Wednesday, January 16, 2019

Mak Lampir, Satu Anlisis Ringkas

Politik Malaysia ni memang best. Yang paling best ialah perang cyber, perang bunuh-bunuh karekter. Hari ini ada sorang mamat keyboard warrior ni come out with watak Mak Lampir. Saya tak tahula pada sapa dia tuju. Dia pasal benda alah ni dia tak kisah, dia main hantam saja, ada ka idak Mak Lampirnya tu. Dulu YB Zuraida digelar sebagai Mak Lampir oleh siapa? ntah. YB memang tak berpendidikan tinggi, tapi nak kata YB berbomoh bagai sebab nak jadi YB itu satu kerja yang sangat keji lagi jahat.

Jika kita nak menyelidik kepada siapakah gerangan Mak Lampir ditujukan, kita tengok sapa di belakang penulis. Penerbitan mana yang menyiarkan tulisan dia. Power juga penulis ni sebab tulisannya masuk dalam Malaysiakini.

Kita tau Malaysiakini adalah lidah DAP. Jadi kita tahu, ia sama ada dituju kepada PKR, sebab kita tau Bunga tak de bunga. Yang ada cuma gegediks macam Syed Saddik dan Dr Maszlee selebriti. Kepada siapakah gerangannya Mak Lampir ini ditujukan?

Kita juga nampak ada macam berebut PM selepas Mahathir. Ada orang kata antara Azmin dan Anwar. Ok DAP lagi selesa dengan yang mana? atau soal sekarang DAP lagi tak suka, tak percaya sapa? Antara Azmin dan Anwar mana yang lebih "deeply religious and conservative". Mak Lampir ini perempuan. Jadi perempuan Azmin atau Anwarkah yang lebih mirip kepada Mak Lampir?

Bagi anda yang belum membaca kalam jahat panglima papan kekunci ini boleh klik sini.

ok siapa pula yang menulis naratif Mak Lampir ni? Dia adalah Naib Ketua Pemuda PKR. Hurm...musuh datang dari dalam, disokong oleh musuh dari luar. Ko agak? Mati tak Abang Non, ini kali? Cat has Nine Lives, tak tau ini Nyawa Bang Non yang keberapa tah. Ada lagi nyawanya idok?...Saya pun tak boleh nak mengagak apa-apa, dah. Kelam kelabu dah "kristal ball" saya.

Tapi tak kisahlah, kelam ka, kelabu ka, tapi Penulis itu memang jahat. Saya tak suka, tau doa-doa celaka ni, tapi hari ini saya pun nak buat perangai macam TSUB 1 saya, saya nak cakap macam ini

"eeiiihhhh, Syed Badlishah Syed Osman ni. Memang! Semoga CELAKA sahajalah yang menemani dirinya"

Saya marah bukan pasal cerita tu sangat tapi sebab dia tu gemuk. Bila gemuk, Abang Non boleh cakap macam ini "ala ko tu jeles lah, aku ni dah tua-tua, pun Jambu Amoi tak renti ngendeng aku. Itulah dia tu, tak reti-reti nak kuruskan badan, dah tak de life / Life dia pathetic, mulalah berdelusikan yang bukan-bukan"

Orang kita ni suka buat hasty generalisation, nanti habis digeneralised kan orang gemuk semua suka meracau melaga-lagakan orang. The Onar Maker, tak kau rasa tulisan dia sangat beracun bikin orang meneka dalam gelap, teraba-raba sapalah Mak Lampir yang nak aku tikam ni? Kalu Hannah Yeoh pun bule jadi Mak Lampir juga dia, kan? Theresa Kok pun boleh juga. Tapi so far Kak Wan la yang paling sipi-sipi macam Mak Lampir. Penat-penat hidupkan Abang Non, Abang cari Jambu Amoi gak.

Eh tak buleh ka kau tirulah cara mengelemerkan diri macam Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ka? Macam Syed Azmi peluk anjing ka?... Idaklah menjengkelkan, sangatkan? Ni buat cerita ngajak kita berperang dengan Mak Lampir, apa kau sudah gila? Zaman ni mana ada orang kuat berspritual ada masa nak berspritual-spritual sangat nak melawan Mak Lampir? Jika ada pun, dari dia lawan Mak Lampir baik dia pegi join Syed Azmi mandikan kucing, mandikan Anjing!!!

Memalukan orang gemuk macam saya je. Nanti orang kata si Gemuk, memangla, life derang tak sudah-sudah berdelusikan yang bukan-bukan.

No comments: