Saturday, June 25, 2011

Perihal orang gila

“kita bukan gila kuasa tetapi kita nak halang orang gila dari berkuasa”
YB Zulkifli Noordin

“Memang kita gila kuasa sebab kita nak rampas kuasa dari orang gila”
Abang Mat

Adakah orang gila yang dimaksudkan oleh YB Zul dan Abang Mat itewww orang yang sama? Seeloknya hukuman gila itu hanya datang dari doktor pakar. Lagi pula dalam dunia ini memang kedapatan manusia seperti John Forbes Jr yang bergelut dengan penyakit gila namun akhirnya berjaya, cemerlang, sehingga buah-fikirannya mendapat pengiktirafan yang tinggi..

Jika kita tak mau, tak suka pun dengan kepimpinan seorang pemimpin, ambillah ia atas alasan, kelayakan akedamiknya yang tidak berapa begitu baik dan rekod perkhidmatan yang lepas-lepas itu agak huru-hara dan kucar-kacir, dulu. Buat masa ini belum ada pakar yang mengistiharkan nama-nama pemimpin yang menghidap sakit gila. Bukannya apa, buatnya dia memang sah tak gila, bimbang anda yang 100% yakin tak gila pulak nanti jadi gila akhirnya.

No comments: