Thursday, April 18, 2019

Hari-Hari pun Jatuh...

Jatuh, Jatuh, Jatuh.....

Asyik jatuh je market.

Ini bukan cerita politik, tapi sebab actor dalam market kita ni Menteri, menteri itu bukan jawatan tetap berpencen macam penjawat awam, macam akauntan, KSU, Auditor bagai, tetaplah bila cakap pasal market, ia akan balik semula kepada menteri kewangan. Bila sebut menteri orang dah kata kita berpolitik dan cakap pasal politik. Sebab kita panggil dia Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, jadi macam kita membawang pasal ahli politik, bukan ahli ekonomi, walau sebenarnya kita membawang pasal prestasi CEO dan CFO/Chief Accountant.

Jom cerita pasal jatuh, jatuh, jatuh ini.

Daim kata lagi enam bulan "all is well".

Saya garu kepala, saya tanya kawan yang memang main market, kawan yang selalu optimis, jatuh bangun market hanya sementara. Kunun ini semua mainan spekulator yang hebat, duit banyak berkepuk-kepuk, boleh arah angin orang keluar masuk market. Kununya masa sekarang ni market jatuh, sebab orang tu nak jatuh-jatuh lagi sampai to the bottom pit, besok ramai-ramai berpusu-pusu masuk balik market dan market pun bullish balik.

Tapi tu hampeh betullah mamat sorang ni, diam je dia. Kenapa diam? Tak berani dia nak jawab. Takut dia yang kejatuhan kali ini sangat tak munasabah lagi tak ikut pattern-pattern terdahulu sebab unik pada Malaysia aje. Tau dia takut nak jawab, kalau jawab lepas 6 bulan naik, tapi tak naik-naik juga malu le dia kat kawan dia yang mental ini, hah! kan? Jadi tunggu 6 bulan baru memasing akan berbunyi.

Saya memang harap keadaan market normal-normal aje, tak unik. Tapi tu bila teringat War Lord dan macai-macai puak-puak kerajaan yang satu ketika dulu derang tu pembangkang / Najib Haters/those who say "I wanna teach, I wanna teach, Najib doing nothing to the country, all this because of The kebijaksaan, kebitaraan Tun", memang dalam hati saya berkata-kata "eh lagi padanlah muka derang kalau keadaan market ini unik untuk Malaysia sahaja".

Iyalah bila kita tengok Rafidah Aziz, betapa sombongnya dia bila dia kata "pelabur macam ini kita tak harap"... Kalau yang diharap pun ikut bukak langkah seribu? Macam mana? Memang dalam hati berdoa biar lepas waima 3 tahun pun Market tak bangkit terus. Baru padan muka kau semua. Masa tu bukan TH je, KWSP pun tak mampu nak bayar dividen lelebih.

Jahatnya? Tak baik wish-wish benda buruk kat negara sendiri. Tapi kalau dah bongkak sangat, langsung tak mau mengaku salah, padanlah muka tertiarap terus. Kita marhean apa ada masalah. Greece bangkrap, rakyat Greece ada jadi pelarian ka? kan? aish aish... tak baik tau mulakan hari dengan ill wishes.... kena banyak baca auzubillah ni.

tA tA.... wishing you all a wonderful weekend....

No comments: