Saturday, July 3, 2010

Entiti Suci

Ayah saya ada ajarkan satu ayat quran, tapi saya tak ingat ayat apa. Ayah kata, (sikit lebih kuranglah gitu) sesungguhnya Allah dihinakan oleh orang-orang jahil/kafir kerana perbuatan orang Islam sendiri. Maksudnya ayah kata gini, contoh kita nampak orang pagan sembah roh pepohon dan tanaman bijirin, sembah roh nenek moyang, kita ejek-ejek mereka. Pada mereka semangat dah roh itu sacred dan bukan barang mainan, maka sudah tentu mereka marah, macamlah kita marah kalau ayat-ayat quran kita orang buat mainan. Maka atas kejahilan/ketidak tahuan mereka, mereka menghina dan mencaci-cerca Allah swt.

Samalah kiranya macam penyokong toto’ Anwar. Mereka sudah menganggap Anwar sebagai sacred. Walau kita yang biasa-biasa ni tidak nampak kesaktian Anwar, tak molek benar jika ditulis teruk-teruk diberikan gelar buruk pada manusia yang sudah menjadi sacred entity. Ada kelebihan yang dia ada, kita manusia biasa tak adalah tu, yang menjadikan dia begitu berpengaruh. Sedangkan Allah pun orang sanggup keji dan hina dek kerana niat baik mau mengajak tukar-sembah Allah yang hakiki dengan mengata salah pada benda yang mereka sangat sayang dan sembah, , inikan pula satu pertubuhan politik yang ahli dan pemimpin-pemimpin pun sikit lebih kurang banyak kelentong juga.

Perbuatan mengejek memberi gelar buruk pada Anwar itu mengguris hati penyokong-penyokong dia. Orang besar macam Anwar dia dah mangli dengan gelar-gelar buruk ni, kalau sikit-sikit dah kecik ati, mana mungkin dia boleh jadi orang besar macam hari ini. Ini boleh mencetuskan perbalahan dan boleh mengakibatkan perpecahan antara sesama kita. Sedangkan Allah amat menyukai agar kita saling kenal-mengenal dan hormat menghormati seperti yang disarankan secara specific dalam ayat Quran surah Al hujurat ayat 13.

Anwar ini memang seorang yang sangat istimewa, bayangkanlah orang sanggup bergaduh dan bermusuhan kerana dia. Orang sanggup menggelar saudara sendiri sebagai agen/anjing suruhan rejim Mahazalim kerana dia. Orang sanggup memulaukan saudara sendiri kerana dia. Ntah-ntah ada pasangan suami isteri bercerai, pasangan kekasih break-off pun kerana dia. Itu pasal dia sangat istimewa. Sangat berkemahiran luar biasa dalam bab punah-memuhan, putus-memutus ni. Boleh tak kita listkan nama pemimpin dunia yang sehebat dia?

Ntah setakat ini saya belum terfikirkan nama-nama besar yang orang sangguplah bermati-matian bergaduh nak mempertahankannya. Nama paling besar, yang saya boleh fikir ialah Nabi Muhammad. Sahabat bermati-matian melindungi dan memperkasakan Islam, bukan Muhammad. Muhammad pernah kena baling batu, baling taik masa berdakwah, tapi tak de plak, orang Islam reramai pi serang balik orang yang dah buat dajjal pada baginda itu. Ada kita dengar dalam sejarah, orang Islam menyerang sebab marahkan perbuatan orang Taif yang menghina dan menyakiti nabi? Jadi bolehlah kita simpulkan Anwar Ibrahim ni, di mata penyokongnya, lebih hebat dari Nabi sendiri.

No comments: