Thursday, April 11, 2019

Cerita Dulu-Dulu 3

Sambung cerita semalam ya...

Dari cerita-cerita saya tegur "eh apa kata kau tulis bagus-bagus, jual bagus-bagus dari mengata-ngata baca buku so and so nanti masuk neraka" bertukar pulak cerita saya ini kakitangan gomen dari Neraka:- tali-barut/kaki bodek gomen; suka inaya orang.  Kira jenis opportunis, yang gemar menabur fitna-sana-fitna-sini, pijak memijak, tikam menikam untuk kepuasan dan kesenangan diri. Iyalah masa tu tahun 2006, 2007 kalau tak silap. Internet / media sosial masa tu semua kes tempat anti-gomen. Terback-up sikit gomen pun dah memasing meroyan gila-gila babi punyalah.

Masa tu kan, saya dapat rasa betapa kebencian meluap-luap bukan sahaja pada gomen, tapi pegawai  dan kakitangan gomen juga. Derang pandang serong jak kat orang gomen ni seolah-olah semua kami makan gaji buta dan makan dedak; apa tah lagi kerani cabuk macam saya ini, lagilahkan?  Tak padahal yang mengata-ngata saya gila itu orang makan gaji gomen juga. Kira derang ni lah seketul-dua, pegawai kompen ahli-syurga, yang sedang berjihad bermati-matian dalam pasukan gomen yang dah macam kerajaan hutan, applying law of the jungle, gitu. Kira saya pegawai calon ahli neraka, yang macam enau dalam belukar, pucuk saya sendiri lepas, sudahlah, kalau pucuk kau nak naik, saya cantas, saya pijak!!! hah jahat,kan? Isunya saya dah cerita dah dalam cerita dulu-dulu, jadi tak payah ulanglah ya. Nak ulang juga? Baik saya ulang, jangan bosan, sebab kita orang perempuan ni makin dah tua makin dia suka mengulang-ulang cerita lama...

Ceritanya, satu badan gomen dah antar penulis nereka ke Majlis penulis kompem ahli syurga. Cerita sebenarnya katanyalah nak antar ada sorang penulis tu sebagai pembimbing penulis, tapi dia banyak songeh nak claim macam professor, sedangkan dia kelulusan SPM je. Pastu mengada-ngada pula mengarah-arah itu ini.  Gomen dia macam ini, kalau dah bajet lulus untuk pembimbing gred SPM, tak boleh senang-senang nak tukar kepada pembimbing gred PhD. Means to say kalau kau SPM kau tak nak pergi kena ganti orang SPM juga. Kalu nak ganti PhD susah, banyak kerja. So gomen pun pilihlah ka sengaja pilih ka, tak tau kita,kan... pilihlah si penulis neraka ni tadi untuk membimbing segerombolan penulis kompen ahli syurga.

Apa lagi mengamuklah. Program kat luar negara. Lepas program geng-geng kompem ahli syurga ni mengaruk sampai bertahun-tahun gitulah rasanya. Sampai hari ini saya tak pastilah derang dah sedarka tidak yang kemengarukkan mereka tak ke mana. Buku derang pun tetap suam-suam kuku juga, buku ala-ala neraka makin glemer. Buku derang ada juga yang laku, tapi tetaplah tidak boleh tanding buku-buku neraka ni tadi....

Berbalik kepada kenapa saya pula yang kena? Sebab saya bodoh cuba nak terang pasal ini,lah. Pasal claim, pasal peraturan gomen. Derang kata, tak kira apa peraturannya, sekarang Gomen dah buat salah gomen kena minta maaf sebab dah bawa ahli neraka dalam majlis ahli syurga. Kau ingat gomen nak minta maaf ka? Hurm... HARAMMMM... tetiba tttuttuttu tuttut, one of the best ahli syurga pula pada tahun-tahun berikutnya kena ban dengan gomen. Alahai.... sebab saya ka? Saya tutup periuk nasi dia? Sapalah saya. Sayakan orang gila. Takkan gomen dengar cakap orang gila. Saya kije kerani, bukan kije pegawai ban-ban buku orang. Bila dah kena ban, masing-masing pun keluar duit sendiri, terbit buku sendiri.

Dah kayakah derang? Ntah, tak ada keja saya nak teropong dompet orang doe, tapi penerbit terpekik terlolong kata derang masih tak kaya-kaya lagi dan minta kita beli buku, so that mereka boleh kaya. Tapi tu,lah saya ni berapa banyak buku yang saya boleh beli,kan? Lagi pula dah tua-tua macam ini baca-baca sikit dah mengantuk.  Jadinya buku nereka saya tak baca, buku syurga pun saya dah tak baca lagi. Tak mengapalah dikata-kata bodoh, bebal sebab tak baca buku, dari membaca kalau tak terlelap, mencebik-cebik pulak, berkata dalam hati "apa jadahlah kisah yang dia tulis ni?"

So donelah kiranya kisah saya dengan sastera, penulisan kreatif dan buku. Kita buka buku baru. Buku eat clean dan healthy life style.

No comments: