Wednesday, January 9, 2019

Udang balik Batu?

Minat seni yang tetetiba terbit, pada kawan saya yang ditulis semalam mengingatkan saya pada cerita Ibu mertua ku.

"Siapa Kassim Selamat? Loyar, majistrate, doktor?"

"Apa? Ahlil Music?!!!!"

Teng...teng... teng....teng

Begitula zaman itu, betapa orang memandang rendah pemusik, seniman.

Hari ini saya rasa kalu dengar boyfriend anak kita tu artis, lebih-lebih lagi recording artis ka, yang dah keluar movie, ka mesti mak ayah rasa seronok. Terutama yang ada business kecil-kecilan, jual jamu, ka belacan ka, katering, ka... kan? boleh tumpang glemer, tingkatkan sales, bagai. Kalau dulu Nonya Mansur dapat menantu Lawyer, hari ini mungkin menantu lawyer fikir it is such good idea dapat menantu retis supaya boleh tolong promote firma guaman mentuanya secara indirect. Iyalah sekarang saingan makin banyak. Nak iklan besar-besar mana boleh. Kebetulan pulak kawan saya tu seorang Peguam

***

Tapi kalau kau nak tau, mak saya bukan macam Nyonya Mansur, pembenci seni. Mak peminat seni, terutamanya seni sastera. Zaman kecik-kecik dulu, budak-budak sebaya saya akan dinobat sebagai mempunyai kepintaran berfikir secara kristis, kalau pandai mengutuk retis. Jika sikecil mengutuk mencarut, mak ayah, abang kakak turut mencarut berjemaah. Saya cuba bikin benda yang sama tapi saya dapat satu cubitan di peha dan kata-kata marahan begini. "kau dah kenapa? orang tu masuk TV dapat duit, kau duduk mengutuk, TV pun kau tak muat nak masuk, kau dapat apa"

Hari ini saya tunjuk lukisan kawan saya kat mak. Mak cakap, "apa lukis macam hantu tu, nanti besok dapat anak kenan macam lukisan dia"

"Picasso la mak"

"owh Picasso. Abstrak? Laku la tu?"

(see... mak saya kenal Picasso, tau, mak kau ada?)

"Sikit-sikit je. Tapi tu, dia gigih betullah jaja lukisan hantu dia ni walau tak laku"

"Biarlah. Contohi kegigihan dia tu"

Terakhir saya cakap "mak dia nak upah profesional plak lelong lukisan dia, lepas ni boleh jadi kaya macam ayah Emma Mak Embong"

"hurmmm iya la tu kaya. P Ramlee pun kaya dan orang ingat lepas dah mati"

Saya pulak terkejut "eh mak ni, doakan ajelah dia kaya dan orang ingat sebelum dia mati lagi. Dah mati nak buat apa?"

"iya lah"

Apa yang saya tulis panjang-panjang ini ialah bukti aprisiasi seni dan sastera yang genuine, turun dari mak ayah. Bukan nak menempel kat retis sebab nak tingkatkan jualan periuk belanga atau pinggan mangkuk, atau apa-apalah perkhidmatan kita yang suam-suam kuku tu jak.

No comments: