Tuesday, January 8, 2019

Self-actualisation...

Ramai orang percaya perkahwinan boleh menyelesaikan kemelut kejiwaan, walau kini makin ramai orang pilih untuk menyendiri sahaja. Apa guna berpasangan tapi jadi seperti orang asing. Itu lebih menyakitkan, mungkin itu kata mereka yang memilih untuk membujang.

Tak kisahlah ini bukan cerita pasal orang bujang, tapi orang dah kawen. Pelik saya dengan kawan yang ini. Saya heran kenapa dia masih terhegeh-hegehkan saya. Kami bukan ada persamaan pun. Rasa nak pelempang dia selalu-selalu ada, lah. Hey ko pegi usrahlah, pergi ngaji belajar taranum sana. Apa ni, nak ikut orang pegi melukis. Sikit hari orang pergi belajar main Kord keybord ni, nak ikut jugak! Nanti Naqibah marahlah, macamlah kita pulak yang buat kau lupa baca quran, nyanyi marhaban, lupa dah nak masuk 5-series, rumah kata pergi, kubur kata mari.

Eish!!! apa pasal kau tiba-tiba berminat pasal seni-menyeni ni? Betul ka dia minat seni penyokong tegar seni untuk seni / seni sebagai ekspresi diri atau saja-saja nak hips? Nak capai self-actualisation dengan memburu-retis-macam yang dia boleh nampak saya buat melalui timeline FB saya?

Saya buru retis? Mana ada!  Kebetulan kawan saya tu retis, saya bagi support jak. Tiba masa pencen, besok, saya akan mandikan kucing dan tanam sayur saja. Ikut-ikut retis sementara di bandar ini. Itu tu pun sementara lukisan kawan saya masih murah lagi, ni. Dia cakap tahun depan dia nak buat pameran solo dan harap lepas itu lukisannya jadi sangat mahal, semahal lukisan Picasso dan ntah apa tah lagi sorang pelukis tu. Besok dah mahal, tak mampu kita nak ikut dah. Yang mengikut tu besok orang kaya-kaya, kerabat-kerabat di Raja atau tokey money launderer. Kau mampu?

Saya skeptikal. Saya tak rasa kawan saya ini peminat seni. Tapi jaman sekarang macam the highest hierarchy of Maslow itu, bukan sahaja jutawan dermawan tapi art/seni/lukisan. Menteri pun beli lukisan Picasso nak up diri yang dia itu lelaki budiman setanding Raja Arab yang menderma RM2.6 billion untuk kempen politik parti lawan.  Jadi adakah kawan saya fikir dia boleh dapat self-actualisation kelas menteri dengan minum kopi hispter, ikut sembang-diskusi intelek dengan seniman, intelek genius? Atau dunia kita dah terbalik, orang timur sibuk nak jadi orang barat? Kenapa tidak lagi Tuhan berada di hierarchy teratas? Kenapa tidak marhaban, zikir, berzanji, bermunajat. Kenapa lukisan, puisi, nyanyian yang dah jadi macam sessi usrah kecil, yang diketuai oleh retis (artist) yang dieja tanpa huruf "s" dibelakangnya?


Perlukah saya bawa kawan saya ke usrah jenis baru ini? Hah! Saya akan bawa dengan syarat dia kena beli lukisan kawan saya. Aboden?....

'***

No comments: