Tuesday, August 11, 2026

Corporate Mafia

 Hai  hai hai, baru aku cakap, kalau Nicky yang taja PMX, aku caya. Caya gitu-gitu je yang tak ada bukti, ala-ala fitna gitu. Aku caya kalau orang fitna PMX dapat duit gengster. Tak de bukti, boleh jadi Fitna ya. Saya ulang FITNA tau. Tetiber hari ni bukak social media, berpusu-pusu masuk tajuk Corporate Mafia. Kita selalu cakap gangster je. Kalau yang boomer tu mungkin derang cakap kongsi gelap.  KL Gangster, Abang Long Fadil, Juvana, Polis Evo, kan. Mafia ni uish mak aiii! Malaysia ada Mafia ke?

Tetiber teringat cerita the God Father. Tahniahlah PMX, geng dengan God Father Al_Pacino he he he---Abang Long Fadil apa barang, kan? Idung aje besar. Tak hesem langsung!!! Hadoiii----geli hati betul hari ni ketawa I tergolek-golek. See, mana ada orang Putrajaya stress kalau sebut Tabung Haji. Kami sini happy-happy aje.  

Sapalah yang elevate sangat gengster keturunan Kapitan Cina Gee Hin_Hai San yang sepet-sepet, hidung lebar jadi sehensem Al Pacino huh, adoooiii sakit perut den gelak. Ya kau berjuju masuk feed media social den Corporate Mafia-Corporate Mafia. MAFIA tu he he he--- Yang menariknya Rafizi Ramli pakar spin tu yang sebok bercakap pasal Mafia ni. Kenapa tak cakap Gangster atau kongsi gelap je, kan? Kenapa nak cakap MAFIA? Iya ke gangster KL tu level-up MAFIA? Hadoiii si Rafizi bab nak up-upkan benda yang memang beshe-beshe je memang dia pakar. Tak caya klik le link ini 

Aku tak de nak cerita fitna apa hari, saja nak bagi tau korang aku gelihati je. Kelako bebeno bunyi MAFIA tu 


Thursday, August 6, 2026

CEPLOS CEPLOS

Kawan aku orang kuat BN-UMNO. Dia memang aktiflah sejak muda. Pada dia orang Melayu ni kalau tak UMNO, Pas. Tetiber satu hari anak dia cakap "mama, saya nak join DAP" dia cerita kat akulah. Dia tak happy. Lama gak dia tak kontak aku, aku tak kontek dia. Dia pun dah jarang update media sosial dia.

Anak dia selalulah juga update. Memang aku perasan budak tu lepas grad law di Universiti Malaya, pergi UK pulak. Gi UK buat apa tak taulah pulak. Tapi nampak macam jalan-jalan je. Minggu ni tengah-tengah aku sibuk nak cari personal trainer nak nguatkan otot aku yang dah merosot ni, tetiber anak dia iklan gym percuma.

Tapi untuk orang bawah 35 tahun. Aku tak layak. Tapi sepupu aku layakle. Sepupu aku pun tengah nak kuruskan badan tu. So, aku pun sharelah iklan tu kat sepupu aku. Memula aku tak perasan tau, anjuran sapa. yang aku perasan anjuran orang PJ, bila aku tengok semula iklan tu---- laaa punya terkojut aku, rupanya sesama anak kawan aku tu ADUN DAP. Maknanya memang anak kawan aku tu dah join DAP le....

Tak kisahla, kan? Aku skodengla profile ADUN DAP tu--- eh memang impressive tau. Belajar di Hongkong, lepas tu berlatih di Amerika. Sekarang ni memang aktif sukan ragbi. Penaunglah gitu. ADUN tu perempuan muda. Anak kawan aku bersama dengan orang yang betul dalam membentuk Malaysian Malaysia yang amat ditakuti Melayu. Melayu bebaya akulah yang takutnya....Budak muda, apa ada hal.

Zaman dah berubah, dari kau bising keTuanan Melayu, apa pulan Malaysian Malaysia dah bikin. Aku tak rasa ada satu orang puak momok Malaysia Malaysia pun yang setanding dengan Adun DAP ni. Dia ada future. Pengundi atas pagar muda-mudi sekarang pemimpin yang suka kutuk-sana-sini mereka tak impress pun. Memang betul ko sayang ketuanan kau tu, perlu ada muka-muka macam ADUN Kampung Tunku untuk menarik minat muda-mudi kota.






 


Wednesday, August 5, 2026

THE CEPLOS


No surprise kalau PRN, PRN yang lepas DAP kalah. Anthony Loke pun boleh kalah. DAP memperjuangkan Malaysian Malaysia yang orang Melayu dakwa sebagai menghakis ke Tuanan Melayu. Pendek cerita DAP mau menghapuskan ke Tuanan Melayu. Tapi sampai hari ini, DAP masih lagi tak dapat hapuskan benda tu. DAP juga janji nak iktiraf UEC setaraf SPM pun DAP tak berjaya. Jadi tu kalau kalah memang patut pun, kan?

Tapi kalau non DAP pun boleh kalah pelik juga pada mulanya tu. Sebab sebelum PMX jadi PM pengikut dia ramai. Ramainya orang-orang pandai, cerdik-cerdik. Bila dah jadi PM pun dia menyambung legasi mantap, ok-ok yang dia dah fitna sebagai rosak/hampir tersungkur yang perlu diselamatkan. Dialah penyelamat itu. Iya bila dia sambung benda ok, memang oklah. Sekarang ni semua ok. Pembangkang pun tak macam zaman dia jadi pembangkang dulu yang pandai twist benda ok jadi tak ok. Dengan pembangkang yang lemah-lemau macam tu, tapi macam mana boleh kalah tu?

Apa resepi sampai PH boleh kalah? Rupa-rupanya pembangkang main isu ke tuanan Melayu tu. Ada yang berani, main isu kunun PH sudah kerasukan CIA. PMX CIA ni dah lama aku dengo pun. Masa zaman krisis ekonomi tambatan ringgit lagi aku dah dengo dah. Alah, zaman-zaman PMX nak pinjam duit IMF, tapi ringgit pulak kena tambat dengan Tun M tu. Zaman tulah.

Kalau kau tanya aku, betul ke tak PMX ejen CIA, mati-matilah aku tak caya. Aku yang three pointer, sekolah Asrama Penuh pun, tak pernah ada ejen pelawa masuk CIA, kengkawan aku yang paling pandai kat sekolah, kat uni-pun tak pernah kena pelawa, inikan pula PMX yang general degree UM je tu. Rentikanlah benda alah tu, kan? Kalau ejen CIA aku tak caya, kalau aje Nicky Liow tu aku cayalah juga. Sapa Nicky tu. Hah ni aa aku share gambo.

 


Pasal ketuanan Melayu--- Malaysian Malaysia vs Ketuanan Melayu. Aku yang ni aku atas pagar. Personally, aku sorang, aku tak de keturunan. So, tuan ke tak tuan besok anak cucu Melayu, aku memang tak boleh nak relate sangat bebenda ni. Serious. Sometimes, aku rasa sebab ada tuan inilah yang buka ruang untuk oportunis-oportunis Melayu menunggang ketuanan ini untuk kepentingan diri. Sebabkan satu dua orang Melayu yang terlalu ikutkan nafsu-serakah nilah yang buat Melayu jadi lebih rosak. Ajen CIA, tak mai lagi, pun Melayu serakah ni dah rosakkan anak-cucu dia sendiri.

Kalau kau CEPLOS, BN/PN kau mainkanlah isu ni kuat-kuat. Kat Negeri Sembilan itu hari, benda ni dah berjaya. Lawan/Musuh/Pesaing PH tak perlu gigih, nak putar belitkan angka-angka DOSM tunjuk jugak negara sebenarnya tak ok, angka DOSM tak boleh dipercayai.  Cerita ketuanan Melayu dan ajen CIA ni dah cukup menakutkan orang Melayu untuk undi PH. Katalah aku CEPLOS PH,  kalau PMX nak bagi aku upah RM1bilion pun mati akal nak lawan/sangkal/tapis serangan pihak lawan. Angkat bendera putih. Full Stop.


Tuesday, August 4, 2026

THE VILLAIN and THE CEPLOS

Dalam hidup ini bukannya aku tak pernah ada saat terendah. Ada aje. Tapi lepas episod itu berlalu kita jadi makin kuat. Ko dah tak kisahlah lagi orang nak kata mau monster, ke hapa ke. Yang aku tahu sejak kecil lagi aku tak suka orang pandang aku mangsa, atau mangsa keadaan. Aku tak suka orang kesiankan aku. Tapi tu aku risau resah juga dengan pandangan orang terhadap diriku.

Tapi kini aku dah tak kisah lagi apa orang nak kata pasal aku. Dah nama aku Melayu, Melayu ni memang dalam family aku sendiri pun orang Melayu kata, orang Jawa lagi berharga dari Melayu. Jika hari ini kau Melayu dan kau ada rasa inferiority complex, aku faham. Persekitaran kita banyak menyumbang ke arah itu. Tak taulah korang macam mana, tapi kalau kau macam aku, budak kampung, memang it is not easy to be a Malay unless ko macam aku yang memang born "gila" yang punya keyakinan diri tahap dewa. 

Bagaimanapun aku, tak berapa amik port pun pasal benda ni sangat. Ko nak kutuk bangsa kau sendiri pemalas, ko nak puja bangsa lain lantak kaulah kan. Dalam family, kalau tak puji bangsa lain hebat, mak-mak suka banding anak orang lain. Anak orang itu, orang ini bla bla. Mak aku tak terkecuali dari buat perangai begitu. Cer ko tengok anak dia bla bla bla bla.--- Aku buat pekak je, tapi Ateh, akak sepupu aku pernah naik angin bila dibanding-banding begitu. Ateh cakap ape tah, sikit lebih kuranglah "kenapa suka membanding-banding? Tak bolehkah cakap pasal kejayaan dan pencapaian kita-kita aje?" Masa tu Ateh baru je balik dari England mengaji Law dan tengah buat LLB di Universiti Malaya. Kalau aku pun hangin kut, ko langsung tak pandang penat lelah aku mengaji sampai ke England sana, sebab mak dan mak sedara kau semua asyik meratibkan anak jiran kau pandai masak, pandai kemas rumah dan tak lama lagi nak kawen dengan cikgu.

Pendek kata kita sabotage diri kita sendiri sejak awal kejadian. Lepas tu kau ada masalah esteem rendah, kau buli orang, tapi kau twist kau yang kena buli, itu macam punya kes memang banyak aku jumpa. Kau yang select tak nak kawan orang itu, orang ini, lepas tu kau pusing cakap orang select tak nak kawan kau, itu semua aku rasa terjadi terbentuk sebab masa lalu kau yang sangat sukar. Kau sukar dapat pengiktirafan. Pengiktirafan yang sepatutnya pun kau susah nak dapat, apatah lagi pengiktirafan  yang kau damba-dambakan. Orang Melayu ni tabiaatnya tak puji anak depan-depan, tapi balik belakang dia akan puji dalam hati je, betapa dia bangga punya anak seperti engkau. Aku tahu itu, sebab kalau aku ada anak pun rasanya aku malu nak puji anak aku begitu-begini depan muka dia. he he.

Aku macam kau jugak, tapi beza aku dengan kau aku tak peduli, aku embrace aku gemuk, aku tak cantik, aku monster. Aku tak buang masa nak reverse benda ni. Yang gemuk tu bukan aku tak cuba, dah cuba dah, tapi aku memang kuat makan dan suka makan. Yang tak cantik, tu biarlah memang aku malas bersolek. Yang monster tu, memang aku monster pun. Gangster. Aku kalau nak marah, aku marah je. Baru semalam aku buli budak ofis aku sebab ntah aku memang dari dia masuk-masuk ofis je, ntah aku pun tak tau aku berbulu je pandang muka dia. Bukan sebab muka dia macam Syed Sadiq, tapi aku tak tahu kenapa aku meluat betul tengok dia. Semalam, puas hati aku dapat marah dia he he he.

Oh lagi satu, ada satu senjata yang aku ada, tapi tak de pada ramai orang, aku ajar diri sendiri untuk tidak menyimpan apa-apa pengharapan pada sapa-sapa, atau pada apa benda baik yang aku buat. Aku tak nafikan pujian, pengiktirifan itu mengembirakan, tapi jika terlalu mengharap, akan kecewa jika apa diharap tak menjadi. Aku tau senang aku nak cakap pasal ini sebab aku tak cantik, aku gemuk, mulut aku jahat, aku tak harapkan orang, orang pun tak harapkan aku. Benda biasa. Orang macam aku ni orang tak pandang, tapi kalau nak cari kambing hitam akulah orangnya. Cuma orang tak berani nak kambing hitamkan aku sebab aku tak ada ramai kawan. Aku sorang-sorang aku je. Kalau ada benda jahat berlakupun susah orang nak kambing hitamkan aku sebab aku boleh perasan, yang aku ni bersih,lah, tak reti nak kacau orang. Aku kawan orang pun tidak, macam mana aku nak kacau orang, pulakkan? Contact pun tak pernah, macam mana nak tuduh aku buat onarlah pulak, kan? Atau merancang, apa-apa jenis onar terancang, kan? 

Dua senjata yang perlu ada, no 1, buat pekak, no 2 jangan mengharap, tapi sentiasa terbuka/bersedia untuk jadi bahan fitna/dikambing-hitam, kan.

Apa yang aku merapik-rapik panjang ni? Aku nak cakap satu aje, kalau orang dah kata kau tu monster, tak payahlah engkau sibuk-sibuk nak betulkan itu ini nak ubah pandangan dia. Buang masa aje.

Tapi kalau kau orang politik? ntah aku tak tahu. Wajiblah kut sebab sapa nak undi monster, kan? Mestilah nak jadi hero walau terpaksa memonsterkan pihak lawan. hah baguslah tu PH kata BN pensakau, BN kata PH ajen CIA. Dan dengan itu khidmat Ceplos pun sangat diperlukan.



  

Monday, August 3, 2026

CEPLOS

Semalam baru berwat if, jadi cyber trooper delusional di tik-tok. Aku perasan le kengkunun aku paling delusion di sana, baru berwat-if, tetiber balik umah semalam tika aku golek-golek berehat, sambil scroll phone, lalu le satu mamat ni, dok menceceh, kunun, TH rugi Lim Gone End bail out guna duit rakyat, duit pembayar cukai. Meroyan-royan le mamat tu tak redha duit dia Gomen tolong untuk orang pergi haji.

Aku kata, aku ingatkan akulah psycho yang paling kuat berangan, tapi rupanya ada yang lagi psycho dia. Tak bestlah macam ni, aku dah tak nombor satu lagi dah. Macam mana ni? Tapi tak kisahlah aku bukanlah sore looser pun. Since takhta kuat berangan aku dah dirampas, aku doakan dia teruskan beragana. Apa kata si psycho ni gabung dengan Syed Sadiq. Pergh--- dengan kuasa ASMARADANA bala tentera BASS, mesti gabungan tadi boleh jadi kebabom viral meletops berganda-ganda, tu.

Apa aku nak cakap sini - itulah kerja si CEPLOS-- mentertunggang-terbalikkan realiti. CEPLOS Gone End ni tadi mungkin terperangkap dalam persepsi bahawa Cina yang bina empayar ekonomi di sini. Bangsa dialah yang terbaek dalam bidang ekonomi. Bangsa Melayu ni bertahan semata-mata atas kekuatan ekonomi. Tak padahal selama ni sapa Menteri Kewangan. Tun M, Najib serata dunia dah iktiraf kepakaran mereka dalam membangun Ekonomi peringakat Negara. Mereka urus ekonomi Negara, kaum derang urus ekomoni, syarikat, ekonomi bawah tanah yang kita pun tahu penuh dengan deception, cut-throat, perkara-perkara keji tu, itu kepakaran mereka. Tamak-haloba, penipu. Betul ke Bangsa tu penipu? Eh apa ada aku kesah? Ini dunia tunggang-terbalik, pun kan? Sapa ada kisah betul atau salah. Yang betul yang terpaling banyak follower. Sekali dia seru menderu pengikut pergi.

Selama ni Malaysian memang didendang, Melayu kuasa politik, politik itu kotor-keji-penuh dengan kesombongan dan kebodohan nyata. Cina pula kuasa Ekonomi dan ekonomi is all about hard work dan penuh kejujuran dan kebijaksanaan. Siapa yang bina pemikiran begini. Aku pun tak tahu. Tapi dulu kekecik, dengan mak aku yang kerja-kampung, dapat sekolah di bandar, pertama kali campur dengan bebudak Cina memang aku rasa nak kata rendah diri tu tak juga. Aku rasa aku biasa-biasa, je. Tapi aku rasa bebudak Cina ni respek aku semacam. Forget about itlah. Rendah-rendah diri ni memang aku tak pernah rasalah, sebenarnya. Self-confident aku memang selama tahap dewa, pun, kan?

Tapi macam tulah persepsinya---walau aku tak pernah rasa benda tu. Ada aku kisah, pun derang nak pandang aku ni sombong, pemalas dan suka salah guna-kuasa, pun kan? In this land bangsa aku is a Villain, and them? They are the victim. Personally, pengalaman aku selama 3 tahun belajar di Sekolah yang campur Cina, Melayu, aku is a good, fair Villain. 

Cuma bila usia aku dah masuk 30 an, tetiber aku jadi Villain yang bebetul Villain. Memula aku down juga. Well, hari ni aku embrace je. Ok apa kalau orang nak pandang ko jahat. Personally aku memang lebih selesa main peranan Villain/monster/pembuli dari berperanan mangsa. Aku benci orang kesiankan aku. 

Apa yang aku mengarut panjang ni? Aku cuma nak cakap, aku belum masuk gelanggang pembuli-cyber, tapi aku dah tak nombor 1 dah.  Tak bestlah, kan. So, baik aku tumpukan tenaga, fokus pada diri sendiri.


Sunday, August 2, 2026

Delusional Paranoid Cytro

 Isu TH ni aku pun heran, awat dok fokus kat Financial Statement 2017 yang menurut RCI ada element cook the book yang direstui oleh Ketua Audit Negara (KAN)-- aku masa tu baru join Audit Negara, memang aware pasal tu. Akaun Kerajaan macam Keretapi Tanah Melayu bagai, katanya pun patut bagi sijil berteguran, tapi diberi sijil bersih.

Rasional kenapa, takut public panic. Memang Auditor marahlah penat-penat cari isu, last-last dibakul sampahkan macam gitu je. TH ni macam gitu juga katanya. Ada kata macam gitu. Tapi aku sangat ingat masa tu aku kursus, kebetulan penceramah tu yang bagi talk tu memang dia yang terlibat secara langsung dengan pengauditan TH. Memang mendapatlah dia. Habis dia kena serang, tapi dia cool je jawab, Pencemarah tu apa nama lupa pulak aku, tapi perempuanlah. 

Aku personally masa tu aku tak nak baran-baran pun pasal TH ni, sebab aku tahu kalau pakai prinsip MFRS, hai tak masyukla hibah aku tinggi-tinggi he he----acah je, duit TH aku pun ciput je. Busu aku tu anak-anak dia duit raya semua masuk TH, bulan-bulan dia buat potongan sorang RM50, ko bayang jelah, setiap tahun kalau ada belen seribu, pun dapat RM90. eh budak halus-halus, RM90 tu besar, tau. Itu pasal aku tak baran, hibah lebih tinggi dari simpan kat bank tu---ko apa barang nak marah-marah, kan? 

Berbalik pada penceramah perempuan tu, memang dia berjaya habislah yakinkan aku memang TH layak diberi sijil bersih. Tapi orang yang tak ikut ceramah dia, ramai gak percaya begini "sebona eh, patut bagi TH sijil berteguran, tapi kalau kuar sijil gitu, public panik" Orang audit kalau sebut  public panik tu memang mati airlah derang. Ini soal negara, going concern. TH pula, kan? Gitu-gitulah.

Masa aku baru masuk kerja tu, masa tu internet, media sosial ni taklah berapa sangat pun. Public panic tu pada aku ntah apa-apa tah. Tapi zaman ni memang. Kalau kau tak pandai jaga persepsi, public panic memang membunuh. Kita boleh nampak gitu, kan? Perang zaman fitna, kau fitna orang esok lusa kau pulak kena fitna. gitu. 

Bila Lim Guan Eng jadi menteri kewangan, cerita dah berubah, kau faham-fahamlah apa ceritanya. Kalau bukan Guan Eng, kalau Najib masih jadi menteri kewangan, 2017, ejas polisi, 2018 kalau tak boleh tahan ejas, declare je rugi, gomen bail-out. Tapi Guan Eng dia tak mau bail-out TH, sebaliknya dia transfer aset TH dalam satu vehicle, dalam vehicle tu apa jadi? Ntahlah, sebab katanya dalan RCI tu tak de pula ditulis, aset TH tu dah dilet-go pada sapa-sapa-sapa, dan yang pasti ada aset yang dinilai sangat rendah dari market value, dan telah dijual. 

Aku boleh je kata Guan Eng memang nak aset tu dan suruh PwC ajes aset ketahap terendah, so that dia dan koncu-koncu dia boleh sakau aset-aset itu. Aku boleh je cakap macam tu. Lepas tu aku mainkan sentimen perkauman jahat. Aku ada bukti ke? Kalau bab sentimen ni, persepsi ni, aku perlu bukti ke? Aku tak perlu semua tu, yang aku perlu ialah audience, rating bla-bla-bla. 

Kau kata aku tak de pengikut? Dalam sini memanglah aku tak de. Tapi dalam tik-tok, benda tu semua aku boleh belilah---Tapi tu lah aku bukan ceplos. Hurmmm kalau ceplos tak kisah ceplos walanon ke walaun ke derang suka aje benda-benda macam ni. Tapi buat masa ni aku rasa ceplos walaun, sama ada mereka beriman, atau mereka pun tak faham sangat pasal TH ni.

Aku pula, ada banyak kerja lain nak dibuat dari jadi ceplos jahat. Nak jadi jahat senang je masuk tik-tok, buat akaun palsu, guna wifi cafe-cafe, buat fitna, beli audiance senang je. Tak de back pun tak pe. Dulu lain, kau nak audience ko kena gabung dengan red been Armylah, ceplos walanon walaunlah. Ko kena join rekrut cyber warrior. La ni tak perlu pun kau ada modal sikit, beli audience kat tik-tok, dah ada follower, nanti dapatlah bunga ka topi ke bagai. Nak jadi jahat senang. Nak jadi baik tu yang susah.

Thursday, July 30, 2026

ASMARADANA

Pagi tadi aku pi kerja, DJ main lagu Asmaradana. Bukan aku tak pernah dengar lagu tu, tapi tetiba pagi tadi aku terciduk dengan lirik lagu tu lalu bercakap dalam hati "aduhai, sesat lagi menyesatkan betul lagu ni" Aku terfikir pulak, kenapa lagu ni orang ok je tak de orang komplen pun macam lagu Buku Merah nyanyian Zizan dan Kaka yang dikatakan merosakkan akhlak remaja. Asmaradana kemuncak cinta katanya, Asmaradana bla bla bla puncak dunia, kuasai dunia----Alahai sangat betullah dengan hero-heroen dan bala tentera BASS. Mana pergi Tuhan pun tak tahulah. Mati-matilah kalau macam ini punya cerita. Kalau hari ni kita ada MADANI, kalau besok Syed Sadiq jadi Perdana Menteri, bolehlah namakan kerajaan tu nanti kerajaan ASMARA. he he--- Selalunya aku cakap masa Syed Sadiq jadi PM aku dah mati dah--- tapi kali ni aku cakap, aku suka nak tengok Syed Sadiq jadi menteri. Suka jugaklah aku nak tengok mana rupa esok kerajaan ASMARA tu berfungsi.

DANA oh DANA --- (Tabung Haji)

Riuh pasal Tabung Haji kena korek dengan RCI. Maka terciptalah naratif TH diambang maut dan diselamatkan oleh menteri kewangan pada masa itu. Orang yang dah pajakkan otak dia aje yang percaya naratif ni. Lagi kau main isu ni aku rasa lagi meluat orang dengan kau. Kalau nama Mujahid Rawa tu memang orang dah menyampah. Kalau suruh Wak Jahid ni melalak lagi parah jadinya. Lagi orang benci dengan Madani. Lepas tu si Syed Sadik pun amik peluang championkan RCI. Aku tengah tunggu gak demam BASS boleh championkan naratif kunun TH tenat dan diselamatkan oleh Lim Guan Eng? Kita tunggu besok. Keputusan PRN Negeri Sembilan. Aku suka jugak kalau bala tentera BASS pergi kempen di Negeri Sembilan. Atau terus-terus buat pod cast pasal RCI ni. Kita tengok outcome dia apa. Manalah taukan aura berendut tu sangat kuat sampai boleh merubah persepsi ramai yang selama ni nampak--- TH rugi orang senang pergi Haji, hibah tinggi, TH untung setelah diselamatkan oleh Lim Guan Eng, kos pergi haji makin mahal, nak pergi haji makin susah, hibah kekal rendah. Buat masa ni orang Melayu nampak Zaman BN (Tun M/Najib) semang pergi haji, Zaman MADANI, susah pergi haji. Itu aje yang orang nampak. Aku nak tengok jugak adakah hasil jual cerita berendut dan berkasih tu boleh ubah persepsi orang Melayu dalam sekelip mata.

Wednesday, July 15, 2026

Monetizing Berendut (part 2)

 

Hehe---- bukan saya cakap, chatgpt yang cakap he he--- ape cer? Itulah tu ada feed lalu dalam FB yang buat hakak hangin dan terpanggil untuk tinggal komen. Patut tak payah tinggal pun sebab pentaksub berendut ni bukan ada akal pun. Punyalah taksub sampai buat cerita tak betul.

Aku bukan jugak sokong sangat Dak Alip tu pun, tapi aku ada dengar jugak bagi pihak belah Alip kata Alip ni mental sikit. Aku pun nampak betapa Alip ada buat macam-macam nak kawal mental mentel dia tu. Tapi tewas. 

Pendek cerita Alip tu problem rite from the start. Bella made a mistakes accepting Alip as her partner--- so dia mendapat. Now dia berpindah pada lelaki yang pentaksub kata terbaik. Belum lagi apa-apa dah begitu yakin. Aku suka sangat nak tengok apa sudahnya nanti.

Tapi aku nak cakap satu je--- Satu tu Dayang, satu lagi Syed. Aku nampak macam Couple bangNON terbaru is in the making. This time around lagi gempak sebab ada Mama Sadiq. Kalu Alip mental mentel, I think SS mental gila nak ubah dunia. Gila ubah dunia lebih parah dari gila perempuan. Percayalah. 

Sebab apa aku kata parah? Gila perempuan hanya melibatkan laki kau dengan perempuan-perempuan yang dia tergila-gilakan tu. Gila ubah dunia melibatkan perempuan, lelaki atuk, nenek, cucu, bukan di Parlimen Muar jak, tapi satu Malaya termasuk Borneo.

Monday, July 13, 2026

Monetizing Aktiviti Berendut???

Sebagai manusia normallah kalau bercinta, kan? Itu fitrah. Aku kekecik membesar di kampung Kesang, Muar, Johor. Berendut tu satu perkataan yang berkonotasi negetif, sangat-sangat negetif bagi pasangan terutama budak-budak/remaja yang mabuk kepayang. Berendut nak kata berdating pun tak jugak, tulis-tulis surat, bercinta-cinta tapi tak nikah, dah kira berendut jugak tu.

Kebiasaannya masa tu kalau budak lelaki suka satu budak perempuan, kalau yang dah habis sekolah, dah kerja, derang cecepat meminang, cukupkan duit hantara, lepas tu kawen je. Kalau masih kat sekolah, minat dalah diam ajelah. So yang berani luah perasaan antar surat cinta terang-terangan itu memang budak lelaki jahatlah. Kalau budak perempuan tu membalas, dua-dua budak tu memang jahat dan akan dibenci. Itu sebab kebiasaan pasangan yang berendut akan putus macam gitu aje. Jarang kekal ke jinjang pelamin.

Tapi hari ni dah lain, sepertinya berendut itu a must. mesti perlu, wajib gitu. Budaya berendut ni kalau ikut hukum Islam dah jatuh zina jugalah. Kalau tak zina, mata, zina hati, kalau yang dah pergi dating sana sini tu, tak tahulah tahap mana mereka dah pergi, kan. Tapi bukan hukum-hakam yang aku nak bahaskah pada hari ini.

Aku punya nak cakap, berendut itu dah jadi normal. Dah jadi wajiblah pula. Dunia ni dah berubah. Sapa kau nak cakap banyak-banyak. Terbaru aku tengok dah macam berendut itu memotivasikan prestasi. Sebenarnya hari ni aku nak ngumpat Syed Sadiq sebona ea. Bak kata TMJ pun yang terpaling Hollywood. 

Aku tak dele risau, tapi aku meluat sungguhlah dah cakap dalam hati "what going on le orang sekeliling aku ni, bangga suka, sokong separuh nyawa kegiatan berendut yang SS ni lakukan" Sampai ada fan club BASS---betul sangatlah tu TMJ kata tu, dah jadi Hollywood sungguh orang Melayu kita ni. 

Berbalik soalan aku tadi, aku risau ke? Buat apa nak risau? Ramai lagi pempengaruh yang baik dan boleh menceriakan, boleh dijadikan pengaruh baik pada remaja/ anak-anak muda. Banyak model, contoh pasangan baik yang boleh dibanggakan, apa yang nak kita risau. Bukan nak tunggu pasangan di Raja, orang-orang Besar, orang kaya je boleh dijadikan contoh. Pasangan artis pun ramai majoriti sangat menjaga cerita cinta mereka, dan tak jadikan modal berendut untuk pulangan fulus.

Rasa aku yang monetize aktiviti berendut ni pempengaruh je. Pempengaruh murahan. Itulah dia BASS di mata aku. Tapi nak buat macam manakan dah korang kemaruk sangat dengan BASS. Aku sebenarnya lega juga si SS bebas dan tuduhan AMLA. Nasib baik dia bebas, kalau masuk penjara, boleh tunggang terbalik Malaysia dibuatnya. Aku rasalah.

Syukurlah dia bebas, lepas ni bolehlah kawen cecepat. Semua cerita pasal anak beranak kau boleh dijadikan bahan untuk menambah pendapatan. Dah boleh join keluarga Kardashian dah. Suka jugalah aku nak tengok, lepas ni apa lagi cerita yang derang nak hidangkan buat follower derang yang memang kemarukkan cerita-cerita murah, begini. 

Wednesday, May 6, 2026

PESTA

 Hari tu kecoh pasal pesta main air, kan. Ada suka, ada tak suka. As a Malay memang aku tak approvelah pesta macam tu. Kalau aku nak maik air sambut joget-joget baik kau pergi Sunway lagoon je. Personally aku rasa tak sesuailah buat kat open macam tu. Kalau betul nak experience mandi macam tu, baik aku pergi Thailand je, kan. 

As a rakyat Malaysia yang kritis lagi anti copy-cat, memang aku tak sokong idea ini sebab copy Thailand. Macam le kita tak de benda yang original nak diketengahkan. Kita Malaysia ni negeri pertanian, kita ada pesta menuai, kalau hat nelayan tu aku tak tahulah pesta apa, tapi kat kampung aku kalau ada bot/perahu baru nak ke laut kita memang berpestalah. Tetiba nak tiru pesta Thailand tu dah kenapa, kan? Kalau aku menteri MOTAClah kan, masak pegawai sana aku kerah buat researh pasal pesta-pesta kecil di Tanah Melayu aku suruh bongkar. Tak kisahlah pagan, ka hapa, ke, kan. 

Akukan orang Melaka. Kalau orang Thai ada mandi songkran, orang Melaka ada mandi Safar. Syirik? Syirik tu kita orang Islam, yang Pagan-pagan, menyembah pokok-pokok, tu derang apa ada hal? Kita respek semua agama, kalau ada gereja untuk sesi confession, Masjid, solat Taubat untuk kita buang aura-aura Negetif dalam diri, orang yang pagan, free thinker, nak juga buang sial, sambil bersuka-ria? Ko buatlah program ala-ala mandi Safar gitu. Hat dok tiru songkran Thailand wat pe? Macam tak de idea tak de originaliti langsung, kan?

Menteri tu mungkin ada yang tak perpelajaran tinggi, atau kalau dari back-ground ekonomi, dia tak jelas akan benda-benda sejarah pesta bagai ni. Dia mungkin tak tahu ada mandi Safar, kalau Keamatan atau Gawai, dia rasa itu macam eksklusif untuk Sabah, Sarawak pulak, kan? Ko yang pegawai-pegawai kat MOTAC tu lah advisekan ke Menteri untuk acara yang unik untuk tarik pelancong, kan?

Masalah tu sekarang bukan menteri je, ko pegawai pun 2x5 bongok jugak tu. Malas berfikir lagi tak kreatif. Aku rasa kalau bab-bab tema pesta buang sial ni, orang Melayu punya acara lagi gempak dari orang Thailand saanaa, tu belum campur orang Cina, orang India punya cara lagi, tu. Bayangkan gabung tiga-tiga bangsa ni, berganda gempak, senusantara gitu---


Monday, April 13, 2026

Minyak Pengerang---

 Lately ada orang dah naik minyak pasal minyak ka? Or to be precise, saya ulang, pembangkang dah naik minyak pasal minyak ka? So far so good, kan. Tak de orang guling-guling, terbalikkan kereta, musnahkan harta awam di jalanan. So far terkawal je. Cuma dak Ratu Naga naik angin sikit online cakap pembangkang la ni ntah apa dia cakap tah, lemau la gitu, lembik, tak macam pembangkang zaman dulu-dulu.

Oklah tu, rakyat macam aku ni bukannya suka sangat rakyat merusuh di jalanan macam dulu-dulu. Tapi kita tunggulah besok adakah zaman aman ni, rakyat macam tunduk, akur kena maki hamun dengan pemimpin akan bertindak atau tidak. Itu aku tak berani nak cakaplah mungkin sebab PMX pandai jaga ekonomi negara, rakyat tak kisah pun harga naik mencanak-canak. Apa nak heran, gaji rakyat sekarang ni dah tinggi, pengangkutan awam pun dah bagus, kalau minyak mahal, kita naik MRT, LRT, rapid KL, train. Tak payah pening nak bayar parking bagai, kan?

Satu dua ekor influencer ni aje yang suka buat kecoh. Rakyat ok je. Satu dua tu nama yang selalu memokak kat FYP tik-tok aku tu ialah Ratu Naga, Papagomo dan Isham Jalil. Tiga orang tu ajelah. Yang lain banyak semua puja-puji Papa Non je. Menrangkan itu-ini, mengalahkan Jabatan Penerangan Negaralah pulak. Kita orang gomen memang sentiasa ok-ok je. Dulu derang berguling-guling pun gomen sebenarnya OK, tapi tak tahulahkan pembangkang masa tu jenis yang suka berguling-guling, kan? Jadinya gitulah keadaannya.

Ok berbalik pasal minyak pengerang--- Adakah rakyat marah, tak suka, resah bila Filipina buat cerita mereka dapat banyak disel dari Malaysia? Aku pun ada aku kisah, sebab aku tak pakai disel. Kat luar sana memang aku tak tahu adakah mereka marah. Pada aku kalau ko mampu pakai Hilux, mesti kau malu besar nak ngaku tak mampu isi disel mahal. T20 kut, kan. Kalau hat nelayan bagai deme dapat disel subsidi. Kalau ada risau yang berasas pun takutle kita, Iran tak suka Filipina, nanti kalau derang tau kita jual minyak kat sana---takut mereka ban kitalah pulak, kan. Kalau jual kat Indonesia, okla jugak. Ini jual kat Pinoy sana---haiii ngerilah juga, kan. 

Sebagai orang Islam, nama aku nak marah, idaklah aku marah, tapi macam meluatlah kalau Malaysia"cium-cium molot dengan Filipina. Aku personally nak kata anti, pun idaklah, tapi sebagai orang perempuan Islam yang normal memanglah kalau sebut pinoy-pinoy ni aku ada sikit tak senanglah. Satu sebab sana katanya banyak anak-anak luar nikah cross breed tentera amerika dengan orang tempatan, kira macam eh tak bermoralnya derang ni.----macam pinoy-pinoy ni memang separa amerikala kiranya, so sebagai perempuan Melayu yang normal memanglah kita kalau anak kita nak kawen dengan pinoy memang kita tak senang hati.

Tapi kita tak heran pun kenapa PMX jual minyak kat Pinoy sebab masa dia susah dulu, Nurul Izzah pegi peluk sapa? Bukan ka dia pegi kat Papa Pinoy dia? Yang korang marah-marah kenapa? Masa Anwar susah, Nurul ada peluk kau, ada cari kau, tak de kan? so logikla kini bila Papa pinoy dia susah, dia pegi tolong.

Benda-benda logik macam ni tok sahlah ko bising-bising, pada akulah. Dah engkau mampu pakai HILUX, kau tanggunglah, kan? Kalau tak mampu jual je HILUX tu, pakai MyVi ka, VaVi, ka, apa-apalah yang ada subsidi. Habis cerita.

Dan kalau kau rasa Isham Jalil, Ratu Naga, Papa Gomo tu lebih pandai mentadbir dari PMX, hah tunggu ajelah PRU akan datang, kalau 3 orang ni ada bertanding, ko pangkah jelah parti derang. Selesai masalah. Bising-bising pun nak buat apa, kan? 

PM-PM kita dari dulu semua ok-ok. PMX ni sungguh orang kata sijil universiti yang segempak yang PM-PM yang dulu, tapi yang buat kije pentadbiran semua pegawai-pegawai gomen, yang itulah jugak dari zaman PM-PM terdahulu. So, lagu dia sama je. Kenakan cukai, dapat duit cukai bagi subsidi. Dulu kau jugak bising kenapa orang T20 pun dapat subsidi, bila sistem IC kita dan mantap, automatik, gomen buat subsidi tersasar. Tak kira sapa pun PM, gitula cerita dari subsidi pukal jadi subsidi tersasar. bagitula, dari Kerja kat ofis, jadi bekerja dari rumah----itu dia pula plot dia. 

Korang yang tak pandai baca plot inilah yang akan fikir, ooo kalau aku beguling atas jalan, aku pangkah gomen lain, cerita akan jadi seperti yang aku mau. Percayalah---cerita takkan jadi macam yang kau maukan. Kalau dulu kau benci politik wang, Kau kata Najib ada Rosmah Mansur yang jahat-pemboros, kunun kau ganti Wan Azizah yang zuhud. Ironinya Papa Non tak de Rosmah, dia ada Farhash Mafialah pulak. Aku suka jugak nak tengok Dr Sam yang Genius tu besok ada apalah pulak, kan? Kita memang harap dibawah pimpinan orang Genius kita memang berharap Malaysia setanding Negara-negara skandinavia yang makmur tu. Tapi kalau geng-Genius tu ada monster yang lebih moster dari Farhash Mafia kita suka jugak nak tengok bagaimana bentuk ropenya.

Sunday, April 12, 2026

KPI PM Kita

Katakanla KPI PM Malaysia kita letak pada harga Disel. Maksudnya begini, Makin rendah harga disel, makin baguslah PM tersebut. Kenapa harga Disel nilah yang lori-lori angkut barang guna. Kalau harga minyak naik dah tentulah kos pengangkutan pun naik.

Kalau tengok KPI PM melalui disel memanglah kau kata si Papa NON paling teruk, tapi tak boleh hukum gitu kena tengok dulu disel subsidi untuk lori-lori angkut barang, enjin-enjin bot untuk nelayan dan sebagainya. Dulu harga disel murah sebab subsidi pukal, la ni subsidi tersasar. Kalau nak ikutkan, KPI ini semua PM Malaysia sama je.  Disel harga RM2 ringgit lebih RM2.15. 

Yang meredum-redum naik tu sebab la ni dah ada dua harga. Yang bersubsidi yang tak bersubsidi. Subsidi tu cover untuk sektor logistik dan pengangkutan awam. Maksudnya kalau lepas ni kedai naikkan harga barang sebab disel naik, itu memang tak boleh pakai. Sebab Disel mereka tetap rege tu jugak. Kalau peniaga kata harga telur naik sebab minyak naik, itu memang tak patut. 

Yang suruh berjimat tu sebab takut tak cukup bekalan sebab banyak barang makan kita import dari luar. Barang makan ayam, itek, palet makan haiwan kita import dari luar. Tapi nak buat macam mana ek, persepsi minyak naik, harga barang naik telah tercipta sekian lama. Susah nak dipecahkan. Tak susah nak buat fitna kata barang naik sebab PMX tak pandai kawal harga disel.

Aku rasa itulah karma tu sebab dulu dia suka buat persepsi yang bukan-bukan. Aku tak kesian kat PMX, tapi aku kesian betul dengan macai-macam PMX yang berhempas pulas nak memahamkan orang yang tak nak faham. Dulu kemain kau menjerit-jerit kata PM terdahulu begitu-begini, hah sekarang bukan PMX dah ada menteri penerangan bagai, kenapa kau sibuk pulak nak menerang itu-ini mengalah menteri dan pegawai kat Kementerian Peneranganlah pulak?

Monday, March 16, 2026

reset: NEW WORLD ORDER

Sibuk sungguh la ni tik-tok cakap menantu si Trump tu antichrist. Antichrist tu apa? Aku pun tak tau dan agak-agak macam Dajjal lah kut. Aku tanya chatgpt. Hah iya, betul gitu-gitu. Nantinya si Antichrist ni akan di bunuh oleh Jesus Christ. Si Antichrist ini kerjanya menyesatkan umat, according to chatgptlah. Sebelum ni pun ada dengarlah pasal antichrist. Banyak nama yang diasosiasikan dengannya. Buku DaVinci Code pun katanya Antichrist.

Berbalik dengan menantu dak Trump ni, sebelum ni ada orang tuduh kata dia ni pengganti Epstein. Hah gitu-gitulah. Kalah dah tersabit Epstein ni apa lagi, pasal kanak-kanak dan makan orangle ceritanya. Satu cerita ngeri. Orang kata deme ni penyembah setan atau dalam English satanic. Hah gitu. Pendek cerita, orang jahatlah. 

Dan mulalah orang kaitkan perang Iran-US/Israel yang tengah berjalan buat masa ni ada kena-menegena dengan bebenda alah ni. Memantanglah bapak mentua dia yang arah perang-perang, ni, kan. Bila dah berperang itu macam gitulah kita. Abeh kalau menantu dak Trump Dajjal, Iran Ayatollah tu Mahadi ka? Aik dulu orang sibuk kata Iran tu Syiah peminum darah Sunni. Ahli Sunnah Wal Jamaah tu. Sapa lagi Sunnah, kalau tak kita, kan. Arab tak sunnah, Arab tu Wahabi.

Aku malas nak komen, sapa betul sapa salah. Sebab dulu masa aku belajar, tetaplah kita Sunni kata Syiah tu sesat. Ustaz yang baik akan cakap sebenarnya Syiah ni terbelah jadi 12, ikut imam dia. 11 tu semua sesat, 1 jak yang betul. Jadi untuk selamat jangan kita beberani berkawan dengan Syiah.

Itu masa aku kekeciklah. Bila dah besar, ko pependailah fikir sendiri. Mana yang baik kita ambil contoh. Kalau kawan Syiah kau sembahyang lapik dahi atas tanah karbala, tapi dia rajin, kerja bagus, pandai dan tak kedekut ilmu baik yang boleh senangkan kerjaya kau, belajarlah, apa salahnya. Contoh Si syiah tu pandai buat biskut yang dah terang-terang bahan dia halal, adakah salah kita nak belajar,kan. Dia macamla kat opis ni kita kawan dengan Cina, India, Kadazan, Iban, bagai, kan. Ada Hindu, ada pagan, ada budha, kristien, semua kita kawan. Gitu-gitulah---

Berbalik pasal Antichrist, aku rasa menantu dak Trump tu belumlah lagi Antichrist yang sebenar. Belum. Kan aku cakap tunggu, tokenization, tunggul digital currency dulu,---rasa dulu penangan bebenda AI. AI baru tergelek-gelek tergedik-gedik sikit, korang dah melatah itu ini. Bukan orang Islam jah, omputeh pun sama. Kalau ko kata Menantu dak Trump Antichrist, dak Trump kata komelah evil, paksi setan. hah gitu--- Iblis je ngaku dia iblis penghuni neraka. Selain Iblis, semua ngaku dia malaikat penghuni syurga. 


Tuesday, March 10, 2026

Perang Salib?

Sebelum US-Israel serang Iran heboh pasal Epstein file. Ramai jugak orang cakap US serang Iran pasal nak alih isu Epstein ni. Tapi kalau nak kata alih, eh FYP tiktok aku sampai hari ni masih naik cerita Epstein dan yang sewaktu dengannya. Ada satu selebriti US tu, aku tak taulah dia ni apa, tapi rasa macam dia ada talk show dia sendiri. Sejak dua menjak ni FYP aku dibanjiri muka dia mempersenda-sendakan Donald Trump. Setiap kali FYP, akan disudahi sikit lebih kurang aku faham la eh--- "apa khabar Epstein File"

Macam-macamlah mamat ni buat joke pasal Trump, kadang sakit perut juga aku ketawa. Memang lawak behtholll--- oh btw nama pelawak tu Jimmy Fallon. Jimmy Fallon ni ketegori selebriti tahap dunialah. Kalau ko google nama dia memang situ ada cakap pasal dia. Cuma aku je tak kenal si Jimmy ni dan kena google barulah tau dia ni stand-up comedian tersohor amerika. FYP pasal Epstein dari ntah sapa-sapa tah masih galak naik dalam tik-tok sana. Could be sebab aku suka tengok ustaz Auni kut. Sebab tu benda tu selalu lalu-lalang situ. 

Sebab tu agaknya la ni ada satu prof ntah dari mana tah kerap benar lalu kat tik-tok aku. Professor Jiang. Selalunya aku scroll je, tapi semalam dia cerita pasal kenapa orang-orang dalam file Epstein ni jadi macam itu? Salah satu yang cakap, dia kata lepas buat benda "gila" tu mereka rasa ntah apa tah divine gitu. "release of Divine Energy". Divine kalau aku cari dalam google, google cakap "ilahi". Agaknya la lepas buat ritual pelik-pelik mereka merasai dalam pelukan cahaya ilahi. Hah gitulah.

