Friday, July 9, 2010

Jangan bergundah-gulana





“17. Bangsa Melayu akan menjadi Arab yang ditendang keluar dari khemah oleh untanya. Bangsa ini akan senasib dengan bangsa Melayu yang merempat di Temasik (Singapura). Bangsa ini akan mengulangi azab yang ditanggung oleh ibu bapa mereka semasa Bintang 3 berkuasa selama 14 hari pada tahun 1945 – disiksa, dibunuh, dibakar dan dirogol. Bangsa ini akan senasib dengan orang Islam Uighur di Xinjiang yang dikejami oleh kaum Cina Han. Na’uzubillah.”

Paranoid? Ntah benda tak berlaku lagi. Petikan ini saya ambil dari dalam bloglah. Dalam blog sesapa pun buleh tulis. Mungkin juga penulis kira dah naik tahap sort of kalu macam kita baca kisah-kisah Greek dan Rom, kira sacred sorceresslah gitu, yang ada kebolehan ajaib lihat masa depan. Buat kata Faisal Tehrani pun dalam radio IKIM “penulis ini dia juga peramal” Kalau fikir-fikir sangat, boleh demoralized, hilang semangat, kang takut nak pergi kelas.

Maklumlah MMU ni ramai Cina. Tak pepasal dengan classmate sendiri pun kita takut. Semua orang nak rogol kita. “Tak pepasal, lecturer tanya, Mardhiah mana? Dia kena tahan wad, paranoid disorder”. Ya Allah tinggal lagi beberapa bulan jah nak habis ni, biarlah semua segalanya berjalan lancar.

Tak kisahlah eh. Yang penting kita konsisten solat, doa sama tuhan kita selamat. So far so good. Saya tidak ada masalah dengan kengkawan Cina, jadi memang susahlah saya nak bayangkan kawan-kawan saya bertukar jadi perogol bersiri selepas DAP memang esok. Minta dijauh Tuhan, selisih malaikat 44. Saya fikir nak tunjuk artikel ini pada kawan Cina saya dan tanya jah “nanti ko dah menang ko nak rogol kita orang ka?” Kalau saya buat macam itu mesti dia orang berkecil hati dan ntah2 akan cakap balik “hey kakak gemuk, cerminlah diri tu dulu, jangan nak perasanlah, tak selera kami nak rogol kakak.” in return sebab membalas rasa sakit itu. Orang baik-baik, hensem-hensem pi kuliah, nak jadi akauntan, nak bersama membangun tamadun negara bangsa, dikata-kata bercita-cita nak merogol dialah pulak. Tak ka itu satu penghinaan yang sangat memedihkan namanya tu?

Let saylah dosa kaum Melayu ni memang dah teruk sangat, hingga Allah nak beri kita azab seperti di atas dalam masa terdekat, saya doa eish kalu mereka nak siksa pun terus bunuh ajelah. Rogol-rogol ni minta dijauh Tuhan.

Cerita pasal rogol ni, dulu masa Jepun menduduki Tanah Melayu, tentera Jepun memang terkenal suka merogol. One day nenek saya pulang dari sawah, tetiba truck tentera Jepun lalu. Kreeet, pastu berhenti. Nenek sudah dig dag dig dag dig dug, namun terus berjalan dengan selamba dan berdoa-doa dalam hati. Tentera jepun pula terus bercakap-cakap sesame sendiri, menyebabkan nenek jadi tambah takut dan berjalan sambil menundukkan kepalanya.

Tak lama truck itu pun terus berjalan. Nenek rasa sangat lega. Nenek kata, “mujur hari itu aku mau pulang cepat ke rumah. Biasanya aku akan cuci-cuci kat benteng, Hari tu dengan selut-selut aku pulang, kalau tak, hmm tak taulah.”

No comments: