Wednesday, March 20, 2019

Insecure ka Melayu?

Freud kata dalam hidup, id dan superego sentiasa bertarung antara satu sama lain. Kalu id menang, manusia akan feel bad, sebab yang patut menang ialah superego. Bila dah kalah, untuk tidak rasa feel bad, manusia akan resort to ego defenses. Defense mechanism ini tak lain ialah untuk melindungi persaan serba salah ekoran tindakan-tindakan mereka yang telah menurut hawa nafsu.

Orang kalau dah turut hawa-nafsu, pergilah minta ampun kan? tak, tak denya dia nak minta ampun, tak semua orang kuat untuk mengaku bersalah. Apa dia buat ialah membina tembok ego untuk terus mengatakan nafsu dia betul.

Saya nak cerita sedikit pasal salah satu dari ego defenses yang banyak ini. Saya nak ambil Projection. Projection ni contohnya, kau benci si A, tapi super ego, kau cakap "haish tak baik benci-benci" super ego kaulah, superego saya ok jak. Dah ko perangai surupa setan, apasalahnya saya membenci, kan? Mungkin ini antara ibu dan anak atau anak dan ibu. Mana bule dua ni saling membenci. Let say anak benci ibu, dia cakaplah dia dia benci dia. hah gitu..Or adik beradiklah kan, gaduh. Dia yang benci family dia, tapi dia cakaplah family dia benci dia.

Ok mari kita zoom pada cerita sebenar. Saya baca dalam paper yang saya rasa satu lagi naratif songsang. Kau tau ada dia kata saya tak berjaya sebab ada rasa tak selamat dengan bangsa lain, bla bla bla...malas nak tulis kau bacalah apa dia kata ya di sini

Eh perasankan saya? betulka dia ngata saya? Apalak saya perasan, dia ngata Melayu. Saya Melayu. Betullah apa dia cakap tu tak betul. Saya mana ada macam itu? Saya tak taulah engkau macam mana? Tapi saya memang tak ada rasa itu. Jadi, sebenarnya Dia yang rasa insecure, dia kata Melayu pulak yang ada rasa macam itu. Projection lah tu.

Memanglah saya tak berjaya, tapi tidaklah saya rasa tak selamat. Tengok ajelah, punyalah rasa tak selamatnya dia, dah tua-tua bangka pun tak sudah-sudah nak fitna orang. Kalau kau baca Harakah, Dia agaknya dalam hidupnya tak tahulah berapa kali ntah id dia menang, kan? Kalau kau kije Big-SIX zaman-zaman 90'an dulu semua orang bergossipkan dia sebagai CEO syarikat RM2. Maksudnya apa tu? Maksudnya superego dia kalah, dia tak berakhlak. Akhlaknya rendah. Kenapa? Dengan dana RM2, bukak syarikat, pinjam duit buat rumah bagai, pastu jual. Untung juta-juta. Kalau kau meniaga modal RM2; untung juta-juta, bukan kau bijak, meniaga, tapi kau bijak ke lain.

Kalau kau baca Harakah juga, kau mesti dengo citer dia amik duit bank negara main saham. saham untung oklah, bila rugi... hah telopong, dia buat derk, Gabenor bank Negara yang kena. Dengar cerita waris tak boleh maafkan benda ni, sebab fitna bapak derang yang main. 

I tak boleh quote Harakah kat rumah you, takut adik-adik I murung, so I quote kat sini. dia tak baca. bolehlah aku menceceh. Bukan Atuk je ko tak ble kutuk. Best friend Atuk pun tak berani saya nak kutuk takut mereka murung.

So kau agak kenapa id dia asyik menang je? sebab dia nak kaya. Dia tak ada modal, jadi dia guna kedudukan dan pangkat, juga kawan baik dia untuk dapat modal buat rumah, main saham. Kenapa dah tau tak ada modal, nak juga berniaga, main saham? Sebab nak kaya. Kenapa nak kaya? Sebab rasa insecure dengan bangsa lain. Dia malu dia miskin, kawan-kawan bangsa lain dia kaya, dia nak kaya juga. 

Jadinya sapa yang sebenarnya rasa insecure? Saya atau Dia. Betul saya tak kaya, tak berjaya macam dia, tapi saya tak pernah rasa insecure. Saya tak taulah kalau kau, macam mana?

Mungkin kau, Minah, Joyah, Jemah, dan geng-geng engkau ada rasa insecure pada bangsa lain, tapi saya tak ada rasa macam itu. Dia tak fitna kau, sebab betul kau tak berjaya sebab kau rasa insecure pada bangsa lain, tapi dia fitna saya. Saya tak berjaya sebab saya malaslah bukan sebab insecure sama bangsa lain.

Tapi tak usahlah kita kata dia fitna saya. Buruk benau bunyinya. Kita cakap je dia memprojekkan dirinya yang insecure dia pada saya sebagai "ego defense"nya. Ceh, cakap rojak-rojak barulah jelas, berbunyi saintifik lagi tak menghukum, kan? Kau rasa kalau aku cakap macam ini ada orang nak tumbuk muka saya tak?

No comments: