Thursday, June 23, 2011

BARANG BESAR

(sooo gooooddddd)

Pada hujung Mei lalu kerajaan Najib umumkan pembekuan urusan pengambilan pekerja baru bagi urusan audit bagi mencapai objektif “lean management, governance” gitu-gitulah. Urusan pembekuan ini berjalan sehingga Ogos ini.

Bermaksud di sini, macam saya cakap dulu, saya mengutuk Amerika yang gemuk. Dari segi pentadbiran sehingga mereka terpaksa memikul beban deficit yang tinggi. Kita juga menghadapi masalah yang sama kalu tiada sebarang langkah yang bersesuian diambil. Konsep “lean Management” adalah satu konsep yang PM kita fikir baik untuk mengekang kita jadi terlalu besar, tapi lembab, sukar untuk bergerak , lambat buat keputusan, dek kerana kebesaran tadi.

Di opis saya memang mereka melobi yang jadi macam negari lain, ntah apa struktur yang diguna pakai kita pun tak tau, tapi yang kita tau kalu rancangan ini diluluskan, kita akan ada 70 – 80 orang pegawai dan staff sokongan berbanding kini yang hanya 46 orang termasuk staff kontrak. Tujuannya ialah tak lain tak bukan bagi membolehkan lebih ramai orang dapat rasa 44, 48, 52 dan seterusnya dan seterusnya. Kalu ikut nafsu kita nak Pejabat Pelajaran kita di ketua oleh JUSA turus Alah kan he he he….

Kita pun tak faham, tapi kita faham kat Jasin ini ada SBPI Selandar. Katalah Sekolah ini jadi “grand” gitu. Grand gila babi se”grand” MCKK, STF, TKC, dan rakan-rakan. Diketua oleh JUSA gred B, C, A. Ko ingat mau ka pengetua gred JUSA ini ‘pandang” pada bos kami yang hanya bergredkan DG52 itu sahaja? Wajarnya pengetua tersebut tak patut rasa diri mereka lebih “tinggi” dari Pegawai Pelajaran Daerah dan pasukan beliau, tapi hakikatnya manusia memang susah…susah nak “dengar” cakap orang yang mereka rasa lebih “rendah” dari mereka.

Ntahlah…gitulah cerita pasal orang lobi-melobi mau jadi “besar” tanpa memikirkan harga kepada sebuah “kebesaran” yang diidam-citakan. Sometimes we forgot to think the price for heaving big thing. I like benda besar. Who don’t want barang besarkan. Tapi kita sering terlupa mengukur adakah bekas kita cukup besar untuk menadah bahana dari barang-barang besar ini he he he….

No comments: