Tuesday, January 22, 2019

Kawan Saya

Saya mula sembang isu hak-cipta-hak-harta-intelek dengan kawan yang ini, dah lama juga. Dah dekat nak sebulan. Puncanya saya pergi kekedai buku indie tu. Ada kawan saya yang memang "jangan kau sebut nama indie yang tu!!!", ouuiii macam gitulah marahnya bila tersebut nama itu. Tapi tu, kawan yang ni, dia jenis semua dia masuk. As long as dia tak sakit hati, dia ok jak.

Itu pasal sampai hari ni saya kawan dengan dia. Dia pernah cakap, dulu dia pun jenis-anti-meng-anti-juga... jenis berkelompok dengan "kawan-kawan yang kita suka aje". Tapi bila dia baca / follow Puan Ainon, dia dah tak macam tu lagi. Suami dia pun selalu nasihat, berkawan jangan pilih-pilih, kawan dengan semua.

Ok berbalik pasal sembang kami. Dia memang ok. Tapi kawan dia tak ok. Kena tipu. Kawan dah berumur. Selalu baik sangka dan tak sangka kawan sanggup tipu kawan. Biasalah tu. Bukan dalam harta-intelek je orang kita sambil-lewa, harta fizikal, tanah-pusaka-pun begitu, sampai bila dah mati, isu harta tak selesai-selesai, anak-anak bergaduh, bermusuhan sesama sendiri.

Harta intelek ni lagilah pula kompleks,kan? Sikap kita yang sangka-baik sudah bikin sakit hati dan up-cerita-dalam-med-soc-sampai saya yang tak terlibat pun kena bacalah cerita yang malas saya nak hadam. Kau takkan menangnya lah tu. Saya tak suka cerita orang kalah sebab tak pandai ambil tindakan "berjaga-jaga sebelum terkena".  Kes macam tu memang kawan tak boleh nak tolong. Sekadar baca dan simpati ajelah. Buang masa, buang emosi je layan orang yang tak pandai berjaga-jaga ni. Saya tak tau awak macam mana? Tapi saya akan mengalami keletihan emosi bila melayan cerita orang kalah dan terinaya.

Itulah, seru-saya-kalau-rasa diri tu berharta-intelek, kenalah tau sikit-sikit cara menjaganya. Nak menjaga harta ni kena bermodal juga. Harta intelek sama dengan harta-fizikal, nak harta terjaga, kena keluar modal, dulu.  Bukan setakat ilmu, wang ringgit kena juga dipersiapkan. Kalau tak bermodal nak jaga, anggap ajelah sedekah, iya dop? Gitu, tak yah nak sakit-sakit hati,kan?

Yang menipu tu pun buat-buat insaf dirilah, tak berkat buat orang macam gitu. Aku tau kau ada "fund" besar jaga kau, dan kau takkan gulung tikar, kau pembayar cukai yang taat. Dari kau tunjuk kat bos tetiap tahun profit kau naik-naik-naik pastu kena bayar income tax baik kau bayar upah orang yang sudah sumbang intelek pada kau, walau dengan berbuat demikian prestasi untung-rugi kau jadi tak cantik. Sekurang-kurangnya, cukai yang kau bayar kat LHDN berkurangan. Buat apalah cantik atas air-mata orang? Kau je perasan kau cantik, tapi ada orang dah tengok muka kau serupa Mak Lampir dah tu.

ok chow chee chow..

No comments: