Sunday, July 18, 2010

Kalaulah boleh Dua



Terkecoh-kecoh they alls, they alls ni sumer menilik sapa bakal pengganti Najib. Memang ramai orang percaya dan saya sendiri pun percaya UMNO menghadapi krisis pemimpin pelapis. Ramai orang salahkan Tun Mahathir. Uncle saya pula ada teorinya sendiri. Dia kata UMNO lesu dan tak ada pemimpin pelapis berwibawa kerana masalah politik wang. Uncle kata Anwarlah yang bawa budaya politik wang dalam UMNO.

Saya pula ada teori saya sendiri. Saya tidak salahkan sesiapa, tapi saya heran bila jadi orang politik jah sekelip mata mewah. Teori saya ini hasil bacaan karya-karya kreatif dulu-dulu. Cerpen yang dihasilkan selepas merdeka, zaman-zaman 60’an dulu. Ceritanya seputar ahli politik Melayu yang sebelum jadi ahli politik itu mereka merupakan pemimpin pejuang kemerdekaan. Masa tu rata-rata orang Melayu susah. Berapa keratlah yang ada kereta.

Bermaksud mereka pergi meeting-meeting bincang pasal merdeka turun naik kenderaan awam aje. Sejurus kita dah merdeka dan mereka dah jadi YB, tauke-tauke kapitalis pun mulalah bawa itu, bawa ini. Kalau dulu mereka tak kisah naik kenderaan awam pergi turun naik hotel, lepas jadi YB, tetiba jah tak bolehlah pula. Iyalahkan naik-naik bas ka teksi, ka nanti kene serbu orang ramai nak bersalamlah pulakkan. Nanti lambatlah pula sampai kat tempat meeting kan. Jadi bermulalah satu bentuk penjajahan bentuk baru. Penjajahan termakan budi, kemerdekaan tergadai. Makanya selama dulu lagi penjajahan bentuk ini sudah berlaku.

Yang elitis, yang punya modal itu yang berkuasa menentu dasar dan hala tuju Negara. Pemimpin politik Melayu memang tak ada kemerdekaan mutlak dalam membuat sesuatu dasar Negara. Jadilah kita Negara sekerat ular, sekerat belut. Separuh British separuh Islam, terkadang itu terlebih British dari British sendiri pun ada. Orang kata keluar mulut rimau masuk mulut naga.

Jadi yang sebenarnya politik wang itu sudah wujud dalam parti yang memerintah Negara kita sejak-sejak azali lagi. Cuma dulu orang terima rahsuah sorok-sorok, tapi zaman ini rahsuah politik sudah diglemerkan dengan nama lobi melobi. Atau dilemburkan sikit, dipositifkan sikit tonasinya dengan politik wang. Kalau sebut rahsuahkan keras tu, haram, mati masuk neraka, kalau sebut politik wang, kuranglah sikit kerasnya. Ala, masalah disiplin jah antara disciplinary board atas dunia saja. Masing-masing masuk politik jah akan cari pelobi top 10. Kalau orang tu masuk politik tak tau melobi orang itu kolotlah. Itu pasal saya selalu kata kuasa sebenar terletak pada kuasa beli, bukan kuasa politik. Kalau kita banyak modal, kita akan ada lebih berkuasa menentu dasar dalam sesebuah organisasi.

Saya bawakan kisah yang saya baca dalam online note saya cerita pasal Gillete dan P&G. Mula-mula P&G ini mereka beli saham aje, melabur gitu-gitu aje dalam Gillete. After sometimes, ntah macam mana tah saham P&G makin meningkat dan akhirnya ia melebihi 51% pegangan saham, maka kini P&Glah yang memiliki Gillete. Pada 1 Oktober 2005 lengkaplah penguasaan P&G dan berkuburlah Gillete Company.

Dalam politik, pengusaan (pemilikan saham) di”aquire” melalui kuasa undi. Kalau cara fikir berpolitik macam cara fikir orang berniaga….. maka omong-omong yang dulu ramai anggap omong kosong tak logic blogger-blogger muda yang ingin mengkuburkan UMNO, B end memang akan jadi kenyataan.. Logically, once a party kalah dia akan jadi pembangkang, so no waylah parti orang Melayu tertua Negara akan berkubur. Itu kalau logic thinking, two way parti system. Tapi dalam Malaysia ini mana ada 2-way party system. Cuma ada satu, satu satu.

No comments: