Thursday, July 30, 2026

ASMARADANA

Pagi tadi aku pi kerja, DJ main lagu Asmaradana. Bukan aku tak pernah dengar lagu tu, tapi tetiba pagi tadi aku terciduk dengan lirik lagu tu lalu bercakap dalam hati "aduhai, sesat lagi menyesatkan betul lagu ni" Aku terfikir pulak, kenapa lagu ni orang ok je tak de orang komplen pun macam lagu Buku Merah nyanyian Zizan dan Kaka yang dikatakan merosakkan akhlak remaja. Asmaradana kemuncak cinta katanya, Asmaradana bla bla bla puncak dunia, kuasai dunia----Alahai sangat betullah dengan hero-heroen dan bala tentera BASS. Mana pergi Tuhan pun tak tahulah. Mati-matilah kalau macam ini punya cerita. Kalau hari ni kita ada MADANI, kalau besok Syed Sadiq jadi Perdana Menteri, bolehlah namakan kerajaan tu nanti kerajaan ASMARA. he he--- Selalunya aku cakap masa Syed Sadiq jadi PM aku dah mati dah--- tapi kali ni aku cakap, aku suka nak tengok Syed Sadiq jadi menteri. Suka jugaklah aku nak tengok mana rupa esok kerajaan ASMARA tu berfungsi.

DANA oh DANA --- (Tabung Haji)

Riuh pasal Tabung Haji kena korek dengan RCI. Maka terciptalah naratif TH diambang maut dan diselamatkan oleh menteri kewangan pada masa itu. Orang yang dah pajakkan otak dia aje yang percaya naratif ni. Lagi kau main isu ni aku rasa lagi meluat orang dengan kau. Kalau nama Mujahid Rawa tu memang orang dah menyampah. Kalau suruh Wak Jahid ni melalak lagi parah jadinya. Lagi orang benci dengan Madani. Lepas tu si Syed Sadik pun amik peluang championkan RCI. Aku tengah tunggu gak demam BASS boleh championkan naratif kunun TH tenat dan diselamatkan oleh Lim Guan Eng? Kita tunggu besok. Keputusan PRN Negeri Sembilan. Aku suka jugak kalau bala tentera BASS pergi kempen di Negeri Sembilan. Atau terus-terus buat pod cast pasal RCI ni. Kita tengok outcome dia apa. Manalah taukan aura berendut tu sangat kuat sampai boleh merubah persepsi ramai yang selama ni nampak--- TH rugi orang senang pergi Haji, hibah tinggi, TH untung setelah diselamatkan oleh Lim Guan Eng, kos pergi haji makin mahal, nak pergi haji makin susah, hibah kekal rendah. Buat masa ni orang Melayu nampak Zaman BN (Tun M/Najib) semang pergi haji, Zaman MADANI, susah pergi haji. Itu aje yang orang nampak. Aku nak tengok jugak adakah hasil jual cerita berendut dan berkasih tu boleh ubah persepsi orang Melayu dalam sekelip mata.

Wednesday, July 15, 2026

Monetizing Berendut (part 2)

 

Hehe---- bukan saya cakap, chatgpt yang cakap he he--- ape cer? Itulah tu ada feed lalu dalam FB yang buat hakak hangin dan terpanggil untuk tinggal komen. Patut tak payah tinggal pun sebab pentaksub berendut ni bukan ada akal pun. Punyalah taksub sampai buat cerita tak betul.

Aku bukan jugak sokong sangat Dak Alip tu pun, tapi aku ada dengar jugak bagi pihak belah Alip kata Alip ni mental sikit. Aku pun nampak betapa Alip ada buat macam-macam nak kawal mental mentel dia tu. Tapi tewas. 

Pendek cerita Alip tu problem rite from the start. Bella made a mistakes accepting Alip as her partner--- so dia mendapat. Now dia berpindah pada lelaki yang pentaksub kata terbaik. Belum lagi apa-apa dah begitu yakin. Aku suka sangat nak tengok apa sudahnya nanti.

Tapi aku nak cakap satu je--- Satu tu Dayang, satu lagi Syed. Aku nampak macam Couple bangNON terbaru is in the making. This time around lagi gempak sebab ada Mama Sadiq. Kalu Alip mental mentel, I think SS mental gila nak ubah dunia. Gila ubah dunia lebih parah dari gila perempuan. Percayalah. 

