak nenek ilmu yang ada. Tapi ntahlah di Malaysia ni jadi sastera tidak berharga mana pun. BUkan Malaysia aje, rasanya seluruh dunia kut benda jadi gitu. Orang lebih suka baca penulisan pop dari sastera. Sastera ni benda berat. Orang yang ada bakat intelek yang tinggi, bangsawan, Orang-orang Besar sahaja yang layak membicarakan pasal sastera. Elit gitu. Market dia keciklah. Orang Elit ni, berapa ramailah, kan? 

Dari kaca mata orang back ground accounting macam saya ni masalah derang ialah market yang keciklah. Lebih senang jual kueh karipap dari jual buku sastera. Saya nampak macam itu. Sebab susah nak jual, jadi hambar. Itu pandangan saya. Pandangan derang pulak, kalau susah kerajaan kena bantulah. Dari kerajaan lama dulu pemain segmen ini tak puas hati dengan usaha kerajaan. Masa itu mereka rasa macam kerajaan baru macam lagi intelek, bergeliga dari kerajaan lama. 

Itulah yang saya cerita semalam, sebabnya kawan saya ajak sokong tukar kerajaan. Lemau sangat,kan kerajaan lama dulu tu. Dengan masalah kerajaan lemau, dengan saingan bahan, pop, bahan Indie yang bahasanya tak ikut standard bahasa jiwa bangsa, makin parahlah masalah mereka ni. Gomen patut main peranan lebih aktif dalam menghidupkan sastera, dan membenteras gejala penulisan pop juga indie yang tidak melambangkan akhlak, adab, tata susila masyarakat Timur yang luhur ini. Itu demand mereka. Ingatkanlah bila dah tukar, ingat gomen baru ini ligatlah dalam usaha menghidupkan sastera molek dan membenteras penulisan gampang dan rendah mutunya. Tapi rupanya sama lemaunya juga.

Tambah lagi malang, gomen baru ambik pulak pemain Indie yang macam haram jadah (haram jadah ni pada kaca mata pemain sastera molek tegar ya.. kawan saya ok dia flaxible, indak perna dia kata budak2 indie ini Haram Jadah, tu. Dia pun banyak juga tu beli buku-buku terbitan indie) untuk merangka ntah apa-apa pelan yang patut dirangka. Mana pegi professor, tah, Doktor tah, sasterawan Negara tah, semua dah terpelanting. Diangkat pulak penerbit buku indie yang bukunya dikata-kata banyak typo error, penipu, tak bayar upah editor, proof reader, untuk all out dalam dasar sastera Negara? Nasib baik saya tak ada PhD dalam sastera, kalau tidak, boleh menyirap juga darah saya tu. Aku yang intelek ni ko tak panggil, ko panggil pula ntah sapa-sapa tah!!!! Penat tau aku belajar tetonggeng-tonggeng sampai dapat PhD, hah! ko tak panggil pun. Sampai Hati!!!

Tapi sebab saya ada master je. Master plak dalam bidang forensic accounting dan financial statement criminology, idaklah saya terasa apa-apa, pun. Alah dalam dunia crimonology memang biasa tu, orang tak ada PhD, kadang tak sekolah, boleh kalahkan orang bijak pandai tu. Jadi memang tak heran kalau Professor kalah dengan penerbit Indie yang kita tak pernah tau dia ni sekolah ka tidak. Tengok dari post-post FB dia macam orang tak pegi sekolah jak. Apa nak heran, apa nak pelik, kalau Menteri dia sendiri penuh dengan orang tak ada kelulusan tinggi, tipu sijil, tipu kelayakan bagai, memang sajak sangatlah orang yang rangka hal sastera Negara pun orang yang mungkin sekolah tinggi, tapi bahasa media-sosialnya macam pendedak-dedak, Cytro Key Board Warrior, atau pentaksub abang NON, Abg Long Fadhil, serta Abang-abang kakak social-media influencer bagai. Orang yang bukan sahaja tak de gelar-gelar Dr, Professor, dipangkal namanya, nama FB dia ntah nama betulka nama tipu tah tu, (identitinya tidak jelas) diangkat untuk menjaga ehwal orang berfikiran aras tinggi, intelek. Kesian. 

Tapi itulah yang terjadi sekarang ini. 

Dulu masa kerajaan lama, kemain bising derang demand nak semua yang tinggi-tinggi, pop tak mau, carut-marut-maki hamun tak mau. Hari ini apa dah jadi? Saya hanya boleh rasa kesian aje. Nak tolong memang tak mampu,lah. Saya akan lagi kesian, kalau Institut mereka yang mengutamakan bahasa lembut, halus, indah berkias, marahnya dalam tawa, apa-apatahnya bla bla bla,, ditutup, dana untuk institut disalur ke publisher yang cenderung kepada penulisan bahasa kasar bahasa bahasan-meroyan-royan ala-ala Cytro REd Bean Army.

No comments: