Friday, July 23, 2010

KUKU



Weekdays yang lepas, sebelum saya mid term break, saya lepak-lepaklah kat Masjid sebab rasa macam mengantuk sangat, tak larat nak study kat Siti Hasmah Library tu. Kita ni orang kata dah terbiasa kalu masuk masjid mesti pakai sopan-sopan. Kat kat luar sana, ada masjid yang kaya budget akan menyediakan jubah dan tutup kepala bagi wanita yang tak menutup aurat, tapi masih nak melawat masjid gunakan semasa mereka memasuki masjid.

Tapi di MMU ni masjid memang flexible, free hair pun buleh masuk, pakai jeans pun tak mengapa. Saya, orang kata tu memang dah biasa tengok ahli keluarga saya pakai macam itu dah memang kita dah biasa dan tak kisah. Tapi tulah sebelum saya mid term break hari tu, eish memang ringan aje mulut saya nak menegur sorang minah tu. Dahlah pakai baju jarang, kuku pula cat warna pink. Eish, eish. Biasa kita Muslim memang ada yang cat kuku. Tapi mereka cat masa mereka datang bulan.

Saya pun tak mau rasa sendat-sendat dada, tak mau pening-pening, ah lantak kolah budak, lagi pun takkanlah masjid tu tak ada penguasa masjid. Takkanlah dia datang bulan dia sendiri tak tau bila datang bulan tak boleh lepak-lepak dalam masjid? Saya assume, saya tak tanya pun dia datang bulan ka tidak. Kalau tak datang bulan, takkan tau tau kalu cat kuku, bila nak ambil air sembahyang, air tak sampai ke kuku, wuduk tak sah, sembahyang pun tak sah sama?

Ntahlah budak perempuan sekarang ni, takkan benda kecil-kecil pasal basic personal hygiene pun orang luar nak ajar dan bagi tau. Mak ayah dia mana ye?

No comments: