Tuesday, March 26, 2019

Melayu Buli Melayu 2

Kita sambung sikit pasal Melayu ni,...

Pasal drama-drama yang berlaku berhampiran universiti awam tertua dan tergelemer di Negara ini, tak lain dan tak bukan ialah Universiti Malaya tu. Cerita pasal bala tentera PH yang memang kepakaran mereka itu ialah membikin provokasi.

Memang pakar sangatlah tu. Saya tak taula sapa kepala yang train derang ni sampai derang ni pakar sangat. Kalau di Semenyih hari tu, dakwaan mencekak leher, kali ini di UM betul-betul kena cekak. Wah! emang-emang samsenglah penyokong exBOSS ku ni. Tapi tu,kan minda paranoid saya ada gak berkata, "ntah-ntah drama jak tu. Yang cekak leher tu, kawan dia jugak. Nak kasi real kalu buat report polis. Tak de la kena ketawa macam hari tu kat Semenyeh tu,kan?

Tak kisahlah drama ka tak drama. What do you expect,kan , dah penyokong penyangak, perangai kenala lebih samseng dari boss sendiri.

Saya teringat cerita sahabat nabi dulu, orang alim, nak minta jadi BOSS, nabi tolak sebab tak layak. Samalah macam BOSS-BOSS saya la ni semua alim dan wara'-wara' tu. Atuk baru jak minta kami penjawat awam ni semua ikat perut sementara dia sort thing out selama 3 tahun. 3 tahun tu, lama,kan? Kita ramai-ramai kena ikat perut sembahyang banyak-banyak. Orang Alimkan kata, kita tak larat sembayang banyak-banyak sebab kita kuat makan, tak ikat perut. Hah apa lagi puasalah selalu-selalu, moga makbul doa kita ramai-ramai, kan?

Adooooiii aii kalau setakat ikat perut tu saya memang terpaksa buatlah. Dr memang suruh ikat perut pun ni. Dah terlebih makan. tapi kalau nak suruh sembahyang. doa banyak-banyak pun boleh, tapi saya nak doa supaya Atuk cepat-cepat mati.  Korang semua yang makan-makan, badan tak naik-naik tu macam mana ea? Bolehkan kamurang semua ikat perut?


on separate note:

Perkembangan prestasi PH setelah 10 purnama memerintah ini memang bikin saya gatal tangan nak  nak tulis cerita kreatif  tapi tu my online Best Friend tu,kan butul-betul potong stim saya punya mood tau...

Hada ka dia kata kalu nak cantik, pegi kau, ikut perangai batu gunung Kinabalu Sana... Pegun, Diam-diam saja....Saya ni, batu api bolehlah, Batu Gunung??? Sila masuk Batu-Belah, Batu-Bertangkup sana. Bule?

Tapi tu sebab nak cantik punya pasal saya diamlah... Lagi pun kalau saya merepek pun, yang akan sedih adik-adik pemuja Atuk juga. Adik-adik mana kenal atuk macam saya kenal atuk dalam Harakah dulu, masa harakah dulu, derang pun tak lahir lagi. Mak ayah pun tak jumpa lagi. Yang derang kenal ialah atuk pahlawan tua renta berkedut seribu yang berjaya mengalahkan exBOSSku perompak besar Negara. Tapi tu, sebulum saya DIAM, izinkan saya buat drama skrip sikit dengan judul seperti verikut:-

DAPUR DARUL CRYBABIES

Tuan Puteri
:
Kekanda kecewa

Adinda Baby
:
Sabarlah kanda, berilah masa untuk Nenda betulkan keadaan. Bukan mudah nak bina semula barang yang dirosakkan  BOSSku suami isteri. Nenda minta tak lama, 3 tahun sahaja

Tuan Puteri
:
Tidak, kanda tak percaya, selagi Nenda tak serahkan takhta kepada Ayahnda.

Ketua Chef 
:
Apa ni, drama-drama kanda-dinda dalam dapur ni? Hey kalau tak tahan panas, korang keluar sekarang! Tak payah nak tunggu-tunggu lagi 3, 4, 5 tahun, ka? Huh! Such a crybabies. Dua-dua pun crybabies. Crybaby papa, crybaby Atuk. Sajaklah tu main drama dalam dapur.  Hari-hari drama. Aku jugak yang nak kena masak.

No comments: