Saya mula sembang isu hak-cipta-hak-harta-intelek dengan kawan yang ini, dah lama juga. Dah dekat nak sebulan. Puncanya saya pergi kekedai buku indie tu. Ada kawan saya yang memang "jangan kau sebut nama indie yang tu!!!", ouuiii macam gitulah marahnya bila tersebut nama itu. Tapi tu, kawan yang ni, dia jenis semua dia masuk. As long as dia tak sakit hati, dia ok jak.
Itu pasal sampai hari ni saya kawan dengan dia. Dia pernah cakap, dulu dia pun jenis-anti-meng-anti-juga... jenis berkelompok dengan "kawan-kawan yang kita suka aje". Tapi bila dia baca / follow Puan Ainon, dia dah tak macam tu lagi. Suami dia pun selalu nasihat, berkawan jangan pilih-pilih, kawan dengan semua.
Ok berbalik pasal sembang kami. Dia memang ok. Tapi kawan dia tak ok. Kena tipu. Kawan dah berumur. Selalu baik sangka dan tak sangka kawan sanggup tipu kawan. Biasalah tu. Bukan dalam harta-intelek je orang kita sambil-lewa, harta fizikal, tanah-pusaka-pun begitu, sampai bila dah mati, isu harta tak selesai-selesai, anak-anak bergaduh, bermusuhan sesama sendiri.
Harta intelek ni lagilah pula kompleks,kan? Sikap kita yang sangka-baik sudah bikin sakit hati dan up-cerita-dalam-med-soc-sampai saya yang tak terlibat pun kena bacalah cerita yang malas saya nak hadam. Kau takkan menangnya lah tu. Saya tak suka cerita orang kalah sebab tak pandai ambil tindakan "berjaga-jaga sebelum terkena". Kes macam tu memang kawan tak boleh nak tolong. Sekadar baca dan simpati ajelah. Buang masa, buang emosi je layan orang yang tak pandai berjaga-jaga ni. Saya tak tau awak macam mana? Tapi saya akan mengalami keletihan emosi bila melayan cerita orang kalah dan terinaya.
Itulah, seru-saya-kalau-rasa diri tu berharta-intelek, kenalah tau sikit-sikit cara menjaganya. Nak menjaga harta ni kena bermodal juga. Harta intelek sama dengan harta-fizikal, nak harta terjaga, kena keluar modal, dulu. Bukan setakat ilmu, wang ringgit kena juga dipersiapkan. Kalau tak bermodal nak jaga, anggap ajelah sedekah, iya dop? Gitu, tak yah nak sakit-sakit hati,kan?
Yang menipu tu pun buat-buat insaf dirilah, tak berkat buat orang macam gitu. Aku tau kau ada "fund" besar jaga kau, dan kau takkan gulung tikar, kau pembayar cukai yang taat. Dari kau tunjuk kat bos tetiap tahun profit kau naik-naik-naik pastu kena bayar income tax baik kau bayar upah orang yang sudah sumbang intelek pada kau, walau dengan berbuat demikian prestasi untung-rugi kau jadi tak cantik. Sekurang-kurangnya, cukai yang kau bayar kat LHDN berkurangan. Buat apalah cantik atas air-mata orang? Kau je perasan kau cantik, tapi ada orang dah tengok muka kau serupa Mak Lampir dah tu.
ok chow chee chow..
Showing posts with label crit creative. Show all posts
Showing posts with label crit creative. Show all posts
Tuesday, January 22, 2019
Monday, September 14, 2015
MENCARI ANARKI
Artikel ini membawa
kembali saya ke 10 tahun yang lalu. Teringatkan kawan anarki saya. Walau kami berbeza pendapat,
tapi saya gembira penulis, wartawan sehebat dia sudi mau kawan sama saya pada masa itu. Saya
sangat menghargai persahabatan itu. Pendirian saya, kerja gomen, kena setia
pada yang ada. Kalau mau beranarki, berhenti kerja.
Saya tidak ada masalah dengan aturan yang ada pada hari ini.
Nak berjaya di Malaysia ini bukan susah sangatpun. Pokoknya seperti yang saya
dah berbuih cakap, jangan belanja lebih dari kemampuan. Jangan rasa rendah diri
jika kita tak dapat berbelanja semewah sebaya kita yang lain, atau pencapaian
kerjaya, kedudukan materi kita tidak sehebat sebaya kita. Jangan sakit hati tengok orang yang tak sejujur kita, lebih ke hadapan dalam serba-serbi.