Mesti ko cakap dalam hati, kan. Kenapa tak peluk Islam aje? Mana maunya pepuak Israel - Zionis ni nak ngaku Muhammad itu pesuruh Allah. Macam Iblis tak nak sujud pada Adam. Punyalah kan tak nak peluk Islam, sanggup peluk baby, rogol baby/kanak-kanak, lepas tu makan baby.

   

Thursday, March 5, 2026

PARSI

 Eh korang sedo tak Iran tu bukan Arab, tapi Parsi. Aku pun heran dalam kata bijak-sebijak-bijak Zionis, dia boleh jangkan outcome Iran sama dengan Iraq, Syria, Kuwait. Itu semua Arab, Iran ni Parsi, manalah sama, kan.

Si Amerika pun satu, dok pegiii ikut cakap Zionis tu. Dia ingat bila dapat bunuh Pemimpin Utama Iran, orang bangsa Parsi ni macam orang Arab, berebut-rebut, bergaduh-gaduh sesama sendiri jadi the next pemimpin. Ingatkan bila dah berjaya bom Pemimpin Iran, cecepatlah Iran serender dan rela hati, gembira, sebab tak lama lagi pemimpin yang dulu yang seropa siri netflix Bridgeton tu bakal pulang semula?

Atau Zionis dan Amerika berhalusinasi, agaknya pempuan-pempuan kat Iran sana dah miang nak tak sabar dan clubbing, berjoget, dangdut, tiktok macam pempuan kita-kita ni? Pendek kata dah tak sabar nak menari, bercinta, macam drama Netflix tu. Aku tak tahulah----

Orang yang biasa menari, bergembira, makan sedap-sedap, minum-arak ni pemikiran dia pelik sikit. Pada dia bekelubung tu lemas, bla bla bla---- pempuan patut modern, berani bla bla bla barulah sejahtera, mampan lagi lestari.

Kita pun tak pernah pergi Iran sana, tak tau Iran tu macam mana. Perempuan Iran tu macam mana. Adakah sama macam perempuna Arab, atau Amerika. Adakah mereka sengsara kena kurung bla bla bla, gitu-gitu, kan?

Tak kisahlah kita pasal Parsi ni. Tapi kalau kita fikir perang kali ini akan jadi macam perang dulu-dulu, memang tak bijaklah. Aku pun tak faham zionis ni, macam lah derang tak kenal Parsi tu, kan hah! Ada tanda tu, rejim Zionis-Amerika akan jatuh. Kalau itu jatuh, yang nampak akan naik Cina, Korea Utara Rusia, Eropah yang macam Sepanyol.

Kalau itu yang naik, bersedialah akan jadi lagi sadis. Sesadis mana pun mereka, aku rasa kau nak happy, ko tak nak sakit hati pening kepala, cuma ada satu jak nak gembira. Benda penting nak sejahtera senang je, ko kena rasa free, bebas. Bebas tak terbeban. 

Orang baik-baik macam korang ni tak happy dalam dunia sekarang sebab ko tak bebas tu je. Ko rasa ko baik dan ko rasa ko kena bawak semua orang masuk syurga. Ko rasa orang macam aku yang tak berapa nak amik port pasal orang lain ni selfish. 

Lagi satu bebas, bila dah bebas fikiran, bebas no 2 yang lagi sangat penting ialah bebas kewangan. Financial freedom. Hah pada akulah nak happy financial freedom mesti no 1. Cerita-cerita pasal benda-benda nak jihadlah, nak bawak orang masuk syurgalah semua tu aku rasa lebih kepada ko nak lencongkan masalah finacial kau tu. Alih perhatian dari masalah belenggu kewangan, ko cipta problem dunia tak adil, dunia ni kejam.

Kejam kah dunia?



Monday, March 2, 2026

APA DAH JADI?

Kalau arwah nenek masih hidup beliau mesti thrill dengan perang Iran-Amerika kini se"thrill"nya dia dengan perang Amerika -Kuwait satu ketika dulu. Mana tak thrillnya memola dilaporkan peluru scuad Kuwait berjaya bom Amerika--- hah gitu-gitulah drama perang satu ketika dulu. Lepas tu kita ada regim Afganistan, macam-macamlah kan. Bagi kau yang lahir tahun 70an memang macam-macam perang kita dah saksikan melalui kaca TV. End-up semua Amerika menang. 

Eh kejap, ada gak Amerika kalah, hah yang kat belah-belah Asia Tenggara ni mereka kalah. Yang Rambo-Rambo tu. Vietnam ke ek. Amerika memang kalah. Tapi kalau kat belah-belah Arab sana, kalau dulu arwah nenek aku kata Perang Teluk, memang Amerika menang.

Kali ni Amerika bomb Iran. Adakah Iran akan menerima nasib seperti Kuwait, Iraq? Juga Afganistan? Semalam katanya peluru Iran dah berjaya boboskan "dome" Israel. Terlalu awal kita nak cakap apa-apa sebab Amerika kata mereka akan serang Iran selama 4 minggu.

Pada aku Iran memang ke, kalah ke, sama je outcomenya---- Dajjal tetap memang. Ini kalilah Mehdi yang korang nantikan belum lagi muncul. Sebab apa aku cakap gitu? Sebab yang aku dengar dulu dari cikgu-cikgu, ustaz-ustaz, Dajjal muncul bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan. Buat masa ni orang Yahudi kat Isfahan tu idaklah sampai lagi ramainya 70K, menurut chatgpt. 

Ni aku rasa, lah---- Dajjal dah bosan dengan pemimpin Amerika yang kaki fido dan canibal. Mungkin dia nak pemimpin lain yang lagi sadis lagi. Macam Korea Utara, ka---- atau orang Parsi itu sendiri yang berpaling/telah dipengaruhi dia. Aku tak rasa Amerika menang dan Shah Iran pulang semula ke Iran. Bosan weh tengok muka-muka ala-ala Bridgerton mengusai dunia. Tapi mungkin juga itu rupanya. Tak tahulah kita. Atleast sekali-sekala, kasilah Amerika tu kalah, kan?

Tak kisahlah sapa pun yang menang, kan. Yang pasti, sapa yang cakap-cakap orang akan berpaling kepada dinar dan dirham (Mehdi Lover), Crypto, blokchain akan mampus, Satoshi Nakamoto itu Epstein (Crypto/bitcoin haters) boleh bermimpi. AI baru nak tumbuh, belum lagi mengganas, kasi ganas dululah gitu, kan? Barulah betul HERO tulen muncul.

Be realistiklah macam yang Chatgpt kata tu, Yahudi kat Isfahan amat sedikit bilangannya buat masa ini. Kalau kau predict Amerika menang, Shah Iran boleh cepat-cepat import Yahudi tebing barat seberang ke Isfahan, tak sempatlah block chain, tokenization, smart contract nak berleluasa menguasai market, wayang dah tammat, alahaiiiii tak chilllah, kan? 

Oklah kita sambung lagi 4 minggu, kita tengok sapa yang memang.