Sebab apa aku kata parah? Gila perempuan hanya melibatkan laki kau dengan perempuan-perempuan yang dia tergila-gilakan tu. Gila ubah dunia melibatkan perempuan, lelaki atuk, nenek, cucu, bukan di Parlimen Muar jak, tapi satu Malaya termasuk Borneo.

Monday, July 13, 2026

Monetizing Aktiviti Berendut???

Sebagai manusia normallah kalau bercinta, kan? Itu fitrah. Aku kekecik membesar di kampung Kesang, Muar, Johor. Berendut tu satu perkataan yang berkonotasi negetif, sangat-sangat negetif bagi pasangan terutama budak-budak/remaja yang mabuk kepayang. Berendut nak kata berdating pun tak jugak, tulis-tulis surat, bercinta-cinta tapi tak nikah, dah kira berendut jugak tu.

Kebiasaannya masa tu kalau budak lelaki suka satu budak perempuan, kalau yang dah habis sekolah, dah kerja, derang cecepat meminang, cukupkan duit hantara, lepas tu kawen je. Kalau masih kat sekolah, minat dalah diam ajelah. So yang berani luah perasaan antar surat cinta terang-terangan itu memang budak lelaki jahatlah. Kalau budak perempuan tu membalas, dua-dua budak tu memang jahat dan akan dibenci. Itu sebab kebiasaan pasangan yang berendut akan putus macam gitu aje. Jarang kekal ke jinjang pelamin.

Tapi hari ni dah lain, sepertinya berendut itu a must. mesti perlu, wajib gitu. Budaya berendut ni kalau ikut hukum Islam dah jatuh zina jugalah. Kalau tak zina, mata, zina hati, kalau yang dah pergi dating sana sini tu, tak tahulah tahap mana mereka dah pergi, kan. Tapi bukan hukum-hakam yang aku nak bahaskah pada hari ini.

Aku punya nak cakap, berendut itu dah jadi normal. Dah jadi wajiblah pula. Dunia ni dah berubah. Sapa kau nak cakap banyak-banyak. Terbaru aku tengok dah macam berendut itu memotivasikan prestasi. Sebenarnya hari ni aku nak ngumpat Syed Sadiq sebona ea. Bak kata TMJ pun yang terpaling Hollywood. 

Aku tak dele risau, tapi aku meluat sungguhlah dah cakap dalam hati "what going on le orang sekeliling aku ni, bangga suka, sokong separuh nyawa kegiatan berendut yang SS ni lakukan" Sampai ada fan club BASS---betul sangatlah tu TMJ kata tu, dah jadi Hollywood sungguh orang Melayu kita ni. 

Berbalik soalan aku tadi, aku risau ke? Buat apa nak risau? Ramai lagi pempengaruh yang baik dan boleh menceriakan, boleh dijadikan pengaruh baik pada remaja/ anak-anak muda. Banyak model, contoh pasangan baik yang boleh dibanggakan, apa yang nak kita risau. Bukan nak tunggu pasangan di Raja, orang-orang Besar, orang kaya je boleh dijadikan contoh. Pasangan artis pun ramai majoriti sangat menjaga cerita cinta mereka, dan tak jadikan modal berendut untuk pulangan fulus.

Rasa aku yang monetize aktiviti berendut ni pempengaruh je. Pempengaruh murahan. Itulah dia BASS di mata aku. Tapi nak buat macam manakan dah korang kemaruk sangat dengan BASS. Aku sebenarnya lega juga si SS bebas dan tuduhan AMLA. Nasib baik dia bebas, kalau masuk penjara, boleh tunggang terbalik Malaysia dibuatnya. Aku rasalah.

Syukurlah dia bebas, lepas ni bolehlah kawen cecepat. Semua cerita pasal anak beranak kau boleh dijadikan bahan untuk menambah pendapatan. Dah boleh join keluarga Kardashian dah. Suka jugalah aku nak tengok, lepas ni apa lagi cerita yang derang nak hidangkan buat follower derang yang memang kemarukkan cerita-cerita murah, begini.