Dan lagi satu, adat orang makan gaji, jangan terlalu banyak berkeluh kesah, merungut tentang tugasan yang diberikan oleh orang atasan, apatah lagi sakit hati, menyampah dan memburuk-burukkan mereka. Kalau disuruh yang merapik-meraban, berterus-terang, "ini dah merapik ni, tuan/puan" kalau dia tak suka, dia boleh tukarkan kita, atau kita minta tukar. Kita kerja gomen apa? Tak semua bos meraban perangainya.

Kawan saya pun tidaklah begitu memaksa saya beranarki, cuma ada
suruh saya menulis. Saya pun masa itu sudah ada blog, atas saranan seorang
kawan maya. Jadi saya teruslah menulis hingga kini.
Apa masa depan anarki, adakah anarki sudah mati? Kalau budak yang tulis artikel inilah yang menjuarai anarki, saya kira gerbang sastera kita akan diasak dengan hebat. Bila anda amati dia betul-betul, maksud saya tulisan dan daya intektualnya, dia jauh lebih menawan dari A Samad Said. Dia jua bebas momokan syiah seperti Faisal Tehrani. Pada anda yang tak puas baca tulisannya di atas, boleh sambung baca di sini, atau follow facebooknya.
Apa? Tidak cukup BADASS, brutel, buragas? Kan tak seksi-AYU, utan kayu, tak ngam dengan anarki,kan. Itulah, ya yang tuhan beri. Usahlah melugai-lugai, membubut yang enggan. Tuhan beri apa yang anda perlu, bukan yang anda mau. oklah tu ada juga, dari tak ada langsung
Friday, March 7, 2014
BURUK SANGKA KAT KAWAN SENDIRI
Grafik yang saya hasilkan dalam entri sebelum ini memang solely 100% guna perisian ms excel. Senang aje nak bikin, tak sampai beberapa
minit dah siap dah. Iya benar, saya memang nak cepat siap. Karang lambat karang terhegeh-hegeh nanti basi. Tapi sebelum itu saya masih melakar secara manual untuk
sampai ke produk akhiran saya.
Mula-mula google imej as my precedent study. Saya maukan
kucing yang sedih. Saya pun taip “sad cat cartoon” lepas dapat idea peram dulu,
guling-guling, berangan-angan dulu sampai tertidur, bangun tidur baru
tuangkannya dalam bentuk manual sketches.
![]() |
| preliminary sketches |
Lepas tu baru on komputer dan mulakan kerja menconteng gambar cantik yang saya curi dari wall Facebook.. Memang cepat. Tak sampai 30 minit pun
boleh siap. Proses keseluruhan, ntah tak clockinglah pun. Saya mula projek ini
lepas pejabat sampai rumah pukul 6 gitu, sebelum saya pergi ke pejabat pada
keesokkan harinya, benda tu dah siap dah. Sekejap saya buat precedent study, in
between masak, mandi, makan, goreng keropok,
dengar yassin kat youtube. Iya berguling, berangan dan tidur, iya itu
sudah semistinya.
‘********
Pengrafik pada hari ini ada yang terus straight lukis kat
computer. Iyalah kadang tu ada banyak job, tak de masalah nak sketch,sketch ni,
lagi pun pelanggan bukannya tau pun apa aku buat, janji siap he he hee…namun
nanti kesannya pada dia juga.
Saya ingin meletakkan komen di status seseorang di FB yang merupakan orang yang
banyak menghasilkan kulit-kulit buku indie yang cantik-cantik. Hasil kerja
tangan dia memang bagus-bagus, ada kelasnya yang tersendiri. Tapi kadang tu like
I said makin hot, makin ramai pelanggan, kita mungkin tidak kecukupan masa
untuk menyiapkan satu-satu projek dengan kemampuan sebenar kita. Atau kita
malas nak terima projek tu, tapi sebab dah kawan, takut kawan kecik ati, kita
terima, ajelah jadi hasilnya pun biasa-biasa aje, bukan hasil seorang kita-kita
yang sebenar.
Itu sebabnya walau logic mengatakan hasil seterusnya akan
lebih baik dari hasil pertama, tapi ia tidak semestinya begitu.
Oh kenapa saya tak berbuat demikian di FB, walau memang jejari saya
gatal je nak menaip begini:-
“ aik kerja macam ni, mana-mana budak skola tadika yang pandai
computer pun buleh buat, tau!”
idaklah sejahat itu, idaklah. itu tuuu saya berangan aje tu kunun saya bos dia yang jahat dan suka psiko dan tekan orang bawah, sesuailah dengan imej yang pernah diberikan oleh "somebody" dalam dunia penulisan kreatif (atau lebih tepat lagi sastera) tempatan untuk saya. Berangan sekejap je eh sumpah tak pernah bercita-cita pun nak orang besar dalam bidang graphic. Saya cuma gatal nak menulis macam kat bawah ni jah:-
“macam terus lukis kat computer jeh”
Saya takut? Ya memang saya takut. Saya takut lepas ni, ntah apa tah mereka kutuk-kutuk saya tah,. Dia pernah lukis teruk untuk menggambarkan saya. Ntah
apa dia marah sangat dengan saya, tak taulah saya. Lama bertahun lepas tu bila saya dan kawan bercadang nak bukukan tulisan kami, dia tolak, sebab saya ada hantar emel berjela-jela, kepadanya. Tika itu barulah saya sedar wajah online (melalui tulisan dan komen saya) sangat jahat dan keji sekali.
Itu pasallah saya takut nak respond, dia tanya saya ikhlas jawab (hambar, tak ada feeling, macam hati dia tak ada aje kat projek tu) tapi saya takut dia fikir "sah minah ni jadi psiko yang sangat desperate lagi penasaran yang patut dikurung dalam mental asylum aje Friend FB aku sebab nak cari pasal, cari publisiti murahan, dengan menghentam
aku yang besar dalam industry perbukuan indie Malaysia, ini setelah dia gagal merampas kawan aku pemuisi yang sangat hensem itu, berbakat lagi digilai ramai itu". Jadi saya membebel di sini sahajalah.oohhh wa manyak takut oooooo.
Friday, August 12, 2011
Bako yeep bako
ko bukan memetik KEJORA
ko memetik api
sama ada
ko pilih untuk terus lena
atau memang TUHAN telah
mentakdirkan ko sebagai
Ratu/raja mengulit mimpi
Hanya DIA yang tahu
Lagi pun
bintang itu pun API juga
tak gituh ka?
so
Kejora itu juga api
so lagi
janganlah cepat cair dengan
mereka2 yang gian nak petik bintang
memanglah kaki bakoooo
bokoo yop bakooo
ko memetik api
sama ada
ko pilih untuk terus lena
atau memang TUHAN telah
mentakdirkan ko sebagai
Ratu/raja mengulit mimpi
Hanya DIA yang tahu
Lagi pun
bintang itu pun API juga
tak gituh ka?
so
Kejora itu juga api
so lagi
janganlah cepat cair dengan
mereka2 yang gian nak petik bintang
memanglah kaki bakoooo
bokoo yop bakooo
Saturday, July 16, 2011
NEMESIS
“Kalau tak suka baca tulisan saya, janganlah baca, banyak lagi blog orang lain boleh baca”
Rungut seorang blogger dalam blognya.
Peminat/pengunjung regular pun memberi komen analisa psiko
“Dia dah jatuh angau kat awak dan dia mengharapkan awak tulis apa yang dia rasa awak patut tulis. Dia mau awak tulis memaki hamun, mencalar imej xoxoxo bukanya oxoxox yang merupakan nemesis kepada xoxoxo. Kalu buleh awak putihkan oxoxox dan hitamkan xoxoxo”
“minta maaflah saya hanya tulis apa yang saya rasa betul. oxoxox tu tak betul macam mana saya tulis juga kata dia betul. Dan bagi xoxoxo pula, saya rasa banyak kali pegawai, jentera, jabatan dia yang kena katuk dengan saya, jadi apa lagi yang dia tak puashati dengan saya. Pegi buat blog sndrilah, cacailah si oxoxox setinggi manapun dia nak cacai”.
Balas sang blogger dengan angkuh sekali
“justeru, melukakan hati pencinta awak sendiri? Maki-hamun-carut awak terhadap oxoxox umpama bilah belati yang menghiris-hiris tangkai jantung hati dia, namun dia gagahkan hati membaca huruf demi huruf tulisan kamu dan berdoa agar awak berubah. Itulah cinta namanya wehhh, Cintakan awak.” Balas peminat/pengunjung regular
“Itu bukan cinta tapi obsessi”
Peminat/penunjung regular tak puas hati dengan jawapan blogger lalu dia forwardkan sebingkis emel yang merayu-rayu agar blogger join parti yang dikepalai oleh oxoxox. Ntah siapa yang mengutus emel itu dan mengapa emel itu ditujukan kepadanya, dia pun tak tau, dia tak kenal dan dia rasa dia bukanlah orang yang selayaknya untuk ambil tahu. Dia cuma percaya penulis emel itu mau dia sampaikan emel itu pada blogger, dan itulah yang dia lakukan setelah agak lama juga emel tersebut diperam begitu sahaja.
Diam….jeda dan akhirnya sang blogger pun mengambil keputusan berhenti memblog.

Monday, July 11, 2011
Thursday, July 7, 2011
Delusi Kuning
My cikgu slalu (slalu means more then once sampai u bule hafal, in my case kalu dia ulang 2x pun saya dah bule hafal, not because saya punya memori yang baik, sebab saya tulis balik apa yang dia tulis) bilang “put & reputting things into different perspectives”
Berarti bukan perspective kita aje, perspective orang lain yang tak sekepala dengan kita. Ok now let imagine this:-
Puan A adalah isteri kepada Encik B yang merupakan pegawai SPR yang too’’’at. Pada perspective kedua suami isteri ini electoral list kita bersih, sebagai kerani sekolah Puan A pun dah beberapa kali terlibat mengira kertas undi, barang skali pun tak pernah dia ambik rahsuah menanupulasikan kertas undi, begitu juga suaminya tak pernah amik rahsuah barang skali, tak pernah plak terjumpa kes-kes…ada kotak undi mai lewat dalam penuh pangkah dacing blaka. Memang kalu dia dengar orang PAS cakap itu ini, dia kata orang itu delusional. Ntahlah kedua mereka pun tinggal di kawasan yang BN tegar. Bubuh batang pisang pun orang dok undi BN gak.
Anak pasangan ini yang baru pulang dari Australi, yang resultnya pun cukup-cukup makan jah sebab sibuk dengan aweks sosialista sana yang berazam nak tumbang kerajaan kotor ini. Dia nak sertai bersih, bukan stakat bersih tapi nak jadi AJK peringkat kampung. Puan A rasa elok anaknya pi jual kacang putih aje, atau jadi penghantar Pizza ada pekdah, tapi dah anak dia minat politik dan bergewe plak dengan budak sosialis yang dia kenal masa blajar di luar Negara.
Puan A takut anak dia dipergunakan aje. Budak sosialis komunis bukan bule percaya, sana sini tak kesah mengangkang jadi dapat apa dia nak. Ini persepsi Puan A ok. Bukan persepsi saya. Persepsi ini dikuatkan lagi dengan foto-foto lucah yang leaking & becoming viral di internetpemimpin sosialis peringkat tinggi yang bernama Elizabeth ntah apa tah,, Oii?? Tan?? Lim??? ka Abdullah kut…Puan A takut aweks anaknya pun pengamal asal bole macam Eli juga. Memang sudah dihalang, tapi orang bercinta lagi halang lagi kuat cinta mereka. Husband dia dah pesan untuk guna cara halus aje. Tapi cara halus itu belum menampakkan kesan, anak dia pulak makin gila nak join Bersih, nak jadi orang kuat Bersih peringkat kampung.
Jadi tinggallah Puan A dengan persaan yang gundah gulana bercampur delusi. Antara delusi Puan A ialah, Puan A membayangkan yang anaknya terus jadi kutu jalanan macam di Siam sana, yeah…macam perhimpunan baju merah, bertahun jadi kutu tak ada kerja duduk tepi jalan sebelum Parti konservertive Siam tumbang. Mujur partai itu betul-betul tumbang. Jadi Puan A fikir macam ini, oklah juga kut BN betul tumbang dengan gerakkan kuning macam Konservertif Siam tumbang dengan gerakan merah. Oklah tu esok girlfriend anak aku bule gak rekomen boyfriend dia dapat kije elok dengan gomen. Fikir Puan A.
Tapi masalahnya satu jah, wat if girlfriend anak aku ni sebijik macam Eli kangkang? Pantang meleleh, kangkang aje, tak sempat masuk bilik. Fikir-punya fikir dia pun mengusulkan cadangan ini pada suaminya…”esok kita jumpa tukang ubat yang kita jumpa hari tu, kita minta tukar, kita “bikin” anak sosialis takdi jadi angau sampai mati dengan anak kita ye bang”
Jawab suami dia “suruh tukang ubat tu “bikin”kan juga sume orang agar angau dengan Pakatan baju kuning awak, biar betul2 menang, bukan menang macam Siam kena bikin kerajaan campur-campur baru anak awak esok buleh jadi presiden. Buatnya tak menang, awek sosialis ni tu nikah dengan orang lain, buleh sewel anak kita nanti. suruh anak awak tu kerja bukan jadi kutu lepak brangan, hasut budak kampung macam-macam, kerja malas, keputusan preksa tak elok, sapa mau lantik jadi orang besar, brangan aje kuat, sama macam emak dia”

Subscribe to:
Posts (Atom)